bahan

18
Pengenalan dan rasional reka bentuk/ pengubahsuaian Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga dalam kehidupan kita dan penjagaan kesihatan tubuh badan adalah tanggungjwab yang harus dipikul oleh semua individu, namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Punca utama serangan penyakit adalah kerana tidak wujudnya kesedaran dalam diri masyarakat itu sendiri. Corak pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah amat penting untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan tubuh kita. Pada masa kini, makanan yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh kita sama ada dalam bentuk diproses atau semulajadi semakin didedahkan dengan bahan kimia. Walaupun ia tidak mengakibatkan sebarang kesan pada jangka masa pendek, tetapi ia akan menunjukkan kesannya pada masa yang akan datang. Oleh itu, adalah tanggungjawab kita untuk memilih makanan yang berkhasiat dan selamat. Dalam industri pembuatan makanan, banyak bahan kimia telah ditambahkan untuk meningkatkan atau mengekalkan kualitinya bagi tempoh masa yang panjang. Selain daripada makanan diproses, makanan semulajadi seperti buah-buahan juga mengalami keadaan yang sama. Walaupun buah- buahan menjadi makanan sumber semula jadi yang berkhasiat, namun ia juga ditambahkan dengan bahan kimia untuk pelbagai tujuan. Salah satu tujuan penggunaan bahan kimia terhadap buah-buahan adalah untuk memeram. Secara umumnya, buah-buahan memeram secara semulajadi dengan kehadiran hormon tumbuhan yang dikenali sebagai etilin (ethylene). Etilin adalah satu gas hidrokarbon (H2C==CH2) yang dihasilkan oleh bahagian-bahagian tumbuhan seperti daun, batang, bunga, dan akar untuk memeram buahnya. Hormon ini bertindak sebagai agen pemasak untuk mempercepatkan kemasakan buah-buahan. Tindakan etilin menyebabkan buah-buahan mengalami perubahan dari segi tekstur,

Upload: heenisha-lachemykanden

Post on 21-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

jnbhbh hbuhyhg jnyv6ig7y jihuyugu

TRANSCRIPT

Pengenalan dan rasional reka bentuk/ pengubahsuaian Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga dalam kehidupan kita dan penjagaan kesihatan tubuh badan adalah tanggungjwab yang harus dipikul oleh semua individu, namun ramai yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang tenat. Punca utama serangan penyakit adalah kerana tidak wujudnya kesedaran dalam diri masyarakat itu sendiri. Corak pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat adalah amat penting untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan tubuh kita. Pada masa kini, makanan yang menjadi sumber tenaga kepada tubuh kita sama ada dalam bentuk diproses atau semulajadi semakin didedahkan dengan bahan kimia. Walaupun ia tidak mengakibatkan sebarang kesan pada jangka masa pendek, tetapi ia akan menunjukkan kesannya pada masa yang akan datang. Oleh itu, adalah tanggungjawab kita untuk memilih makanan yang berkhasiat dan selamat. Dalam industri pembuatan makanan, banyak bahan kimia telah ditambahkan untuk meningkatkan atau mengekalkan kualitinya bagi tempoh masa yang panjang. Selain daripada makanan diproses, makanan semulajadi seperti buah-buahan juga mengalami keadaan yang sama. Walaupun buah-buahan menjadi makanan sumber semula jadi yang berkhasiat, namun ia juga ditambahkan dengan bahan kimia untuk pelbagai tujuan. Salah satu tujuan penggunaan bahan kimia terhadap buah-buahan adalah untuk memeram.Secara umumnya, buah-buahan memeram secara semulajadi dengan kehadiran hormon tumbuhan yang dikenali sebagai etilin (ethylene). Etilin adalah satu gas hidrokarbon (H2C==CH2) yang dihasilkan oleh bahagian-bahagian tumbuhan seperti daun, batang, bunga, dan akar untuk memeram buahnya. Hormon ini bertindak sebagai agen pemasak untuk mempercepatkan kemasakan buah-buahan. Tindakan etilin menyebabkan buah-buahan mengalami perubahan dari segi tekstur, kelembutan dan warna. Semasa proses pemeraman semulajadi ini, enzim hidrolitik yang dibebaskan oleh etilin akan memecahkan komponen dinding sel, klorofil dan melembutkan buah tersebut. Proses ini dikenali sebagai pemeraman. Dalam indusri pemprosesan buah-buahan, buah-buahan diperam dengan menggunakan bahan kimia secara besar-besaran. Bahan kimia yang digunakan dalam proses ini adalah kalsium karbit (CaC2). Apabila kalsium karbit bertindak balas dengan air ia akan menghasilkan asitelin (acetylene) yang mempunyai kesan yang sama terhadap pemasakan buah-buahan. Walaubagaimanapun, kalsium karbit yang digunakan dalam industri kadangkala dicemari dengan kehadiran arsenik dan fosforus. Penggunaan kalsium karbit untuk tujuan merangsangkan pemeraman adalah dianggap haram di sesetengah negara. Namun, negara kita masih menggunakan kaedah ini untuk mempercepatkan pemeraman buah-buahan untuk meningkatkan nilai komersial walaupun terdapat kaedah-kaedah lain untuk membuat pemeraman buah-buahan secara semulajadi tanpa menjejaskan kesihatan masyarakat. Hal ini kerana penggunaan kalsium karbit sebagai agen pemasakan akan menyebabkan kesan yang buruk terhadap kesihatan manusia. Berdasarkan berita yang dikeluarkan dalam Malaysiakini pada 4 Oktober 2011, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris menasihati pengguna supaya tidak memakan buah-buahan yang diperam dengan menggunakan gaskarbitkerana terdapat maklumat yang cukup mengenai bahayanya kepada kesihatan manusia. Tambahan pula, kalsium karbit juga dikatakan sebagai salah satu penyebab utama kanser yang boleh mengakibatkan gangguan saraf serta penyakit-penyakit lain. Selain daripada itu, pengambilan buah-buahan yang diperam dengan kalsium karbit ini juga memberikan kesan yang serius terhadap wanita hamil kerana bayi yang dilahirkan dikatakan akan mengalami kecacatan. Bagi mengatasi masalah ini saya telah membuat sedikit kajian tentang cara-cara memeram buah-buahan dengan kaedah semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia atau bahan buatan yang lain supaya ia keadah-keadah itu dapat mengekalkan kualiti buah-buahan serta menjamin kesihatan manusia. Berdasarkan hasil kajian, saya mendapati bahawa terdapat tiga kaedah tradisional utama untuk memeram buah-buahan secara semulajadi. Antaranya ialah, meletakkan buah dengan buah lain, meletakkan buah dalam bekas beras dan juga memanaskan buah dalam ketuhar.Buah yang telah saya pilih untuk membuat ujikaji ialah buah pisang (nama botani:Musa spp). Hal ini kerana, buah pisang adalah buah yang banyak digunakan dalam kehidupan seharian manusia terutamanya dalam kehidupan masyarakat Asia. Misalnya, buah pisang diproses dalam pelbagai bentuk bahan makanan seperti kerepek, lauk, kuih dan sebagainya. Buah pisang menjadi sumber makanan utama dalam menu kita dan menyumbangkan peratusan yang tinggi dalam kandungan makanan kita. Oleh itu, bagi memastikan buah pisang yang dimakan adalah selamat dan berkhasiat kita bolehlah memeramnya dalam keadaan semulajadi. Sebagai makanan yang berkhasiat buah pisang juga memberikan banyak faedah kepada kesihatan manusia. Maka, kaedah pemeraman secara semulajadi ini akan dapat merealisasikan visi dan misi Jabatan Pertanian Malaysia iaitu, ke arah mewujudkan industri pertanian yang berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasi eksport.

Pernyataan Masalah

Bagaimanakah cara-cara memeram buah pisang secara semulajadi tanpa penggunaan sebarang bahan kimia ?

Tujuan Untuk mengenalpasti cara-cara memeram buah pisang secara semulajadi tanpa penggunaan sebarang bahan kimia ?

Hipotesis

Buah pisang dapat diperam secara semulajadi melalui tiga kaedah yang berlainan tanpa penggunaan sebarang bahan kimia.

Pembolehubah

PembolehubahKeterangan

Dimanipulasikan Tiga kaedah yang berlainan telah digunakan untuk memeram buah pisang. Pertamanya ialah meletakkan buah pisang dalam bekas yang diisi dengan beras, kedua, meletakkan buah pisang dengan buah lain dalam beg plastik dan ketiga ialah memanaskan buah pisang dalam ketuhar.

Bergerak balas Perubahan dari segi warna, bau dan kelembutan berubah selepas beberapa hari eksperimen dijalankan.

Dimalarkan Jenis buah pisang yang sama digunakan sepanjang eksperimen dan setiap buah diambil daripada sikat yang sama. Bekas plastik dan beg kertas yang berukuran sama digunakan sepanjang eksperimen. Beras juga diisi dengan kandungan yang tetap dalam semua bekas plastik.

Bahan 1) Beg kertas2) Buah pisang dan buah epal3) 3 bekas plastik berdiameter 24 cm4) Beras 3 kilo5) Ketuhar

Prosedur Aktiviti 11) Enam buah pisang telah disingkirkan daripada satu set sikat pisang.2) Tiga beg kertas berukuran 25 12 yang bersih telah disediakan.3) Buah-buah pisang itu telah diletakkan di dalam beg kertas.4) Pada masa yang sama sebuah epal juga dimasukkan ke dalam setiap beg kertas bersama-sama dengan buah pisang.5) Beg kertas itu dikedapkan agar tidak ada peredaran udara yang berlebihan dan diletakkan di tempat yang sejuk dan kering.6) Pemerhatian dari segi perubahan warna, bau dan kelembutan buah telah dilakukan terhadap buah pisang tersebut selepas beberapa hari.7) Pemerhatian telah direkodkan.

Aktiviti 2

1) Enam buah pisang disingkirkan daripada satu sikat pisang. 2) Tiga buah bekas plastik berdiameter 29 cm yang bersih telah disedikan. 3) Setiap bekas plastik yang dipenuhi dengan sekilo beras telah disediakan.4) Buah pisang diletakkan di dalam bekas plastik di mana keseluruhan buah dapat ditutupi oleh beras.4) Penetapan bahan ini dibiarkan untuk beberapa hari dan pemerhatian dari segi perubahan warna, bau dan kelembutan buah pisang telah dibuat.5) Pemerhatian telah direkodkan.

Aktiviti 3

1) Enam buah pisang disingkirkan daripada satu sikat pisang.2) Ketuhar telah dihidupkan dan ditetapkan pada suhu yang rendah iaitu 170 F (77 C).3) Pemerhatian telah dibuat terhadap perubahan warna dan kelembutan buah pisang.4) Buah pisang telah dikeluarkan daripada ketuhar apabila warnanya berubah kepada kehitaman.

Keputusan

Hasil pemerhatian sebelum diperam.

Aktiviti Pemerhatian

Warna Bau Kelembutan

1. Meletakkan buah pisang dengan buah epal dalam beg kertas.

Berwarna hijauTidak beraroma dan tidak mempunyai bau manisBuah keras dan kulitnya juga susah untuk dikupas.

2. Meletakkan buah pisang dalam bekas plastik yang diisi dengan beras.Berwarna hijauTidak beraroma dan tidak mempunyai bau manisBuah keras dan kulitnya juga susah untuk dikupas.

3. Memanaskan buah dalam ketuharBerwarna hijauTidak beraroma dan tidak mempunyai bau manisBuah keras dan kulitnya juga susah untuk dikupas.

Keputusan

Hasil pemerhatian selepas diperam.

Aktiviti Pemerhatian

Warna Bau Kelembutan

1. Meletakkan buah pisang dengan buah epal dalam beg kertas.

Bertukar daripada hijau kepada kuning.Lebih beraroma

Lebih lembut

2. Meletakkan buah pisang dalam bekas plastik yang diisi dengan beras.Bertukar daripada hijau kepada kuning.Lebih beraroma dan berbau manis

Lebih lembut dan kulitnya mudah dikupas.

3. Memanaskan buah dalam ketuharBertukar daripada hijau kepada kehitaman.Lebih beraroma dan berbau manis

Lebih lembut dan kulitnya mudah dikupas.

Perbincangan

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang eksperimen ini adalah mengenai cara-cara memeram buah pisang dengan kaedah semulajadi. Dalam aktiviti satu, buah pisang telah diletakkan dalam beg kertas bersama-sama dengan buah epal. Seterusnya, dikedapkan agar tidak ada peredaran udara yang berlebihan dan diletakkan di tempat yang sejuk dan kering. Dalam keadaan ini, buah epal yang sudah masak akan merembeskan hormon etilin dalam bentuk gas. Oleh kerana beg plastik itu dikedapkan, maka gas etilin itu akan mempercepatkan proses pemeraman. Buah pisang mengalami perubahan warna daripada warna hijau kepada kuning dan beraroma serta kulitnya juga telah menjadi lembut. Dengan ini buah pisang dapat diperam dengan kaedah semulajadi tanpa penggunaan sebarang bahan kimia. Dalam aktviti dua, buah pisang diletakkan di dalam bekas plastik yang diisi dengan beras. Keadaan ini akan menggalakkan dan mempercepatkan proses pemeraman kerana beras yang terdapat dalam bekas membantu untuk mengumpul gas etilin yang dihasilkan oleh buah pisang itu sendiri. Pengumpulan gas etilin akan mempercepatkan pemeraman buah pisang. Ini juga merupakan salah satu kaedah semulajadi untuk memeram buah pisang tanpa penggunaan sebarang bahan kimia. Seterusnya, kaedah yang ketiga ialah melalui memanaskan buah pisang dalam ketuhar pada suhu 170 F (77 C). Melalui aktiviti pemanasan ini, kulit buah pisang menjadi kehitaman dan pada akhirnya buah pisang beraroma dan menjadi lebih lembut.

Langkah berjaga-jaga

1. Tidak membiarkan buah pisang untuk masa yang lama kerana boleh dirosakkan oleh serangga.2. Memastikan tangan dan badan sentiasa dalam keadaan bersih kerana bahan eksperimen yang dikendalikan adalah makanan.3. Memastikan bekas plastik dan beg kertas yang digunakan adalah bersih.4. Memastikan keselamatan semasa menggunakan ketuhar dengan memakai sarung tangan.

Kesimpulan

Buah pisang dapat diperam dengan menggunakan kaedah semullajadi tanpa penggunaan sebarang bahan kimia. Hipoetesis diterima.

Kemahiran proses sains

1. Memerhati

Memerhati merupakan proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria. Proses ini boleh dilakukan secara kualitatif atau kuantitatif. Dalam eksperimen ini saya telah menggunakan kemahiran memerhati ini dengan menggunakan deria penglihatan, bau dan sentuhan. Pada akhir proses pemeraman, buah pisang bertukar warna menjadi kuning tua daripada warna hijau secara beransur-ansur. Perubahan dalam warna ini dapat dilihat daripada deria penglihatan. Selain daripada itu, tekstur buah pisang akan menjadi lebih lembut selepas pemeraman dan perubahan ini dapat dikesan daripada deria sentuhan. Kulit pisang juga didapati lebih senang untuk dikupas apabila diperam. Selain daripada itu, buah masak juga lebih beraroma daripada buah yang belum masak. Ini dapat dirasai melalui deria bau.

2. Mengelas

Kemahiran mengelas dapat diaplikasikan dalam mengasingkan buah pisang yang sudah masak dan belum masak. Pengelasan dibuat mengikut warna, tekstur, dan kelembutan buah pisang tersebut. Buah masak didapati berwarna kuning, teksturnya licin dan kulitnya lebih lembut manakala buah yang belum masak berwarna hijau, teksturnya kasar dan dan kulitnya lebih keras.

3. Mengukur dan menggunakan nombor

Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor telah saya gunakan untuk mengukur ketinggian dan lebar beg kertas yang digunakan semasa eksperimen. Penggunaan nombor juga digunakan untuk mengira hari iaitu masa yang diambil oleh buah untuk masak sepenuhnya. Selain daripada itu, semasa menetapkan suhu ketuhar dan semasa mengukur diameter bekas plastik kemahiran ini telah digunakan.

4. Meramal

Dengan menggunakan kemahiran meramal saya dapat meramal hari iaitu masa yang diambil untuk proses pemeraman. Saya telah meramal bahawa ia akan mengambil 3 hari untum memeram secara sepenuhnya dan hasil eksperimen juga menunjukkan proses pemeraman lengkap pada hari yang ketiga. Ramalan ini dapat saya buat dengan tepat kerana sebelum ini berpengalaman membuat proses pemeraman buah pisang di rumah.

5. Berkomunikasi

Berkomunikasi merupakan kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih, dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk. Saya memggunakan kemahiran ini untuk berkomunikasi dalam bentuk bercakap dan mendengar dengan ahli keluarga dan rakan-rakan saya untuk mendapat cara-cara memeram secara semulajadi kerana ada yang mempunyai pengalaman memeram buah di rumah. Selain daripada itu, menngunakan bahan rujukan juga salah satu bentuk komunikasi. Dengan ini saya telah merujuk kepada banyak sumber rujukan untuk mendapatkan cara-cara memeram secara semulajadi dan proses yang berlaku semasa proses pemeraman semulajadi. Tambahan pula, komunikasi dalam bentuk menulis dan menjelaskan telah saya lakukan dengan pensyarah saya untuk menerangkan konsep dan idea yang berkitan dengan eksperimen. Saya juga menyediakan satu draf bersifat penulisan untuk menerangkan fenomena sains yang telah saya pilih.

Kemahiran proses sains bersepadu

1. Mentafsir data

Saya telah mentafsir segala data yang didapati daripada eksperimen dan merekodkannya dalam jadual. Antara data-data yang saya dapati daripada eksperimen ini adalah perubahan yang dialami oleh buah pisang selepas ia diperam. Dengan melaksanakan eksperimen ini, saya telah mentafsir data yang didapati bahawa buah pisang akan bertukar kepada warna kuning selepas diperam serta ia lebih beraroma dan kulitnya juga akan mmenjadi lebih lembut. Dalam perbincangan pula, saya dapat memberi penerangan yang rasinal tentang proses pemeraman hasil daripada data yang didapati.

2. Membentuk dan menguji hipotesis

Saya dapat membuat satu pernyaatan umum tentang hubungan antara pembolehubah yang dimanpulasikan iaitu kaedah semulajadi memeram buah pisang dan pembolehubah gerak balas iaitu perubahan yang berlaku dialami oleh buah pisang selepas diperam. Kenyataan ini saya ujikan untuk membuktikan kesahihannya.

3. Menjalankan eksperimenSepertimana yang dirancang, saya telah menjalankan aktiviti eksperimen mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk menguji hipotesis.

4. Mendefinisi secara operasiProses pemeraman dilakukan secara semulajadi apabila gas etilin menukarkan warna buah pisang daripada hijau kepada kuning, menghasilkan aroma yang manis dan juga menjadikan kulit buah lebih lembut.

5. Mengenalpasti dan mengawal pembolehubahDalam eksperimen ini saya telah mengenalpasti tiga pembolehubah utama iaitu dimanipulasikan (tiga kaedah yang berlainan untuk memeram buah pisang), bergerak balas (perubahan yang berlaku pada buah pisang dari segi warna, bau dan kelembutannya), dan dimalarkan (Jenis buah pisang yang sama dan bekas plastik dan beg kertas yang berukuran sama)

Kemahiran manipulatif

Semasa mengendalikan eksperimen ini saya telah mengaplikasikan beberapa kemahiran manipulatif. Senarai kemahiran manipulatif adalah seperti berikut :

1. Jenis dan unit pengukuran

Terdapat dua pengukuran dalam eksperimen ini iaitu pengukuran panjang dan pengukuran masa. Alat pengukur yang saya gunakan dalam eksperimen ini untuk mengukur ketinggian dan lebar beg plastik serta diameter bekas plastik adalah pembaris meter dengan unit pengukurannya dalam sentimeter/cm. Selain daripada itu, pengukuran masa untuk proses memeram diambil dalam kiraan hari. Oleh itu, tiada alat pengukur khusus yang digunakan. Suhu yang ditetapkan di ketuhar juga tidak memerlukan alat pengukur suhu kerana dapat ditentukan di ketuhar itu sendiri.

2. Pengendalian spesimen dengan betul dan berhati-hati

Buah pisang merupakan bahan eksperimen utama di mana buah tersebut mudah rosak oleh serangga jika dibiarkan di luar dan mudah mengalami kecederaan. Oleh itu, dengan kemahiran manipulatif ini saya mengendalikan buah pisang dengan berhati-hati dan betul. Saya tidak membiarkan buah pisang di luar untuk tempoh masa yang panjang. Sebelum memulakan eksperimen saya telah memastikan tangan saya bersih dan membasuhkannya dengan sabun.

3. Membersihkan alatan sains dengan betul.Saya telah membersihkan bekas-bekas plastik dengan menggunakan bahan cuci, membilas dengan air dan mengeringkannya. Selepas menggunakan sebarang alat saya telah memastikan semua alatan adalah bersih sebelum disimpan.

4. Menyimpan alatan sains dan bahan dengan betul dan selamat

Selepas menggunakan alatan untuk eksperimen saya telah menyimpan alatan tersebut dengan betul dan selamat.

Amalan nilai murni dan sikap saintifik

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Tujuan utama saya memilih eksperimen ini adalah untuk mengkaji dan memahami cara memeram secara semulajadi dan tentang proses pemeraman yang berlaku secara semulajadi. Dengan ini, saya mendapat tahu tahu bahawa proses pemeraman dalam tumbuhan berlaku dengan kehadiran sejenis agen pemasakan dan hormon tumbuhan iaitu etilin. Melalui eksperimen ini saya mendapat gambaran yang jelas tentang proses pemeraman semulajadi dengan lebih lanjut di mana ia merupakan satu fenomena yang berlaku di alam sekeliling kita.

2. Jujur dan tepatdalam merekod dan mengesahkan data.

Saya mengamalkan sikap jujur dalam merekod dan mengesahkan data yang saya telah saya kumpulkan daripada pelbagai sumber. Misalnya, isu penggunaan bahan kimia kalsium karbit untuk tujuan pemeraman adalah satu bukti saya merekod dan mengesahkan data dengan jujur. Hal ini kerana, isu tersebut adalah benar dan tidak direka dengan sendiri.

3. Menyedari bahawa sains merupakan salah satu cara untuk memahami alam.Melalui eksperimen ini, kesedaran wujud dalam diri saya bahawa ilmu sains digunakan untuk memahami alam kita. Semua perkara di sekeliling kita merangkumi sains dan penyisatan saya melalui eksperimen ini membantu saya membina ilmu tentang cara-cara pemeraman secara semulajadi dan penggunaan bahan kimia sebagai alternatif kaedah pemeraman semulajadi.

4. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dansihat.Semasa membuat penyiasatan tentang eksperimen ini, saya mendapat tahu bahawa penggunaan kalsium karbit akan menjejaskan kesihatan manusia. Dengan mengetahui cara-cara memeram secara semulajadi kita boleh menghentikan penggunaan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kita dan generasi yang akan datang. Dengan ini, saya boleh mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.

5. Berfikir secara rasional.Dalam kajian ini kepentingan semua masyarakat dipertimbangkan dan mendapati bahawa tindakan pihak pertanian yang mengutamakan keuntungan semata-mata akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada semua orang.

Amalan keusahawanan yang dijalankanDengan menggunakan kaedah pemeraman secara semulajadi, buah-buahan yang selamat untuk makan dihasilkan. Bahan yang digunakan untuk memeram buah-buahan adalah tidak begitu mahal dan boleh diperoleh daripada bahan kitar semula. Sebagai usahawan saya akan mementingkan keselamatan dan kesihatan pengguna dan tidak akan mengutamakan kepentingan saya sendiri. Walaupun mengambil masa yang lama untuk memasak namun kaedah-kaedah semulajadi ini akan menghasilkan buah-buahan yang bermutu dan tidak memberikan kesan yang buruk kepada pengguna. Kaedah-kaedah yang digunakan untuk memeram buah adalah melibatkan bahan-bahan yang murah dan mudah didapati.

BIBLIOGRAFI

Audera, C., & Boyle, M. (2005). Biology: Plants hormone. New York: Harper Collins Publishers Limited.Consumers Assiociation of Penang. (2011). Ban the use of carbide gas to ripen fruits. Diperoleh daripada http://www.consumer.org.my/index.php/food/safety/502-ban-the-use-of-carbide-gas-to-ripen-fruitsGan, W. Y. (2008). Success Biology SPM. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. BhdMalaysiakini. (2011). Buah diperam dengan gas carbide tidak selamat. Diperoleh daripada http://www.malaysiakini.com/letters/177728Nalini Balachandran, Khim, C. S., Suan, B. K. (2009). Referens Ekspres Biologi. Selangor Darul Ehsan, Malaysia: The Commersial Press Sdn.BhdSuan, K. B., Hua, Q. Y., Tong, C. Y., Cheong, L. N., & Choo, G. C. L. (2011).Biology. Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.