bahagian c 1

29
BAHAGIAN C BAHAGIAN C ULASAN ULASAN

Upload: sulaiman-bin-moiden-man

Post on 24-May-2015

485 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian c 1

BAHAGIAN CBAHAGIAN C

ULASANULASAN

Page 2: Bahagian c 1

NILAI-NILAI MURNINILAI-NILAI MURNIBIL NILAI

MURNISITUASI

1 baik hati Ahmad menolong rakan-rakannya yang lemah dalam pelajaran

2 Berdikari Joo Shuang mencuci kasut sekolahnya sendiri pada hari cuti sekolah.

3 Bertanggungjawab Shanti menjalankan tugasnya sebagai seorang pengawas dengan amanah

Page 3: Bahagian c 1

NILAI-NILAI MURNINILAI-NILAI MURNI4 Berbela

s kasihan

Amin mengangkat seekor anak kucing yang terjatuh di dalam longkang.

5 Berani Jason menyelamatkan seorang budak yang lemas di dalam sungai.

6 Jujur Siti memulangkan baki wang kepada ibunya.

Page 4: Bahagian c 1

NILAI-NILAI MURNINILAI-NILAI MURNI7 Rajin Sharman selalu membantu

ayah dan ibunya di rumah.

8 Bertimbang rasa

Qian Ning memberikan tempat duduknya kepada seorang nenek semasa di dalam bas.

9 Kesederhanaan David tidak pernah sombong walaupun dia seorang yang berada.

Page 5: Bahagian c 1

NILAI-NILAI MURNINILAI-NILAI MURNI10 Prihatin Emak sentiasa mengambil

berat tentang kesihatan anak-anaknya.

11 Berdisiplin Murid-murid sentiasa beratur semasa membeli makanan di kantin.

12 Bekerjasama Penduduk kampung bergotong-royong semasa membersihkan kampung.

Page 6: Bahagian c 1

CONTOH ULASANCONTOH ULASANSOALAN 1• Yusma mencuci tangannya sebelum

dan selepas makan.

JAWAPAN• Kita mesti menjaga kebersihan

seperti mencuci tangan sebelum dan selepas makan.

Page 7: Bahagian c 1

CONTOH ULASANCONTOH ULASANSOALAN 2• Setibanya di rumah, Ah Joo terus

memulangkan baki wang itu kepada ibunya.

JAWAPAN• Kita mesti jujur seperti memulangkan

baki wang kepada ibu.

Page 8: Bahagian c 1

CONTOH ULASANCONTOH ULASANSOALAN 3• Pemandu kereta itu memberhentikan

keretanya semasa lampu isyarat berwarna merah.

JAWAPAN• Kita mesti mematuhi peraturan jalan raya

seperti memberhentikan kereta semasa lampu isyarat berwarna merah.

Page 9: Bahagian c 1

CONTOH ULASANCONTOH ULASANSOALAN 4• Setelah bekerja, Yamashita

memberikan sebahagian wang gaji yang diperoleh kepada ibunya.

JAWAPAN• Kita mesti mengenang jasa ibu

seperti memberikan sebahagian wang gaji yang diperoleh kepada ibu.

Page 10: Bahagian c 1

CONTOH ULASANCONTOH ULASANSOALAN 5• Bala mencuci kasut sekolahnya

sendiri pada hujung minggu.

JAWAPAN• Kita mesti berdikari seperti mencuci

kasut sekolah sendiri pada hujung minggu.

Page 11: Bahagian c 1

LATIHAN 1LATIHAN 1

Soalan 1Suzi selalu mengulang kaji pada masalapang.

JawapanKita mesti tekun belajar sepertimengulang kaji pada masa lapang.

Page 12: Bahagian c 1

LATIHAN 2LATIHAN 2

Soalan 2Jika ada masa lapang, Aminah akan membantu ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur.

JawapanKita mesti rajin seperti membantu ibu mencuci pinggan mangkuk di dapur.

Page 13: Bahagian c 1

LATIHAN 1LATIHAN 1

Soalan 3Penduduk kampung bersetuju membaiki rumah Mek Jah yang rosak dipukul ribut.

JawapanKita mesti bekerjasama seperti bersama-sama membaiki rumah penduduk kampung yang telah rosak dipukul ribut.

Page 14: Bahagian c 1

LATIHAN 1LATIHAN 1

Soalan 4 Sebagai seorang ketua kelas, Suzi sentiasa memastikan rakan-rakan di kelasnya tidak membuat bising.

JawapanKita mesti bertanggungjawab seperti sentiasa memastikan rakan-rakan di dalam kelas tidak membuat bising.

Page 15: Bahagian c 1

LATIHAN 1LATIHAN 1

Soalan 5Mei Ling mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menolongnya.

JawapanKita mesti berbudi bahasa seperti mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah menolong kita.

Page 16: Bahagian c 1

CARA MENULIS ULASANCARA MENULIS ULASAN• Ulasan mesti ditulis dalam satu

perenggan.• Bilangan nilai murni / pengajaran

mesti mematuhi bilangan yang dikehendaki dalam arahan.

• Setiap nilai murni / pengajaran, mesti disertakan dengan huraian / situasi.

Page 17: Bahagian c 1

CARA MENULIS PERENGGANCARA MENULIS PERENGGAN

• 5 nilai murni

1. Kita mesti2. Kita juga mesti3. Selain itu, kita mesti4. Seterusnya, kita mesti5. Akhir sekali, kita mesti

Page 18: Bahagian c 1

CARA MENULIS PERENGGANCARA MENULIS PERENGGAN

• 4 nilai murni

1. Kita mesti2. Kita juga mesti3. Selain itu, kita mesti

Seterusnya, kita mesti4. Akhir sekali, kita mesti

Page 19: Bahagian c 1

CONTOH SATU PERENGGANCONTOH SATU PERENGGAN

Kita mesti ____________________________________. Kita juga mesti _______________________________________. Selain itu, kita mesti ___________________________________. Seterusnya, kitamesti _______________________________________________. Akhir sekali, kita mesti __________________________________________________________.

Page 20: Bahagian c 1

LATIHAN 2LATIHAN 2Ah Seng berdiri di tepi sebatang jalan raya.

Dia menunggu lampu isyarat berwarna merah untuk melintas jalan. Dia juga telah membantu seorang lelaki tua yang hendak melintas jalan bersamanya. Lelaki tua itu mengucapkan terima kasih kepada Ah Seng.

Tiba-tiba Ah Seng ternampak dompet. Di dalam dompet itu berisi banyak wang. Ah Seng segera pergi ke sebuah balai polis yang berhampiran. Dia menyerahkan dompet itu kepada seorang pegawai polis. Pegawai polis itu memuji Ah Seng kerana dia seorang budak yang jujur.

Page 21: Bahagian c 1

JAWAPANJAWAPANNilai murni Situasi

menjaga keselamatan diri

berdiri di tepi sebatang jalan raya.

mematuhi peraturan jalan raya

menunggu lampu isyarat berwarna merah melintas jalan.

baik hati menolong lelaki tua melintas jalan raya

Page 22: Bahagian c 1

JAWAPANJAWAPANNilai murni Situasi

menghargai jasa

mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita

bertanggungjawab

menyerahkan dompet yang dijumpai kepada pegawai polis.

Page 23: Bahagian c 1

UlasanUlasanKita mesti menjaga keselamatan diri seperti

berdiri di tepi sebatang jalan raya. Kita juga mesti mematuhi peraturan jalan raya seperti menunggu lampu isyarat berwarna merah untuk melintas jalan. Selain itu, kita mesti baik hati seperti membantu lelaki tua yang hendak melintas jalan. Seterusnya, kita mesti mengenang jasa seperti mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menolong kita. Akhir sekali, kita mesti bertanggungjawab seperti menyerahkan dompet yang dijumpai kepada pihak polis.

Page 24: Bahagian c 1

LATIHAN 3LATIHAN 3Setiap hari, Siti akan bangun pada pukul

enam pagi. Setelah mandi dan berpakaian seragam sekolah yang bersih, Siti akan ke dapur membantu ibunya menghidangkan sarapan. Siti dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama.

Sebelum pergi ke sekolah, Siti akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Siti membaca buku. Tiba di sekolah, Siti terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu sampah di kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya sentiasa bersih dan ceria.

Page 25: Bahagian c 1

JAWAPANJAWAPANNILAI MURNI SITUASI

menghargai masa

bangun pada pukul enam pagi untuk pergi ke sekolah.

menjaga kebersihan diri

mandi dan berpakaian seragam sekolah yang bersih sebelum pergi ke sekolah.

rajin membantu ibu menghidangkan sarapan.

menghormati ibu dan bapa

bersalaman dengan ibu dan bapa sebelum pergi ke sekolah.

Page 26: Bahagian c 1

JAWAPANJAWAPANNILAI MURNI SITUASI

tekun belajar membaca buku sementara menunggu bas.

menjaga kebersihan

menyapu sampah supaya kelas sentiasa bersih dan ceria.

Page 27: Bahagian c 1

ULASANULASAN• Kita mesti menghargai masa seperti bangun

pada pukul enam pagi untuk pergi ke sekolah. Kita juga mesti menjaga kebersihan diri seperti mandi dan berpakaian seragam sekolah yang bersih sebelum pergi ke sekolah. Selain itu, kita mesti rajin seperti membantu ibu menghidangkan sarapan. Seterusnya, kita mesti menghormati ibu dan bapa seperti bersalaman dengan ibu dan bapa sebelum pergi ke sekolah. Akhir sekali, kita mesti tekun belajar seperti membaca buku sementara menunggu bas.

Page 28: Bahagian c 1

LATIHAN 4LATIHAN 4Mei Ling merupakan anak tunggal dalam

keluarganya. Ayahnya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Mei Ling sangat dimanjakan oleh kedua-dua orang tuanya. Mei Ling begitu sombong dengan kekayaan keluarganya. Sikapnya itu membuatkan kawan-kawan menjauhkan diri daripadanya. Mei Ling tidak kisah kerana dia beranggapan kawan-kawannya dengki akan kekayaannya.

Pada suatu hari, Mei Ling terjatuh ketika menunggang basikal kerana terlanggar seketul batu. Seorang budak telah menolong Mei Ling yang cedera itu. Mei Ling mengucapkan terima kasih kepada budak itu kerana membantunya. Dia insaf dengan sikap sombongnya selama ini.

Page 29: Bahagian c 1

LATIHAN 5LATIHAN 5Air mata Jia Ling mengalir di pipi. Dia

menyesal dan insaf atas perbuatannya. Petang itu, dia dan kawannya berlumba basikal. Jia Ling tidak peduli pesanan ibunya yang melarang dia berlumba basikal. Malang tidak berbau, basikal yang ditunggangnya telah terlanggar lubang dan menyebabkan dia terhumban ke dalam lubang besar.

Kawan-kawan yang lalu di situ telah membantunya. Jia Ling telah dihantar ke hospital. Ramai kawan dan guru yang datang melawat Jia Ling. Jia Ling menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu.