bahasa melayu di persada dunia bahasa melayu mengeratkan hubungan ... · pdf filesedang...

Download BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Bahasa Melayu Mengeratkan Hubungan ... · PDF filesedang dibincangkan dengan BFSU. Sekolah yang bakal ditubuhkan itu ... kesantunan berbahasa dalam budaya

If you can't read please download the document

Upload: phamlien

Post on 08-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • Lawatan BFSU kali ini merupakan satu detik permulaan kepada persa-habatan, kerjasama dan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua pihak yang telah terjalin lebih tiga dekad lalu.

    Demikian ditegaskan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Majlis Makan Malam sempena lawatan rombong-an Universiti Pengajian Bahasa-bahasa Asing Beijing (BFSU) ke Malaysia pada 22 Ogos lalu, di Hotel Istana, Kuala Lumpur.

    Dalam ucapannya beliau menya-takan, Sebuah sekolah bahasa antarabangsa kerjasama Malaysia-China akan ditubuhkan di Pulau Pinang. Sekolah bahasa antara-bangsa ini merupakan projek yang sedang dibincangkan dengan BFSU. Sekolah yang bakal ditubuhkan itu akan memberikan tumpuan kepada pengajian bahasa.

    Beliau berharap penubuhan sekolah bahasa ini dapat menjadi penanda aras bukan sahaja kepa-da bahasa Mandarin tetapi juga kepada bahasa Melayu dan baha-sa-bahasa lain. Sekolah ini juga akan menawarkan kursus bahasa untuk pelajar dari dalam dan luar negara.

    Pakar Bahasa BFSU, Profesor Wu Zongyu menjelaskan, juru-

    san bahasa Melayu ditubuhkan di BFSU pada tahun 1961 kerana pada masa itu kerajaan China menyedari bahawa Malaysia akan bangkit meskipun ketika itu negara Malaysia masih belum ditu-buhkan.

    Rombongan BFSU terdiri dari-pada 48 orang mahasiswa jurusan bahasa Melayu dan empat orang pensyarah. Lawatan rombongan BFSU ke Malaysia ini merupakan lawatan balas kunjungan Menteri Pelajaran Malaysia ke China pada 19 hingga 23 Mei lalu. Kunjungan mereka ke negara kita juga adalah sebagai tetamu kerajaan Malaysia sempena sambutan ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara.

    Dalam pertemuan para pensya-rah dan mahasiswa BFSU dengan Duta Besar China di Malaysia, Encik Cheng Yonghua menya-takan, lawatan ini merupakan satu peluang yang amat berharga bagi mahasiswa pengajian baha-sa Melayu, BFSU mempelajari, mendekati dan menghayati bahasa dan budaya Melayu."

    Pada tahun-tahun kebelaka-ngan ini, perkembangan hubung-an Malaysia-China semakin hari semakin luas dan mendalam. Beliau berharap generasi muda China, terutamanya mahasiswa jurusan pengajian Melayu dapat memberikan sumbangan kepada kerjasama Malaysia-China pada masa akan datang.

    Para pelajar BFSU turut men-dapat pendedahan kepada aspek kesantunan berbahasa dalam budaya Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Kuliah berta-juk Kesantunan Bahasa: Gelaran dan Rujukan disampaikan oleh Munsyi Dewan, Tuan Haji Muhammed Salehudin Aman sela-ma sejam.

    Sebelum itu, tiga orang pen-syarah dan 14 orang mahasiswa Tahun 2, Jurusan Bahasa Melayu, Institut Penyiaran Beijing yang kini dikenali sebagai Universiti Komunikasi China (CUC) turut berkunjung ke Malaysia dalam Program Cuti Semester dan Lawatan Sambil Belajar pada 20 Julai hingga 10 Ogos lalu. Mereka yang menyertai program ini telah mengikuti Kursus Intensif Bahasa Melayu di DBP untuk me-ningkatkan tahap berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

    Antara modul yang dibincang-kan ialah Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Pembentukan Kata dan Sebutan, Apresiasi Sastera, Latihan Penulisan, Latihan Diskusi dan Asas Tulisan Jawi. Mereka juga berpeluang berkun-jung ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta mengikuti Festival Tari Antarabangsa untuk mendalami seni dan budaya Melayu.

    Perkembangan menakjubkan ini menggambarkan bahawa bahasa

    Melayu berupaya menjadi salah satu bahasa yang penting di dunia, apatah lagi semakin ramai pela-jar antarabangsa, khususnya di Eropah, Amerika Syarikat dan

    rantau Oceania berminat mengi-kuti pengajian bahasa Melayu. Sesungguhnya, bahasa Melayu memperkukuh hubungan diploma-tik dua negara.

    Halaman Enam Belas BERITA HARIAN Rabu, 19 September 2007

    BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

    Bahasa Melayu Mengeratkan Hubungan Malaysia-China

    BH PILIH L16 19 emel

    DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

    Pertunjukan Tatu Antara-bangsa Kuala Lumpur (KL) 2007 yang berlangsung di Stadium Merdeka pada 7 hingga 9 September lalu sempena sam-butan ulang tahun ke-50 kemer-dekaan negara dan Tahun Melawat Malaysia 2007, berlangsung dalam suasana yang meriah dan berwar-na-warni. Pertunjukan pancara-gam ketenteraan dan kebudayaan yang diiringi bunyi serunai, gen-dang dan derap langkah perwira negara memukau pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara.

    Namun, usaha Kementerian Pertahanan Malaysia membang-kitkan semula semangat cinta akan negara dan memperingati perjuangan tokoh-tokoh terda-hulu tidak diiringi semangat cinta akan bahasa kebangsaan negara. Logo Pertunjukan Tatu itu sendiri hanya memapar-kan nama pertandingan dalam bahasa Inggeris, "Kuala Lumpur International Tattoo berban-ding logo Tatu Antarabangsa Negara Brunei Darussalam 2006 yang memberikan keu-tamaan kepada bahasa kebang-saan, selain turut memarta-

    batkan tulisan Jawi. Nama pertandingan dalam bahasa Inggeris hanya diletakkan di baris ketiga.

    Dalam hal ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka cukup pri-hatin dan peka terhadap peng-gunaan bahasa yang dipapar-kan di tempat-tempat awam apatah lagi program sebegini. Seharusnya pihak Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Kementerian Pelancongan Ma-laysia menggunakan peluang keemasan ini untuk mempromo-sikan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita sebagai buah tangan berharga yang boleh dibawa pulang oleh peserta dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan New Zealand.

    Alangkah indahnya sekira-nya pintu gerbang yang me-nyambut kedatangan kontinjen dari luar negara ini disambut dengan ungkapan Selamat

    Datang ke Pertunjukan Tatu Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sesungguhnya keme-gahan mengukir bahasa kebang-saan pada logo, papan tanda dan bahan promosi sepanjang Pertunjukan Tatu ini berlang-sung mencerminkan sikap pe-nganjur yang megah dan cinta akan bahasa kebangsaan nega-ra. Bahasa Jiwa Bangsa.

    Tattoo atau Tatu?

    Oleh Normala Mohamad Yusof

    Ada dua perkara yang mungkin kita fahami apa-bila membaca iklan ini. Pertama, adakah kita masih tidak mahu membeli komputer tersebut setelah diancam sedemi-kian rupa? Kedua, adakah pen-jual tersebut menjual komputer lusuh, komputer yang hidup atau mati.

    Memang komputer merupakan keperluan hari ini lebih-lebih lagi dengan sistem pendidikan masa kini yang banyak menggunakan alat teknologi seperti komputer. Namun, janganlah disebabkan terlalu ghairah untuk melaris-kan produk mereka, penjual sanggup menggunakan bahasa yang sedemikian rupa sehingga boleh dikatakan agak keterla-luan. Seronokkah kita apabila membaca iklan yang berbentuk ugutan seperti ini? Apakah pin-cang atau terjejas kehidupan kita jika tidak membeli komputer itu?

    Selain berbentuk ancaman, perkataan "hidup atau mati" hanya digunakan untuk benda bernyawa atau bernafas dan bukan untuk komputer sejenis alat elektronik. Mungkin juga bahasa iklan tersebut bermak-sud penjual menjual komputer terpakai, sama ada yang "hidup" (boleh digunakan) atau yang "mati" (sudah rosak).

    Walau apa pun bahasa atau gaya penulisan iklan, bentuk ancaman atau bahasa yang tidak jelas dan mengelirukan sewajar-nya dielakkan. Bukankah lebih baik, santun dan mudah difa-hami jika ditulis sebagai "Beli komputer untuk melengkapkan kehidupan anda" atau "Komputer gaya hidup masa kini".

    Hantarkan sebarang ke-salahan atau kesilapan baha-sa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepa-da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Ba-hasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-2148 2923 / 2148 2898. Hadiah istimewa menunggu anda.

    APA SUDAH JADI?

    Hidup atau Mati?

    Oleh Normala Mohamad Yusof

    BERI TUMPUAN: Pelajar BFSU sedang mengikuti kursus intensif Bahasa Melayu di DBP.

    MENARIK PERHATIAN: Pelajar CUC dalam satu sesi bersama tokoh di UPM.