bahasa melayu di persada dunia kursi pengajian melayu … · s ebanyak empat kursi pengajian melayu...

1
S ebanyak empat Kursi Pengajian Melayu telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia di empat buah universiti di seluruh dunia. Misi utama penubuhan Kursi terse- but adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia terha- dap kebudayaan Melayu. Di New Zealand, Kursi Pengajian Melayu telah diwujudkan sejak dari bulan Mac 1996 lagi, iaitu di Victoria University of Wellington. Idea mewujudkan Kursi Pengajian Bahasa Melayu di New Zealand, dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kursi itu telah disandang buat kali pertamanya oleh Profesor Datuk Dr. Hood bin Haji Mohd. Salleh dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah me- nyandang Kursi Pengajian Melayu tersebut bermula dari tahun 1997 hingga tahun 2000. Pada tahun 1999, sebuah Pusat Sumber Malaysia di Wellington telah ditubuhkan di Victoria University of Wellington. Penubuhan Pusat Sumber ini adalah bertujuan untuk memberi sokongan kepada fungsi Kerusi Pengajian Melayu di Universiti tersebut. Perpustakaan Negara Malaysia (PNB) telah diper- tanggungjawabkan untuk membe- kalkan bahan rujukan terbitan negara Malaysia yang bersesuaian, untuk rujukan para penyelidik dan pengkaji yang berminat mem- buat kajian terutamanya mengenai Malaysia. Penubuhan Pusat Sumber ini juga dapat mengurangkan kebergantung- an para penyelidik kepada sumber luar yang tentunya memberikan perspektif yang berbeza berbanding dengan sumber yang dibekalkan terus dari Malaysia berdasarkan perspektif orang Malaysia sendiri. Datuk Profesor Dr. Yaacob Harun, pensyarah dari Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya telah dipilih menjadi penyandang kedua Kursi Pengajian Melayu meng- gantikan Profesor Datuk Dr. Hood bin Haji Mohd. Salleh yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada akhir tahun 2000. Datuk Profesor Dr. Yaacob Harun telah menduduki kursi tersebut selama empat tahun yang bermula dari awal tahun 2001 sehingga ke penghu- jung tahun 2004. Kepakaran beliau ialah dalam bidang kebudayaan dan masyarakat Melayu terutamanya dalam kajian kekeluargaan. Pada awal tahun 2005, Kursi Pengajian Melayu di Victoria University of Wellington telah diisi oleh penyandangnya yang ketiga iaitu Profesor Ungku Maimunah binti Mohd. Tahir. Beliau merupa- kan Ketua Felo Penyelidik, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan pakar dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Beliau akan menyandang Kursi tersebut untuk tempoh tiga tahun. Selain Victoria University of Wellington, New Zealand, Kursi Pengajian Melayu juga telah diwujudkan di Leiden University, Belanda; University of Ohio, Amerika Syarikat dan Beijing Foreign Studies University, China. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Kursi Pengajian Melayu di New Zealand U capan syabas harus diberikan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Pahang Darul Makmur kerana mengambil inisia- tif untuk membetulkan kesalahan bahasa pada papan tanda di jalan- jalan raya di seluruh negeri Pahang Darul Makmur. Gambar-gambar ini dirakam- kan oleh Dr. S. Nathesan semasa dalam lawatan kerja beliau ke Pahang. Menurutnya, semua papan tanda di jalan-jalan di ne- geri Pahang sudah menggunakan ungkapan yang betul, iaitu "AWAS SELEKOH BERBAHAYA" tidak seperti di kebanyakan papan tanda di negeri-negeri lain yang masih menggunakan. "AWAS SELEKOH MERBAHAYA". Kata nama "bahaya" boleh menerima imbuhan ber-, menjadi "berbahaya", tetapi tidak ada imbuh- an mer-, dalam bahasa Melayu. Oleh itu, "merbahaya" adalah salah, walaupun sering digunakan orang. Namun demikian, "KURANG- KAN LAJU" seharusnya ditu- karkan kepada "KURANGKAN KELAJUAN", kerana perkataan "kurangkan" harus diikuti kata nama terbitan "kelajuan" bukannya kata sifat "laju". Semoga pihak JKR negeri Pahang Darul Makmur akan membetulkan kesalahan bahasa tersebut, dan semoga JKR di negeri-negeri lain akan mengambil langkah yang sama seperti JKR negeri Pahang Darul Makmur. Dewan Bahasa dan Pustaka sedia memberi khidmat nasihat bahasa (KNB) secara percuma kepada orang ramai. Sila layari http://www.dbp.gov.my Hantarkan sebarang ke- salahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: mashitah@dbp. gov.my atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. BH PILIH L12 18 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG P apan iklan yang mempro- mosikan Uda Ocean (UO) Superstore dengan slogan Untung Orangramai nampaknya tidak mengutamakan bahasa nan indah dan betul. Ungkapan Superstore yang dipamerkan pada papan iklan tersebut seharusnya diterjemahkan kepada Gedung. Meskipun terdapat ungkap- an bahasa Melayu dalam iklan tersebut, penggunaannya me- nyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu. Slogan Untung Orangramai seharusnya ditukarkan kepada "Menguntungkan Orang Ramai" atau "Untung untuk Orang Ramai". "Orang ramai" mestilah dieja sebagai dua perkataan. Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya mem- beri perhatian dalam hal ini, dan menyarankan kepada pihak ber- kenaan agar merujuk DBP terlebih dahulu. [email protected] Untung Orangramai? APA SUDAH JADI? Oleh: Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor Syabas JKR Pahang Darul Makmur Prof. Ungku Maimunah Mohd. Tahir. Prof. Datuk Dr. Hood Salleh GEDUNG ILMU: Kampus Victoria University of Wellington. PRIHATIN: Perkataan "merbahaya" sudah digantikan dengan berbahaya, namun begitu perkataan "kurangkan" perlu diikuti oleh "kelajuan" bukan laju.

Upload: builiem

Post on 20-Jun-2019

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Sebanyak empat Kursi Pengajian Melayu telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia di empat

buah universiti di seluruh dunia. Misi utama penubuhan Kursi terse-but adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dunia terha-dap kebudayaan Melayu.

Di New Zealand, Kursi Pengajian Melayu telah diwujudkan sejak dari bulan Mac 1996 lagi, iaitu di Victoria University of Wellington. Idea mewujudkan Kursi Pengajian Bahasa Melayu di New Zealand, dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Kursi itu telah disandang buat kali pertamanya oleh Profesor Datuk Dr. Hood bin Haji Mohd. Salleh dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau telah me-nyandang Kursi Pengajian Melayu tersebut bermula dari tahun 1997 hingga tahun 2000.

Pada tahun 1999, sebuah Pusat Sumber Malaysia di Wellington telah ditubuhkan di Victoria University of Wellington. Penubuhan Pusat Sumber ini adalah bertujuan

untuk memberi sokongan kepada fungsi Kerusi Pengajian Melayu di Universiti tersebut. Perpustakaan Negara Malaysia (PNB) telah diper-tanggungjawabkan untuk membe-kalkan bahan rujukan terbitan negara Malaysia yang bersesuaian, untuk rujukan para penyelidik dan pengkaji yang berminat mem-buat kajian terutamanya mengenai Malaysia.

Penubuhan Pusat Sumber ini juga dapat mengurangkan kebergantung-an para penyelidik kepada sumber luar yang tentunya memberikan perspektif yang berbeza berbanding dengan sumber yang dibekalkan

terus dari Malaysia berdasarkan perspektif orang Malaysia sendiri.

Datuk Profesor Dr. Yaacob Harun, pensyarah dari Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya telah dipilih menjadi penyandang kedua Kursi Pengajian Melayu meng-gantikan Profesor Datuk Dr. Hood bin Haji Mohd. Salleh yang telah menamatkan perkhidmatan beliau pada akhir tahun 2000. Datuk Profesor Dr. Yaacob Harun telah menduduki kursi tersebut selama empat tahun yang bermula dari awal tahun 2001 sehingga ke penghu-jung tahun 2004. Kepakaran beliau ialah dalam bidang kebudayaan dan

masyarakat Melayu terutamanya dalam kajian kekeluargaan.

Pada awal tahun 2005, Kursi Pengajian Melayu di Victoria University of Wellington telah diisi oleh penyandangnya yang ketiga iaitu Profesor Ungku Maimunah binti Mohd. Tahir. Beliau merupa-kan Ketua Felo Penyelidik, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan

Malaysia, dan pakar dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Beliau akan menyandang Kursi tersebut untuk tempoh tiga tahun.

Selain Victoria University of Wellington, New Zealand, Kursi Pengajian Melayu juga telah diwujudkan di Leiden University, Belanda; University of Ohio, Amerika Syarikat dan Beijing Foreign Studies University, China.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Kursi Pengajian Melayu di New Zealand

Ucapan syabas harus diberikan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Pahang Darul

Makmur kerana mengambil inisia-tif untuk membetulkan kesalahan bahasa pada papan tanda di jalan-jalan raya di seluruh negeri Pahang Darul Makmur.

Gambar-gambar ini dirakam-kan oleh Dr. S. Nathesan semasa dalam lawatan kerja beliau ke Pahang. Menurutnya, semua

papan tanda di jalan-jalan di ne-geri Pahang sudah menggunakan ungkapan yang betul, iaitu "AWAS SELEKOH BERBAHAYA" tidak seperti di kebanyakan papan tanda di negeri-negeri lain yang masih menggunakan. "AWAS SELEKOH MERBAHAYA".

Kata nama "bahaya" boleh menerima imbuhan ber-, menjadi "berbahaya", tetapi tidak ada imbuh-

an mer-, dalam bahasa Melayu. Oleh itu, "merbahaya" adalah salah, walaupun sering digunakan orang.

Namun demikian, "KURANG-KAN LAJU" seharusnya ditu-karkan kepada "KURANGKAN KELAJUAN", kerana perkataan "kurangkan" harus diikuti kata nama terbitan "kelajuan" bukannya kata sifat "laju".

Semoga pihak JKR negeri Pahang

Darul Makmur akan membetulkan kesalahan bahasa tersebut, dan semoga JKR di negeri-negeri lain akan mengambil langkah yang sama seperti JKR negeri Pahang Darul Makmur.

Dewan Bahasa dan Pustaka sedia memberi khidmat nasihat bahasa (KNB) secara percuma kepada orang ramai. Sila layari http://www.dbp.gov.my

Hantarkan sebarang ke-salahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

BH PILIH L12 18 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Papan iklan yang mempro-mosikan Uda Ocean (UO) Superstore dengan slogan

Untung Orangramai nampaknya tidak mengutamakan bahasa nan indah dan betul. Ungkapan Superstore yang dipamerkan pada papan iklan tersebut seharusnya diterjemahkan kepada Gedung.

Meskipun terdapat ungkap-an bahasa Melayu dalam iklan tersebut, penggunaannya me-nyalahi hukum tatabahasa bahasa

Melayu. Slogan Untung Orangramai

seharusnya ditukarkan kepada "Menguntungkan Orang Ramai" atau "Untung untuk Orang Ramai". "Orang ramai" mestilah dieja sebagai dua perkataan.

Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) seharusnya mem-beri perhatian dalam hal ini, dan menyarankan kepada pihak ber-kenaan agar merujuk DBP terlebih dahulu. [email protected]

Untung Orangramai?

APA SUDAH JADI?

Oleh: Wan Mohd Saophy AmizulWan Mansor

Syabas JKR Pahang

Darul Makmur

Prof. Ungku Maimunah Mohd. Tahir. Prof. Datuk Dr. Hood Salleh GEDUNG ILMU: Kampus Victoria University of Wellington.

PRIHATIN: Perkataan "merbahaya" sudah digantikan dengan berbahaya, namun begitu perkataan "kurangkan" perlu diikuti oleh "kelajuan" bukan laju.