bahasa melayu di persada dunia kepetahan olga · pdf filesalahan atau kesilapan bahasa...

1
P anel juri yang terdiri daripada pakar bahasa Melayu dari Malaysia, Indonesia, Jerman dan Rusia, telah menobatkan Olga Vadimovna Vasilevskaya, sebagai Juara Pertandingan Pidato An- tarabangsa Bahasa Melayu, Piala Timbalan Perdana Menteri 2007. Walaupun baru tiga tahun mem- pelajari bahasa Melayu, namun pela- jar dari Moscow State University, Rusia ini berjaya menewaskan pemidato dari Malaysia, dan ne- gara-negara berbahasa Melayu yang lain. Olga, yang berusia 19 tahun, kelihatan anggun bergaya dalam pakaian tradisional Melayu, memukau ribuan penonton de- ngan kepetahannya membicarakan tajuk “Mampukah Dunia Melayu Mencorakkan Arah Pentadbiran Dunia pada Masa Hadapan?” Olga petah dan tenang menyampaikan hujahnya yang bernas dengan pe- nguasaan bahasa Melayu tinggi yang baik, diselit pula dengan pepa- tah dan bidalan Melayu. Olga membawa pulang piala pu- singan yang dibuat daripada perak yang berbentuk glob yang disangga oleh tiga bilah keris, wang tunai RM10,500 dan beberapa hadiah serta piala iringan. Peserta dari Malaysia, Mohd Daud Mat Din, 23 tahun, pelajar Fakulti Uundang-undang Universiti Islam Antarabangsa Ma- laysia (UIAM), mendapat tempat kedua membawa pulang wang tunai RM7,000 dan piala iringan, manaka- la pemenang tempat ketiga, Ah Min Suk dari Universiti Hankuk, Korea Selatan, membawa pulang RM3,500 serta piala iringan. Pertandingan yang pada awalnya menemukan 24 orang peserta dari benua Eropah, Amerika, Australia, Afrika dan Asia ini terlebih dahulu melalui dua acara saringan yang berlangsung selama dua hari di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Walaupun peserta- peserta ini sama hebat, namun hanya tujuh orang peserta terpilih ke pusingan akhir, iaitu peserta dari China, Korea, German, Rusia, Singapura, Brunei dan Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagang- an Dunia Putra (PWTC) pada malam 16 Mac, baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang dan peserta lain, yang menerima ha- diah penyertaan RM500 serta piala iringan setiap seorang. Dalam ucap- annya, beliau mencadangkan agar kita mengambil kesempatan atas kedudukan kita sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pengerusi Negara-negara Berkecuali (NAM), untuk mem- perkukuh kedudukan dan martabat bahasa Melayu dengan memperke- nalkan Pengajian Bahasa Melayu di negara-negara anggota tersebut. Beliau juga menyeru agar DBP serta penerbit lain bekerjasama dalam membekalkan bahan bacaan dan rujukan bagi pelbagai aspek tamadun Melayu ke institusi ter- pilih di luar negara bagi memarta- batkan dan memperkasakan bahasa Melayu di persada antarabangsa. Kini, terdapat 129 buah pusat pengajian tinggi di dunia yang menawarkan kursus Pengajian Bahasa Melayu, merangkumi 35 buah negara yang merentas dari benua Eropah ke benua Amerika menganjur ke Asia Tengah dan Asia Timur Jauh dan menjalar ke Australia dan New Zealand. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ekonomi dan bahasa komunikasi, setaraf dengan bahasa utama lain di dunia. Pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memarta- batkan bahasa Melayu di persada dunia dan meyakinkan pihak yang meragui kemampuan bahasa Melayu untuk pergi jauh, khusus- nya sebagai bahasa perdagangan antarabangsa. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 Mac 2007 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Kepetahan Olga Memukau B ukankah jalan dan lorong itu sama? Tidak adakah nama lain yang lebih indah? Begitulah luahan rasa kecewa salah seorang penduduk tempatan yang mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar menukarkan nama jalan ini kepada nama yang lebih indah. Kekecewaan ini berasas, kerana jalan dan lorong membawa maksud yang sama, bezanya lorong lebih kecil daripada jalan. Inilah yang dikatakan bentuk lewah. Di sam- ping itu, pemilihan nama ‘Menanti’ juga tidak begitu sesuai kerana pada dasarnya, pemilihan nama mesti- lah daripada golongan kata nama dan bukan kata kerja. Sebagai pilih- an, Majlis Daerah Kuala Selangor boleh menamai jalan tersebut ber- dasarkan nama tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang sudah jarang dida- pati pada masa ini. Misalnya, Jalan Enggang atau Jalan Kepayang. Penamaan seperti ini sekurang- kurangnya dapat memperkenalkan warisan budaya kita kepada gene- rasi hari ini. Klik DBP mengucap- kan syabas kepada Encik Mohamed Sulam Haji Omar yang peka dengan kesilapan bahasa, dan sila hubungi kami untuk penghantaran cendera- mata. Hantarkan sebarang ke- salahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: mashitah@dbp. gov.my, atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. BH PILIH L12 21 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG P enayangan drama bersiri 26 episod yang menemui penonton pada setiap hari Selasa, 11.00 malam mulai 6 Mac 2007 pastinya membuatkan penonton tertanya-tanya. Mengapakah judulnya Datin Diaries? Ungkapan ini jelas menggu- nakan bahasa rancu, rojak atau cacamarba kerana mencam- puradukkan bahasa Melayu, iaitu Datin dan bahasa Inggeris, Diaries. Inilah yang dikatakan oleh Menteri Kementerian Kebu- dayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa), Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, baha- sa sekerat ular, sekerat belut kerana bukan sahaja menyalahi struktur ayat bahasa Melayu tetapi juga bahasa Inggeris yang sepatutnya menggunakan Datins' Diaries atau Diaries of Datins? Drama tersebut merupakan sebuah drama bersiri yang memaparkan kehidupan sehari- an isteri-isteri golongan berada yang bergelar Datin yang berba- hasa Melayu dan Inggeris dalam perbualan mereka. Adakah mesej drama tersebut tidak sampai kepada masyara- kat sekiranya drama ini diberi judul dalam bahasa Melayu sepenuhnya, iaitu Diari Datin? TV3 seharusnya peka bahawa siaran mereka menjadi tontonan pelbagai lapisan masyarakat ter- masuk masyarakat desa. Oleh itu, setiap judul rancangan yang disiarkan seharusnya mengam- bil kira aspek bahasa di samping khalayak. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berharap agar pada masa akan datang, pihak yang terlibat dalam bidang penyiaran negara prihatin dan memberi- kan sokongan kepada kerajaan dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan, lebih-lebih lagi negara bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-50. Bahasa kebangsaan kita, tang- gungjawab kita. normala@dbp. gov.my . Mengapakah Datin Diaries? APA SUDAH JADI? Oleh Mashitah Taharin Sudah Jalan, Lorong pula? APA kurangnya, kalau siri ini dinamai "Diari Datin"? DBP SETENGAH ABAD BERGAMBAR KENANGAN: Pemenang dan para peserta pidato bergambar bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, YB Datuk Mustapha Mohammad, YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan YB Datuk Noh Ahmad. OLGA diapit oleh pemenang kedua (kanan) dan ketiga, Ah Min Suk dari Korea Selatan.

Upload: vanthuy

Post on 30-Mar-2018

254 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Panel juri yang terdiri daripada pakar bahasa Melayu dari Malaysia, Indonesia, Jerman

dan Rusia, telah menobatkan Olga Vadimovna Vasilevskaya, sebagai Juara Pertandingan Pidato An-tarabangsa Bahasa Melayu, Piala Timbalan Perdana Menteri 2007.

Walaupun baru tiga tahun mem-pelajari bahasa Melayu, namun pela-jar dari Moscow State University, Rusia ini berjaya menewaskan pemidato dari Malaysia, dan ne-gara-negara berbahasa Melayu yang lain. Olga, yang berusia 19 tahun, kelihatan anggun bergaya dalam pakaian tradisional Melayu, memukau ribuan penonton de-ngan kepetahannya membicarakan tajuk “Mampukah Dunia Melayu Mencorakkan Arah Pentadbiran Dunia pada Masa Hadapan?” Olga petah dan tenang menyampaikan hujahnya yang bernas dengan pe-nguasaan bahasa Melayu tinggi yang baik, diselit pula dengan pepa-tah dan bidalan Melayu.

Olga membawa pulang piala pu-singan yang dibuat daripada perak yang berbentuk glob yang disangga oleh tiga bilah keris, wang tunai RM10,500 dan beberapa hadiah serta piala iringan. Peserta dari Malaysia, Mohd Daud Mat Din, 23 tahun, pelajar Fakulti Uundang-undang Universiti Islam Antarabangsa Ma-

laysia (UIAM), mendapat tempat kedua membawa pulang wang tunai RM7,000 dan piala iringan, manaka-la pemenang tempat ketiga, Ah Min Suk dari Universiti Hankuk, Korea Selatan, membawa pulang RM3,500 serta piala iringan.

Pertandingan yang pada awalnya menemukan 24 orang peserta dari benua Eropah, Amerika, Australia, Afrika dan Asia ini terlebih dahulu melalui dua acara saringan yang berlangsung selama dua hari di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Walaupun peserta-peserta ini sama hebat, namun hanya tujuh orang peserta terpilih ke pusingan akhir, iaitu peserta dari China, Korea, German, Rusia, Singapura, Brunei dan Malaysia yang berlangsung di Pusat Dagang-an Dunia Putra (PWTC) pada malam 16 Mac, baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada pemenang dan peserta lain, yang menerima ha-diah penyertaan RM500 serta piala iringan setiap seorang. Dalam ucap-annya, beliau mencadangkan agar kita mengambil kesempatan atas kedudukan kita sebagai Pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pengerusi Negara-negara Berkecuali (NAM), untuk mem-perkukuh kedudukan dan martabat bahasa Melayu dengan memperke-

nalkan Pengajian Bahasa Melayu di negara-negara anggota tersebut.

Beliau juga menyeru agar DBP serta penerbit lain bekerjasama dalam membekalkan bahan bacaan dan rujukan bagi pelbagai aspek tamadun Melayu ke institusi ter-pilih di luar negara bagi memarta-batkan dan memperkasakan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Kini, terdapat 129 buah pusat pengajian tinggi di dunia yang menawarkan kursus Pengajian Bahasa Melayu, merangkumi 35 buah negara yang merentas dari benua Eropah ke benua Amerika

menganjur ke Asia Tengah dan Asia Timur Jauh dan menjalar ke Australia dan New Zealand. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ekonomi dan bahasa komunikasi, setaraf dengan bahasa utama lain di dunia.

Pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk memarta-batkan bahasa Melayu di persada dunia dan meyakinkan pihak yang meragui kemampuan bahasa Melayu untuk pergi jauh, khusus-nya sebagai bahasa perdagangan antarabangsa.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 21 Mac 2007

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Kepetahan Olga Memukau

Bukankah jalan dan lorong itu sama? Tidak adakah nama lain yang lebih indah? Begitulah

luahan rasa kecewa salah seorang penduduk tempatan yang mahu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) agar menukarkan nama jalan ini kepada nama yang lebih indah.

Kekecewaan ini berasas, kerana jalan dan lorong membawa maksud yang sama, bezanya lorong lebih kecil daripada jalan. Inilah yang dikatakan bentuk lewah. Di sam-ping itu, pemilihan nama ‘Menanti’ juga tidak begitu sesuai kerana pada

dasarnya, pemilihan nama mesti-lah daripada golongan kata nama dan bukan kata kerja. Sebagai pilih-an, Majlis Daerah Kuala Selangor boleh menamai jalan tersebut ber-dasarkan nama tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang sudah jarang dida-pati pada masa ini. Misalnya, Jalan Enggang atau Jalan Kepayang.

Penamaan seperti ini sekurang-kurangnya dapat memperkenalkan warisan budaya kita kepada gene-rasi hari ini. Klik DBP mengucap-kan syabas kepada Encik Mohamed Sulam Haji Omar yang peka dengan kesilapan bahasa, dan sila hubungi kami untuk penghantaran cendera-mata.

Hantarkan sebarang ke-salahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected], atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

BH PILIH L12 21 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Penayangan drama bersiri 26 episod yang menemui penonton pada setiap hari

Selasa, 11.00 malam mulai 6 Mac 2007 pastinya membuatkan penonton tertanya-tanya. Mengapakah judulnya Datin Diaries?

Ungkapan ini jelas menggu-nakan bahasa rancu, rojak atau cacamarba kerana mencam-puradukkan bahasa Melayu, iaitu Datin dan bahasa Inggeris, Diaries.

Inilah yang dikatakan oleh Menteri Kementerian Kebu-dayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa), Y.B. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, baha-sa sekerat ular, sekerat belut kerana bukan sahaja menyalahi struktur ayat bahasa Melayu tetapi juga bahasa Inggeris yang sepatutnya menggunakan Datins' Diaries atau Diaries of Datins?

Drama tersebut merupakan sebuah drama bersiri yang memaparkan kehidupan sehari-an isteri-isteri golongan berada yang bergelar Datin yang berba-hasa Melayu dan Inggeris dalam perbualan mereka.

Adakah mesej drama tersebut tidak sampai kepada masyara-kat sekiranya drama ini diberi judul dalam bahasa Melayu

sepenuhnya, iaitu Diari Datin? TV3 seharusnya peka bahawa siaran mereka menjadi tontonan pelbagai lapisan masyarakat ter-masuk masyarakat desa. Oleh itu, setiap judul rancangan yang disiarkan seharusnya mengam-bil kira aspek bahasa di samping khalayak.

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka berharap agar pada

masa akan datang, pihak yang terlibat dalam bidang penyiaran negara prihatin dan memberi-kan sokongan kepada kerajaan dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan, lebih-lebih lagi negara bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-50. Bahasa kebangsaan kita, tang-gungjawab kita. [email protected].

Mengapakah Datin Diaries?APA SUDAH JADI?

Oleh Mashitah Taharin

Sudah Jalan,

Lorong pula?

APA kurangnya, kalau siri ini dinamai "Diari Datin"?

DBP SETENGAH ABAD

BERGAMBAR KENANGAN: Pemenang dan para peserta pidato bergambar bersama-sama Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, YB Datuk Mustapha Mohammad, YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan YB Datuk Noh Ahmad.

OLGA diapit oleh pemenang kedua (kanan) dan ketiga, Ah Min Suk dari Korea Selatan.