bahagian korporat 2015/rencah... · 2017. 8. 22. · rencah mutiara 1 bahagian korporat majlis...

32
1 RENCAH MUTIARA BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y . BHG . DATO' SRI Ir . Hj . AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA BERSAMA PEGAWAI JPS PULAU PINANG PULAU PINANG - Satu majlis perjumpaan Y.Bhg. Dato' Sri Ir. Hj. Ahmad Husaini Bin Sulaiman, Ketua Pengarah JPS Malaysia bersama pegawai JPS Pulau Pinang telah diadakan pada 4 Mac 2015 (Rabu), jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, JPS Pulau Pinang, Tingkat 55, KOMTAR. Y.Bhg. Dato' Sri Ir. Hj. Ahmad Husaini Bin Sulaiman bersama pegawai JPS Pulau Pinang di Ibu Pejabat JPS Pulau Pinang. Seramai 25 orang pegawai JPS Pulau Pinang telah menghadiri majlis tersebut bagi mendengar amanat daripada Ketua Pengarah JPS yang akan bersara. Dalam ucapannya, beliau menyarankan supaya Jabatan Pengairan dan Saliran mengekalkan fungsinya dan relevan selama- lamanya. Majlis diakhiri dengan makan tengahari bersama pegawai dan kakitangan JPS Pulau Pinang. Ketua Pengarah JPS Malaysia menyampaikan amanat kepada warga JPS Pulau Pinang di Bilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang, KOMTAR.

Upload: others

Post on 06-Aug-2021

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

1RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN KORPORAT

MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI

BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA BERSAMA

PEGAWAI JPS PULAU PINANG

PULAU PINANG - Satu majlis perjumpaan Y.Bhg. Dato' Sri Ir. Hj.

Ahmad Husaini Bin Sulaiman, Ketua Pengarah JPS Malaysia

bersama pegawai JPS Pulau Pinang telah diadakan pada 4 Mac 2015

(Rabu), jam 9.30 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, JPS Pulau

Pinang, Tingkat 55, KOMTAR.

Y.Bhg. Dato' Sri Ir. Hj. Ahmad Husaini Bin Sulaiman bersama pegawai JPS Pulau Pinang

di Ibu Pejabat JPS Pulau Pinang.

Seramai 25 orang pegawai JPS Pulau

Pinang telah menghadiri majlis

tersebut bagi mendengar amanat

daripada Ketua Pengarah JPS yang

akan bersara. Dalam ucapannya,

beliau menyarankan supaya Jabatan

Pengairan dan Saliran mengekalkan

fungsinya dan relevan selama-

lamanya. Majlis diakhiri dengan makan

tengahari bersama pegawai dan

kakitangan JPS Pulau Pinang.Ketua Pengarah JPS Malaysia

menyampaikan amanat kepada warga

JPS Pulau Pinang di Bilik Mesyuarat

JPS Pulau Pinang, KOMTAR.

Page 2: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

2RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN KORPORAT

SEBERANG PERAI UTARA – Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau

Pinang telah mengadakan Taklimat Profiling bagi Pegawai dan Kakitangan

pada 25 Mac 2015 (Rabu), jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Pusat

Kecemerlangan JPS Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas, Pulau

Pinang.

Sejumlah 65 orang kakitangan JPS Pulau Pinang daripada bahagian dan

daerah telah menghadiri taklimat tersebut. Tujuan utama taklimat ini

diadakan adalah bagi menyediakan profiling kerja di bahagian masing-

masing. Taklimat disampaikan oleh Ir. Haji Nor Hisham Bin Mohd Ghazali dan

telah dimanfaatkan oleh kesemua Pegawai dan kakitangan yang hadir.

TAKLIMAT PROFILING PEGAWAI DAN KAKITANGAN

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANG.

Taklimat Profiling disampaikan oleh Ir. Haji Nor Hisham Bin Mohd Ghazali. Turut hadir

ialah Tuan Pengarah JPS PP.

Cenderahati disampaikan oleh Tuan Haji Md. Khuzai Bin

Hussain kepada Penceramah.

“Tak kan hampa semua nak goyang kaki kot mai reja?”

Page 3: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

3RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN KORPORAT

PERHIMPUNAN PAGI DI JPS PULAU PINANG

JPS Pulau Pinang- Perhimpunan pagi diadakan pada setiap hari bertugas

jam 8.30 pagi yang diketuai oleh Pengarah atau mana pegawai terkanan yang

hadir jika Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri tiada. Setiap kakitangan

JPS Pulau Pinang diwajibkan hadir dan dikehendaki berkumpul di ruang legar

Jabatan bagi mendengar ucapan dan perkara-perkara penting yang

disampaikan oleh Pengarah dan Ketua bahagian.

Perhimpunan pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Azahar Bin

Hashim dan diakhiri dengan sesi Renungan Pagi yang disampaikan oleh

kakitangan JPS Pulau Pinang secara bergilir mengikut jadual yang telah

ditetapkan.

Hasil dari perhimpunan pagi yang diadakan, setiap kakitangan menjadi lebih

bermotivasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Keyakinan diri

juga meningkat apabila diberi peluang berucap di depan warga jabatan.

Page 4: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN PENGAIRAN & SALIRAN

SEBERANG PERAI UTARA –

Satu bengkel berkaitan penyediaan

permohonan Projek / Program

Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-

11) telah diadakan selama dua hari

iaitu pada 12 hingga 13 Februari

2015, bertempat di Pusat

Kecemerlangan JPS SPU.

Taklimat bengkel penyediaan

permohonan Projek / Program

Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-

11) ini disampaikan oleh Ir. Tuan

Haji Mat Supri Bin Kasa dari

Bahagian Korporat Ibu Pejabat JPS

Kuala Lumpur.

Taklimat permulaan yang disampaikan oleh Ir. Ratna Rajah

(Timbalan Pengarah Pengairan dan Saliran)

Bengkel ini diadakan bagi menyiapkan

maklumat dan memberi input lengkap

kepada setiap Bahagian dan Daerah di

Pulau Pinang bagi memahami kehendak dan

spesifikasi yang perlu diutamakan dalam

melaksanakan permohonan RMK-11.

Penerangan terperinci diberikan oleh

Ir. Tuan Haji Mat Supri Bin Kasa

Taklimat ini berlangsung dengan

jayanya dan dihadiri seramai lebih

kurang 40 orang pegawai dari JPS

Bahagian dan JPS Daerah.

“ Cukupkah peruntukan ini? Justifikasi ada ka? ”

4

BENGKEL PENYEDIAAN

PERMOHONAN

PROJEK/PROGRAM

RANCANGAN MALAYSIA KE 11

(RMK-11)

Page 5: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

5RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN PENGAIRAN & SALIRAN

Ir. Tuan Haji Mat Supri Bin Kasa menghuraikan skop

permohonan RMK-11 kepada Pegawai JPS DTL

“ Order, order, order… Dengar sini semua..!”

“Mai, mai, mai.. Kita kena bagi siap. Kalau tak siap, siap la kita..!” Cenderahati yang disampaikan oleh Ir. Nasser Bin

Salim kepada Penceramah sambil diperhatikan

oleh Ir. Ratna Rajah

BENGKEL PENYEDIAAN

PERMOHONAN

PROJEK/PROGRAM

RANCANGAN MALAYSIA KE 11

(RMK-11)

Page 6: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

6RENCAH MUTIARA

6

BAHAGIAN SALIRAN MESRA ALAM

Taklimat Saliran Mesra Alam (MSMA 2nd Edition) disampaikan oleh Ir. Tuan Haji Abdullah Bin Isnin dari

Bahagian Saliran Mesra Alam, JPS Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

Antara Peserta yang hadir dalam sesi Taklimat Saliran Mesra Alam (MSMA 2nd Edition)

GEORGE TOWN – Satu Sesi Taklimat Saliran Mesra Alam (MSMA 2nd Edition) telah diadakan

selama dua hari iaitu pada 24 hingga 25 Februari 2015, bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Pulau

Pinang, Tingkat 55, KOMTAR.

Taklimat Saliran Mesra Alam (MSMA 2nd Edition) ini di sampaikan oleh Ir. Tuan Haji Abdullah Bin Isnin

dari Bahagian Saliran Mesra Alam Ibu Pejabat JPS Kuala Lumpur.

Taklimat ini diadakan bagi tujuan memberi maklumat terkini yang terkandung dalam Manual Saliran

Mesra Alam Edisi Ke-2, juga input lengkap kepada setiap Bahagian dan Daerah di Pulau Pinang bagi

memahami dalam proses kerja menyemak permohonan pembangunan dan semakan bagi pengurusan

air larian hujan di Malaysia.

Taklimat ini berlangsung dengan jayanya dan dihadiri seramai lebih kurang 30 orang pegawai dari JPS

Bahagian dan JPS Daerah.

Pegawai-pegawai Kanan & Jurutera Daerah yang turut serta dalam sesi Taklimat.

Taklimat Saliran Mesra Alam

(MSMA 2nd Edition)

Terima kasih Tuan,

atas ilmu yang

dikongsi

Page 7: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

7RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN ICT DAN INOVASI

GEORGE TOWN – Bengkel MyMesyuarat diadakan pada 30 Januari 2015,

bertempat di Bilik Millenium, Pusat Teknologi Maklumat dan Komputer Negeri Pulau

Pinang.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk meningkatkan penggunaan Sistem

MyMesyuarat di kalangan kakitangan JPS Pulau Pinang.

Dalam bengkel ini, peserta dimaklumkan tentang kepentingan dan keperluan

penggunaan sistem tersebut. Selain itu, peserta juga dinasihatkan supaya

melengkapkan proses pengendalian mesyuarat sepenuhnya, iaitu dari “jemputan

mesyuarat” sehingga “edaran minit mesyuarat”.

Wakil peserta kursus terdiri dari daerah dan

bahagian ibu pejabat JPS Pulau Pinang.

Antaranya dari Daerah Timur Laut, Daerah

Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang

Perai Tengah, Seberang Perai Selatan,

Pembangunan Korporat, Pengairan Dan

Saliran, Pengurusan Banjir, Sungai Dan

Pantai, ICT Dan Inovasi, Khidmat Pengurusan

serta PA Pengarah JPS Pulau Pinang.

Tugasan utama dan penekanan latihan pada

para peserta kursus seperti mengesahkan

kehadiran mesyuarat, mencapai laporan dan

minit, memberi maklumbalas tindakan,

memberi komen pada kemaskini status serta

mengemaskini maklumat diri.

BENGKEL MyMESYUARAT

Page 8: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

8RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN ICT DAN INOVASI

PAMERAN PRODUK INOVASI JPS PULAU PINANG SEMPENA HARI

MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2015

Pada 1 Mac 2015, Jabatan Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP) telah

menyertai pameran produk inovasi sempena Hari Menyambut Tahun Baru Cina yang

diadakan oleh Hidayah Centre Pulau Pinang dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua

Menteri 1, YB. Dato Haji Mohd Rashid bin Hasnon.

JPSPP telah mendedahkan produk-produk inovasi kepada orang awam. Produk yang

dipamerkan ialah “B-Log” daripada JPS Daerah Seberang Perai Selatan dan “Smart

Signage” daripada JPS Daerah Barat Daya. Jabatan juga menyebarkan kesedaran

tentang kepentingan pemeliharaan alam sekitar dengan pemberian brosur, keychain

dan bookmarks tentang “GOES GREEN” kepada orang awam. Pameran ini

mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam.

Penerangan produk inovasi kepada pengunjung gerai JPS

oleh petugas.

“Kalau Cik Nak Tau… Yang ni la orang panggil

Smart Signage.. Papan tanda boleh dibawa ke

tapak dengan mudah, Nah.. Cik, kami bagi

keychain percuma.”

Page 9: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

9RENCAH MUTIARA

Timbalan Ketua Menteri 1, YB. Dato Haji

Mohd Rashid bin Hasnon sempat bergambar

kenangan dengan sebahagian para petugas

gerai pameran JPS Pulau Pinang dan sedikit

cenderahati dari JPS telah diberikan kepada

Yang Berhormat.

Segala Usaha Amatlah dihargai, jutaan terima

kasih kepada petugas yang menjayakan

pameran produk inovasi ini.

BAHAGIAN ICT DAN INOVASI

“ Tahniah JPS Pulau Pinang !!! ”

PAMERAN PRODUK INOVASI JPS PULAU PINANG SEMPENA HARI

MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Page 10: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

10RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN PENGURUSAN BANJIR

Nibong Tebal – 6 Mac 2015

Lawatan turun padang oleh Pengerusi, Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau

Pinang telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Pulau

Pinang. Tujuan lawatan diadakan adalah supaya pemimpin-pemimpin mengadakan

lawatan-lawatan ke projek-projek pembangunan di Pulau Pinang bagi memastikan

pelaksanaan projek-projek ini berjalan lancar disamping menghebahkan kepada

rakyat mengenai projek-projek yang sedang dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat

P.Pinang.

Projek yang telah dipilih untuk dilawati

ialah Rancangan Tebatan Banjir

Lembangan Sungai Kerian iaitu

KERJA-KERJA MEMBINA BAN DAN

STRUKTUR DI KAMPUNG TANJUNG

BEREMBANG / TAMAN SEMPADAN

DAN KAMPUNG TELUK IPIL /

KAMPUNG TELUK SEBERANG

PERAI SELATAN PULAU PINANG.

Taklimat dan lawatan telah diadakan dengan

kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan

P.Pinang dan JPS Pulau Pinang.

Taklimat status projek disampaikan oleh Tuan

Timbalan Pengarah ( Sungai Dan Pantai) JPS

Pulau Pinang, Tuan Hj. Md. Khuzai Bin

Hussain

Turut hadir ialah pemimpim-pemimpin

tempatan, kakitangan-kakitangan

kerajaan dan juga dari kalangan

wartawan.

Penolong Pengarah Kanan, Encik Masnizan Bin

Mustapha memberi penerangan tentang

perjalanan projek di tapak.

YBhg. Datuk Seri Zainal Abidin Bin Osman, YB.

Dato’ Mahmud Dan Pengarah Pembangunan Negeri,

Tuan Syed Shaari Bin Syed Abdullah diiringi oleh

Timbalan Pengarah JPS (SUNGAI & PANTAI) Pulau

Pinang, Tuan Haji Md. Khuzai Bin Hussain menaiki

bot ketika sesi lawatan.

LAWATAN TEKNIKAL BAHAGIAN RTB SUNGAI KERIAN

Page 11: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

11RENCAH MUTIARA

AMPANG - Bahagian Sumber Air dan Hidrologi (BSAH) JPS Malaysia

mengadakan Mesyuarat Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi pada 12 hingga 13

Februari 2015, bertempat di Bilik Mesyuarat, Bahagian Sumber Air Dan Hidrologi

JPS Jalan Ampang, Malaysia. Mesyuarat ini dihadiri oleh Pengarah Negeri dan

Pegawai Hidrologi Negeri seluruh Malaysia. Tujuan mesyuarat ini ialah untuk

membentang dan membincangkan kejadian banjir di Malaysia, status laporan

sumber air dan kemarau, laporan penemuan dan pematuhan audit oleh SIRIM,

program kerja tahunan pembangunan dan mengurus, laporan prestasi tahunan

data hidrologi setiap negeri serta agihan peruntukan tahun semasa.

Laporan Prestasi Data Tahun 2014 yang dibentangkan menunjukkan

prestasi data Hujan Auto Logger dan Aras Air bagi Negeri Pulau Pinang adalah

100% iaitu melebihi daripada sasaran 95% bagi setiap stesen. Tahniah diucapkan

kepada Bahagian Sumber Air dan Hidrologi.

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Data Prestasi Hidrologi yang mencapai

100 Peratus mendapat pujian dari

Pengarah Bahagian Sumber Air dan

Hidrologi JPS Malaysia.

Foto menunjukkan Kakitangan

Hidrologi sedang mengambil bacaan

data AutoLogger di setiap Stesen

Telemetri

MESYUARAT PENGURUSAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Page 12: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

12RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

PERSARAAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI / KAKITANGAN

JPS PULAU PINANG

ABDUL WAHAB BIN AWANG

Pembantu Awam Gred H11

Daerah Seberang Perai Utara

Tahun : 17.8.1981 – 28.1.2015

UMAR BIN HASHIM

Pembantu Awam Gred H11

Daerah Seberang Perai Utara

Tahun : 15.5.2002 – 14.2.2015

BERSARA WAJIB

BERSARA PILIHAN

ABDUL RAHMAN BIN PUTEH

Pembantu Awam Gred H11

Daerah Barat Daya

Tahun : 6.11.1978 – 1.3.2015

ISMAIL BIN MD SALLEH

Pembantu Awam Gred H11

Daerah Seberang Perai Tengah

Tahun : 1.3.1980 - 1.3.2015

BERTUKAR

CIK SYAZWANIE BINTI ZAKARIA

merupakan Pembantu Awam Gred H11 di JPS Pulau Pinang,

mula berkhidmat di JPS Daerah Timur Laut, kemudian di

tempatkan di JPS Seberang Perai Tengah, tempoh

berkhidmat bermula dari 12.9.2011 sehingga 25.2.2015.

Ditawarkan ke Jawatan Pembantu Tadbir (Undang-undang)

Gred L17 dan berkhidmat di Putrajaya.

JASAMU DIKENANG

Page 13: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

13RENCAH MUTIARA

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

KANGAR, PERLIS-Pada 28 dan 29 Mac 2015 telah berlangsung

Pertandingan Dart Gapura Open berpasangan dan perseorangan

di Dewan Belia dan Sukan Negeri Perlis. JPSPP telah menghantar

empat orang peserta ke pertandingan ini

Srikandi JPS Pulau Pinang, dari kiri : Zurina,

Noreen, Zuraidah dan Safarina

Antara peserta perseorangan wanita yang menyertai

Pertandingan Dart Gapura Open 2015

Bagi Kumpulan Bergu

pertandingan

berlangsung pada 28

Mac 2015 bermula jam

8.30 pagi hingga jam

11.30 malam. Manakala

pertandingan

Perseorangan wanita

pula berlangsung pada

29 Mac 2015 bermula

jam 2.00 petang dan

berlarutan sehingga

jam 12.30 malam

Zurina Abdul

Rahim (JPS SPT)

merangkul

tempat ketiga

bagi kategori

Perseorangan

Wanita. Tahniah

Srikandi JPSPP

TAHNIAH!

PERTANDINGAN DART GAPURA

OPEN - PERLIS

Page 14: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

14RENCAH MUTIARA

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

MAKLUMAT PELAJAR CEMERLANG ANAK-ANAK KAKITANGAN

JPS PULAU PINANG

(ANAK PEGAWAI & KAKITANGAN JPS SPU)

SUGANYA A/P BALA SUBRAMANIAN

Anak Kepada Encik Bala Subramaniam A/L R. Nadarajah

Cemerlang dalam Peperiksaan SPM – 5A

NUR IZZATI BINTI MOHD RODZI

Anak Kepada Encik Mohd Rodzi Bin Ishak

Cemerlang dalam Peperiksaan PT3 – 6A

MOHD AZAD AZHARI BIN MOHD JOHAN

Anak Kepada Encik Mohd Johan Bin Md Yusof

Cemerlang dalam Peperiksaan UPSR – 5A

AININ SABIHA BINTI MOHD SAYUTHI

Anak kepada Encik Mohd Sayuthi Bin Taha

Cemerlang dalam Peperiksaan UPSR – 5A

(ANAK PEGAWAI & KAKITANGAN JPS SPS)

NITHISSWARAN A/L RAGHUNATHAN

Cemerlang dalam Peperiksaan UPSR – 7A

NIMNLALISWARAN A/L RAGHUNATHAN

Cemerlang dalam Peperiksaan UPSR – 6A,1B

Anak Kembar Kepada Encik Raghunathan A/L Shanmugam

Page 15: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

15RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

MAJLIS PERHIMPUNAN KONTINJEN SEMPENA SAMBUTAN

MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

TAHUN 1436H/2015M

SEBERANG PERAI UTARA – Pada 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiulawal

1436H, Majlis Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul 2015/1436H Peringkat

Negeri Pulau Pinang telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Perai Utara dengan

tema pada tahun ini iaitu “Qudwatul Ar-Rasul Sirat Ahli Sunnah Wal Jamaah”. Lebih

41 kontinjen dari jabatan kerajaan dan NGO menyertai perarakan pada kali ini yang

bermula jam 7.30 pagi dari Vision Park ke Masjid Abdullah Fahim, Bertam sejauh

1km. Kontinjen Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang diketuai oleh

Jurutera Daerah JPS SPU, En. Saiful Rizan Bin Sanusi dan dianggotai seramai 60

orang kakitangan dari setiap daerah terdiri daripada 39 lelaki dan 21 wanita.

Tiga dari Kiri : En. Saiful Rizan Bin

Haji Sanusi - Jurutera Daerah

Seberang Perai Utara selaku Ketua

Kontinjen bagi Jabatan Pengairan

dan Saliran Pulau Pinang

Antara Kakitangan yang menjadi Kontinjen sempena Majlis Perarakan dan

Sambutan Maulidur Rasul 2015/1436H

Page 16: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

16RENCAH MUTIARA

MAJLIS PERHIMPUNAN KONTINJEN SEMPENA SAMBUTAN

MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

TAHUN 1436H/2015M

Sejurus selesai perarakan, semua kontinjen terus memasuki ke dalam Masjid

Abdullah Fahim untuk menunaikan Solat Dhuha. Selepas itu, Majlis diteruskan

dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Haji Mohd Rashid Bin Hasnon, Timbalan

Ketua Menteri I Pulau Pinang. Acara diserikan lagi oleh syarahan perdana yang

bertajuk “Keindahan Islam” yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Zahazan Bin

Mohamed, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan diakhiri dengan

majlis penyampaian hadiah kepada kontinjen terbaik serta anugerah tokoh Maulidur

Rasul dan anugerah Khas Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang. Kontinjen

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah menerima anugerah

sebagai kontinjen ketiga terbaik keseluruhan bagi kategori jabatan kerajaan dan

menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 1000.00. Semoga menjadi semangat

dan motivasi lagi selepas ini. Majlis berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.

Muslimin dan Muslimat JPS Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan kita

menegakkan agama.

Tuan Haji Ir. Nasser Salim mewakili

jabatan bagi menerima anugerah sebagai

kontinjen ketiga terbaik keseluruhan bagi

Kategori Jabatan Kerajaan Negeri Pulau

Pinang

Tuan Haji Ir. Nasser Salim

bergambar bersama wakil

Kontinjen JPS Pulau Pinang

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 17: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

17RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

ISO 14001:2004 Sistem Pengurusan Alam Sekitar bagi Skop Pensijilan

Perkhidmatan untuk operasi dan penyelenggaraan Skim Pengairan

Sungai Muda, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Seberang Perai

Utara, Pulau Pinang telah dijalankan pada 15 dan 16 Januari 2015.

JPS SPU berjaya mengekalkan prestasi cemerlang dalam perjalanan

Sistem ISO EMS ini tanpa sebarang ‘Non Conformance Report’ (NCR)

buat kali ketiga berturut-turut melalui audit yang dilaksanakan oleh

pihak SIRIM.

Sebahagian kakitangan JPS.

Seberang Perai Utara yang terlibat

dalam pengauditan pensijilan

semula ISO 14001 : 2004 untuk

tahun 2015

Pengauditan di tapak turut

dilakukan untuk memastikan

ketepatan maklumat di dalam fail

Pengauditan di tapak melibatkan

Penolong Jurutera Kawasan dan

Pembantu Awam memberikan

penerangan di Sekim Pengairan

Sungai Muda.

Pengauditan Pensijilan Semula

ISO 14001 : 2004 JPSSPU

Page 18: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

18RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Lawatan ke pejabat Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah

Tanah Merah, Kelantan dan misi penghantaran bantuan untuk

mangsa banjir di Negeri Kelantan Darul Naim pada 23 hingga 25

Januari 2015 dan disertai 26 orang kakitangan JPS SPU dan JPS

Pulau Pinang yang diketuai oleh Penolong Jurutera Daerah JPS

SPU iaitu En. Mohd Sayuthi Bin Taha

Gambar kenangan diambil setibanya di Pejabat Jurutera Daerah

Jabatan Pengairan Dan Saliran Tanah Merah, Kelantan.

Jurutera Daerah JPS SPU memberi

taklimat sebelum bertolak ke

Kelantan

Kenderaan konvoi siap sedia untuk ke

Destinasi yang ditetapkan

Lawatan & Misi Bantuan Banjir

Di Kelantan.

Page 19: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

19RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI UTARALawatan & Misi Bantuan Banjir

Di Kelantan.

“Kami amat bersimpati dengan bencana yang menimpa saudara mara

kami di Kelantan. Terimalah sumbangan yang tak seberapa ini, ikhlas

dari kami.”

Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Page 20: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

20RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI UTARATaklimat Pengurusan Jenazah

Anjuran JPS SPU

SEBERANG PERAI UTARA – Satu taklimat berkaitan pengurusan pengendalian

Jenazah telah disampaikan oleh Ustaz Zubir Bin Ahmad ( Imam Masjid At-Taqwa

Taman Bertam Indah, Kepala Batas) bertempat di Dewan Pusat Kecemerlangan

JPS Daerah Seberang Perai Utara pada 21 Januari 2015 yang dihadiri oleh 110

Orang peserta dari Daerah SPU dan 20 Orang dari lain-lain Daerah

Penerangan disampaikan oleh

Ustaz Zubir Bin Ahmad

Kehadiran peserta kursus begitu

menggalakkan dari setiap daerah

“ Bila Izrail datang memanggil …. ”

Page 21: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

21RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI UTARATindakan Ke Atas Pencerobohan

di Tanah Lot Pengairan SPU

SEBERANG PERAI UTARA – Satu lawatan bersama Bahagian Pengairan dan

Saliran Pertanian JPS Pulau Pinang telah diadakan pada 30 Mac 2015 jam 10.00

pagi ke atas pencerobohan tanah warta pengairan di Pajak Song, Seberang Perai

Utara. Lawatan tersebut dihadiri oleh Ir. Ratna Rajah (Timbalan Pengarah

Pengairan dan Saliran), En Amphai (Penolong Pengarah Kanan Pengairan dan

Saliran), JD Saiful Rizan dan PJD Mohd Sayuthi.

Aduan pencerobohan telah diterima pada 29 Mac 2015 (Ahad) dari JKR SPU.

Melalui siasatan dan pemantauan, didapati lot 3741 tersebut termasuk di dalam

Warta Taliair 1953 dan pemaju disyaki dalam proses membina lintasan haram

(twin box-culvert) di Parit Permatang Bogak yang boleh menyebabkan halangan

terhadap aliran air di kawasan tersebut.

Sehubungan dengan itu, kerja-kerja pengalihan lintasan haram tersebut telah

dilaksanakan segera pada jam 1.00 petang dan siap pada hari yang sama.

Tindakan pantas ini dapat menyelamatkan tanah pengairan yang telah diwarta

daripada terus diceroboh dan semakin berkurangan serta boleh menjejaskan

keselamatan makanan (food security) bekalan beras negara.

Aduan oleh JKR SPU terhadap pembinaan

culvert yang menjejaskan keselamatan

pengguna jalanraya

Pembinaan twin box-culvert yang dibina

secara haram boleh menyebabkan sekatan

dan aliran air kurang lancar

Kerja-kerja

pengalihan

lintasan

haram telah

dilaksanakan

dengan

segera

Kerja-kerja

pengalihan

telah

selesai pada

hari yang

sama

Page 22: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

22RENCAH MUTIARA

SEBERANG PERAI TENGAH: Semua peserta yang terlibat dengan Misi

Pasca Banjir berkumpul sebelum bertolak ke Pahang , Kelantan dan

Terengganu. Setibanya di Gunung Semanggol Perak, JPSPP membawa

haluan ke Kuantan, Pahang untuk meneruskan misi ini.

DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Pada 8 Januari 2015, Misi JPSPP diteruskan ke Dungun, Terengganu bagi

mengagihkan bantuan kepada mangsa di Dungun, Terengganu. Setelah

selesai di Dungun, misi diteruskan ke Tanah Merah, Kelantan untuk

menyambung Misi Pasca Banjir terakhir bagi kawasan Pantai Timur yang

terlibat dengan Bencana Banjir.

Kakitangan JPS SPT dan Anggota Bomba yang terlibat

dalam misi pasca banjir

Bantuan disalurkan kepada penduduk yang terlibat

dengan bencana banjir

MISI BANTUAN BANJIR

Page 23: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

23RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

SEBERANG PERAI TENGAH - Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan

pada 18 Februari 2015 bertempat di Surau As- Syakirin, Pejabat daerah

Seberang Perai Tengah. Seramai 52 orang peserta telah mengikuti kursus ini.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Zubir Bin Ahmad, Imam dari Masjid At-

taqwa, Bertam Indah Kepala Batas.

Taklimat Pengurusan Jenazah

Anjuran JPS SPT

Kiri – Para peserta sedang memberikan tumpuan pada taklimat yang disampaikan.

Kanan – Ustaz Zubir sedang menunjukkan cara penyediaan kafan.

Ustaz Zubir mendemonstrasikan langkah mengkafan dengan cara yang betul.

Page 24: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

24RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

TAKLIMAT PRA BEKALAN AIR MUSIM 1 / 2015 SKIM PENGAIRAN

SUNGAI KULIM, SEBERANG PERAI TENGAH

KUBANG SEMANG - Seramai 60 orang petani yang menghadiri Taklimat Pra-

Bekalan Air Musim 1/2015 Skim Pengairan Sungai Kulim yang di Pengerusikan

oleh wakil Pengurus Besar Kampung Pelet turut dihadiri Jabatan Pertanian, IADA

Pulau Pinang, PPK Bukit Metajam dan Pegawai JPS yang bertugas di kawasan

tersebut.

Tujuan Taklimat dibuat adalah untuk memastikan perancangan dan pengurusan

bekalan air berjalan lancar tanpa sebarang isu yang membolehkan gangguan

bekalan air di kawasan tersebut.

Pihak Jabatan yang diwakili oleh Jurutera Daerah, En. Mohd Anuar Bin Abdul

Nasir memberi penerangan dalam perancangan jabatan bagi menangani isu

gangguan bekalan air.

Sesi penerangan diberikan oleh Jurutera Daerah, En. Mohd Anuar Bin Abdul Nasir

Sesi soal jawab dengan wakil PPK dan juga petani setempat

Page 25: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

25RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Majlis Perjumpaan Kakitangan Bersama Jurutera Daerah

Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Seberang Perai Selatan dan

Taklimat Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Daerah Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang

NIBONG TEBAL – Satu Majlis Perjumpaan Kakitangan Bersama Jurutera

Daerah JPS Seberang Perai Selatan telah diadakan bersama-sama dengan

Program Taklimat Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah

Seberang Perai Selatan pada 12 Mac 2015 , bertempat di Rumah Pam Nibong

Tebal , Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang.

Taklimat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Seberang Perai Selatan ini

telah disampaikan oleh Puan Che Suriani Binti Rahim merangkap Penolong

Pegawai AADK Daerah Seberang Perai Selatan. Beliau turut diiringi oleh

Pembantu Penguatkuasa AADK seramai 4 orang bagi membantu dari segi

pemberian maklumat berkaitan.

Taklimat ini diadakan adalah bertujuan

untuk memberi penerangan dan

maklumat yang lebih jelas berkaitan

dadah. Antara penerangan yang

disampaikan dan dititikberatkan adalah

seperti penerangan berkaitan jenis-jenis

dadah dan penyalahgunaan dadah

yang ada di negara ini. Selain daripada

itu, nasihat juga turut diberikan untuk

mengelakkan diri daripada terjebak ke

kancah penggunaan dadah ini.

Selesai taklimat tersebut, diadakan juga

saringan air kencing untuk semua

kakitangan yang berkhidmat di JPS

Seberang Perai Selatan untuk

memastikan kakitangan JPS SPS

adalah bebas daripada penggunaan

sebarang jenis dadah yang terlarang.

JPS Seberang Perai Selatan dengan

kerjasama daripada Agensi Anti dadah

Kebangsaan menjayakan program bagi

memupuk kesedaran bahaya dadah di

kalangan warga kerja JPS SPS

Penceramah dari AADK dari Daerah

Seberang Perai Selatan sedang

memberi penerangan terperinci jenis-

jenis dadah.

Sebahagian kakitangan hawa JPS SPS bergambar

kenangan selepas sesi pembentangan hasil kerja

JPS SPS untuk ujian saringan secara rawak

Ujian air kencing turut dibuat kepada warga

kerja JPS SPS untuk siasatan secara rawak dan

didapati setiap kakitangan bebas daripada

penggunaan dadah

Page 26: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

26RENCAH MUTIARA

DAERAH TIMUR LAUTKURSUS TINDAKAN TATATERTIB

PENJAWAT AWAM

Kursus Tindakan Tatatertib Penjawat Awam JPS DTL telah dijayakan. Pejabat JPS

DTL menganjur mengadakan kursus berkenaan di Auditorium F, Tingkat 5,

KOMTAR. Tarikh program iaitu 4 Februari 2015 sementara yang merasmikan

program tersebut adalah Jurutera Daerah Timur Laut, Puan Haslinda Binti Hj Mohd.

Hamran . Penceramah yang dijemput menyampaikan taklimat adalah Puan Nor Mah

Binti Che Meh. Jumlah peserta adalah seramai 65 orang pegawai. Objektif program

di adakan adalah untuk menambahkan pengetahuan dan integriti dalam diri penjawat

awam.

Sehubungan itu harapan penganjur dan kerajaan negeri kepada penjawat awam

supaya meningkatkan prestasi sahsiah diri juga kerja. Harapan sektor perkhidmatan

awam agar prestasi kerajaan keseluruhan bergantung sepenuhnya kepada

pencapaian yang dilakukan oleh seluruh anggota perkhidmatan awam, ketua

jabatan harus memberikan perhatian yang serius ke atas pengurusan prestasi

anggota jabatan masing-masing.

Kakitangan JPS daerah yang dipilih

menghadiri kursus

Para peserta memberi tumpuan mendengar

taklimat yang di sampaikan oleh Puan Nor Mah.

Ketua Penolong Pengarah Operasi iaitu

Ir. Nasser Bin Salim bertanyakan soalan

dan pandangan beliau mengenai

tindakan tatatertib penjawat awam

kepada penceramah yang diundang.

Page 27: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

27RENCAH MUTIARA

DAERAH TIMUR LAUTTAKLIMAT SISTEM PENGOPERASIAN

AUTORAKE DI KOLAM TAKUNGAN

Taklimat Sistem Pengoperasian Autorake Di Kolam Takungan telah

dijayakan. Pejabat JPS Daerah Timur Laut dan Syarikat Lantec Far East Sdn.

Bhd menganjur kursus berkenaan di Dewan Mesyuarat S18, Lebuh Macallum

pada 5 Februari 2015 yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pengairan Dan

Saliran Pulau Pinang .

Penceramah yang dijemput

menyampaikan taklimat adalah En.

Christopher dan merupakan

Pengurus Lantec Far East Sdn Bhd.

Penglibatan jumlah peserta adalah

50 orang pegawai daripada Negeri

Pulau Pinang, Johor, Melaka dan

Selangor. Objektif program diadakan

adalah untuk menambahkan

pengetahuan dalam penggunaan

sistem autorake di rumah pam.

Sehubungan itu harapan penganjur

Meningkatkan kecekapan dan

kemahiran dalam mengendalikan

Autorake di Kolam Takungan

seterusnya Program Perasmian

Sistem Autorake

Tuan Pengarah Kapt. (B) Ir. Haji Anuar Bin Haji Yahya bersama Ir. Ratna Rajah dan Jurutera

Daerah Timur Laut turut menjayakan taklimat berkaitan Taklimat Sistem Pengoperasian Autorake

Sebahagian kakitangan Khidmat Pengurusan dan

kakitangan sokongan JPS daerah dan Bahagian

Ibupejabat JPS Pulau Pinang yang hadir semasa

taklimat dan majlis perasmian Sistem Autorake di

Rumah Pam S18

Sistem Pengoperasian Autorake sedang diuji oleh

Kakitangan JPS Daerah Timur Laut

Page 28: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

28RENCAH MUTIARA

LAWATAN MENTERI KEMENTERIAN

SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

KE PULAU PINANG

DAERAH TIMUR LAUT

Satu lawatan tapak yang diketuai oleh Y.B Datuk Seri G. Palanivel, Menteri di

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, YB Dato' Sri Dr. James Dawos Mamit,

Timbalan Menteri NRE, Dato Seri Zoal Azha Bin Yusof, Ketua Setiausaha NRE, telah

diadakan pada 07hb Februari 2015 (Sabtu) bertempat di tapak projek Pemuliharaan

Pantai dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Batu Feringghi, Daerah Timur Laut, Pulau

Pinang. Turut serta ialah Dato' Dr. Mohd Ali Bin Mohamad Nor, Timbalan KSU I NRE,

YBhg. Datuk Dr Abdul Rahim Bin Haji Nik, Timbalan KSU II NRE dan Datin Junaidah

Binti Kamarruddin, Setiausaha Bahagian Kanan NRE

Penerangan telah diberi oleh Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran

Pulau Pinang, Kapt. (B) Ir. Haji Anuar Bin Hj. Yahya berkenaan Projek Pemuliharaan

Pantai dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Batu Feringghi, Daerah Timur Laut, Pulau

Pinang. Projek ini merupakan salah satu langkah jangka panjang untuk mengatasi

masalah pencemaran dan hakisan yang berlaku di pantai dan muara sungai-sungai di

kawasan Batu Feringghi.

Y.B Datuk Seri G. Palanivel, Menteri di Kementerian

Sumber Asli Dan Alam Sekitar sedang diberi

penerangan mengenai projek di Batu Feringghi.

Y.B Datuk Seri G. Palanivel, Menteri di

Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar

melihat Sungai Batu Feringghi.

Antara isu yang dibangkitkan oleh Y.B

Timbalan Menteri adalah masalah

pencemaran yang berlaku di bawah

dasar sungai yang melibatkan

pembinaan dua (2) unit (outfall

structure) sepanjang 120.0 meter dari

muara ke tengah laut mampu untuk

mengurangkan pencemaran dari sisa

kumbahan dan domestik. Di samping

itu, satu projek berasingan bagi

merawat air di kedua-dua sungai juga

akan dilaksanakan bagi

mengurangkan tahap pencemaran

yang sedia ada.

Pihak SPAN dan IWK

juga bekerjasama dengan JPS

Malaysia untuk menyediakan outlet

kumbahan dengan mematuhi

piawaian yang telah ditetapkan oleh

pihak Jabatan Alam Sekitar.

Y.B Datuk Seri G. Palanivel, Menteri di Kementerian Sumber Asli Dan Alam

Sekitar meninjau di sekitar Sungai Batu Feringghi

Page 29: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

29RENCAH MUTIARA

DAERAH BARAT DAYAPERTANDINGAN CATUR

TERBUKA JPS PULAU PINANG

2015

BARAT DAYA – Satu Pertandingan Catur telah diadakan pada 1

Februari 2015, Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk

mencungkil bakat-bakat baru yang mahir dalam pertandingan catur

dan seterusnya menggalakkan penyertaan di kalangan kakitangan

JPS PP.

Foto ketika sesi pendaftaran peserta Pertandingan Catur.

Tumpuan sepenuhnya diberikan oleh setiap peserta dalam pertandingan yang diadakan.

Page 30: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

30RENCAH MUTIARA

RUANGAN CETUSAN MINDA

Di sediakan oleh : Mohd. Suhaimi Bin Suait

Di sediakan oleh : Norizatul Hasni Bt. Amran

Page 31: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

31RENCAH MUTIARA

PENERANGAN LOGO

Disimbolkan

sebagai

Pembangunan

yang mampan,

sistem yang

semakin

berinovasi serta

produktifdalam

kemodenan

terkini

JPS Pulau Pinang telah menganjurkan satu Pertandingan Mencipta Tajuk dan

Merekabentuk Logo bagi buletin JPS Pulau Pinang. Pemenang bagi kategori

mencipta tajuk buletin ialah Encik Hasrulnizar Bin Abdullah dari JPS Seberang

Perai Utara manakala pemenang bersama bagi merekabentuk logo pula adalah

Cik Nor Hafini Binti Mahamad Noor dari JPS Ibu Pejabat Pulau Pinang (Bahagian

Khidmat Pengurusan) dan Puan Siti Khadijah Binti Mohamed dari JPS Seberang

Perai Utara.

Tajuk dan Logo bagi buletin JPS Pulau Pinang adalah dipilih oleh Pengarah

sendiri dengan beberapa penambahbaikan oleh beliau semasa sesi pemilihan di

mana turut dibantu oleh Ir. Ratna Rajah a/l Sivapiragasam (Timbalan Pengairan

dan Saliran) dan Ir. Nasser Bin Salim (Ketua Penolong Pengarah-Operasi) .

Tajuk yang telah memenangi hati Pengarah adalah Rencah Mutiara bermaksud

ramuan (ingredients) selari dengan kandungan Rencah Mutiara yang merangkumi

segala aspek berkaitan dengan JPS Pulau Pinang.

Berikut merupakan penerangan berkenaan Logo yang dimaksudkan.

RENCAH MUT ARA

Gambar mata pena

berwarna hitam

bermaksud hasil

kretiviti kakitangan

JPS PP dalam

mereliasasikan

cetusan idea warga

kerja JPS PP

Disimbolkan

sebagai alam flora

dan fauna serta

bukit yang

terbentang luas di

negeri mutiara

Disimbolkan sebagai

Melestarikan Sumber

Air Negara yang

mengalir di setiap

saliran serta

menjadi nadi dan

roh untuk negara

Page 32: BAHAGIAN KORPORAT 2015/RENCAH... · 2017. 8. 22. · RENCAH MUTIARA 1 BAHAGIAN KORPORAT MAJLIS PERJUMPAAN Y.BHG. DATO' SRI Ir. Hj. AHMAD HUSAINI BIN SULAIMAN, KETUA PENGARAH JPS MALAYSIA

32RENCAH MUTIARA

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Kapt. (B) Ir. Haji Anuar Bin Hj. Yahya

KETUA EDITOR

Ir. Ratna Rajah A/L Sivapiragasam

EDITOR

Ir. Nasser Bin Salim

PENOLONG EDITOR

Vinotha A/P Punudorai

PEREKA GRAFIK

Yong Woo Soon

Hasnal Bin Md Rouse

Mohd Fairuz Haji Abdul Wahab

JURUFOTO

Mohd Nakhaie Bin Rashid

AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN

Hasnal Bin Md Rouse (IT & INOVASI)

Mohd Fairuz Haji Abdul Wahab (BPSP & BSMA)

Norinahasliza Binti Ibrahim (KORPORAT)

Azahar Bin Hashim (KHIDMAT PENGURUSAN)

Yasmin Binti Umor (KHIDMAT PENGURUSAN)

Muhammad Hakim Bin Abdul Manaff (SUNGAI & PANTAI)

Hj. Md. Zahari Bin Hassan (HIDROLOGI)

Salihan Binti Hassan (TEBATAN BANJIR)

Subaini A/P Ganasan (UKUR BAHAN)

Aziz Bin Saad (MEKANIKAL)

Nazri Bin Abdullah (Kelab Sukan & Kebajikan)

AHLI JAWATANKUASA DAERAH

Siti Zawani Binti Noordin (JPSDBD)

Saripah Binti Yaakub (JPSDTL)

Hasrul Nizar Bin Abdullah (JPSSPU)

Mohd Zaki Bin Jamaluddin (JPSSPT)

Safarina Binti Che Emby (JPSSPS)