bahagian c(improvasi)

5
Bahagian C Mencipta satu alat improvasi ( 20 % ) Tajuk :Model Tekanan Air Pengenalan Air menghasilkan tekanan kerana ia mempunyai berat.Tekanan ini bertambah apabila air semakin dalam.Begitu juga apabila tekanan udara di luar melebihi berat air.Tindakan ini akan mempengaruhi tekanan yang berbeza-beza kederasan pancutan air yang terkeluar daripada lubang itu. Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut,iaitu; Air Pita pelekat

Upload: payau-johnny

Post on 20-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian C(Improvasi)

Bahagian C

Mencipta satu alat improvasi ( 20 % )

Tajuk :Model Tekanan Air

Pengenalan

Air menghasilkan tekanan kerana ia mempunyai berat.Tekanan ini bertambah

apabila air semakin dalam.Begitu juga apabila tekanan udara di luar melebihi berat

air.Tindakan ini akan mempengaruhi tekanan yang berbeza-beza kederasan

pancutan air yang terkeluar daripada lubang itu.

Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut,iaitu;

Air Pita pelekat

Botol plastik Paku tajam

Page 2: Bahagian C(Improvasi)

Fakta tentang air memberi tekanan:

Tekanan air menghasilkan tenaga elektrik.

Manusia zaman moden sekarang membina empangan untuk menghasilkan tenaga

elektrik.Tembok besar dan kukuh dibina untuk menyekat air sungai seperti kawasan

Ulu Batang Rejang yang mempunyai aliran air sungai yang deras dan bertekanan

tinggi ke stesen kuasa yang mengandungi turbin.Air yang bergerak laju akan

memusingkan turbin ini untuk memutarkan sebuah dinamo besar.Dinamo inilah yang

menghasilkan tenaga elektrik untuk kegunaan kita.cara menghasilkan tenaga

elektrik daripada tekanan air ini dipanggil hidroelektrik seperti yang terdapat di

Empangan Hidro Bakun terbesar di Asia dan Empangan Hidro Batang Ai,Lubuk

Antu.Persoalannya sekarang,mengapakah tekanan air lebih kuat pada paras yang

lebih dalam?

Berikut adalah langkah-langkah penyediaan Model Tekanan Air:

Langkah 1

Gunakan paku untuk menebuk tiga lubang yang berlainan ketinggian pada dinding

botol.

Page 3: Bahagian C(Improvasi)

Langkah 2

Lekatkan secebis pita pelekat pada setiap lubang.

Langkah 3

Isikan air ke dalam botol sehingga penuh.

Page 4: Bahagian C(Improvasi)

Langkah 4

Tanggalkan pita-pita pelekat tadi satu demi satu.Perhatikan kelajuan air yang keluar

dari setiap lubang.

Keputusan Permerhatian :

Apakah yang berlaku? Jelaskan.

Air terpancut paling kuat dari lubang paling bawah .Air menekan pada dinding

sebelah dalam botol dengan kekuatan yang berbeza.Tekanan air bertambah kuat

pada dinding botol yang lebih dalam.Tekanan bertambah kerana air lebih banyak

dan berat air yang menekannya.Oleh sebab itu,air terpancut lebih kuat dan lebih

jauh dari lubang yang paling rendah.