bahagian c 2011

24
Tarikh:_________________ PENULISAN(BAHAGIAN C) TEKNIK: GARIS + CARI NILAI + TULIS CONTOH Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan. Ketika sedang mengemas meja di warung makan ayahku, tiba-tiba aku ternampak sebuah telefon bimbit di atas meja. Aku melihat sekeliling untuk memastikan jika ada pelanggan di warung ayahku. Namun, ketika itu tiada sesiapa pun di situ. Aku membelek-belek telefon itu untuk melihat keadaannya. Telefon itu masih baru dan berjenama terkenal. Aku pasti bahawa telefon itu milik Encik Abu, pelanggan tetap warung ayahku. Pagi tadi, aku lihat dia tergesa-gesa bersarapan pagi sebelum bergegas ke tempat kerjanya. Tanpa berlengah, aku mengambil keputusan untuk mengembalikan telefon itu kepada Encik Abu. Aku segera pergi ke pejabat Encik Abu yang terletak tidak jauh dari warung ayahku. Encik Abu berasa amat gembira ketika aku mengembalikan telefon itu kepadanya. Beliau berasa amat terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepadaku. Beliau mahu memberiku RM50.00 sebagai tanda terima kasih. Pemberiannya itu kutolak dengan baik kerana aku tidak mengharapkan sebarang balasan.

Upload: yan-azian

Post on 19-Feb-2016

237 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

modul latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian c 2011

Tarikh:_________________PENULISAN(BAHAGIAN C)

TEKNIK: GARIS + CARI NILAI + TULIS CONTOH

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patahperkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ketika sedang mengemas meja di warung makan ayahku, tiba-tiba aku ternampak sebuah telefon bimbit di atas meja. Aku melihat sekeliling untuk memastikan jika ada pelanggan di warung ayahku. Namun, ketika itu tiada sesiapa pun di situ. Aku membelek-belek telefon itu untuk melihat keadaannya. Telefon itu masih baru dan berjenama terkenal. Aku pasti bahawa telefon itu milik Encik Abu, pelanggan tetap warung ayahku. Pagi tadi, aku lihat dia tergesa-gesa bersarapan pagi sebelum bergegas ke tempat kerjanya. Tanpa berlengah, aku mengambil keputusan untuk mengembalikan telefon itu kepada Encik Abu. Aku segera pergi ke pejabat Encik Abu yang terletak tidak jauh dari warung ayahku. Encik Abu berasa amat gembira ketika aku mengembalikan telefon itu kepadanya. Beliau berasa amat terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kepadaku. Beliau mahu memberiku RM50.00 sebagai tanda terima kasih. Pemberiannya itu kutolak dengan baik kerana aku tidak mengharapkan sebarang balasan.

Nilai Murni Contoh

Page 2: Bahagian c 2011

TARIKH:__________________

Penulisan Bahagian C (1)

Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Klinik 1

Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Nilai Murni Contoh

Page 3: Bahagian c 2011

TARIKH:_________________________

KLINIK 2

TEMA : KELUARGA

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.

“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung.

Nilai Murni Contoh

Page 4: Bahagian c 2011

TARIKH:_____________________

KLINIK 3

Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adik-adik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik dan adik-adik yang ringan tulang.

Nilai Murni Contoh

Page 5: Bahagian c 2011

GAYA PENULISAN BAHAGIAN C

GAYA RAJAH:

WACANA PENEGAS NILAI/PENGAJARAN CONTOH/DENGAN/SEPERTI

HURAIAN

Nilai pertama,

kita mestilah

rajin contohnya membaca buku agar berjaya

Kedua, kita haruslah

hormat-menghormati dengan bersalaman dengan orang tua kita.

Selain itu, kita hendaklah

jujur seperti memulangkan barang yang kita jumpai kepada tuannya.

Seterusnya,

kita sepatutnya

menjaga kebersihan fizikal dan mental

contohnya membuang sampah di tempat yang disediakan.

Akhir sekali,

kita sewajarnya

mempunyai semangat patriotisme

dengan mencintai negara yang kita sanjungi.

PENULISAN SEBENAR:

Page 6: Bahagian c 2011

Nilai pertama,kita mestilah rajin contohnya membaca buku agar Berjaya.Kedua, kita haruslah hormat-menghormati dengan bersalaman dengan orang tua kita.Selain itu, kita hendaklah jujur seperti memulangkan barang yang kita jumpai kepada tuannya.Seterusnya, kita sepatutnya menjaga kebersihan fizikal dan mental contohnya membuang sampah di tempat yang disediakan.Akhir sekali,kita sewajarnya mempunyai semangat patriotisme dengan mencintai negara yang kita sanjungi.

TARIKH:______________________

KLINIK 4Cari Nilai:Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali, jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

WACANA PENEGAS NILAI/PENGAJARAN CONTOH/DENGAN/SEPERTI

HURAIAN

Nilai pertama,

kita mestilah

contohnya

Kedua, kita haruslah

dengan

Page 7: Bahagian c 2011

Selain itu, kita hendaklah

seperti

Seterusnya,

kita sepatutnya

contohnya

Akhir sekali,

kita sewajarnya

dengan

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________

TARIKH:__________________

KLINIK 5

Tema : Murid yang bersikap negatif

Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin. Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.

WACANA PENEGAS NILAI/PENGAJARAN CONTOH/DENGAN/SEPERTI

HURAIAN

Page 8: Bahagian c 2011

Nilai pertama,

kita mestilah

contohnya

Kedua, kita haruslah

dengan

Selain itu, kita hendaklah

seperti

Seterusnya,

kita sepatutnya

contohnya

Akhir sekali,

kita sewajarnya

dengan

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________

TARIKH:__________________

KLINIK 6: Pengajaran .Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan. Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.

Page 9: Bahagian c 2011

WACANA PENEGAS NILAI/PENGAJARAN CONTOH/DENGAN/SEPERTI

HURAIAN

Pengajaran pertama,

kita mestilah

contohnya

Kedua, kita haruslah

dengan

Selain itu, kita hendaklah

seperti

Seterusnya,

kita sepatutnya

contohnya

Akhir sekali,

kita sewajarnya

dengan

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________

TARIKH:__________________SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2010)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Sahabatku Fadhil,

Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah saya.

Page 10: Bahagian c 2011

Kami memperoleh ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan dengan mengunjungi pelbagai tempat bersejarah seperti Beras Terbakar Makam Mahsuri dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machinchang, kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.

Semasa di Pantai Cenang, kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami kerana ombak besar. Kami akur akan nasihat guru tersebut. Lawatan seterusnya ke ‘Underwater World’, iaitu tempat pelbagai jenis kehidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.

Sebelum pulang kami singgah di pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

WACANA PENEGAS NILAI/PENGAJARAN CONTOH/DENGAN/SEPERTI

HURAIAN

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH:______________________

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2009)

Page 11: Bahagian c 2011

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Sang Semut sering keluar mencari makanan untuk kumpulannya. Sang Semut bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Pada suatu hari, ketika Sang Semut asyik mencari makanan, Sang Semut telah terjatuh ke dalam sungai. Sang Semut dihanyutkan air dan hampir lemas.

Sang Merbuk yang melihat kejadian itu segera menjatuhkan sehelai daun agar Sang Semut dapat berpaut. Sang Semut berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan Sang Merbuk.

Pada suatu pentang, Sang Semut terlihat seorang pemburu sedang mengacukan senapang ke arah Sang Merbuk. Sang Semut segera mengigit kaki pemburu itu. Pemburu terkejut lalu tembakannya tersasar. Sang Merbuk segera terbang untuk menyelamatkan diri. Sang Merbuk mengucapkan terima kasih kepada Sang Semut.

Sejak peristiwa itu, Sang Semut dan Sang Merbuk bersahabat baik.

WACANA PENEGAS NILAI/PENGAJARAN CONTOH/DENGAN/SEPERTI

HURAIAN

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________________

Page 12: Bahagian c 2011

_________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH:_________________________

SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2008)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Ana : Apa khabar, Halim?

Halim : Beransur baik sekarang. Cuma badan saya masih lemah dan tidak berselera untuk makan.Ana : Awak mesti makan, jangan turutkan hati. Makanan di sini berkhasiat. Kalau tak makan, bagaimana nak sihat?Halim : Terima kasih atas ingatan awak.Ana : Eh, tentulah! Kita berkawan mestilah saling mengingati.Halim : Apa khabar kawan-kawan kita?Ana : Oh, semuaya baik belaka! Mereka mendoakan supaya awak segera sembuh. Apa kata soktor tentang penyakit awak?Halim : Doktor mengatakan bahawa saya disyaki menghidap demam denggi.Ana : Oh, begitu! Penyakit demam denggi ini berpunca daripada nyamuk aedes. Kita mesti pastikan air tidak bertakung agar nyamuk aedes tidak membiak.Halim : Betul tu, Ana. Semua pihak perlu menjaga kebersihan persekitaran.Ana : Baiklah, Halim. Saya minta diri dulu. Saya dah berjanji dengan ibu saya untuk pulang awal. Ini ada beberapa buah buku yang boleh awak baca untuk menghilangkan rasa bosan awak.Halim : Terima kasih, Ana. Sekurang-kurangnya buku ini boleh mengisi masa lapang saya di sini. Berhati-hati Semasa pulang. Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan dan keluarga awak.

WACANA PENEGAS NILAI/PENGAJARAN CONTOH/DENGAN/SEPERTI

HURAIAN

Page 13: Bahagian c 2011

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH:________________SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2007)

Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui siapa pemiliknya. Di dalam dompet itu terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari-cari dompetnya.

Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cik Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu.

WACANA PENEGAS NILAI/PENGAJARAN CONTOH/DENGAN/SEPERTI

HURAIAN

Page 14: Bahagian c 2011

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________________________________________

AKTIVITI PENGAYAAN:CERDIK: 1TARIKH:______________SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2006)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Nani murid yang sentiasa mengambil berat tentang pelajaranya. Pada masa yang sama dia mempunyai pelbagai hobi. Mengumpul setem adalah antara hobi yang paling digemarinya. Dia memiliki lima buah album setem yang disimpan di dalam almari yang berkunci.

Setem yang dikumpulkannya diperoleh daripada beberapa buah negara. Nani bertukar-tukar setem dengan kawan-kawan sekolahnya dan sahabat pena dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara.

Page 15: Bahagian c 2011

Kini dia memiliki pelbagai setem dan mempunyai ramai kawan. Melalui hobinya, Nani dapat mengetahui berbagai-bagai maklumat tentang negara luar seperti mata wang, kebudayaan, makanan dan pemimpin Negara.

Dia amat gembira kerana hobinya mendatangkan banyak faedah. Di samping itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada terlibat dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat dan membuang masa.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH:_______________CERDIK:2SOALAN BAHAGIAN C (UPSR 2005)

Tulis lima pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Semasa kakak pergi bekerja, adik telah masuk ke bilik kakak dan bermain-main di situ. Sedang asyik bermain, tiba-tiba adik ternampak sebuah cenderamata kepunyaan kakak yang diperbuat daripada kaca. Cenderamata itu ialah pemberian kawan kakak yang baru pulang dari luar negeri.

Page 16: Bahagian c 2011

Saya telah melarang adik supaya tidak bermain-main dengan cenderamata itu tetapi adik tidak mengendahkannya. Tiba-tiba, cenderamata itu terlepas dari tangan adik dan terhempas di lantai lalu pecah berderai. Emak memarahi adik.

Sebelah petang, kakak pulang dari tempat kerja. Kakak sungguh sedih apabila mengetahui cenderamata kesayangannya telah pecah. Adik meminta maaf dan berjanji tidak akan mengusik barang-barang kepunyaan kakak lagi.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH:_______________CERDIK 3

SOALAN NILAI DAN PENGAJARANTulis lima nilai/pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.

Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu peranggan.

Page 17: Bahagian c 2011

KAJANG,7 Mei – Salim murid Tahun 6 SJK Mahkota telah berjaya menyelamatkan anak jirannya yang terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumah mereka.Kejadian itu berlaku pagi Semalam.Mangsa kejadian itu ialah Chong, berumur 10 tahun.Kejadian itu berlaku ketika dia sedang bermain bola bersama adiknya di tepi kolam itu.Chong terjatuh ketika cuba mengambil bola yang bergolek masuk ke kolam.Jeritan Chong telah didengari oleh Salim yang sedang belajar bersama-sama Raj. Salim terjun ke dalam kolam dan berjaya menarik Chong ke tepi kolam dengan bantuan kawannya, Raj. Ibu bapa Chong telah mengucapkan terima kasih kepada Salim dan Raj kerana menyelamatkan anak mereka.Pihak sekolah pula akan memberikan sijil penghargaan kepada Salim dan Raj. Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita mestilah_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TARIKH:_______________CERDIK 4

SOALAN NILAI DAN PENGAJARAN

Page 18: Bahagian c 2011

Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu. Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.

Sebagai individu yang bertanggungjawab, kita mestilah_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 19: Bahagian c 2011

CONTOH JAWAPAN MURID LAIN.