bh pilih l12 17 emel bahasa melayu di persada dunia … · kan pantun menggunakan bahasa perancis...

1
Oleh Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor M enurut Chambert-Loir, orang Perancislah yang mula-mula sekali menga- jar bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Pengajaran bahasa Melayu di Perancis bermula sejak tahun 1841 lagi bersama-sama dengan bahasa Arab, Parsi dan Turki di Ecole National des Langues et Civilisations Orientales Vivantes (ENLOV) yang kemudiannya ber- tukar menjadi Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INALCO). Keempat-empat bahasa tersebut merupakan bahasa ter- penting agama Islam pada abad ke-18. Sejak awal lagi, para penulis dan ahli linguistik Perancis yang datang ke Tanah Melayu begitu ter- tarik dengan pantun yang diung- kapkan dalam budaya Melayu. Hal yang demikian telah menarik minat mereka untuk belajar dan mengkaji bahasa Melayu. François- René Daillie telah mengkaji pantun Melayu dan menghasilkan buku Le Pantoun Malais. Dalam buku tersebut beliau cuba mengungkap- kan pantun menggunakan bahasa Perancis seperti berikut: Au débarcadère, anguleux et durs, Mûrissent deux ou trois cit rons. Le tigre en mourant laisse ses rayures L’homme mort, il reste son nom. Lune penchée sur le marais, Plateau de bois avec des fruits. Nul ne reste seul comme je fais Seul et triste au milieu du bruit Seorang sarjana prolifik Perancis, Pierre Favre telah menerbitkan Kamus Melayu- Perancis (Malay-French Dictionary) pada tahun 1875 sete- lah sekian lama beliau tinggal di Tanah Melayu. Setahun kemu- dian, beliau telah menerbitkan Tatabahasa Melayu (Malay Grammar) dan pada tahun 1880 pula beliau menerbitkan Kamus Perancis-Melayu (French-Malay Dictionary). Sehingga kini, bahasa Melayu di Perancis masih lagi diajarkan di Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INALCO) selain di beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universite de la Rochelle, Centre d’Histoire et Civilisations de le Peninsule Indochinoise (CHCPI) dan Ecole Francais d’Extreme Orient (EFEO). Antara tokoh pengajar dan pengkaji bahasa Melayu di Perancis ialah Dr. Laurent Metzger daripada Universite de la Rochelle, Jerome Samuel daripa- da Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INALCO), Prof. Daniel Peret dan Dr. Henri Chambert-Loir dari- pada Ecole Francais d’Extreme Orient (EFEO), Dr. Pierre- Bernard Lafont daripada Centre d’Histoire et Civilisations de le Peninsule Indochinoise (CHCPI) dan ramai lagi. Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006 BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA Bahasa Melayu di Perancis McDelivery atau Hantaran McD? DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG Mengapa tidak “Kad Subsidi Tunai”? APA SUDAH JADI? “N ikmati subsidi tunai segera untuk diesel”. Tiada yang tidak kena pada penggunaan bahasa dalam iklan yang disiarkan oleh Caltex Malaysia. Cuma yang tidak kena ialah penggu- naan bahasa Inggeris pada kad subsidi tersebut “Subsidy Cash Card”. Seperti dalam gambar- gambar yang dipaparkan, kese- mua syarikat minyak gergasi di Malaysia ini tidak menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia. Bahkan, Petronas yang merupa- kan syarikat pengeluar minyak tempatan juga menggunakan bahasa Inggeris “SmartPay”, cuma di sudut kanannya tertera “Subsidi Diesel”. Mungkin sudah tiba masa- nya sektor korporat di negara ini mengutamakan bahasa kebang- saan, kerana pada dasarnya mereka berurusan dengan rak- yat tempatan, yang kebanyakan- nya lebih memahami bahasa Melayu. Syarikat-syarikat besar se-perti Shell dan Caltex juga, seharusnya turut menyumbang ke arah pembinaan jati diri bangsa Malaysia. Hantarkan sebarang kesa- lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: mashitah@dbp. gov.my, atau kirimkan kepa- da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Ba- hasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda. Pierre Favre BH PILIH L12 17 emel Oleh Aliah Abdul Rahim B urger McDonald memang enak dan penghantaran makanannya juga cepat. Tetapi yang kurang enak ialah perkataan “McDelivery” bagi khidmat penghantaran menerusi telefon. Kenapa perlu menggu- nakan bahasa Inggeris, sedang- kan ada perkataan dalam bahasa Melayu yang boleh menggan- tikannya iaitu “Hantaran McD”. Makna “Delivery” di sini lebih tepat kepada “hantaran” dan bukan “serahan” atau “kiriman”. Bahkan perkataan “hantar” sudah pun digunakan oleh Syarikat McDonald dalam pro- mosi khidmat hantarannya, iaitu “Tidak dapat datang? Biar kami hantarkan”. Walaupun McDonald ada menggunakan bahasa Melayu bagi nama hidangan mere- ka seperti ‘burger keju’ dan ‘ayam goreng McD’, namun mereka masih mengekalkan bahasa Inggeris bagi Double Cheeseburger, Chicken McNuggets. Di samping itu, ada juga yang bentuknya seperti bahasa Melayu tetapi ejaannya bahasa Inggeris seperti “Sausage McMuffin” dan “Sausage McMuffin with Egg”. “Burger Prosperity” McDonald's yang terkenal itu juga tidak dit- erjemahkan ke bahasa Melayu. Ada baiknya jika syarikat multinasional di Malaysia men- contohi syarikat multinasional di China kerana memberi nama tempatan bagi syarikat-syarikat multinasional mereka, misalnya McDonald's menjadi “Mai Danlau”, Kentucky Fried Chicken menjadi “Kente Ji” dan A&W men- jadi “Ai de xiong”. Nama-nama hidangan yang dijual juga diberi nama dalam bahasa Mandarin meskipun hidangan yang dijual sama dengan McDonald's yang asal. Masyarakat di negara China menerima kemasukan makanan barat sebagai satu gaya pemakanan yang berbeza iaitu makanan segera, tetapi masih mengekalkan identiti mereka melalui bahasa. Bagi mere- ka, semua bahasa asing perlu diterjemahkan ke dalam baha- sa mereka untuk memudahkan mereka menyebut dan mema- haminya. Keadaan ini bukan sahaja ter- had kepada penamaan produk makanan tetapi juga nama hotel dan syarikat. Misalnya, Parkson menjadi “Pai Seng” dan Lufthansa menjadi “Yan Sha”. Oleh itu, alangkah baiknya jika Burger Prosperity itu dinamai “burger makmur” kerana padan- an bagi kata “prosperity” itu, ialah makmur. Hakikatnya rasa hidangan itu tidak akan terjejas meskipun diberi nama Melayu kerana resepinya masih dikekal- kan. DBP SETENGAH ABAD 17SH012A.indd 2 4/15/06 3:47:14 AM

Upload: ledang

Post on 12-May-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BH PILIH L12 17 emel BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA … · kan pantun menggunakan bahasa Perancis seperti berikut: Au débarcadère, anguleux et durs, Mûrissent deux ou trois cit

Oleh Wan Mohd Saophy AmizulWan Mansor

Menurut Chambert-Loir, orang Perancislah yang mula-mula sekali menga-

jar bahasa Melayu sebagai bahasa asing. Pengajaran bahasa Melayu di Perancis bermula sejak tahun 1841 lagi bersama-sama dengan bahasa Arab, Parsi dan Turki di Ecole National des Langues et Civilisations Orientales Vivantes (ENLOV) yang kemudiannya ber-tukar menjadi Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INALCO). Keempat-empat bahasa tersebut merupakan bahasa ter-penting agama Islam pada abad ke-18. Sejak awal lagi, para penulis dan ahli linguistik Perancis yang datang ke Tanah Melayu begitu ter-tarik dengan pantun yang diung-kapkan dalam budaya Melayu. Hal yang demikian telah menarik minat mereka untuk belajar dan mengkaji bahasa Melayu. François-René Daillie telah mengkaji pantun

Melayu dan menghasilkan buku Le Pantoun Malais. Dalam buku tersebut beliau cuba mengungkap-kan pantun menggunakan bahasa Perancis seperti berikut:

Au débarcadère, anguleux et durs, Mûrissent deux ou trois cit rons. Le tigre en mourant laisse ses rayures L’homme mort, il reste son nom. Lune penchée sur le marais, Plateau de bois avec des fruits. Nul ne reste seul comme je fais Seul et triste au milieu du bruit

Seorang sarjana prolifik Perancis, Pierre Favre telah menerbitkan Kamus Melayu-P e r a n c i s ( M a l a y - F r e n c h Dictionary) pada tahun 1875 sete-lah sekian lama beliau tinggal di Tanah Melayu. Setahun kemu-

dian, beliau telah menerbitkan Tatabahasa Melayu (Malay Grammar) dan pada tahun 1880 pula beliau menerbitkan Kamus Perancis-Melayu (French-Malay Dictionary). Sehingga kini, bahasa Melayu di Perancis masih lagi diajarkan di Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INALCO) selain di beberapa pusat pengajian tinggi seperti Universite de la Rochelle, Centre d’Histoire et Civilisations de le Peninsule Indochinoise (CHCPI) dan Ecole Francais d’Extreme

Orient (EFEO). Antara tokoh pengajar dan pengkaji bahasa Melayu di Perancis ialah Dr. Laurent Metzger daripada Universite de la Rochelle, Jerome Samuel daripa-da Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INALCO), Prof. Daniel Peret dan Dr. Henri Chambert-Loir dari-pada Ecole Francais d’Extreme Orient (EFEO), Dr. Pierre-Bernard Lafont daripada Centre d’Histoire et Civilisations de le Peninsule Indochinoise (CHCPI) dan ramai lagi.

Halaman Dua Belas BERITA HARIAN Isnin, 17 April 2006

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Bahasa Melayu di Perancis

McDelivery atau Hantaran McD?DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Mengapa tidak “Kad Subsidi Tunai”?APA SUDAH JADI?

“Nikmati subsidi tunai segera untuk diesel”. Tiada yang tidak

kena pada penggunaan bahasa dalam iklan yang disiarkan oleh Caltex Malaysia. Cuma yang tidak kena ialah penggu-naan bahasa Inggeris pada kad subsidi tersebut “Subsidy Cash Card”. Seperti dalam gambar-gambar yang dipaparkan, kese-

mua syarikat minyak gergasi di Malaysia ini tidak menggunakan bahasa kebangsaan Malaysia. Bahkan, Petronas yang merupa-kan syarikat pengeluar minyak tempatan juga menggunakan bahasa Inggeris “SmartPay”, cuma di sudut kanannya tertera “Subsidi Diesel”. Mungkin sudah tiba masa-nya sektor korporat di negara ini

mengutamakan bahasa kebang-saan, kerana pada dasarnya mereka berurusan dengan rak-yat tempatan, yang kebanyakan-nya lebih memahami bahasa Melayu. Syarikat-syarikat besar se-perti Shell dan Caltex juga, seharusnya turut menyumbang ke arah pembinaan jati diri bangsa Malaysia.

Hantarkan sebarang kesa-

lahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected], atau kirimkan kepa-da Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Ba-hasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Hadiah istimewa menunggu anda.

Pierre Favre

BH PILIH L12 17 emel

Oleh Aliah Abdul Rahim

Burger McDonald memang enak dan penghantaran makanannya juga cepat.

Tetapi yang kurang enak ialah perkataan “McDelivery” bagi khidmat penghantaran menerusi telefon. Kenapa perlu menggu-nakan bahasa Inggeris, sedang-kan ada perkataan dalam bahasa Melayu yang boleh menggan-tikannya iaitu “Hantaran McD”. Makna “Delivery” di sini lebih tepat kepada “hantaran” dan bukan “serahan” atau “kiriman”. Bahkan perkataan “hantar” sudah pun digunakan oleh Syarikat McDonald dalam pro-mosi khidmat hantarannya, iaitu “Tidak dapat datang? Biar kami hantarkan”. Walaupun McDonald ada

menggunakan bahasa Melayu bagi nama hidangan mere-ka seperti ‘burger keju’ dan ‘ayam goreng McD’, namun mereka masih mengekalkan

bahasa Inggeris bagi Double Cheeseburger, Chicken McNuggets. Di samping itu, ada juga yang bentuknya seperti bahasa Melayu tetapi ejaannya bahasa Inggeris

seperti “Sausage McMuffin” dan “Sausage McMuffin with Egg”. “Burger Prosperity” McDonald's yang terkenal itu juga tidak dit-erjemahkan ke bahasa Melayu. Ada baiknya jika syarikat multinasional di Malaysia men-contohi syarikat multinasional di China kerana memberi nama tempatan bagi syarikat-syarikat multinasional mereka, misalnya McDonald's menjadi “Mai Danlau”, Kentucky Fried Chicken menjadi “Kente Ji” dan A&W men-jadi “Ai de xiong”. Nama-nama hidangan yang dijual juga diberi nama dalam bahasa Mandarin meskipun hidangan yang dijual sama dengan McDonald's yang asal. Masyarakat di negara China menerima kemasukan makanan barat sebagai satu gaya pemakanan yang berbeza iaitu

makanan segera, tetapi masih mengekalkan identiti mereka melalui bahasa. Bagi mere-ka, semua bahasa asing perlu diterjemahkan ke dalam baha-sa mereka untuk memudahkan mereka menyebut dan mema-haminya. Keadaan ini bukan sahaja ter-had kepada penamaan produk makanan tetapi juga nama hotel dan syarikat. Misalnya, Parkson menjadi “Pai Seng” dan Lufthansa menjadi “Yan Sha”. Oleh itu, alangkah baiknya jika Burger Prosperity itu dinamai “burger makmur” kerana padan-an bagi kata “prosperity” itu, ialah makmur. Hakikatnya rasa hidangan itu tidak akan terjejas meskipun diberi nama Melayu kerana resepinya masih dikekal-kan.

DBP SETENGAH ABAD

17SH012A.indd 2 4/15/06 3:47:14 AM