bahagian c kertas 2 upsr

Upload: syedsmnwa

Post on 04-Apr-2018

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    1/38

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    2/38

    Tulis beberapa nilai murni / pengajaranyang boleh kamu dapati daripada

    petikan di bawah.

    Panjang jawapan kamu mestilah tidak

    kurang daripada 50 patah

    perkataan. Tulis jawapan kamu dalamsatu perenggan.

    C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C10

    L1 L2 L3 L4 L5 L6 L7 L8 L9 L10

    L12 L13 L14 L15 L16 L17 L18 L19 L20L11

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    3/38

    Loceng waktu terakhir berbunyi. Anuar mengambil basikallalu mengayuh menuju ke rumahnya. Sampai sahaja di rumah, diapunmeletakkan basikal di tempat yang disediakan. Dia memberi salamsambil menanggalkan kasut dan stoking lalu meletakkannya di rakkasut. Setelah ibunya membuka pintu, dia bersalaman lalu menciumtangan ibunya.

    Dia ke bilik untuk menyimpan beg dan menukar pakaian.Setelah selesai, dia terus ke dapur untuk membantu ibunyamenghidangkan makanan tengah hari. Selesai makan , dia membantuibu membersihkan meja makan. Selepas itu, dia bersiap ke sekolahagama pula.

    Pulang dari sekolah agama, dia terus mandi danbersembahyang. Selepas makan malam, dia terus ke meja belajaruntuk mengulang kaji tanpa menunggu arahan daripada sesiapa.

    berdisipli

    n

    rajin

    Mementingkan

    kebersihan

    taat berdikari

    Contoh 1

    Menghormati

    ibu

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    4/38

    berdisiplin : agar hidup teratur dan sempurna

    menghormati ibu : telah membesarkan kita

    rajin : membantu ibu, meringankan beban kerja ibu

    mementingkan kebersihan : agar hidup sihat

    taat : taat kepada suruhan Allah balasannya syurga

    berdikari : jangan mengharapkan bantuan orang lain

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    5/38

    Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa pengajaran

    yang boleh kita jadikan teladan antaranya sikapberdisiplinAnuar.Kita mestilah berdisiplin agar hidup kita teratur, sempurna, danberjaya. Sebagai seorang anak pula kita mestilahmenghormati ibubapa. Hal ini kerana merekalah yang telah bersusah payahmembesarkan kita. Kita juga perlulah rajin membantu ibu danayah bagi meringankan beban kerja mereka yang sememangnya

    banyak. Untuk memastikan tubuh kita sihat, kita seharusnyamenjaga kebersihan diri. Mandi, menggosok gigi, dan, makanmakanan yang berkhasiat perlu kita lakukan setiap hari. Sebagaiumat Islam pula, kita harus taat kepada suruhan-Nya bagimemastikan kita mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.SikapberdikariAnuar patut kita contohi. Ulang kajilah pelajaran

    tanpa menunggu diarah oleh ibu atau bapa kita dan janganlah kitaterlalu mengharapkan bantuan orang lain apabila membuat sesuatu

    pekerjaan.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    6/38

    Yusri murid yang nakal. Dia suka mengusik kawan-kawannya

    dengan menyembunyikan barang-barang mereka. Kelakuannya itutidak disukai oleh kawan-kawannya.

    Pada suatu hari, Yusri membawa buku cerita yang baru dibelioleh ibunya ke sekolah. Dia ingin menunjukkan buku cerita tersebutkepada kawan-kawannya. Selepas tamat sekolah, dia teringat akan

    buku ceritanya. Puas dia mencari, namun dia tidak menjumpai bukutersebut. Yusri menangis kerana takut dimarahi oleh ibunya nanti.

    Kawan-kawannya menolong dia mencari buku cerita itu. Merekamencari di sekitar kawasan sekolah. Akhirnya mereka menjumpaibuku cerita tersebut di dewan sekolah. Yusri mengucapkan terima

    kasih kepada kawan-kawannya. Dia terhutang budi kepada kawan-kawannya. Barulah dia menyedari bertapa susahnya hati seseorangjika kehilangan barang.

    jangan menganggu

    kawan

    menolong

    kawan

    tanda

    penghargaaninsaf menjaga

    harta sendiri

    Contoh 2

    jauhi sikap suka

    menunjuk-nunjuk

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    7/38

    jangan menganggu kawan : tidak disukai oleh kawan-kawan

    suka menunjuk-nunjuk : sikap buruk yang merugikan diri(jauhi)

    menjaga harta sendiri : agar tidak hilang

    menolong kawan : kita juga memerlukan pertolongan

    berterima kasih : sebagai tanda penghargaan

    insaf : jangan ulangi perlakuan yang lama

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    8/38

    Terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita peroleh

    daripada petikan di atas. Antaranya kita janganlah sukamenganggu kawan kerana sikap kita itu tidak disukai olehkawan-kawan kita. Sikap suka menunjuk-nunjukjuga haruskita jauhi kerana sikap ini akhirnya akan merugikan diri kitasendiri seperti Yusri yang kehilangan buku ceritanya. Kita

    perlulah menjaga harta kita dengan baik agar tidak hilang.Apabila kawan kita berada dalam kesusahan, kita perlulahmembantu mereka kerana suatu hari nanti mungkin kita pulayang memerlukan pertolongan mereka. Setelah mendapat

    pertolongan kita haruslahmengucapkan terima kasih sebagaitanda penghargaan atas pertolongan mereka. Menginsafi

    segala perlakuan buruk yang pernah kita lakukan dan bertekadtidak akan mengulangi perlakuan itu semula merupakan satusikap yang baik dan harus kita amalkan.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    9/38

    Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bassekolahnya. Tiba-tiba, beliau dihampiri seorang pengemis.Pengemis itu meminta wang daripada Aminah. Aminah telahmemberikan wang syiling baki wang sakunya kepada pengemisitu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih sebelum pergi.

    Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratursebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang kepada murid-murid yang lebih kecil untuk menaiki bas dahulu. Ketikaberada di dalam bas, dia ternampak seorang murid tahun duamembuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah menegurbudak itu dan memberitahunya bahawa perbuatan itu tidak

    wajar dilakukan kerana boleh menimbulkan berbagai-bagaikesan.

    rajinbaik hati

    bertolak-ansur berani &

    bertanggungjawab

    Contoh 3berdisiplin

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    10/38

    rajin : membaca buku sambil menunggu bas

    baik hati : memberi wang syiling baki wang sakunya

    berdisiplin : tidak berebut-rebut

    bertolak-ansur : memberi peluang murid yang kecil

    berani & bertanggungjawab : menegur

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    11/38

    Antara nilai murni yang bolehdidapati daripada petikan ialah baik hati.Hal ini dapat dilihat daripada sikap Aminahterhadap pengemis itu. Di samping itu sikaprajin Aminah juga patut kita contohi.Sementara menunggu bas dia membaca

    buku. Berdisiplin serta bertolak- ansurkerana beratur dan membiarkan murid-murid yang lebih kecil menaiki bas dahuluialah nilai yang baik. Selain itu Aminah jugaberani dan bertanggungjawab apabila

    menegur murid tahun dua membuang sampahmelalui tingkap bas.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    12/38

    Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana diamenonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempatbersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi kesekolah tanpa bersalaman dengan ibu dan bapanya. Tiba dipersimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merahlalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaanketika itu.

    Sesampainya di hadapan sekolah, murid-murid telahberada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapakperhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Sedang semuamurid menyanyikan lagu Negaraku, dia masih berlari untukmasuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia

    mendapati bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberitumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

    tidur awalbersarapan

    mengikuti

    peraturanmenjaga

    harta

    berdiri tegak

    Contoh 4mesti

    bersalaman

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    13/38

    tidur awal : jangan menonton televisyen hingga larut malam

    bersarapan : dapat menumpukan perhatian semasa belajar

    mesti bersalaman : menghormati ibu, meminta restu

    mengikut peraturan : agar tidak berlaku kemalangan

    menjaga harta : agar tidak hilang

    berdiri tegak : menghormati lagu kebangsaan

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    14/38

    Sebagai seorang pelajar kita hendaklah tidurawal. Jangan menonton televisyen hingga larut malamkerana hal ini akan menyebabkan kita mengantuk semasa

    guru mengajar. Kita jugaperlu bersarapansebelum pergike sekolah agar dapat menumpukan sepenuh perhatianterhadap apa yang diajar oleh guru. Bersalaman dan

    meminta restu daripada ibu bapa sebelum pergi kesekolah perlu kita jadikan amalan. Sebagai penggunajalan raya pula, kita mestipatuh kepada undang-undangjalan raya agar tidak berlaku kemalangan. Harta bendasendiri perlu dijaga dengan baik supaya tidak hilang.Semasa lagu Negaraku dinyanyikan, kita mestilahberdiri

    tegak sebagai tanda menghormati lagu kebangsaannegara kita.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    15/38

    Buah delima pelbagai rasa,

    Dipetik sebelum waktu senja;

    Dari kecil hinggalah dewasa,

    Ibu bapa membelai penuh manja.

    Dalam sungai dipasang bubu,

    Masuk seekor anak kelisa;

    Sungguh mulia jasamu ibu,

    Sepanjang hayat dikenang sentiasa.

    Limau kasturi jangan dilupa,

    Beli juga sebungkus asam jawa;

    Tidakku lupa padamu bapa,

    Sanggup berkorban harta dan nyawa.

    Kacang dicampur santan kelapa,

    Nasi berulam pucuk pegaga;

    Terima kasih ibu dan bapa,

    Bersyukur kita hidup bahagia.

    Mengenang

    jasa

    Kesyukuran

    Terima kasih

    Kasih sayangBertanggungjawab

    Contoh 5

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    16/38

    Berdasarkan puisi di atas pengajaran ataunilai murni yang boleh kita ambil ialah ibu bapa membelaanaknya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, kitahendaklah sentiasamengenang jasaibu dan bapa keranamereka telah banyak berjasa kepada kita. Di samping itu,ibu bapa juga merupakan orang yang bertanggungjawab

    dengan melakukan pelbagai pengorbanan semasamembesarkan kita. Oleh itu, kita hendaklah berterimakasih kepada ibu bapa kita dan bersyukur kepada Ilahikerana mempunyai ibu bapa yang baik. Kesimpulannyakita hendaklah sentiasa mentaati dan menghormati

    kedua-dua ibu bapa kita yang telah banyak berjasakepada kita

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    17/38

    Tulis beberapa faedah / kebaikan yangboleh kamu dapati daripada petikan di

    bawah.

    Panjang jawapan kamu mestilah tidak

    kurang daripada 50 patah

    perkataan. Tulis jawapan kamu dalamsatu perenggan.

    C1 C2 C3 C4 C5

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    18/38

    Sulaiman ialah seorang murid yang rajin membaca.

    Kerajinannya membaca menyebabkan dia pintar. Dia selalu dapatmenjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru di dalamkelas termasuklah soalan pengetahuan am. Oleh sebab itu, diasering dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan kuiz danberjaya mengharumkan nama sekolah hingga ke peringkat negeri.Karangan Sulaiman juga selalu dijadikan contoh oleh guru Bahasa

    Melayunya.Selepas makan pada waktu rehat, dia selalu masuk ke

    perpustakaan untuk membaca surat khabar. Pada waktu lapangpula, dia gemar membaca buku. Dia membaca buku cerita samaada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Jika tidak faham

    makna sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris itu, dia akanmerujuk kamus. Tidak hairanlah dia dapat menguasai bahasaInggeris dengan baik. Kerana kerajinannya membaca buku, diatelah diberikan anugerah Nilam oleh guru.

    pandai

    menang

    pertandingan

    murid contoh

    mengisi

    masa lapangmahir

    bahasa

    Inggeris

    dapat

    anugerah

    Contoh 1Faedah

    Membaca

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    19/38

    pandai : dapat banyak ilmu

    menang : menang pertandingan dan mengharumkan nama sekolah

    murid contoh : kerana rajin dan pandai

    mengisi masa lapang : dengan perkara yang berfaedah

    mahir bahasa Inggeris : kerana rajin membaca dan merujuk kamus

    anugerah : penghargaan daripada guru

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    20/38

    Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa faedahyang boleh kita peroleh daripada membaca. Antaranya, rajin

    membaca akan menjadikan kitapandai dan kita akan dapatbanyak ilmu. Jadi, mudahlah kita menjawab segala soalan yangdikemukan kepada kita terutamanya dalam pertandingan kuiz.Sulaiman dalam petikan di atas telah menang dalam

    pertandingan kuiz, sekali gus mengharumkan nama sekolahnyahingga ke peringkat negeri. Membaca juga boleh kita jadikan

    hobi untuk mengisi masa lapang. Hobi seperti ini amat besarfaedahnya. Kerana rajin membaca juga kita akan dapatmenguasai bahasa Inggeris. Contohilah Sulaiman yang rajinmembaca buku cerita dalam bahasa Inggeris dan merujukkamus. Satu lagi faedah membaca ialah kita akan dapatAnugerah Nilam melalui Program Nilam di sekolah. Baca dan

    catatkan ke dalam buku Nilam apa yang telah kita baca. Kitajuga boleh menjadi murid contoh seperti Sulaiman jika kitarajin membaca.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    21/38

    Setiap pagi, saya bersama Rahmat dan Salim bertolak dari

    rumah ke sekolah pada jam 6.50 pagi. Kami berbasikal bersama-sama meredah keheningan pagi. Kami melalui bahu jalan dan tidakbersaing-saing antara satu sama lain demi menjaga keselamatan.Ketika menghampiri simpang empat, kami lebih berhati-hati.

    Tiba-tiba seorang perempuan tua dalam keadaan

    terbongkok-bongkok melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan.Kami berasa terkejut. Nasib baik brek basikal kami masih berfungsidengan baik. Perempuan itu terjatuh di tengah jalan. Saya segeramelompat turun dari basikal lalu meluru mendapatkan perempuan tuaitu.

    Kami memimpin perempuan tua itu ke seberang jalan.

    Perempuan tua itu mengucapkan terima kasih kepada kami. Kamiberasa gembira kerana dapat menolong orang yang dalam kesusahan.

    Latihan 1

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    22/38

    Latihan 2

    Farid terlewat ke sekolah kerana lambat bangun. Malam tadi,Farid menonton televisyen sehingga lewat malam. Farid tidak sempatbersarapan.

    Dia terus mengayuh basikalnya dengan laju menuju ke sekolah.Di sebuah selekoh yang tajam, dia terjatuh lalu lututnya tercedera.Namun, dia tetap meneruskan perjalanan ke sekolah.

    Pada hari itu, sekolah Farid mengadakan perhimpunan

    mingguan. Semasa menyanyikan lagu Negaraku, Farid tidakbermaya lalu pengsan.

    Guru yang bertugas telah membawa Farid ke bilik rawatan.Setelah sedar, Farid mengucapkan terima kasih kepada guru yangtelah membantunya itu.

    Mulai hari itu Farid tidak lagi menonton televisyen hingga larutmalam. Dia sentiasa bangun awal dan bersarapan sebelum pergi kesekolah.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    23/38

    Latihan 3

    Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-bukubarunya dari beg. Kakaknya berkata, Biar kakak tolong kamu balutbuku-buku itu, Liza menjawab, Terima kasih, kak. Biar saya sendiri

    yang membalut buku-buku ini.

    Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahlikeluarganya yang lain. Liza selalu menolong ibunya mencuci pingganmangkuk, melipat kain dan mengemas rumah.

    Setiap pagi sebelum mandi, dia akan mengemas bilik tidurnyasupaya kelihatan kemas dan bersih. Dia sentiasa menjaga kebersihandiri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasamenjaga kebersihan pakaiannya.

    Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama

    membersihkan rumah dan menanam pokok-pokok bunga. Terdapatpelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokokbunga merupakan hobi keluarga mereka.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    24/38

    Latihan 4

    Ahmad ialah posmen di sebuah pejabat pos. Dia mempunyaiseorang isteri dan dua orang anak. Dia juga turut memelihara ibunya

    yang sudah tua. Sejak ibunya diserang sakit, kehidupan sehariannyamenjadi sibuk. Awal pagi dia sudah menghidupkan motosikalnya untukmenghantar dua orang anaknya ke sekolah.

    Pulang daripada menghantar anaknya, Ahmad akan memandikanibunya yang sakit. Isterinya pula membantu Ahmad menyediakanmakan dan minum untuk ibu mertuanya itu. Selepas itu baharulahAhmad pergi ke tempat kerja.

    Dia sentiasa sampai awal di tempat kerja dan terus memulakantugas dengan menyusun semua surat yang perlu dihantar. Dia akanmemastikan surat-surat yang dihantar sampai ke tempat yang

    dialamatkan. Dia juga amat menghormati ketua dan rakansetugasnya. Setelah berkhidmat selama 10 tahun, dia telah dinaikkanpangkat.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    25/38

    Sejak kematian ayahnya setahun yang lalu, Rosmah tinggalbersama-sama ibu dan dua orang adiknya. Setiap hari, dia bangunpada pukul 5.00 pagi kerana membantu ibunya membuat nasi lemakuntuk dijual.

    Setelah itu, Rosmah mengejutkan adik-adiknya danmembantu mereka bersiap untuk ke sekolah. Selepas bersarapan,Rosmah pergi ke sekolah bersama-sama dua adik kesayangannya itu.

    Apabila balik dari sekolah, Rosmah menghidangkan makananyang telah dimasak ibunya untuk makan tengah hari adik-adiknya.Ibunya tiada di rumah kerana bekerja sebagai pembantu di sebuahkedai runcit.

    Pada sebelah malam, Rosmah tidak lupa mengulang kaji

    pelajaran bersama adik-adiknya. Dia berusaha bersungguh-sungguhsupaya berjaya cemerlang dalam UPSR.

    Latihan 5

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    26/38

    Setiap pagi, Prajeet pergi ke sekolah seawal pukul 6.30 pagi.Dia ingin cepat sampai di sekolah kerana hendak bermain dengankawan-kawannya. Oleh sebab mahu cepat, dia selalu tidakbersarapan pagi walaupun ibunya telah menyediakan sarapankegemarannya, nasi lemak.

    Ibunya selalu menasihati Prajeet supaya makan dulusebelum ke sekolah. Ibunya juga memberitahu kesannya jika tidak

    bersarapan pagi. Walaupun begitu, Prajeet tidak memperdulikannya.Selain tidak bersarapan pagi, Prajeet juga selalu tidak

    makan pada waktu rehat. Dia habiskan masa rehat itu denganbermain.

    Pada suatu hari, ketika mengikuti aktiviti Pendidikan

    Jasmani, Prajeet pengsan. Doktor mengesahkan Prajeet mengalamigastrik. Sejak peristiwa itu, Prajeet menyesal kerana tidakmendengar nasihat ibunya. Dia berjanji akan bersarapan pagi danmakan mengikut waktu.

    Latihan 6

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    27/38

    Azim sedang leka menonton televisyen. Ibunya datang lalumenyuruhnya segera masuk tidur kerana hari sudah lewat malam.

    Ibu tidak mahu Azim terlewat ke sekolah. Azim segera mematikansuis televisyen. Namun begitu, sebaik sahaja ibunya masuk ke bilik,Azim secara senyap-senyap kembali menonton televisyen. Azimtidak mahu terlepas peluang menyaksikan rancangan gusti yangmemang menjadi kegemarannya.

    Keesokannya, Azim terasa amat berat untuk bangun. Sudahdua kali ibu Azim mengejutkannya, namun Azim masih terusberselimut. Azim tersentak apabila matanya terpandang jarum jam

    yang sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Azim bingkas bangun lalutergesa-gesa bersiap. Dia hampir-hampir tersungkur apabilakakinya terlanggar bucu katil.

    Sampai di sekolah, loceng sudah lama berbunyi. Azimternampak seorang pengawas dengan buku catatan di tangannya.

    Azim memasamkan mukanya apabila pengawas mencatatnamanya. Kali ini tentu dia akan didenda lagi.

    Latihan 7

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    28/38

    Ayah Saiful telah meninggal dunia. Sejak itu, kehidupanSaiful bersama ibu dan dua orang adiknya bergantung kepada usaha

    mereka. Walaupun hidup serba kepayahan, Saiful dan adik-adiknyasentiasa tenang dan tabah. Saiful sentiasa membantu ibunyamelakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan merekasekeluarga.

    Setiap hari, selepas balik dari sekolah, Saiful akanmembantu ibunya menjual kiuh-muih di warung tidak jauh dari rumahmereka. Walaupun kepenatan kerana melakukan pelbagai kerja,Saiful tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai murid. Diasentiasa cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

    Justeru, tidak hairanlah Saiful sentiasa menerima pelbagaibantuan daripada rakan, guru dan persatuan bagi membantu

    membiayai perbelanjaan persekolahannya. Malah Saiful seringmenjadi contoh oleh guru-guru kerana dia adalah murid cemerlang disekolah.

    Sebagai abang, Saiful juga akan sentiasa memberikanbimbingan kepada adik-adiknya dalam pelajaran. Saiful

    mahu memastikan adik-adiknya juga cemerlang sepertinya.

    Latihan 8

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    29/38

    Latihan 9

    Pada suatu hari, Hamid pergi ke pasar. Dia dilanggar olehsebuah motosikal ketika hendak melintas jalan. Kaki kirinya patah.Banyak orang menyaksikan kemalangan itu termasuk rakannya Amin.

    Amin berlari ke pondok telefon. Dia menelefon polis danambulans. Hamid dibawa ke hospital. Penunggang motosikal itu pulamembuat laporan polis. Doktor dan jururawat merawat Hamid.

    Kakinya yang patah terpaksa disimen. Dia terpaksa tinggal dihospital selama dua minggu. Dia tidak dapat pergi ke sekolah.

    Hamid menyesal kerana terburu-buru ketika hendakmelintas jalan. Dia sepatutnya menggunakan jejantas ataupunlintasan pejalan kaki apabila melintas jalan. Selepas kejadian pada

    hari tersebut, Hamid sentiasa berhati-hati ketika berada di jalanraya. Dia tidak mahu kemalangan yang menimpanya berulang.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    30/38

    Latihan 10

    Di Asia, Nordin Jadi terkenal sebagai juara acara lumba lari400 meter. Di Malaysia, beliau terkenal sebagai pelari terpantas.

    Begitulah kejayaan yang dicapai oleh Nordin Jadi dalam bidangolahraga. Minatnya dalam bidang olahraga bermula sejak sekolahrendah lagi. Beliau mendapat galakan daripada guru-gurunya diSekolah Kebangsaan Paya Mas, Tangkak.

    Kemudian Nordin melanjutkan pelajaran di Sekolah

    Menengah Tun Mamat, Tangkak. Ketika itu beliau berlatih dengantekun dan gigih. Beliau mempunyai keyakinan bahawa usaha yangtekun dan gigih pasti memperoleh kejayaan.

    Kegigihan beliau telah mendapat perhatian pegawa-pegawaisukan. Beliau telah dipilih mewakili negara ke Kejohanan Sukan

    Sekolah Asean. Penglibatan beliau dalam bidang olahraga telahmengharumkan nama negara di seluruh Asia.

    Kejayaan yang diperoleh tidak menjadikan NordinJadi lupa daratan. Beliau masih tekun berlatih dan sentiasamendengar nasihat jurulatih walaupun sudah bergelar juara.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    31/38

    Latihan 11

    Rizal dan Hafiz berjalan ke pondok telefon untuk membuat

    panggilan kepada rakan mereka. Malangnya apabila mereka tiba disitu, mereka berasa hampa kerana telefon di pondok itu telah rosak.Di dinding pondok telefon itu juga terdapat beberapa kesancontengan. Mereka dapat mengagak perbuatan itu dilakukan olehbeberapa orang budak nakal yang tidak bertanggungjawab.

    Mereka berdua pernah terlihat beberapa orang budak nakalyang bermain-main di situ ketika mereka pulang dari sekolah.Mereka berdua bercadang untuk melaporkan perkara itu kepadapihak berkuasa. Mereka berharap setelah laporan itu dibuat, pihakberkuasa akan mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada budak-budak yang tidak bertanggungjawab itu. Kemudahan awam yang

    disediakan oleh pihak kerajaan sepatutnya dijaga oleh semuagolongan untuk kemudahan semua penduduk.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    32/38

    Latihan 12

    Mari makan sejemput pulut,

    Pulut dimakan dengan kari;Ilmu pengetahuan wajib dituntut,Hidup sejahtera kemudian hari.

    Anak dara menjual jamu,Jamu dibuat oleh Cik Siti;Semasa kita menuntut ilmu,Suruhan guru mesti dituruti.

    Masak nasi ayam belada,Lada digaul bersama hati;

    Jika ilmu penuh di dada,Ke mana pergi akan dihormati.

    Enak sungguh ketupat nona,Kuah kacang dimasak pekat;Gunalah ilmu secara bijaksana,

    Kelak hidup sentiasa berkat.

    Resepi kuih ciptaan Encik Ramu,Ramuan diguna penuh rahsia;Jangan jemu menuntut ilmu,Amalkan sentiasa sepanjang usia.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    33/38

    Pokok semalu tumbuh melata,

    Dibawa orang mudik ke hulu;Fikir dahulu sebelum berkata,Agar tidak mendapat malu.

    Indah bersinar di dalam kota,Nampak berseri kilau cahaya;Bercakap benar amalan kita,Itulah tanda orang mulia.

    Buah berangan di dalam kota,Buat santapan tuan puteri;

    Jangan kita kata mengata,Bimbang menimpa diri sendiri.

    Sungguh cantik burung kenari,Berdada kuning berparuh perang;Kalau sombong meninggi diri,

    Ke mana pergi dibenci orang.

    Berjuta bintang satu bulan,Hening malam indah bercahaya;Tenang dan sabar jadi amalan,

    Agar hidup tetap berjaya.

    Latihan 13

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    34/38

    Sudah jenuh menangkap ruan,

    Duduk rehat buat seketika;Buku penuh ilmu pengetahuan,Jangan biarkan dimakan usia.

    Makan duku bersama rakan,Sambil makan sambil bercerita;Bacalah buku janganlah bosan,Kejayaan tentu menanti kita.

    Terbang enggang tinggi di awan,Hinggap sebentar di kayu ara;Masa senggang diisikan bacaan,Tidak dibuang dengan sia-sia.

    Kalau pergi ke negeri Arab,Jangan pergi waktu senja;Jadikan buku teman akrab,

    Sentiasa di samping ke mana saja.

    Duduk berbual di dalam balai,Berbual-bual bersama rakan;Ilmu pengetahuan amat bernilai,

    Untuk kita mencapai kejayaan.

    Latihan 14

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    35/38

    Latihan 15

    Makan nasi bersayur labu,

    Medan selera Restoran Mamat;Dengarlah segala nasihat ibu,Semoga hidup akan selamat.

    Tok Aki memanjat kelapa,Santan diambil memasak peria;Ikutlah nasihat ibu dan bapa,Tentu hidupmu akan bahagia.

    Makan roti dengan sekaya,Minum kopi bersama rakan;

    Kalau kita sudah berjaya,Ayah dan ibu jangan dilupakan.

    Lukisan cantik serta berwarna,Untuk pameran esok dan lusa.Jadilah anak yang berguna,Mengenang budi dan berjasa.

    Panglima Awang gagah berani,Mengawal kampung menjaga keluarga;Ingatlah kawan amanah ini,Kasih ibu bapa sangat berharga.

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    36/38

    Latihan 16

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    37/38

    Latihan 17

  • 7/29/2019 bahagian c kertas 2 upsr

    38/38

    Latihan 18