(s.e.a. write award) 1986

108

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: (S.E.A. Write Award) 1986
Page 2: (S.E.A. Write Award) 1986
Page 3: (S.E.A. Write Award) 1986

Penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (S.E.A. Write Award) 1986

+igg AIL& ,Ja &a .. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BRUNEI KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELlA DAN S W A N

Page 4: (S.E.A. Write Award) 1986

Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Lupangan Terbang Luma Berakas BB35lO Negara Brunei Darussalam

@ Muslim Burmat, 2006

Hak cipta tetpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang manu-mana bahagian am'kel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini &lam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis danpada Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Pengkatalogan Datadalam-Penerbitan

M u s h Burmat

Sidang bunmgIMuslim Burmat.- Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei, 2006. 107p ISBN 99917-0-440-X

1 . Malay fiction - Brunei Darussalam 2. Adult fiction, Malay I. Title

899.283 (DDC 22)

Reka Bentuk Hiasan Kulit M@'n Anggas

Editor Penyelaras Hidop Zin

Tim Penerbitan Naemah Haji Hashim, H q j d Ramlah Hqii Abd. Rahman, &n Amind Hqii Mumin

Rupa Taip Teks: Times, 11/13 poin

Atur Huruf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam Dicetak oleh Percetakan dan Pemiagaan Borneo Sdn. Bhd., Brunei Darussalarn

Page 5: (S.E.A. Write Award) 1986

Prakata

SYUKUR ALHAMDULILLAH, sekali lagi kita dapat menerbitkan novel Sidang Burung buah tangan Muslim Burmat, Tokoh Sastera Brunei Darussalam. Dua buah novel beliau yang terakhir kita terbitkan masing-masing berjudul Makna Sebenar Sebuah Ladang dan Maku yang sarat tersirat dengan erti dan perlambangan.

Sebelum ini dalarn sebuah novelnya penulis Muslim Burmat, menyajikan sebuah ceritera tentang matinya seekor burung yang tercantik di pukat seorang pernikat burung, tetapi dalam novel yang terbaru ini, ia mengisahkan para burung mengadakan satu persidangan terbesar membincangkan karenah manusia yang dianggap menzalirni kaum mereka itu. Dengan yang dernikian novel yang terdahulu, Terbang Tinggi dengan Sidung Burung mungkin sebuah cerita panjang yang terbahagi dua yang kemudiannya masing-masing merniliki tajuk yang agak seerti.

Kita, dalam Sidang Burung, dipertontonkan dengan susuk geroda yang gerun dan menakutkan, yang hebat gagah menjadi perlambangan kekuatan fizikal dan identiti daripada suatu zaman samar jauh yang tak bernama. Kita dipertontonkan juga imej-imej burung daripada suatu sudut jauh yang perlakuannya seperti manusia yang tahu arif melihat menilai erti dan martabat diri. Dan yang terjauh cuba menilai survival dan nasib masa depan mereka. Kita melihat lokasi pilihan mereka, sekumpulan pulau laut yang terdiri daripada kelompok-kelompok batu yang lesap, gondol, dan tak berpokok. Melihat kesemua ini didasari dengan kenyataan-kenyataan yang tepat pasti ada sesuatu yang tertentu yang hendak dikatakan penulis lewat gaya pengucapan yang agak unik ini.

Dalam kesusasteraan dunia, kita jarang menjumpai watak- wataknya bukan terdiri daripada manusia. Tetapi dalarn kesusasteraan Islam, ada para penyair menjadikan burung menyerupai watak manusia. Para sufi biasanya menjadikan watak-watak burung sebagai perlambangan kepada watak-watak yang bukan manusia atau makhluk biasa.

Page 6: (S.E.A. Write Award) 1986

1

Dewan Bahasa dan Pustaka memang bersedia menerbitkan novel r 2

yang membawa bentuk pengucapan yang segar dan terbaru, padat, *

sarat dengan pemikiran-pemikiran tingkat universal demi mengangkat tinggi daya keintelektualan pembaca. Dengan karya-karya seperti ini kita dapat mempertinggi tingkat mutu kesusasteraan sebagai bahan penggugah daya pemikiran manusia.

Saya berpendapat novel Sidang Burung adalah terjumlah dalam kumpulan karya yang dimaksudkan.

- Dr. Mataim bin Bakar Pemangku Pengarah

Page 7: (S.E.A. Write Award) 1986
Page 8: (S.E.A. Write Award) 1986

engan perlahan aku menghampiri danau kecil itu, dan dengan hati-hati aku memadatkan kedua-dua belah

sayapku, supaya dapat menyuruk melasut pada celah-celah semak, dan saluk-saluk kecil yang sudah hampir tertutup. Tidaklah sukar sangat, kerana semak di situ terdiri daripada pohon-pohon kecil, yang tidak begitu lebat daunnya. Dan, tidak ada rumput-rumput halus yang mengganggu pergerakan. Juga, tidak ada pohon-pohon k s a r dan tinggi. Aku pasti tidak ada apa, atau sesiapa atau sesuatu yang mengintai perbuatanku, apatah lagi mengetahui isi hatiku. Aku memberanikan terus hatiku, kerana dorongan tekakku yang terlalu kehausan. Sudah harnpir sehari aku terbang, hampir-hampir tidak berhenti, di bawah sinar matahari terik. Sekarang, entah mungkin nasibku, kebetulan semasa aku diarah menunaikan tugas musim kemarau. Kalau aku dapat minum, aku akan minum dengan sepuas-puasnya, walau sebiji buah pun belum sempat kutelan. Puaslah. Aku pasti akan mendapat tenaga baru, dan mampu terbang tinggi hingga ke petang, sebelum menyambung perjalanan yang masih jauh esok pagi. Tetapi aku tidak akan menggapai terlalu tinggi. Sebelum meneruskan penerbangan pasti aku akan mencari buah-buahan dahulu untuk dimakan. Sekarang aku pasti, walaupun musim kemarau, pohon-pohon berbuah di perjalanan untuk dijadikan makanan. Sekarang

Page 9: (S.E.A. Write Award) 1986

walaupun keadaan tenang dan aman, aku mesti berhati-hati juga. Mesti berawas-awas juga. Kerana dalam dunia ini walau di sudut mana pun, walau di daerah mana pun, tidak ada yang dapat menjamin keselamatan makhluk lain. Bahaya dan musuh ada di mana-mana. Ada yang mengatakan dirinya baik, tetapi di hatinya tidak baik. Tak pernah ada yang dapat menjamin, apa yang tergores di hati sama dengan apa yang terkeluar di mulut.

Tidak sejauh mana lagi paruhku dapat mencicap air yang dingin untuk dapat mengalirkan ke tekak yang serasa pecah, satu lembaga menghadang matahari berdiri tinggi besar, membayang-bayangi aku. Lembaga tinggi besar di hadapanku itu tidak lain dari suatu kejadian yang amat ditakuti seluruh kaurnku: seorang manusia berdiri gagah, dengan mata buntarnya menyala, mengitari badan kecil terselindung di celah- celah daun kering dan pohon-pohon rendah. Dalam selirikanku, di tangannya terpegang beberapa utas tali berpintal halus, tergulung kemas, pada satu kirikan yang hampir tertutup dalam genggamannya. Tali halus demikianlah yang biasa tersimpul di leher, atau di kaki kami. Dengan secepat kilat sebelum mata kami bertembung, sayapku menguas lebar dan terus melayangkan aku ke udara. Dengan kepantasan tangannya, ia nyaris dapat merangkum kemas badanku. Kalau itu sempat terjadi, entah apa bekal yang akan terjadi. Kalau aku tidak sampai ajal dalarn melawan, pasti aku akan dikurung dalam sangkar, di rumahnya. Maka cerita selepas itu, jadilah aku barang tahanan sehingga pupus riwayatku. Hah, debukan dada yang belum reda itu, dapat mengurangkan kelajuan penerbanganku.

Terlalu jahatny a manusia ! Begitulah kehidupan kaum burung yang sentiasa

mendebarkan, sentiasa hidup dalam penuh bahaya, terkejut, dan ketakutan. Sentiasa berawas-awas, dan selalu menjadi mangsa atau terus terkurung, yang biasanya jadi tontonan atau penghibur kepada kaum manusia.

Rasanya keadaan begitu sudah berlaku berkurun, tidak ada satu kebulatan suara atau sebarang ikhtiar tindakan yang dapat merubah atau memberikan sebarang saranan bagaimana

Page 10: (S.E.A. Write Award) 1986

keselamatan ke atas masyarakat kami dapat terjamin. Kami tidak mengatakan haiwan-haiwan lain dilindungi, atau terjamin keselamatan mereka daripada bahaya ancaman manusia. Kami juga tidak mengatakan makhluk-makhluk, binatang umpamanya, dapat hidup rapat dan aman dengan manusia. Kami pun tahu, binatang-binatang liar jauh di rimba, hatta di tepi perkampungan pun, hampir sama nasibnya dengan masyarakat kami. Apalagi, ada di antara mereka itu tidak dapat bergerak begitu cepat untuk menyelamatkan diri, atau berselindung di tempat-tempat yang lebih selamat. Nasib lebah lebih malang lagi, sarang lebah sering dimusnah dan telur sering dicuri. Sudahlah anak-anak dan sarang dimusnahkan malah ribuan lebah juga hangus terbakar semasa pencurian anak-anak dan sarang dilakukan.

Maka, baik burung, baik binatang, baik lebah, akan tiba saatnya, pada suatu hari, pupus jikalau tiada usaha dilakukan dengan secepat-cepatnya untuk melindungi makhluk yang lemah dan kurang tinggi daya pemikirannya ini. Semuanya angkara manusia yang bersifat tamak, zalim, yang hanya mementingkan kaum mereka, angkuh, dan gelojoh untuk mendapat keuntungan. Sudahlah ditakdirkan yang kita semuanya ini menjadi salah satu sumber perrnakanan mereka, ada pula yang senghaja dibunuh atau teraniaya, ditinggalkan menjadi hancur buruk, atau bangkai berulat dalam hutan. Apakah ertinya itu? Dalam dunia yang sudah berusia berjuta tahun keadilan masih belum tercipta di dalamnya. Apakah luta memerlukan halilintar yang dahsyat diledakkan untuk memaksa merubah sikap dan perbuatan mereka itu? Memang pasti, keadilan itu tidak tercapai jikalau tidak kaum itu sendiri yang berusaha mengubah nasibnya. Maka itulah kami junjung kata- kata, nasib suatu kaum tidak attan terubah kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya.

Pernahkah kamu mendengar kaum yang tidak terbela ini ditangkap, dipelihara, kemudian menjadi bahan tontonan untuk mereka mengaut keuntungan, dan daripada keuntungan yang sangat besar itu, mereka akan lebih mampu menangkap kaum kami dengan lebih banyaknya lagi!

Page 11: (S.E.A. Write Award) 1986

Dan pernahkah kamu mendengar, yang kami ini setelah dibunuh dan diawet, lalu dikeraskan dijadikan patung, disimpan di sudut ruang untuk bahan kajian dan tontonan? Maka, apakah sudah menjadi dasar manusia, kita yang terdiri daripada kaum yang lemah ini dijadikan bahan pameran dan tontonan bagi mereka yang kuat dan berkuasa? Maka, pada fikiranku sudah sampai masanya kita bertindak sesuatu. Tragedi malang ini jangan sampai terjadi terus menjadi neraka kepada keturunan kita, anak cucu kita. Bukankah dunia ini suatu tempat yang aman dan keamanannya itu harus dikongsi bersama tanpa mengira apa jenis makhluk: berhak tinggal dengan aman dengan bebas, tidak perlu takut-takut atau berawas-awas daripada sebarang ancaman? Daripada ancaman apa dan siapa pun. Itu adalah perjanjian antara manusia dengan manusia yang sudah lama turut kita terima pakai. Menghormati kedaulatan dan kebebasan masing-masing. Menghormati sempadan bersama, sekali-kali tiada pencabulan. Atau, adakah sudah sempadan dicipta manusia untuk mencegah unggas daripada memasuki wilayah manusia?

Maka kisah perjalananku yang panjang dan terlalu jauh, mungkin jarak jauh demikian belum pernah dilakukan oleh keturunanku, nenek moyangku, pastinya akan menemui pelbagai rintangan. Mereka, kawan-kawanku sekampung menjuntun bahaya, kesukaran dan sekatan yang bakal ditempuh. Mereka sejak dahulu kala pun berpendapat dan berfikir, untuk apa melakukan penerbangan jauh, apa yang dicari, apa yang dikehendaki? Meninggalkan kampung halaman, tanah air sendiri tanpa tujuan yang jelas bukanlah perkara mudah dilakukan. Ertinya, dahulu mereka tidak akan berpergian terlalu jauh seperti yang aku lakukan ini, sekalipun merajuk, atau melarikan diri, kerana kalah dalam pertarungan, atau menjauhkan diri daripada seekor burung jantan, yang menguasai satu daerah, atau kumpulan unggas betina. Bukan demikian tujuanku ini.

Mengembara, melintasi hutan rimba, banjaran bukit dan gunung membelah tanah besar Borneo, mengharung lautan dan angin kencang dan sejuk, yang menggigilkan adalah semuanya,

Page 12: (S.E.A. Write Award) 1986

seperti yang dirantang ayah bonda ketika aku sungkam, ketika meninggakan kampung halaman. Kerana itu segala derita yang ditempuh tidak mengejutkan, dan aku berjaya mengatasinya, sehingga sekarang sudah berada di pantai utara Borneo, dan sekarang sedang bersedia-sedia untuk terbang merentasi Laut Cina Selatan yang berombak dan bergelombang, sebelum mendarat di Poros Loro, suatu tempat terasing di tengah laut, yang selalu menerima tiupan angin deras. Angin deras, yang kadang-kadang bertukar menjadi puting beliung, bertiup yang ombak dan gelombang dengan tiba-tiba bangun menjelma dari dasar laut, meluru dari utara ke sdatan melimpasi tanah air kampung halamanku, yang kedudukannya di sebelah selatan itu. Angin yang demikian mempunyai kedinginan yang tinggi dan pasti kederasannya menghalang, menyulitkan penerbangan. Tetapi aku akan selamat sampai di sana, kerana demiluanlah janjiku.

Banyak unggas di sebelah utara, pada banjaran gunung tinggi yang kurang jelas pada pandangan kerana kabus. Tetapi aku tahu ada di antara mereka itu nanti akan kutemui di pulau, dan karni akan berbincang, mengungkapkan banyak perkara dan masalah masing-masing. Sekarang kami belum berkenalan, di sana nanti karni akan menjadi sahabat, menjadi anggota satu kumpulan besar. Pasti perbualan dan perhimpunan akan menarik, daripada pelbagai jenis puak, dan datang dari pelbagai rantau, dari yang memang bennastautin di pulau sejak nenek moyang, hinggalah yang datang dari suatu arah dan tempat yang teramat jauh dan tidak diketahui di mana hala mata anginnya. Tapi kami pasti akan berbicara dalam satu bahasa, dari suatu bahasa yang merdu, meskipun terdengar beberapa loghat dalam siulan yang beraneka nada yang memancarkan kegembiraan. Yang pastinya juga, setiap yang hadir akan membawa persoalan dan tajuk sendiri-sendiri dari kampung halaman dan rantau, yang akan didengar sekalian yang hadir, yang datang dari seluruh benua.

Tibaku di pulau setelah kira-kira setengah perjalanan matahari menggapai puncak. Aku segera disambut dengan mesra. Mereka segera bertepuk tangan, dan mengalungkan selingkar kalungan bunga harum ke leherku.

Page 13: (S.E.A. Write Award) 1986

"Selamat datang, mas." "Selamat pagi, kang mas." "Apa khabar, capek?" "Sila istirahat dulu." Semuanya kujawab dengan patah-patah kata pendek kerana

keletihan. Aku yang dilahirkan di Desa Gebang ini, segera rasa terharu disambut dengan ramah mesra dari suatu kelompok lain, dan tahu pula menggunakan bahasa halus dan menyenangkan hati si pendatang. Tetapi aku tidak merasa aku ini seorang undangan, atau seorang tetamu, tetapi seorang pendatang yang datang dari jauh untuk mendengar, dan kalau dapat menyumbangkan buah fikiran derni kepentingan seluruh umat unggas di dunia.

Pada petang itu ramailah unggas terbang dan berjalan, berduyun-duyun ke sebuah lapangan luas ditumbuhi pelbagai pokok tinggi tirus hampir tidak berdaun. Tetapi pada barisan hujungnya terdiri pohon-pohon, ada yang rendang, tinggi berdaun, dan ada yang tidak berdaun. Tetapi kesemuanya hampir bercabang rapat dan rantingnya keluar, menjuntai jauh hampir-hampir menutupi keseluruhan batangnya. Gambaran lapangan itu memang tepat seperti apa yang diceritakan kepadaku sebelumnya. Takkan ada burung dari jenis unggas apa pun yang akan kehausan, kerana di tengah-tengah pulau ada sebatang sungai. Airnya mengalir perlahan, dan sebahagian daripada airnya menitis-nitis jatuh pada dinding batu bergerigis kelabu licin. Di situ banyak unggas kecil menjunamkan paruh sambil meneguk air setitik dua. Mereka sudah tentu tidak mampu, dan tidak terbiasa bertenggek di tebing sungai yang berair dalam, dan arus kuatnya hanyut menumpu selatan.

K u f i , sungai dalam yang arusnya deras menuju selatan terturih di tengah-tengah jantung hati Poros Loro itulah yang pantas mendapat perhatian khusus. Setiap unggas baik dari- pada keturunan apa pun, harus melintasi jalur yang bagai terurih di udara jikalau mau menyeberangi ke separuh pulau lagi. Jikalau siapa-siapa tidak menurut peraturan yang digariskan sejak ratusan tahun dahulu itu, mungkin ia akan mendapat petaka. Sama ada ia akan jatuh ke dalam lubuk sungai yang

Page 14: (S.E.A. Write Award) 1986

dengan sendirinya akan hanyut dibawa arus deras ke laut, atau akan menerima suatu kutukan yang mengaibkan atau mendapat sakit yang tidak mungkin sembuh. Kerana itu, setiap unggas yang baru datang, dan pastinya belum tahu tentang adat istiadat dan pantang larang di Poros Loro, mesti berjumpa dengan tok dalang, yang akan memberi semacam taklimat tentang peraturan-peraturan tertentu demi dapat hidup selesa di sini.

Pagi itu aku hampir terlewat bangun, kerana mungkin keletihan setelah di awang-awangan terlalu lama. Itu pun sebenarnya aku terjaga kerana bunyi bising yang bermula di pantai selatan, ketika menjenguk sebaris panjang unggas memukul tambur. Gemanya menggegar bumi, seperti gendang perang yang tidak lama lagi para pahlawannya turun bertempur di medan perang. Gema itu benar-benar terlalu hebat, ia hampir-hampir dapat mengalahkan deburan ombak, yang juga tidak kurang hebatnya tidak henti-henti memukul pantai. Pantai Poros Loro dan pulaunya juga, memang berbatu kukuh dan kebal, dan memang bersedia dan telah berjaya mengawal dirinya. Walau sehebat mana pukulan ombak, tak sedikit pun mampu menjejaskannya. Jauh sekali dapat meruntuh atau menipiskan jalur pantai. Berbanding dengan pulau-pulau yang lain, kerana terlalu sering dipukul ombak, pantainya tidak dapat bertahan lama, menjadikan daratannya mencenggi, dengan membiarkan perrnukaan laut lebih terbuka dan membesar.

Aku lalu bertanya tentang kejadian itu kepada seekor penduduk asli Poros Loro.

"Oooo, itu amalan yang sudah lama kami lakukan." Aku masih keliru, mengapa memukul tambur di pantai.

Bukankah itu sia-sia namanya? Bahana deburan ombak lebih kuat. Apalah yang dapat didengar.

"Tetapi apa tujuannya, tidakkah ikan-ikan di pantai takut, mereka akan lari jauh ke tengah laut, akibatnya sukar dapat ditangkap?" tanyaku seperti bergurau. Tetapi tujuanku serius.

"Tidak! Ikan-ikan tidak pernah takut dengan dentuman tambur itu. Mereka sudah terbiasa. Orang-orang di sini memang sentiasa mengawal pantai sambil memukul tambur.

Page 15: (S.E.A. Write Award) 1986

Kami sentiasa berjaga-jaga, dan memastikan tidak ada musuh datang mendarat."

"Siapakah musuh itu?" "Kapal-kapal. Kapal-kapal besar dan kapal-kapal kecil." Hatiku semakin hairan. Apakah gerangan yang dimaksud-

kannya dengan kapal-kapal yang pelbagai saiz itu? "Poros Loro, menurut desas-desus manusia, kaya dengan

hasil dalam perut buminya," katanya segera seperti tahu kehairanan dalam hatiku. "Yang hampir separuh daripada keluasannya ditumbuhi batu, baik yang berbatu atau yang tidak, gunung kekayaan di situlah."

Dan kemudiannya, ia mengatakan, Poros Loro berkedudukan separuh dalam perjalanan dari pantai Borneo Utara menuju pantai terdekat di Semenanjung Tanah Melayu. Menurut cerita terdahulu, ada manusia datang ke mari menaiki kapal layar, tetapi mereka tidak dapat bertahan lama kerana tidak biasa dengan kederasan angin yang tidak tahu berhenti itu. la sekumpulan pulau kecil yang terlindung dengan dinding- dinding batu, tetapi amat terdedah dengan kedudukannya di tengah-tengah laut.

"Oh." Terlonjak dari mulutku segera. "Jadi, apakah kapal- kapal besar dan kapal-kapal kecil itu membawa manusia yang hendak mengambil hasil dalam perut buminya?"

"Bukan itu saja, mungkin mereka akan mengambil pulau ini menjadi tempat kediaman mereka!"

Okey, mereka mau mengarnbil atau mungkin merampas pulau untuk tempat kediaman mereka. Siapakah "mereka" yang sanggup tinggal di sini? Siapakah yang sanggup membina rumah di tengah laut ini? Mungkin hari ini rumah itu siap didirikan, esoknya akan melayang-layang di udara diterbang- kan angin. Tidak. Manusia lebih mampu membina rumah yang lebih kukuh.

Bukankah makhluk bersayap sahaja yang sanggup tinggal di sini?

Tetapi aku mula berfikir juga, rupanya manusia belum puas, belum pada dengan keluasan tanah dunia yang mereka miliki dan mereka diami selama ini. Mereka mau lagi membesarkan

Page 16: (S.E.A. Write Award) 1986

kawasan dan kekuasaan, sehingga ke pulau-pulau kecil walaupun yang berada di tengah laut, jauh terpencil dari kediaman asal mereka. Nampaknya jikalau tidak dihalang- halangi mereka pun akan merampas Poros Loro untuk dijadikan milk dan tempat kediarnan mereka. Nampaknya, jalan fikiran mereka begitulah.

Terlalu jahatnya manusia! Sudah mula terbayang dalam fikiranku, mampukah kaum

unggas menghalang, jikalau barisan bergendang tambur itu ternampak kapal-kapal besar dan kapal-kapal kecil, membawa segala alat dan kekuatannya, untuk mendarat dan merampas Poros Loro? Sesungguhnya itu sesuatu yang tak dapat dibayangkan sama sekali. Satu atau tiga buah pulau kecil yang berbatu karang, dirempuh sepuluh lima belas buah kapal dengan gegap gempita, apakah lagi yang menjadi sisa selepas laut tenang semula? Gilalah manusia, lagi sekali ini icerja gila! Mereka benar-benar mau menguasai dunia, sedikit pun tidak ternampak dan terbayang dalam hati mereka bahawa ada makhluk lain juga ingin hidup bersama dalam dunia ini. Dan ini, jikalau perampasan itu jadi kenyataan, burung-burung yang ada di sini akan terhalau lagi.

Tentang cerita itu, menjadi semacam mimpi ngeri bagi penduduk pulau ini. Memang pun semasa di kampung dahulu aku terdengar cerita-cerita yang menyebutkan tentang kumpulan pulau batu di tengah laut, yang menjadi rebutan beberapa buah negara kerana kekayaan yang terkubur dalam perut buminya. Kerana itu manusia tetap berusaha memilikinya untuk menambahkan kekayaannya. Dan ada kemungkinan juga untuk menempatkan pengawasan dan menempatkan alat-alat militer. Entah, aku tidak tahu cerita-cerita tentang itu. Jikalah benar, itu cita-cita manusia gila! Aku tidak mau menambah lagi beban yang sudah ada dalam kepalaku, dengan fikiran-fikiran gila semacam itu.

Lama aku terrnenung sesudah ditinggalkan penduduk asli pulau ini. Aku mengelamun terus sambil memerhatikan barisan-barisan buih yang meniti puncak ombak yang dalam beberapa saat akan menghempaskan diri di dinding batu.

Page 17: (S.E.A. Write Award) 1986

Sekarang hanya tinggal bunyi deburan ombak yang mencemaskan. Barisan pengawal pantai sudah jauh berlalu. Tidak sedikit pun lagi kedengaran bahana tambur mereka.

Berbanding dengan kampung tempat kelahiranku, Poros Loro amat jauh bedanya. Kampung tempat kelahiranku luas terhampar, ditumbuhi pohon-pohon tinggi dan rendang, dan terdapat di sana sini sungai-sungai mengalir. Tetapi di sini tidak begitu, tanahnya berpasir, kering-kontang, pantai di dinding dengan batu-batu bergerigis, dan pohon-pohon terlalu terhad. Mungkin pohon-pohon tidak sempat tumbuh di sini kerana biji-biji yang hanyut ke mari tidak dapat bertahan, lalu diterbangkan angin. Dan apabila jatuh ke laut lalu buruk sebelum dapat menyampir di mana-mana.

Heh, aku pun terlupa merista bahawa Poros Loro menjadi prsinggahan burung-burung yang datang dari Tanah Besar China dalam rangka perjalanan mereka ke selatan ketika tanah besar itu mengalami kedinginan yang amat sangat. Kerana itu hampir sepanjang tahun pulau-pulau tidak lengang dari persinggahan burung-burung. Ketika musim bertukar, burung- burung yang berhijrah ke selatan akan kembali semula ke utara, untuk berkampung di gunung-gunung di Tanah Besar China, menghabiskan masa mengawan, bersarang, dan beranak. Pada musim yang akan datang mereka akan membawa anak-anak itu turun berhijrah ke selatan pula.

Dalam keadaan telingaku dingin diusap angin, ekor pmjangku terasa dijentik dengan perlahan. Yah benar. Ia kelibat seekor burung kecil cantik, yang berkelakuan lingas dan

marap, hampir tidak pernah bertenggek tetap.

." g -$ - - .*a

!g ,..'

"Idi?" tanyanya. Suaranya langsang seperti suara alap-alap

"Mengapa?" tanyanya lagi. Tetapi suara langsangnya

Aku tidak terus menjawab, melainkan memerhati wajahnya Bulunya yang bersinar kian menyala dalam

.. .. .. - - . --. ,. . . ,. :; ;;->:;;+ ;.;-? ?&$-&2; :-:;-: 3 - ,.:7* *.... <.+*&>a- . - - . ..~'k'.

, ,~ .!. : - ~ . :- ;...:>..<:. ..:.+~&&&~~

Page 18: (S.E.A. Write Award) 1986

"Aku sedang memikir-mikir perbedaan kampung halamanku dengan Poros Loro," jawabku. Tetapi lekas kusambung lagi, "Tetapi aku mulai senang dengan pulau kecil ini."

"Di manakah kampung halamanmu? Adakah kau datang dari padang pasir? Kerana menurut bentuk patukmu, kau datang dari daerah yang tandus -dan berbatu!"

Aku ketawa seketika sambil merenung kebiruan matany a. "Bukan, aku dari sebuah pulau besar yang penuh dengan

tumbuh-tumbuhan." Kemudian aku menambah dengan ambung: "Makanan junterah, ulat muncul sepanjang tahun."

Oh, Desa Gebang! Ia tertarik dengan kata-kataku. Ia mulai senang diajak

bercakap-cakap. Cara suaranya berkicau, perlahan menjadikan aku juga mudah tertarik kepadanya. Ia memang benar-benar kenalan baru, yang lekas menampakkan watak mesra.

Ketika berada di tempat orang, apalagi di tempat asing, jika ada orang mudah diajak bercakap-cakap dan bercerita, adalah satu rahmat yang amat besar. Kalau tidak, kita akan mudah terjebak ke perangkap sepi dan murung. Jikalau penyakit kesepian dan murung di negeri orang, itu bermakna kita tidak akan dapat duduk bertahan lama di situ. Tindakan berikutnya melangkah ke kampung halaman, kembali ke tempat asal.

"Aku juga begitu, dari banjaran tengah tertinggi Pulau Borneo. Jiran kami adalah orang-orang ulu yang sudah menderita sekian lama, kerana mereka sudah mulai kehilangan tanah air, kampung halaman mereka ditenggelami air!"

Adakah ini maksudnya kampung halaman mereka ditimbuni tanah lumpur, hakisan besar menghempap sebahagian kawasan perkampungan, menimpa segala rumah kediaman, tanaman dan ternakan musnah, mati, dan dihanyutkan air berlumpur ?

"Kata-kata itu berbunyi lain. Masakan manusia sudah kehilangan tanah air, kecuali tanah air mereka diserang, dan mereka kalah, lalu tanah air mereka diduduki orang asing."

Aku menyembunyikan kehairanan dan sangkaan yang I bukan-bukan itu di sebalik hatiku. Belum pernah disebut orang

Page 19: (S.E.A. Write Award) 1986

dalam sejarah, kaum mereka kehilangan tanah air kecuali mereka yang menerima kekalahan daripada musuh. Ataupun sebahagian daripada negeri mereka diserahkan kepada orang lain sebagai pembayar hutang, atau pembalas jasa, dirampas, atau digadai kerana negeri terlalu miskin. Alasan terakhir itu memang ada terjadi. Alasan yang sebelumnya pun memang ada terjadi. Tetapi apabila negeri itu kembali aman dan kaya, ada kemungkinan daerah yang dirampas atau digadai mau direbut kembali. Atau, sekurang-kurangnya mau memulakan perundingan. Tetapi kadang-kadang ada juga malangnya, orang sudah tidak mau dibawa berunding lagi. Atau membuat syarat yang bukan-bukan.

"Ini terjadi daripada suatu peristiwa lain." Suaranya perlahan dengan matanya tertutup.

Pada fikiranku puak ulu itu suatu jumlah manusia yang gagah dan berkuasa, mereka memililu sejarah besar yang diwariskan nenek moyang mereka.

Lagipun, fikirku, orang ulu adalah bangsa yang tidak pernah menyerah dan tidak mau bertolak ansur. Lagipun, jikalau mereka mau bertolak ansur, dan mudah menyerah kalah, mereka akan kehilangan tanah dan kawasan mereka. Jikalau mereka kehilangan tanah dan kawasan, puak mereka tidak akan ada sampai ke hari ini. Juga, yang menjadi kebanggaan mereka, mereka memiliki sejumlah metos dan legenda yang amat mereka sanjung tinggi tentang kehebatan nenek moyang dan tanah air mereka. Sungai- sungai panjang y ang membelah pulau, dengan kuala-kualanya yang dalam dan air berpusar- pusar, dengan jeram-jeram yang bangat dan menakutkan dalam daerah pergunungan adalah dalam kampung halaman mereka. Dalam keadaan kehidupan yang serba payah dan sulit, menjadikan mereka mampu mempertahankan kaum sendiri daripada gangguan puak-puak lain, yang terkenal dengan kegagahan. Dengan kawasan wilayah mereka sebahagian daripada banjaran gunung yang tertinggi di tanah Borneo, mereka tetap selamat dan berkuasa hingga ke hari ini. Dan seterusnya, pada fikiranku mereka mesti ada rahsia kekuatan tersendiri dalam menghalang sebarang rempuhan alam dan rnanusia itu.

Page 20: (S.E.A. Write Award) 1986

Kata-kata yang berbunyi seperti sejarah dan riwayat itu sebenarnya kudapat daripada kawanku itu yang diceritakannya kemudian. Sesungguhnya ia jenis burung kecil yang amat prihatin terhadap manusia dan hidupan lain di wilayahnya.

"Mana boleh, puak yang pernah memiliki sebahagian besar tanah Borneo tidak dapat mempertahankan diri. Dan kini jadi teraniaya."

Ia melompat-lompat sedikit dalam menyatakan ketidak- persetujuannya dengan kata-kataku itu. Kalau tidak kerana alasan itu, dengan alasan apa lagi. Aku mula berfikir sendirian. Berfikir sendirian di hadapan orang yang memang tahu jawapannya tidak banyak menguntungkan. Mengapakah cuba menyakitkan kepala sendiri? Mengapakah tidak terus ditanyakan kepadanya?

"Kampung halaman mereka dimusnahkan manusia juga, kerana terlibat dalam satu rancangan membuka empangan besar, sebesar Pulau Singapura. Sedikit masa lagi kampung sudah bertukar menjadi laut kecil. Habis segalanya yang men- jadi kenang-kenangan dan milik kaum mereka. Hinggakan tanah kuburan leluhur mereka sudah tidak dapat dikesan lagi, tanda-tandanya timbul hanyut dibawa arus. Apalagi harta benda, segala tanaman dan tumbuhan yang diusahakan dengan titik peluh yang banyak dan lama."

Aku faham apa yang dimaksudkan dengan empangan. Aku pun mulai faham mengapa empangan itu dibina dan untuk apa. "Hoh," suaraku. "Aku ada mendengar sedikit tentang cerita itu ketika di kampung dahulu. Kata orang kampung, jika kami dibuat begitu, mesti ada demo. Demo tiap harilah!"

"Tak ramai orang turut simpati kalau hanya mendengar ceritanya. Tetapi cuba lihat sendiri."

Memang aku ada mendengar. Ada orang bercerita ketika santai minum-minum kopi petang di warung di pinggir tanah persawahan. Tetapi aku tidak tahu sejauh mana benamya, berapa luasnya kawasan yang dikatakan sebesar Pulau Singapura itu, sejauh mana kemusnahan yang diakibatkannya. Dan kesannya, dan sedalam mana lukanya di hati orang-orang yang terlibat itu. Aku turut simpati yang sebesar-besarnya

Page 21: (S.E.A. Write Award) 1986

kepada puak unggas terlibat. Terlibat! Tempat mereka hidup, membina sarang, tidur dan mencari makanan, kalau ketiadaan pohon-pohon kayu ke mana perginya mereka?

"Ada perlawanan daripada mereka yang teraniaya itu?" Aku bertanya.

"Mengapa kaukatakan mereka teraniaya?" katanya segera. Aku segera jadi serba salah. Secepat kilat juga otakku

bertanya, di pihak mana ia berada! "Jikalau kampung halaman, jikalau tanah air mereka

musnah, tak ada rasa hatikah mau melawan?" Dalam fikiranku rasa bergulung-gulung melasutkan pertanyaan. Kerana di kampung halamanku, di negeriku malah, kata-kata demikian tidak pernah dikeluarkan.

Takut! Kezaliman manusia seperti hantu di negeriku. Entah-entah apa jawapannya. "Mau melawan? Melawan dengan apa?" Jika aku disoal, memang aku tidak tahu apa jawapannya.

Walaupun soalan itu ditusukkan sepuluh kali, atau Zebih. Aku pun merasa diriku semalun bodoh. Cuba ikut campur urusan orang. Cuba memberi flkiran terhadap masalah orang yang aku sendiri belum tahu hujung pangkalnya.

Tidak, tidak, aku tidak mau menjawab pertanyaannya itu, walaupun dengan berbisik, walaupun dalam hatiku.

"Itu masalah manusia yang memangsa sesama manusia. Tetapi kaum kita, bagaimana? Bagaimana kita mau hidup jikalau segala pohon dan pokok, rumput ranting sudah tidak ada lagi di kawasan itu!"

Gerutunya perlahan. Ia sejenis unggas liar, tetapi tahu menjaga kerapian bulunya.

Sudah, sudah, jangan fikirkan. Itu yang akan kita bincangkan nanti !

Mataku segera terpidah kepada sekumpulan si layang- layang terbang melayang di udara. Nampaknya mereka seperti terbang bermain angin. Tetapi dengan tabiat semula jadi, mereka makan sambil menyambar.

Rupanya pulau sekampuh bagai tiga biji binglu ini dipisahkan oleh terusan-terusan melengkung yang kbarnya

Page 22: (S.E.A. Write Award) 1986

tidak lebih dari muara Kausar, sungai kecil yang bermuara besar menghala ke selatan di kampungku. Kausar, walaupun sempit dan kecil tetapi airnya dalam. Kata orang kampung airnya dalam melebihi lima depa. Itu musim biasa, jikalau musim hujan dalamnya hampir dua kali ganda!

Kalaulah terusan-terusan yang memisahkan antara pulau ini demikian dalamnya, itu masih belum dalam. Namanya ini di tengah lautan. Kalau sungai di kampung, lainlah ceritanya.

Ketika waktu pagi juga sehingga matahari berangkat tinggi, banyak burung melayang-layang di udara, dan bertengger di batu-batu menghadap terusan memerhati airnya bergerak lesu. Mereka juga mandi-manda dan menyambar ikan-ikan kecil di terusan. Ada burung kecil ada burung besar. Ada jenis burung jinak ada yang jenis kasar dan garang, yang menjadikan burung- burung kecil jadi makanannya! Dan ini, burung-burung kecil takut kepada burung-burung besar yang memangsa itu. Ada zalimnya di sini. Tetapi agak berbeza dengan kehidupan di hutan-hutan jauh, di halaman sang singa yang sering mengintai binatang-binatang kecil yang cantik, yang memangsa untuk anak-anak mereka. Di negeri jauh itu, seperti orang berkata, dalam dunia, singa sahaja yang tidak punya musuh, ada musuh tetapi dari bangsanya sendiri!

Untuk memenuhi masa yang masih ada aku berjalan-jalan sendirian keliling Poros Loro. Poros Loro memang berhawa panas. Pastinya panas yang membahang mengekang datang dari laut. Hawa panas air laut ditiup angin ke darat. Ketika di pantai aku benar-benar berhadapan dengan dua buah pulau, Tikungan Moro dan Soroman Golo. Dua buah tanah batu tegap timbul menjengul di permukaan air yang sering akan kusebut nanti. Keadaan muka bumi kedua-dua pulau itu memang tidak berubah seperti keadaan pulau tempat aku sedang berdiri ini. Ada hamparan pasir hambur-hamburan. Ada hamparan pasir simbur-simburan. Ada dinding-dinding batu bergerigis menjadi peningkah tempat burung-burung mengintai laut mengenal ombak. Dan ada pohon-pohon rendah, dahannya pendek- pendek dan tidak berdaun lebat.

Page 23: (S.E.A. Write Award) 1986

Kalau di kampungku pohon-pohon demikian tumbuh di hutan-hutan belukar, kawasan bekas huma yang ditinggalkan petani dua tiga musim berlalu. Dan burung-burung kecil seperti cakbudu, parak, dan kongkut menjadikan kawasan- kawasan itu milik mereka. Dan tempat persembunyian daripada burung-burung besar pada tompokan-tompokan daun yang lebat itu.

"Apakah yang ibu buat di sini?" tanyaku sambil menghampiri seekor unggas sedang duduk di pantai dengan tnata tidak berpindah-pindah dari gigi air. Gigi air di sini memang kerap berubah. Setiap kali dihempas ombak setiap kali tikas air melakar baru.

"Ibu sedang menunggu anak-anak ikan, untuk disambar bagi makanan cucu," katanya malas hendak menoleh. Mungkin jika ia pangling rezekinya akan terlepas. Tetapi apabila ia terlihat aku, seorang baru di pulau itu, ia cepat-cepat memutar ekornya, menghadap aku dengan meringankan wajahnya.

"Sudahkah ada tangkapan?" Aku lantas menghorrnatinya kerana usianya. Bulunya terlalu uha, hampir tidak terusai.

"Belum, saya baru datang." Kelihatan hujung ekornya merendah, berat, dan basah. Mungkin ia terkena basah ketika gigi air berubah.

"Mungkin sebentar lagi ada anak ikan terdampar ke tebing dibawa ombak," kataku. Suaraku membawa harapan tinggi kepadany a.

"Kau tau begitu?" "Aku tumpang mengharap seperti juga harapan ibu." "Entah, kali ini terlalu lama rasanya rezeki itu datang."

Suara itu dituruti dengan nada malas. Pada pengakhir ayatnya hampir tak terdengar. Alun kecil hampir memecah di kakiku. Kemudian di kakinya juga.

"Sebentar lagi, mungkin." "Ataukah semuanya anak-anak ikan sudah habis ! " "Habis ke mana?" "Habis -" "Tidak mungkin, ibu. Ini lautan besar. Bukankah keliling

pulau-pulau ini bukit-bukit takat besar dan pulau-pulau bunga karang yang luas?"

Page 24: (S.E.A. Write Award) 1986

2

"Apakah yang kita tahu di situ?" z

"Keliling bukit-bukit dan pulau-pulau yang besar dan luas 3 itu menjadi sarang sekalian ikan."

"Itu tidak jadi jaminan," katanya. "Itu kapal-kapal besar . menarik pukatnya datang harnpir setiap hari. Mana anak-anak ikan dapat bertahan. Lama-lama habis."

Aku lekas mengerti kapal-kapal dari mana, dan kapal-kapal siapa yang datang menarik pukatnya hampir setiap hari itu. Memang kapal-kapal yang sebesar bukit itu menghabiskan ikan jika terangkum pukat yang panjang itu. Tak seekor pun yang akm terlepas. Yang terangkum tak kira &an besar talc kira ikan kecil, atau anak ikan, ditinting ke atas kapal. Letak di situ untuk dipilih. Dalam keadaan itulah ikan-ikan yang terhimpit tertindih, terutamanya anak-anak ikan, mati tertimbus, mati lemas. Ran-ikan yang tidak bernyawa lagi itu bertin-tin dibuang dibaling ke laut! Yang mati melaboi jadi makanan ikan besar. Dan ikan besar yang kenyang itu tidak tahu nasibnya sendiri, mungkin akan tiba edarannya turut tennasuk dalam lingkungan pukat raksasa juga.

Dan kalau begitu kitaran saatnya, memang berkurangan rezeki burung, bukan sahaja untuk makanannya sendiri tetapi juga anak-anak, atau cucu yang masih merah dan togel berlingkar di sarang.

Ia kembali sernula menghadap laut. Dengan kepala merendah seperti melihat bayang-bayang di gigi air, ia berkata: "Jalanlah, tengok-tengok keliling pulau, mungkin di teluk lain orang mendapat rezeki ban yak. "

Aku harnpir tidak sarnpai hati mendengar suaranya itu. "Mungkin saya dapat berdiri di sini juga, membantu ibu

menunggu rezeki itu?' "Tak usah," katanya pendek. Kadang-kadang ia mengem-

bangkan kedua-dua sayapnya hingga mencecah air. Jika dipan- dang dari hadapan ia seperti orang yang sedang melakukan upacara sembah. Aku hairan mengapa ia berbuat dernikian. Tetapi ketika berjalan jauh aku mula terfikir, rupanya ia menetapkan dirinya, mengimbangi badannya dengan kedua-

Page 25: (S.E.A. Write Award) 1986

dua belah sayap. Kerana kedua-dua kakinya sering diterajang ombak menyebabkan ia hampir hilang keseimbangan dan mau rebah.

Ketika aku menghampiri raba-raba, sebuah teluk kecil terletak di sebelah utara Poros Loro, dua anak kecil sedang berlari-lari di pantai. Mereka cukup gembira. Tetapi mereka telah dipesani supaya jangan pergi terlalu jauh ke laut. Mereka dua ekor anak kecil yang petah bercakap dan berjalan cepat- cepat menjauhkan diri daripada ombak. Memang, dengan kekecilan mereka itu, jikalau didatangi ombak, dengan sekali sapu saja pasti mereka akan tenggelam, dan kian lama kian jauh dibawa ke laut. Tetapi mereka terlalu bijak. Ketika ombak lari ke tengah dan air jauh menurun, mereka segera berani jauh ke laut mencari ulat-ulat kecil yang tertinggal di celah-celah bijian pasir yang ditinggalkan ombak. Nampaknya mereka dapat rezeki juga. Pasti mereka dua ekor anak burung yang rajin berkarih. Tidak mau menunggu makanan yang dibawa ibu dan bapa mereka ke sarang. Itu telahan awalku. Atau apakah, kedua-dua ibu bapa mereka masih ada, masih ada di pulau atau sudah pergi jauh meninggalkan mereka. Menurut cerita yang didengar sebelum ini ada burung-burung yang bersarang dan bertelur serta mengeram di pulau ini, di celah-celah batu gerigis. Tetapi apabila anak itu sudah besar, &pat hidup dan menjaga diri, kedua-dua pasangan terbang jauh ke daratan. Ketika musim bertelur tiba mereka datang semula ke pulau itu. Anak kecil yang ditinggalkan dahulu sudah besar dan mampu terbang jauh, turut bersama mereka terbang menuju daratan. Mengapa mereka berbuat demikian? Satu persoalan besar menujah benakku. Mengapa mereka tidak menetap tetap di pulau. Setahuku, jarang ada burung sampai hati meninggalkan anak sebegitu lama, sedangkan mereka berpasangan terbang jauh. Dan dari cerita-cerita yang lain, ada kedua-dua ibu dan bapa mereka yang tidak pernah datang ke pulau semula.

Itulah ceritanya juga. Mereka menjauhkan diri daripada karenah manusia juga. Tetapi jikalau mereka bertelur dan anak- anak itu membesar di pulau, mereka akan selamat daripada kejahatan manusia. Mereka menyembunyikan anak-anak

Page 26: (S.E.A. Write Award) 1986

mereka jauh daripada jangkauan manusia. Dititipkan di pulau dan dibiarkan membesar sendiri. Unggas di pulau juga dapat menjaga dan memberi mereka makan. Jikalau mereka terserempak kesukaran, atau menemui ajal di daratan, burung- burung tua yang berpengalaman dapat memberi pertolongan dan nasihat kepada an&-anak yang jauh di pulau.

Aku segera teringat juga semasa di kampung dahulu, pada suatu hari ketika kami sedang bermain-main di pantai, kami terjumpa bangkai seekor anak burung. Nampaknya ia sudah mati beberapa hari yang lalu, tetapi bentuk badannya masih utuh. Nasib tidak ada ikan yang memagutnya. Namun tidak ada bezanya jikalau ada ikan yang memagutnya, kerana ketika sarnpai di pantai itu ia sudah tidak bernyawa lagi. Kasihan. Ia seekor anak burung yang berbulu cantik. Aku tidak jelas ia daripada puak apa. Sekarang timbul dalam fikiranku lagi, apakah ada anak-anak burung yang mati tertimbus di pantai Poros Loro, lalu hanyut dibawa ombak sampai ke pantai daerah kami. Jikalau sekirany a peri-stiwa itu benar-benar terjadi, kasihan ketika si anak burung itu menemui kemalangan, atau kesukaran, tidak ada yang membelanya. Tidak ada, terutama memberi nasihat untuk keselarnatan dirinya ketika ia sedang bertarung dengan maut. Kedua-dua orang tuanya jauh di hutan belantara, mungkin, tiada berita yang sedih itu pernah sampai kepada mereka.

Nampaknya semakin jauh aku berjalan-jalan di pantai I semakin bertarnbah cerita dan kejadian yang kujumpai, dapat

kukhayalkan, dan peristiwa yang kudengar, dapat kufikirkan. Semuanya tiada yang menyenangkan. Semua cerita tentang duka lara, dan malang derita para unggas. Padahal kaurn manusia menamakan kaum burung sebagai makhluk cantik. Jikalau mereka benar-benar sayang kepada sesuatu yang cantik pastinya mereka memelihara, menyayangi, membantu supaya zuriat kami terpelihara, dan terselamat daripada sebarang ancaman dan kemalangan.

Kami memperindah dunia dengan pancaran warna-warni bulu kami. Kami membantu menceriakan alarn dengan siulan, nyanyian, dan kicauan merdu dari mana-mana saja muka burni,

Page 27: (S.E.A. Write Award) 1986

tanpa mengira saat dan ketika. Kami membantu manusia beriang ria, dengan suara kami yang bermunculan dari celah- celah pohon dan daun-daun lebat. Kami menyambut ketibaan matahari dengan sorak-sorai dan hiburan dengan berbagai-bagai nada dan irama. Kami menutup hari bersama matahari, dan dalam malam pun kami cuba bersiulan hingga orang-orang pada tidur. Tidakkah itu menjadi khidmat yang besar kepada manusia? Tanpa siulan daripada kami, tanpa kicauan daripada kami, pasti dunia hanyalah sebiji bola kecil yang kosong sepi, dan hambar menjadi tempat yang tidak bererti.

Semua cerita yang berlaku berpunca dan berkait daripada sebab-musabab ancaman manusia.

Terlalu jahatnya manusia! Maka aku tidak menunggu hari sampai malam, aku segera

bergegas pulang. Apa gunanya meneruskan perjalanan, apa gunanya meneruskan banyak pemandangan kalau hasilnya semua melukakan hati, membongkar pilu dan menambah seksa jiwa. Orang selalu berkata, "Sebebas burung terbang di angkasa." Mungkin kami bebas terbang bukan sahaja di angkasa, tetapi ke mana-mana pun kami pergi ada-ada saja musuh dan petualang yang mengganggu. Ajal dan maut perkara pasti, tetapi bila dan di mana, tidak dapat diramal. Tetapi kematian kami kadang-kadang seperti dapat dirancang. Tak ada yang dapat lari atau lepas dirinya, walau sederas mana pun kami terbang. Kalau kiranya suratan dan nasib itu dapat ditukar ganti, biar kicauan merdu burung dan siulannya, biar nyanyian para unggas tidak terdengar lagi, asalkan kami tidak &an menghadapi petaka yang tidak sudah-sudah itu.

Tetapi siapakah yang akan dapat menjamin kata-kata demikian. Biar alam hancur dan musnah, tabiat manusia tidak &an berubah. Nasib suratan kami tetap akan begitu-begitu juga.

"Mas Idi," kata seekor burung merah berkalung hitam, dari belakangku. Ia hampir-hampir mengejutkan aku. Ia daripada keluarga suit merah yang berparuh panjang kakau ke bawah, dan aku tahu kemudiannya ia dipanggil orang sebagai It, iaitu kependekan daripada 'suuuit suuuit', suara yang dikeluarkan

Page 28: (S.E.A. Write Award) 1986

ketika mereka terjumpa madu bunga yang junterah. Jika suara itu dipekikkan dengan nyaring, ia memanggil kumpulannya, dan apabila kumpulan itu datang, dengan ramai-ramai mereka menyedut madu itu.

"Pulanglah, malam hampir tiba. Nanti esok letih ketika kita mulakan sidang."

Ketika ia dapat melompat, secepat itu juga jari halusnya menggapai ranting kecil. Serentak itu juga ekornya menjungkat, tegak tinggi. 'Suuuit suuuit', suaranya tinggi sambil mata kecilnya yang merah mengawasi keliling. Di sini, antara kita sesama kita, tak ada musuh!

"Tak mengapa," jawabku segera, "aku akan memerhatikan matahari tenggelam dari sini."

"Oh," suaranya cepat. "Kalau mau memerhatikan warna matahari hingga merah memang tidak di sini. Di sini bukan tempatnya."

"Bukankah aku sekarang sudah menghadap hala matahari terbenam?"

"Bukan, bukan," katanya cepat. "Yang nampak kemerah- merahan itu bukan bayang-bayang matahari hendak jatuh, tetapi bayang-bayang langit yang dipancar matahari dari hala yang bertentangan."

"Heeh, apakah aku ini tersilap hala?" "Memang benar. Mas tidak akan dapat berdiri lama lagi di

sini. Sekejap lagi tempat ini akan dilimpahi air. Air akan lekas naik apabila matahari sudah masuk ke bumi. Sebenarnya Mas harus cepat-cepat beredar dari sini!"

"Jadi, bagaimana caranya, aku hendak memerhatikan saat matahari terbenam, ketika warna merahnya memecah di air?"

"Itu bukan tempatnya di sini," katanya segera. "Di mana lagi?" "Kalau itu, Mas seharusnya berdiri di Tikungan Moro. Di

pantainya yang sebelah sana," katanya menunjuk ke satu hala jauh di hujung pulau yang dimaksudkan.

I "Tetapi yang terbaik di atas hujung batu itu. Mata &an I I dapat melihat dengan sepuas-puasnya, warna merah memecah

di air hingga ke hujung jari di batu itu," sambungnya.

Page 29: (S.E.A. Write Award) 1986

"Kalau begitu tidak mungkin. Memang tidak mungkin kerana aku harus menyeberang selat -"

"Mungkin. Itu memang mungkin. Hanya tempat itu juga &an segera ditenggelamkan air. Secepat air menenggelamkan tempat kita-berdiri ini juga."

Si It memang lancar bercerita. Pengetahuannya mencemburukan seorang pendatang yang buru-bum mengagumi keajaiban pulaunya. Seperti aku ini.

Aku terpinga-pinga mendengar suatu cerita yang sangat asing itu. Apakah ada berrnacam-macam kelainan di dunia ini pada suatu tempat yang terlalu dekat, sedekat Poros Loro dan $ikungan Moro yang hanya dipisahkan oleh sejalur terusan kecil, Kururu yang lebarnya tidak melebihi satu kilometer. Kalau orang berperahu seperti dahulu tidaklah sejauh mana. Apatah lagi seperti sekarang menaiki perahu berjentera kuasa tinggi. Entah, aku pun semakin pusing.

Setelah mengeluh dua tiga kali akhirnya aku berkata, "Sudahlah, aku batalkan saja hajatku."

"Memang Mas harus batalkan, kalau tidak, Mas &an lebih pusing. Kerana jika diteruskan ada bermacam-macam cerita lagi yang akan Mas dengar," tambahnya lagi, "itu lagi menambah pusing ."

It dan aku beredar perlahan meninggalkan gigi pantai. Aku tidak tahu warna apa ada pada laut semasa kami mula beredar. Tetapi aku harap ia tidak akan bertukar menjadi ungu.

Aku rasa beruntung pada hari itu, tegasnya bahagian terakhir pada hari itu. Malarnnya, perasaan itu terbawa-bawa hingga menyulitkan untuk tidur tetapi menjadi mimpi. Ia menjadi suatu mimpi yang aneh, yang sama sekali tidak pernah terfikir ada dalam kepalaku, dan mungkin juga di kepala nenek moyangku. Mula-mula aku jadi seorang pemarip yang terlalu disukai. Letihnya tidak terkira, masa untuk rehat hampir- hampir tidak ada. Lama-lama aku terkhayal kerana terlalu kerap bermain suara. Dalam mimpi itu terjadi suatu pemandangan yang serba aneh, serbanya jadi berubah, semua daun kayu menjadi emas. Batangnya menjadi tembaga. Alam keliling pun berbandang cahaya emas. Aku pun membuai-

Page 30: (S.E.A. Write Award) 1986

buaikan suara dalam alam yang warnanya serba keemasan itu. Kemudian bertambah lagi, sesuatu milik alam yang tak bersuara sudah tahu bersuara, tetapi barang yang lazim bersuara sudah bisu. Kecuali aku sendiri, dengan suara yang merdu itu. Ah, aku terkejut, ini hampir terjadi seperti dalam cerita Melayu! Tetapi tidak terjadi sebarang perlawanan. Alam hening kecuali daripada suaraku jua. Dan aku seorang yang ada. Sang pemarip menghabiskan suaranya sepanjang malam, menghabiskan segala syair dan lagu. Yang mendengar menjadi aku seorang.

Entah, apa erti mimpi aneh itu! Dalam sinar pagi yang terangkat belum tinggi, kicauan

pelbagai burung riuh dan ringsak. Mereka seperti bersorak dan berpesta, kerana tiap satunya merasa megah dan berjaya, kerana usaha dan ketinggian semangat masing-masing dapat berkumpul. Pasti ramai yang datang dari jauh, berkali lipat jauhnya dari perjalananku, kukira.

Tidak ada sebarang upacara pesta-pestaan seperti yang biasa dibuat kaum manusia untuk memulakan perhimpunan. Pesta-pestaan itu hanya membuang masa, tenaga, dan wang ringgit, yang bukan sedikit jumlahnya. Memang kaum manusia suka bennegah-megah, ria, dan menunjuk-nunjuk, tetapi belum tentu apa hasilnya. Tanyalah kaum manusia yang merempat di tepi laut itu, atau yang duduk ruga menghadap gunung itu, tetapi kerana acara pesta-pestaan, kerana mereka terpaksa terlibat dan dilibatkan, maka mereka dipaksa membayar, tetapi itu konon- nya derrna seangkat-angkat hati!

"Saya datang dari jauh, terbang ke mari melintasi gurun pasir, memakan masa empat hari empat malam, hanya berhenti empat kali untuk rninum!" pekik seekor unggas dari jauh. "Maka kerana itu, saya memohon diberi kebenaran berucap yang pertama."

Semua mata tertumpu kepadanya. Seekor burung kuning, besar, dan berdiri tegak dengan dua kakinya yang tegap. Dua hujung sayapnya di kiri kanan menjuir panjang, melebihi badannya dengan bulu ekornya melentik ke bawah, tetapi khabarnya ketika ia terbang deras bulu-bulu ekor itu melurus ke belakang menjadi kemudi yang amat berkesan, waiaupun

Page 31: (S.E.A. Write Award) 1986

dalam menempuh angin kuat di padang pasir. Haluan tetap terkendali dengan baik. Pasti benar ia seekor unggas yang bertenaga. Ia mengenalkan dirinya sebagai Bij. Mungkin ia asalnya ada baka campuran antara burung kelili bermata biru, togel, dan paruh tegap dengan lak-lak hitam bulu bulau yang berkuku panjang bermata galak. Jika ia berambut seperti manusia, pasti warnanya hitam, kerinting kembang lebar seperti sarang tempua. Kedua-dua baka yang menjadikan burung kuning besar tegap itu hidup di bukit-bukit batu di padang pasir. Kelili bermata biru, togel, dan berparuh tegap dengan lak-lak hitam bulu bulau, berkuku panjang, bermata galak dua jenis burung benvajah ganas, dan berperangai kejam. Tetapi itu cerita-cerita daripada orang padang pasir, mungkin orang-orang Arab itu tersilap ingatan, dan baka yang terjadi sebaliknya. Kata 'kelili' dan 'lak-lak' adalah dua perkataan daripada bahasa asli tempatan yang maknanya sama iaitu 'garang'. Dan mungkin orang yang mengingati erti perkataan itu juga turut keliru.

Semua yang hadir membenarkannya. Dan semua yang hadir meneliti sifatnya yang cikar itu. "Masalah yang hendak saya hadapkan adalah telur-telur

kami yang dianggap berharga di dunia, walaupun setelah telur- telur itu kami sembunyikan dalam pasir di gurun, ia sering dicuri orang. Walaupun seberapa cermat dan pintar kami menyembunyikannya, kaum manusia seakan-akan tahu semua di tempat mana kami menyembunyikannya. Lagipun perbuatan mencuri oleh manusia itu terlalu pantas, sehingga tidak ada yang pernah terlihat atau tersua ketika mereka sedang mencuri, dan sehingga seakan-akan tiada bekas perbuatan mencuri."

"Kaum manusia itu memang jahat, rnereka bukan sahaja pencuri tetapi juga pemusnah!" pekik dari sebelah kanan perhimpunan. "Mereka fikir, mereka sahaja yang mau hidup di dunia ini !"

"Memang, ha1 manusia itulah yang akan kita bincangkan ini ! "

"Biarkan ia berkata-kata dahuh!" kata Sang Bubut yang telah terpilih menjadi pemandu persidangan pada musim ini.

Page 32: (S.E.A. Write Award) 1986

Kemudian Si Bij menyambung, "Peristiwa biadap ini belum lama berlaku, sejak sepuluh tahun kebelakangan. Entah dari mana mereka dapat akal, entah dari sudut mana hati mereka tergamak berbuat demikian. Jumlah kami di gurun menjunam turun sejak waktu itu. Boleh dikatakan hampir-hampir tiada telur yang sempat ditetaskan."

"Astaghfirullah al-azim." "Kami sangat risau, jika keadaan buruk berterusan,

mungkin keturunan kami akan pupus. Hanya di daerah itu sahajalah terdapat puak kami. Ada yang terdapat di negeri jauh

I seperti di Rocky Mountains, tetapi bentuk badannya agak berlainan, bulunya juga tidak secerah bulu kami. Mereka

I penakut dan malas. Dengan yang demikian kami tidak I mengakui yang mereka itu sebahagian daripada keluarga kami." I Bij mengakhiri kata-katanya dengan rupa sugul. Benar,

siapakah yang tidak rasa sedih dan sugul, jikalau mengenangkan keturunan mereka akan pupus dalam suatu jumlah masa yang tertentu. Mereka tahu, pencuri-pencuri itu bukan terdiri daripada orang-orang padang pasir yang sering berpindah- randah itu, tetapi kumpulan-kumpulan pemburu dari Eropah yang selalu datang berrnalam, berkhemah dengan membawa peralatan yang canggih, sehingga dapat mengesan pergerakan burung-burung yang bertelur di padang pasir. Lagipun pemburu-pemburu Eropah, khabarnya, mempunyai jaringan pasar luas seluruh dunia. Untungnya tidak terkira hasil daripada penjualan telur itu.

"Adakah sahabat kita ingin mendapatkan apa-apa buah fikiran daripada sidang?" tanya Sang Bubut.

"Yah, mudah-mudahan ha1 ini akan dapat dilaratkan dengan pelbagai flkiran lagi."

Lalu ditanya yang hadir, "Untuk dibuat apa telur-telur yang dicuri itu?"

"Itu tidak penting!" teriak Sang Bubut. "Yang penting kebiadaban manusia mencuri telur mesti dibanteras. Dan yang mengkhuatirkan, keturunan sahabat kita yang di padang pasir ini pupus."

Page 33: (S.E.A. Write Award) 1986

"Baik, baik," kata yang lain. "Saya ingin bertanya kepada d u b a t kita dari padang pasir, apakah kumpulan pencuri itu tiicrnbawa senapang yang dapat membunuh kaum sahabat?"

"Mereka bukan sahaja membawa senapang yang dapat mernbunuh, tetapi mereka menaiki pacuan empat roda yang rerlalu laju, sehingga kadang-kadang mereka bergerak lebih laju dari pada kederasan kami terbang !"

"Ada kapal terbang?" "Mereka menggunakan kapal terbang untuk mengintip

rgerakan kami." Maksudnya sebuah kapal terbang kecil. Ketika itu secara kebetulan seekor bubut lain terbang tinggi

wlayang di atas puncak meringas. Semua unggas mengguraun mcncebiskan muka. Jijik dengan perbuatan mengganggu itu.

"Jangan tunjukkan kelakuan yang rendah kepada orang luur!" teriak Sang Bubut kepada sukunya yang sedang di udara im. Fikiran dan tumpuan perhatiannya terganggu ketika sedang myik mendengar jawapan-jawapan Bij daripada peserta sidang.

Unggas yang lain juga berpendapat begitu. "Kalau begitu kelakuan manusia, lebih baik pilih saja jalan

ndek," bisik seekor unggas lain kepada kawannya. Kawannya itu membatu sebentar. " Jalan pendek yang bagaimana?" Bengan sedikit marah ia menjawab, "Hapuskan semua

umng di padang pasir itu dengan senapang. Kenapa hams rsusah payah mencari telurnya. Kalau sudah tidak ada m g , masakan ada telurnya lagi!"

Itu suatu kata-kata yang biadab. Apakah ia ini keturunan ripada suku terhina yang memakan bangkai, ia dihantar

Qwmg atas suruhan daripada suatu p i . & yang mempunyai rencana tersendiri!

Si kawan yang mula membatu itu pasti tidak setuju apa ng diucapkan teman di sarnpingnya. Ia mula mernikir-mikir, ngapakah telur kaum Si Bij sangat berharga, dan untuk

6 buat apa? Mungkin telur itu sangat diperlukan untuk pentingan manusia. Sama ada untuk kesihatan atau bahan mbunuh makhluk. Kalau semua burungnya dihabisi,

aosakan ada telur untuk digunakan lagi!

Page 34: (S.E.A. Write Award) 1986

Si kawan yang berbisik dan yang dibisiki, kedua-duanya to101 !

Kasihan, jikalau daripada kaum yang bertenaga dan bercita- cita tinggi itu dihapuskan manusia. Kalau benar orang Eropah yang empunya angkara, memang manusia Eropah tidak bertamadun dan zalim. Atau, mereka memang semuanya sudah kehilangan maruah, bersemangat bangsa besar dan kuat, seperti yang mereka agung-agungkan mereka lahir daripada satu daerah yang sama: penakluk dan pembawa peradaban tinggi dunia! Pada abad-abad yang lampau. Semasa pengakhir kurun lalu, para penakluk mencuri bulu burung yang tercantik di dunia, lalu dibawa pulang ke negerinya dan dipersembahkan kepada raja sebagai bukti mereka telah sampai dan menakluki negeri berkenaan. Bulu burung yang dianggap sangat ajaib cantiknya itu lalu disimpan di istana, dijadikan perhiasan di mahkota raja semasa berpuspa. Tetapi untunglah, baka burung itu masih ada sedikit, tetapi berada jauh di gunung dan sangat sukar dapat dilihat.

Hampir sepi seluruh kawasan itu, hanya terdengar sayup-sayup deburan ombak menghempas dinding batu yang bergerigis. -

Ada di antara unggas-unggas itu cuba membayangkan betapa rupanya kawasan yang disebut padang pasir atau gurun itu? Apakah seluruh kawasan luas itu dipenuhi pasir, tak ada pohon-pohon tinggi, hanya bukit dan gunung-gunung batu yang dapat membina persembunyian, untuk tempat melindungi telur? Memang mereka agak sukar mengkhayalkannya. Daerah mereka dipenuhi hutan rimba rimbun, atau daerah laut yang berbukitkan batu. Lagipun tak pernah dibiarkan kumpulan asing masuk ke dalam hutan semata-mata untuk menghabisi burung di daerah sini. Orang-orang daerah setempat pun benci dengan bangsa yang tidak tahu tertib dan merasa kasih sayang sesama makhluk itu. Aku pun, unggas yang sedang melayan pengembaraan fikiran itu, pernah mendengar adanya pemburu- pemburu asing masuk ke dalam rimba di dunia sebelah sana, akhirnya menemui ajal setelah tidak tahu jalan keluar. Hutan hujan tropika memerangkap mereka. Hutan yang menghijau

Page 35: (S.E.A. Write Award) 1986

sepanjang tahun itu biasa membunuh manusia, apalagi manusia kota, manusia liar sekalipun. Atau, mereka terjatuh ke dalam sungai lalu menjadi mangsa buaya atau piranha. Dan khabarnya kejadian yang semacam itulah yang menakutkan pemburu- pemburu luar. Atau, terpuruk di tanah gembur lalu disambar surun. Mereka tidak tahu cara bermalam dalam hutan rimba. Mereka tidak tahan digigit nyamuk, apalagi adanya serangan- serangan ular berbisa dan binatang-binatang buas, termasuklah sengatan kalajengking hitam yang berbisa. Akhirnya akibat perbuatan mereka itu, mereka menghadapi maut dengan tidak ditunduki. Kisah itu hanya dapat diketahui daripada journals yang ditulis oleh bangsa lain, iaitu bangsa-bangsa yang mengalaminya sendiri. Akhirnya nama mereka dipetik dalarn tulisan penyelidikan sebagai orang yang paling berjasa, kerana penemuan hal-ha1 yang belum pernah ditemui orang sebelurnnya. Fikiran berbaurku itu terlalu jauh mengheret aku mengembara. Aku hilang dalam diri di tengah perhimpunan. Ketika sedar, aku berharap aku belum jauh terlepas daripada apa y ang telah dibincangkan. Sidang ! Sidang !

Yah. "Kita kumpul dahulu penerangan-penerangan yang ada

rjeperti ini. Kemudian kita bincangkan satu per satu bersama," kata Sang Bubut. "Kerana itulah saya rninta sangat supaya semua yang ada ini turut aktif bercakap nanti, menyurnbangkan fihran."

Nah, nampaknya aku banyak kehilangan! Hampir belum selesai Sang Bubut berkata-kata itu, seekor

burung dari utara berbulu putih, seputih kapas berdiri lalu mencelah, "Saya ingin menyambung penceritaan kawan kita, Si Bij, dengan suatu cerita kejadian di daerah saya. Dan kejadian itu belum lama terjadi."

"Silakan, jikalau ada manfaatnya untuk didengar," kata gemimpin persidangan dengan suara serak.

Nampaknya Sang Bubut belum pulih daripada sentuhan Si Sij!

"Tentang kemasukan pemburu dari luar ini juga," kata si burung putih dari utara itu, memulakan. Patuknya yang panjang

Page 36: (S.E.A. Write Award) 1986

digerak-gerakkannya ke atas ke bawah. Mula-mula ia kelihatan agak sukar untuk meluahkan kata-katanya, tetapi semakin lama ia berkata-kata, semakin lancar kata-kata itu keluar. "Di daerah kami ada sekumpulan anak kampung yang menghalang kemasukan pemburu dari luar ini. Setiap kali rombongan pemburu datang untuk mengutip telur-telur yang mau dieram, kumpulan anak kampung berusaha menghalang pendatang- pendatang itu. Ada kalan y a dalam menghalang-halangi itu terjadi keributan dan pertengkaran. Tetapi ada juga terjadi perkelahian ternyata kumpulan anak kampung tidak pernah mengalah atau beralah. Mereka sang at cinta dengan kampung halaman, sama seperti cinta mereka kepada unggas dan mergastua di daerah itu. Mereka menyatakan kepada pendatang-pendatang itu bahawa unggas dan mergastua adalah harta kampung halaman mereka. Kebetulan semasa berbantah itu, hanya seorang daripada kumpulan itu yang ada. Maka dia seorang sahajalah yang menghadapi pemburu-pemburu luar itu."

"Jika pemburu itu datang berkumpulan sedangkan si pemuda kampung hanya seorang, pasti ia kalah," kata seekor unggas dengan suara tinggi. Sebenarnya ia mulai marah mendengar perlawanan yang tidak seimbang itu. Sepatutnya kejadian itu diubah. Tetapi ini bukan cerita tetapi kejadian yang sebenar. Dia tolol!

"Biarkan ia menghabiskan ceritanya!" sela Sang Bubut. "Memang terjadi pertengkaran hebat antara kumpulan

pemburu luar dengan seorang pemuda kampung. Si pemuda kampung, walaupun ia hanya seorang diri, ia tidak undur, dan sekali-kali tidak mau beralah. Ia tetap menghalang kemaraan pemburu-pemburu itu. Jangan halangi perjalanan kami! Kata kumpulan pemburu. Si pemuda tidak berganjak. Jika kau terus menghalangi perjalanan kami, kamu akan susah sendiri. Ini tanah air kami, kata pemuda seorang. Mengapakah kamu datang ke mari untuk membunuh isi hutan rimba kami? Kamu sudah puas zalim di gurun dan di gunung sana, tetapi kebiadaban itu jangan sampai dibawa ke mari. Seorang yang lekas tersinggung dan tahu ke mana erti sindiran itu, lalu

Page 37: (S.E.A. Write Award) 1986

mengangkat senapangnya. Bersingkir! Teriaknya. Tidak! Kata pemuda seorang. Maka tiada pilihan lagi bagi yang tersinggung, senapang itu pun memuntahkan pelurunya. Si pemuda seorang terkapar rebah. Ia berusaha mengumpul sisa tenaga yang ada, dan memaksa dirinya berdiri. Belum sempat ia mencapai tegak, ledakan peluru singgah lagi di dadanya. Selepas itu ia tidak sedar lagi ketika dadanya koyak."

Rupanya dari barisan yang panjang hingga jauh ke belakang, sudah ramai yang dadanya sebak. Setelah beberapa ketika kemudian, banyak deraian air mata tumpah ke bumi mendengar tragedi itu. Kisah seorang pemuda kampung yang ,

sanggup mempertahankan kedamaian kampung, walaupun ia pasti menerima kekalahan dalam menghadapi angkara kaum sejenisnya, yang rakus dan zalim.

"Sudah, sudah, jangan kausambung lagi cerita itu," kata Sang Bubut yang hampir tidak dapat menghabiskan kata- katanya. Ia tunduk lama, bertafakur, sebelum mengangkat wajahnya semula, menghadap sekalian yang hadir.

Tidak ada yang mau bertanya akan nama pemuda kampung itu. Sepatutnya nama pemuda itu penting untuk diketahui. Dan nama itu tidak akan dapat diketahui sampai bila-bila masa,. walaupun diselidiki pada journals terkenal terbitan Eropah.

Petang itu langit sebelah barat serba cepat bertukar jingga. Aku berdiri lama memerhatikan gerakan alam yang amat perlahan itu. Aku cuba menyukat-nyukat dalam flkiran, arah di mana letak kampungku. Sekarang aku hanya tahu di mana arah matahari terbit, dan arah di mana matahari terbenam. Tetapi letak kampungku masih terlalu kabur untuk ditunjuk. Gerakan air begitu perlahan walaupun jauh di laut ada alun, dan ada deruan angin yang hampir tidak berhenti-henti. Ia seperti beriak dan berguncah tanpa arah dan tujuan tertentu. Entah, mungkin itu hanya pada penglihatanku, kesan daripada fikiran yang tercabar. Penglihatan yang kacau dan tidak menetap ke satu arah juga turut sering mengganggu fikiran. Kaki langit seperti ditutupi gerakan air. Gerakan itu begitu lembut, mengalun seperti lurah-lurah yang tak pernah tercapai hujungnya. Jika kurenung kaki langit pun tidak akan dapat

Page 38: (S.E.A. Write Award) 1986

membantu menerka letak kampungku. Bukanlah mencari letak kampung bererti aku rindu dengan kampung halaman. Atau dengan terus dikatakan rindu hendak pulang. Tidak. Aku tidak main-main. Tidak ada perasaan demikian dalam hatiku. Tetapi semasa di rantau orang, ada baiknya sekali-sekala mengingat kampung halaman, dan mengenang sanak saudara yang jauh. Tak mengapa, kampungku di Sentul terlalu kental dalam ingatanku. Ia sebuah kampung yang pernah menuang sejarah ketika perang kemerdekaan, tetapi banyak lagi kenang- kenangan yang dapat disimpulkan ketika aman seperti sekarang.

Pada esoknya kembali aku menjumpai si burung putih dari utara itu, kawan yang rnembawakan cerita yang amat menyentuh perasaan seluruh sidang . Sekalian unggas seharusnya berkabung terhadap seorang pemuda kampung yang berani, fikirku. Ia membela kebenaran, ia mempertahan- kan hak, fikirku lagi. Kami, para kaum unggas yang menghuni hutan rimba, dan kami dapat mendakwa bahawa rimba raya itu sebahagian besarnya rnilik karni, dan dari mana-mana pun datangnya unggas itu, mereka adalah sebahagian daripada yang mempunyai hak yang sama dengan daerah di mana mereka berada. Oleh yang dernikian, kami harus dibela, dilindungi dan dipelihara keselamatan kami. Itulah pendapat kumpulan pemuda kampung itu, dan itulah juga fikiran kami kaum unggas. Suara kemerdekaan harm dilaungkan, walau di mana- mana pun, walau di tengah rimba pun, walau di dalam hutan pun. Dan kemerdekaan itu berbagai-bagai. Bukan pihak manu- sia sahaja yang mau menikrnati erti kemerdekaan, kebebasan dan terlepas daripada sebarang gangguan, para unggas juga, kaum karni juga. Dan kalau dapat, dengan diam-dim, kunarn akan pemuda seorang yang berani itu sebagai "wira" bagi semua kaum burung di dunia ini! Kaum kami, kaum sekalian burung di dunia ini.

"Aku bukan mau mendengar sambungan cerita semalam," kataku ketika sudah berhadap-hadapan dengannya.

Ia seekor burung yang petah berkata-kata, dan suka bersiul. Bersiul itu mungkin satu cara untuk cuba melupakan peristiwa sedih yang dialami kaumnya, atau kepergian sedih sang wira, pemuda kampung itu.

Page 39: (S.E.A. Write Award) 1986

"Aku juga tidak terniat untuk menyambung cerita itu lagi. Yang kuluahkan adalah sebahagian daripada satu rangkaian tragedi yang sedih. Dan aku tidak mau unggas-unggas di sini turut menangisi kematian pemuda kampung itu, seperti yang kami lakukan ketika tragedi itu berlaku dahulu." Kemudian katanya, "Itu sudah berlalu, apa pun yang kami tangiskan ia tidak akan muncul semula."

"Benar. Benar seperti fikiranmu itu," kataku. "Tak ada makhluk yang telah mati dapat hidup kembali, dan menceritakan segala-gala pengalamannya ketika dalam mati."

"Nah, apa sebenarnya yang hendak kita ceritakan seawal pagi ini?"

Aku ketawa. "Kauketawa, Idi?" "Aku ketawa pada menyatakan hatiku sudah pulih daripada

kesedihan semalam." Si burung putih dari utara terdiam. Mengapa ia terdiam

begitu lama. Aku tidak bermaksud untuk menyentuh perasaannya. Apakah kelemahannya, apakah ia mempunyai perasaan yang terlalu halus? Sebab pesan ketika di kampung dahulu, jangan terlalu mudah menduga perasaan seseorang dengan hanya melihat pada wajahnya!

"Kepada orang yang menyaksikan, dan dapat merasakannya juga, dan terlibat dalam keseluruhan rangkaian sedih itu, hatinya tidak akan mudah terubat. Malah kami akan menangisinya selama mana peristiwa itu masih ada dalam ingatan kami," katanya.

Hatiku secepat itu dapat mengukur betapa tersentuhnya prasaannya.

"Maaf, kalau aku menyentuh perasaanmu, dan seluruh perasaan kaum kamu dari utara."

"Kerana dalamnya luka hati karni itulah yang mendorong sku datang ke mari, walau jauh, walau dalam sengsara, aku pasti sarnpai ke mari."

"Yah, walaupun lapar - 9 9

"Yah." "Walaupun haus - 9 9

Page 40: (S.E.A. Write Award) 1986

"Yah." "Walaupun letih." "Yah, yah, walau dalam apa derita sekalipun." Aku memerhatikan kelungkung matanya yang berat. Dan

hampir separuh keluasan matanya tertutup. Begitu kiranya si burung putih dari utara menyelamkan perasaan sedihnya!

Kami berdua tidak sedar, rupa-rupanya dahan yang tempat kami bertenggek bergerak-gerak kuat, dideru angin bercampur gerimis merah yang dianggung jauh dari laut. Angin dari utara hampir-hampir bertukar ke barat daya, berolak ketika bertembung puncak banjaran gunung selatan. Dan guncahan air dalam jauh kian beralun. Sekawan tara-tara yang bertenggek pada sepotong kayu timbul tenggelam hampir terjatuh kerana terlepas genggaman kuku mereka. Aku pun teringat, kejadian seperti itu terjadi juga di kampungku dahulu. Kampung kami hanya terletak beberapa ratus meter dari pantai. Ketika laut tenang, kami lebih banyak menghabiskan masa bermain-main di pinggir laut dari di darat. Hanya kawan tara-tara yang hidup di sini lebih besar daripada kawan tara-tara yang berada di wilayah kami. Itu aku tidak tahu mengapa. Mungkin semua tara-tara sama bentuk dan saiznya, hanya kegemaran berlainan. Yang di sini lebih suka menciptakan kumpulan yang lebih besar, berbanding dengan tara-tara yang di daerahku lebih suka menciptakan kumpulan yang agak kecil. Tara-tara burung laut senang didekati dan mudah jadi kawan, walaupun tidak terlalu jinak. Hidupnya di laut yang kadang-kadang kerjanya bermain ombak, sarnbil mengalis pantai dengan pandangan matanya yang kelabu biru.

"Hanya aku ingin tahu, apakah pemburu orang luar itu, datang lagi selepas peristiwa itu?"

Si burung putih dari utara termenung, ia merentang tali ingatannya. "Yah, yah," suaranya. "Tetapi setelah lama. Aku lupa setelah berapa lama, mungkin setelah dua tahun."

"Mungkin mereka terasa bersalah." "Siapa yang tidak berasa bersalah membunuh orang!" "Maksudku mereka takut." "Jikalau mereka takut mereka tidak datang lagi!"

Page 41: (S.E.A. Write Award) 1986

YG

an Ya

)at ur tra ka air ek na an mi iut iin UP di ua m. ar, ka iut ilu in lYa

tu,

.ali ku

"Mungkin takut hanya selarna lebih dua tahun?" "Tidak. Kelakuan mereka tidak berubah. Sikap mereka

tidak berubah. Tabiat juga tidak berubah." "Mereka angkuh kerana mereka kuat sebenarnya," kataku. "Kuat tidak menjadikan orang angkuh." "Apa kira-kira kesan tindakan mereka itu?" "Mereka gembira berbuat demikian. Mereka puas." Kami sama-sama kaum unggas, tetapi pendapat kami segera

krlainan. Bagaimana nanti ini dalam perbahasan? Bagaimana nanti ini dapat bertindak bersama?

"Sebenamya mereka itu orang-orang terpelajar. Munglun mereka membuat kajian tentang burung-burung," kataku cuba- euba. Maksudku kutujukan kepada pemburu-pemburu itu. Itu kemungkinan yang benar-benar mencemaskan.

"Burung apa yang mau dikajinya, jikalau satu hari, burung sudah habis mereka musnahkan?"

Betulkah hingga pada suatu saat semua burung akan pupus, kesan daripada pemusnahan mereka itu? Jikalau semua telur telah dikutip sebelum sempat menetas tak ada alasan lain untuk menolak pendapatnya itu.

Aku merenung-renung. Merenung termenung jauh, melayangkan aka1 untuk mencari budi pertimbangan. Bahawa kami ini dalam perhimpunan,bukan sebagai sebuah perhim- punan rakyat yang ada perbahasan antara penyokong dan pembangkang. Bukan itu maksudnya di sini. Kaum unggas terbiasa menggunakan bahasa khilaf, tetapi sebenarnya kami tidak pernah mempertikaikannya. Itulah yang betul. Bahasa kami terlalu mudah, dan ringkas. Sebahagiannya membentuk suara tinggi rendah nada, yang lain daripada panjang pendek suara, yang disiulkan lewat patuk yang tidak tersekat-sekat. Ia meluncur menurut ketahanan nafas, yang seharusnya tidak terhenti sebelum menyambung kepada tarikan suara yang kedua. Yang selebihnya, adalah muzik untuk menceriakan teman-teman, dan tanda menguasai satu-satu kawasan.

Page 42: (S.E.A. Write Award) 1986

Akhirnya aku hanya berkata dalam hati begini: burung- burung seperti juga manusia, mempunyai tabiat dan keinginan yang sama, hanya kadang-kadang ada perbezaan yang tidak dapat dielakkan. Tetapi itu tidak dapat dikesan lewat suara.

"Kau lama termenung?" kata si burung putih dari utara sambil menerkam mukaku. Patuknya yang benar-benar cantik itu dihujungi dengan kekuningan menghampiri warna emas, kelihatan begitu menawan dan sempurna. Dan, daripada bentuk patuk itu ia bukan daripada jenis burung yang mematuk tanah keras atau batu. Ia pasti mendapatkan makanan di daun- daun kering, atau di daerah-daerah dingin yang kering dan berdebu. Atau pada tanah-tanah basah di tebing sungai. Tetapi setelah mendapat makanan lalu ditanggung ke dahan, dan memakannya di sana. Dan, aku baru merasakan kebodohanku, di daerah utara sebelah mana asal usulnya. Aku benar-benar tidak tahu. Sekalipun bertalu-talu ia menerangkan dalam soal kedudukan itu, aku pasti tidak faham, dan dapat menggambarkan. Dan, daripada mengauskan otakku mernikir-mikir sesuatu yang tidak dapat aku fikirkan, baik saja berkawan dengannya.

"Apa pun yang kaukatakan, kadang-kadang kita berbeda, tetapi itulah juga pendapatku." Kata-kataku itu membuka kunci persahabatan. Aku membukakan pintu hatiku dengan seluas- luasnya untuk persahabatan.

Aku segera meneliti bulunya yang putih mengapas itu. Hampir tiada setitik pun ada warna hitam mencelah. Tak ada pernah bulu yang sedernikian kami miliki di timur. Dan, jikalau si burung putih dari utara terbang berkawan di atas hamparan salji ketika hari panas, nescaya, pada fikiranku, agak sukar dapat mengesan kewujudan sekawan burung putih itu. Tetapi entahlah, kehidupan dan kelebat seharnparan salji tidak dapat kubayangkan dengan sejelas-jelasnya. Sebab kata orang sebelumnya, pemburu-pemburu dan pencuri-pencuri telur dengan kapal-kapal pengintip itu berdatangan dari pelbagai penjuru. Mereka menggunakan segala alat canggih yang hampir sukar dapat difahami manusia sendiri. Nah, kalau

Page 43: (S.E.A. Write Award) 1986

kgitu bagaimana si burung putih dapat bertahan. Bagaimana mcreka dapat bersingkir, dan tidak tahu di tempat mana lagi brsembunyi.

"Aku masih percaya yang kaum kamu masih ramai di sana," kataku. Kali ini mudah-mudahan ia tidak akan tersentuh lagi. Sikalau ia memberikan jawapan yang tepat pasti ia dapat menarnbahkan ilmuku.

"Kami tinggal di bahagian sudut-sudut padang luas. Ketika mdam kami tidur di situ. Ketika siang baru kami merayap ke @ma-mana mencari makanan. Terbang sejauh-jauhnya ke btwa. Jumlah kami sebenarnya tidak pernah diketahui. Kerana & padang luas kami tidak pernah bersatu untuk mengumpul jumlah karni."

"Tetapi pasti setiap tahun, ada ibu-ibu yang dapat menetaskan anak baru. Jikalau itu ada, bererti jumlah kamu krtambah."

"Hanya ibu yang bernasib baik yang dapat menetaskan telur mereka. Sekarang kebanyakan para ibu mengeluh dan tidak bernasib baik."

"Ke mana perginya anak-anak kecil itu?" "Disambar burung vulture." "Ke manakah perginya burung vulture itu?" "Mereka berburu ke utara, tetapi membina sarang tetap

di selatan." "Di sarang-sarang merekakah anak kecil itu dipelihara?" "Tidak! Sama sekali tidak!" kata si burung putih dari utara.

"Cara hidup kami sarna sekali berbeza dengan cara hidup mereka."

"Kasihan, si anak kecil yang belum tahu apa-apa, hidup yang bagaimana bakal mereka tempuh?"

"Mereka memakan anak-anak kecil itu! Selepas itu mereka &an mati ditembak pemburu-pemburu luar itu."

"Mengapa pemburu-pemburu luar menembak vulture?" "Kerana mereka marah." "Mengapakah mereka marah?" "Burung-burung vulture mencuri telur kami."

Page 44: (S.E.A. Write Award) 1986

"Mengapakah mereka marah kepada vulture mencuri telur- telur karnu, bukankah mereka juga pencuri?"

"Sia-sia mereka datang dari jauh, sebagai pencuri, tetapi tidak mendapat apa-apa."

Hah! Ketika petang gerimis turun. Garis pelangi membelah

langit, melengkong, dan merencong dari timur ke barat, dan sekonyong-konyong angin deras turun berputar di tanah berbatu Poros Loro. Pasir kering turut berputar naik ke udara. Ada pasir damal bertempiaran keliling lapangan. Di tengah-tengah putaran pasir itulah sejenis burung lain turut berterbangan ke udara. Burung-burung itu kurang jelas sosok dan warnanya dalam matahari samar. Tetapi mereka daripada jenis unggas yang lincah dan suka membina kumpulan yang besar. Menurut cerita kemudiannya, burung-burung itu tumpang bermalam di dua buah pulau sahaja, iaitu Tikungan Moro dan Soroman Golo. Kenapa Poros Loro yang terbesar daripada kedua-duanya tidak diendahkan, tidak diketahui, dan mereka akan berangkat awal pagi esoknya, ketika matahari belum timbul. Ke mana perginya, dan ke mana hala dituju, juga tidak diketahui. Tak pernah ada burung-burung di pulau mengharnpiri dan menegur sapa kumpulan i tu, kerana hidup burung-burung i tu menyendiri dan membawa kebiasaan aneh yang berlainan daripada jenis yang lain. Burung-burung itu menurut ceritanya lagi, bersarang di atas gunung, yang terbuat daripada ranggas-ranggas yang dikutip di kaki gunung, dan meninggalkan sarang-sarang itu ketlka anak-anak sudah mampu terbang jauh. Dan, akan menulus sarang-sarang itu ketika kembali tahun hadapan.

Setelah mengingat-ingat cara kehidupan yang bermusim itu, yang tentunya berbeda dengan tabiat kaum kami juga, aku lantas teringat sebuah cerita lama, yang walaupun tiada persamaannya tetapi menunjukkan suatu kepintaran kaum unggas juga. Seekor gagak yang terlalu haus, ada air, tetapi di biduk sebuah balang. Gagak itu rupanya seekor burung pintar. Ia memasukkan batu-batu kecil sehingga air yang sedikit itu naik ke perrnukaan balang. Dengan yang demikian ia dapat rninum, melepaskan dahaganya.

Page 45: (S.E.A. Write Award) 1986

Itu kisah burung pintar yang juga dicontohi manusia. Kaum unggas tidak akan pupus jikalau demikian pintarnya. Kerana kepintaran itu dapat menyelamatkan nyawanya, yang membawa makna kaumnya juga, daripada mati kehausan atau kepupusan.

Tiada kena-mengena. Itu tiba-tiba timbul dalam ingatanku. Itu saja.

Kutinggalkan kawan yang menceritakan tentang kezaliman burung vulture itu, tetapi kesan ceritanya memang melukakan hati. Entah, terpulanglah kepada teman-teman yang lain untuk mengemukakan satu cara untuk menghadapi dan mencegah kelakuan buruk burung bida itu. Setengah-setengah orang mengatakan burung itu sebagai burung yang paling hodoh dan menakutkan. Hidupnya memakan bangkai, mereka pintar menghidu bau bangkai lewat angin yang bertiup walau dari jauh. Apalagi, kebanyakan makanan mereka selain daripada bangkai ia juga terdiri daripada telur yang dicuri daripada sarang unggas yang lain. Pada suatu ketika, menurut si burung putih dari utara, mereka mengusulkan supaya burung vulture dikeluarkan daripada jenis burung. Lucutkan nama bida itu daripada senarai keluarga kami! Mereka malu, kerana sejarah hidup vulture dipenuhi dengan pengkhianatan kepada kaum sejenisnya.

Esoknya ketika karni hampir bersidang, sesudah para ahli terkumpul dengan tertib, tiba-tiba Sang Rajawali, unggas pilihan itu, terbang deras meluncur ke udara seolah-olah mau rnenampakkan diri, yang sekali gus mau menampakkan kehebatan dan kekuasaannya. Dengan mata yang bersinar merah darah sambil mengipas-ngipaskan sayap yang lebar, ia seperti menghulurkan kedua-dua belah kaki dengan kuku runcing di hujung jarinya, menunduk ke bawah. "Tunduk!" seru pemandu persidangan, dengan suaranya yang terbiasa, keras dan kasar, tetapi disudahi dengan nada menurun dalam menampakkan rasa hormatnya. Semua ahli menundukkan kepala sambil kedua-dua belah sayap dibuka selebarnya, dan dilipat hampir menutupi seluruh kepala. Ia benar-benar gerakan menyembah yang telah disusun santun. Dan, aku segera teringat, begitulah kelakuan seekor burung di tepi laut, yang telah kujumpai.

Page 46: (S.E.A. Write Award) 1986

Sebaik-baik sahaja Sang Rajawali menghilang, para ahli persidangan bertenggek atau berdiri seperti biasa. Ia menghilang daripada pandangan setelah ia terapung, kemudian tegak meluru ke langit bagai mau menyambar matahari. Ada yang mengatakan ia menghilang di celah-celah awan biru dalam pecahan warna sinar kemerahan matahari. Kami berpandang-pandangan antara satu sama lain. Tak ada seorang pun yang mengeluarkan patah-patah perkataan semasa kami berkelakuan seperti menyembah itu. Khabarnya, Sang Rajawali membina sarang di atas batu yang tertinggi di antara dinding- dinding batu yang memagar pantai. Sarangnya dipancar sinar terik yang kadang-kadang meminjam warna dari laut, dan hangatnya meniti hari selama matahari membakar bumi.

"Sidang dimulakan ! " kata Sang Bubut. Burung hitam bersayap perang bersuara kahung itu menutup matanya, seperti mau menyembunyikan dirinya. Tetapi orang nampak juga bahawa ia tidak hilang ke mana-mana. Ia pun bersuara semula. Kenapa ia berkelakuan demikian, tiada orang yang tahu.

Maka semua peserta pun bertenggek, ada yang berdiri di tanah, atau duduk dengan sambil memipit ke perda dan ke dinding-dinding akar yang timbul. Di atas batu, dahan atau tanah. Kami semua melapangkan dada, dan mengosongkan kepala bersedia-sedia untuk mendengar ucapan-ucapan yang berikutnya. Sidang ini diatur supaya ia seperti cerita yang disambung-sambung, dibawa, dan dijuntun ramai orang. Tetapi pusat pembicaraan dan fikiran tetap tidak terkeluar daripada tujuan asal. Sesungguhnya setiap peserta dibebaskan bercakap, atau bercerita menurut kemahuan dan perasaannya masing- masing. Sang Bubut, pemandu persidangan yang terpuji kerana bijaknya dan ia tahu akan erti kebebasan, dan kemerdekaan dalam persidangan. Sebelum ini ia pernah berkata, "Erti kemerdekaan itu bagi kita adalah pengucapan kata-kata yang tidak terhad, seseorang dapat mengeluarkan fikiran dan pendiriannya dengan tidak terpengaruh, dan dipengaruhi. Dan, saya berjanji tidak akan membantah apa-apa juga yang dikeluarkan oleh para sahabat." Jelas ia merujuk terhadap jalannya persidangan yang sebenarnya. Jelas kami tidak merujuk kepada sebarang persidangan yang dijalankan

Page 47: (S.E.A. Write Award) 1986

MG

hli Ia an da iru mi ng mi ali 'g- lar an

un rti g a la.

iri ke au an ng ng [pi da [P, g- na an rti ~ t a an 6%

% aP dc an

blB.PMG 8URUMG 41

manusia. Bukankah banyak sistem di dunia? Sistem yang kami jalankan ini yang terbaik bagi kami. "Jikalau saya d i m , diam terlalu lama sekalipun, maka itu bukan bererti saya setuju. Saya

.--: menghormati fikiran setiap orang. Saya tidak akan menghalang meorang daripada berucap jikalau sekalipun ia membantah geseorang yang lain. Itu haknya. Dan saya harap orang yang kena bantah pun jangan terburu-bum membantah dan tersentuh @pa yang diucapkan tentang pendapat dan fikirannya."

Itu kata-kata yang diucapkannya sebagai pendahuluan eemasa pembukaan dahulu. Jelas, hingga ke saat ini ia tidak merubah dasar daripada ucapannya itu.

"Bagaimana kalau saya ceritakan kisah di negara kecil kami, yang sudah mau menghabisi sekalian kayu-kayan di hutan untuk memberi laluan kepada pembangunan pesat manusia, konon?" Satu suara nyaring daripada penjuru hujung. Nyatalah la seekor tiung yang berbulu biru hitam, dengan kecantikan alis bdung kuning cerah di kedua-dua belah pipinya yang montok.

"Cerita dari negara kecil mana itu?" Satu suara segera rnencelah dari tengah-tengah keramaian.

"Yah, dari negara kecil mana itu?" ulang Sang Bubut. Ia mula mengemas-ngemaskan duduknya sambil menggeserkan sedikit badan pada satu cabang dahan yang hampir tidak berdaun. Sekali lagi aku tidak tahu, mengapa Sang Bubut memilih cabang dahan yang hampir tidak berdaun sebagai tempatnya bertenggek semasa memandu persidangan. Tidakkah ia mau berlindung daripada terik matahari semasa menunaikan tugas yang berat itu?

Aku cukup mengerti sifat bubut yang sebenarnya. Ia sukar berlindung pada daun-daun lebat. Ia terbang seperti terapung. Tetapi mempunyai kelajuan yang tidak deras. Wataknya yang rnerendah dan memakan harnpir apa saja, suka menyendiri dan tidak suka riuh-rendah.

"Saya datang dari negara kecil, separuh di rimba, separuh di tepi pantai," suara tiung lancar. "Terletak di hujung jungkar . di sebuah pulau."

Bayangkan, paruhnya yang kekuningan tegap ditutup rapat selepas mengucapkan kata-katanya.

Page 48: (S.E.A. Write Award) 1986

Para ahli berpandangan antara satu sarna lain, cukup hairan, bagaimana untuk menggambarkan bentuk negara kecil yang diucapkan oleh si tiung itu. Adakah negara kecil di hujung jungkar itu terletak di atas gunung, atau terletak di sebuah pulau kecil di tengah lautan yang sering terkena ombak dilanda ribut? Ataupun, adakah negaranya itu seperti sekeping papan nipis yang tersadai, separuh di darat separuh lagi di laut?

"Tidak banyak sebuah negara yang berkedudukan demikian," terjemah seekor unggas yang pintar, tetapi masih kabur untuk melihat garnbaran negara berkenaan sebenar.

"Kerana itulah, kerana keluasannya itulah manusia ingin menghabisi seluruh tumbuhan, tennasuk rumput panjang, untuk memberi tapak kepada bangunan dan perusahaan-perusahaan yang sudah lama dirancang tetapi tidak pernah menjadi." Ayatn y a panjang dan diungkapkan hampir senafas.

"Sila teruskan ceritamu." Seperti biasa si tiung bukanlah daripada jenis burung

yang mempunyai suara keras. Malah, walau bagaimanapun ia mencuba untuk mengeraskan suaranya, suara itu tetap berubah merdu.

"Kerana mereka ini selalu menyanyi dalam hutan," bisik seorang teman ke telinga temannya.

"Diam, sidang dimulakan !" "Sesungguhnya kami berasa khuatir, akan tiba masanya

pada suatu hari segala pohon dan tumbuhan bukan sahaja yang tinggi di rimba tetapi rumput-rumput yang panjang di padang akan habis dibakar, ditebang, digusur manusia. Kami tidak sanggup menghadapi bencana yang demikian. Bayangkanlah, ratusan, malah ribuan ekar hutan dibakar, digusur dengan jentera berat. Keadaan panas semakin ketara. Banjir sudah tidak dapat dikawal lagi. Kita yang sentiasa hidup di rimba berlindung dalam daun lebat, tidak akan dapat hidup di sebuah kawasan yang tidak mempunyai selembar daun pun tempat berteduh."

Semua yang hadir sudah dapat menerka ke arah mana tujuan ucapan si kawan yang cantik ini.

Page 49: (S.E.A. Write Award) 1986

"Berapa lama sudah kira-kira manusia membuat pekerjaan demikian?" tanya Sang Bubut. "Sikap manusia di negara- negara membangun memang demikian."

"Sudah lama, sahabat kami, sudah lama. Tetapi nampaknya tidak akan pernah selesai."

"Mengapakah tidak akan dapat selesai? Apakah mereka kekurangan alat?"

"Bukan, sahabat kami." " Apa?" "Tidak ada orang yang tahu. Ada yang mengatakan mereka

mmua dari bumi. Ada yang mengatakan wang negara hampir habis, tak mampu lagi memberi biaya projek mega itu. Ada ymg mengatakan mereka bertelingkah sesama sendiri kerana ada yang tidak setuju dengan tindakan itu." Ia menyambung, "Yang lain berpendapat sebelah pihak terlalu banyak mendapat keuntungan. Pihak mana? Tak tau."

"Masakan negara yang dipuja-puja kaya dan cantik, mau membunuh segala tumbuhan!" teriak yang lain.

"Kami pun berfikir, kecantikan sebuah negara itu krgantung sebahagiannya kepada keindahan pohon-pohonan."

"Tetapi dengan kepintaran manusia, pekerjaan itu akan selesai juga pada akhirnya," teriak yang lain. Ia hanya rnenyangka. Ia tidak tahu, acuan sebuah negara berbeda-beda.

"Pada saat selesainya pekerjaan itulah bermulanya ancaman dan bala kepada kami. Dan berikutnya keturunan karni di sana &an pupus."

"Ooooo," suara gemuruh. Bukan booo. Bayangkan, mereka telah terlupa tajuk persidangan yang

sebenar, sekarang mereka bercakap tentang ha1 karenah manusia dengan negaranya, yang mau membangun negara kononnya. Biar mereka jatuh miskin semuanya, peduli apa!

Tetapi si tiung cantik lekas sedar. "Bayangkan, hingga pada suatu saat, kaum unggas bukan

sahaja semua kaum unggas malah suku kami, sekaliannya &an tinggal bercarnpur dengan manusia. Kami tidak ada cara lain, selain menyerahkan diri kepada manusia untuk perlindungan!"

Page 50: (S.E.A. Write Award) 1986

Ia menangis. Sambil tersidak ia menyambung, "Kami tidak akan dapat hidup dan beranak-pinak selamanya bersama manusia."

"Mengapakah mau hidup bersama manusia?" "Kerana di mana lagi tempat bersarang dan bertenggek,"

disambungnya lagi, "kecualilah dalam sangkar." "Mana boleh kita hidup bersama manusia!" seru yang

lain. "Mana boleh hidup bersama dengan manusia! Bukankah manusia itu jahat dan pemusnah unggas?"

Ada lagi suara-suara dari jauh yang tak jelas maksudnya. Tetapi mereka menjerit, mereka mengutuk perbuatan manusia itu.

"Tidakkan kita hanya bertenggek di tiang-tiang telefon, atau di hujung-hujung jambatan. Itu juga tidak sesuai dengan kita. Mungkin sejauh-jauh lagi kita hanya bertenggek pada atap-atap rumah, atau bumbung-bumbung yang tidak menentu bentuknya. Inilah yang mendorong kita hidup bersama manusia." Katanya lagi, "Kalau tidak, di mana lagi, sekalian pohon telah habis dimusnah."

Ia tersidak lagi, pasti ia seekor unggas yang perawan, tetapi mana tahu, sejarah hidup keluarganya banyak yang terseksa. Banyak yang teraniaya dan terkurung. Untuk tontonan! Suara mereka yang kuat dan tajarn hanya melepasi jaring-jaring kurungan besi yang tidak pernah terbuka.

"Suaramu itu terlalu betina!" pekik satu suara. "Segalanya mau menyerah."

"Memang, puak mereka, anak-anak mereka selalu dicari ke dalam hutan oleh manusia. Anak-anak mereka dipelihara hingga besar, diajar menyebut kata-kata yang mereka tidak tahu ertinya. Kemudian dijual di pasar dengan harga yang tinggi!" kata yang lain.

Tetapi itu sebenarnya satu suara yang tidak bertanggung- jawab. Suara-suara yang mengejek bangsanya sendiri! Dan aku tidak tahu apa maksud mereka datang ke mari.

"Tetapi hairannya manusia ini yah," suara Sang Bubut kematian fikiran. Ia tersentak. Ia sedar terlalu kerap menyebut

Page 51: (S.E.A. Write Award) 1986

45

w-kata mengutuk manusia dan perbuatan manusia dalam mpunan itu. Sedangkan sebelurnnya tidak. Kemudian

menyambung, "Kalau semua kayu-kayan dihapuskan aimana mereka dapat membina rumah. Bukankah manusia

ah daripada kayu-kayuan, kayu-kayan yang u &lam hutan?"

Ramai yang hadir seperti memperli kata-kata itu. Tidakkah apa yang terjadi pada manusia selama ini, tidak lain tidak kalau tidak rakusnya, adanya agenda peribadi.

"Orang-orang kaya, membina rumah daripada besi dan

9 9 u rumah, bagaimana yang lain, perabot misalnya - lat-alat perabot semuanya didatangkan dari luar negeri, China dan Iran!"

Ia menyambung, "Alat-alat yang lain pun didatangkan dari

"Kerja membaw a bahan keperluan kehidupan dari luar, jika

"Mereka mempunyai kapal terbang yang besar dan

g 3 1X %?. <. & Q pr Ls ;a .."% 9 4

krtenaga laju !" "Yah, kapal terbang juga terbuat daripada besi!" "Mereka juga tidak mau membawa barang muatan dengan

kapal air - " "Kapal air juga sekarang terbuat daripada besi!" Itu pun terkeluar daripada tajuk perhimpunan! Kalau begitu terjadi semuanya, fikir yang lain, hanya

kaum burung, setelah hidup berkurun-kurun pun masih tidak mempunyai perubahan, hanya ada yang kian pupus. Sebuah kata-kata lama membelit leher semua burung, 'walaupun kami ini hidup selamat di awang-awangan, antara langit dan bumi, nyawa kami terlalu rapuh, serapuh ranting, patah, sebelum tiba deru angin'. Ah, terlalu banyak bidalan-bidalan itu, jikalau mau disimpulkan, untuk membanding-bandingkan kerapuhan nyawa kami. Rasa-rasanya tiada bandingannya dalam dunia ini. Kami hampir dapat menyebut, 'orang menemui ajal bersebab, kami tidak! '

Page 52: (S.E.A. Write Award) 1986

Kadang-kadang kami mau bertanya, apa, adakah hidup kami memang ditakdirkan begini? Jawab!

Banyak kaum burung mengalirkan air mata ketika kata- kata itu dibacakan di hadapan sidang! Ketika kata-kata itu ditanyakan di hadapan sidang. Tetapi ia bukan sebuah puisi, yang dibacakan untuk memulai sebarang persidangan, yang maknanya kadangkala rrienikam sendiri, ia adalah sebuah peringatan awal yang terlalu kerap disyairkan, sebenarnya. Dan peringatan itu selalu pula diulang-ulang, di mana-mana.

Memang, kita yang menghadiri perhimpunan, apalagi perhimpunan yang memikirkan survival umat, kesinambungan sejarah, turut banyak menyentuh perasaan, akan banyak menitiskan air mata! Sama banyaknya air mata tumpah ke bumi semasa kami menangisi kepergian ahli keluarga dan keturunan yang tehh dizalimi.

Diulang-ulang pun, kita ingatkan nasib kaum kita yang lalu, penganiayaan, dan penderaan yang mereka terima, maka kita amat terasa betapa rapuhnya nyawa dan riwayat yang dirniliki oleh kaum unggas ini.

Hingga ke saat itu nampaknya mereka masih leka dengan tajuk yang agak menyimpang.

Dan hingga ke saat itu sidang sudah mula riuh-rendah. Tajuk percakapan sudah disedari beberapa ahli persidangan tidak relevan, dan pokok pangkalnya sudah tidak menentu. Terlalu emosi. Ada juga perwakilan ke tawa, kerana menganggap persoalan yang dibawakan oleh teman itu sudah tidak lagi menyentuh hati sanubari, dan fikiran mereka lagi. Mereka tidak berapa percaya, adakah sebuah negara akan menghapuskan sekalian kayu-kayan dari permukaan buminya. Mana-mana negara di dunia mahukan perrnukaan bumi mereka cantik dan dirimbuni pohon-pohon, biarkan pohon-pohon di bukit dan di puncak gunung berbunga, berbau harum, pohon- pohon yang berdaun rendang dan berwarna-warni, akan mengeluarkan buah setiap payama. Mengapakah negara yang sebuah ini, apalagi ia sebuah negara kecil, mau menghapuskan segala kayu-kayannya? Negara-negara Arab yang kering- kontang sekalipun dahagakan pohon-pohon untuk tempat

Page 53: (S.E.A. Write Award) 1986

47

dan unta mereka, dengan membeli ari negeri jauh, dan menyediakan sejumlah dana

eli air, demi mengairi pohon-pohon, supaya tumbuh subur seperti pohon-pohon

Nah, apalagi sebuah negara di timur, yang i mereka bersama dengan kayu-kayan!

yang manusia itu lupa, bahawa jikalau negara itu unyai pohon-pohon, bencana banjir akan

bah akan berleluasa. Jika bencana banjir akan akan berleluasa, alamat negara itu akan dalam lautan maka pada saat itu ia sudah

. Hilanglah segala kemegahan, hilanglah segala yang dibanggakan dan segala kenang- enek moyang hilang lenyap segalanya.

tidak lagi dapat menatap nama negara di buku sekolahnya.

alah hasil khayalanku. Aku tidak tahu, atau sebaliknya, -wahai manusia! Jika kamu riwayatku ini, maka kamu pun akan sedar

anlah makhluk terunggul seperti yang pernah k m u dakwa. Kalau jasad negara kamu sudah lenyap ditelan hut, dan segala-galanya sudah hapus, kami kaum unggas masih &pat bertahan, kami kaum unggas masih dapat meneruskan acara hidup kami, dengan dua sayap masih dapat menjelajah, mengembara ke sana ke mari, dan dapat turut menumpang di negeri orang yang masih ada pohon-pohon. Kerana mereka masih sayang dan melindungi pohon-pohon.

Tetapi burung-burung itu terlalu bodohnya. Mereka hanya tahu berfikir menurut kemampuan fikirannya sahaja. Mereka tidak pernah mengambil iktibar. Sebagai contoh, mereka tidak pernah mengkhayakan cita-cita gila manusia dalam sebuah negara yang belum tentu kedudukannya, dan yang dalam proses mau menenterarnkan rakyatnya. Apalagi kata-kataku itu. Aku tidak akan teragak-agak menghina kaumku, jika ternyata mereka berfikiran salah dan keliru.

Atau, ini jangan disalahtafsirkan, aku ini di negeri orang, ketika di rantau aku menghina bangsa sendiri!

Page 54: (S.E.A. Write Award) 1986

48 SI0.PNG BUQUNG

Kaumku selalu menciptakan cara hidup yang serba indah dan ceria. Mereka selalu berusaha melupakan hal-ha1 yang pilu dan sedih. Ini memang terasuh oleh alam keliling kehidupan mereka. Tetapi, apakah memang begini sebenarnya perangai dan tabiat kaumku, aku masih belum pasti. Hingga kadang- kadang kebiasaan itu terbawa-bawa kepada suara dan nada percakapan. Nah, &bat terlalu nan ceria itu, ramai yang menjadi khayal dan terlupa tugas untuk memelihara keselamatan kaum sendiri. Mereka telah lupa tentang erti perjalanan sejarah yang baru dirantang pembicara-pembicara. Apalagi makanan selalu junterah, baik yang di muka bumi, di atas pohon-pohon, atau di udara. Mereka hampir lupa kesempitan dan keseksaan hidup yang telah dijuntun kawan- kawan yang hampir sudah tidak tahan lagi dengan penderitaan itu. Dahulu, dalam jangka lima ratus tahun terakhir, kira-kira seratus jenis spesies burung telah pupus. Dan sejurnlah spesies lagi pupus dalam beberapa tahun terakhir ini. Itu bukan perkiraanku sendiri tetapi daripada ornithologists yang nama- nama mereka terpampang dalam journal terbitan Eropah. Kata- kata 'hapus' dan 'pupus' itu kukira sama. Rujuk sajalah kamus besar itu.

Aku minta maaflah kepada kaumku, jikalau telahan awalku itu meleset. Atau katakanlah semuanya tidak benar. Apalagi kiranya kamu rasa tersinggung, tohmahan datangnya dari kaum kamu sendiri, yang rasanya memang tidak munasabah sama sekali !

Tetapi apa yang ternyata benar sekarang, bahawa kita adalah sedang meniti "jambatan pemupusan" itu. Mau tidak mau, kita harus terdorong juga ke sana. Unggas yang dapat membaca ke mana hala aliran fikiran manusia, akan tersenyum sumbang. Walaupun itu semuanya tiada kepentingan siapa- siapa. Mereka hanya marah kepada orang asing kerana orang- orang asing itulah yang jadi kepala memusnahkan kayu-kayan, pohon-pohon itu. Orang-orang asing itulah yang jadi kepala mengatur dan merangka bagaimana caranya memusnahkan kayu-kayan. Apa mereka peduli. Jikalau mereka berjaya mereka akan menetap kekal di sini. Tetapi jikalau mereka tidak

Page 55: (S.E.A. Write Award) 1986

berjaya mereka akan pulang, dengan meninggalkan kegagalan dan kemusnahan. Itulah aka1 dan tabiat orang asing. Tidak pernah tersorok dalam kotak kepala mereka walau sedikit pun, mengenang nasib dan derita penduduk yang ditinggalkannya. Selepas itu mereka merantau lagi untuk membuat percubaan baru di sebuah hala mata angin lain. Dalam syair-syair lama ada disebutkan tentang perkara itu, fikir seekor burung tua, yang ketika usia mudanya kuat merantau ke tanah daratan besar. Ia pernah mendengar orang kampung menambang syair yang berbunyi demikian. Tetapi anehnya, orang tua sahaja yang menambang dan menelaah syair, orang-orang muda tidak sedikit pun menghiraukan. Mereka tetap leka juga, tetap khayal juga, dalam haruman nikrnat yang dibawa pendatang- pendatang asing itu. Namun, masih ramai juga yang mengarang pantun dan syair. Tetapi sayang, pantun dan syair hampir tidak difahami lagi. Sesungguhnya unggas yang arif tahu akan sebab dan akibatnya. Manusia juga ada yang tahu. Sebab itulah ada mereka mengarang pantun dan syair juga. Tetapi pantun dan syair itu tidak dibaca dan dihayati.

Kepada si tiung yang cantik hanya tahu memikirkan tentang suka dan dukanya, tentang untung nasib mereka pada masa akan datang. Tetapi tidak pernah meraba apa yang ada dalam hati manusia.

Itu kisah manusia yang dapat diketahui kaum unggas. Mereka juga puas ketawa, tetapi gigi tidak pernah ternampak ketika ketawa. Maaf si burung tiung. Itu hanya telahanku. Biar kita sama-sama melihat dan meneliti dunia ini, kemudian dapat belajar daripadanya. Sesungguhnya tidak sukar sangat belajar daripada alam. Hanya kita yang selalu berlaku cuai, dan endah tak endah terhadap perumpamaan alarn. Malah semborono! Aku tahu itu, aku sedar, dan kaum kami yang bertenggek di tepi paya itu juga sudah sedar.

Adakah kaum unggas dapat bermimpi seperti manusia dapat berrnimpi? Demikianlah kenyataannya, aku bermimpi pada malamnya. Aku tidak tahu dari mana timbulnya cerita dalam mimpi itu, ia tiba-tiba terpeta dalam otaMtu ketika sedang tidur. Aku juga tidak tahu, apakah aku nyenyak tidur atau tidak. Yang

Page 56: (S.E.A. Write Award) 1986

jelas mimpi itu seperti benar-benar berlaku, dalam kenyataan dan kejadiannya.

Inilah sebahagian daripada mimpi ngeri itu yang dapat kuingat ketika paginya. Tiba-tiba aku berada dalam sebuah mahkamah yang sedang hangat membicarakan nasib sekumpulan anak arnab. Arnab itu dari satu suku haiwan yang cantik, dan bebas meliar di sana sini. Anak-anaknya demikian lucu dan cantik, dan kepantasan anaknya hampir sama seperti kepantasan ibu dan bapanya. Tetapi, begitu pandai ia bersembunyi dan menyelamatkan diri daripada musuh, dernikian pula mudah dapatnya tertipu dan dimangsa oleh pemangsa-pemangsa mereka.

Di dalam mimpi itu sekumpulan arnab telah mengadukan nasib malang mereka kepada hakim di sebuah mahkamah.. . .

"Mengapakah anak-anak arnab jadi makanan si burung endang, tuan yang mulia?"

"Bukankah itu memang makanan mereka?" "Yah, makanan mereka, tetapi mengapa anak-anak arnab?" "Kamu makan buah kayu ara kan, bukan buah lain?" "Tidakkah boleh ditukar menunya?" Maksudnya senarai

makanan kesukaan si burung endang. "Menunya boleh, tapi seleranya?" "Yah, tuan yang mulia." "Ditambah boleh." "Kita bercakap tentang keselamatan, tuan yang mulia - 9 9

"Suruh manusia hentikan tabiat menangkap ikan di laut." "Itu tentang survival?" "Itu bukan survival, itu mengenai menu!" "Kalau boleh, tak perlu menu." "Kenapa tak boleh? Yang penting ada makanan." Si burung endang boleh tidaic menjadikan anak-anak arnab

dalarn senarai menu mereka, namun ia membawa erti, bahawa mahkamah membenarkan si burung endang memakan apa saja tennasuk jenis-jenis unggas. Dan sekarang, yang bergelar 'penghapus' unggas itu bukan manusia saja, tetapi daripada sesama burung. Ini dihalalkan mahkarnah!

Page 57: (S.E.A. Write Award) 1986

Sambil merebahi temannya, ia berbisik, "Kepalaku pusing." Yang di atas berdaham. Tetapi ia tidak memalukan

ketuknya. "Kalau tidak ada apa-apa lagi, majlis kita tutup," kata hakim

sarnbil menggulung kertasnya. Ketukan pun bergegar di muka mejanya. Aku terrnenung lama memikirkan mengapa demikian jadi

mimpiku terbentur jauh ditarik arm. Menurut burung-burung lain, mereka tidak pernah mengalami keadaan demikian. Mereka boleh berangan-angan, dan dapat mengkhayalkan sesuatu, yang tidak benar boleh menjadi seolah-olah benar, tetapi apabila siap dikhayal-khayalkan ia masih tetap tidak benar. Hanya tukang cerita sahaja yang tahu membuat-buat cerita dan menjadikan ceritanya seperti benar.

Kami tidak pernah berurusan dengan bangsa arnab. Apalagi dengan anak-anak mereka yang dikatakan cantik dan lembik itu. Karni benar-benar tidak tahu tentang cara dan fiil arnab. Di daerah kami tidak ada binatang itu, sedangkan di Eropah, kata kawan-kawan yang datang melayang dari jauh, arnab terdapat di mana-mana di luar kota dan di kawasan perladangan. Selalunya ketika musim panen banyak arnab yang mati. Arnab mati diburu atau diserang hendap pemangsa-pemangsa lain termasuklah helang dan fox. Mimpi, kata orang yang tahu, berlainan daripada kenyataan. Kadang-kadang kita tidak pernah tahu tentang kejadian itu, tetapi kita telah memimpikannya seperti kita benar-benar tahu. Ada pula yang berkata, kebenaran mimpi adalah sebaliknya. Dan ada juga, kata orang, mimpi boleh membunuh orang!

Dan kalau ada pun, kata orang juga, unggas tidak percaya akan adanya mimpi. Tetapi yang satu ini hams dipercayai, dan ia benar-benar sedang berlaku. Di pulau ini!

Ada satu babak lain daripada rentetan yang digelar mimpi itu. Tetapi yang satu ini kukira bukan lagi terjumlah yang dapat dikatakan mimpi. Kerana ia seperti benar-benar terjadi di hadapan mata. Yang benar-benar berlaku di hadapan mata, sepantasnya bukan lagi mimpi, iaitu mengikut tafsiran biasa. Tetapi kenyataan. Menurut kawanku yang sempat menyaksikan ulah manusia yang dinamakan scientist yang jumlahnya lapan

Page 58: (S.E.A. Write Award) 1986

orang itu. Kawanku itu bernasib baik, ia secara kebetulan bertenggek di jendela sebuah makrnal sains. Para ahli sains yang lapan orang itu, mula-mula berbincang bagaimana mahu menghidupkan semula sejenis unggas cantik, yang telah pupus hampir tiga ratus tahun yang lalu!

Apabila ditanya secara terperinci kepada kawanku itu, ia tidak dapat memahami dan menyebut, dan mengikut patah- patah kata yang asing, kerana patah-patah kata itu bukan lagi daripada perkataan Melayu, dan hampir-hampir juga bukan lagi daripada patah-patah perkataan Inggeris. Maka kawanku itu pada mulanya rajin mengintip kelakuan dan perbincangan- perbincangan ahli sains yang berjumlah lapan orang itu.

Menurut kawanku itu, secara rambang ia menyebut, kumpulan ahli sains yang lapan orang itu, ada menyimpan unggas cantik yang pupus tiga ratus tahun itu dalam bentuk awetan. Masih disimpan mereka dengan baik, dan amat terpelihara. Entah, bagaimana caranya segala ini dapat dimungkinkan. Tetapi bagaimana caranya mau menghidup- kan makhluk yang sudah mati tiga ratus tahun yang lalu. Dipendekkan cerita oleh kawanku itu, para ahli sains yang lapan orang itu mengambil sebahagian "isi" daripada beberapa bahagian unggas yang diawet itu. Barang ambilan itu disimpan dalam suatu bekas. Dicampur lagi dengan barang itu dengan bahan ini. Entah apa lagi. Setelah sekian lama, entah beberapa kian lama, ambilan yang dicampur dengan barang itu dicampur dengan bahan ini itu, setelah diperiksa dengan amat teliti di bawah teropong pembesar yang berkuasa amat tinggi daya penglihatannya, bergerak dan dapat menjadi sesuatu. Lama- kelamaan ia semakin bergerak, kata kawanku itu lagi.

Setelah diperbuat itu dan diperbuat ini lagi, ia lalu diinjekkan kepada sejenis unggas yang rupanya seakan-akan sama dengan unggas yang sudah pupus tiga ratus tahun itu. Entah bagaimana jadinya, menurut kawanku itu. Wallahualam.

Nah, kalau benar-benar ini terjadi, unggas yang menerima injekan itu seperti yang dihasratkan, dapat bertelur dan menetaskan anak yang menyerupai unggas cantik yang pupus

Page 59: (S.E.A. Write Award) 1986

53

Mereka akan berpuas hati. Ertinya

manya. Unggas yang ada sekarang menghadapi bahaya dan mau

ah pupus tiga ratus tahun dahulu untuk dihidupkan kembali! Apa

khabar yang tujuannya seakan- buah negeri atas angin. Seorang ir mani yang dibekukan untuk ata ahli biologist dan penternak a mereka telah dapat mengatasi ternak helang dan mereka akan g sama kepada burung-burung

sia yang berusaha demikian, ertahankan hak kami untuk

n, dan selamat, kami sanjung ikkan perasaan hati kami itu eperti itu. Tetapi berita itu orang yang percaya dengan

Dalam aku lama berf&-fikir, meliar ke sana ke mari, tiba- orang. Siapa gerangan

yang berani mengganggu aku itu? Ia seekor helang hitam, mula memindah kedudukannya, lalu

sukatan panjang badannya ang garang tetapi mula

' menunduk, dan sudah tidak menampakkan yang ia berniat tidak baik, lalu berkata, "Apa saja yang kaufikir sejak tadi tidak

Sesaat itu juga terfikir dalam kepalaku, rupanya ia ~ n t a h , untuk apa? Dan enis helang hitam yang n menerbangkannya ke nnya itu, lalu disambut

Page 60: (S.E.A. Write Award) 1986

oleh yang betina, untuk dibawa pulang jadi makanan anak-anak di sarang.

Aku tidak dapat menjawab tenang, lalu menjawab dengan tergopoh-gapah.

"Aku terpesona dengan keindahan Poros Loro, dengan Tikungan Moro - "

"Dengan Soroman Golo?" "Yah, dengan Soroman Golo juga." Ia memandang liar. Dan matanya tercari-cari sesuatu.

Memang galak. "Jangan khuatir, aku tidak membawa senapang ke mari,"

kataku. Ia hanya ketawa. Mengapa ia harus takut dengan aku. Aku

menyarnbung lagi pertanyaan dalam hatiku, jikalau benar, ia daripada jenis helang hitam yang dapat membuat sesuatu pertunjukan udara yang aneh itu, apakah aku mau belajar bagaimana jadi "penyambut mangsa di udara itu." Tetapi aku bukan daripada jenis pemangsa dernikian. Aku bukan daripada jenis pemangsa pun. Maka kerana itu, perbuatan menyerahkan mangsa di udara itu, tidaklah sesuai bagiku.

"Dalam keadaan aman seperti sekarang, tak ada orang yang harus takut dengan senapang!"

"Tidak semua senapang itu dibawa untuk membunuh." Ia ketawa lagi sambil mengeluarkan suara halus yang aneh.

Serasa-rasa suara itu keluar dari lapisan-lapisan bulu di kedua- dua belah pipinya yang leper itu.

"Aku tidak memaksa jikalau kau tidak menghargai keindahan S oroman Golo," katany a. Suarany a iri. Lagi sekali, pipinya yang leper dihadapkannya ke arahku.

"Tidak, aku memang menghargai keindahannya juga." Ia mula mengajak aku duduk di sebiji batu besar bercalar

dihinggapi kapang. Mungkin batu itu dahulunya lama tenggelam dalam air. Walau bagaimanapun aku tidak dapat mengagak berapa lama ia berada dalam air, sehingga dapat membentuk keadaannya dernikian, dan aku tidak tahu batu yang sebesar itu dapat naik ke tebing, dan diletakkan tersusun begini. Apa, adakah manusia sudah pernah datang ke mari,

Page 61: (S.E.A. Write Award) 1986

merubah kedudukan batu-batu itu, atau ada manusia telah cuba membentuk kehidupan di sini?

"Kaumarahkah dengan burung helang?" tanyanya tajam. Aku lalu terkejut, mengapa soalan itu tiba-tiba ditujahkan

kepadaku. Apakah ini akan mengundang bahaya, jikalau aku tersalah jawab? Tetapi kuat sangkaanku, sebagai orang yang diam di sini, lalu berhadapan dengan seorang pendatang, jikalau tamu itu membuat sedikit kesilapan, mereka tidak akan semudah itu mengapa-apakan tamu tersebut. Lagipun mengapa aku marah kepada jenis itu. Aku tidak pernah berangan-angan menjadi helang. Aku hanya mengingat-ingat cerita yang diceritakan seorang teman tentang suatu perkembangan terbaru dalam ilmu pengetahuan masyarakat manusia.

"Bagaimana kawanku tahu, yang aku sedang berfikir-fikir, berfikir-fikir tentang sesuatu?"

"Sebenarnya kau bukan menikrnati keindahan pulau-pulau ini, bukan? Tetapi memilurkan tentang sesuatu yang lain!"

Aku terdiam. Apa ini! "Atau, kaucuba memerhatikan bayang-bayang tingkah

lakumu dalam air," katanya aneh. Aku cuba memanjangkan leher untuk melihat ke air. Sukar

sekali dapat melihat bayang-bayang sendiri ketika tiada lagi cahaya. Aku hanya memberikan tanda gerakan yang bermaksud tiada.

"Hoh, kalau begitu memang benar. Yah, apa pun kau, pada saat ini, tidak akan dapat menemui dirimu di mana-mana."

Aneh si burung besar ini, kataku dalam hati. Sudahlah wajahnya yang menakutkan, pandai pula bermain-main bahasa. Cubalah kau jadi si burung kedek, yang tahu mengatur bahasa dan mengubah syair. Yang pernah menundukkan seorang raja garang kerana kehalusan dan keindahan bahasanya. Cerita si burung kedek hanya hidup dalam sebuah cerita lama yang dikarang sasterawan lama yang sudah dilupakan namanya.

Atau, mungkin ia terlalu tahu, dan aku jikalau terlalu lama berbohong mengundang padah.

"Tentang apa yang saya fikirkan, jikalau kawanku tahu menerka?"

Page 62: (S.E.A. Write Award) 1986

Kata-kata itu sudah tidak berat lagi. Sebaliknya jikalau ia menjawab, aku akan terlepas daripada menggalas sebuah beban berat yang dihempapkan dengan tiba-tiba di bahuku. Apalagi aku tidak tahu akan tabiat susuk besar dan tegap yang terdiri di hadapan ini. Tetapi tidak banyak yang lupa tentang riwayat dan fiil si helang! Namun, dengan segala keberanianku, bulunya yang hitam menakutkan itu, tidak dapat lagi mempengaruhi perasaanku. Aku hanya selalu melihat patuknya yang besar, kukuh, tegap, tajam, dan melentik ke bawah.

"Kau memikirkan tentang helang, bukan?" Maksudnya tentang kejahatan kaum mereka. B arangkali.

"Yah, yah. Helang tetap akan beruntung, kerana keturunan kamu tidak akan pupus. Manusia dengan kepandaian barunya, akan dapat memperbanyak bilangan zuriat kamu."

"Kami tidak bennimpi, dan tidak menagih akan kepandaian manusia begitu! Tujuan mereka yang sebenarnya, mereka akan mernilih daripada susuk kami yang terbaik, untuk dilatih jadi alat permainan, dan hidup terikat sepanjang hari. Apa gunanya susuk yang begini besar hanya hidup terikat atau untuk dilemparkan ke dalam sangkar. Dan sekali-sekala dibawa keluar untuk melay an kehendak mereka dalam permainan, menyambar, dan memangsa burung-burung kecil?"

Aku segera teringat, raja-raja di padang pasir memang berbuat dernikian.

"Yah, bagaimana kamu tahu begitu jadinya?" "Tadi, ketika kamu berdiri di sini, terlontar beberapa kali

kamu menyebut beberapa kalimat tentang helang, dan dari suara itu ada kebencian!"

"Ada saya menyebut perkataan helang?" "Ada," katanya. "Aku pun dapat menambah tentang mimpi

ngeri itu. Helang yang terlatih lalu dilatih lagi supaya tahu marah dengan sesama burung. Jika kemarahan itu sudah memuncak, kami diajar menangkap burung untuk jadi mangsa. Burung yang terbang melayang di udara kami kejar dan cengkam dengan kuku ganas ini, lalu dibawa turun kepada si tuan yang melatih untuk kepuasannya. Baik itu?" Kemudian

Page 63: (S.E.A. Write Award) 1986

ia menyambung dengan suara menekan, "Rupanya kami ini diperbanyak untuk dijadikan alat membunuh, menzalimi kaum jenis sendiri. Sebaliknya kepada manusia, perbuatan itu sebagai satu kesukaan, kegemaran, dan kepuasan. Baik itu?"

Suara itu cepat meledak dalam hatiku. Hilang seketika deburan ombak yang tidak berhenti-

henti menghempas dinding pendengaranku. Pendengaranku melayang jauh, sejauh-jauhnya tetapi tiada suatu yang dapat didengar. Kadang-kadang ketika berdiri di pantai Poros Loro, ketika deruan angin kuat dari laut tiada kata yang dapat diucapkan dalam jarak dua hasta.

"Ada yang akan mengusulkan perkara ini dalam perhimpunan nanti," katanya dengan suara menurun. "Ini terjadi di negeri jauh, tetapi dapat disaksikan dalam kaca TV."

Aku mula menyampuk dengan suara menurun juga, "Jauh di desa di kampung halaman, kami pun ada mendengar cerita demikian, tetapi tidak pernah mempercayai &an kebenaran- nya."

"Mengapa tidak percaya. Itu ditunjukkan di dalam gambar. Manusia bangga dengan permainan itu!"

"Kemiskinan yang menghambat penduduk desa untuk dapat memiliki peti TV itu."

"Dan kusangka, orang-orang yang dapat menyaksikan aksi sumbang itu tidak terlalu beruntung."

"Seratus tahun jika ini berlaku, penindasan sesama kita pun akan terus terjadi. "

"Ramalanmu terlalu lama. Di hutan-hutan, di kampung- kampung, orang memanggil burung dengan menggunakan burung juga. Burung-burung diajar supaya tahu bagaimana

. memanggil kawan-kawannya berkumpul, sama ada dengan bersuara, atau menampakkan dirinya dengan beraksi, yang menyukakan. Apabila yang datang ramai berkumpul, kita akan terkena getah atau termasuk dalam perangkapnya. Atau pukat yang terentang jauh, dan tinggi di puncak pokok."

"Itu bukan pengkhianatan antara sesama burung."

Page 64: (S.E.A. Write Award) 1986

"Yah bukan, tetapi ia tetap anggota kita turut memusnahkan sesama burung," katanya. "Itu tidak jauh bedanya. Bukankah itu tujuan kamu datang ke mari?"

Mengapa dunia mulai sempit pada penglihatanku. Dari jauh, dari tengah laut itu beberapa hari yang lalu aku masih nampak tanah besar berbalam. Tetapi hari secerah sekarang pemandangan itu lebih jelas, tetapi sebaliknya, hanya nampak air yang bergerak, laut terbentang bertemu dengan hujung langit. Yang jauh berbalam.

Aku mula nampak beberapa biji batu besar bercalar di sana sini, yang sebelumnya tidak kusedari kehadiran mereka di situ. Malah tidak terpandang walau sedikit pun pada hujung mataku. Di muka dan pada perbatasan laut, luas terbuka, rasa hampir menyempit dan kian tertutup. Apa ada pada mataku sekarang, apa yang mempengaruhi otak fikiranku sekarang? Orang yang di hadapanku ini tidak sedar. Ia hanya tunduk dengan lehernya yang tegap dan gagah, terkulai melayan gerakan kepalanya yang kecil, tetapi kubayangkan lingas apabila berhadapan dengan musuhnya. Juga mangsanya!

Pasir yang damal semalam bertambah damal, tetapi sekarang menjadi kering. Mungkin jikalau angin menderu deras dari laut, ia akan berputar-putar di sini, dan pasir kering akan naik ke udara, dan berputar-putar di udara seperti yang kusaksikan sebelumnya. Entah, aku tidak tahu putaran alam di sini. Aku hanya mau memerhatikan mana-mana kejadian yang memikat fikiran, dan memikat perasaanku. Dan, itu kadang- kadang dapat kukatakan suatu kejadian indah. Kejadian- kejadian aneh dan indah pada pulau-pulau di laut, yang jauh terpisah dari tanah induknya. Aku belum pernah terlihat ikan paus, hidupan laut yang dikatakan organ terbesar daripada jenisnya, bennain-main di sini. Tetapi aku terlihat lumba-lumba yang jinak di air, semalam. Kata orang lumba-lumba ada di laut di mana-mana, hidupnya bennain di air dengan lucu dan asyik. Aku tidak tahu itu, kerana daerahku jauh di daratan.

"Aku minta maaf kerana terlalu lama mengambil masamu," katanya.

Page 65: (S.E.A. Write Award) 1986

Aku baru terlihat si helang tahu tersenyum. Tetapi walau bagaimanapun senyum manisnya tidak pernah terukir.

Aku faham, mungkin ia menyangka ia menyusahkan fikiranku, dengan pendapat, dan dengan alasan-alasan yang dilontarkannya itu.

Ia mula memutar badan yang besar dan tinggi itu. Sekali kipas sayapnya yang lebar, ia sudah meluncur di udara. Warnanya yang hitam terlalu lama melekat di udara, dan setelah lama baru dapat menghilang daripada pandanganku. Ia menuju arah selatan kemudian membiris ke utara lalu menghilang dalam kejauhan.

Esoknya, orang dapat menyaksikan seekor burung yang cantik terbang perlahan-lahan lalu runduk di tengah lapangan untuk mengambil edaran berucap. Semua gerak-gerinya perlahan, dan lenggok lehernya yang panjang dengan sepotong patuk kecil kehijauan bergerak terhenjut-henjut, menurut gerakan kakinya yang panjang, kekuningan. Bulunya yang tercalit dengan berbagai-bagai warna dari biru kehijauan hingga ke warna emas, bertabur p a n g dan warna hati, mungkin ada enam atau tujuh warna jurnlah semuanya, yang licin halus dan sering berubah-ubah dalam gerakan sinar matahari, agak mempesona yang hadir untuk seketika. Ia bagai seorang puteri ayu berhias melangkah santun di tengah halaman, yang jadi tontonan seketika, lantas menjadi idaman para teruna yang melihatnya. Tetapi secara kebetulan ia seekor burung jantan yang daerah kecantikannya memukau manusia ingin memilikin y a.

"Sekarang Wi yang akan mengambil tempat di sini." Ia mengenalkan dirinya sebagai Wi. Akhirnya kami dapat tahu ia berasal dari utara, dari sebuah pulau di utara Jepun, tetapi tanah airnya yang sebenar di utara negeri China. Jauh di pergunungan daerah sejuk yang terlalu sulit didatangi. "Saya pun tidak tahu apakah saya ini cantik atau suara saya yang lebih cantik. Tetapi kerana kedua-duanya, inilah yang menjadikan nasib kami amat malang di dunia ini!"

Mataku segera terpandang ke hujung jauh ddam barisan banyak burung, si helang hitam yang kujumpai sebehmnya

Page 66: (S.E.A. Write Award) 1986

sudah bersedia-sedia untuk mendengar kata-kata yang akan dikeluarkan Wi. Ia bertenggek hampir bersandar pada sebatang pohon, yang akarnya timbul menjalar jauh dari perdunya. Ada pula burung-burung yang masih mau berkata-kata sesama sendiri. Sambil mata masing-masing berputar pada gerak-geri lembut sang puteri itu. Sifat yang demikian mula mengganggu yang lain. Mungkin jikalau dibuat berterusan begitu, Sang Bubut akan membuat teguran, "Jikalau masih banyak yang hendak dibincangkan, sila selesaikan di tepi laut!" Jikalau mau berbincang-bincang di tepi laut, tak banyak yang dapat didengar, deburan ombak menutup segala bunyi yang lain.

"Setiap tahun, ketika musim panas yang hanya pendek, iaitu suatu masa yang ditunggu-tunggu di daerah kami, adalah satu masa yang menentukan hidup atau mati kami. Sebenamya kami benci menyambut musim itu, walaupun makhluk lain gembira semuanya. Dan, kami sentiasa berdoa supaya musim panas yang pendek itu jangan terjadi di daerah kami, jika ini tidak terjadi, salji sepanjang tahun menutup burni kami, dan orang tidak dapat datang ke daerah kami. Kerana pada m u s h yang pendek inilah beberapa kumpulan maut orang luar datang ke daerah itu, dengan membawa berbagai-bagai alat maut. Kerana pasti, jikalau kumpulan ini sudah balk mereka meninggalkan puluhan bangkai daripada ahli kami. Sepanjang masa mereka berada di daerah kami, mereka memasang berbagai-bagai alat perangkap untuk menangkap kami. Dan mana-mana yang dapat dimasukkan ke dalam sangkar untuk dibawa belayar jauh."

Ia menutup matanya sebentar. Aku percaya ia mengingat- ingat apa lagi yang hendak diucapkannya.

"Kami tidak tahan lagi dengan nasib malang yang dihadapi bertahun-tahun ini. Wahai saudara-saudaraku, berilah kami cadangan dan buah fikiran bagaimana cara menentang kumpulan-kumpulan jahat itu."

Aku dapat membayangkan sebaris kumpulan jahat itu datang berpawai mendekati kaum Wei, yang sedang menunggu maut, menangis!

"Kalau rasanya kami terpaksa mengubah edaran musim, nescaya akan kami hapuskan edaran musim panas yang pendek

Page 67: (S.E.A. Write Award) 1986

itu. Jikalau kiranya kami diperlukan mengubah putaran matahari nescaya akan kami dukung matahari, dan kami pindahkan sedikit supaya daerah kami sentiasa diliputi salji. Tetapi ini bukan kehendak-Nya. Tetapi ini bukan demikian jalan fikirannya. Manusia yang durj ana, manusia penghapus puak kami itu tetap akan datang secara kumpulan membawa segala kelengkapan, dan menggendong sangkar-sangkar, sangkar-sangkar maut yang akan memenjara kami. Dan sepanjang perjalanan jauh, dalam sangkar-sangkar itu kami dipenjarakan, hingga sampai ke negeri mereka. "

Aku dapat menggambarkan seperti menyaksikan sebuah drama seram. Suara Wei mendayu-dayu, memohon belas kasihan supaya jangan dianiaya. Ia dapat belas kasihan dari- pada rayuannya. Tetapi ketika Wei mendayu-dayu memohon belas kasihan supaya dilepaskan daripada kurungan, rayuan Wei tidak dihiraukan! Wei, dengan kelembutan gerak-gerinya dapat memukau ramai peserta, dan ia dapat menghidupkan lagi drarnanya itu.

"Jikalau petaka ini seakan-akan sama dengan petaka kawan-kawan yang berucap terlebih dahulu, zuriat mereka masih banyak dan puak-puak mereka masih bertaburan di penjuru dunia. Tetapi kami tidak, j u d a h kami yang masih ada, tidak sampai seratus ekor pun. Puak kami tiada ditemui di mana-mana pelosok dunia yang lain. Setiap kami yang betina hanya bertelur sebiji dalam satu musim. Bayangkan betapa lekas pupusnya kaum kami nanti. Ada orang cuba menetaskan telur-telur yang dicuri di zoo, tetapi sejauh ir,i belum ada yang berjaya. Karni tahu usaha mereka itu tidak akan berjaya. Kerana telur itu hasil curian. Lagipun, eraman asli yang betina dan yang jantan ke atas sebiji telur itu tidak sama dengan bahang kuasa elektrik yang dialirkan untuk menetaskan telur itu."

Pasti manusia, terutama pencuri-pencuri itu, tidak percaya. Tetapi kerana mereka khianat, selamanya mereka tidak akan berjaya.

"Kami dari kaum yang cantik, kerana itulah kumpulan- kumpulan dari luar itu tidak menghiraukan undang-undang

Page 68: (S.E.A. Write Award) 1986

setempat melarang gangguan ke atas kami, kerana mereka mengharapkan keuntungan yang besar akibat dari hasil penjualan setiap kami. Tetapi kami mengetahui juga, mana- mana yang berjaya membawa keluarga kami keluar sesampai di negeri mereka, tidak akan lama umurnya. Jauh sekali mereka mengharapkan keluarga yang terkurung itu bertelur. Tidak, sekali-kali tidak, kerana demikian janji kami. Dan itulah senjata yang tidak diketahui manusia."

Sekarang aku mula menyimpulkan dalam hatiku, yang menjadi ketua pemusnah, yang menjadi petualang besar terhadap pemupusan kaum burung adalah manusia. Terang- terang mereka memikul setimbun dosa, dan jenayah yang besar terhadap kerja pemupusan itu!

Jikalah itu dapat diterima sebagai rumusan awal. Apakah kami akan berusaha untuk menghapuskan manusia, atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kejahatan manusia? Rasanya kami sekalian perlukan suatu tenaga yang amat besar, namun belum dapat dibayangkan betapa besarnya.

Belum banyak para ahli persidangan yang dapat berfikir dernikian. Mereka belum berani menarik kesimpulan yang memeranjatkan itu. Tengoklah nanti, siapa yang dahulu berani menyuarakan pendapat itu. Siapa yang dahulu berani membakar semangat perhimpunan dengan semboyan: hapuskan manusia!

Sekali lagi, persidangan ini bukan sebuah dewan perbahasan dari pihak penyokong dan pembangkang kerajaan. Tidak ada puak-puak wujud di sini. Pengertian yang kami gunakan di sini hanyalah suatu istilah yang longgar dan loose. Tetapi suatu pengertian yang kami setuju dan sepakati, yang itulah.

Di tanah besar Borneo, burung kangkangkangkut sibuk, riuh, setiap malam berbintang dan subuh, memberigakan tentang pohon kuie mulai berbunga. Bunganya lebat iaitu seperti kebiasaannya, putik-putik bunga tumbuh memancul dari dahan yang paling atas hingga ke dahan yang paling bawah. Pohon kuie memang pohon yang tinggi, amat jarang dijumpai, mempunyai banyak dahan, dan dianggap bertuah pada tanah tempat ia tumbuh.

Page 69: (S.E.A. Write Award) 1986

Biasanya ia tumbuh pada lereng bukit tinggi dengan &car yang panjang menunjang, membentang, mencengkam tan& kelilingnya, yang walau seberapa kuat pun angin belum pemah manusia menyaksikan ia tumbang, atau dahannya patah ditiup ribut. Buahnya apabila ranum menjadi makanan kesukaan sekalian burung, manusia, dan juga sekalian binatang liar. Kepada kaum burung dapat makan buah kuie sekali dalam seumur hidup, sudah cukup. Kepada kaum manusia , dapat makan buah kuie sekali dalam seumur hidup, sudah cukup. Kepada sekalian binatang liar dapat menghidu keharuman baunya pun memadai. Kepada manusia buah itu amat mahal harganya, jika dijual. Tidak semua orang sempat merasa buah itu, biar umurnya mencapai hingga seratus tahun pun, kecuali tuah umurnya baik.

Dan sekali ini, beruntunglah sekalian burung, sekalian manusia, dan sekalian binatang! Suatu yang jarang-jarang ditemui dalam seumur hidup.

Si kangkangkangkut tetap riuh setiap malam berbintang memberigakan tentang keadaan pohon ajaib itu. Dan, sesudah malam ketujuh, ia memberigakan bunga-bunga kuning pun mula terbuka. Ia akan kembang selama tujuh hari tujuh malam. Selepas itu ia mula mengeluarkan buah. Buahnya tua setelah tiga puluh hari, dan hari ketiga puluh tujuh ia akan masak ranum! Tetapi buah kuie berubah laku pada musim ini. Buah itu merentasi musim, ia mempercepat wujud hayatnya, dan kematangannya menyerlah. Hanya berusia tujuh hari ia sudah menampakkan matang dan pada esoknya menjadi ranum!

Ini pun kekayaan Allah subhanahu wa taala. Dengan kudrat iradat-Nya jua. Jikalau Ia berkehendak, maka segala yang tidak jadi akan jadilah semuanya!

Maka si kangkangkangkut pun tergagap-gagap memberi- gakan kepada sekalian isi hutan bahawa buah kuie telah masak ranum. Lekaslah datang sebelum kehabisan! Inilah peluang kalian sekali dalam seumur hidup. Makan sebiji akan menjadi kenangan sepanjang hayat!

Sepasang tekukur, Si Awang Basar dan Si Dayang Darnit, lalu menggapaikan sayap dengan sekuat-kuatnya, mengharung

Page 70: (S.E.A. Write Award) 1986

1 i 64 SIDflNG BUfiUNG

i i

1 Laut Cina Selatan. Tak dihiraukan angin, tak dihiraukan hujan, D

i dan tak dihiraukan ombak tinggi tetap terbang. Walau haus I walau lapar, walau letih, pasti cepat sampai di Poros Loro, !!

I menyeru supaya para ahli persidangan dapat merasakan buah

I yang nikrnatnya terasa sepanjang hayat itu. Buah kuie sebesar kurma berwarna kuning tembaga,

I berpudun setangkai lebat seperti rambai. Panjang setangkai I I

menghampiri tiga hasta. Merayun ke bawah memenuhi dari i puncak hingga ke perdunya. Dan kadang-kadang tangkai yang ! terkebawah mencecah hingga berlingkar di tanah. Tetapi buah- 1

I nya tidak lekas buruk walau benninggu, walau sebulan, walau I jatuh pada musim penghujan. Tidak akan luruh, walau ditiup I ribut. Ia tetap utuh dan masaknya sentiasa berbau harum. Ia

menjadikan buah yang sentiasa segar dan rasa lazatnya yang tidak pernah berubah.

I Ketika Si Awang Basar dan Si Dayang Darnit sampai dan I

i khabar diumurnkan, sidang dengan serta-merta ditangguhkan. 1 I "Buah apakah yang terlalu ajaib itu?" tanya ahli perhimpunan

i yang belum pernah mendengar ceritanya. Ada penvakilan pernah membawa cerita, ada sejenis buah yang jika dimakan

I sebiji kenyangnya sepanjang hayat. Tetapi kisah itu hanya 1

tersurat dalam kisah lama. Zaman bahari, zaman dunia dipenuhi para dewa. Zaman sekarang tiada lagi yang mempercayainya. Khayalan mau hidup di awang-awangan

I memang tidak pernah terjadi. Tak ada dewa-dewa di atas langit dan tidak ada dewa-dewa di bumi. Yang ada hanyalah lintasan kapal terbang, atau kapal-kapal angkasa Amerika dan Russia yang sudah mendaratkan orang mereka' di permukaan bulan. Dan ini, bagi burung-burung, penerbangan menuju tanah besar Borneo terpaksa dimulai pada pagi esok. Kerana sekarang hari sudah masuk petang, dan kebanyakan para ahli sidang tidak bersedia untuk membuat penerbangan jauh ketika malam.

"Aku ada mendengar cerita tentang buah yang semacam itu di kampung dahulu," kataku kepada Si Awang Basar. "Tetapi aku tidak pernah melihatnya. Orang tuaku dan nenek moyangku, juga tidak pernah melihatnya."

Page 71: (S.E.A. Write Award) 1986

"Jadi, siapa yang menceritakan kepadamu?" "Ada tersurat dalam buku-buku lama." "Ia hanya tumbuh sepohon pada setiap pulau," kata Si

Dayang Darnit. "Tetapi kita dari pulau yang berlainan." "Mungkin tanah di kampungmu tidak sesuai untuknya

tumbuh," kata Si Awang Basar. "Ah, betul-betul ia seperti yang tersebut dalam kisah-kisah

lama. Orang tak mau percaya lagi," kataku. "Tetapi kuie benar-benar ada, dan pohonnya sedang

berbuah," . kata Si Awang Basar. "Tunggulah Idi, kau akan menyaksikan keajaibannya nanti."

"Bukankah kita ini berasal dari hutan, apa keajaibannya pada sepohon pokok?"

"Sudah kukatakan, hutan yang ada di negerimu berlainan '

dengan hutan di tempat kami." "Apa kelainannya?" "Adanya pokok kuie tumbuh!" kata Si Dayang Darnit. "Itu masih belum ada keajaibannya." .

Lalu dijawab Si Awang Basar, "Keajaibannya yang pertama, ia hanya tumbuh sepohon pada setiap pulau!"

"Itukah?" "Yah." "Kalau ada tumbuh dua?" "Pasti sepohon akan mati memunggur." Ketika pagi esoknya karni terbang sederet menuju tanah

besar Borneo. Sang Bubut yang sudah berusia, dan pada biasanya tidak dapat terbang tinggi, dan terbang jauh, tidak akan ikut serta dalam rombongan. Aku tidak mau berenggang dari sisi Si Awang Basar dan pasangannya. Ia juga jenis unggas yang tidak dapat terbang tinggi, laju, dan terlalu jauh. Apabila terasa letih mereka mengapungkan diri, dan setelah tenaga pulih mereka menggapaikan sayapnya semula. Kami terbang datang dari segenap pesisir dunia, sejauh-jauh padang pasir luas di Afdca, Banjaran Rocky, dan Mexico. Kemudian ke timur di bahagian utara China dan Jepun hingga ke selatan menjangkau rimba Papua, satu daerah yang berhutan tebal dan segala macam

Page 72: (S.E.A. Write Award) 1986

jenis burung yang tercantik dalam dunia bermukim di sana. Rasanya ada beberapa ekor perwakilan lagi, tetapi kelihatan belum berminat untuk berucap. Tidak tahulah, pada acara kemudian. Mereka lebih tertarik mendengar dan memberi ulasan dengan berbisik sesama sendiri terhadap ucapan-ucapan yang dilontarkan para peserta. Mereka telah berkata, manusia di Papua mirip orang-orang di padang pasir Afrika. Tetapi kita tidak tahu banyak tentang cerita itu. Lagipun bagaimana satu tempat yang teramat jauh jarak keduanya, mempunyai penghuni yang menyerupai antara keduanya.

Itu tentang manusianya. Kami sekarang berhadapan dengan masalah dan kepupusan kaum burung!

Ketika kami terbang menyusur pantai tanah besar Borneo, Si Awang Basar dan Si Dayang Damit amat mudah menulus kawasan tempat berdirinya pohon kuie itu. Ketika kami terbang naik sedikit sebuah banjaran bukit, sekumpulan manusia yang ramai jumlahnya bersorak-sorak seolah-olah memburu kami, atau hairan melihat banyaknya burung terbang dalam satu kumpulan. Atau, mereka mungkin hairan melihat burung- burung yang belum pernah mereka saksikan sebelumnya, terbang segumpal di atas kepala mereka. Dari jauh kami mula nampak pohon kuie dengan buah yang amat lebat benvarna kuning tembaga. Ia berbandang emas dalam kilauan matahari lembut. Bayang-bayang awan nipis menutupi pohon bertuah. Seperti adanya tersebut dalam sejarah, kerana ia yang terrnulia, bayang-bayang awan nipis sentiasa memayunginya. Dan jadilah ia sentiasa terlindung daripada panas. Tetapi Si Awang Basar dan Si Dayang Damit terkejut sangat ketika hendak merunduki pokok itu. Sosok pohon yang tinggi rendang dikepung dengan sejenis pukat. Keseluruhan pokok itu dari puncak hingga ke perdu! Sedikit pun tiada lubang, sedikit pun tiada renggang, semuanya tertutup rapat dengan pukat. Ini tanda dan alamat mencegah mengambil buahnya!

"Apa ini?" pekik kami mula mendekati Si Awang Basar. Wajah Si Awang Basar dan Si Dayang Darnit berubah

muram. Yang jantan melemparkan wajah pada kumpulan manusia yang masih bersorak-sorak itu. Sorak-sorai mereka masih gemuruh di lembah itu.

Page 73: (S.E.A. Write Award) 1986

"Itulah tabiat jahat dan rakus manusia!" kata Si Awang Basar. "Mereka mau memiliki semua!" Dengan suara benci ia menyambung, "Walaupun bangkai, jika ia dapat dijual, dan ada harga! Tak siapa pun yang dapat mengambil buah itu lagi sekarang . Semuany a sudah jadi milik mereka!"

Mata kami semua tertumpu kepada sebatang pohon yang memiliki segala keajaibannya itu. Yang sepatutnya milik bersama atau semua tetapi telah dirampas oleh manusia itu. Mereka dapat melaksanakan kemahuan itu kerana mereka memiliki segala kuasa dan kekuatan.

Karni rasa hampa. Tetapi karni amat sedih melihat wajah Si Awang Basar dan Si Dayang Damit yang terlebih hampa dari- pada kami. Mungkin mereka malu. Tetapi hai, Si Awang Basar dan Si Dayang Darnit, jangan malu! Ini satu kezaliman yang mesti ditentang!

Alangkah jahatnya manusia! Manusia yang rakus, mau memiliki semuanya, tanpa

memikirkan ada makhluk lain juga ingin sama-sama menikrnati rezeki Tuhan itu. Kaum yang rakus dan jahat itu tentu akan memiliki semua buah kuie, dan akan mendapat banyak wang hasil dari jualan buah kuie itu. Dan, nyatanya mereka akan mengambilnya bila-bila masa.

Setelah terbang berputar-putar di atas, dan di sisi pohon tinggi rendang itu, sambil memerhatikan keajaibannya dari jauh, kami memutar haluan untuk kembali ke Poros Loro. Dan unggas-unggas di Poros Loro, Tikungan Moro dan Soroman Golo pasti menunggu ketibaan karni semula. Jikalau tidak ada oleh-oleh, pasti ada cerita yang dapat dikongsikan bersama. Penghuni pulau-pulau pasti tidak tahu tentang cerita yang sebenarnya, tetapi tentu mereka rasa kesunyian, kerana kehilangan kami yang menjalamai dan meramai daerah mereka, sejak berhari-hari yang lalu.

Sepanjang penerbangan pulang aku tidak luput-luput menyumpah makhluk yang namanya manusia, kerana terlalu rakus dan tamaknya mereka!

Setelah pulang melakukan penerbangan jauh kami direhatkan sehari oleh pemandu perhimpunan. Ada jenis

Page 74: (S.E.A. Write Award) 1986

unggas kecil yang tidak biasa terbang jauh merasa keletihan yang amat sangat. Keadaan kesihatan mereka hams dihormati. Menghentikan pergerakan selama dua puluh empat jam adalah cukup demi melegakan otot-otot yang kencang, bergerak hampir dua puluh empat jam tak berhenti.

Dan pada hari berikutnya semangat berbincang ceria dan pulih semula.

Pemandu perhimpunan, Sang Bubut, dan sekalian yang tidak melakukan penerbangan ingin sekali mendengar laporan dan pengalaman sekalian yang melakukan pengembaraan. Tidak ada seekor pun unggas yang mau melaporkan kepada perhimpunan melainkan kesemua bercacau, dan mengutuk tindakan serakah manusia itu. Ada yang menuduh manusia terlalu busuk hati, ada yang menuduh manusia gila kuasa. Ada yang menuduh manusia pencuri nombor satu. Ada yang menuduh manusia mau jadi polis dunia. Tak kurang pula yang menyumpah seranah dan mengeluarkan kata-kata nista, dan cuba melaknati (jikalau mereka boleh) hingga ke anak cucu mereka. Masing-masing mengeluarkan kemarahan dengan suara dan bahasa tersendiri. Tetapi aku dalam hatiku, kembali menanya dlriku, apa yang dapat kita buat dengan manusia, sebelumnya pun aku sudah membuat kesimpulan. Mereka memang berkuasa, dan mereka sudah pun menguasai dunia. Di mana-mana pun pelosok dunia, jika terjadi kekacauan pada umat burung, maka punca yang menjadi kekacauan itu pastilah manusia !

Sebagai seorang tua lagi dihormati, setelah melihat ramai para ahli yang murung dan lemah semangat kerana ulah manusia itu, ia berkata, "Cubalah saudara-saudara kuatkan semangat. Cuba belajar teguh, belajar berjiwa besar, dan menjadilah diri orang yang gagah dan berkuasa. Tidakkah ada cara kita untuk menggugat kekuatan manusia itu?" Yang hadir mula mengangkat muka. Memandang orang yang berkata- kata itu. Suara yang pastinya datang bukan dari seorang pemandu perhimpunan, tetapi datang dari seorang tua yang berpengalaman lagi dihormati. Suara bukan dari ia selaku pemandu perhimpunan, tetapi menghamburkan kata-kata

Page 75: (S.E.A. Write Award) 1986

menyedarkan semangat kepada seluruh kaum burung, kata-kata yang dirujuk manusia sebagai "haiwan cantik", tetapi sebenarnya kata-kata perrnainan, kata-kata untuk memancing supaya kami tidak terlalu liar. "Kita benamkan rasa sedih terlalu lama tidak bererti apa-apa, kita benamkan rasa dendam yang terlalu lama juga tidak berguna. Kita harus bina semangat baru, bina kekuatan baru dan bersatu. Satu kejadian yang menggagalkan kita, maka itu tidak bererti kita akan gaga1 untuk selamany a."

"Apa itu?" "Apa itu?" teriak yang hadir. "Nah, cuba dengar dulu ini," kata Sang Bubut. "Dalam

buku-buku lama ada tersurat tentang kisah nenek moyang kita, burung yang teramat kuat dan amat berkuasa. Pintar dan bijak dalam menyusun dan melakukan segala tindakannya, ia dikenali sebagai geroda. Telah disuratkan, geroda hampir-hampir dapat menakluki seluruh dunia. Kebesaran dan kehebatannya menyerang negeri-negeri musuh ditakuti sekalian isi dunia. Ia menahan armada kapal yang tak terkalahkan di tengah laut, menundukkan sekalian askar, membajak puteri kesayangan raja yang berkuasa. Dan takala ia hendak menyerang separuh dunia menjadi gelap kerana tertutup bayang-bayang sayapnya."

Sekalian yang hadir tunduk mendengar kata-kata itu. Burung-burung dari padang pasir, atau dari sebelah Eropah tidak pernah mendengar nama itu disebut orang. Dengan bunyi aksaranya yang kasar mungkin ia hidup sezaman dengan Nabi Noh, dan pastinya selepas kejadian banjir besar yang dahsyat itu. Tetapi burung-burung dari kepulauan Melayu, dan mana- mana burung yang pernah menerbangi Lautan Hindi dan Lautan Teduh cepat mengenal nama itu, walaupun sebenarnya ada yang belum pernah mendengar riwayat dan ceritanya yang panjang itu. Orang-orang Nusantara tahu, kerana nenek moyang mereka pernah mengalami dan menerima derita dari- pada kehebatan serangan geroda!

"Itu tersurat dalam buku sejarah. Sejarah kita, dan sekalian manusia tahu tentang kegagahan Sang Geroda. Kita sekalian ini adalah keturunannya, dan ia adalah nenek moyang kita. Kamu

Page 76: (S.E.A. Write Award) 1986

sekalian tahu? Manusia yang ada ini adalah sisa yang terlepas daripada mangsa Sang Geroda itu. Nah, alangkah hina mereka itu. Malah ada di antara mereka itu dijadikan hamba oleh nenek moyang kita dahulu, dan sekarang mereka itu adalah keturunan hamba abdi nenek moyang kita, harnba abdi kita juga!

Apa yang terjadi sebenarnya. Hampir dalam sedetik sahaja daging-daging kental tapi berdarah itu yang hampir tunduk menyerah kepada takdir dan keadaan, mampu hidup bangkit semula. Jiwa mereka dapat tenaga bahang dari hangat kata-kata sang tua yang diluahkan tepat pada persidangan panas dan gelora. Mengapa benar sang alam baru menggamit dan menarah lorong pada saat-saat terakhir laluan keramat itu.

"Sang dewa di langit! Engkau yang merajai alam ini, engkau yang menciptakan alam ini, sesungguhnya engkau sajalah yang tahu, apa yang telah berlaku, dan apa akan berlaku selepas ini," bisik seekor burung tua lalu mengusap-usapkan kedua-dua belah sayapnya ke kepala.

Perhimpunan besar itu sepi, seperti sepinya sebuah negeri selepas dilanggar geroda, zaman dahulu!

"Kembalilah kalian ke tempat masing-masing, berehatlah dahulu, tenangkan fikiran sementara menunggu malam. Jernihkan pandangan, kembalikan semangat, dan esok kita kembali semula di sini," kata Sang Bubut.

Para perwakilan terbang merayap rendah. Mereka rasa tidak mau berenggang jauh dari perrnukaan bumi, padang luas dan bumi yang pernah tersentuh kaki dan terkipas sayap Sang Geroda, yang amat gagah, perkasa dan bijaksana itu. Serasa- rasa ingin mencium pasir panas, namun serasa dapat dicium kehangatan bekas telapak kaki sang gagah yang dipuja itu. Dan mereka ingin berdoa, memohon sukut dan restu, demi mendapatkan kekuatan dan ketinggian semangat daripada yang terkuat itu!

Ketika melihat bayang-bayang malam pada petang itu, fikiranku amat terharu. Aku lantas teringat kepada kampung halaman, bayang-bayang yang demikian tidak s e e r ah itu di kampungku, tetapi di sini bercampur merah jingga, berombak-ombak dalam pecahan warna telur di kaki langit, lalu

Page 77: (S.E.A. Write Award) 1986

ia berkilau emas bagai kisi lawangan di pintu masuk bilik pengantin. Dan pada perasaanku, ayah bondaku ada menunggu di situ.

Ada perasaan gagah dalam dadaku untuk berkata kuat-kuat esok pagi, atau ketika petang, jikalau mendapat kesempatan untuk bersuara, tetapi biasanya para penvakilan terlalu cepat mengambil tempat selepas seseorang menamatkan percakapan- nya. Sebaik-baik selesai seorang berucap bangun pula yang lain walaupun belum diarahkan pemandu persidangan. Memang ramai kawan yang mengatakan: bahawa ini bukan persidangan formal. Setiap orang boleh membawa hati dan perasaan masing-masing, dan boleh meluahkannya di sini tanpa kawalan atau sekatan. Tak pernah ada orang berteriak, baik pemandu persidangan, atau anggota sidang seperti: hati-hati dengan kata- katamu! Bahawa kaum unggas biasanya mudah berhenti ketika berkata-kata, tetapi terlalu banyak yang mau diungkapkan jikalau tidak ditahan-tahan. -Mulut terlalu celupur dan suara terlalu lunak.

Dan masih terlalu , menyentuh, dan terlalu menggugat benar-benar fikiranku, dan fikiran sekalian yang terbang ke tanah besar Borneo atas sikap manusia itu. Bahawa rasanya sekali-kali tidak dapat diampunkan sikap jahat manusia itu. Bahawa pokok itu tumbuh bukan di atas tanah milik siapa, dan pohon bertuah itu bukan tumbuh menjadi milik waris mana- mana pihak. Ia tumbuh sepohon di situ setelah disiram hujan dan diusap cuaca persekitarannya, sehingga dapat tumbuh dan berdiri teguh, dan yang pastinya secara kebetulan bertempat di tanah subur, yang bersesuaian dengan kehendak iklim semula jadi pohon itu. Tidak selayaknya ada orang, atau satu kumpulan dengan rakus mendakwa pohon di pinggir buhur berbuah kuning miliknya atau kumpulannya. Kalaulah buah-buah kuie itu habis mereka makan ketlka itu juga tidak mengapa, tetapi ini kiranya belum diambil walau sebiji pun sudah ditegah makhluk yang lain mengambilnya.

k

, Pohon tinggi, lurus menunjuk langit, dan ketirusan

susunan daun dan dahan-dahannya itu amat memikat mataku. Ia ternyata seperti sepohon pokok bayangan yang tidak pernah

Page 78: (S.E.A. Write Award) 1986

wujud, sudah barang setentunya ia aneh dan berbeda daripada pohon-pohon yang lain. Ketika terbang berputar-putar jelas kulit batangnya halus, dan tidak ada sedikit pun bekas torehan, atau bekas coretan kasar bekas daripada kuku haiwan kecil memanjatnya, pohonnya terletak tegak bagai hunjaman yang sedikit pun tiada kesan ruha. Seolah-olah dahan-dahan itu terpacak disusun dan menjadikan ia sebuah lukisan kon yang amat tepat ukuran dan goresannya. Ia menjadikan dirinya sempurna, dan jelas tiada duanya di pulau itu.

Katalah pada suatu ketika, ada berita yang mengatakan ada sepohon pokok kuie berbuah lagi, walaupun ia berada di mana- mana, pasti akan kukunjungi. Bukan untuk merasakan nikmat buahnya, tetapi cukuplah sekadar melihat warna keemasan buahnya, yang terhulur rapi bagai rumbai-rumbai hujung sebuah tirai yang berkisi pada sebuah anjung rumah kepunyaan seorang pembesar lama. Peristiwa demikian dapat kusaksikan di kampung ketika sempat mengintai sebuah keramaian yang meriah, yang sangat sukar dapat dilupakan warga kampung. Rasanya ketika itu hingga ketika ini kubanding-banding, ia tidaklah menjadi kemarahan warga desa - jika mereka tahu aku mengintai - yang serba kekurangan itu, namun mereka sanggup mendapatkan perhiasan berharga untuk meraikan majlis yang menjadi kenang-kenangan seumur hidup mereka.

Tak mengapa, dalarn fikiran yang serba resah itu, sempat juga menyerlah aka1 dan harapan, dengan menyampirkan pada suatu ketika peluang keemasan itu akan dapat berulang sekali lagi. Jikalau tidak pun, ketika ajalku tiba, tidak mengapa, biar itu saja yang kubawa bersama ketika menutup mata. Dan orang-orang di kampungku tidak &an pernah tahu tentang adanya sebuah pohon ajaib tumbuh berlegar di pinggir bukit, jauh ke hutan di tanah Borneo, yang pernah disaksikan oleh satu-satunya aku dari warga desa itu.

"Jangan terlalu banyak berangan-angan," kata kawanku. "Apa lagi yang dapat diangan-angankan ketika di tengah laut dilambung ombak ini?"

Page 79: (S.E.A. Write Award) 1986

"Karnpungku," jawabku pendek. "Ayah bondaku." Apakah suaraku itu seperti keanak-anakan? Suara anak

kecil yang jauh terpisah dari kedua orang tuanya. "Mengapa kampungmu, karam ditelan air?"

5 - -, + "Jangan merepek, kampungku dalam rimba di tanah 1. tinggi."

Memang, pada mula-mula kami berjumpa disangkanya aku ; seekor burung laut. z" Ia mula-mula menampakkan kebencian, kerana apabila aku j2 dari jenis burung laut aku akan berada setiap masa di pantai z- - untuk menyambar anak-anak ikan. Itu mungkin sikap dan

tabiat yang menjadi kebenciannya. "Menyarnbar an&-anak ikan itu pun satu dosa juga!" Benar seperti sangkaanku ! "Aku tidak pernah ke pantai untuk menangkap anak-an&

ikan. Itu sudah kukatakan kepadamu." "Baik, baik, jangan gusar." "Hanya yang hendak kukatakan aku sukar dapat tidur." Ia terdiam. Kemudian dengan diam-diam ia berkata, "Mari." Ia

menghampiri aku dan dengan perlahan ia membuka kedua-dua belah sayapnya yang lebar, lalu menutupi kepalaku. Dan kurasakan kedua-dua sayap itu panas dan menekankan kepalaku hingga mencecah tanah.

Dengan perbuatan dernikian aku dapat melupakan segala- galanya. Aku hilang dalam diriku. Dan, aku tidak nampak lagi samar malam daripada guncahan buih yang beralun, aku hanya tersedar ketika paginya, ketika deburan ombak kian kuat. Dan titis-titis air halus pelangi membasahi jambulku.

Sampai aku tidak sedar ketika bila ia meninggalkan, hanya aku sendirian di situ.

Ketika pembukaan sidang berikutnya, kelihatan beberapa ekor burung besar mengarak beberapa buah poster besar. Di situ terpampang lukisan burung besar yang hebat rupanya. Dia adalah gambar geroda, menurut khayalan yang dapat mereka gambarkan pada malam tadi. Di bawah lukisan itu tertulis: Sang Geroda yang menjadi pahlawan kami, semangat kami

Page 80: (S.E.A. Write Award) 1986

tidak dapat bergerak walaupun ditiup angin. Unggas-unggas kecil yang baru mendengar cerita tentang

kegagahan geroda lalu mencicit, dan berkata antara satu sama lain, "Inilah sosok keturunan kita!"

Lalu disambung cepat-cepat oleh seekor burung yang lebih besar, "Geroda keturunan kita, nenek moyang kita yang amat perkasa, gagah terbilang lagi gemilang. Kekuatannya tiada bandingan, ia menakluki negeri yang terkuat dan yang terbesar di dunia, ia mengalahkan raja yang terkuat dan tergagah, ia mengalahkan raja yang amat zalim, ia mengalahkan armada besar membawa tuan puteri dan melarikan tuan puteri itu, dan menyembunyikan tuan puteri itu !"

"Bukan itu saja," sambung yang lain dari jenis burung yang lebih besar, "ia adalah penakluk terulung. Ketika ia hendak menakluki sebuah negeri, segala lalat dan pikat sudah tidak datang ke negeri itu, ayam tidak berkokok tujuh hari sebelum ia tiba di negeri itu."

Mereka terlalu gembira, dan semangat setinggi-tingginya melonjak. Dan mereka cuba merebut perasaan gagah, pada suasana zaman gemilang nenek moyang mereka.

"Kalau begitu kita ini masih kuat, dan tetap kuat. Walaupun badan kita kecil, tidak ada makhluk lain yang dapat mengunjungi seluruh dunia dengan kekuatannya sendiri. Ini sayap kita yang dapat memberikan segala-galanya," kata seekor unggas yang lain.

Aku, seperti juga unggas-unggas yang datang ini, datang sebagai wakil dari Majlis Permesyuaratan Setempat di daerah karni. Perhimpunan ini pun sebenarnya diadakan untuk rantau sebelah sini sahaja. Tetapi nampaknya ramai yang datang, dari daerah-daerah jauh di utara, selatan, dan barat. Dan, atas

melayang ke abadmu, dan kami yang mewarisi keturunann~u ini, tunduk kepadamu.

Poster-poster besar yang membentangkan gambar gerods yang sangat hebat dan perkasa, diarak beramai-ramai di halaman has sambil menyanyikan kata-kata semangat yang tertulis di bawah gambar itu, kemudian diletakkan di belakang sang pemandu perhimpunan dengan susunan yang elok, dan

Page 81: (S.E.A. Write Award) 1986

kehendak masing-masing, diberi tempat dan masa untuk berucap. Aku tidak tahu, apakah ada rencana berikutnya untuk menghimpun wakil seluruh dunia. Jikalau itu nanti terjadi sudah tentu ia akan menghimpunkan suara terbesar dunia. Dan sudah tentu pelbagai ha1 dan perbincangan yang lebih menarik, dan tindakan susulan yang lebih berat dirancangkan.

Aku cuba tidak memikirkan banyak ha1 lagi, tetapi apa yang ada dalam fikiranku sekarang, dan terbawa-bawa hingga menyulitkan mata untuk pejam, adakah para penyuluh manusia memasbukkan diri dalam perhimpunan ini? Tak ada pengenalan, dan tak ada tapisan bagi setiap anggota. Tak ada yang tahu membaca isi hati di dalam, dan niat sebenar kedatangan setiap individu, atau kumpulan. Aku telah sedar sejak berrnula perhimpunan, ada burung-burung yang mahir, setelah dilatih, yang datang akan melaporkan kepada tuan-tuan mereka, iaitu manusia yang memelihara dan melatih mereka. Dan, unggas yang semacam ini sangat setia kepada manusia, kerana diberi segala-gala keutamaan dalam hidup mereka. Telah ada tersebut dalam surat-surat lama, unggas jadi pengintip dan jadi agen penghantar rahsia. Mereka arnat tau bagai- mana cara menyampaikan butir-butir keputusan, jikalaulah ada keputusan nanti diambil, kepada orang-orang yang berkenaan itu. Mereka itu, para penyuluh itu, jika benar ada, adalah sejumlah kecil daripada yang hadir, mungkin dua mungkin tiga, pengkhianat yang diupah atau kerana ada agenda tersendiri, melepaskan dendam, rnisalnya. Kerana aku tahu, budaya yang memalukan di kalangan manusia ini pun ada juga terdapat di kalangan burung. Mungkin cara proses dan perlaksanaannya berlainan. Tetapi cara ganjaran, tujuan dan maksud, serta balasan, adalah sama.

Kerana dalam terkial-kial memikirkan ha1 demikian, fikiran turut melayang ke kampung halaman lagi. Dan, kerana fikiran yang melayang-layang itulah yang menyebabkan aku sukar dapat memejamkan mata. Hingga pada suatu saat aku hams melompat-lompat dahulu, sambil menghembus-hembuskan nafas keluar, ini, kata orang, salah satu cara untuk melekaskan mata rasa mengantuk. Tetapi sebelum aku melakukan latihan untuk mempercepat mata rasa mengantuk, teringat juga suatu

Page 82: (S.E.A. Write Award) 1986

kejadian di hujung kampung, satu letupan memecahkan suasana petang yang tenang. Semua, bukan sahaja mata unggas dan binatang, tetapi manusia juga, ke langit. Maka dalam sekelip mata itu juga seekor burung melayang-layang di udara.

I

I Caranya terapung tidak terkawal dan tidak terkendali lagi. Dan,

i dalam perjalanan jatuhnya itu, segumpal bulunya turut jatuh melayang mengiring tubuh panasnya. Seekor unggas malang

I I menghembuskan nafas ketika dalam perjalanan menuju bumi. 1

Nampak oleh sekalian yang terkejut, titisan darah dari pangkal sayapnya yang terkulai. Tetapi si penembak, yang tidak diketahui siapa, tidak segera memeduli mangsa muncung

I senapangnya. Ia hanya berdiri di tempatnya dengan wajah yang I

puas: ia merasa dirinya seorang sharp shooter yang handal. Kerana ia garing, sang mangsa yang masih panas badannya jatuh terdampar di celah-celah pohon sesak berduri, jauh di tengah rawa lumpur. Tinggal, tidak dihiraukan.

Begitulah dengan rasa hormat karni kepada mangsa yang malang, dan rasa hormat kami kepada ahli keluarga yang kehilangan dan berduka, dalam samar gelap kami cuba mencari, di mana jatuhnya si burung malang. Tetapi kerana segera

I datang gelap malam, kami menghadapi kehampaan, dan I I menunda usaha itu ke esok pagi.

Esok pagi kami mengintai-intai lagi di kawasan tengah rawa itu. Di situ, ia tersepit di celah dua rumpun asam berduri, bagai mencengkam badan kaku itu supaya tidak terlepas. Memang, agak sulit melepaskan badan yang tersepit itu, untuk mengangkat juga misalnya, tidak kurang sukarnya. Malah, suatu pekerjaan yang amat mustahil dapat dikerjakan oleh kami sesama burung. Dan, yang menjadi kemarahan karni tengok si penembak itu, ia berlaku zalim, ia biarkan saja mangsa permainannya berharian menunggu buruk. Kalaulah misalnya, ia bawa badan yang malang itu ke rumah untuk diurus seperti yang sepatutnya, adalah penghormatan dan kuranglah zalirnnya, kerana makhluk di dunia ini ada yang memangsa jenis makhluk yang lain, kerana memang begitu, kami termasuk dalam ketentuan nasib dernikian.

Page 83: (S.E.A. Write Award) 1986

77

Kerana sulitnya untuk mengangkat ke luar susuk kaku itu, kecil terbang perlahan, dan mencuba ohonan asam rawa yang berduri. Tidak, dak dapat diangkat ke luar. Ia masih ri. Dan, dengan rasa hormat, mereka sayap si malang, dan membawanya ke aya oleh kami. Suatu penghorrnatan nya, meskipun itu sebenarnya tidak

bererti apa-apa lagi kepadanya. Tiga helai bulu sayap yang b a r ~ dicabut itu, kami angkut di atas puncak sepohon kayu tinggi, kami sisipkan di celah daunnya yang lebat. Biar ia di situ untuk beberapa hari, dan jikalau datang angin menderu dengan kuat- nya, bulu yang tiga helai itu akan turut diterbangkan. Biarlah ia melayang-layang di udara dahulu, sementara belum jatuh mencecah bumi.

Sesungguhnya di mana-mana pun, muncung senapang yang berbisa itulah yang banyak mengorbankan kaum karni. Yang anehnya, senjata pemutus nyawa itu dijadikan alat mainan mereka untuk membunuh kaum burung. Burung yang terbang melayang-layang di udara, tidak sedar walau sedikit pun, apa yang akan terjadi, tiba-tiba sebuah bahana ledakan tajam dari bumi lalu mengoyakkan dadanya. Dan, sang manusia yang zalim itu bersorak melihat kejayaannya. Bersorak atas kejayaannya itu! Dan, ia pun barangkali menganggap dirinya seorang sharp shooter juga.

Perhimpunan yang diadakan ini bukanlah suatu perhimpunan yang formal. Yang menurut istilah dan kehendak permesyuaratan seperti yang biasa dilakukan manusia. Kerana kaum manusia lebih mempunyai kelengkapan, kecukupan yang tersusun di samping mempunyai peraturan-peraturan yang mesti diikuti setiap yang hadir. Ini adalah sekadar satu lapangan yang luas, tempat kaum unggas dapat meluahkan permasalahan masing-masing, dan di sarnping itu diharapkan para peserta ada mempunyai f k r a n , dan cadangan-cadangan untuk menghadapi atau menghalang kegiatan, dan perilaku manusia yang kami anggap usaha-usaha menghapuskan kaum burung. Kami sebenarnya tidak tahu, sama ada manusia tahu perkataan

Page 84: (S.E.A. Write Award) 1986

"menghapuskan" itu dapat diterima kaum manusia. Apakah pada pandangan mereka, dengan pertimbangan peri- kemanusiaan dan daya intelektual mereka, kata demikian tidak terlalu zalim. Kami kira perkataan itu memang terlalu cocok. Karni marah juga, ada manusia yang mengatakan kami ini dari- pada jenis haiwan yang cantik. Nah, kalau kami ini cantik mengapa kami hams dihapuskan? Apakah mereka sedar perbuatan mereka itu sebenamya bukan suatu perbuatan yang bertamadun? Kaum manusia sudah terlalu lama bertamadun, malah mereka menganggap merekalah yang paling bertamadun antara makhluk, yang terbaik di bumi atau yang di langit. Ada yang mengatakan mereka memelihara kaum kami daripada "kehapusan" bukan untuk "menghapuskan". Apa pun perkataan yang mereka gunakan, silalah rujuk kamus Bahasa Melayu Nusantara itu, untuk mendapatkan erti yang sebenamya. Kami berharap pakar-pakar bahasa yang mengahwinkan kamus- kamus yang ada tidak berat sebelah. Ataukah orang-orang yang menggunakan perkataan itu sebenamya ada menyembunyikan sesuatu, mereka memang mempunyai agenda yang tersendiri.

Atau, pada makna yang lain, apakah kaum manusia telah terlupa akan erti tamadun yang sebenamya?

Aku berfikir-fikir juga tentang perbedaan saiz antara burung-burung yang berbadan besar dengan burung-burung yang berbadan kecil. Kusebut di sini kerana ada timbul semacam pertelingkahan kecil yang sudah sekian lama tak pernah terselesaikan. Burung-burung bersaiz besar ada yang memangsa burung-burung yang bersaiz kecil. Inilah yang sekian lama menjadi duri dalam daging dalam masyarakat kami. Kerana ha1 yang dernikianlah barangkali, atau kerana secara kebetulan barangkali, burung-burung yang bersaiz besar akan dapat hidup lebih lama daripada burung-burung yang bersaiz kecil. Dengan yang demikian juga, jikalau kita perhatikan, burung-burung yang tidak lama hidup itu dapat bertelur lebih banyak bilangannya daripada burung-burung yang dapat hidup lebih lama. Oleh kerana hidup mereka tidak lama, mereka mestilah dapat menghasilkan banyak zuriat dalam satu masa.

Page 85: (S.E.A. Write Award) 1986

Ketika aku berjalan-jalan di atas batu-batu yang bercalar itu, aku mulai pasti ada kegiatan-kegiatan manusia di sebelah sini. Aku tidak pasti bila, dan apa tujuannya. Apakah ada para nelayan yang terdampar ke mari sebelumnya, atau, ada orang- orang telah melakukan sesuatu pengintipan, misalnya. Kalau itu benar-benar terjadi, ke manakah perginya pengawal pantai yang berkawal setiap hari memukul tambur, mengapa tidak mengadukan kepada pihak yang berwajib tentang adanya kegiatan seumpama itu? Entah, aku tidak tahu. Lagipun itu bukan urusanku untuk mengetahuinya. Kawanku, seekor kanawai, juga tidak dapat memberi apa-apa jawapan. Malah sebelum ini ia mempunyai kawan yang ramai melakukan penerbangan jauh antara Poros Loro dengan beberapa tanah daratan besar.

"Kapal banyak," katanya. "Dan perahu nelayan juga banyak, tetapi kami tidak pernah melihat mereka berlabuh di sini."

Batu-batu calar itu terdiri daripada batu-batu hitam yang amat keras. Kalau di kampungku jenis batu itu dijadikan batu nisan oleh orang-orang kampung. Atau, ditarah elok, dijadikan penanda sempadan tanah. Mengapakah kesan-kesan kematian itu hams ditandai dengan sesuatu yang abadi? Sepatutnya peristiwa kehilangan dan kesedihan hams diingati dalam masa yang pendek sahaja. Sedangkan mereka tidak pernah menyedari, berapa ratus ribu umat unggas yang mereka bunuh, tercampak di sana sini dengan tidak sedikit pun menyimpan tanda. Sepatutnya yang sudah tiada itu, bagaimanapun ia menemui ajalnya, tidak perlu dikenang terlalu lama. Tetapi kaum manusia berpendapat sebaliknya!

"Bulu kamu terlalu putih, sehingga kamu silau memandang apa yang terjadi di keliling kami," kataku kepada kawanku itu. Ia cuba melompatkan kaki panjangnya itu dari sebiji batu besar ke sebiji batu kecil. Tetapi perbuatan yang aku tidak tahu maksudnya itu tidak lama. Seperti ada semacam pantang kepadanya, ia tidak bertenggek di atas batu yang bercalar.

"Heh, pemandangan kami tidak terpengaruh dengan keputihan bulu kami," katanya.

Page 86: (S.E.A. Write Award) 1986

"Di mana sebenarnya kamu membina sarang sehingga zuriat kamu kian bertambah?"

"Kami bersarang di sebuah tanjung yang jauh menganjur ke laut, di sebuah teluk. Kami memilih tempat itu kerana pohon- pohonnya selalu meringas, dan kami seolah-olah berada dalam dua belahan dunia, dunia air dan dunia daratan. Kedua-dua tempat itu menjadi tempat pencarian sumber permakanan kami, anak ikan dan belalang."

"Di kampung kami tidak ada kaum sejenis kamu." "Sungguh malang, mungkin di situ tidak ada makanan

yang terdiri daripada anak ikan dan belalang." "Ada, banyak." "Nah, kalau begitu kami memilih kebiasaan seperti itu." "Dahulu ramai orang Arab datang ke sana. Mereka datang

berniaga, dan kemudiannya mereka beranak-pinak. Khabarnya, merekalah yang menghabisi kaum kamu !"

"Syaitan, diapa-apakannya kaum kami?" "Tidak tahu, sehingga ia menyuruh orang-orang kampung

menangkap kamu, yang dapat, dibeli dengan harga mahal, khabarnya untuk dibawa pulang. Kononnya di padang pasir tidak ada kanawai."

Kami ketawa. Aku kerana tidak tahu. Ia entah. "Mana boleh begitu!" suaranya membela diri. "Itu tindakan

yang berat sebelah." "Wallah, mana aku tau." Terloncat dari mulutku, dengan

tidak senghaja. "Tak usah bersumpah, nanti mati jadi batu!" "Ada juga khabarnya untuk oleh-oleh dibawa pulang nanti." "Siapakah yang menerima oleh-oleh itu?" "Bukan anak-an&, bukan keluarga." "Siapa?" "Kekasih." Mungkin itu benar-benar sebuah cerita lama. Mi

yang datang ke mari berniaga masih teruna. "Negeri Arab tanahnya tandus, sepatutnya mereka

membawa pulang pohon-pohon yang sanggup hidup lama di padang pasir supaya halaman mereka limbu, dan dapat terlindung daripada terikan matahari, sebagai oleh-oleh."

Page 87: (S.E.A. Write Award) 1986

"Mereka tidak pernah memikirkan demikian, sebaliknya ramai pula yang tinggal di timur, meneruskan zuriat di sini."

Dialog kami tidak menentu. Ke mana tujunya, dan yang pasti ia di luar daripada tajuk! Ketika kami berhenti sebentar ada suatu yang lain terjadi.

Makhluk timbul di hadapan kami! Hitam seperti batu! Kanawai yang benar-benar berdiri di pinggir air terkejut, lalu terbang tinggi. Ia terlalu cepat bertindak. Mungkin begitulah caranya ketika menyelamatkan diri dari manusia. Rupanya yang timbul itu penyu. Dengan belakangnya yang hitam dan lebar, ia lama timbul untuk menampakkan diri, selepas itu ia tenggelam semula, mungkin ia juga turut terkejut dengan kederasan loncatan kanawai itu. Apakah mereka belum pernah tahu, si burung putih berkaki panjang itu cepat meloncatkan badannya ke udara dengan terjangan kaki, dengan gapaian sayap yang tegap ketika herhadapan dengan bahaya? Atau, ketika ia tiba-tiba berhadapan dengan sesuatu yang mengejutkannya?

Aku mula sedar, rupanya penyu juga mendarat di sini. Atau, sekarang ini ia baru mengintip-intip mencari daerah baru. Atau, apakah mereka datang ke mari untuk bertelur? Pantai yang has dan bertambah h a s ketika air tohor mungkin dapat memikat si penyu untuk menitipkan harta yang memperpanjangkan zuriat itu, apalagi pada fikirannya, tiada manusia yang datang ke mari yang biasanya mencuri telur mereka.

Aku melangoi dan memandang jauh ke udara, tetapi si kanawai sudah tidak nampak lagi. Ke mana perginya gerangan. Warnanya yang putih memang sukar dikesan apabila ia sudah berada di celah awan.

Yang aku belum tahu, dan mula menjadi persoalan dalam kepalaku, apakah penyu juga mempunyai perasaan sama seperti kami, mereka ingin menyelamatkan sesuatu daripada manusia, mereka ingin menetaskan telur mereka, dan melindunginya daripada manusia? Dan, jikalau benar, apakah sejak dahulu mereka mau menyembunyikan telur mereka jauh dalam timbunan pasir itu untuk mengelakkan dan dapat dikesan manusia? Atau, dengan kata-kata lain, rnereka pun membenci tabiat manusia yang mencuri telur mereka itu.

Page 88: (S.E.A. Write Award) 1986

Dengan membabitkan cerita yang lebih panjang lagi, manusia, si pencuri itu, mendapat laba yang sangat besar daripada hasil jualan telur penyu!

Khabarnya pun telur penyu sudah menjadi benda terlarang mengutipny a.

Maka, ketika aku di kampung dahulu, aku selalu berpesan kepada an&-anakku yang masih di sarang, dan suku-sakatku juga, supaya selalu mengerti dan memahami tentang bahaya- bahaya yang mengancam kehidupan dan keselamatan semua suku makhluk. Kerana sekarang ini keadaan kehidupan selalu sukar dan goncang. "Tiada yang paling berharga dalam hidup ini kecuali kemerdekaan dan kebebasan, anakku. Walaupun bulumu disalut dengan warna emas, hatta dengan emas sekalipun, itu tidak akan cukup, tidak lengkap sebagai syarat hidup, kecuali kamu memperolehi yang dua itu."

Inilah yang menyedarkan aku sekarang. Kian banyak ceritanya yang kudengar di Poros Loro ini, mungkin sekian banyak lagi yang akan kudengar selepas ini. Rupanya kaumku ini, kaum unggas ini, sudah terlalu lama menderita, dan turut takut menempuh kehidupan. Masakan kami terlalu banyak musuh, karni bukan dari kaum yang ganas. Kami tidak memusuhi siapa-siapa, dan kami tidak melata di bumi, mengganggu kawasan, kehidupan kami di atas, di awang- awangan, tetap kami masih jadi mangsa perburuan dan kezaliman. Rasa-rasanya tidak semudah itu dapat mencengkam tubuh kami, tetapi setiap hari kian banyak kami yang menjadi korban. Kematian kami tidak menentu, kami menemui ajal bila-bila masa, sebenarnya ajal belum sampai, tetapi apabila terjumpa dengan karenah manusia, mau tidak mau kami menjadi mangsa dan korban.

Dua hari yang lalu dalam persidangan, seekor keluarga si raja udang yang digelar kawan-kawan dengan mantis, dengan berapi-rapi berkata, "Sejak seratus tahun manusia telah menangkap ikan dengan pukat, kerana demikian caranya yang terrnudah. Sekarang tuan-tuan tahu, manusia telah mula menangkap burung dengan pukat juga! Bayangkan berapa banyaknya yang terpedaya, dan tertutup dalam pukat yang

Page 89: (S.E.A. Write Award) 1986

terangkat setinggi galah, dan panjangnya ratusan hasta. Bayangkan lagi, jikalau ini terus terjadi dalam seratus tahun akan datang! Tidak sampai ke batas mana pun, umat burung akan pupus! Dalam suatu abad jauh yang tidak bemama, ketika Archaeopteryx tercalak dalam himpitan batu dan tidak sampai ke batas itu, manusia hanya akan dapat menyaksikan fosil burung yang lain, sedangkan seekor pun tiada unggas lagi. Kawan-kawan harus sedar, walaupun usia kita yang panjang, rupanya perjuangan yang kita tempuh untuk survival terlalu sulit dan repot, pahit dan getirnya untuk menyampaikan usia kita ke zaman ini."

Ia bercakap caplas-caplus. Kemudian ia menyambung lagi, "Kita berhimpun pada hari

ini, atas kemahuan kita sendiri, atas kesedaran kita sendiri, tetapi sebenarnya hasil yang akan kita tunggu belum tentu apa- apa. Kita hanya tahu membariskan harapan, dan datanglah harapan demi harapan, dari sebaris harapan baru akan berputikkah kekuatan, walaupun sebenarnya kita ini lemah, tetapi itu jangan sekali-kali jadikan ukuran. Kita telah tahu asal usul keturunan luta. Kita telah tahu sejarah kita. Jikalau sekalian yang lemah berhimpun pasti akan ada kekuatannya. Daripada kekuatan yang hanya sedikit itulah kita mengharap- kan akan timbul suatu kekuatan yang membesar, suatu tenaga yang collective. Tidak akan pemah terdiri suatu benteng kekuatan yang hebat tanpa ada tenaga yang terhimpun secara collective. Kita sentiasa menaruh harapan yang sangat besar daripada kekuatan yang terhimpun untuk menghadapi apa yang dikatakan agresi dalam aksi manusia pemupusan burung ! Kalau tidak, kita adalah makhluk yang tidak mempunyai apa-apa ikhtiar, dan membiarkan kemusnahan itu datang berlenggang, dan menghapus dan merampas sejarah agung kita. Dan pergi, ia akan pupus, hanya tinggal membeku kaku dalam lipatan batu seperti yang kita ketahui dalam sejarah kehidupan dan keturunan kita. Cubalah kita belajar mencuba, dan apa yang kita buat pada hari ini adalah sebahagian daripada proses mencuba itu. Dan seperti yang saya katakan tadi, jangan terlalu mengharap hasilnya. Manusia terlalu pintar daripada kita,

Page 90: (S.E.A. Write Award) 1986

I malah pelbagai cara lagi yang akan dilakukan mereka. Cuba kita bertawakal mana tahu usaha kita akan diperturut Tuhan, dan doa setiap daripada kita akan terkabul."

Ia masih bercakap caplas-caplus. Setelah berhenti hampir seminit, rupanya ia bernafsu lagi

untuk menyambung, "Para ornithologists Eropah yang asalnya tinggal di gunung dan di gurun, mengesahkan ada banyak anak burung yang mati belum lama setelah keluar dari telur akibat terhidu gas beracun di udara selepas ujian senjata pemusnah besar-besaran di Lautan Teduh, puluhan tahun yang lalu." Dan, dengan suara yang lebih keras, dan sayap runcingnya mengacu-ngacu menyibai langit, ia menyambung, "Dan jikalau kelakuan gila untuk membunuh sesama manusia ini diulangi akan berganda lagi kaum unggas jadi korban. Bersediakah anak-anak para sahabat yang bakal lahir menempuh derita dan korban dernikian?"

Ia mengakhiri kata-katanya sambil membongkok. Kelihatannya ia ingin menundukkan kepalanya tetapi tidak sempat, kerana sayapnya yang kecil itu lantas membawa ia terbang. Sebentar ia kembali, lalu mengambil tempat di bahagian belakang sebelah kanan perhimpunan.

"Jenis burung kecil ini tahu akan erti dan perjalanan sejarahnya," kata seekor burung kecil kepada temannya.

"Ia harnpir-hampir tahu semuanya," sampuk yang lain. "Kadang-kadang orang biasa begitu, tetapi ia hampir lupa

di mana ia berada. Entah, abad mana pun." Aku terfikir juga, ia mempunyai proses pemikiran dan latar

belakang yang terbaik di antara yang hadir itu. Betulkan? "Sejarah itu suatu urusan lain untuk memperingati sesuatu

yang telah lama berlalu. Kadang-kadang ia menyedihkan, dan kita akan lemah dibuatnya. Tak perlu menyambung ingatan terlalu lama," kata kawannya yang sejak tadi banyak mendiamkan diri. "Sejarah apa lagi yang ada di negerinya?"

Rata-rata unggas tidak rnau acara kematian diperingati secara besar-besaran, dan diingati untuk suatu jangka yang terlalu lama. Banyak lagi kejadian baru yang hams ditangani dan dipelihara, un& menyambung kehidupan sang unggas.

Page 91: (S.E.A. Write Award) 1986

Keluarga si raja udang yang kecil itu sekarang berehat terus, sarnbil bersisik-sisik mengusai bulunya yang hoha. Dalam sinar matahari redup kebiruan yang menutup belakangnya, kelihatan mengabur susut berbanding dari kecerahan warna-warni bulu kaum unggas yang lebih cerah, dan sosok yang lebih gagah. Kerana tekanan semangatnya yang baru diluahkan, menjadikan suaranya termengah-mengah dan terputus-putus. Ia sekarang mengelap paruhnya yang besar ke satu kulit kasar cabang pohon tempat ia bertenggek. Di suatu daerah yang jauh, daripada jenis mereka yang besar sedikit, kaum itu dinamakan hulun tekuyung, tidak banyak kaum unggas lain yang tahu mengapa nama demikian hams diberikan kepada mereka. Aku pun berharap supaya jangan ada hubungannya antara 'raja' dan 'hulun' itu. Kaum mereka membina sarang untuk menetas telur di lubang tanah. Pada bahagian-bahagian tanah curarn, atau di tebing- tebing sungai yang tinggi. Pada masa terawal daripada kehidupan mereka dahulu, mereka menyangka dengan berbuat sarang cara demikian, anak-an& akan terselamat daripada intipan mata hantu manusia. Tetapi kerana puak mereka tidak berapa berkembang di samping tidak subur, jumlah mereka hampir sama dari zaman ke zaman.

Kehangatan malam menyebabkan banyak burung cuba mendinginkan diri dengan bertenggek di batu-batu di tepi pantai. Rupanya Poros Loro mempunyai campuran musim aneh yang tidak pernah dialami di daerah-daerah tanah besar. Sepatutnya dalam keadaan ia dikelilingi laut yang dingin, dan tiupan angin dari berbagai-bagai penjuru, menjadikan hawanya tetap dingin ketika malam. Menurut penghuni tetap daerah ini, musim dan peredaran cuaca tidak dapat ditentukan. Mereka juga tidak pernah mengerti dengan perjalanan fenomena alam begitu. Ada kadang-kadang ketika malam dinginnya seperti tidak dapat ditahan-tahan. Dingin yang berhembus dibawa angin, menjalar sekujur tubuh hingga kadang-kadang menjamah tulang. Ada pula kalanya ia dengan tiba-tiba menjadi panas, yang hampir-hampir tidak dapat ditahan, kecuali lari ke tepi laut untuk mendapatkan hawa air yang masih ada menyimpan rasa dingin. Tetapi seksaan tidaklah meruntun sepanjang- panjangnya, ada kalanya hawa bertukar dingin lunak ketika

Page 92: (S.E.A. Write Award) 1986

masuk waktu pagi. Dingin yang mencengkam akan sampai ke titik pertukarannya ketika pagi, sementara hawa akan bertukar kian panas lagi, serentak dengan munculnya matahari. Dan burung-burung harus tidur dengan membukakan sedikit sayap supaya badannya mendapat hembusan angin yang masih dapat menawarkan rasa sedikit dingin. Tetapi lain pula halnya ketika sejuk mencengkam badan. Burung-burung berkumpal dan berpipit-pipit antara satu sama lain, dengan mengemaskan sayap, atau menyusupkan diri sedalam-dalarnnya di celah-celah batu besar yang berkotak-kotak dan berongga.

Dan kami sebagai pendatang, inilah barisan burung yang ingin menentukan nasib kaumnya sendiri. Dan kerana itu kami sering berkata, dan mengeluh: terlalu jahatnya manusia!

Kelihatannya pada pagi itu si burung hantu mewakili kaum sejenisnya &an berucap. Ia sejenis burung yang malas bergerak, dan selalu melihat apa yang ada di hadapan sahaja dengan membuka mata besarnya tidak bergerak-gerak. Kami, para ahli perhimpunan, terutama daripada jenis yang belum pernah bersua dengan tabiat itu, pada mulanya ingin hendak ketawa melihat pameran kelakuan itu. Tetapi akhirnya tidaklah menjadi suatu sifat yang aneh, kerana babak itu segera ditutup dengan sikapnya yang ramah, dan sedikit pendiam. Ia selalu tenang, dan tidak mengendahkan jikalau ada yang hampir mengejek caranya.

"Barangkali daripada jenis karnilah di antara yang tidak banyak musuh daripada kita sekalian yang hadir ini. Kami tidak mengganggu manusia, kerana itu kaum manusia hampir tidak mengendahkan kami. Apa yang hendak dibanggakan dengan kaum karni, kerana tiada yang menarik daripada kami. Kerana asal usul yang tidak menarik inilah mungkin kaum kami terpelihara, dan tidak banyak rasa takut-takut mempengaruhi kami."

Ramai yang ketawa ketika mendengar kata-kata &mkian. Tetapi si burung hantu tidak tersentuh. Malah ia berdiri semakin kukuh, dan sedikit menggerak-gerakkan ekornya yang pendek itu. Ia mula berdiri di atas dahan dengan menjuntaikan ekornya. "Malah kadang-kadang kami dapat menakutkan

Page 93: (S.E.A. Write Award) 1986

manusia!" katanya dengan separuh berjenaka. Ramai yang boooo dengannya. "Nah, jikalau kami dapat mengusir manusia sehingga jauh, maka itu berrnakna bahaya juga turut semakin jauh," katanya lagi. Lagi sekali mengundang peserta ketawa. Tetapi tidak lagi boooo. Tetapi siapa pun yang hadir itu, kata- katanya itu benar, dan daripada pengalaman merekalah yang menyatakan mereka hampir tidak pernah menerima musibah.

"Kami hanya keluar pada waktu malam, tidur pada waktu siang, kami hanya menampakkan din kami pada waktu malam, maka malam itulah yang turut menyelamatkan kami. Dengan itu saya menganjurkan setiap saudara yang hadir, cuba mengelak jangan berkeliaran pada waktu siang ! "

Sudah, tak ada boooo! Mungkin anjurannya itu sesuatu yang benar. Akan tetapi itu

akan merubah sikap dan tabiat majoriti kaum yang hadir. Tabiat semula jadi karni dan kehidupan kami berlaku pada waktu siang. Tak banyak daripada kaum unggas yang dapat melihat dengan jelas, dan dapat bebas bergerak pada waktu malam, berbanding dengan kaum burung hantu, yang memulakan kehidupan sejak senja hingga ke hujung malam.

Maka, sekonyong-konyong terbang melayang seekor burung kecil, mungkin ia daripada jenis sesat yang penakut keluar pada waktu gelap, berkata, "Apakah nanti tidak akan jadi masalah, jikalau semua burung jadi berani, hanya keluar pada waktu malam, dan sepi ketika siang?"

"Apa masalahnya? Kami tidak pernah menghadapi masalah."

"Kehabisan makanan misalnya." "Kami tidak pernah kehabisan makanan. Bahan-bahan

makanan kami keluar pada waktu malam, dan mereka bersembunyi ketika waktu siang."

"Segala jenis ulat, segala air dan madu pada bunga. Segala cecair dan air sudah kering jikalau melintasi petang."

"Bukan itu masalahnya -" "Itu juga sebahagian daripada masalahnya," potong Sang

Bubut. "Tetapi kawanku, yang kita perhitungkan ini meneruskan hidup kita, supaya tidak menjadi pupus angkara manusia."

Page 94: (S.E.A. Write Award) 1986

Aku pun pernah memikirkan, walaupun malarn bertukar menjadi siang, siang ditukar menjadi malam, untuk memberi kesempatan kepada kaum burung, kepintaran manusia tidak akan dapat dihalang. Aka1 mereka tidak dapat diganggu dengan hanya pertukaran waktu, dengan kemasukan matahari dan timbulnya bulan dan bintang. Itu pukat yang terpasang tinggi. Dan lebarnya berdepa tidak dapat dilewati, kerana kita tidak dapat melihat sesuatu pada waktu malam, dan sudah tentu kita akan terjerumus ke dalam lingkaran pukat itu juga. Mungkin ribuan jumlahnya.

"Jangan, jangan," bisik burung kalajiau kepada seekor teman yang lain. "Itu bukan cara yang terbaik, kita tidak harus mengubah cara kehidupan. Itu bukan cara yang dapat diterima walaupun untuk menyelamatkan nyawa."

"Itu satu cadangan," kata kawannya. "Walaupun berupa cadangan, tapi hams praktikal, harus

masuk akal, yang sesuai dengan kehidupan kita," kata kalajiau lagi. "Merubah sesuatu mesti ada masuk akalnya." Dengan suara sinis ia menyambung, "Ramai orang mengubah sesuatu yang sudah baik, sebenarnya ia hanya untuk mengambil nama. Seperti orang di kampung karni itu, namanya Si Ahmad Kubal, ia macam tenggiling, bulat seperti bola, tergelek ke sana tergelek ke mari, di mana ada kegiatan di situ ia ada. Si Ahmad Kubal pula licik dan licin, semua ia mau jadi ketua. Tapi apa pandainya, apa fikirannya. Si Ahmad Kubal mencakapkan sesuatu hasil daripada cedokan fikiran orang lain. Haa, itu akal manusia yang serong."

"Siapa Si Ahmad Kubal?" "Seorang penduduk tua yang ingin terus mendapat kuasa." "Biarkan Si Ahmad Kubal terus berkuasa." "Kalau yang nyanyuk bekerja terus, apa nanti yang akan

dibuat orang muda." "Sudah! Dengar, apa lagi yang hendak dikatakannya,"

potong Sang Bubut. Maksudnya, berhenti bercakap atau berbisik, dengar apa lagi yang hendak dikatakan kalajiau.

"Apakah ia mau menyambung lagi kata-katanya itu?"

Page 95: (S.E.A. Write Award) 1986

Angin menderu terlalu kuat sehingga tumpukan-tumpukan pasir kering mengusu di landai, dan mengganggu pandangan karni seketika. Bahana ombak kian menggegar dan menerjang pantai. Mungkin goncangan dari utara sudah berrnula, fikirku.

Menurut unggas yang tinggal tetap di sini, angin utara tidak akan memulakan tiupannya ketika tengah hari. Gelombang besar sudah memulakan goncangannya beberapa hari sebelum itu, ketika pagi. Dan ini akan berlaku harnpir tiga bulan untuk beberapa hari dalam seminggu. Tetapi aku pasti bukan angin utara yang datang, tetapi segulung angin tersesat menghempaskan ombak di pantai sehingga mengganggu perhimpunan kami.

Aku dapat menyaksikan sekawan layang-layang terbang melayang, menderu di hadapan karni. Ramai yang terpikat pada kelajuan mereka terbang. Mereka seperti sepasukan kapal terbang yang bermain-main di udara, dipandu oleh orang-orang ahli, semasa hari perayaan yang diadakan setahun sekali. Tetapi itu tidak menghairankan. Mereka adalah unggas suruhan Sang Rajawali untuk mendapatkan laporan, sama ada persidangan berlaku lancar atau sebaliknya. Ada perbualan rancak, dan setiap peserta memberikan sambutan yang hangat. Khabarnya ia juga meminta laporan sarna ada merpati datang mewakili kaurnnya. Kerana menurut unggas yang terdekat dengan Sang Rajawali, sifat merpati yang terlalu jinak dan dimanjai manusia mempunyai fikiran yang menyimpang daripada kebanyakan pendapat burung-burung. Maka dapat dikatakan, mereka merasakan tidak terlibat dengan aksi penghapusan burung, dan aksi penentangan terhadap manusia itu.

Ada cerita pernah tersebar, kaum merpati terlalu dekat dengan sejarah manusia, dalam sejarah Islam rnisalnya. Mereka pernah membantu para pemuka Islam daripada serangan musuh, daripada orang-orang yang khianat kepada pemuka- pemuka agama baru ketika itu. Pemuka-pemuka agama terselamat, dan mereka dikatakan menerima ucapan terima kasih dan kehorrnatan dalam sejarah. Hingga sekarang pun mereka selalu menerima ucapan demikian, dan tetap menerima ucapan yang berterusan. Memang, tiada yang menuduh

Page 96: (S.E.A. Write Award) 1986

kumpulan itu apa-apa, atau merasa khuatir akan kejujuran mereka. Dengan sifat lemah lembut mereka, selalu membawa kedamaian kepada kumpulan-kumpulan lain. Tiada yang menyangka mereka mendatangkan apa-apa kekhuatiran. Tidak ada, tidak ada begitu, semua kaum burung menganggap kaum mereka daripada jenis yang baik hati dan suka bersahabat. Dan kaum manusia menganggap mereka kaum unggas yang terjinak daripada yang pernah bersahabat dengan mereka.

Seekor si layang-layang terbang melayang yang pintar berbahasa bersuara dari angkasa, "Kepandaian manusia sekarang melebihi aka1 yang mereka rniliki. Mereka telah tahu membuat bom, yang dapat membunuh manusia dalam sekelip mata. Mereka dapat membunuh setiap yang bernyawa dalam sekelip mata. Kerana jikalau ciptaan durjana itu meledak bukan sahaja manusia yang menjadi mangsa, malah sekalian burung. Manusia akan memasang bom di semua penjuru alam, dan bom itu akan membunuh setiap y ang berny aw a. Tetapi khabarnya hanya yang dapat terselamat mereka yang bersembunyi dalam bungker, ini tentulah kaum merpati akan dibawa turut bersama ke dalam bungker, kerana mereka terlalu dekat dengan manusia, kerana turut bersama membela agama mereka."

"Maaf saudara, maaf," kata Sang Bubut. "Jangan sekali- kali perkara yang demikian disentuh di sini. Hal-ha1 yang sedemikian tidak ada buktinya. Kita tidak boleh sekali-kali menuduh suatu kaum apalagi tiada bukti. Menuduh belum tau dapat menimbulkan kebenaran, menuduh juga belum tentu dapat menunjukkan kesalahan kecuali dapat dibuktikan dalam mahkamah." Kemudian ia menyambung, "Kita tidak mau menjadikan perbahasan hari ini untuk menjual tohmah kepada suatu kaum. Tetapi kita mau bersatu."

Maka, burung-burung dari Jepun pun sibuk berbisik dengan kawan-kawan terdekat. Tentang bagaimana kehebatan dan kehancuran kota-kota mereka ketika bom atom diledakkan di sana. "Hebat sekali, manusia mati bukan kerana badan mereka berkecai terkena serpihan bom, tetapi kerana hangus dan bahang yang terlalu tinggi kuasanya," katanya. .

& '. 5

. ..

Page 97: (S.E.A. Write Award) 1986

"Semua bangunan ranap, kecuali sebuah yang mendapat perlindungan ajaib masih berdiri hingga sekarang. Sekarang bangunan yang mendapat lindungan ajaib itu dijadikan bangunan peringatan, untuk mengingatkan seluruh manusia betapa kejamnya senjata ciptaan manusia. Betapa kejamnya membunuh ribuan yang tidak berdosa, bukan sahaja manusia tetapi setiap yang bernyawa," kata yang lain. "Terrnasuk kaum kita."

"Apakah kamu mendendam bangsa yang meledakkan bom itu?"

"Sekarang karni lebih memilih damai daripada menyimpan dendam yang terlalu lama."

"Orang-orang di sana adalah orang yang baik-baik." "Sejarah manusia telah dihapuskan. Anak-anak yang baru

sudah tidak mengetahui kisah perang itu. Ia langsung tidak disebut di sekolah-sekolah, tiada juga dalam buku-buku pelajaran mereka."

"Tapi kamu masih menyaksikan bangunan peringatan itu?" "Yah, tetapi ceritanya sudah dipesongkan. Sejarah

menyebut yang molek-molek saja." Kemudian ia menyarnbung, "Meruntuhkan bangsa hanya sekejap, tetapi membina semula sukar dan memakan masa."

"Yah, yah," suara Sang Bubut. "Saya tahu apa yang kamu katakan di belakang sana. Sudahlah. Kita jangan terlalu banyak mengaitkan sejarah keruntuhan dan kebaikan manusia. Sekarang kita berusaha mau memberhentikan usaha penghapusan kaum kita." Kemudian ia menyambung, "Di negeri masing-masing terpulanglah bagaimana saudara- saudara melayan dan menghadapi manusia itu. Kerana tabiat manusia, di lain daerah lain fiilnya, di lain tempat lain pula perangainya. Kerana kaum manusia itu terjumlah daripada kaum yang gila. Mereka tidak pernah sependapat, dan mereka tidak pernah bersatu. Sebaliknya mereka mendakwa merekalah yang paling bertamadun."

"Bagaimana bertamadun jikalau berperangai gila?" tanya 66 yang lain. Perangai gila tidak ada dalam otak yang ber-

tamadun ! "

Page 98: (S.E.A. Write Award) 1986

"Itu bukan urusan kita menjawabnya. Itu urusan mereka," kata yang lain.

"Kita melihat hanya pada nilai manusia itu. Kita tidak mau melihat isi hati dan sejarah mereka. Sejarah mereka penuh dengan kebohongan dan persengkitaan! Manusia berkelahi dan bercakaran antara satu sama lain. Bukan antara individu dengan individu, tetapi antara sebuah negara dengan sebuah negara. Antara penganut ag ama y ang berlainan. Juga antara rantau dengan rantau. Kerana mereka mau menciptakan dunia ini bukan lagi sebuah tempat yang aman. Maka tidak akan ada lagi keamanan dunia selepas abad ini."

"Bukan itu saja!" pekik yang lain. "Jikalau dunia aman, senjata mereka tidak akan laku lagi."

"Kerana itu dunia digalakkan berperang supaya senjatanya laku!"

Ramai di antara kami yang mula berfikir. "Jikalau dunia ini bukan lagi menjadi tempat yang aman, umat burung tidak akan terlibat. Kita masih boleh berlegar-legar di angkasa, kita masih boleh memungut sisa-sisa dunia di bumi, walau dengan hanya menyambar dan menelannya di udara. Tetapi lainlah, jikalau seluruh ruang dunia berisi gas yang beracun yang dapat membunuh sekalian nyawa, maka itu jikalau manusia musnah, sekalian umat burung pun akan turut musnah. Kerana nafas akan turut terhidu gas pembunuh. Gas yang membunuh hasil daripada ledakan ciptaan manusia itu juga. Jikalau itu benar- benar terjadi tidak ada lagi yang dapat disesalkan. Maka makhluk yang akan hidup selepas zaman kita, mungkin ratusan mungkin ribuan tahun kemudian hanya akan menjumpai fosil kita yang terperangkap dan tercalak dalam batu. Hanya daripada tinggalan itulah sahaja mereka akan dapat mengetahui bentuk dan mungkin cara kehidupan kita. Itulah perrnulaan sejarah berulang kembali namanya.

Dan itu sudah kiamat namanya. Pendapat manusia juga mengatakan, bahawa manusia

menurut psikologi moden telah hilang jiwa dan rohnya, dan yang menonjol ialah dorongan-dorongan kenafsuan serta perilaku zahir yang timbul daripada dorongan-dorongan itu. Itu

Page 99: (S.E.A. Write Award) 1986

akan kuucapkan pada pengakhir perhimpunan ini, jika ada masa dan diberi peruntukan oleh pemandu persidangan, Sang Bubut.

Panas terik di Poros Loro dan di dua buah pulau jirannya turut meledak. Bahang angin menggila, menerawang ke mana- mana hingga menyusup dan mengumbang timbunan-timbunan pasir, dan pasir yang ringan kian ringan mula berterbangan ke udara. Daun-daun pada pohon-pohon yang hampir gondol turut bertukar wajah, warnanya kekuningan, bulau, seperti bulu rama-rama yang terbang dalam ribuan ketika senja. Dan ombak di pantai menurut kata orang, kian meninggi, maka tak hairanlah bunyi deburannya juga turut menyesakkan telinga. Apabila bahasa pantai dan bahasa ombak bertembung, akan robotlah pulau. Maka di angkasa Sang Rajawali terbang melayang, dua kali berputar lalu merendah, dan dengan tidak memberi salam dan hormat, lalu bertenggek di sebelah kanan Sang Bubut, yang terkejut dan tak sempat memberi hormat. Daun-daun berlegak mengunjuk hala angin menderu. Terlalu derasnya kipasan sayap sang unggas terpilih itu.

Matanya yang merah hampir tertutup lungku, dan kepalanya menunduk, bukanlah tanda ia memberi hormat kepada yang hadir. Dan dengan masyghul, dan separuh bangun ia bersuara, "Ini berita duka, anak kita telah hilang dari sarang!"

Lalu suara itu disambut dengan rasa terkejut para ahli sidang yang mengharapkan tiada sebarang petaka terjadi semasa perhimpunan itu berlangsung. Ini tentu perkara yang merepotkan. Mana melayan tetamu, mana pula turut berkabung dalam menyatakan tanda kehilangan si kecil itu.

"Bila dia hilang, Sang Raja?' tanya parak sungai dengan perlahan, sambil menutup dua kelungkung mata, tanda berduka. Ia tidak mengangkat wajah, dan kedua-dua kakinya hampir tidak sempat bertenggek di ranting kering.

"Baru sebentar diketahui." "Berapa besar anak itu, Sang Raja?" tanya keruai. "Ia masih bulu telur, belum bersayap jika mau terbang." Rasanya tidak puas para ahli sidang menyelurusi cerita

tentang kehilangan unggas terpilih itu. Ada yang sudah me- langoi ke langit, mungkin dalam kehitaman awan ada yang I

Page 100: (S.E.A. Write Award) 1986

cuba-cuba menyusup ke negeri mereka, dan menerbangkan lari si anak kecil yang masih bulu telur itu. Tetapi tidak ada. Ketika itu langit cerah tak ada sebarang himpunan awan yang dapat melindungi sebarang gerakan atau pencerobohan dari udara.

Kalau begitu, adakah perbuatan pencerobohan dilakukan dari bawah?

"Adakah sangkaan-sangkaan perbuatan menghina, Sang Raja?" tanya Sang Bubut.

Tetapi ia tahu Sang Rajawali bukanlah dari keluarga unggas yang celopor mulutnya. Ia tidak akan membuka patuknya jikalau belum pasti benar tidaknya duduk suatu perkara. Barang katanya juga dijaga, barang suara disukat tinggi rendahnya. Kerana kadang-kadang kata-katanya dianggap perintah, dan kadang-kadang sekali gus jadi peraturan dalam kelompok mereka.

Beberapa saat telah ditunggu. Benar Sang Rajawali tidak membuka mulut terhadap soalan itu.

"Bila sebenarnya terjadi peristiwa itu, Sang Raja?" tanya si burung jinjang. Ia waris dari utara yang belum banyak tahu tentang adat istiadat di Poros Loro dan rantau Melayu.

"Jangan terlalu banyak menyoal Sang Raja!" potong Sang Bubut. Tetapi suaranya tidak melebihi ketinggian suara Sang Rajawali. Matanya tajam menerkam ke lubuk hati si burung jinjang. "Fahami dan tunaikan tugas!" katanya, "itu adat di Timur."

Kalau begitu semua yang hadir menunggu kata-kata selanjutnya.

"Maka adalah menjadi kewajipan sekalian yang hadir ini, mencari di mana anak kita itu berada," suara Sang Rajawali.

Kemudian, setelah lama, ia menyambung, "Selamatkan segera jikalau ia dalam bahaya. Bawa pulang segera setelah ia dijumpai di mana-mana!"

Maka sekalian yang hadir pun bersurai. Gaplah dan riuh dengan berita sedih. Mereka krcacau untuk membahagi- bahagikan tugas mencari. Mereka hams berpecah, terbang jauh meninggakan Poros Loro, bersebar ke empat penjuru alam. Faharni dan tunaikan tugas. Itu adat di Timur!

Page 101: (S.E.A. Write Award) 1986

Ini suatu petaka besar dari suatu kejadian yang hampir sama sekali tidak pernah berlaku. Tetapi narnpaknya hams dihadapi, dan diterima hakikatnya oleh semua yang ada. Betapa anak sebagai pewaris unggas yang terpilih, lenyap, tanpa sedikit pun meninggalkan tanda bekas. Angkara siapa? Angkara apa?

Tidak pernah tersurat dalam sejarah, tidak juga terjumpa dalam kitab-kitab lama, termasuklah dalam buku-buku sastera Rom lama tentang kejadian itu. Mengapakah pula ia terjadi di sebelah sini? Apakah mereka perlu meneliti semula naskhah- naskhah lama. Apakah Sang Geroda membuat onar lagi? Adakah Sang Dewa menjelma, dan cuba memasbukkan diri dalam kehidupan moden seperti yang dibuat oleh leluhurnya dahulu?

Kehalusan suara-suara pertanyaan demikian tidak akan pernah terjawab. Hanya ramai yang percaya, hanya kegilaan otak dan ketidaksiumanan manusia gila sahaja yang selalu menjawab secara positif. Tetapi itu pun mereka belum tahu hujung pangkalnya.

Setelah tiga hari menunaikan tugas, kembali para peserta sidang berkumpul. Dan pada baris belakang berduyun- duyun pula penduduk asal Poros Loro yang rasa terbawa dan terpanggil bersama untuk mendengar ehwal perkembangan negeri.

Selang seketika runduklah Sang Rajawali yang tidak kurang masyghulnya, lalu menanyakan perkhabaran yang diperolehi. Agak malu sekalian yang hadir kerana tiada perkhabaran yang dapat diperikan. Kesemua penjuru mata angin telah dicari, namun tak terjumpa sebarang tanda, tak tersua sebarang bekas yang menunjukkan di mana beradanya si anak kesayangan.

Tetapi setelah senyap terlalu lama, muncullah seekor burung kecil yang arnat berani. Ia memasuki daerah-daerah keramaian manusia untuk mencari-cari khabar jika ada sesuatu yang baru, dan disembunyikan. Dengan kecil badan, pantas, dan cikar barang langkahnya, dan kelincahan milik asalnya, apalagi dengan bulu hijaunya, hampir sewarna dengan daun-daun, dan mudah turut kabur dalam cahaya samar, si taripas larat terbang melayang lalu menghadap horrnat, di tengah persidangan.

Page 102: (S.E.A. Write Award) 1986

Dengan suara yang nyaring dan tajam ia berkata, "Setelah diperiksa merata-rata, maka akan anak kesayangan Sang Raja itu dapatlah diketahui."

Sekalian yang hadir amat terkejut. Wah, bagaimana pintarnya si taripas larat ini! Dipirik-pirik pun ia nuhun! Memang ia terkenal dengan suku burung yang sanggup memasuki setiap lubang pohon dan punggur, dan tempat-tempat sulit kediaman manusia.

"Di mana anak kita, wahai burung kecil, si taripas larat?" tanya Sang Rajawali segera.

"Ia ada dalam peliharaan manusia." "Karenah manusia ini lagi?" "Benar, Sang Raja." "Di manakah itu?" "Di dalam zoo, Sang Raja! Maaf!" "Di dalam zoo? Untuk jadi tontonan manusia? Itu sama

sekali tidak setimpal dengan kedudukan anak kita!" "Benar, si anak kecil dipelihara baik-baik dalam sangkar,

sangkarnya besi, dikunci, dijaga siang dan malam. Setelah besar nanti, ia akan ditempatkan dalam sebuah sangkar yang lebih kukuh, untuk jadi tontonan manusia!"

"Sungguh biadabnya manusia! Syaitan!" sumpah seranah Sang Rajawali.

"Kalau begitu, apa arahan selanjutnya, Sang Raja?" tanya Sang Bubut. Ia terkuling-kuling mencari si kecil yang berani itu.

Inilah pertama kali kejadian serupa ini berlaku, sepanjang ingatan Sang Bubut. Satu kejadian lima puluh tahun yang lalu menurut cerita orang-orang berumur, sarang Sang Rajawali melambung ke udara diterbangkan ribut. Dua ekor anak di dalarnnya diterbangkan angin lalu jatuh ke dalam laut. Tetapi nasib dapat lekas diketahui, lalu dapat diselamatkan, dan dapat dibawa kembali ke dalam sarang bam yang dapat disiapkan secara segera. Sang Bubut termenung sejenak mengingatkan sebuah petaka lama itu. Sebuah petaka lama akan terus mengundang pindah. Tetapi orang berfikir tidak hams berulang lagi, dan tidak hams dikenang terlalu lama. Kerana yang lalu

Page 103: (S.E.A. Write Award) 1986

kita telah tahu bagaimana cara menghadapinya. Tetapi petaka yang baru ini dalam situasi yang lain. Ia dikurung dan dikunci manusia. Kata-kata dari suara yang tidak dapat didengar itu terus tersorok dalam hatinya.

"Kerana ia anak daripada unggas yang terpilih, kita perintahkan sekalian kamu melepaskannya, dan bawa ia pulang dengan selamat !"

Siapakah yang dapat memikirkannya, dan dapat mencari jalan untuk membebaskan si anak kecil yang terkurung dalam sangkar terkunci, dan dijaga pula dengan rapinya di kawasan zoo? Memasuki kawasan zoo dapat dikira oleh beberapa ekor burung kecil yang cergas, akan tetapi untuk dapat membuka kunci, apalagi melalui pengawal-pengawal zoo, adalah paling mustahil dapat dilakukan! Tiada sebarang alat yang dapat digunakan burung kecil untuk membuka kunci sangkarnya yang ampuh. Lagipun dengan kekuatan tiga ekor burung kecil, yang tahu memasuki lubang-lubang kecil tidak akan terdaya menerbangkan si anak kecil, yang besar yang beratnya lebih tiga kali ganda daripada mereka. Dan yang mengkhuatirkan juga, jangan-jangan si anak kecil yang sudah belajar makan itu akan memangsa burung-burung kecil yang membawanya keluar! Jika kejadian yang tidak diingini itu berlaku dalam perjalanan dalam hutan, pasti keadaan akan bertambah sulit, pasti si anak kecil yang cuba diselamatkan terjatuh, dan tiada siapa yang dapat menolongnya lagi. Dengan yang demikian, beberapa burung kecil tidak dibenarkan pergi untuk membebaskan si anak yang terkurung itu!

Setakat itu fikiran pun menjadi buntu. Rasa ingin membebaskan si anak unggas yang terpilih bergelora dalam dada. Jikalau ia terbiar lama dalam kurungan di zoo, diberi makan oleh manusia, pasti pada suatu ketika ia akan terlupa asal usulnya. Ia tidak lagi tahu ia berasal daripada unggas, sebaliknya pada saat itu, ia akan lebih jinak kepada manusia, dan manusia pun jadi kawannya.

"Atas nama perhimpunan kita ini, Sang Raja," kata si burung kumkum kepala merah. "Kita tidak mengira apakah ia anak daripada unggas yang terpilih atau tidak, tugas kita

Page 104: (S.E.A. Write Award) 1986

sekarang untuk membebaskan kaum burung, dan sekarang menjadi kewajipan kita untuk membebaskan si anak kecil itu."

Sang Rajawali mengangkat tinggi alisnya. Matanya terpaku pada jambul ungu si kumkum kepala merah. Ia memang sungguh indah, dan menambahkan kehebatan si unggas gunung yang liar itu.

"Adakah karnu bersetuju dengan pendapatnya itu, Sang Bubut?" tanya Sang Rajawali.

"Yah, saya memang setuju," kata Sang Bubut. "Di dalam- nya ada solidaritas dan demokrasi, iaitu suatu yang sudah lama kita ingin wujudkan."

Maka selepas itu bertaburanlah semua unggas, terbang ke arah selatan menuju petunjuk Sang Taripas larat ke tempat zoo itu terletak.

Dalarn hatinya si rajawali berkata, jikalau anakku selamat sampai ke pangkuanku, mintalah apa yang kamu mau, nescaya akan kukabulkan.

Aku? Mas Idi.

Kiarong 15.4.2004

Page 105: (S.E.A. Write Award) 1986

Biodata

WANG HAJI MUSLIM bin Haji Burut atau lebih dikenali dengan nama Muslim Burmat dilahirkan

pada 15 April 1943 di Kampung Kiarong, Negara Brunei Darussalam. Muslim Burmat mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Pernah mengikuti pelbagai kursus di dalam dan luar negeri antaranya, kursus di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1968-1969), Kursus Penulisan dan Pengeluaran Buku di Institute of Education on Tropical Areas, University London (1971-1972).

Beliau mula berkhidmat dengan kerajaan dalam tahun 1964 sebagai Kerani di Jabatan Tanah. Oleh kerana minat dalam bidang penulisan, Muslim Burmat berpindah ke Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menjawat jawatan Penolong Pengarang dan seterusnya dinaikkan pangkat ke beberapa jawatan iaitu, Pengarang, Pengarang Kanan, dan Pegawai Bahasa. Pada 14 Julai 1996 Muslim Burmat telah bersara daripada perkhidmatan kerajaan setelah berkhidmat lebih tiga dekad. Dalam tahun yang sama beliau dilantik menjadi Fellowship di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam.

Page 106: (S.E.A. Write Award) 1986

Muslim Burmat mula berkarya sejak di bangku sekolah dengan menceburi bidang penulisan cerita kanak- kanak yang kemudian berkembang dalam bidang cerpen dan novel. Karya-karyanya mendapat tempat melalui media dalam dan luar negeri seperti: Harison, Dewan Sastera, Bahana, Pelita Brunei, Mekar, Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, Bintang Harian, Salam, Suara Brunei, dan Karya. Hingga kini beliau telah berjaya menghasilkan beberapa buah antologi cerpen perseorangan seperti Pelarian (DBP - 1977) dan Dari Sini Kita Bermula (DBP - 1993); antologi cerpen bersama, antaranya Tali Kikik Tali Teraju (DBP - 1976), Puncak Bicara (DBP - 1985), Rantau Utara (1989) dan Meniti Waktu, (DBP - 1993); kumpulan cerpen dan puisi kanak- kanak, Anak Raja Zkan (DBP - 1980); antologi cerpen dan puisi bersama, Jambatan Usia (DBP - 1998); dan bebera- pa buah novel seperti: Lari Bersama Musim (DBP - 1982), Hadiah Sebuah Zmpian (DBP - 1983), Puncak Pertama (DBP - 1988), Sebuah Pantai Di Negeri Asing (Azza Publisher - 1993, Terbenamnya Matahari (DBP - 1996), Urih Pesisir (UBD - 1999), Makna Sebuah Ladang (DBP - 2002), Terbang Tinggi (UBD - 2002), dan Maka (DBP - 2004), Debu Berterbangan, Puntung dalam Gerimis, Gelas di Atas Meja, Manisku Sayang, dan Jalinan meru- pakan kumpulan cerpen terbitan Biro Kesusasteraan Borneo, Sarawak, Malaysia.

Sumbangan dan pencapaian Muslim Burmat dalam memperkaya dan memperkasa nilai kesusasteraan Melayu bangsanya melalui penulisan novel dan cerpen di samping keterlibatannya dalarn kegiatan sastera telah mengangkat dirinya sebagai penerima The South East Asia Write Award (Anugerah Penulis Asia Tenggara, Bangkok -

Page 107: (S.E.A. Write Award) 1986

1986), Anugerah Sastera Nusantara (Johor Bahru - 1999), Hadiah Sastera MASTERA (Malaysia - 2001), dan Tokoh Sastera Brunei Darussalam (Brunei Darussalam - 2002).

Walaupun sibuk dengan urusan perniagaannya, Muslim Burmat tetap aktif berkarya sebagai sumbangan yang cukup berharga untuk bangsa, agama, dan tanah aim y a.

Page 108: (S.E.A. Write Award) 1986