jenayah korporat - utama

6
Bil. 44/2014 38 MAKTAB KOPERASI MALAYSIA Pengenalan Istilah jenayah korporat, jenayah kolar putih, jenayah perdagangan, jenayah skandal atau jenayah ekonomi merupakan suatu sebutan yang acap kali digunakan secara tetapi penggunaannya adalah tertakluk kepada pemilihan pengguna. Penggunaan istilah berkenaan juga berbeza di antara sesebuah negara dan selalunya bergantung kepada sistem ekonomi, sosial, budaya mahupun politik setempat. Namun begitu, Pertubuhan Polis Antarabangsa (INTERPOL) mendefinisikan jenayah tersebut sebagai aktiviti perniagaan dan perdagangan yang membabitkan individu, pertubuhan atau orang awam dan merangkumi jenayah yang boleh menjejaskan ekonomi negara secara terus. Walau bagaimanapun, setelah menyedari kepentingan kehendak undang-undang kesaksian, definisi tersebut hanya mampu menjelaskan pengertian bentuk jenayah yang dilakukan sahaja tetapi tidak boleh diguna pakai sebagai pertuduhan di mahkamah. Justeru, peruntukan Kanun Keseksaan yang menghubungkaitkan jenayah berkenaan adalah kesalahan yang berkaitan dengan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan serta pelencongan mata wang kertas dan surat janji bayaran bank, pemalsuan kira-kira dan sebagainya. Jenayah korporat ini memberi impak yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jenayah konvensional seperti merompak, mencuri, peras ugut dan penipuan. Jenayah ini dianggap sebagai jenayah kelas atasan boleh menjejaskan prestasi kewangan organisasi komersial di negara ini. Jenayah ini juga dikenali sebagai jenayah profesional yang dilakukan oleh individu yang terlibat Rina Fairuz Jahya Pusat Tadbir Urus dan Perundangan Koperasi Jenayah Korporat rencat kemajuan gerakan Koperasi sepenuh masa dengan jenayah kerjaya dan selalunya mempunyai kemahiran dan kecekapan tertentu. Sistem Perundangan di Malaysia Langkah pertama untuk menuju kecemerlangan adalah dengan mempunyai sikap yang betul terhadap diri sendiri. Undang-undang boleh dihubungkaitkan dengan suatu peraturan hidup yang dikenakan terhadap seseorang untuk mendisiplinkan mereka dan dikuatkuasakan terhadap penduduk sesebuah negara. Sumber undang- undang di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu: Undang-undang bertulis yang merupakan undang- undang yang telah termaktub dan telah diwartakan melalui Parlimen. Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Negeri, Akta Koperasi Malaysia 1993 Pindaan 2007, Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Syarikat 1950, Akta Polis 1967, Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan sebagainya. Manakala,

Upload: others

Post on 23-Nov-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenayah Korporat - UTAMA

Bil. 44/201438

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

Pengenalan

Istilah jenayah korporat, jenayah kolar putih, jenayah perdagangan, jenayah skandal atau jenayah ekonomi merupakan suatu sebutan yang acap kali digunakan secara tetapi penggunaannya adalah tertakluk kepada pemilihan pengguna. Penggunaan istilah berkenaan juga berbeza di antara sesebuah negara dan selalunya bergantung kepada sistem ekonomi, sosial, budaya mahupun politik setempat. Namun begitu, Pertubuhan Polis Antarabangsa (INTERPOL) mendefinisikan jenayah tersebut sebagai aktiviti perniagaan dan perdagangan yang membabitkan individu, pertubuhan atau orang awam dan merangkumi jenayah yang boleh menjejaskan ekonomi negara secara terus.

Walau bagaimanapun, setelah menyedari kepentingan kehendak undang-undang kesaksian, definisi tersebut hanya mampu menjelaskan pengertian bentuk jenayah yang dilakukan sahaja tetapi tidak boleh diguna pakai sebagai pertuduhan di mahkamah. Justeru, peruntukan Kanun Keseksaan yang menghubungkaitkan jenayah berkenaan adalah kesalahan yang berkaitan dengan penipuan, pecah amanah jenayah, pemalsuan serta pelencongan mata wang kertas dan surat janji bayaran bank, pemalsuan kira-kira dan sebagainya.

Jenayah korporat ini memberi impak yang jauh lebih besar jika dibandingkan dengan jenayah konvensional seperti merompak, mencuri, peras ugut dan penipuan. Jenayah ini dianggap sebagai jenayah kelas atasan boleh menjejaskan prestasi kewangan organisasi komersial di negara ini. Jenayah ini juga dikenali sebagai jenayah profesional yang dilakukan oleh individu yang terlibat

Rina Fairuz JahyaPusat Tadbir Urus dan Perundangan Koperasi

Jenayah Korporat rencat kemajuan gerakan Koperasi

sepenuh masa dengan jenayah kerjaya dan selalunya mempunyai kemahiran dan kecekapan tertentu.

Sistem Perundangan di Malaysia

Langkah pertama untuk menuju kecemerlangan adalah dengan mempunyai sikap yang betul terhadap diri sendiri. Undang-undang boleh dihubungkaitkan dengan suatu peraturan hidup yang dikenakan terhadap seseorang untuk mendisiplinkan mereka dan dikuatkuasakan terhadap penduduk sesebuah negara. Sumber undang-undang di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu:

• Undang-undang bertulis yang merupakan undang-undang yang telah termaktub dan telah diwartakan melalui Parlimen. Sebagai contoh, Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Negeri, Akta Koperasi Malaysia 1993 Pindaan 2007, Kanun Keseksaan, Kanun Prosedur Jenayah, Akta Syarikat 1950, Akta Polis 1967, Akta Pencegahan Rasuah 1997, Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dan sebagainya. Manakala,

Page 2: Jenayah Korporat - UTAMA

• Undang-undang tidak bertulis merupakan undang-undang yang tidak termaktub dan tidak digubal oleh mana-mana badan perundangan sama ada Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Ia lebih dikenali sebagai undang-undang yang meliputi budaya dan adat resam, Undang-undang Islam, Undang-undang Lazim Inggeris (Common Law) dan penghakiman kes terdahulu.

Berkenaan dengan jenayah korporat, lazimnya ia berada di bawah peruntukan di dalam Kanun Keseksaan. Namun, pihak yang teraniaya boleh memfailkan tuntutan di bawah kesalahan jenayah atau di bawah kesalahan sivil. Ia bergantung kepada fakta kes tersebut. Kanun Keseksaan merupakan undang-undang bertulis yang dikenali sebagai akta yang digubal bagi membolehkan seseorang ini dikenakan hukuman di atas sabit jenayah yang telah dilakukan. Sebagai contoh, orang kena tuduh (OKT) yang melakukan kesalahan yang berkaitan dengan jenayah korporat tersebut boleh dikenakan dakwaan di bawah seksyen seperti berikut:

• Seksyen 381 Kanun Keseksaan bagi kesalahan kerani atau orang gaji mencuri harta dan milik tuannya.

• Seksyen 403 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menyalahgunakan harta dengan curang.

• Seksyen 405 dan Seksyen 406 Kanun Keseksaan bagi kesalahan pecah amanah jenayah dan seksaan bagi pecah amanah jenayah.

• Seksyen 91 (1) (a), (b) dan (c) Akta Koperasi 1993 bagi kesalahan-kesalahan am.

• Seksyen-seksyen berkaitan di bawah Akta Syarikat 1950, Seksyen-seksyen di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan lain-lain yang berkaitan.

Kesalahan jenayah adalah berbeza mengikut masyarakat di sesebuah negara. Sikap masyarakat

tersebut bersangkutan mengenai persoalan moral yang mencerminkan perubahan pandangan masyarakat terhadap kesalahan jenayah. Sebagai contoh, jenayah daripada perspektif undang-undang sivil sangat berkaitan dengan masa, tempat, keperluan, kehendak dan nilai-nilai dalam sesebuah masyarakat. Antara tanggungjawab jenayah, berdasarkan prinsip undang-undang Latin “actus non facit reum, nisi mens sit rea” yang membawa maksud tiada jenayah kecuali dengat niat. Dalam erti kata lain, untuk memastikan OKT disabitkan kesalahan sesuatu jenayah, tertuduh mestilah dibuktikan melakukan tindakan jenayah (actus reus) dan mempunyai niat melakukan tindakan jenayah tersebut (mens rea).

Namun, seksyen 82 menetapkan bahawa ia tidak menjadi kesalahan jika pelakunya adalah kanak-kanak yang berumur kurang daripada sepuluh tahun. Manakala seksyen 83 Kanun Keseksaan pula menetapkan bahawa pelaku yang berumur lebih daripada sepuluh tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun adalah bebas daripada hukuman tersebut. Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh menjadi pesalah jenayah juvenil. Selain itu, menurut seksyen 76 sehingga seksyen 106 Kanun Keseksaan, OKT boleh menggunakan peruntukan yang disediakan daripada seksyen 76 sehingga seksyen 106 Kanun Keseksaan mengikut kesesuaian fakta kes. Antara alasan dalam peruntukan tersebut adalah seperti berikut:

• Tidak berniat/ tidak sengaja

• Kanak-kanak bawah umur 10 tahun

• Provokasi

• Mabuk

• Mempertahankan diri

• Tidak sempurna akal.

Terdapat perbezaan di antara kesalahan jenayah dan kesalahan sivil merujuk seperti di dalam jadual 1:

Jadual 1 : Perbezaan Kesalahan Jenayah dan Kesalahan Sivil

1. Jenis Kesalahan serius yang mensabitkan hukuman berat

Kesalahan kurang serius yang mensabitkan hukuman ringan seperti denda

2. Pihak terlibat Melibatkan kepentingan dan keselamatan awam

Melibatkan kepentingan individu

3. Pendakwaan Pendakwaan dibuat oleh Peguam Persekutuan

Tuntutan ke mahkamah dibawa oleh individu yang terlibat

4. Pemakaian Akta had Akta Had dan Masa tidak terpakai kepada pendakwaan jenayah

Akta Had dan Masa terpakai bergantung dengan fakta kes

5. Alternatif penyelesaian Tiada penyelesaian di luar mahkamah Penyelesaian di luar mahkamah digalakkan

Dalam erti kata lain, perbezaan yang senang untuk diungkapkan di antara kedua-dua jenis kesalahan ini adalah kesalahan jenayah merupakan kesalahan yang serius dengan melibatkan pihak pemerintah (kerajaan)

dengan rakyat jelata yang melibatkan kepentingan dan keselamatan awam. Pendakwaan bagi kesalahan jenayah ini hanya boleh dibuat oleh Pendakwa Raya atau Peguam Persekutuan. Berbanding kesalahan sivil, ia merupakan

Page 3: Jenayah Korporat - UTAMA

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

kesalahan kurang serius yang menyabitkan hukuman ringan seperti denda dan penjara hanya untuk beberapa bulan sahaja. Kesalahan ini melibatkan seseorang individu yang terkilan dengan pihak yang satu lagi. Tuntutan boleh di failkan sendiri di mahkamah oleh pihak yang terkilan atau menerusi peguam yang dilantiknya.

Walau bagaimanapun, hak OKT hendaklah diberikan. Sekiranya pihak berkuasa tidak memainkan peranan sewajarnya, hak asasi manusia telah ditindas. Antara hak-hak orang yang ditangkap adalah seperti berikut:

Faktor Penyebab Jenayah Korporat Kian Kritikal

Di Malaysia, jenayah korporat kini mencatatkan bilangan kes yang kian kritikal walaupun pelbagai usaha telah dijalankan bagi menangani kes seumpamanya termasuklah dengan tertubuhnya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK). Antara faktor utama yang menjadi penyumbang kepada jenayah korporat ini berkait rapat dengan sikap

★ OKT mestilah diberitahu oleh pihak berkuasa atas sebab apa dia ditangkap.

★ OKT perlu dihadapkan di hadapan Mahkamah Majistret dalam tempoh dua puluh empat jam.

★ Sekiranya pihak berkuasa mahu menahan OKT dalam tempoh yang lebih lama untuk tindakan siasatan, pihak berkuasa perlu mendapatkan perintah reman daripada Majistret.

★ Menurut Perkara 5 (3), (4) Perlembagaan Persekutuan menekankan tahanan perlu diberitahu hak perlembagaannya serta kenyataan berjaga-jaga sebelum sebarang soal siasat dijalankan.

★ Kenyataan yang boleh diterima oleh mahkamah adalah dibuat oleh tahanan secara sukarela tanpa ada unsur tekanan, ugutan atau paksaan.

dan keperibadian seseorang individu itu sendiri. Sikap tamak haloba dan materialistik adalah penyakit utama yang mendorong seseorang itu terjebak ke dalam kegiatan jenayah yang lumrahnya melibatkan nilai wang dan harta yang banyak. Kebiasaannya, ini berkait rapat dengan sikap dendam dengan rakan sekerja yang bersekongkol dalam melakukan jenayah tersebut. Bagi mereka, wang adalah segala-galanya yang boleh memberikan kebahagiaan yang hakiki sehingga sanggup melakukan perbuatan

yang salah di sisi undang-undang dan melanggar hukum agama. Allah S.W.T juga telah berfirman:

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) antara kamu yang batil dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberikan rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (ia salah)” Surah Al-Baqarah 2:188

Berdasarkan ayat Quran di atas, secara terang-terangan Allah melarang kita mengambil harta atau hak orang lain sedangkan harta itu bukan kepunyaan kita. Disebabkan kurang dan tipisnya keimanan telah menyebabkan ramai yang terpengaruh dengan kekuasaan wang ringgit dan seterusnya terlibat dalam jenayah ini.

Di samping itu juga, sesetengah masyarakat sanggup menjadi hamba kepada wang ringgit atas sebab mengejar status dan kedudukan yang berprofil tinggi demi meletakkan satu perbandingan yang tidak sihat antara mereka dengan golongan biasa. Bagi mereka, kedudukan ini sangat penting bagi mendatangkan keuntungan peribadi tanpa memikirkan kepayahan orang di sekeliling. Namun, sesetengah pendapat mengatakan bahawa, sebagai rakyat biasa mereka hanya mampu melihat sahaja tanpa berbuat apa-apa kerana mereka tidak mempunyai kedudukan yang membolehkan suara, pendapat, dan cadangan mereka didengari oleh pihak atasan.

Jenayah Korporat dalam Koperasi

Faktor penyumbang jenayah korporat ini kian kritikal terutamanya dari sudut kepimpinan dan pengurusan organisasi yang lemah. Sebagai contoh, peneraju, penasihat dan pemimpin di dalam sesebuah koperasi adalah Anggota Lembaga Koperasi (ALK) secara keseluruhannya, manakala di bahagian pengurusan dikendalikan oleh pengurus dan kakitangan koperasi. Kepimpinan yang lemah di koperasi adalah disebabkan oleh kepimpinan yang lemah. Ini secara tidak langsung akan membuka peluang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan yang salah. Merujuk kepada kes Mahfuz bin Hashim lwn Koperasi Pekebun Kecil Daerah Segamat & lain-lain (2005) 3 MLJ 726, pengerusi koperasi tersebut bertindak melebihi kuasa yang telah dibuat sehingga menyebabkan pihak plaintif (Mahfuz) mengalami kerugian. Pengerusi telah melanggar perjanjian yang telah dimeterai bahawa koperasi itu hanya boleh mengambil biji benih getah daripada Mahfuz sahaja. Yang Arif Jeffery Tan memutuskan bahawa Pengerusi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Segamat tidak boleh memasuki perjanjian dengan pihak ketiga tanpa

Page 4: Jenayah Korporat - UTAMA

Bil. 44/2014 41

✸ Kurangnya penyeliaan daripada pihak pentadbir (ALK);

✸ Tiada pemantauan daripada ALK atau pengurus koperasi dalam menjalankan aktiviti-aktiviti koperasi yang telah diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan;

✸ Pelaksana (Staf) lambat melaksanakan tugasan yang diberikan dan suka menangguhkan kerja;

✸ Sikap endah tak endah pihak pentadbir yang “lepas tangan” dan meletakkan setiap keputusan dibuat oleh pengurus/ pengurus besar.

✸ Pemimpin membuat keputusan sendiri tanpa mendapat persetujuan ALK yang lain.

mendapat persetujuan ALK yang lain. Maka, pengerusi koperasi tersebut dikenakan hukuman denda membayar semula kerugian yang ditanggung plaintif.

Di samping itu, kepimpinan yang lemah juga berkait rapat dengan soal etika. Penekanan dan penerangan mengenai soal etika dalam konteks pengurusan jarang dititikberatkan. Contohnya, dari segi pengambilan kakitangan pihak pengurusan tidak memberi latihan yang sewajarnya dan tidak mengutamakan soal etika tetapi sebaliknya kakitangan hanya tertumpu kepada soal penugasan semata-mata tanpa mengambil kira nilai dari segi etika dan isu moral. Ada sesetengah koperasi di Malaysia sudah sekian lama masih lagi tidak mempunyai pengurus koperasi kerana, ALK masih berada dalam keadaan dilema akibat daripada perlakuan tidak baik yang pernah dilakukan oleh pengurus koperasi sehinggakan koperasi hampir muflis. Di manakah silapnya? Kita masing-masing menuding jari untuk mencari kesalahan orang lain. Jadi, adalah lebih baik langkah berjaga-jaga diambil oleh pemimpin agar perlakuan seperti itu tidak lagi terjadi.

Faktor teknologi dan modenisasi juga menjadi penyebab kepada jenayah korporat yang semakin kritikal. Dari sudut pembangunan sosioekonomi, ia tidak seimbang dengan pembangunan kerohanian insaniah. Sebagai contoh, projek-projek pembangunan yang bermodal tinggi tumbuh dengan pesat seperti cendawan. Dengan adanya projek ini, ia sedikit sebanyak akan meningkatkan pengaliran wang. Persaingan moden dalam kalangan kontraktor, usahawan dan koperator dilihat semakin sengit sehingga ada yang menggunakan jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran dan sebagainya. Impak daripada faktor kecanggihan teknologi moden ini juga memberi

kesan yang negatif seperti memudahkan individu yang tidak bertanggungjawab melakukan jenayah korporat ini.

Faktor seterusnya ialah dari sudut sosial dan budaya. Masyarakat Malaysia hari ini sering kali mengamalkan tradisi ‘memberi hadiah’ dengan mengharapkan sesuatu balasan pada masa hadapan. Secara tidak langsung, ia menjadi budaya kepada pemberi terhadap penerima sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari. Sebagai contoh dalam kes Mahesan lwn. Koperasi Perumahan Pegawai Kerajaan (1978) 1 MLJ 14, Mahesan merupakan Setiausaha Koperasi Perumahan Pegawai Kerajaan membeli sebidang tanah yang bernilai RM944,00.00 walhal harga sebenar tanah tersebut hanya berjumlah RM456,000.00 tanpa memaklumkan kepada koperasi tentang harga sebenar tanah itu. Mahesan telah menerima keuntungan tersembunyi sebanyak RM122,000.00 sebagai komisen daripada penjual. Badan penasihat memutuskan Koperasi Perumahan Pegawai Kerajaan berhak untuk mendapatkan kembali keuntungan tersembunyi yang diterima oleh Mahesan atau jumlah kerugian yang ditanggung koperasi.

Hal ini secara tidak langsung telah menjadi trend dalam kehidupan masyarakat di Malaysia iaitu setiap perbuatan dilakukan inginkan balasan. Jenayah korporat mungkin sukar dibendung jika pihak audit kurang membuat kerja-kerja pengauditan. Sekalipun pengauditan yang cekap dilaksanakan, ia tidak dapat membantu sekiranya dokumen-dokumen bukti dihapuskan. Malah, perkara ini akan tetap berlaku sekiranya ia tidak dibendung oleh pihak yang berwajib.

Tindakan Membanteras Jenayah Korporat

Dalam usaha menangani jenayah korporat daripada terus berleluasa, pelbagai langkah dan tindakan perlu diambil perhatian sewajarnya. Kerajaan telah sedaya upaya menubuhkan badan-badan yang berkuasa contohnya seperti Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membanteras segala bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan daripada terus berleluasa di Malaysia. Selain daripada agensi kerajaan, terdapat juga badan bukan kerajaan yang aktif dalam menangani jenayah korporat khususnya gejala rasuah iaitu Transparency International Malaysia (TI-M). Ia merupakan badan bukan kerajaan yang berusaha memerangi gejala rasuah dan korupsi dan mengharapkan Malaysia mampu menjadi negara yang sifar rasuah terutamanya dalam sektor perkhidmatan awam, swasta dan masyarakat awam secara menyeluruh. Dalam konteks koperasi pula, tujuan utama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ditubuhkan adalah untuk mengawal selia koperasi bagi memastikan sektor koperasi berkembang dan berupaya membangun dengan berkesan dan sistematik.

Page 5: Jenayah Korporat - UTAMA

Bil. 44/201442

MAK TAB KOPERASI MALAYSIA

Di samping itu, merujuk kepada Fasal 44 Undang-undang Kecil Koperasi secara khususnya telah menetapkan dan menggariskan berkenaan dengan kuasa dan kewajipan ALK dalam memastikan pentadbiran dan pengurusan koperasi di kendalikan dengan teratur. Di dalam Fasal 44 ini menggariskan kuasa dan kewajipan ALK secara terperinci yang meliputi setiap aspek pentadbiran, pengurusan, kewangan, audit, kesetiausahaan, perjalanan mesyuarat, pelaburan, perancangan strategi, pelantikan jawatankuasa, tatatertib, kerahsiaan maklHukuman maksimum perlu dikenakan kepada penjenayah korporat agar perbuatan tidak bermoral ini tidak menular dalam kalangan masyarakat umum dan boleh memberi kesedaran kepada yang lain.

Rajah 2: Teori Pelaksanaan Hukuman

Sebagai contoh, merujuk kepada Seksyen 406 Kanun Keseksaan menetapkan:

“Barang siapa melakukan pecah amanah jenayah hendaklah diseksa dengan penjara tidak melebihi sepuluh tahun dengan sebatan, dan bolehlah juga dikenakan denda”.

Merujuk kepada Seksyen 408 Kanun Keseksaan menetapkan:

“Barang siapa yang menjadi seorang kerani atau orang gaji, atau yang bekerja sebagai seorang kerani atau orang gaji yang, dengan apa-apa cara telah diamanahkan atas sifatnya itu dengan harta, atau dengan apa-apa kuasa atas harta, melakukan pecah amanah jenayah mengenai harta itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih daripada empat belas tahun, dan dengan sebat, dan bolehlah juga dikenakan denda”.

Merujuk kepada Sekyen 44A (3) Akta Koperasi 1993, menetapkan:

“Mana-mana anggota Lembaga atau ketua pegawai Eksekutif sesuatu koperasi yang tidak mematuhi subsekyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi RM500 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya”.

Namun, ia tidak bermakna masalah ini dapat dihapuskan sepenuhnya mela lu i penubuhan badan-badan tersebut. Perkara penting yang harus ditekankan adalah memberi kesedaran

kepada masyarakat tentang akibat daripada perbuatan

jenayah korporat ini yang boleh merosakkan sosioekonomi

dan sosiobudaya sesebuah negara. Nilai- nilai integriti yang sepatutnya

diterapkan sejak zaman persekolahan tidak boleh dipandang ringan. Semua pihak perlu sedar akan kepentingan nilai tersebut kepada pembangunan modal insan. Jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai haruslah disematkan di dalam diri setiap manusia.

Oleh yang demikian, dalam usaha membanteras jenayah korporat ini, semua rakyat perlu mengelakkan diri daripada bekerjasama dengan golongan yang tidak bertanggungjawab. Setiap individu perlu mengambil langkah berjaga-jaga daripada terus terjebak dalam jenayah tersebut. Sebagai seorang manusia, setiap tugasan yang diberikan haruslah dilaksanakan secara sesuci hati (bona fide) dan sentiasa mengikut peraturan atau undang-undang negara. Sebagai contoh, Seksyen 44A (1) Akta Koperasi 1993 menetapkan bahawa:

“‘Tiap-tiap anggota lembaga atau Ketua Pegawai Eksekutif, jika ada, sesuatu koperasi yang mempunyai, dalam apa-apa jua cara, sama ada secara langsung atau tidak langsung, apa-apa kepentingan dalam sesuatu pembiayaan Islam atau kemudahan kredit yang dicadangkan untuk memberikan kepada mana-mana orang oleh koperasi itu hendaklah secepat yang dapat dilaksanakan mengisytiharkan secara bertulis jenis kepentingannya, pada suatu mesyuarat lembaga yang dibentuk dengan sewajarnya, dan setiausaha koperasi itu, jika ada atau pegawai lain yang dilantik oleh koperasi bagi maksud itu, hendaklah menyebabkan suatu salinan perisytiharan itu untuk diedarkan dengan serta-merta kepada tiap-tiap anggota lembaga tidak kira sama ada dia hadir atau tidak pada mesyuarat itu”.

Peruntukan tersebut menyatakan bahawa ALK atau Pegawai Eksekutif Koperasi hendaklah mendedahkan kepentingan pembiayaan Islam atau kemudahan kredit kepada koperasi agar tidak timbul isu percanggahan kepentingan. Isu ini berkait rapat dengan nilai etika dari segi ketelusan, kejujuran dan sebagainya. Peng isytiharan secara bertulis ini boleh dijadikan bahan bukti untuk dibawa ke mahkamah sekiranya ada pertikaian pada masa hadapan.

kepada yang lain.

• Hukuman  berdasarkan  andaian  moral  bahawasanya  penjenayah  adalah  wajar  menerima  balasan  setimpal  dengan  apa  yang  dialami  oleh  mangsa.  

BALASAN(Retribution)  

• Hukuman  berat  dijatuhkan  bertujuan  untuk  dijadikan  pengajaran  tegas  kerajaan  dan  amaran  kepada  masyarakat.  

HALANGAN(Deterrence)  

• Hukuman  penjara  yang  lama  ke  atas  penjenayah  bertujuan  untuk  mengasingkannya  supaya  sifat  jahat  itu  tidak  mempengaruhi  masyarakat  yang  lain.  

PENCEGAHAN(Prevention))  

PEMULIHAN  (Rehabilition)                              • Hukuman  adalah  untuk  memulihkan  

penjenayah.  

Page 6: Jenayah Korporat - UTAMA

Bil. 44/2014 43

Rujukan

Berdasarkan contoh-contoh peruntukan di bawah Kanun Keseksaan dan juga di bawah Akta Koperasi 1993, yang berkaitan dengan jenayah korporat ini ditetapkan oleh Parlimen bahawa hukuman yang diberikan terhadap penjenayah adalah berat kerana ia melibatkan penjara dalam tempoh yang agak lama bersekali dengan denda dan sebatan. Ini menunjukkan bahawa jenayah korporat termasuk dalam kategori jenayah yang serius. Selain menjatuhkan hukuman yang berat, sesebuah organisasi tidak sewajarnya memilih pemimpin atau pekerja untuk kepentingan peribadi. Hal ini hendaklah diambil kira supaya tiada kes penipuan, pemalsuan cek, meniru tandatangan, memalsukan dokumen dan sebagainya terjadi pada masa hadapan. Penapisan awal hendaklah dibuat sebelum pelantikan. Di samping itu juga, sesebuah organisasi mahupun koperasi haruslah membuat semakan gaji mengikut kesesuaian keadaan ekonomi semasa atau memberikan insentif kepada kakitangan agar kes jenayah korporat ini dapat dielakkan. Secara tidak langsung, pemberian insentif ini dapat menaikkan semangat mereka untuk bekerja.

Kesimpulan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat dan dalam usaha mengatur langkah dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020. Lazimnya, apabila sesebuah negara itu semakin maju, kadar peningkatan jenayah korporat semakin tinggi. Kepada mereka yang sedang memegang jawatan atau pangkat yang penting dalam organisasi atau sesebuah koperasi serta mereka yang bakal diberikan kepercayaan memegang jawatan tersebut, bersamalah kita memantapkan lagi fahaman dam amalan berdasarkan saranan agama dan undang-undang. Semua faktor dan langkah membanteras masalah ini haruslah diteliti dan dipantau dengan lebih serius oleh kesemua pihak berkuasa yang terlibat. Akhlak dan sikap yang baik lebih indah daripada wajah yang tampan, mata yang hitam, dan pipi yang licin. Untuk menjadikan masyarakat maju dan bersih daripada jenayah tidak kiralah jenayah apa sekalipun yang dilakukan di bumi ini, bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi malah, ia juga seharusnya bersandarkan kemajuan sosial, budaya, intelek dan rohani masyarakat setempat itu sendiri.

Akta Koperasi Malaysia 1993 (Pindaan 2007). Petaling Jaya: International Law Book Services.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.(1997).. Dicapai dari http://www.sprm.gov.my/akta-akta.html.

Akta Kontrak 1950. Kelana Jaya: Malayan Law Journal Sdn Bhd.

Abdullah Sanusi Ahmad.(1995,Mei). Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Gejala Sosial di Universiti Utara Malaysia, Kedah.

Alauddin Sidal.(2004). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

Baljit Singh Sidhu.(2008). Kuala Lumpur: Marsden Law Book Sdn Bhd.

Bologna, J., & Shaw, P. D. (1997). (p. 1). Boston: Butterworth-Heinemann.

Catherine Elliot., & Framces Quinn.(2006).UK: Pearson Education Limited.

Corporate crime and abuse.(2003). Dicapai dari http://www.corporatepolicy.org/issues/crime.htm.(1985). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Karl Eller.(2005)’ Mc Graw Hill Inc.

Mahesan lwn. Koperasi Perumahan Pegawai Kerajaan (1978) 1 MLJ 14.

Mahfuz bin Hashim lwn Koperasi Pekebun Kecil Daerah Segamat & lain-lain (2005) 3 MLJ 726.

Murray, D. (1997).Kogan Page Publishers.

Mumtaz Begam Abdul Kadir.,& Mohammed Sani Ibrahim.(2009).Kuala Lumpur:Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Pusat Tadbir Urus dan Perundangan Koperasi.(2014).Unpublished manuscript, Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya.

Shaw, P. D., & Bologna, J. (2000).Butterworth-Heinemann.

Suruhanjaya Koperasi Malaysia.(2014). Dicapai dari http://www.skm.gov.my/Mengenai-SKM/Profil-SKM.aspx.

Transparency International Malaysia. (2014). Dicapai dari http://transparency.org.my/about-us/.

Kanun keseksaan (AKTA 574). (2006). The Commisioner of Law Revision Malaysia: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Surah Al- Baqarah 2:118. Dicapai daripada http://www3.pmo.gov.my/webnotesapp/rqrmainm.nsf/9ca3c988a579811f48256722002425dc/89220546baabf796482566cd00322ccc?OpenDocument.

Undang-undang Kecil Koperasi Seragam. Unpublished manuscript, Maktab Koperasi Malaysia, Petaling Jaya.