bahasa melayu di persada dunia puisi dua negara ... · agar kolaborasi budaya antara bangladesh...

1
D alam usaha untuk terus memartabatkan sastera dan budaya Melayu, puisi-puisi hebat karya dua orang sastera- wan negara, Datuk Dr. A. Samad Said dan Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) diterjemahkan dalam bahasa Bangladesh oleh penyair terkenal negara itu, Aminur Rahman dan dihim- punkan dalam sebuah antologi. Majlis pelancaran buku tersebut diadakan di Dewan Bankuet, Menara DBP pada 31 Disember tahun lalu dan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Tuan Yang Terutama M. Khairuzzaman. Majlis pelancaran yang diada- kan di negara ini merupakan ini- siatif Puan Rieta Rahman yang juga seorang penyair dan isteri kepada Tuan Yang Terutama M. Khairuzzaman, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia dengan kerjasama DBP, PENA dan Persatuan Sastera Bandingan, Malaysia. Dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran tersebut, beliau mengatakan bahawa ini adalah titik permulaan kepada hubungan baru dalam perspek- tif sastera dan budaya antara Bangladesh dengan Malaysia. Selain itu, beliau juga turut berharap agar hubungan ini akan terus mekar pada masa akan datang. Di samping turut membaca sebuah puisi daripada antologi tersebut dengan ter- jemahannya disampaikan oleh Aminur Rahman. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, Aminur Rahman, pegawai-pegawai dari kedutaan Bangladesh dan penggiat-penggiat sastera tanah air. Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan balasnya pula menga- takan DBP sangat berbangga dengan usaha ini dan berharap agar kolaborasi budaya antara Bangladesh dengan negara ini akan berterusan. Beliau turut membaca puisi Bangunkan Tanah Airku karya Rabindranath Tagore yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Pelancaran buku Antologi Datuk Dr. A. Samad Said dan Datuk’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Baca Puisi telah pun dilaksanakan di Dhaka, Bangladesh pada 24 November tahun yang lalu. Pelbagai acara telah diatur bersempena dengan majlis pelancaran antologi terse- but antaranya termasuklah sesi bertemu dengan teman-teman artis, rakan-rakan penyair dan sesi temu ramah dengan stesen- stesen televisyen. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 23 Januari 2008 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Puisi Dua Negara Memartabatkan Sastera dan Budaya BH PILIH L12 19 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG B aru-baru ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah menganjurkan dua "Roadshow" Isu Kenaikan Harga Barang” yang berlangsung pada 6 Januari 2008 di Seremban, Negeri Sembilan dan 14 Januari 2008 di Melaka International Trade Centre. Program yang bertujuan men- jelaskan isu kenaikan harga barang seperti minyak dan tepung kepada masyarakat serta memberikan jaminan masalah bekalannya akan diatasi, seharusnya tidak menge- sampingkan penggunaan bahasa Melayu. Jika diterjemahkan secara harfiah, Istilah ”road show” akan menjadi "persembahan dalam kun- jungan". Memandangkan terjema- han langsung ini panjang, tidak indah dan menarik, pakar isti- lah Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) berusaha mencari padanan yang lebih tepat, ringkas dan se- suai dengan menggunakan bahasa sukuan yang terdapat dalam baha- sa Melayu. Justeru, ungkapan "jerayawara" bagi menggantikan kata "road show" ini telah lama disepakati oleh pakar istilah yang dilantik oleh DBP. Istilah "jerayawara" ini terbentuk melalui proses peng- gabungan kata ”jeraya” dan "wara". Menurut etimologi, kata "jeraya" berasal daripada bahasa sukuan Brunei Darussalam dan dipopular- kan oleh suku kaum di Sarawak, yang bermaksud "jalan raya" kemudian digabungkan dengan kata ”wara” atau "wara-wara" dari- pada bahasa Jawa yang bermaksud "umum" atau "pengumuman". Oleh itu, pemilihan kata "jeraya- wara" menurut takrifan Kamus Dewan edisi keempat adalah tepat, menarik dan sesuai digunakan. Takrifannya ialah "persembahan, pameran, ceramah dan sebagain- ya yang diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dan sebagainya) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan mem- berikan hiburan, menjelaskan ses- uatu isu kepada orang ramai, mem- promosikan sesuatu dan sebagain- ya." Dalam hal ini, pihak KPDNHEP seharusnya prihatin dan menye- mak terlebih dahulu penggunaan kata "roadshow" itu sebelum meng- gunakannya kerana program ini bukan sahaja melibatkan pel- bagai agensi kerajaan, pengilang, peniaga, ketua jabatan dan orang awam malahan masyarakat pel- bagai peringkat di seluruh nega- ra. Tambahan pula, KPDNHEP itu sendiri merupakan salah satu agensi kerajaan yang seharusnya memperkasakan bahasa kebang- saan yang baik, betul dan santun serta memperluas penggunaan- nya secara menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006: Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Tanggungjawab memperkasakan bahasa kebangsaan bukan tang- gungjawab DBP semata-mata tetapi merupakan tanggungjawab semua pihak. Pertanyaan tentang aspek penggunaan bahasa yang betul boleh dihubungi melalui talian 03-2148 1960, 5887, 5905 dan 2139. Oleh Normala Mohamad Yusof Oleh Zaidah Ahmad Rosly APA SUDAH JADI? H awa dingin ada alat gantinya? Di mana alat ganti tersebut dapat diperoleh? Persoalan ini muncul kerana di Taman Maju Jaya, Kuala Lumpur ada kedai yang men- jual alat ganti hawa dingin. Lazimnya, hawa atau udara akan menjadi dingin secara semula jadi apabila hari hujan. Selain itu, udara juga akan menjadi dingin apabila didinginkan oleh “alat hawa dingin” atau juga dikenali dengan “penya- man udara”. Istilah “alat hawa din- gin” merupakan padanan kepada istilah air-conditioner dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Melayu, isti- lah tersebut juga boleh dipadankan dengan istilah “penyaman udara”. Apabila telah lama digunakan “alat hawa dingin” atau “penyaman udara” perlu diselenggara atau di- servis, dan ada kalanya komponen atau alat tertentu perlu diganti. Komponen atau alat tertentu inilah yang dikenali dengan alat ganti, dan akan digunakan untuk meng- gantikan alat-alat dalam “penyaman udara” atau “alat hawa dingin” yang rosak, bukannya untuk menggan- tikan “hawa dingin” kerana “hawa dingin” tidak ada alat gantinya. Yang ada alat gantinya ialah alat hawa dingin dan alat ganti tersebut boleh dibeli di kedai alat ganti hawa dingin. Jadi, nama premis atau kedai di Taman Maju Jaya sebenarnya tidak tepat dan sepatutnya diubah men- jadi “Penjual Alat Ganti Alat Hawa Dingin” atau “Penjual Alat Ganti Penyaman Udara”. Pihak berkenaan yang bertanggungjawab dalam melu- luskan pendaftaran nama syarikat sepatutnya lebih teliti dalam melu- luskan pendaftaran sesuatu nama syarikat supaya nama yang didaftar- kan adalah tepat dari segi penggu- naan bahasa kebangsaan. Begitu juga pihak yang bertanggungjawab dalam meluluskan pemasangan papan tanda premis perniagaan. Hantarkan sebarang kesa- lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.:03-21485887. Hadiah isti- mewa menunggu anda. Alat Ganti Hawa Dingin? Roadshow? Mengapa Tidak Jerayawara! Oleh Zaidi Ismail BANGGA: Pelancaran Antologi dan Baca Puisi di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini SEPAKAT: Sasterawan Negara (Dari kiri), Ketua Pengarah DBP, Pesuruhjaya Bangladesh ke Malaysia bersama dua orang karyawan tersohor, Datuk Kemala dan Aminur Rahman.

Upload: hoangbao

Post on 11-Mar-2019

270 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Puisi Dua Negara ... · agar kolaborasi budaya antara Bangladesh dengan negara ini akan berterusan. Beliau turut membaca puisi Bangunkan Tanah ... ahli

Dalam usaha untuk terus memartabatkan sastera dan budaya Melayu, puisi-puisi

hebat karya dua orang sastera-wan negara, Datuk Dr. A. Samad Said dan Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) diterjemahkan dalam bahasa Bangladesh oleh penyair terkenal negara itu, Aminur Rahman dan dihim-

punkan dalam sebuah antologi. Majlis pelancaran buku tersebut diadakan di Dewan Bankuet, Menara DBP pada 31 Disember tahun lalu dan dirasmikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, Tuan Yang Terutama M. Khairuzzaman.

Majlis pelancaran yang diada-kan di negara ini merupakan ini-siatif Puan Rieta Rahman yang juga seorang penyair dan isteri

kepada Tuan Yang Terutama M. Khairuzzaman, Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia dengan kerjasama DBP, PENA dan Persatuan Sastera Bandingan, Malaysia. Dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran tersebut, beliau mengatakan bahawa ini adalah titik permulaan kepada hubungan baru dalam perspek-tif sastera dan budaya antara Bangladesh dengan Malaysia.

Selain itu, beliau juga turut berharap agar hubungan ini akan terus mekar pada masa akan datang. Di samping turut membaca sebuah puisi daripada antologi tersebut dengan ter-jemahannya disampaikan oleh Aminur Rahman. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, Aminur Rahman, pegawai-pegawai dari kedutaan Bangladesh dan penggiat-penggiat sastera tanah air.

Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah dalam ucapan balasnya pula menga-takan DBP sangat berbangga dengan usaha ini dan berharap agar kolaborasi budaya antara

Bangladesh dengan negara ini akan berterusan. Beliau turut membaca puisi Bangunkan Tanah Airku karya Rabindranath Tagore yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu.

Pelancaran buku Antologi Datuk Dr. A. Samad Said dan Datuk’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Baca Puisi telah pun dilaksanakan di Dhaka, Bangladesh pada 24 November tahun yang lalu. Pelbagai acara telah diatur bersempena dengan majlis pelancaran antologi terse-but antaranya termasuklah sesi bertemu dengan teman-teman artis, rakan-rakan penyair dan sesi temu ramah dengan stesen-stesen televisyen.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 23 Januari 2008

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Puisi Dua Negara Memartabatkan Sastera dan Budaya

BH PILIH L12 19 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Baru-baru ini Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

(KPDNHEP) telah menganjurkan dua "Roadshow" Isu Kenaikan Harga Barang” yang berlangsung pada 6 Januari 2008 di Seremban, Negeri Sembilan dan 14 Januari 2008 di Melaka International Trade Centre.

Program yang bertujuan men-jelaskan isu kenaikan harga barang seperti minyak dan tepung kepada masyarakat serta memberikan jaminan masalah bekalannya akan diatasi, seharusnya tidak menge-

sampingkan penggunaan bahasa Melayu.

Jika diterjemahkan secara harfiah, Istilah ”road show” akan menjadi "persembahan dalam kun-jungan". Memandangkan terjema-han langsung ini panjang, tidak indah dan menarik, pakar isti-lah Dewan Bahasa dan Pusataka (DBP) berusaha mencari padanan yang lebih tepat, ringkas dan se-suai dengan menggunakan bahasa sukuan yang terdapat dalam baha-sa Melayu.

Justeru, ungkapan "jerayawara" bagi menggantikan kata "road show" ini telah lama disepakati oleh pakar istilah yang dilantik

oleh DBP. Istilah "jerayawara" ini terbentuk melalui proses peng-gabungan kata ”jeraya” dan "wara". Menurut etimologi, kata "jeraya" berasal daripada bahasa sukuan Brunei Darussalam dan dipopular-kan oleh suku kaum di Sarawak, yang bermaksud "jalan raya" kemudian digabungkan dengan kata ”wara” atau "wara-wara" dari-pada bahasa Jawa yang bermaksud "umum" atau "pengumuman".

Oleh itu, pemilihan kata "jeraya-wara" menurut takrifan Kamus Dewan edisi keempat adalah tepat, menarik dan sesuai digunakan. Takrifannya ialah "persembahan, pameran, ceramah dan sebagain-

ya yang diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dan sebagainya) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan mem-berikan hiburan, menjelaskan ses-uatu isu kepada orang ramai, mem-promosikan sesuatu dan sebagain-ya."

Dalam hal ini, pihak KPDNHEP seharusnya prihatin dan menye-mak terlebih dahulu penggunaan kata "roadshow" itu sebelum meng-gunakannya kerana program ini bukan sahaja melibatkan pel-bagai agensi kerajaan, pengilang, peniaga, ketua jabatan dan orang awam malahan masyarakat pel-bagai peringkat di seluruh nega-ra. Tambahan pula, KPDNHEP itu sendiri merupakan salah satu

agensi kerajaan yang seharusnya memperkasakan bahasa kebang-saan yang baik, betul dan santun serta memperluas penggunaan-nya secara menyeluruh dalam Perkhidmatan Awam seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006: Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Tanggungjawab memperkasakan bahasa kebangsaan bukan tang-gungjawab DBP semata-mata tetapi merupakan tanggungjawab semua pihak.

Pertanyaan tentang aspek penggunaan bahasa yang betul boleh dihubungi melalui talian 03-2148 1960, 5887, 5905 dan 2139.

Oleh Normala Mohamad Yusof

Oleh Zaidah Ahmad Rosly

APA SUDAH JADI?

Hawa dingin ada alat gantinya? Di mana alat ganti tersebut dapat diperoleh? Persoalan ini

muncul kerana di Taman Maju Jaya, Kuala Lumpur ada kedai yang men-jual alat ganti hawa dingin.

Lazimnya, hawa atau udara akan menjadi dingin secara semula jadi apabila hari hujan. Selain itu, udara juga akan menjadi dingin apabila didinginkan oleh “alat hawa dingin” atau juga dikenali dengan “penya-

man udara”. Istilah “alat hawa din-gin” merupakan padanan kepada istilah air-conditioner dalam bahasa Inggeris. Dalam bahasa Melayu, isti-lah tersebut juga boleh dipadankan dengan istilah “penyaman udara”.

Apabila telah lama digunakan “alat hawa dingin” atau “penyaman udara” perlu diselenggara atau di-servis, dan ada kalanya komponen atau alat tertentu perlu diganti. Komponen atau alat tertentu inilah yang dikenali dengan alat ganti, dan akan digunakan untuk meng-

gantikan alat-alat dalam “penyaman udara” atau “alat hawa dingin” yang rosak, bukannya untuk menggan-tikan “hawa dingin” kerana “hawa dingin” tidak ada alat gantinya. Yang ada alat gantinya ialah alat hawa dingin dan alat ganti tersebut boleh dibeli di kedai alat ganti hawa dingin.

Jadi, nama premis atau kedai di Taman Maju Jaya sebenarnya tidak tepat dan sepatutnya diubah men-jadi “Penjual Alat Ganti Alat Hawa Dingin” atau “Penjual Alat Ganti Penyaman Udara”. Pihak berkenaan yang bertanggungjawab dalam melu-luskan pendaftaran nama syarikat

sepatutnya lebih teliti dalam melu-luskan pendaftaran sesuatu nama syarikat supaya nama yang didaftar-kan adalah tepat dari segi penggu-naan bahasa kebangsaan. Begitu juga pihak yang bertanggungjawab dalam meluluskan pemasangan papan tanda premis perniagaan.

Hantarkan sebarang kesa-lahan atau kesilapan bahasa

kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.:03-21485887. Hadiah isti-mewa menunggu anda.

Alat Ganti Hawa Dingin?

Roadshow? Mengapa Tidak Jerayawara!

Oleh Zaidi Ismail

BANGGA: Pelancaran Antologi dan Baca Puisi di Dhaka, Bangladesh baru-baru iniSEPAKAT: Sasterawan Negara (Dari kiri), Ketua Pengarah DBP, Pesuruhjaya Bangladeshke Malaysia bersama dua orang karyawan tersohor, Datuk Kemala dan Aminur Rahman.