2015 rencah mut arajps.penang.gov.my/images/buletin 2015/buletin rencah...ketiga lagi_xxx rencah...

42
EDISI APRIL JUN 2015 Laman Web Jabatan : http://jps.penang.gov.my/ Emel: [email protected] Facebook: [email protected] RENCAH MUT ARA JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG RENCAH MUT ARA

Upload: nguyentu

Post on 31-Mar-2019

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EDISIAPRIL – JUN

2015

Laman Web Jabatan : http://jps.penang.gov.my/ Emel: [email protected] Facebook: [email protected]

RENCAH MUT ARAJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PULAU PINANG

RENCAH MUT ARA

1RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN KORPORAT

Seluruh warga JPS Pulau Pinang ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan tahniah dan syabas kepada YBhg. Dato’ Ir. Zainor Rahim Bin

Ibrahim, yang telah dilantik sebagai Ketua Pengarah JPS Malaysia berkuatkuasa

pada 23 Mac 2015, bagi menggantikan mantan Ketua Pengarah YBhg Dato’ Sri Hj

Ahmad Husaini bin Sulaiman. Dengan ini, kami merakamkan setinggi-tinggi

ucapan tahniah dan semoga JPS akan terus maju di bawah kepimpinan YBhg

Dato'.

UCAPAN TAHNIAH KEPADA KETUA PENGARAH BARU JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA.

YBhg. Dato’ Ir. Zainor Rahim Bin Ibrahim

TAHNIAH... MPPP DIISYTIHAR MAJLIS BANDARAYA PULAU PINANG

Dato’ Patahiyah Binti IsmailYang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas mengumumkan...

"Bahawasanya setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim

Mu'adzam Shah yang mengisytihar, menubuh dan memerintahkan MPPP, hendaklah mulai

1 Jan 2015 menjadi sebuah bandar raya, yang bernama MBPP dan bukan lagi MPPP

dengan mempunyai hak tertentu sebagai sebuah bandar raya," kata Abdul Rahman.

-Sumber The Malaysian Insider, 31 Mac, 2015.

Sehubungan itu, seluruh warga JPS Pulau Pinang ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dato’ Patahiyah Ismail sebagai Datuk Bandar

Pulau Pinang. Perlantikan ini juga dipandang sebagai satu kebanggaan bagi kaum wanita

memandangkan beliau adalah wanita pertama dilantik memegang jawatan itu.

2RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN KORPORAT

PULAU PINANG- Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah

mengadakan Taklimat Profiling bagi Pegawai dan Kakitangan buat kali kedua

pada 18 Mei 2015 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang,

KOMTAR dimana pada kali pertama telah pun diadakan pada 25 Mac 2015

(Rabu).

Tujuan utama sesi profiling ini diadakan buat kali kedua adalah untuk

menyemak semula profiling kerja yang telah dihasilkan oleh bahagian dan

daerah masing-masing pada sesi pertama. Kesemua Ketua Bahagian dan

Jurutera Daerah telah hadir bersama-sama Penolong Jurutera daripada

pelbagai unit berbeza bagi menyemak dan membetulkan profiling kerja yang

dibentangkan kepada fasilitator, Ir.Haji Nor Hisham Bin Mohd Ghazali.

JPS Pulau Pinang turut menghargai kesudian Ir.Haji Nor Hisham Bin Mohd

Ghazali yang sanggup turun padang sekali lagi bagi membantu JPS Pulau

Pinang menghasilkan profiling kerja dengan betul.

TAKLIMAT PROFILING EDISI KE-2 PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

PULAU PINANG

“Mai.. mai.. mai.. Cepat buat profiling

hangpa bagi siap”

“Alamak... Salah lagi.. Balik nie aku kena

buat bagi betui”...

“Hangpa semua jangan buat muka blur...

Nanti time reja pun blur jugak”...

“Cepatla siapkan profiling ini

supaya tak panggil aku buat kali

ketiga lagi”...

3RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN KORPORAT

PAMERAN SEMPENA LARIAN CHARITY WALK DI PADANG KOTA 'D'MONTE HERITAGE CHARITY

WALK 2015

GEORGETOWN - Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang (JPSPP)

telah menyertai pameran sempena Program Amal 'D' Monte Heritage Charity

Walk 2015’ yang telah diadakan pada 26 April 2015 (Ahad) di Jalan Padang Kota

Lama, Pulau Pinang.

Program amal ini dianjurkan oleh D’Monte Child Care & Kindergarden

dengan kerjasama dan sokongan Pejabat Exco YB Tuan Chow Kon Yeow dan Majlis

Bandaraya Pulau Pinang (MBPP). Program berjalan sambil beramal ini melibatkan

kira-kira 3000 orang termasuk para pelajar, ibu bapa dan guru.

JPS Pulau Pinang berperanan dalam menyediakan bahan-bahan dan

memberi penerangan yang dapat memberikan kesedaran tentang kepentingan

menjaga alam sekitar kepada golongan kanak-kanak khususnya, bagi mendidik

mereka dari kecil supaya menyayangi dan memelihara sungai.

Antara pengunjung yang hadir di Booth Pameran JPS Pulau Pinang

Nak susun mana satu ni. Semua gambaq sempoy-sempoy ni..

RENCAH MUTIARA4

SEBERANG JAYA - Program Agro Fest Peringkat Negeri Pulau Pinang 2015 telah berlangsung pada 4

hingga 7 Jun 2015. Program ini disertai oleh Jabatan Kerajaan dan juga NGO. JPS Pulau Pinang turut

tidak ketinggalan dalam menyertai pameran Agro Fest pada kali ini. Agrofest (atau Agro Festival) adalah

penjenamaan semula program sambutan Hari Peladang, Penternak, Nelayan peringkat Negeri Pulau

Pinang dengan tema Agro Teknologi Pemangkin Agropreneur.

Pameran JPS Pulau Pinang diwakili oleh setiap wakil bahagian dan daerah. Tujuan utama Pameran ini

diadakan adalah untuk mempamerkan teknologi terkini dan inovasi dari Industri Agrikultur, Horticultur &

Agrotourism. Agrofest merupakan satu acara yang senantiasa dinanti-nantikan oleh golongan petani,

penternak dan nelayan serta orang ramai sama ada yang terlibat secara langsung dengan pertanian

atau tidak. Ini adalah kerana keunikan, kemeriahan serta kepelbagaian aktiviti yang ditonjolkan.

Program Agrofest Pulau Pinang merupakan satu platform kepada agensi-agensi kerajaan, pihak swasta

dan juga usahawan tani mengenengahkan teknologi, inovasi dan kejayaan terkini mereka dalam industri

pertanian. Maklumat-maklumat dan pengetahuan terbaru disalurkan terus kepada pengunjung-

pengunjung yang datang.

Perasmian Agrofest berlangsung pada 5 Jun 2015 jam 8 malam dan akan diramikan oleh Tuan Yang

Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau

Pinang

BAHAGIAN PENGAIRAN & SALIRANAGROFEST PERINGKAT

NEGERI PULAU PINANG 2015

Foto corat-coret semasa berlangsungnya Agrofest Negeri Pulau Pinang Tahun 2015

5RENCAH MUTIARA

LAWATAN KERJA AHLI-AHLI JAWATANKUASA LANDSKAP NEGERI PULAU PINANG KE JABATAN LANDSKAP NEGARA DAN FLORIA

DIRAJA PUTRAJAYA

Satu lawatan kerja ke Jabatan Landskap Negara(JLN) dan Floria Diraja Putrajaya

2015 telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Landskap Negeri Pulau Pinang pada 2

hingga 4 Jun 2015. Encik Mohamad Fadzli bin Mahamad Nor dari Bahagian

Pengairan & Saliran, telah mewakili Jabatan Pengairan & Saliran Pulau Pinang

pada sesi lawatan tersebut.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang

fungsi dan tugas Jabatan Lanskap Negara (JLN) disamping peranan di dalam

membantu penubuhan Jabatan Landskap Negeri dan memberi pendedahan

kepada ahli-ahli jawatankuasa mengenai peranan dan kepentingan landskap

terutamanya senireka taman, bunga-bungaan dan florikultur.

BAHAGIAN PENGAIRAN & SALIRAN

Foto sekitar Hari Landskap dan Floria Diraja Putrajaya 2015

6RENCAH MUTIARA

LAWATAN KERJA AHLI-AHLI JAWATANKUASA LANDSKAP NEGERI PULAU PINANG KE JABATAN LANDSKAP NEGARA DAN FLORIA

DIRAJA PUTRAJAYA

Lawatan ke semua galeri senireka taman diwakili oleh Jabatan serta agensi dan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Malaysia antaranya Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Perbandaran Johor Tengah (MPJT), Majlis

Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Disamping itu, terdapat juga senireka taman yang diwakili oleh orang perseorangan

dari dalam dan luar negara, pusat pengajian tinggi dan pelbagai syarikat-syarikat

berkaitan.

Lawatan ini telah diakhiri dengan kunjungan ke Jabatan Landskap Negara (JLN). Di

dalam kunjungan ke JLN kami telah disambut oleh Encik Meor Saadon Sofian bin

Mior Razali, Pengarah Bahagian Dasar dan Pengurusan Korporat serta pegawai-

pegawainya.

BAHAGIAN PENGAIRAN & SALIRAN

Foto-foto sekitar Floria Diraja Putrajaya 2015

7RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN ICT DAN INOVASI

LAWATAN JPS SELANGOR KE JPS PULAU PINANG –PERKONGSIAN ILMU TENTANG PAGAR KESELAMATAN

“ULTRAGAL GUARDRAIL”

JPS Pulau Pinang telah menyambut lawatan daripada rombongan JPS Selangor

untuk perkongsian ilmu tentang produk harta intelek, iaitu “Ultragal Guardrail”

pada 23-24 April 2015. Rombongan ini melibatkan 15 orang pegawai dari JPS

Selangor yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan, En. Farhan Hakim bin

Jaafar.

Lawatan ini merangkumi taklimat berkaitan pagar keselamatan “Ultragal Guardrail”

dan Lawatan Ke Kilang Pembekal di Jalan Chain Ferry, Butterworth. Program ini

telah berjalan dengan lancar dan segala maklumat yang dikehendaki berjaya

disalurkan dengan sempurna.

Taklimat tentang produk “Ultragal Guardrail” oleh En. Yong Woo Soon kepada pegawai-

pegawai dari JPS Selangor di Bilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang, KOMTAR.

Gambar kumpulan selepas taklimat dan perkongsian maklumat

di JPS Pulau Pinang

8RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN SUNGAI & PANTAI

PROGRAM KONSERVASI AIR BAGI SEKOLAH-SEKOLAH DI PULAU PINANG DAN KEDAH

Satu Latihan Training Of Trainer (TOT) Program Konservasi Air Bagi Sekolah di

Pulau Pinang dan Kedah (Zon Utara) telah dianjurkan pada 29 -30 APRIL 2015

yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin,

Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini disertai oleh 115 orang pelajar dan 20

orang guru dari 10 buah sekolah di Pulau Pinang dan juga Kedah. Program anjuran

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ini mendapat kerjasama daripada

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

yang diwakili oleh JPS Negeri dan juga Badan Perkhidmatan Bekalan Air Negeri.

Turut melibatkan HSBC sebagai penaja program serta Global Environment Centre

(GEC) sebagai koordinator program yang juga merangkap NGO. JPS Pulau Pinang

telah diwakili oleh Puan Salsabila dan En. Rizwan dari Bahagian Sungai & Pantai.

Objektif program ini adalah untuk mendidik dan memupuk kesedaran pelajar akan

kepentingan air , sumber air dan memastikan pihak sekolah aktif dalam aktiviti

konservasi air dengan inisiatif yang praktikal dan berkesan.

Antara sekolah-sekolah yang terlibat:

Bil. Sekolah Pulau Pinang Bil. Sekolah Kedah

1 SMK Bukit Mertajam 1 SMK Air Merah

2 SMK Tinggi Bukit Mertajam 2 SMK St. Anne's Convent

3 SM Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin 3 SK Air Merah

4 SK Stowell 4 SK St. Anne's Convent

5 SJKT Bukit Mertajam

6 SJKC Kim Sen

Murid-murid, lepas lawatan ni kita makan

ya.. Harap bersabar

Jom lekaih tangkap gambaq!

9RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN SUNGAI & PANTAI

Kem Pemimpin Muda Prihatin Air PeringkatKebangsaan (Zon Utara) 2015

PULAU LANGKAWI – Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat

Kebangsaan (Zon Utara) 2015 telah berlangsung selama tiga (3) hari pada 12-

14 Mei 2015 bertempat di Kampus Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pusat

Latihan Langkawi (PPL) UKM, Pulau Langkawi, Kedah. Kem ini disertai oleh

seramai 50 orang pelajar sekolah menengah daripada Negeri Perak, Pulau

Pinang, Kedah dan Perlis.

Program ini dianjurkan oleh International Hydrological Programme (IHP)

yang merupakan sebuah organisasi antara kerajaan (Intergovermental) di

bawah payung United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization

(UNESCO). Program ini juga merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan

UNESCO-IHP Malaysia di bawah Jawatankuasa Pendidikan, Latihan dan

Penerangan Awam (JKPLA) yang menjurus kepada pembelajaran berkaitan

pengurusan sumber air, pendidikan mengenai air dan pembangunan kapasiti.

Diantara aktiviti yang dijalankan dalam program ini adalah seperti

taklimat dan ice breaking pada hari pertama kem, seterusnya diikuti dengan

taklimat buku log dan taklimat modul latihan / teori 1-4. Pada hari ke dua pula

peserta didedahkan dengan aktiviti gauging di Hutan Lipur Lubuk Semilang

seterusnya melaksanakan modul latihan praktikal 1-5. Sebelah petang pula

peserta di bawa ke Kilim Geoforest Park dengan menaiki bot. Peserta dapat

mempelajari dan melihat sendiri keindahan Kilim Geoforest Park yang

dibangunkan di atas pulau batu kapur yang tertua di Malaysia. Tempat ini juga

menampilkan landskap yang menakjubkan, pulau tropika dan hutan bakau

yang terbaik dan unik di rantau Asia Tenggara. Peserta didedahkan dengan

pemandangan yang indah serta kekayaan biodiversiti telah tarikan pelancong

utama Langkawi .

Aktiviti hari terakhir ialah senamrobik pada sebelah paginya, seterusnya

slot kesimpulan aktiviti program dan majlis penutup kem telah diadadakan pada

jam 10.00 pagi. Majlis ini dihadiri oleh pegawai dari JPS Negeri Pulau Pinang

dan Perlis. Turut hadir bersama dalam majlis ini adalah En. Masnizan Bin

Mustapha (Penolong Pengarah Kanan), Pn. Salsabila Binti Muhammad Nor

dan En. Mohamad Rizwan Bin Rosley daripada Bahagian Sungai & Pantai. Slot

penutup ini di rasmikan oleh Prof. Dr. Ismail Abustan, penyampaian rumusan

ketua hakim, sesi penyampaian sijil dan hadiah cenderahati, persembahan

berkumpulan dan sesi bergambar sebagai kenangan.

10RENCAH MUTIARA

Kem Pemimpin Muda Prihatin Air PeringkatKebangsaan (Zon Utara) 2015

Cenderahatidisampaikan oleh Dr. Nabsiah kepada JPS Pulau Pinang sebagaitanda penghargaan

Sesi majlis penutup

Para peserta sedang dalam perjalanan keKilim Geoforest Park

Persembahan olehpara pelajar

Ucapan oleh Prof. Dr. Ismail Abustan

BAHAGIAN SUNGAI & PANTAI

11RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

MAJLIS SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

AUDITORIUM JPS MALAYSIA – Majlis perasmian sambutan Hari Air Sedunia

Peringkat Kebangsaan 2015 telah diadakan pada 12 Mei 2015, bertempat di Dewan

Auditorium JPS Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Antara para hadirin yang hadir terdiri daripada kakitangan-kakitangan, Pegawai-

pegawai JPS Bahagian dan JPS Negeri-negeri seluruh Malaysia.

Tema yang dipilih untuk tahun 2015 ialah Air Dan Pembangunan Mampan.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Y.B. Datuk Seri G.Palanivel telah sudi

menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang dan seterusnya merasmikan

sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2015.

Antara tetamu terhormat yang dijemput iaitu Y.B. Datuk Seri G.Palanivel Menteri Sumber Asli

Dan Alam sekitar. Majlis meraikan para pemenang dengan mengadakan sesi bergambar

kenangan bersama-sama dengan Y.B. Datuk Seri.

Antara Pegawai-pegawai dan kakitangan JPS negeri-negeri yang turut hadir

12RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

DAERAH TIMUR LAUT – Sambutan Hari Air Sedunia 2015 Peringkat Negeri Pulau

Pinang telah diadakan di Empangan Air Itam, Pulau Pinang pada 26 April 2015.

Pelbagai Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan NGO telah mengambil bahagian.

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang turut serta dijemput

menjayakan program tersebut dan telah menghantar beberapa orang pegawai

petugas untuk menjaga gerai pameran yang disediakan oleh jawatankuasa

pengelola program.

Dalam ucapan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata,

perubahan iklim serta pemanasan global kebelakangan ini sewajarnya mendorong

pengguna air di Pulau Pinang supaya lebih berjimat cermat. Justeru itu, beliau

mengajak seluruh pengguna atau rakyat dalam negeri Pulau Pinang supaya

berhemah dalam kegunaan air, demi memastikan sumber asasi itu terus

mencukupi pada masa hadapan.

Selain pameran dari agensi yang mengambil bahagian, acara melukis bagi

kanak-kanak telah diadakan. EXCO Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telokom) dan

Pengankutan (Udara, Laut & Keretapi) Y.B. En. Lim Hock Seng, Ketua Pegawai

Eksekutif PBAPP, Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JPS Ir.

Hj. Nasser Bin Salim , wakil badan bukan kerajaan (NGO) Water Watch turut hadir

pada majlis keraian tersebut.

MAJLIS SAMBUTAN HARI AIR SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Lawatan YAB Tuan Lim Guan Eng di sekitar booth pameran JPS Pulau Pinang

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim

Guan Eng melepaskan Banner “Water Of

Life” sebagai tanda merasmikan Majlis

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Lim

Guan Eng berucap pada “Hari Air Sedunia”

Peringkat Negeri Pulau Pinang

13RENCAH MUTIARA

KOMTAR – Satu Audit Dalaman bagi ISO 9001:2008 Pengurusan Data

Hidrologi di Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang telah

diadakan selama dua hari iaitu pada 19 hingga 20 Mei 2015, bertempat di

Bilik Mesyuarat JPS, Tingkat 55, KOMTAR. Audit dalaman telah dirasmikan

oleh Cik Vinotha dari Bahagian Korporat Ibu Pejabat JPS Pulau Pinang.

Dalam pengauditan itu pihak Juruaudit telah memberi 2 NCR dan 4

Pemerhatian

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

AUDIT KUALITI SISTEM PENGURUSAN KUALITI ISO 9001:2008 PENGURUSAN DATA HIDROLOGI

Ucapan pembukaan disampaikan oleh Cik Vinotha a/p Punudorai

Tuan Haji Mohamed Shukri Abdullah (berkopiah Putih) sedang memberi penerangan

kepada Juruaudit

14RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN SUMBER AIR DAN HIDROLOGI

SEBERANG PERAI UTARA - Satu Kursus Operasi dan Penyelenggaraan

Peralatan Sukat Luah Jenis Son-Tek bagi Negeri (Pulau Pinang, Johor dan

Sabah) dan Bahagian BSAH telah diadakan pada 21 April 2015 bertempat di

Hotel Sri Malaysia dan Stesen Telemetri Sungai Muda @ Ladang Victoria.

Taklimat kursus telah disampaikan oleh dua orang kakitangan dari HYDROAXYS

SDN BHD. Kursus dan latihan untuk Son-Tek “S5 Riversurveyor” ini telah dihadiri

oleh kakitangan JPS dari Negeri Pulau Pinang, Johor dan Sabah yang berjumlah

seramai 32 orang. Menyukat kadar luahan aliran sungai terbahagi kepada 4

pegkhususan teknikal iaitu Acoustic Doppler Current Profiler (ADCP), Kedalaman

sungai & Cross section, Aliran arus 3 dimensi dan “Moving Boat System”.

Perkakasan-perkakasan Sontek RiverSurveyor S5 terdiri dari 3 komponen iaitu

“S5 Acoustic Doppler Current”, “Power Controller Module (PMC)” dan” Hydroboard

II”. Secara asasnya penggunaan Sontek RiverSurveyor S5 terbahagi kepada 3

juga iaitu penyelarasan perkakasan, pengukuran dan memuat turun data.

Taklimat telah diberi oleh Kakitangan HYDROAXYS

Kursus Operasi dan Penyelenggaraan PeralatanSukat Luah Jenis Sontek

Tenaga pengajar dari HYDROAXYS memberi taklimatdengan penuh terperinci

“Nampaknya selepas tamat kursus ni bolehla jadicikgu pula kat tempat Kita, sat..sat tuleh nota

dulu…”

Alatan Sontek perlu digoyangkan sebelummengambil sukatan kadar luah semasa sesi praktikal.

15RENCAH MUTIARA

JPSPP-KOMTAR

1 HASNAL BIN MD ROUSE PELUKIS PELAN

2 PN. HASLINA BINTI ISHAK PEMBANTU TADBIR (P/O)

3 SUGUMARAN A/L SINNIAH PEMANDU

4 ABDUL RAHIM BIN HASHIM PEMBANTU AWAM

JPSDTL

5 ANAS BIN BAHAUDIN PENOLONG JURUTERA

6 SHUIB BIN MT REJAB PEMBANTU AWAM

7 SUZALI BIN ABDUL RAHMAN PEMBANTU AWAM

JPSDBD

8 ZULKARNAIN BIN IBRAHIM PENOLONG JURUTERA

9 MOHD NIZAM BIN ISMAIL PEMBANTU AWAM

JPSSPU

10 SAIFUL RIZAN BIN SANUSI JURUTERA DAERAH

11 HASRULNIZAR BIN ABDULLAH PENOLONG JURUTERA

12 MOHD SYAMZANI BIN ABDUL RAZAK PEMANDU

13 NURAIN DAYANA BINTI ABDULLAH PEMBANTU AWAM

14 HASBOLLAH BIN HJ HASHIM PEMBANTU AWAM

15 AZIZAN BIN SEMAN PEMBANTU AWAM

16 MOHD ASRI BIN HASAN PEMBANTU AWAM

17 MOHAMAD ROSMI BIN MOHAMAD PEMBANTU AWAM

18 MOHAMMAD RODZI BIN MAT YOSUB PEMBANTU AWAM

19 MD FAIRUS BIN IBRAHIM PEMBANTU AWAM

20 MOHD ROZAIMI BIN ABD RAHIM PEMBANTU AWAM

21 NORHASMIDI BIN HASSAN PEMBANTU AWAM

22 AZIZAN BIN ABDULLAH PEKERJA AWAM

JPSSPT

23 MARZUKI BIN CHE ROSE PEMANDU

24 MUHAMMAD FITRI BIN ISMAIL PEMBANTU AWAM

25 MOHD NAIM BIN ABU BAKAR PEMBANTU AWAM

26 SITI JULIANI BINTI JAMIL PEMBANTU AWAM

27 SHAHRIAL BIN MD SAAD PEMBANTU AWAM

28 SAMSUDDIN BIN IBRAHIM PEMBANTU AWAM

29 MEGAT MOHD DZAKEE BIN MEGAT ISMAIL PEMBANTU AWAM

JPSSPS

30 MOKHTAR BIN IBRAHIM PEMBANTU AWAM

31 MOHD SUFFIAN BIN IBRAHIM PEMBANTU AWAM

32 SURIANA BINTI SUAIT PEMBANTU AWAM

33 AZHAR BIN HASHIM PEKERJA AWAM

34 MOHD FAIROS BIN MD NOOR PEKERJA AWAM

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANGTahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun

2014. Kekalkan kecemerlangan dalam tugas.

16RENCAH MUTIARA

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

APRIL 2015:

1. KURSUS PENGUKUHAN KEWANGAN telah diadakan pada 14hb April 2015.

Peserta yang hadir adalah seramai 30 orang dari kalangan sokongan I dan II.

Dua penceramah jemputan yang hadir merupakan pegawai dari Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu En. Ahmad Faizal bin Mohamad

Tahir (Penolong Setiausaha M44) dan Pn. Norazlina bt Othman (Penolong

Akauntan W27). Kursus ini diadakan di bilik kursus JPS Seberang Perai Tengah.

2. KURSUS PERINTAH AM BAB C & TATATERTIB telah diadakan pada 28hb

April 2015 yang dihadiri oleh peserta seramai 30 orang dari kalangan sokongan

I dan II. Pegawai dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

dijemput untuk memberi ceramah kursus tersebut. Penceramah tersebut ialah

Pn. Nur Zulfa bt Ibrahim (Penolong Setiausaha Kanan M48) dan Pn. Sharifah bt

Hj Idris (Pembantu Tadbir N22). Kursus ini diadakan di bilik kursus JPS

Seberang Perai Tengah.

MEI 2015:

1. KURSUS KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN telah diadakan

pada 14hb Mei 2015 yang dihadiri seramai 80 orang peserta dari kalangan

sokongan I dan II. Penceramah jemputan adalah Pegawai dari Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Pulau Pinang. Kursus ini

diadakan di bilik kursus JPS Seberang Perai Tengah.

2. PROGRAM BACAAN YAASIN DAN TAZKIRAH telah diadakan pada 15hb Mei

2015. Jumlah peserta yang hadir dalam program tersebut adalah seramai 60

orang dari semua daerah. Bacaan yaasin tersebut dipimpin oleh Ustaz Hanif bin

Omar @ Wahab yang merupakan Penolong Pengarah Kanan dari Jabatan

MUFTI Pulau Pinang. Tazkirah juga disampaikan oleh beliau bertajuk '

Kelebihan Bersedekah dan Khirat'.

3. KURSUS PROTOKOL ETIKET DAN SOSIAL telah berlangsung pada 27hb

Mei 2015. Seramai 30 orang peserta dari sokongan I dan II telah hadir pada hari

tersebut. Pn. Zahidah bt Abd Jalil, Ketua Penolong Pengarah M52 dari INTAN

Kedah diundang sebagai penceramah kursus yang tersebut.

4. KURSUS PENULISAN SURAT RASMI DAN MEMO diadakan pada 28hb Mei

2015 yang lalu. Jumlah peserta seramai 20 orang merupakan kakitangan yang

terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang tugas ini.

Penceramah jemputan adalah dari INTAN Kedah iaitu Pn. Habibah bt Samsudin,

Penolong Pegawai Tadbir N27. Beliau merupakan pegawai yang berpengalaman

luas dalam bidang penulisan surat rasmi dan memo. Kursus ini diadakan di bilik

mesyuarat JPS Seberang Perai Tengah.

KURSUS/TAKLIMAT/BENGKEL/PROGRAM ANJURAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

17RENCAH MUTIARA

JUN 2015:

1. KURSUS KESIHATAN DAN GAYA HIDUP SIHAT telah diadakan pada

3hb Jun 2015. Kursus tersebut diadakan di Auditorium A, Tingkat 5,

KOMTAR dan jumlah peserta yang hadir adalah seramai 60 orang. Tiga

orang pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dijemput untuk

menyampaikan ceramah tersebut iaitu Dr. Azizah bt Ab Manan (Ketua

Penolong Pengharah Kanan), En. Shahrulnaz Norhazli bin Nazri (Pegawai

Sains dan Pemakanan) dan Pn. Kasturi Bai Munusamy (Ketua Penolong

Pengarah-Psikologi). Pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada

peserta kursus yang hadir juga turut diadakan bagi memastikan tahap

kesihatan peserta dalam keadaan yang baik dan sihat serta memuaskan.

2. TAKLIMAT KEBAKARAN telah diadakan pada 4hb Jun 2015 bertempat

di Bilik Mesyuarat JPS Pulau Pinang, KOMTAR. Jumlah peserta yang

hadir adalah seramai 30 orang. Taklimat tersebut disampaikan oleh

pegawai dari Syarikat United Asia Fire Revention Services Sdn. Bhd.

Petaling Jaya, Selangor.

3. TAKLIMAT BERKAITAN TRIBUNAL TUNTUTAN PEMBELI RUMAH

dihadiri peserta seramai 100 orang pada 5hb Jun 2015. Taklimat tersebut

telah diadakan di Auditorium F, Tingkat 5, KOMTAR. Pegawai dari Tribunal

Perumahan dan Pengurusan Strata Zon Utara, Kepala Batas, Pulau

Pinang dijemput bagi menyampaikan taklimat tersebut. Taklimat ini juga

adalah bertujuan mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang

timbul dan kurang faham dari peserta.

4. CERAMAH AGAMA: KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN ini diadakan

sempena bulan Ramadhan pada tahun ini. Ia telah diadakan pada 19hb

Jun 2015. Jumlah peserta yang hadir adalah seramai 60 orang. Ceramah

ini diadakan di Auditorium C, Tingkat 5, KOMTAR di mana ia disampaikan

oleh Y. Bhg. Ustaz Budiyanto bin Unggun dari Aman Palestin, Bandar Baru

PERDA Pulau Pinang.

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

KURSUS/TAKLIMAT/BENGKEL/PROGRAM ANJURAN BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

18RENCAH MUTIARA

MAJLIS PERPISAHAN WARGA JPS PULAU PINANGPADA 3 APRIL 2015

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Tuan Haji Hidzrami bin Shamsul Anwar (Timbalan PengarahBahagian Pengairan dan Saliran) bertukar ke JPS Perak

Encik Sabudin Bin Ibrahim (Penolong Jurutera Bahagian RancanganTebatan Banjir) bersara bermula 1 April 2015

Cik Nurul Irwani Shuhada (Pembantu Tadbir Pentadbiran / Operasi– Kontrak) pilih meletak jawatan bermula 1 April 2015

19RENCAH MUTIARA

KURSUS BAYARAN DALAM KONTRAK BINAAN DI JPS PULAU PINANG

Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pulau Pinang

(JPSPP) telah mengadakan kursus bertajuk “Bayaran Dalam Kontrak Binaan ”, pada 19

Mei 2015 hingga 20 Mei 2015 yang bertempat di Auditorium F, KOMTAR, Pulau Pinang.

Sasaran peserta adalah khusus kepada kumpulan P&P dan kumpulan Pelaksana 1,

disemua daerah JPS Pulau Pinang. Kursus ini dihadiri oleh 30 orang peserta.

Kursus ini disampaikan oleh Encik Jaspal Singh A/L Nachatar Singh, Beliau merupakan

kakitangan JPS yang berkhidmat di Bahagian Projek Khas, Jabatan Pengairan Dan Saliran

Malaysia , Kuala Lumpur.

Kursus ini diadakan adalah bertujuan mempelajari tatacara pengurusan bayaran dengan

betul mengikut dasar dan garis panduan yang ditetapkan selaras dengan syarat kontrak

dan Pekeliling Perbendaharaan.

Perserta kursus didedahkan kepada kaedah/cara penyediaan bayaran berdasarkan Borang

JKR 66. (Lebih kepada kaedah praktikal penyediaan perakuan bayaran, perkiraan 'material

on site', Wang Pendahuluan dan sebagainya untuk kontrak kerja). Peserta kursus juga

didedahkan kepada prosidur kontrak selaras dengan syarat kontrak JKR 2010. Peserta

diajar berkaitan prosidur bayaran yang betul, status kerja ditapak yang boleh dibayar dan

yang tidak boleh dibayar, siapa yang perlu tandatangan perakuan interim, adakah bayaran

interim satu dokumen yang muktamad dan sebagainya.

Kursus berakhir dengan jayanya, dimana peserta dapat mengetahui dan memahami cara

pembayaran dan kaedah pembayaran secara praktikal dan juga memahami prosidur

kontrak dan perundangan mengenai bayaran kontrak kerja.

BAHAGIAN UKUR BAHAN

Peserta yang hadir dalam kursus ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari daerah dan

bahagian di JPS Pulau Pinang

Diucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Encik Jaspal Singh A/L Nachatar Singh

atas taklimat dan tunjuk ajar yang telah disampaikan.

20RENCAH MUTIARA

MESYUARAT AGUNG KALI KE – 44 KELAB SUKAN

DAN KEBAJIKAN JABATAN PENGAIRAN DAN

SALIRAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

SEBERANG PERAI TENGAH - Pada 21hb Mei 2015, Mesyuarat Agung Kali

Ke 44 Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri

Pulau Pinang telah diadakan bertempat di Dewan Tapak Ekspo Seberang

Jaya, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Mesyuarat itu dirasmikan oleh

Tuan Pengarah Kapt. (B) Ir Haji Anuar Bin Haji Yahya merangkap Yang

Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri

Pulau Pinang telah dihadiri anggaran seramai 200 kakitangan.

Mesyuarat ini diterajui oleh Jurutera Daerah JPS Daerah Timur Laut, Puan

Haslinda Bin Haji Mohamad Hamran selaku tuan rumah dan berkonsepkan

“Sihat Cergas”. Di mana ia dimulakan aktiviti senamrobik dengan kerjasama

oleh Kelab Kebudayaan Negeri Pulau Pinang. Program Penyampaian

Dermasiswa turut diberikan kepada anak-anak kakitangan yang Berjaya di

dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM yang merupakan

sumbangan kewangan. Di samping itu juga, cabutan bertuah turut diberikan

kepada kakitangan. Di dalam mesyuarat tersebut juga turut diadakan sesi soal

jawab dan membangkitkan usul-usul yang berkaitan dengan kebajikan

kakitangan.

Tuan Pengarah JPS Pulau

Pinang sedang berucap pada

Mesyuarat Agung Kelab Sukan

& Kebajikan kali ke-44

Ketika Mesyuarat Agung sedang berlangsung

Ketika Sesi soal jawab sedang berlangsung

21RENCAH MUTIARA

MESYUARAT AGUNG KALI KE – 44 KELAB SUKAN

DAN KEBAJIKAN JABATAN PENGAIRAN DAN

SALIRAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Antara Pegawai dan Kakitangan yang hadir pada Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan

Pengairan dan Saliran kali ke-44.

Semagat sungguh para pegawai dan kakitangan ketika sesi senamrobik

Syoknyaaaa… Antara Pegawai dan kakitangan yang bertuah mendapat cabutan bertuah pada

Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan Jabatan Pengairan dan Saliran kali ke-44.

22RENCAH MUTIARA

SUNGAI PINANG : Pada 18 dan 19 April 2015 Bertempat di JKR DTL telah

berlansung pertandingan Dart MAKSAK peringkat Negeri Pulau Pinang. JPS Pulau

Pinang telah menghantar seramai 4 orang peserta wanita yang dibarisi oleh Noreen,

Safarina, Zuraidah dan Zurina.

Wirawati JPS Pulau Pinang

yang mewakili Jabatan dalam

pertandingan DART MAKSAK

PULAU PINANG.

Dari kiri : Norin, Safarina,

Zuraidah dan Zurina

Tahniah diucapkan kepada Norinahasliza kerana berjaya merangkul

tempat ketiga dalam pertandingan

PERTANDINGAN DART MAKSAK PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

PERTANDINGAN DART MAKSAK MALAYSIA

ALOR SETAR : Pada 28 Mei 2015

hingga 31 Mei 2015 telah

berlangsung Kejohanan Dart dan

Catur MAKSAK Malaysia 2015.

Pasukan Dart Wanita Pulau

Pinang telah berjaya merangkul

Tempat Pertama (JOHAN) bagi

kategori Wanita yang mana DUA

orang perserta yang mewakili

Kejohanan kali ini adalah daripada

JPSPP iaitu NOREEN(gambar

kiri) dan SAFARINA (gambar

kanan). TAHNIAH SEKALI LAGI

KEPADA NOREEN DAN

SAFARINA.

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Dart Wanita Pulau Pinang telah

berjaya merangkul Tempat Pertama (JOHAN) bagi kategori Wanita

23RENCAH MUTIARA

PUTRAJAYA: Pada 6 & 7 Jun 2015 telah berlangsung Kejohanan Tenpin Bowling

MAKSAK JPS Malaysia. JPSPP menghantar 2 team ke kejohanan ini (seperti

gambar di bawah). Encik Saiful telah berjaya mendapat tempat ke 27 dan Encik

Amphai telah berjaya mendapat tempat ke 30 bagi kategori individu lelaki manakala

Safarina pula berjaya mendapat tempat ke 8 bagi kategori individu Wanita. TAHNIAH

diucapkan kepada keiga-tiga peserta.

KEJOHANAN BOLING MAKSAK JPS MALAYSIA

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN

Wira JPS Pulau Pinang yang mewakili Jabatan dalam

pertandingan Boling MAKSAK Malaysia.

Dari kiri : Paramesparan, Saiful Rizan, Amphai dan Fairus

Wirawati JPS Pulau Pinang yang mewakili Jabatan

dalam pertandingan Boling MAKSAK Malaysia.

Dari kiri : Norin, Safarina, Zuraidah dan Norizza

24RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Latihan kebakaran, kecemasan dan menyelamat oleh Jabatan Bomba dan

penyelamat Kepala Batas dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Butterworth

yang diadakan pada 26 Mei 2015 bertempat di Pejabat JPS SPU dan Dewan

Kecemerlangan JPS SPU.

Latihan terbahagi kepada 2 Sesi iaitu pagi dan petang iaitu sesi pertama taklimat

dan latihan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat manakala sesi kedua di sebelah

petang Taklimat dan Latihan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Latihan ini

telah dihadiri seramai 100 orang kakitangan JPS SPU.

Latihan ini adalah untuk kesedaran dan pengetahuan tentang latihan asas

berkaitan kebakaran, kecemasan dan menyelamat kepada semua kakitangan di

JPS SPU selain memenuhi keperluan latihan di dalam OHSAS 18001 dan EMS

ISO 14001 Skim Pengairan Sungai Muda.

LATIHAN KEBAKARAN, KECEMASAN DAN MENYELAMAT OLEH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT DAN

JABATAN PERTAHANAN AWAM (JPAM)

Tong merah ni jangan dok peluk

saja masa terbakaq nooHangpa semua kena cabut punat ni

dulu sebelum nak semboq dekat api

Asap berkelun dah ni… sampai dekat

rambut aku dah oiii

Betoi ka cara saya semboq ni Abg

Bomba? Hmm betoi dah la tu

Apa la adik JPAM ni nak

buat dekat aku?Nak kena tekan ka nak kena

tenyeh ni Cik?Ooo CPR ni mcm dok kiss la noo

25RENCAH MUTIARA

GOTONG – ROYONG SEMPENA PERTANDINGAN JPS GOES GREEN

DAERAH SEBERANG PERAI UTARA

Program Gotong Royong yang diadakan pada 11 Jun 2015 pada jam 8.30 Pagi

bertempat di Rumah Pam Bumbong Lima bagi aktiviti permulaan untuk

pencalonan Rumah Pam Bumbong Lima dalam Pertandingan JPS Goes Green

Peringkat Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia bagi tahun 2015. Seramai 68

orang kakitangan JPS SPU telah terlibat dalam Program Gotong Royong ini dan

berakhir pada jam 1 petang.

Semua mai sini .. Dengaq taklimat dulu… Aktiviti mengecat hand railing sedang giat

dijalankan

Kerja-kerja mencantas dahan dan pembersihan di sepanjang laluan

26RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

LANGKAWI , KEDAH DARUL AMAN – Bengkel ini telah diadakan selama 3 hari

dari 3 hingga 5 April 2015 di Institut Pengurusan Peladang Langkawi , Pulau

Langkawi , Kedah Darul Aman.

Skop Bengkel adalah untuk mencapai sasaran agar perancangan perlaksanaan

kerja-kerja dapat dicapai dengan nilai yang optimum dan kualiti kerja yang

maksimum serta penyimpanan maklumat yang sistematik dan efisien bagi tahun

2015 terlaksana.

Hasil daripada bengkel ini, segala bentuk cadangan/idea dan hasil maklumat yang

terhasil akan diaplikasikan ke dalam bentuk penyimpanan data yang lebih

sistematik dan efisien dan dapat digunapakai oleh semua kakitangan dalam

perlaksanaan kerja-kerja pembangunan/penyelenggaraan di Daerah Seberang

Perai Selatan bagi sepanjang tahun. Manakala , rekod-rekod kerja

pembangunan/penyelenggaraan bagi tahun 2014 juga akan dikumpulkan dan

diselaraskan serta disimpan di dalam satu rekod penyimpanan data yang selamat

dan mudah untuk digunapakai oleh semua kakitangan untuk rujukan dan semakan

selepas sesuatu kerja itu siap dilaksanakan. Rekod-rekod tersebut boleh dijadikan

petunjuk dan panduan dalam merancang sebarang perlaksanaan yang lebih baik

untuk tahun-tahun yang seterusnya.

Bengkel ini dirasmikan dan diketuai oleh Tuan Jurutera Daerah, JPS Seberang

Perai Selatan iaitu En. Zahid bin Zainal Abidin dan disertai seramai 17 peserta

merangkap kakitangan JPS Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang.

Bengkel Perancangan Perlaksanaan Kerja Bagi Tahun 2015 danPenyimpanan Rekod Untuk Kerja-kerja Bagi Tahun 2014 di Seberang

Perai Selatan , Pulau Pinang.

Antara pegawai dan kakitangan yang hadir dalam Bengkel

27RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

NIBONG TEBAL , PULAU PINANG – Kursus ini akan diadakan selama 2 hari

dari 16 hingga 17 Jun 2015 di Rumah Pam Nibong Tebal , Seberang Perai

Selatan , Pulau Pinang.

Skop Kursus ini dibahagikan kepada dua (2) skop iaitu Pada Hari Pertama,

Keselamatan Di Tempat Kerja ( Bantuan Pertolongan Cemas / 'CPR') dan Hari

Kedua ; Kaedah Memadam Kebakaran menggunakan Alat Pemadam Api ( 'Fire

Extiguisher' ) . Taklimat ini telah disampaikan oleh Penceramah daripada Jabatan

Pertahan Awam Malaysia (JPAM) Cawangan Seberang Perai Selatan iaitu (

Bantuan Pertolongan Cemas/ CPR ) iaitu Encik Azizan bin Zakaria dan Muhamad

Azley bin Shafie (Kaedah Memadam Api Menggunakan Alat Pemadam Api) dan

dibantu oleh 2 orang pegawai JPAM bagi membantu dari segi pemberian

maklumat berkaitan dan latihan amali bersama peserta kursus.

Kursus Keselamatan Di Tempat Kerja Bersama JabatanPertahanan Awam Malaysia ( JPAM ).

Bantuan Pertolongan Cemas( Taklimat Oleh Pembantu Pertahanan Awam , Encik Azizan bin Zakaria )

28RENCAH MUTIARA

Untuk Hari Pertama, hasil daripada kursus ini peserta dapat mengaplikasikan

teknik-teknik Bantuan Pertolongan Cemas ( CPR ) yang telah dipelajari secara

praktikal dan amali sekiranya berlakunya kejadian yang tak diingini di tempat kerja

mahupun di tempat awam yang mana mangsa tiba-tiba berhenti bernafas

disebabkan lemas ataupun serangan jantung menyerang. Ini sekaligus dapat

menyelamatkan nyawa mangsa sebelum bantuan dari pihak berwajib tiba di lokasi

kejadian untuk langkah-langkah kecemasan yang seterusnya sebelum mangsa

dibawa ke hospital.

Untuk Hari Kedua, hasil daripada kursus ini peserta dapat mengenalpasti jenis-

jenis Pemadam Api yang bersesuaian dengan jenis kebakaran dan dapat

mempelajari kaedah memadam api dengan cara dan kaedah yang betul. Peserta

dipilih secara rawak untuk mempelajari teknik memadam kebakaran dengan betul

dan berupaya mengelakkan kebakaran yang kecil menjadi lebih besar.

Bengkel ini disertai oleh seramai 45 peserta merangkap kakitangan JPS Seberang

Perai Selatan, Pulau Pinang.

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Kursus Keselamatan Di Tempat Kerja Bersama JabatanPertahanan Awam Malaysia ( JPAM ).

Asas Pencegahan Kebakaran( Taklimat oleh Pembantu Pertahanan Awam , Encik Muhamad Azley bin Shafie )

29RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Lawatan Rasmi oleh Encik Roslan bin Mat Nong SetiausahaBahagian Pembangunan NRE ke Tapak Cadangan Projek

RMK Ke-11 RTB Sungai Kechil, Projek Naiktaraf SistemPerparitan Taman Nibong Tebal dan Projek RTB Lembangan

Sungai Kerian , Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI SELATAN – Lawatan Rasmi ini akan diadakan pada 9 Jun

2015 di Daerah Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang.

Lawatan Tapak Rasmi ini dihadiri oleh Encik Roslan bin Mat Nong

merangkap Setiausaha Bahagian Pembangunan (SUB) , Kementerian Sumber Asli

& Alam Sekitar (NRE). Lawatan ini juga disertai bersama oleh Tuan Jurutera

Daerah JPS SPS iaitu Encik Zahid Zainal Abidin bersama Penolong Jurutera (1)

Encik Yazid bin Baharom dan Penolong Jurutera (Kawasan Nibong Tebal) iaitu

Encik Rozali bin Saad. Turut serta adalah Puan Siti Hajar merangkap Jurutera

Tapak daripada Petrodec Sdn Bhd ( Kontraktor yang dilantik untuk Projek RTB

Lembangan Sg Kerian ).

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk membuat tinjauan bagi projek semasa

dan cadangan projek RMK 11 di Daerah Seberang Perai Selatan. Antara projek-

projek yang dilawati adalah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Kerian ,

Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kechil dan Projek Menaiktaraf Saliran

Nibong Tebal (bypass).

Foto sekitar Lawatan Rasmi Setiausaha Bahagian Pembangunan NRE

30RENCAH MUTIARA

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

Mesyuarat & Lawatan Bersama YB Tuan Chow Kon Yeow(EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan

Tebatan Banjir) berkaitan Banjir di Kawasan Nibong Tebal , Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

SEBERANG PERAI SELATAN – Lawatan Rasmi ini akan diadakan pada 23

Jun 2015 di Daerah Seberang Perai Selatan , Pulau Pinang.

Mesyuarat & Lawatan ini dihadiri oleh YB Tuan Chow Kon Yeow

(EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir) , YB

Tuan Soon Lip Chee ( ADUN Jawi ) , En Zahid bin Zainal Abidin ( Jurutera

Daerah JPS SPS ), Pejabat Daerah SPS, MPSP, JKKK, Pembantu Y.B.

Chow Kon Yeow dan Pembantu YB Adun Jawi.

Mesyuarat dan lawatan ini diadakan adalah bertujuan untuk

membincangkan dan mencari kaedah penyelesaian terhadap kawasan-

kawasan yang kerap dilanda banjir di seluruh Daerah Seberang Perai

Selatan. Antara lokasi lawatan adalah ke Rumah Pam Nibong Tebal , Taman

Nibong Tebal , Taman Veerapen, Kg Stesen , Kg Sanglang A & B dan Taman

Helang .

31RENCAH MUTIARA

Majlis Penyampaian Hadiah & Cenderahati SempenaKelahiran Anak kepada Kakitangan JPS SPS

SEBERANG PERAI SELATAN – Majlis Penyampaian Hadiah & Cenderahati ini

akan diadakan pada 11 Jun 2015 di Pejabat Pentadbiran JPS Daerah Seberang

Perai Selatan , Pulau Pinang.

Majlis dipengerusikan oleh En Yazid bin Baharum dan penyampaian

hadiah dan cenderahati disampaikan kepada wakil Puan Intan bt Awang iaitu

Encik Mohd Zulkifli bin Mohamed Nasir. Walaubagaimanapun, wakil daripada

Puan Norshamsina Mohd Saad tidak dapat hadir di atas masalah yang tak dapat

dielakkan. Pihak JPS SPS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas

kelahiran cahayamata yang comel dan sihat.

En. Yazid sedang menyampaikan sedikit hadiah dan cenderahati kepada En. Mohd Zulkifli

DAERAH SEBERANG PERAI SELATAN

32RENCAH MUTIARA

PROGRAM MENYUSURI SUNGAI PINANG

Pada 4 Jun 2015 Pasukan Taskforce Pencemaran Sungai dan Pantai Negeri Pulau

Pinang yang dianggotai oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPS),

Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Pejabat

Daerah dan Tanah serta Jabatan Kesihatan merupakan ahli tetap di dalam

pasukan ini yang diketuai oleh EXCO/ Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan

Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir.

Antara tujuan program ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti punca-punca

pencemaran, mengambil tindakan jangka masa panjang/pendek serta merangka

pelan khusus bagi setiap agensi dalam memerangi aktiviti pencemaran di

peringkat Negeri Pulau Pinang.

DAERAH TIMUR LAUT

Y.B Chow Kon Yeow mengetuai program lawatan tersebut

Keadaan sungai ketika menyusuri Sungai Pinang

Jurutera Daerah Timur Laut, Puan Haslinda Binti

Mohd Hamran turut bersama Tuan Pengarah

dalam program lawatan menyusuri Sungai Pinang

33RENCAH MUTIARA

KURSUS PENGURUSAN BANJIR DAN HIDROLOGI

Kursus Pengurusan Banjir Dan Hidrologi yang dianjurkan oleh JPS DTL telah

diadakan pada 14 April 2015 di Auditorium F, Tingkat 5, KOMTAR.

Kursus yang dihadiri seramai 85 orang peserta terdiri daripada JPS DTL, DBD,

SPU, SPS dan KOMTAR. Penceramah yang dijemput ialah Tuan Haji Abdul Hafiz

bin Mohamad dan Encik Nurul Husaif bin Ramely dari Bahagian Sumber Air dan

Hidrologi JPS Ampang.

Antara intipati yang dapat dirumuskan daripada kursus tersebut ialah:-

Kita tidak dapat mencegah bencana alam seperti banjir dan kemarau, tetapi

dengan perancangan pengurusan bersepadu di setiap lembangan sungai,

bencana disebabkan oleh air dapat diurus dengan lebih berkesan melalui

pembangunan mapan.

Bagi aspek bukan struktur dalam pengurusan banjir, program ramalan banjir dan

amaran banjir dapat mengurangkan impak banjir.

Banjir yang berpunca daripada air yang berlebihan merupakan bencana yang

mampu memusnahkan harta benda dan juga menjejaskan keselesaan orang

ramai.

DAERAH TIMUR LAUT

Antara Pegawai dan kakitangan JPS Pulau Pinang yang hadir

Tuan Haji Abdul Hafiz bin Mohamad sedang menyampaikan taklimat

34RENCAH MUTIARA

DAERAH TIMUR LAUT

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PROJEK TEROWONG LENCONGAN BANJIR BARAT, PERLIS

INDERA KAYANGAN

Pada 23 April 2015 yang lalu, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Timur Laut

telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Projek Terowong Lencongan

Banjir Barat, Perlis Indera Kayangan. Lawatan ini diketuai oleh Puan Jurutera

Daerah, Puan Haslinda Binti Hj Mohd Hamran dan disertai seramai 20 orang dari

pejabat JPS Daerah Timur Laut. Antara tujuan lawatan tersebut diadakan adalah

bagi memantau perjalanan projek terowong lencongan banjir barat itu dijalankan.

Taklimat tentang projek tersebut telah disampaikan oleh Jurutera Projek

Terowong Lencongan Banjir Barat iaitu En. Mohamad Nor Hafiz bin Noor Azmi

dari JPS Perlis dan juga wakil dari syarikat A.M.I Construction Sdn Bhd.

peserta lawatan bergambar kenangan

sebelum bertolak ke JPS Perlis

Sesi Taklimat disampaikan oleh Jurutera

Projek Ir. Mohamad Nor Hafiz bin Noor Azmi

Peserta lawatan di bawa melawat ke dalam

terowong lencongan banjir barat

Keadaan semasa kerja-kerja pengorekan

terowong sedang dijalankan.

35RENCAH MUTIARA

DAERAH TIMUR LAUT

JAMUAN MAKAN DURIAN BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI KANAN JPS MALAYSIA

Daerah Timur Laut – Pada 10 Jun 2015, Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah

Timur Laut telah mengadakan jamuan makan durian bersama pegawai-pegawai

kanan JPS Malaysia bertempat di Perkarangan Dewan Mesyuarat S18, Lebuh

Macallum.

Tujuan diadakan program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim

antara pegawai-pegawai JPS Pulau Pinang dan Pegawai-pegawai kanan JPS

Malaysia.

Antara tetamu yang hadir di Majlis Jamuan

Makan Durian

Pengarah JPS Pulau Pinang bergambar

kenangan bersama Pegawai-Pegawai Kanan

JPS Malaysia

Para Pegawai Kanan sedang mengisi buku

pelawat JPS Daerah Timur Laut, Pulau

Pinang

Mai.. Mai.. Makan Durian…

36RENCAH MUTIARA

DAERAH TIMUR LAUT

KURSUS KORPORAT IMEJ DAN KETRAMPILAN DIRI

JPS DTL telah mengadakan Kursus Korporat Imej Dan Ketrampilan Diri pada 10

Jun 2015 di Auditorium F, Tingkat 5, KOMTAR. Kursus yang dihadiri seramai 65

orang peserta terdiri daripada JPS DTL, DBD, SPT, SPU, SPS dan KOMTAR.

Penceramah yang dijemput ialah Puan Zahidah bt Abd Jalil daripada Institut

Tadbiran Awam Negara Kampus Wilayah Utara Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Antara isi kandungan yang dapat dirumuskan daripada kursus tersebut ialah

memahami pentingnya untuk mempamerkan ' a professional image” sebagai

sebahagian daripada inisiatif Transformasi Agensi Kerajaan, Imej dan Ketrampilan

yang cemerlang dan ' Positive Body Language'.

Ucapan pembukaan disampaikan oleh Puan NorJulia

dari JPS DTL

Puan Zahidah bt Abd Jalil Penceramah daripada Institut Tadbiran Awam

Negara Kampus Wilayah Utara Sungai Petani, Kedah Darul Aman

37RENCAH MUTIARA

Jemput la make

sokmo.. jangmalu-malu

ya…

Best jugakpersekitaran

di sini

DAERAH BARAT DAYA

MAJLIS MAKAN DURIAN BALIK PULAU

Daerah Barat Daya – Satu majlis makan durian diadakan di Kebun Durian Titi

Kerawang Stall, Teluk Bahang pada 9 Jun 2015 jam 2.00 petang. Jamuan ini

juga dihadiri oleh Pengarah JPSPP, Timbalan Pengarah, Jurutera Daerah dan

pegawai seramai 20 orang Jamuan makan durian beserta pulut santan ini

diadakan selepas Menyuarat Jawatankuasa Tindakan JPS Pulau Pinang Bil 2

Tahun 2015 selesai.

Nanti sat… sayatry rasa dulu,

sedap ka tidakDurian balik

pulau ni.. hahaha

Amboi.. Nampak teringin aih.. tengokdurian kuning depanTuan Haji tu…. Mai dekat kami sama

Aaa aa la.. Nampak creamy sangat… mai

sikit..

38RENCAH MUTIARA

RUANGAN TAHNIAH

Tahniah diucapkan atas kelahiran anak anda

Tahniah diucapkan kepada Encik Khairul Anuar Bin Abdul Razak sertaisteri atas kelahiran Putera Sulung iaitu Muhammad Fath BinKhairulanuar pada 30.5.2015

Tahniah diucapkan kepada Puan Nooraini Binti Mohd Yusoff serta Suamiatas kelahiran Putera Sulung iaitu Muhammad Amirul Mukminin BinMuhammad Ibrahim pada 11.5.2015

Semoga kalian bahagia di samping cahayamatayang comel, semoga Amanah ini sentiasa dipelihara

menjadi anak-anak yang soleh… Aminn…

39RENCAH MUTIARA

RUANG TAKZIAH

Takziah kepada Pn. Nor Aziah Binti Md Desa (Penolong

Pengarah Kanan- Bahagian Khidmat Pengurusan) dan keluarga

atas kembalinya ke Rahmatullah Ayahnda tersayang pada

25.5.2015. Semoga Roh Beliau sentiasa dicucuri Rahmat dan

ditempatkan bersama para sahabat Nabi dan orang-orang Beriman.

40RENCAH MUTIARA

S I D A N G R E D A K S IPENASIHAT

Kapt. (B) Ir. Haji Anuar Bin Hj. Yahya

KETUA EDITORIr. Ratna Rajah A/L Sivapiragasam

EDITORIr. Nasser Bin Salim

PENOLONG EDITORVinotha A/P Punudorai

PEREKA GRAFIKYong Woo Soon

Hasnal Bin Md RouseMohd Fairuz Haji Abdul Wahab

JURUFOTOMohamad Nakhaie Bin Rashid

AHLI JAWATANKUASA BAHAGIANHasnal Bin Md Rouse (IT & INOVASI)

Mohd Fairuz Haji Abdul Wahab (BPSP & BSMA)Norinahasliza Binti Ibrahim (KORPORAT)

Azahar Bin Hashim (KHIDMAT PENGURUSAN)Yasmin Binti Umor (KHIDMAT PENGURUSAN)

Muhammad Hakim Bin Abdul Manaff (SUNGAI & PANTAI)Hj. Md. Zahari Bin Hassan (HIDROLOGI)Salihan Binti Hassan (TEBATAN BANJIR)Subaini A/P Ganasan (UKUR BAHAN)

Aziz Bin Saad (MEKANIKAL)Nazri Bin Abdullah (Kelab Sukan & Kebajikan)

AHLI JAWATANKUASA DAERAHSiti Zawani Binti Noordin (JPSDBD)

Saripah Binti Yaakub (JPSDTL) Hasrul Nizar Bin Abdullah (JPSSPU)Mohd Zaki Bin Jamaluddin (JPSSPT)Safarina Binti Che Emby (JPSSPS)

EDISIAPR – JUN

2015

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PULAU PINANG

TINGKAT 55, BANGUNAN KOMTAR

JALAN PENANG

10000 PULAU PINANG

Laman Web Jabatan : http://jps.penang.gov.my/

Emel: [email protected]

Facebook: [email protected]

Daerah Timur Laut

Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Timur Laut

Negeri Pulau Pinang

Paras 29, KOMTAR, 10000,

Jalan Penang

Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 650 5145

Fax : +604 262 8452

Seberang Perai Utara

Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Utara

Negeri Pulau Pinang

Lahar Ikan Mati,

13200 Kepala Batas,

Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 5751 223

Fax : +604 5754 622

Seberang Perai Tengah

Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Tengah

Pulau Pinang

Kompleks JPS SPT,

Jalan Bukit Tengah,

14000 Bukit Mertajam,

Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 5075 525

Fax : +604 5075 536

Seberang Perai Selatan

Jabatan Pengairan dan Saliran Seberang Perai Selatan

Negeri Pulau Pinang

Kompleks Pejabat Kerajaan,

14200 Jawi,

Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 5826 554

Fax : +604 5826 542

Daerah Barat Daya

Pejabat Jurutera Daerah, Daerah Barat Daya

Jalan Sungai Burong,

11000 Balik Pulau,

Pulau Pinang, Malaysia

Tel : +604 866 6700

Fax : +604 866 0337