bahasa melayu di persada dunia siaran radio bahasa · pdf filesa utama dunia seperti bahasa...

1
P ada 1 Mac tahun ini, Siaran Bahasa Melayu (SBM), Radio Antarabangsa China (CRI), Beijing menyambut ulang tahun- nya yang ke-49. Siaran ini dahulu- nya dikenali sebagai Radio Beijing dan pertama kali dipancarkan dalam tahun 1959 selama setengah jam sahaja dengan tiga orang kaki- tangan yang mengendalikannya. Sejak itu sehinggalah sekarang, SBM dapat didengar di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, sebahagian Indonesia dan selatan Thailand. Menjelang sambutan jubli emas SBM pada tahun depan, siaran ini telah mengalami banyak per- ubahan sama ada dari segi masa siaran, mutu rancangan mahupun taraf profesionalnya. Kini, siaran tersebut ke udara selama dua jam sehari dan dikendalikan oleh kira-kira 20 orang kakitangan di Bahagian Bahasa Melayu, terma- suk seorang penasihat bahasa dari- pada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Siaran pertama pada pukul 5.30 hingga 6.30 petang, manakala siaran kedua, iaitu siaran ulang- an pada pukul 8.30 hingga 9.30 malam. Siaran Bahasa Melayu merupa- kan salah satu daripada 38 jenis siaran bahasa di CRI, termasuk bahasa Mandarin dan empat jenis dialek Cina yang ke udara setiap hari. Radio Antarabangsa China yang ditubuhkan pada 3 Disember 1941 merupakan satu-satunya stesen radio China yang menyiar- kan rancangan ke luar negara. Matlamat CRI adalah untuk me- ningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara di dunia. Justeru, terdapat kira-kira 200 jam siaran dalam pelbagai bahasa daripada bahasa-baha- sa utama dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab sehinggalah kepada bahasa yang tidak ramai penuturnya, iaitu bahasa Urdu dan bahasa Pushto. Kandungan siaran termasuk berita, renca- na semasa, rancangan khas ten- tang ekonomi, kebudayaan, sains dan teknologi, dan sebagainya. Disebabkan jaringan maklumat CRI yang luas, CRI digelar sebagai "Jambatan yang Menghubungkan China dengan Dunia" dan merupa- kan "cara yang mudah dan berke- san bagi memahami China". Siaran Bahasa Melayu CRI telah menjalin hubungan de- ngan DBP sebelum penghantaran penasihat bahasa yang pertama pada tahun 1993. Penasihat baha- sa DBP berkhidmat sebagai edi- tor yang menyemak artikel dan berita yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk siaran. Penghantaran penasi- hat bahasa setiap tahun dapat mengeratkan lagi hubungan CRI dengan DBP seiring dengan mat- lamat DBP untuk memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia. Seperti siaran radio yang lain, SBM juga mempunyai laman web yang dibuka secara rasmi pada 1 Oktober 2003. Pelbagai topik yang memberikan banyak maklumat tentang China khusus- nya turut termuat dalam laman tersebut selain berita semasa dari Malaysia. Antara maklumat yang menarik ialah waktu solat di China dan ruangan kuiz yang menyediakan hadiah berupa lawat- an ke China. Menjelang Sukan Olimpik Beijing Ogos nanti, ter- dapat soalan kuiz tentang sukan dunia tersebut. Seiring dengan teknologi komunikasi yang maju, kepetah- an penyampai SBM yang terdiri daripada orang tempatan boleh didengar melalui siaran dalam talian. Disebabkan istimewa dan menariknya laman web SBM ini, maka ia pernah diiktiraf bebera- pa kali sebagai laman web siaran radio yang terbaik di CRI. Jendela benua China akan terbuka de- ngan melayari www.cri.com.cn atau http://my.chinabroadcast.cn Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 20 Februari 2008 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Siaran Radio Bahasa Melayu di Beijing BH PILIH L12 20 emel DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG P eluang menjejakkan kaki di Tanah Besar China memberi- kan peluang kepada mantan editor Klik DBP meninjau budaya bahasa yang diamalkan di sana. Negara kita harus mencontohi sikap dan pegangan rakyat negara China yang percaya negara mereka boleh maju, membangun dan sen- tiasa dikunjungi pelancong asing meskipun mengekalkan dan mem- pertahankan bahasa ibunda mere- ka sebagai bahasa pertuturan, per- hubungan dan pemaparan nama tempat. Contohnya, Tembok Besar China yang menjadi salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia yang dikunjungi jutaan pelancong dari seluruh dunia hanya melakar- kan bahasa ibunda mereka pada monumen di kaki Tembok Besar itu. Bahasa Inggeris hanya digu- nakan mengikut keperluan semasa atau dalam penganjuran majlis pada peringkat antarabangsa, itu pun diletakkan sebagai bahasa kedua. Dari segi pemaparan, saiz hurufnya lebih kecil dan diletakkan selepas bahasa ibunda. Kami sempat merakamkan bebe- rapa lokasi yang menjadi tumpuan pelancong untuk tatapan pembaca Klik DBP. Antaranya, pemaparan papan tanda bangunan seperti monumen Tembok Besar China, hotel, muzium, pasar raya dan kedai cenderahati. Menariknya, papan tanda yang memaparkan nama Kedai Cenderahati Barangan Muslim itu dieja betul berban- ding pemaparan Souveniour Shop For Muslim Products yang dieja salah. Hal ini membuktikan betapa mereka tidak teruja untuk menggu- nakan bahasa Inggeris yang betul, iaitu souvenir. Alangkah bertu- ahnya bumi Malaysia sekiranya mempunyai rakyat seperti negara China yang megah akan bahasa ibundanya. Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung. Pertanyaan tentang aspek penggunaan bahasa yang betul boleh dihubungi melalui talian 03-2148 1960, 5887, 5905 dan 2139. Oleh Normala Mohamad Yusof Oleh Aliah Abdul Rahim APA SUDAH JADI? P apan tanda di atas didirikan oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Kelantan di kawasan-kawasan tempat letak kereta berbayar di pusat bandar Tanah Merah. Papan tanda ini didirikan untuk memaklumkan atau memberitahu pemilik kereta tentang kadar bayaran letak kere- ta dan waktu penguatkuasaannya (waktu operasi). Dari segi tujuan- nya memanglah betul, tetapi dari segi bahasa adalah sebaliknya. Dalam papan tanda terse- but, penggunaan kata “PEM- BERITAHU” sebagai “tajuknya” tidak tepat dari segi maknanya kerana kata pemberitahu bermak- sud orang yang memberitahu, dan papan tanda itu bukanlah orang yang memberitahu. Yang mem- beritahu, jika dikaitkan dengan kandungan “teks” dalam papan tanda tersebut ialah pihak MDTM. Dengan hal demikian, kata pem- beritahu sepatutnya digantikan dengan kata “pemberitahuan”, yang bermaksud 1. perihal mem- beritahukan; perbuatan (tindakan dan sebagainya.) memaklumkan (mengumumkan dan sebagainya.); 2. maklumat, kenyataan, pengu- muman. Selain kata “pemberita- huan”, kata lain yang juga boleh digunakan ialah “maklumat, ke- nyataan, atau pengumuman”. Di samping mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, pihak yang terlibat secara langsung dalam pembuatan dan pemasang- an papan tanda di tempat-tempat awam juga seharusnya lebih peka terhadap penggunaan bahasa Melayu yang tepat dan berkualiti. Dengan hal demikian, kesalahan seperti yang dipaparkan ini tidak akan berulang pada masa-masa yang akan datang. Hantarkan sebarang kesa- lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.:03-21485887. Hadiah isti- mewa menunggu anda. Siapakah yang memberitahu? Contohi Negara China Mendaulatkan Bahasa Ibunda Oleh Zaidi Ismail BAHASA IBUNDA: Penulis (kanan) berlatarkan tugu yang menggunakan bahasa tempatan. DIHARGAI: Pegawai DBP ketika ditemuramah oleh juruhebah CRI.

Upload: duongque

Post on 06-Mar-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Siaran Radio Bahasa · PDF filesa utama dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab sehinggalah ... kan "cara yang mudah ... Halaman Dua Belas BERITA

Pada 1 Mac tahun ini, Siaran Bahasa Melayu (SBM), Radio Antarabangsa China (CRI),

Beijing menyambut ulang tahun-nya yang ke-49. Siaran ini dahulu-nya dikenali sebagai Radio Beijing dan pertama kali dipancarkan dalam tahun 1959 selama setengah jam sahaja dengan tiga orang kaki-tangan yang mengendalikannya. Sejak itu sehinggalah sekarang, SBM dapat didengar di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam, sebahagian Indonesia dan selatan Thailand.

Menjelang sambutan jubli emas SBM pada tahun depan, siaran ini telah mengalami banyak per-ubahan sama ada dari segi masa siaran, mutu rancangan mahupun taraf profesionalnya. Kini, siaran tersebut ke udara selama dua jam sehari dan dikendalikan oleh kira-kira 20 orang kakitangan di Bahagian Bahasa Melayu, terma-suk seorang penasihat bahasa dari-pada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Siaran pertama pada pukul 5.30 hingga 6.30 petang, manakala siaran kedua, iaitu siaran ulang-an pada pukul 8.30 hingga 9.30 malam.

Siaran Bahasa Melayu merupa-kan salah satu daripada 38 jenis siaran bahasa di CRI, termasuk bahasa Mandarin dan empat jenis dialek Cina yang ke udara setiap hari. Radio Antarabangsa China yang ditubuhkan pada 3 Disember 1941 merupakan satu-satunya stesen radio China yang menyiar-kan rancangan ke luar negara. Matlamat CRI adalah untuk me-ningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan rakyat pelbagai negara di dunia. Justeru, terdapat kira-kira 200 jam siaran dalam pelbagai bahasa daripada bahasa-baha-sa utama dunia seperti bahasa Inggeris, bahasa Arab sehinggalah kepada bahasa yang tidak ramai penuturnya, iaitu bahasa Urdu dan bahasa Pushto. Kandungan siaran termasuk berita, renca-na semasa, rancangan khas ten-tang ekonomi, kebudayaan, sains dan teknologi, dan sebagainya. Disebabkan jaringan maklumat CRI yang luas, CRI digelar sebagai "Jambatan yang Menghubungkan China dengan Dunia" dan merupa-kan "cara yang mudah dan berke-san bagi memahami China".

Siaran Bahasa Melayu CRI telah menjalin hubungan de-

ngan DBP sebelum penghantaran penasihat bahasa yang pertama pada tahun 1993. Penasihat baha-sa DBP berkhidmat sebagai edi-tor yang menyemak artikel dan berita yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk siaran. Penghantaran penasi-hat bahasa setiap tahun dapat mengeratkan lagi hubungan CRI dengan DBP seiring dengan mat-lamat DBP untuk memartabatkan bahasa Melayu di persada dunia.

Seperti siaran radio yang lain,

SBM juga mempunyai laman web yang dibuka secara rasmi pada 1 Oktober 2003. Pelbagai topik yang memberikan banyak maklumat tentang China khusus-nya turut termuat dalam laman tersebut selain berita semasa dari Malaysia. Antara maklumat yang menarik ialah waktu solat di China dan ruangan kuiz yang menyediakan hadiah berupa lawat-an ke China. Menjelang Sukan Olimpik Beijing Ogos nanti, ter-dapat soalan kuiz tentang sukan

dunia tersebut. Seiring dengan teknologi

komunikasi yang maju, kepetah-an penyampai SBM yang terdiri daripada orang tempatan boleh didengar melalui siaran dalam talian. Disebabkan istimewa dan menariknya laman web SBM ini, maka ia pernah diiktiraf bebera-pa kali sebagai laman web siaran radio yang terbaik di CRI. Jendela benua China akan terbuka de-ngan melayari www.cri.com.cn atau http://my.chinabroadcast.cn

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Rabu, 20 Februari 2008

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Siaran Radio Bahasa Melayu di Beijing

BH PILIH L12 20 emel

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Peluang menjejakkan kaki di Tanah Besar China memberi-kan peluang kepada mantan

editor Klik DBP meninjau budaya bahasa yang diamalkan di sana. Negara kita harus mencontohi sikap dan pegangan rakyat negara China yang percaya negara mereka boleh maju, membangun dan sen-tiasa dikunjungi pelancong asing meskipun mengekalkan dan mem-pertahankan bahasa ibunda mere-ka sebagai bahasa pertuturan, per-hubungan dan pemaparan nama tempat. Contohnya, Tembok Besar China yang menjadi salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia yang dikunjungi jutaan pelancong

dari seluruh dunia hanya melakar-kan bahasa ibunda mereka pada monumen di kaki Tembok Besar itu.

Bahasa Inggeris hanya digu-nakan mengikut keperluan semasa atau dalam penganjuran majlis pada peringkat antarabangsa, itu pun diletakkan sebagai bahasa kedua. Dari segi pemaparan, saiz hurufnya lebih kecil dan diletakkan selepas bahasa ibunda.

Kami sempat merakamkan bebe-rapa lokasi yang menjadi tumpuan pelancong untuk tatapan pembaca Klik DBP. Antaranya, pemaparan papan tanda bangunan seperti monumen Tembok Besar China, hotel, muzium, pasar raya dan kedai cenderahati. Menariknya,

papan tanda yang memaparkan nama Kedai Cenderahati Barangan Muslim itu dieja betul berban-ding pemaparan Souveniour Shop For Muslim Products yang dieja salah. Hal ini membuktikan betapa mereka tidak teruja untuk menggu-nakan bahasa Inggeris yang betul, iaitu souvenir. Alangkah bertu-ahnya bumi Malaysia sekiranya

mempunyai rakyat seperti negara China yang megah akan bahasa ibundanya. Bak kata pepatah, di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung.

Pertanyaan tentang aspek penggunaan bahasa yang betul boleh dihubungi melalui talian 03-2148 1960, 5887, 5905 dan 2139.

Oleh Normala Mohamad Yusof

Oleh Aliah Abdul Rahim

APA SUDAH JADI?

Papan tanda di atas didirikan oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Kelantan

di kawasan-kawasan tempat letak kereta berbayar di pusat bandar Tanah Merah. Papan tanda ini didirikan untuk memaklumkan atau memberitahu pemilik kereta tentang kadar bayaran letak kere-ta dan waktu penguatkuasaannya (waktu operasi). Dari segi tujuan-nya memanglah betul, tetapi dari

segi bahasa adalah sebaliknya.Dalam papan tanda terse-

but, penggunaan kata “PEM-BERITAHU” sebagai “tajuknya” tidak tepat dari segi maknanya kerana kata pemberitahu bermak-sud orang yang memberitahu, dan papan tanda itu bukanlah orang yang memberitahu. Yang mem-beritahu, jika dikaitkan dengan kandungan “teks” dalam papan tanda tersebut ialah pihak MDTM. Dengan hal demikian, kata pem-beritahu sepatutnya digantikan

dengan kata “pemberitahuan”, yang bermaksud 1. perihal mem-beritahukan; perbuatan (tindakan dan sebagainya.) memaklumkan (mengumumkan dan sebagainya.); 2. maklumat, kenyataan, pengu-muman. Selain kata “pemberita-huan”, kata lain yang juga boleh digunakan ialah “maklumat, ke-nyataan, atau pengumuman”.

Di samping mengutamakan penggunaan bahasa Melayu, pihak yang terlibat secara langsung dalam pembuatan dan pemasang-an papan tanda di tempat-tempat awam juga seharusnya lebih peka terhadap penggunaan bahasa

Melayu yang tepat dan berkualiti. Dengan hal demikian, kesalahan seperti yang dipaparkan ini tidak akan berulang pada masa-masa yang akan datang.

Hantarkan sebarang kesa-lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.:03-21485887. Hadiah isti-mewa menunggu anda.

Siapakah yang memberitahu?

Contohi Negara China Mendaulatkan Bahasa Ibunda

Oleh Zaidi Ismail

BAHASA IBUNDA: Penulis (kanan)berlatarkan tugu yang menggunakan bahasa tempatan.

DIHARGAI: Pegawai DBP ketika ditemuramah oleh juruhebah CRI.