bahasa melayu di persada dunia s pbakl · pdf filedi mana bumi dipijak di situ langit...

1
APA SUDAH JADI? DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA S eiring dengan usaha membangunkan sebuah negara yang maju dan berpengetahuan berteraskan modal insan, sewajarnya kita memerlukan penggemblengan usaha dan tenaga yang menyeluruh dari semua lapisan masyarakat. Cara yang paling berkesan tentunya melalui pembacaan bahan-bahan terkini dan berkualiti. Justeru, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang dianjurkan saban tahun terus dipertingkatkan aktiviti dan matlamatnya bagi merealisasikan matlamat pembangunan modal insan di samping memajukan industri perbukuan di negara ini. Sempena PBAKL, buat julung kalinya, suatu persidangan antarabangsa yang berkaitan dengan industri buku dianjurkan, iaitu Persidangan Antarabangsa Industri Buku (IcoBI) pada 4-5 April 2008 diadakan hasil kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Persidangan ini merupakan forum bagi kalangan penggiat industri buku, pencetak, penerbit, pengedar, pembekal dan semua pihak yang terlibat dalam industri perbukuan. Mereka berkumpul dari dalam dan luar negara untuk bertukar- tukar pengalaman, idea, ilmu dan gagasan. Persidangan yang mengambil tema Buku Memperkaya Minda yang juga tema PBAKL 2008 diharap berupaya merangsang industri perbukuan agar dilakukan secara dedikasi, proaktif dan berterusan. Usaha tersebut dilihat mampu memperkayakan sumber ilmu agar dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat. Antara objektif penting IcoBI 2008 ialah mengenal pasti mekanisme baru bagi menyemarakkan iklim penerbitan dalam semua bidang dan segmen penerbitan genre negara dan global, merumuskan pelan tindakan bagi memperkasakan industri penerbitan dan perbukuan Asean dan mempercepatkan pembangunan industri penerbitan buku negara dalam rangka memperkasakan modal insan. PBAKL 2008 diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4-13 April yang lalu dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan lima persatuan industri buku utama di Malaysia, Persatuan Penerbit buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MPIM). Selain pertambahan gerai pameran dan jualan buku, penyertaan daripada pelbagai pihak terutamanya syarikat luar negara dan agensi kerajaan luar negara juga bertambah dan melebihi 30 syarikat dengan lebih seratus gerai yang terlibat, antaranya dari Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan United Kingdom. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 16 April 2008 PBAKL Menyemarakkan Industri Buku BH PILIH L12 16 emel P endengar yang telah meng- hantar kata laluan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) kepada stesen radio Hot FM, pasti teruja untuk mengucapkan ung- kapan “Hot FM Masyuk” dan menjawab soalan mudah yang diberi- kan apabila mende- ngar deringan telefon. Pendengar yang ber- jaya akan memenangi hadiah wang tunai terkumpul antara RM300.00 sehingga RM100,000.00 dalam program Panggilan Hot FM Masyuk. Begitu juga dengan program Rock Masyuk Bersama Apek@Era anjuran Radio Era. Hadiahyangditawarkan dalam program tersebut memang lumayan tetapi yang tidak enak dide- ngar ialah ungkapan “masyuk” yang menjadi ikutan. Program yang menawarkan ganjaran wang tunai yang luma- yan melalui panggilan telefon ini telah lama dianjurkan oleh radio Era yang mendapat tajaan dari- pada syarikat tertentu. Namun pada masa ini mengapakah kata “masyuk” menjadi pilihan? Kata “masyuk” bukanlah kata yang indah tetapi hanya merupa- kan slanga, iaitu kata atau ung- kapan yang tidak standard (baku) yang lazimnya digunakan dalam situasi yang tidak rasmi. Kata “masyuk” yang dirujuk sebagai “masuk” ini bermakna, pendengar rancangan yang “masuk” atau menyertai ran- cangan ini akan meneka melodi atau lagu irama rock yang telah diubah lirik atau seni kata yang dinyanyikan oleh penyampainya, Apek. Pendengar yang berjaya meneka akan menerima hadiah wang tunai atau ungkapan yang lebih mudah, “duit masuk”. Oleh itu, ungkapan yang tepat digu- nakan ialah Panggilan Hot FM, Masuk! Sementara itu, sekiranya stesen radio berkenaan ingin menggu- nakan ungkapan yang mempu- nyai sebutan yang hampir sama dengan kata “masyuk”, mereka boleh menggunakan kata serapan Arab yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu, iaitu “maksyuk” yang bermaksud ”yang mengasyikkan, yang dikasihi atau tercinta, dan buah hati”. Jika diperluas makna dan konsepnya, kata “mak- syuk” itu boleh mem- bawa makna “ranca- ngan yang menjadi pilihan”. Judul ran- cangan tersebut boleh menjadi Panggilan Hot FM, Maksyuk! dan Rock Maksyuk Bersama-sama Apek@ Era. Walau bagaimanapun, sebarang judul rancangan yang telah dan bakal diterbitkan oleh stesen radio berbahasa Melayu tempatan, lebih-lebih lagi stesen radio yang menjadi pilihan utama pendengar kini seperti Radio Era dan Hot FM, seharusnya menunjukkan contoh dan menjadi teladan kepa- da stesen radio lain dalam aspek penggunaan bahasa yang betul. Oleh Aliah Abdul Rahim S ekiranya anda pernah berkunjung ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur, anda mungkin pernah terpandang papan tanda ini. Papan tanda ini didirikan berhampiran dengan Dataran Merdeka, dan salah satu daripada tujuannya adalah untuk menunjukkan arah atau letaknya “Kelab Di Raja Selangor”, iaitu di tepi Dataran Merdeka. Dari segi penggunaan bahasa, papan tanda ini sememangnya telah menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, dari segi kualitinya kurang memuaskan. Dalam papan tanda tersebut, ejaan kata “Di Raja” yang digunakan dalam frasa “Kelab Di Raja Selangor” sebenarnya tidak tepat. Kata “Di Raja” sepatutnya dieja “Diraja”, kerana “Di” pada kata tersebut bukanlah awalan ataupun kata sendi nama, tetapi merupakan sebahagian daripada kata dasar. Kata “diraja” sebenarnya merupakan kependekan daripada kata “adiraja”, dan dalam bidang linguistik, proses pembentukan kata tersebut dikenali dengan istilah “aferesis”. Aferesis iaitu pengguguran atau penghilangan satu huruf di awal kata, seperti hujung menjadi ujung dan hulu menjadi ulu. Jadi, ejaan frasa “Kelab Di Raja Selangor” sepatutnya diubah menjadi “Kelab Diraja Selangor”. Begitu juga dengan ejaan untuk frasa-frasa lain yang turut menggunakan kata “Diraja”, seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Kenapa Di Raja? Antara “Masyuk”, “Maksyuk” atau “Masuk”. Manakah Yang Tepat? Oleh Zaidi Ismail DAPAT SAMBUTAN: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dikunjungi hampir 1.5 juta orang terdiri daripada pelbagai lapisan, peringkat umur dan disertai oleh negara luar. Oleh Normala Mohamad Yusof

Upload: phamdiep

Post on 30-Jan-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA S PBAKL · PDF fileDI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG APA SUDAH JADI? ... semua lapisan masyarakat. ... dan menjawab soalan mudah yang diberi

APA SUDAH JADI?DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Seiring dengan usaha m e m b a n g u n k a n sebuah negara yang

maju dan berpengetahuan berteraskan modal insan, sewajarnya kita memerlukan penggemblengan usaha dan tenaga yang menyeluruh dari semua lapisan masyarakat. Cara yang paling berkesan tentunya melalui pembacaan bahan-bahan terkini dan berkualiti. Justeru, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang dianjurkan saban tahun terus dipertingkatkan aktiviti dan matlamatnya bagi merealisasikan matlamat pembangunan modal insan di samping memajukan industri perbukuan di negara ini.

Sempena PBAKL, buat julung kalinya, suatu persidangan antarabangsa yang berkaitan dengan industri buku dianjurkan, iaitu Persidangan Antarabangsa Industri Buku (IcoBI) pada 4-5 April 2008 diadakan hasil kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Persidangan ini merupakan forum bagi kalangan penggiat industri

buku, pencetak, penerbit, pengedar, pembekal dan semua pihak yang terlibat dalam industri perbukuan. Mereka berkumpul dari dalam dan luar negara untuk bertukar-tukar pengalaman, idea, ilmu dan gagasan. Persidangan

yang mengambil tema Buku Memperkaya Minda yang juga tema PBAKL 2008 diharap berupaya merangsang industri perbukuan agar dilakukan secara dedikasi, proaktif dan berterusan. Usaha tersebut dilihat mampu memperkayakan

sumber ilmu agar dapat dimanfaatkan oleh segenap lapisan masyarakat.

Antara objektif penting IcoBI 2008 ialah mengenal pasti mekanisme baru bagi menyemarakkan ik lim penerbitan dalam semua

bidang dan segmen penerbitan genre negara dan global, merumuskan pelan tindakan bagi memperkasakan industri penerbitan dan perbukuan Asean dan mempercepatkan pembang unan industri penerbitan buku negara dalam rangka memperkasakan modal insan.

PBAKL 2008 diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4-13 April yang lalu dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan lima persatuan industri buku utama di Malaysia, Persatuan Penerbit buku Malaysia (MABOPA), Persatuan Penjual Buku Malaysia (MBA), Persatuan Pengeksport dan Pengimport Buku Malaysia (MBEIA), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) dan Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MPIM).

Selain pertambahan gerai pameran dan jualan buku, penyertaan daripada pelbagai pihak terutamanya syarikat luar negara dan agensi kerajaan luar negara juga bertambah dan melebihi 30 syarikat dengan lebih seratus gerai yang terlibat, antaranya dari Singapura, Indonesia, Filipina, Australia dan United Kingdom.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 16 April 2008

PBAKL Menyemarakkan Industri Buku

BH PILIH L12 16 emel

Pendengar yang telah meng-hantar kata laluan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS)

kepada stesen radio Hot FM, pasti teruja untuk mengucapkan ung-kapan “Hot FM Masyuk” dan menjawab soalan mudah yang diberi-kan apabila mende-ngar deringan telefon. Pendengar yang ber-jaya akan memenangi hadiah wang tunai terkumpul antara RM300.00 sehingga RM100,000.00 dalam program Panggilan Hot FM Masyuk.

Begitu juga dengan program Rock Masyuk Bersama Apek@Era anjuran Radio Era. Hadiah yang ditawarkan dalam program tersebut memang lumayan tetapi yang tidak enak dide-ngar ialah ungkapan “masyuk” yang menjadi ikutan.

Program yang menawarkan ganjaran wang tunai yang luma-yan melalui panggilan telefon ini telah lama dianjurkan oleh radio Era yang mendapat tajaan dari-pada syarikat tertentu. Namun pada masa ini mengapakah kata “masyuk” menjadi pilihan?

Kata “masyuk” bukanlah kata

yang indah tetapi hanya merupa-kan slanga, iaitu kata atau ung-kapan yang tidak standard (baku) yang lazimnya digunakan dalam situasi yang tidak rasmi.

Kata “masyuk” yang dirujuk sebagai “masuk” ini bermakna,

pendengar rancangan yang “masuk” atau menyertai ran-cangan ini akan meneka melodi atau lagu irama rock yang telah diubah lirik atau seni kata yang dinyanyikan oleh penyampainya, Apek. Pendengar yang berjaya meneka akan menerima hadiah wang tunai atau ungkapan yang lebih mudah, “duit masuk”. Oleh itu, ungkapan yang tepat digu-

nakan ialah Panggilan Hot FM, Masuk!

Sementara itu, sekiranya stesen radio berkenaan ingin menggu-nakan ungkapan yang mempu-nyai sebutan yang hampir sama dengan kata “masyuk”, mereka

boleh menggunakan kata serapan Arab yang telah diserap ke dalam bahasa Melayu, iaitu “maksyuk” yang bermaksud ”yang mengasyikkan, yang dikasihi atau tercinta, dan buah hati”. Jika diperluas makna dan konsepnya, kata “mak-syuk” itu boleh mem-bawa makna “ranca-ngan yang menjadi pilihan”. Judul ran-cangan tersebut boleh menjadi Panggilan Hot FM, Maksyuk! dan Rock Maksyuk Bersama-sama Apek@Era.

Walau bagaimanapun, sebarang judul rancangan yang telah dan bakal diterbitkan oleh stesen radio berbahasa Melayu tempatan, lebih-lebih lagi stesen radio yang menjadi pilihan utama pendengar kini seperti Radio Era dan Hot FM, seharusnya menunjukkan contoh dan menjadi teladan kepa-da stesen radio lain dalam aspek penggunaan bahasa yang betul.

Oleh Aliah Abdul Rahim

Sekiranya anda pernah berkunjung ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur,

anda mungkin pernah terpandang papan tanda ini. Papan tanda ini didirikan berhampiran dengan Dataran Merdeka, dan salah satu daripada tujuannya adalah untuk menunjukkan arah atau letaknya “Kelab Di Raja Selangor”, iaitu di tepi Dataran Merdeka.

Dari segi penggunaan bahasa, papan tanda ini sememangnya telah menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, dari segi kualitinya kurang memuaskan. Dalam papan tanda tersebut, ejaan kata “Di Raja” yang digunakan dalam frasa “Kelab Di Raja Selangor” sebenarnya tidak tepat.

Kata “Di Raja” sepatutnya dieja “Diraja”, kerana “Di” pada kata tersebut bukanlah awalan ataupun kata sendi nama, tetapi merupakan sebahagian daripada kata dasar. Kata “diraja” sebenarnya merupakan kependekan daripada kata “adiraja”, dan dalam bidang linguistik, proses pembentukan kata tersebut dikenali dengan istilah “aferesis”. Aferesis iaitu pengguguran atau penghilangan satu huruf di awal kata, seperti hujung menjadi ujung dan hulu menjadi ulu.

Jadi, ejaan frasa “Kelab Di Raja Selangor” sepatutnya diubah menjadi “Kelab Diraja Selangor”. Begitu juga dengan ejaan untuk frasa-frasa lain yang turut menggunakan kata “Diraja”, seperti Polis Diraja Malaysia, Kastam Diraja Malaysia, dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kenapa Di Raja?

Antara “Masyuk”, “Maksyuk” atau “Masuk”. Manakah Yang Tepat?

Oleh Zaidi Ismail

DAPAT SAMBUTAN: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dikunjungi hampir 1.5 juta orang terdiri daripada pelbagai lapisan, peringkat umur dan disertai oleh negara luar.

Oleh Normala Mohamad Yusof