buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf ·...

63
BIL 3/2018 Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang ,Paras 55, KOMTAR, 10000,Penang,Pulau Pinang, Malaysia Gotong Royong EKSA Lawatan YBM Buletin Rencah Mutiara

Upload: others

Post on 24-Oct-2019

45 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

BIL 3/2018

Jabatan Pengairan Dan Saliran

Negeri Pulau Pinang ,Paras 55, KOMTAR,

10000,Penang,Pulau Pinang, Malaysia

Gotong Royong EKSA

Lawatan YBM

BuletinRencahMutiara

Page 2: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

KURSUS KREATIVITI DAN ETIKA DI TEMPAT KERJA

Pada 2 & 3 Julai 2018 (Isnin-Selasa), Bahagian Khidmat

Pengurusan, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah

menganjurkan Kursus Kreativiti dan Etika di tempat kerja bertempat di

Dewan Kecemerlangan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Seberang

Perai Utara.

Penceramah merupakan Encik Mohd Shahrul Nizam bin Jaafar,

Penolong Perunding Latihan (P)3 dari INTAN Wilayah Utara.

Kursus ini telah dihadiri seramai 68 orang peserta yang terdiri

daripada semua gred jawatan di jabatan ini. Kursus Kreativiti dan Etika di

Tempat Kerja diadakan bagi membina cara berfikir yang kreatif demi

memastikan ianya dapat diaplikasikan dalam kerjaya kakitangan. Modul

yang diberikan adalah bersesuaian dengan tugas dan rutin harian

kakitangan sebagai penjawat awam.

Peserta bersemangat menunjukkan

kreativiti masing-masing.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Page 3: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Sesi latihan dalam kumpulan.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Melalui kursus ini para peserta dapat menguasai perkara berikut :

• Meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam tugas secara

kreatif.

• Mengurangkan kos masa yang memberi kesan kepada kos

operasi organisasi.

• Menjadikan tugas kakitangan lebih ringan dalam mengendalikan

rutin.

• Mengurangkan tahap kebosanan kesan daripada pengulangan

tugas.

• Menjadikan kerja sebagai deposit amal, dengan meningkatkan

sumbangan.

Peserta kursus ini juga menjadi sebagai agen transformasi dalam

membangunkan idea-idea kreatif yang akhirnya menjadi inovasi di Jabatan

dan organisasi. Selain itu, kursus ini juga membantu peserta bagi

memperbaharui sistem mereka bekerja mengikut keperluan untuk hari

esok.

Page 4: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

BENGKEL INTEGRITI DAN MOTIVASI KERJA JPSPP

Pada 17 Julai 2018 (Selasa) Bahagian Khidmat Pengurusan,

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah

mengadakan satu Bengkel Integriti dan Motivasi Kerja bertempat

di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Seberang Perai

Selatan.

Ceramah telah disampaikan Oleh Encik Mohd Sufian bin Mohd

Shadzaly, Pegawai Psikologi Penjara Reman Pulau Pinang dan

telah dihadiri oleh 60 orang peserta.

Interaksi dua hala dapat meningkatkan keyakinan peserta.

Sesi Bergambar

Kenangan dengan

Encik Mohd Sufian

bin Mohd Shadzaly.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Page 5: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Diantara Objektif Bengkel Integriti dan Motivasi Kerja adalah :-

• Sebagai satu saluran dua hala, di mana pihak pekerja diberi

saluran untuk berkomunikasi dengan pihak pengurusan dalam

yang bernas menyuarakan pendapat, pandangan serta

menyumbang idea – idea demi kepentingan dan kebaikan

organisasi berkenaan;

• Mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak pekerja, ia

juga boleh dijadikan sebagai satu forum perbincangan di antara

pihak pengurusan dan pekerja;

• Dapat menyemai semangat bekerja di kalangan pekerja untuk

berkhidmat dengan lebih dedikasi dan produktif;

• Mengurangkan jurang perbezaan taraf jawatan dalam jabatan

Permainan dalam kumpulan

sangat menyeronokan.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Page 6: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

BENGKEL PENGURUSAN, PENYERAGAMAN DAN PELUPUSAN FAIL

Pada 24 & 25 Julai 2018 (Selasa-Rabu) Bahagian Khidmat

Pengurusan, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Pulau Pinang

telah mengadakan Bengkel Pengurusan, Penyeragaman Dan

Pelupusan Fail bertempat di Dewan Seminar, Rumah Pam Nibong

Tebal, Jabatan Pengairan Dan Saliran Pulau Pinang.

Bengkel selama 2 hari ini melibatkan seramai 60 orang peserta

mewakili bahagian dan 5 buah daerah di JPSPP. Bengkel ini telah

dibimbing oleh dua (2) orang penceramah daripada Jabatan Arkib

Negara Malaysia, Negeri Pulau Pinang iaitu Encik Roslan bin bin

Mohd Rodzi (Penolong Pengarah Arkib) dan Encik Nazrim Syah bin

Nazeri (Penolong Pegawai Arkib).

memberi tumpuan

penuh.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Page 7: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Sesi latihan dalam kumpulan

sedang berlangsung.

Selain itu bengkel ini juga diharapkan dapat memantapkan pemahaman

dan kemahiran peserta tentang tatacara pelupusan fail dan rekod rasmi

kerajaan, memberi pendedahan tatacara pengisian borang pelupusan

rekod, memastikan setiap bahagian dan JPS Daerah melaksanakan

pelupusan rekod dengan betul dan sistematik mengikut Jadual Pelupusan

Rekod dan memantapkan keupayaan para peserta dalam

mengklasifikasikan kumpulan rekod yang boleh dilupuskan.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah bagi melaksanakan urusan

sistem fail dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan

rekod yang ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia dan mengaplikasi

proses pengurusan rekod dengan betul mengikut standard dan panduan

yang dikeluarkan oleh Arkib Negara Malaysia

Encik Nazrim Syah bin Nazeri

sedang memberi penerangan.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Page 8: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

BAHAGIAN KORPORAT

MESYUARAT RUNDINGAN ANTARABANGSA

THE 33rd MALAYSIA – THAILAND JOINT

EVALUATION TEAM (JET) ON RIVER GOLOK

MOUTH IMPROVEMENT PROJECT DAN THE 36th

MALAYSIA – THAILAND JOINT TECHNICAL

WORKING GROUP (JTWG) ON GOLOK RIVER

MOUTH IMPROVEMENT PROJECT

Pada 4 hingga 6 Julai 2018 (Rabu hingga Jumaat), bertempat di Bilik

Mesyuarat, JPS Pulau Pinang, Tingkat 55, KOMTAR telah berlangsung

Mesyuarat Rundingan Antarabangsa The 33rd Malaysia – Thailand Joint

Evaluation Team (JET) on River Golok Mouth Improvement Project dan The

36th Malaysia – Thailand Joint Technical Working Group (JTWG) on Golok

River Mounth Improvement Project. Ahli mesyuarat terdiri daripada Pegawai

Bahagian Pengurusan Zon Pantai dan Pengurusan Lembangan Sungai, JPS

Malaysia dan juga Deligasi Thailand.

Pada hari Pertama iaitu 5 Julai 2019, Mesyuarat Rundingan Antarabangsa

The 33rd Malaysia – Thailand Joint Evaluation Team (JET) on River Golok

Mouth Improvement Project diadakan.

Pada hari kedua iaitu 6 Julai 2018, The 36th Malaysia – Thailand Joint

Technical Working Group (JTWG) on Golok River Mounth Improvement

Project.

Bagi meraikan semua ahli mesyuarat, JPS Pulau Pinang telah membawa

kesemua ahli mesyuarat melawat ke Bukit Bendera, iaitu salah satu mercu

tanda Negeri Pulau Pinang.

Sawadeekap...... Selamat

Datang ke Negeri Pulau Pinang

Page 9: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

(KIK) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Pada 23 Julai 2018 (Isnin), bertempat

di Auditorium A, Tingkat 5, KOMTAR.

Pertandingan Kumpulan Inovatif dan

Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Pulau

Pinang yang telah disertai oleh

Kumpulan Trigona Trap, JPS Daerah

Seberang Perai Tengah, mewakili JPS

Pulau Pinang.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh

Timbalan Setiausaha (Pengurusan),

YBhg Dato’ Haji Ghazali bin

Derahman.

Majlis perasmian KIK Peringkat

Negeri Pulau Pinang

Wakil Kumpulan Trigona Trap

menerima sijil penyertaan daripada

YBhg Dato’ Hj Ghazali

Puan CC memberi penerangan

mengenai produk Trigona Trap

BAHAGIAN KORPORAT

Page 10: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

BAHAGIAN KORPORAT

KURSUS JURUAUDIT DALAMAN DAN TAKLIMAT

KESEDARAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM

(EKSA) JPS PULAU PINANG

Pada 1 Ogos 2018 (Rabu), bertempat di Pusat Kecemerlangan JPS

Daerah Seberang Perai Utara.

Kursus berkenaan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua

pegawai dan kakitangan JPS Pulau Pinang mengenai EKSA dan juga

pendedahan kepada Juruaudit Dalaman EKSA.

Page 11: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

BAHAGIAN KORPORAT

GOTONG ROYONG PERDANA EKOSISTEM

KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JPS PULAU

PINANG

Pada 14 Ogos 2018 (Selasa), melibatkan semua Zon JPS Pulau

Pinang iaitu Zon KOMTAR, Zon DTL, Zon DBD, Zon SPU, Zon SPT dan

Zon SPS secara serentak.

Matlamat utama gotong rotong perdana ini adalah untuk Sisih, Sapu

dan Susun dimana 3 elemen tersebut adalah antara 5 teras utama

EKSA iaitu Sisih, Sapu, Susun, Seragam dan Sentiasa Amal. Gotong

royong ini mendapat sambutan di semua zon.

GOTONG ROYONG PERDANA ZON DBD

Sesi taklimat

Bersama Tuan Jurutera Daerah

Page 12: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

GOTONG ROYONG PERDANA ZON DTL

GOTONG ROYONG PERDANA ZON SPS

Taklimat dulu..........

Hangpa susun jangan tak

susun.......Tuan JD, sapu sendiri

ye...........

Sefie dulu.......... Bungkus jangan tak

bungkus....... Ikat tepi..........Kita kerja over time........

BAHAGIAN KORPORAT

Page 13: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

GOTONG ROYONG PERDANA ZON SPT

Kemas jangan tak kemas..........Say hai........bye.......

Clear water dont sangka

ada boya..........

Koyak jangan tak

koyak.......

BAHAGIAN KORPORAT

Page 14: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

GOTONG ROYONG PERDANA ZON SPU

GOTONG ROYONG PERDANA ZON KOMTAR

Baca doa dulu..........

Tuan JD, dok buat apa tu..........Sesi susun strategi gotong royong..........

Tuan PPSN bagi amanat gotong

royong..........

Sape punya barang lani........Kasi susun dulu.......

Kemas elok-elok ye BOSSS...

BAHAGIAN KORPORAT

Page 15: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

MAJLIS KORBAN PERDANA JPS PULAU PINANG

Pada 23 Ogos 2018 (Khamis), Berlangsung di perkarangan JPS

Daerah Seberang Perai Tengah, Majlis Korban Perdana JPS

Pulau Pinang.

Sebanyak lima (5) ekor lembu telah

dikorbankan dan daging korban

diagaih-agihkan kepada semua yang

terlibat menjayakan majlis dan juga

disedekahkan kepada orang miskin.

Majlis tersebut diketuai oleh Tuan

Pengarah JPS Pulau Pinang, En Mohd

Azmin bin Hussin dengan dijayakan

oleh semua Ketua Bahagian dan juga

Jurutera Daerah.

Majlis tersebut juga dibuat

secara bergotong royong

oleh kakitangan JPS

Pulau Pinang.

Majlis berlangsung

dengan meriah dan

dihadiri oleh jabatan dan

agensi yang berhanpiran

dengan pejabat JPS

Seberang Perai Tengah.

Tuan PPSN, dok buat ape

tu..........

Tuan PPSN main masak-

masak..........

Isteri PPSN membawang

BAHAGIAN KORPORAT

Tukang bersiang daging

Page 16: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 61 TAHUN

31 Ogos 2018 (Jumaat), Sambutan Hari

Kemerdekaan Peringkat Negeri Pulau Pinang,

telah diadakan di Padang Kota Lama,

Georgetown.

Kontijen JPS Pulau Pinang menyertai

perbarisan dengan seramai 60 orang Pegawai

dan Kakitangan dari semua daerah yang di

Ketuai oleh En Khairul Aidil bin Nordin,

Penolong Pengarah (Mekanikal & Elektrikal).

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA

#sayangiMalaysiaku

Penyeri sepanduk..........

Merdeka....Merdeka....Merdeka.........

BAHAGIAN KORPORAT

Page 17: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

BAHAGIAN KORPORAT

LAWATAN KERJA YB MENTERI AIR, TANAH DAN

SUMBER ASLI (KATS)

Pada 4 September 2018 (Selasa), JPS Negeri Pulau Pinang telah

menerima kunjungan dari YB Dr Xavier Jayakumar, Menteri KATS.

YB Menteri memulakan lawatan dengan membuat kunjungan hormat ke

Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Sesi kunjungan hormat oleh YB

Menteri disertai oleh Setiausaha dan Pegawai dari Kementerian Air, Tanah

dan Sumber Asli, YBhg Dato’ Ir. Dr. Hj Md Nasir bin Md. Noh, Ketua

Pengarah JPS Malaysia, Pegawai-pegawai dari JPS Malaysia dan En Mohd

Azmin bin Hussin, Pengarah JPS Pulau Pinang.

Page 18: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Semasa sesi kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang,

YB Menteri telah disambut oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan

Chow Kon Yeow, YB Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan

Negeri Pulau Pinang dan juga pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri Pulau Pinang. Sesi tersebut berlangsung hampir 30 minit.

BAHAGIAN KORPORAT

Mesyuarat Sedang Berlangsung

Page 19: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANTAUAN PROJEK PEMBANGUNAN (JPPP), JPS PULAU PINANG BIL 4/2018

Pada 13 September 2018 (Khamis), Bilik Mesyuarat Jabatan Pertanian

Negeri Pulau Pinang, Cherok Tok Kun.

Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk memantau perkembangan prestasi

projek-projek pembangunan dan juga prestasi kewangan yang

dibelanjakan.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JPS Pulau Pinang

dan ahli mesyuarat terdiri daripada semuga Ketua Bahagian dan

Jurutera-jurutera Daerah.

BAHAGIAN KORPORAT

Page 20: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

Pada 25 September 2018 (Selasa), bertempat di Pejabat Hidrologi

Negeri, JPS Daerah Seberang Perai Utara, telah berlangsung

program gotong royong memasak bubur asyura.

Program ini diilhamkan oleh Tuan Pengarah JPS Pulau Pinang

sempena bulan Islam 10 Muharam.

Saja dok mai mengacau......

Selagi tak tebalik kuali, selagi

tu kita kacauuu......

BAHAGIAN KORPORAT

Page 21: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

HARI INOVASI DAN KECEMERLANGAN

JPS PULAU PINANG

Antara booth pameran oleh JPS Daerah dan Syarikat produk

yang berkaitan dengan pengairan yang menyertai Hari Inovasi

dan Kecemerlangan JPS Pulau Pinang.

Kami menang banyak wei.........

BAHAGIAN KORPORAT

Page 22: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

AUDIT PEMANTAUAN DAN NAIKTARAF MS

ISO 9001:2015 OLEH SIRIM QAS

INTERNATIONAL SDN. BHD

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Pelaksanaan Audit Pemantauan Dan Menaiktaraf ( Surveillance &

Upgrading ) oleh SIRIM QAS International Sdn.Bhd. Mulai 5 hingga7

September 2018 (Rabu-Jumaat) dibilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang

tingkat 55 Komtar.

Page 23: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Audit Pemantauan dan Menaiktaraf telah dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah En. Ir Shari Bin Abdullah

Page 24: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Perlaksanaan audit ini bertujuan

memperbaharui persijilan yang akan

tamat tempoh pada 14 Sep 2018 dan

seterusnya menaiktarafkan MS ISO

9001:2008 kepada MS ISO 9001:2015.

Juru Audit memeriksa dan menilai

dokumen,data,rekod dan borang

mengikut standard MS ISO 9001:2015

yang baru

Juru Audit menemuduga kakitangan

BSAH mengenai hal-hal berkaitan

ISO. Juru Audit juga berpuas hati

dengan komitmen serta kefahaman

pihak pengurusan dan kakitangan

BSAH PP terhadap pelaksanaan dan

kepentingan Sistem Pengurusan

Kualiti (SPK).

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Page 25: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Juru Audit telah memilih

lawatan tapak ke Stesen

RHN Sg.Muda Ladang

Victoria dan Stesen Kolam

Bersih,bagi menyaksikan

sendiri keadaan stesen yang

diselenggara dengan baik

oleh kakitangan BSAH .

Proses-proses kerja utama

dan sokongan serta kawalan

terhadap Pengurusan Risiko

dan Peluang Pengupayaan

yang dibangunkan juga

dilaporkan baik serta

terkawal. Secara umumnya,

pelaksanaan SPK di BSAH

PP adalah selari dengan

keperluan Standard MS ISO

9001:2015.

-melawat stesen RHN

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Page 26: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Audit telah dikendalikan oleh juruaudit terlatih dari pelbagai unit dan

bahagian.

Juru Audit juga mencadangkan kepada SIRIM agar penyambungan dan

naik taraf pensijilan ISO 9001:2015 diberi BSAH PP selepas tiada

sebarang ketakakuran (NCR) direkodkan.

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Page 27: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

TARIKH 4-6 JULAI 2018 .BERTEMPAT DI

PUSAT LATIHAN RISDA (RISTEC)

LOT. 3073, BAGAN PINANG, BATU 4,

JALAN PANTAI,

71050 BAGAN PINANG,

PORT DICKSON.

.DI RASMIKAN OLEH

PENGARAH,

JPS NEGERI SEMBILAN.

IR. ROZMAN B. MOHAMAD

KURSUS PERSEDIAAN MENGHADAPI

BANJIR

( SCHOOL OF HIDROLOGY )

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Page 28: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Kursus ini telah dianjurkan oleh, bahagian sumber air dan hidrologi, jps

negeri sembilan darul khusus. Peserta kursus adalah pegawai- pegawai

hidrologi negeri, penolong jurutera, pra dan pemandu bahagian sumber air

dan hidrologi seluruh malaysia termasuk sabah dan Sarawak bilangan

peserta kursus seramai 60 orang. Bagi BSAH Pulau Pinang, kursus

tersebut diwakili oleh Pegawai Hidrologi Negeri Pn Norfaizah Bt Saaidin dan

Penolong Jurutera BSAH En.Mohd Shukri Bin Zakaria.Seorang pembantu

awam En.Abd Rahim Bin Hashim dan seorang pemandu En.Shubri Bin

Mohamed.

Page 29: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Tujuan kursus memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan yang

baru serta sebagai medan bertukar-tukar pengalaman dengan pegawai-

pegawai yang telah lama berkhidmat. latihan didalam kelas dan kerja amali

di lapangan ( stesen sukat luah sg. linggi @ kg. mantau. dikendalikan oleh

penceramah-penceramah yang amat berpengalaman luas dalam bidang

hidrologi.

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Page 30: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Projek Pembinaan Dan Menaiktaraf Stesen Rangkaian

Hidrologi Nasional (RHN) Serta Kerja-Kerja Yang

Berkaitan Di Negeri Perlis,Kedah,Pulau

Pinang,Perak,Selangor,Negeri Sembilan Dan Melaka.

Pada 19 hingga 20 September 2018(rabu-khamis). Pihak Seksyen

Peralatan Hidrologi (SPH) JPS MALAYSIA telah mengadakan sesi

lawatan untuk mengenal pasti tapak stesen dan skop kerja bagi projek

pembinaan dan menaiktaraf stesen rangkaian Hidrologi Nasional

(RHN) serta kerja-kerja yang Berkaitan di Negeri Perlis,Kedah,Pulau

Pinang,Perak,Selangor,Negeri Sembilan dan Melaka.

Lawatan Tapak Ke Pusat Pertanian Cerok Tok Kun, Ibu Bekalan

Sungai Kulim, Sg.Simpang Empat, Ladang Batu Kawan, Bagan

Buaya, Kolam Takungan Bukit Panchor dan Kampung Seronok.

Page 31: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Pegawai SeksyenPeralatan HidrologiEn.Mohd Sabrie,En

Fauziy dan En Izwantelah ditugaskan

untuk menjalankanlawatan tersebut

Bergambar kenangan bersama staff BSAH PP

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

Page 32: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

HARI KARNIVAL SUKAN JABATAN PENGAIRAN DAN

SALIRAN NEGERI PULAU PINANG

Kelab Sukan Dan Kebajikan telah menganjurkan Karnival

Sukan JPS Pulau Pinang yang telah diadakan pada 13 Julai

2018 hingga 15 Julai 2018. Hari karnival sukan ini telah

diadakan di pelbagai lokasi mengikut acara sukan yang

dipertandingankan. Terdapat 13 acara yang telah dianjurkan

seperti futsal, ten-pin boling, sepak takraw, dart, badminton,

merentas desa, bola tampar, snooker, ping pong, dam aji,

karom dan golf.

Tujuan utama hari karnival sukan ini diadakan adalah

untuk memilih para peserta untuk mewakili JPS Pulau Pinang

di dalam Program Kecemerlangan dan Kecergasan Hari

Karnival Sukan JPS Malaysia. Dengan bantuan pengurus-

pengurus yang dilantik, hari karnival sukan ini telah berjalan

dengan lancarnya

Pelari merentas desa warm up

dulu sebelum berlari

Pertandingan badminton

antara JPS DaerahYeah !!! Kami menang

Jangan kata pak cik tak kuat lari !!!

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Page 33: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Pertandingan bola tampar dan futsal di antara JPS Daerah

Pertandingan sepak takraw di antara JPS Daerah

Sakan abang tu punya tenung bola !!! Yeah !!! dapat hadiah saya juara

Tahniah kepada mereka yang berjaya terpilih di dalam

sukan masing-masing yang dipertandingkan di peringkat JPS

Malaysia yang diadakan pada Ogos 2018. Semangat

kesukanan di kalangan warga JPS Pulau Pinang amatlah

memberansangkan.

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Page 34: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KETUA

KONTIJEN PASUKAN JPS PULAU PINANG

SEMPENA PROGRAM KECEMERLANGAN DAN

KECERGASAN HARI KARNIVAL SUKAN KALI KE 15,

JPS MALAYSIA TAHUN 2018

Pada 15hb Ogos 2018, satu Majlis Penyerahan Bendera

Kepada Ketua Kontijen Pasukan JPS Pulau Pinang Sempena Program

Kecemerlangan Dan Kecergasan Hari Karnival Sukan Kali Ke 15, JPS

Malaysia. Majlis tersebut diadakan di Pusat Kecemerlangan JPS

Seberang Perai Utara. Ir Saari Bin Abdullah telah

dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Kontijen pasukan JPS Pulau

Pinang. Semasa majlis tersebut, Mohd Azmin Bin Hussin,

Ucapan amanat oleh

Pengarah

Penyampaian pakaian sukan

kepada peserta

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Page 35: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Semua peserta bersama Pengarah

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Yang Dipertua Kelab Sukan Dan

Kebajikan JPS Pulau Pinang telah

menyampaikan ucapan amanat dan

kata-kata semangat kepada semua

peserta kontijen yang menyertai sukan

temasya tersebut. Di samping itu juga,

semua peserta diberikan pakaian sukan

iaitu track suit, t-shirt dan topi.

Penyerahan bendera oleh

Pengarah kepada Ketua

Kontijen

Page 36: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN

HARI KARNIVAL SUKAN KALI KE 15, JPS MALAYSIA

TAHUN 2018

Penyampaian cenderahati

kepada Ketua Kontijen

Pada tahun 2018, JPS

Malaysia dan JPS Selangor selaku

tuan rumah telah menganjurkan

Program Kecemerlangan dan

Kecergasan Hari Karnival Sukan Kali

Ke 15, JPS Malaysia pada 17 hingga

19 Ogos 2018 (Jumaat hingga Ahad)

bertempat di UiTM Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan. JPS Pulau

Pinang dianggotai seramai 120 orang

peserta dan diketuai oleh Ketua

Kontijen, Ir Saari Bin Abdullah,

Timbalan Pengairan Dan Saliran yang

merangkap Naib Dipertua Kelab

Sukan & Kebajikan JPS Pulau

Pinang.

Pasukan Ten-Pin Boling Wanita JPS Pulau Pinang

Manakala acara Pertandingan Ten-Pin Boling Berpasukan

Lelaki Dan Wanita telah diadakan pada 11 Ogos 2018 (Sabtu)

bertempat di Ampang Superbowl, Metro Kajang. Pertandingan Golf

Individu dan Berpasukan telah diadakan pada 12 Ogos 2018

(Ahad) bertempat di Kota Seriemas Golf & Country Club, Negeri

Sembilan.

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Page 37: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN

HARI KARNIVAL SUKAN KALI KE 15, JPS MALAYSIA

TAHUN 2018

Sesi Raptai Untuk Perbarisan Kontijen Pasukan JPS Negeri

JPS Pulau Pinang telah menyertai 21 acara yang terdiri

daripada golf individu, ten-pin boling berpasukan lelaki & wanita,

futsal, tarik tali, sepak takraw, dart lelaki, dart wanita, merentas

desa lelaki terbuka, merentas desa veteran terbuka, merentas

desa wanita terbuka, bola tampar lelaki, bola tampar wanita,

snooker individu, snooker beregu, ping pong individu, ping pong

berpasukan, karom lelaki berpasukan, karom wanita berpasukan,

badminton dan dam aji

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Semasa malam perbarisan pasukan JPS Negeri

Page 38: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PROGRAM KECEMERLANGAN DAN KECERGASAN

HARI KARNIVAL SUKAN KALI KE 15, JPS MALAYSIA

TAHUN 2018

Pasukan Dam Aji Pasukan Bola Tampar Lelaki

Pencapaian JPS Pulau Pinang telah

menduduki tempat ke 6 daripada 16

pasukan yang menyertai. Prestasi

pencapaian yang dimenangi oleh JPS

Pulau Pinang adalah seperti berikut :-

1. Dart Wanita – Johan

2. Snooker Beregu – Johan

3. Karom Berpasukan Lelaki – Gangsa

4. Dam Aji – Gangsa

5. Merentas Desa Veteren Terbuka – Ke 5

6. Ten-Pin Boling Lelaki Individu – Ke 4 Kami Juara !!!

Tahniah Pasukan Dam Aji

Dapat Gangsa !!!Tahniah Pasukan Karom Dapat Gangsa !!!

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Page 39: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PPSN menerima Piala Pusingan !!!

Pasukan Snooker Johan !!!

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Page 40: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

JPS PULAU PINANG TURUT SERTA DALAM MAJLIS

MAKAN MALAM MAKSAK KERAJAAN NEGERI

PULAU PINANG

Pada 4 September 2018, MAKSAK Kerajaan Negeri Pulau

Pinang telah menganjurkan makan malam MAKSAK dan JPS

Pulau Pinang yang merupakan ahli jawatankuasa MAKSAK

Kerajaan Negeri Pulau Pinang turut dijemput hadir pada majlis

tersebut. Majlis tersebut diadakan di Hotel Ixora, Seberang Perai

Tengah, Pulau Pinang yang disempurnakan pembukaannya oleh

Tuan Yang Terutama TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul

Rahman bin Haji Abbas yang hadir ditemani oleh isterinya.

Ucapan aluan oleh Dato Seri SUK

Warga JPS Pulau Pinang yang turut

hadir

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Page 41: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Turut hadir mantan Pengarah JPS Pulau

Pinang, Dato' Ir Kapt (B) Haji Anuar Bin

Haji Yahya

Alhamdulillah rezeki menang cabutan

bertuah Grand Prize

Majlis makan malam itu adalah bertujuan untuk menjana pendapatan

MAKSAK dan di samping dapat mengeratkan hubungan ukhuwah

sesama agensi, jabatan dan pihak-pihak penyumbang yang terdiri

daripada kalangan golongan-golongan korporat. Pada majlis itu juga

dijemput mantan Pengarah JPS Pulau Pinang, Dato' Ir Kapt (B) Haji

Anuar Bin Haji Yahya bersama isteri.

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Page 42: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

GOTONG-ROYONG PERDANA UNTUK

EKOSISTEM KONDUSOF SEKTOR AWAM(EKSA)

Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut telah

diadakan pada 14 Ogos 2018 (Selasa) bertempat di Tingkat 29, Komtar.

Antara tujuan Gotong-Royong ini diadakan adalah bagi mewujudkan

kawasan persekitaran kerja yang bersih dan selamat untuk digunakan.

sebelum aktiviti gotong-royong dimulakan Gotong-Royong di Unit

Pembangunan Tanah(OSC)

Gotong-Royong Di Unit

Pentadbiran (Bahagian Stor)

DAERAH TIMUR LAUT

Page 43: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PROGRAM LAWATAN KERJA OLEH YAB MENTERI AIR,

TANAH DAN SUMBER ASLI KE PULAU PINANG

Program Lawatan Kerja oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli iaitu YB

Dr, Xavier Jayakumar telah dadakan di Pusat Informasi Sungai Pinang pada

4 September 2018 (Selasa)

Antara tujuan lawatan kerja tersebut adalah untuk melihat perkembangan

Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang Fasa 3 yang akan

memberi manfaat kepada kira-kira 150,000.00 penduduk di kawasan

perlindungan banjir seluas 300 hektar.

YB Dr Xavier Jayakumar bersama Pengarah

JPS Pulau Pinang (Mohd Azmin bin Hussin)

melihat pelan Projek RTB Sungai Pinang

Fasa 3

Sesi pembentangan RTB Sungai

Pinang Fasa 3 disampaikan oleh

Jurutera Projek RTB Sungai Pinang,

Puan Hanizan binti Mukhtar

YB Menteri bergambar kenangan

bersama Pengarah JPS Pulau Pinang

dan Pegawai-Pegawai Kanan JPS

DAERAH TIMUR LAUT

Page 44: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

MAJLIS PECAH TANAH PROJEK TEBATAN

BANJIR SUNGAI JELUTONG DIVERSION

Majlis Pecah Tanah Projek Tebatan Banjir Sungai Jelutong Diversion(Bawah

Tanah) telah diadakan pada 3 Julai 2018 (Selasa) di Tapak Projek Perumahan

Dutamas Permai Sdn Bhd, Jalan Medan Tengku, Jelutong Pulau Pinang.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut adalah YB Zairil Khir Johari,

EXCO Kerja Raya, Utiliti Dan Tebatan Banjir, YB. Sanisvara Nethaji Rayer A/L

Rajaji Ahli Parlimen Jelutong, YB. Lim Siew Khim ADUN SG Pinang, Pengarah

JPS Pulau Pinang Mohd Azmin Bin Hussin.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Zairil Khir Johari, Exco Kerja Raya,

Utiliti Dan Tebatan Banjir.

Ucapan aluan oleh Pengarah JPS

Pulau Pinang, Mohd Azmin bin

Hussin

Tetamu kehormat yang hadir pada

Majlis Pecah Tanah

DAERAH TIMUR LAUT

Page 45: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Majlis Pecah Tanah dirasmikan oleh YB Exco Kerja Raya, Utiliti Dan Tebatan

Banjir, YB Zairil Khir Johari

DAERAH TIMUR LAUTDAERAH TIMUR LAUT

Page 46: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PROGRAM PELAN TINDAKAN INOVASI

PERINGKAT JPS DAERAH TIMUR LAUT

Program Pelan Tindakan Inovasi Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS) Daerah Timur Laut telah diadakan pada 28 Ogos 2018 (Selasa)

bertempat di Dewan Mesyuarat S18, Lebuh Macallum

Antara tujuan program Pelan Tindakan Inovasi ini diadakan adalah bagi

mencari idea-idea yang berinovatif dan juga kreatif.

Program Pelan Tindakan Inovasi Peringkat JPS Daerah Timur Laut

disampaikan oleh Penolong Jurutera Kanan JPS Daerah Timur Laut, Puan

Nurjulia binti Azami.

Program Pelan Tindakan Inovasi

disampaikan oleh Penolong Jurutera Kanan

JPS Daerah Timur Laut, Puan Nurjulia Binti

Azami

Peserta yang hadir untuk

Program Pelan Tindakan

Inovasi

DAERAH TIMUR LAUTDAERAH TIMUR LAUT

Page 47: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Peserta bergambar kenangan bersama hasil lakaran idea kreatif masing-masing

DAERAH TIMUR LAUT

Page 48: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

KURSUS MOTIVASI PEKERJA CEMERLANG

Pada 9 OGOS 2018 pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari telah diadakan

Kursus Motivasi Pekerja Cemerlang anjuran JPS DBD. Penceramah yang

dijemput adalah Encik Mohd Supian Bin Mohd Shadzaly Pegawai Psikologi

Penjara Reman Pulau Pinang. Kursus ini diadakan bagi memupuk

semangat dan motivasi kepada pekerja supaya bekerja dengan lebih

cemerlang dan berdedikasi..

DAERAH BARAT DAYA

Page 49: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

DAERAH BARAT DAYA

Page 50: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN CERAMAH AGAMA

Pada 28 SEPTEMBER 2018 pukul 9.00 pagi hingga 1.00 tengah

hari telah diadakan Majlis Yaasin dan Ceramah Agama anjuran

JPSDBD. Ceramah jemputan Ustaz Hj Mohd Lukmanul Hakim Bin

Mokhtar, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan

Hal Ehwal Islam Pulau Pinang. Majlis ini diadakan bagi

menerapkan nilai-nilai murni dikalangan pekerja.

DAERAH BARAT DAYA

Page 51: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA JPS PULAU PINANG

Pada 14 Ogos 2018,bermula jam 8.00 pagi JPS Seberang Perai

Selatan bersama JPS Pulau Pinang telah mengadakan Gotong

Royong Perdana EKSA JPS Pulau Pinang. Program Gotong-royong

ini diketuai Jurutera Daerah JPS SPS ,En. Mohd Fadhil bin Ahmad

dan Kakitangan Pejabat.

Program ini bertujuan bagi persekitaran kebersihan ditempat

kerja dan menyemarakkan aktiviti kreatif dan menwujudkan

persekitaran yang kondusif bagi meningkatkan mutu kerja yang

berkualiti didalam pejabat JPS SPS.

Kerja kemas dan Sisih sedang dilaksanakan.

Perbincangan dan Penerangan oleh Jurutera Daerah.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Page 52: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF

JPS MALAYSIA

Pada 19-20 September 2018, JPS Malaysia Telah mengadakan satu

Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif JPS Malaysia ( KIK ) bagi

Tahun 2018, penyertaan pertandingan telah disertai seramai 22

Kumpulan dari seluruh daerah bagi setiap negeri.

Bagi JPS Pulau Pinang, Kumpulan D’Selatan diketua oleh

Jurutera Daerah Seberang Perai Selatan, En. Mohd Fadhil bin Ahmad

dan 9 ahli kumpulan yang lain mewakili JPS Pulau Pinang dalam

pertandingan tersebut dengan Projek inovasinya iaitu U-ban (Struktur

Penahan tebing dan Limpahan Banjir menggunakan Struktur U-drain).

Harapan utama Kumpulan bukan sekadar penyertaan

pertandingan tetapi perkongsian idea bersama diantara jabatan dan

boleh digunapakai bagi mengatasi masalah ditapak dan aduan rakyat.

Sesi Bergambar semasa Perasmian dan Permulaan Perbentangan.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Page 53: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Perbentangan Projek KIK.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Sesi Bergambar semasa Perasmian dan Permulaan Perbentangan.

Page 54: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PROGRAM LATIHAN PENGURUSAN BENCANA

BANJIR DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Pada 26 Julai 2018,Pejabat Daerah dan Tanah Seberan Perai

Selatan telah mengadakan satu Program Latihan Pengurusan Bencana

Banjir Daerah Seberang Perai Selatan diketuai Pegawai Daerah, Tuan

Yazman Bin Yahya ,diwakili Yb Kawasan ,agensi-agensi berkaitan dan

kakitangan JPS SPS.

Perasmian Program dan Keadaan Dewan tempat

berkumpul.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Page 55: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Teknik bantu penyelamat dan Pengambilan Mangsa Banjir

mengunakan Bot.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Program ini bertujuan bagi persediaan kepada agensi yang terlibat

dan masyarakat setempat sebagi simulasi atau kebarangkalian

berlaku banjir. Disamping itu, program ini turut memupuk minat

kepada masyarakat bagu memberi pendedahan kepada semua

kaedah berkumpul dan teknik menyelamat semasa berlaku banjir.

Page 56: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA JPS SPT

13 JULAI 2018: Gotong royong diadakan Pejabat JPS SPT bagimembersihkan pejabat. Semua kakitangan yang bertugas di dalampejabat adalah diwajibkan terlibat. Kakitangan yang bekerja di luarpejabat juga ada datang membantu bagi melancarkan lagi program ini.

Kerja-kerja pengumpulan dan pembersihan telah dijalankan oleh kakitangan JPS SPT di perkarangan Pejabat JPS SPT. Pengumpulankertas-kertas dan kotak-kotak yang boleh dikitar semula akan dijual.

DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Page 57: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

CERAMAH AGAMA OLEH USTAZ

MOHAMMAD YAACOB YUSRA

Ceramah Agama oleh Ustaz Mohammad Yacob Yusra telah diadakan

pada hari jumaat 21 September 2018 di Pusat Kecemerlangan JPS SPU.

Ceramah ini telah dihadiri oleh kakitangan JPS SPU dan daerah-daerah

lain. Penyampaian yang sungguh mantap ini amat berkesan di hati sesiapa

yang mendengarnya.

Ceramah ini adalah sebahagian dari acara keagamaan yang sering

diadakan di JPS SPU.

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 58: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 59: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

PROGRAM FRIENDS OF RIVER

Program Friends Of River ini adalah anjuran Indah Water bersama MPSP,

JPS SPU dan penduduk Taman Bertam. Ianya telah diadakan pada 21

Julai 2018. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Phee Boon Poh,

Adun Sg Puyu.

Pada hari tersebut telah diadakan gotong rotong membersihkan sungai

dan menanam pokok Di sekitar sezab sungai. Sungai Lahar Endin telah

diambil oleh Indah Water sebagai ‘sungai angkat’.

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 60: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Bersama Gotong-royong

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 61: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 62: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

TAKLIMAT SISTEM PENGAIRAN DAN

PERJUMPAAN DENGAN JURUTERA DAERAH

Pada 12 Julai 2018 JPS SPU telah mengadakan Program Taklimat sistem

pengairan dan perjumpaan dengan Jurutera Daerah. Ianya dihadiri oleh

seluruh kakitangan JPS SPU. Taklimat dan perjumpaan yang ini bertujuan

mengingatkan kakitangan

dengan tugas masing-masing disamping mengeratkan lagi silatulrahim

diantara satu sama lain. Pada hari ini juga diadakan sambutan Hariraya Aidil

Fitri JPS SPU

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Page 63: Buletin - jps.penang.gov.myjps.penang.gov.my/images/Buletin/rencah mutiara edisi 3.pdf · kakitangan sebagai penjawat awam. Peserta bersemangat menunjukkan kreativiti masing-masing

Peserta khusyuk mendengar taklimat

Acara potong kek persaraan dan kek harijadi

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA