modul penulisan bahagian c tahun 6 2014

81
Membuat Ulasan 1. 20 markah 2. Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan. 3. Tidak lebih 50 patah perkataan. 4. Cara Menjawab Soalan 5. Baca dan fahami situasi. 6. Gariskan kata kunci dalam soalan. 7. Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks. 8. Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja. 9. Panjang jawapan tidak lebih 50 patah perkataan. Contoh Soalan Membuat Ulasan Tulis lima nilai murni yang terdapat dalam petikan Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria. Senaraikan nilai murni/pengajaran/ amalan baik yang terdapat dalam petikan Bangun awal pagi – disiplin diri Menolong ibu di dapur – baik hati Bersarapan bersama – kasih sayang Bersalam – menghormati orang tua Rajin / tidak suka membuang masa Suka kepada kebersihan BAHAGIAN C – Cara menulis. Penanda wacana Nilai murni Amalan / Contoh daripada teks Antaranya Kita hendaklah Seperti Selain itu Kita haruslah Sebagai mana Seterusnya Kita mestilah Seperti mana Di samping itu Kita sewajarnya Contohnya Akhir sekali Kita perlu dengan Contoh Antara nilai yang diperoleh daripada petikan ialah kita hendaklah berdisiplin seperti Salina yang bangun awal setiap pagi. Seterusnya, kita haruslah mengamalkan nilai baik hati sebagaimana Salina menolong ibunya di dapur. Di samping itu, kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sepertimana Salina bersarapan bersama keluarga. Selain itu, kita sewajarnya mempunyai nilai menghormati , contohnya Salina bersalaman dengan ibu bapa sebelum pergi sekolah. Akhirnya, kita perlu mengutamakan kebersihan dengan menjaga kebersihan bilik darjah agar dapat belajar dengan selesa. (Akhir sekali, kita perlu mengutamakan sikap rajin dan tidak membuang masa seperti Salina membaca buku ketika menunggu bas. ) Untuk mendapat markah yang cemerlang dalam bahagian C ini, anda mestilah: 1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat. 2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis 3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. 4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik. 5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul. 6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. 7. Kenalpasti penanda wacana

Upload: yan-azian

Post on 08-Feb-2016

183 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Membuat Ulasan 1. 20 markah 2. Ulasan yang dibuat berpandukan soalan kepada situasi yang diberikan. 3. Tidak lebih 50 patah perkataan. 4. Cara Menjawab Soalan 5. Baca dan fahami situasi. 6. Gariskan kata kunci dalam soalan. 7. Sediakan rangka karangan. Catatkan nilai-nilai murni atau pengajaran yang terdapat dalam teks. 8. Tulis karangan pendek lebih kurang 5 hingga 10 ayat sahaja. 9. Panjang jawapan tidak lebih 50 patah perkataan.

Contoh Soalan Membuat Ulasan Tulis lima nilai murni yang terdapat dalam petikan

Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah, Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya. Sementara menunggu bas, Salina

membaca buku. Tiba di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.

Senaraikan nilai murni/pengajaran/ amalan baik yang terdapat dalam petikan

Bangun awal pagi – disiplin diri Menolong ibu di dapur – baik hati Bersarapan bersama – kasih sayang Bersalam – menghormati orang tua Rajin / tidak suka membuang masa Suka kepada kebersihan

BAHAGIAN C – Cara menulis.

Penanda wacana Nilai murni Amalan / Contoh daripada teks

Antaranya Kita hendaklah Seperti

Selain itu Kita haruslah Sebagai mana

Seterusnya Kita mestilah Seperti mana

Di samping itu Kita sewajarnya Contohnya

Akhir sekali Kita perlu dengan

Contoh

Antara nilai yang diperoleh daripada petikan ialah kita hendaklah berdisiplin seperti Salina yang bangun awal setiap pagi. Seterusnya, kita haruslah mengamalkan nilai baik hati sebagaimana Salina menolong ibunya di dapur. Di samping itu, kita mestilah mengamalkan nilai kasih sayang sepertimana Salina bersarapan bersama keluarga. Selain itu, kita sewajarnya mempunyai nilai menghormati , contohnya Salina bersalaman dengan ibu bapa sebelum pergi sekolah. Akhirnya, kita perlu mengutamakan kebersihan dengan menjaga kebersihan bilik darjah agar dapat belajar dengan selesa. (Akhir sekali, kita perlu mengutamakan sikap rajin dan tidak membuang masa seperti Salina membaca buku ketika menunggu bas. ) Untuk mendapat markah yang cemerlang dalam bahagian C ini, anda mestilah:

1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat. 2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis 3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi. 4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata yang sesuai dan menarik. 5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan yang digunakan betul. 6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang dibina. 7. Kenalpasti penanda wacana

Page 2: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Senarai nilai murni

Bil Nilai murni Keterangan

1 Baik hati Mengambil berat tentang perasaan dan kebajikan orang lain yang dilakukan dengan ikhlas

Belas kasihan Bersimpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu

tindakan Murah hati Sedia memberikan bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukan

sama ada dalam bentuk kebendaan ataupun sokongan moral Saling memahami Sanggup memberikan pendapat dan menerima pendapat serta memahami

perasaan dan keperluan masing-masing Saling memaafkan Sanggup meminta dan memberikan kemaafan

2

BERDIKARI Berkesanggupan dan boleh melaksanakan sesuatu tugas dengan amanah atau pekerjaan tanpa bergantung kepada orang lain

Berupaya bertindak sendiri Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan pertolongan orang lain

Yakin pada diri sendiri Percaya akan kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak

3

HEMAH TINGGI Berperilaku yang mulia, berbudi pekerti, lemah lembut tetapi tegas dalam pergaulan dan kehidupan

Kesopanan Berbudi bahasa, berbudi perkerti dan beradab dalam pergaulan Mengakui kesalahan diri Sedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri dan sanggup menerima

nasihat Ramah mesra Bersedia bergaul mesra dengan semua orang

4

HORMAT Bersikap menghargai, mempunyai kesopanan serta memuliakan orang, alam sekitar dan negara

Hormat dan taat kepada ibu bapa atau penjaga

Memuliakan dan mentaati ibu bapa atau penjaga

Hormat kepada ahli

keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin

Menunjukkan rasa hormat kepada golongan tersebut dan memberi layanan

yang baik

Hormat kepada institusi perajaan dan negara

Menerima dan menghormati institusi perajaan serta lambang-lambang kebesaran negara

Hormat kepada kepercayaan dan adat

resam pelbagai keturunan

Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia

Patuh kepada undang-undang

Menerima dan mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana saja seseorang itu berada

Patuh kepada ketetapan masa

Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah

5 KASIH SAYANG

Mempunyai rasa cinta, mengasihi dan menyayangi diri, orang lain, negara dan keamanan yang dilaksanakan dengan perasaan mendalam, rela dan berterusan

Sayang akan diri sendiri dan orang lain

Menyayangi diri sendiri dan orang lain

Sayang akan alam sekitar Memelihara dan memulihara haiwan, tumbuhan, dan persekitaran untuk kesejahteraan hidup

Cinta akan negara Bangga dan taat setia kepada negara

Cinta akan keamanan Sayang akan haiwan dan hidupan

6 KEADILAN Melaksanakan sesuatu perbuatan atau tanggungjawab secara saksama dan

tidak bersikap berat sebelah Adil

Mempertimbangkan dan membuat sesuatu secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian

Saksama Tidak berat sebelah dalam membuat sesuatu tindakan dan keputusan sama ada ketika memberikan ganjaran atau hukuman

Page 3: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

7 KEBEBASAN Mampu melakukan sesuatu tanpa batasan namun perlu berlandaskan undang-

undang dan peraturan sama ada bertulis ataupun lisan Boleh melakukan sesuatu asal saja tidak melanggar batas peraturan dan

undang-undang yang tersurat dan tersirat sama ada dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama

8 KEBERANIAN Bersikap sanggup menghadapi segala cabaran yang bernilai murni dengan

yakin dan tabah Berani mencuba Bersedia melakukan sesuatu perkara baru atau perkara yang penuh dengan

cabaran untuk kebaikan diri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi

Berani kerana benar Sanggup mempertahankan sesuatu yang diakui benar dengan memberikan bukti-bukti yang nyata

9 KEBERSIHAN FIZIKAL DAN

MENTAL Mempunyai yang menyayangi diri dan persekitaran yang sihat serta memperlihatkan melalui fizikal yang bersih sama ada dari segi pakaian, pertuturan, mahupun perlakuan

Kebersihan diri

Kebersihan diri merupakan kebersihan tubuh badan yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk menjamin kesejahteraan hidup

2 Kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran

Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seorang dalam perhubungannya dengan orang lain

10 KEJUJURAN Berniat baik, bersikap amanah dan ikhlas dalam memikul tanggungjawab serta

interaksi di dalam masyarakat yang dilakukan secara ikhlas Amanah Bertanggungjawab menjalankan tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan

kepercayaan dan keyakinan kepada orang lain Bercakap benar

Menyatakan sesuatu dengan betul dan benar tanpa menokok tambah atau berselindung

Ikhlas Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan

11 KERAJINAN Menjadikan amalan dedikasi, gigih, berdaya usaha, cekal serta tekun dalam

melaksanakan tanggun gjawab dan ia dilaksanakan secara berkekalan serta berterusan

Daya usaha

Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti

Dedikasi Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah

Tekun, gigih

12 KERJASAMA

Membantu usaha-usaha baik dan membina bagi mencapai matlamat keharmonian sejagat dalam komuniti kecil mahupun besar

Gotong-royong Turut serta membantu dalam melaksanakan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela

Toleransi Sanggup bertolak ansur, sabar serta dapat mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan

Perpaduan Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan antarabangsa

Tanggungjawab bersama Kebaikan bersama Persaudaraan

Page 4: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

13 KESEDERHANAAN Bersikap sabar dan tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan

tindakan Pertuturan dan perlakuan

yang sederhana Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta tidak menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain

Sederhana dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain

Membuat pertimbangan supaya tidak terlalu mementingkan diri sendiri dan tidak pula terlalu menjaga kepentingan orang lain sehingga boleh merosakkan diri sendiri

14 KESYUKURAN Mempunyai perasaan menghargai nikmat dan kesenangan hidup dan

dipraktikkan dengan perlakuan Berterima kasih Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan terhadap sesuatu jasa,

sumbangan dan pemberian Mengenang budi, memberi

penghargaan

15 RASIONAL Berupaya bertindak setelah mendapat bukti dan alasan, setelah difikirkan

kewajaran sesuatu tindakan yang akan diambil tanpa dipengaruhi oleh perasaan

Membuat pertimbangan Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan

Boleh membuat penaakulan, Berfikiran logik dan terbuka, Bijaksana, Bestari, Rasional,, Matang

16 SEMANGAT

BERMASYARAKAT Mengamalkan sikap kekitaan dan menjaga kepentingan bersama bagi matlamat membentuk keharmonian hidup dalam komuniti dan negara

Bermuafakat Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama

Kejiranan Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga

Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat

Page 5: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Aktiviti 1.

Baca ayat di bawah. Kenalpasti amalan dan nilai yang sesuai. Kemudian binakan ulasan yang bersesuaian.

Contoh :

Ayat Sampai di sekolah, aku terus meletakkan basikal di tempat yang disediakan.

Amalan meletakkan basikal di tempat yang disediakan.

Nilai berdisiplin

Ulasan Kita perlu berdisiplin dengan meletakkan basikal di tempat yang disediakan.

Latihan .

1 Ayat Yasmin membaca buku ketika menunggu bas untuk pulang ke rumah

Amalan

Nilai

Ulasan

2 Ayat Marwan menyimpan lebihan duit belanja sekolahnya di dalam tabung.

Amalan menyimpan lebihan duit belanja sekolahnya di dalam tabung.

Nilai

Ulasan

3 Ayat Suhaila membantu ibunya menyapu sampah di hadapan rumahnya sehingga bersih

Amalan

Nilai

Ulasan

4 Ayat Harun menolong Cikgu Saniah membawa buku-buku yang telah dikumpulkan ke bilik

guru.

Amalan

Nilai

Ulasan

Page 6: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

5 Ayat Sebelum keluar bermain, Rahman menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh gurunya

Amalan

Nilai

Ulasan

6 Ayat Walaupun Azizi datang datang keluarga berada, dia tidak pernah memilih kawan

Amalan

Nilai

Ulasan

7 Ayat Para pemain hoki sekolah menjalani latihan sebagai persiapan menjelang pertandingan.

Amalan

Nilai

Ulasan

8 Ayat Setiap hari Tamrin akan menyimpan sebahagian daripada belanja sekolahnya

Amalan

Nilai

Ulasan

9 Ayat Panduduk Kampung Tengah menggantungkan bendera menghiasi persekitaran

kampung mereka dengan menjelang sambutan Bulan Kemerdekaan

Amalan

Nilai

Ulasan

10 Ayat Amir bermain bola di padang pada waktu petang

Amalan

Nilai

Ulasan

Page 7: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

11 Ayat Alia membuat ulang kaji pelajaran di perpustakaan sekolah

Amalan

Nilai

Ulasan

12 Ayat Tolong senyap sewaktu berada di dalam kelas

Amalan

Nilai

Ulasan

13 Ayat Dia memulangkan wang yang dijumpainya kepada guru yang bertugas.

Amalan

Nilai

Ulasan

14 Ayat Penduduk Kampung Sungai Kertas bergotong-royong membersihkan kawasan masjid.

Amalan

Nilai

Ulasan

15 Ayat Anis memberikan susu kepada anak kucing yang dijumpainya.

Amalan

Nilai

Ulasan

16 Ayat ’Ibrahim,ambillah wang ini buat belanja’,kata Ah Chong apabila melihat Ibrahim tidak makan apa-apa semasa rehat kerana tidak membawa wang saku.

Amalan

Nilai

Ulasan

Page 8: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

17 Ayat Sikap boros ketika berbelanja perlu dielakkan ketika berbelanja.

Amalan

Nilai

Ulasan

18 Ayat Dheva kasihan melihat peminta sedekah itu lalu menghulurkan wang sebanyak RM 2.00.

Amalan

Nilai

Ulasan

19 Ayat Ahmad memegang tangan ibunya semasa melintas jalan.

Amalan

Nilai

Ulasan

20 Ayat Berdiri tegak semasa menyanyikan lagu kebangsaan

Amalan

Nilai

Ulasan

21 Ayat Ibu berpesan ” Berhati-hati semasa menutup suis elektrik”

Amalan

Nilai

Ulasan

22 Ayat Penduduk kampong bergotong-royong membersihkan kawasan kubur

Amalan

Nilai

Ulasan

Page 9: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

23 Ayat Ali terjumpa seutas rantai lalu memulangkannya pada guru kelas.

Amalan

Nilai

Ulasan

24 Ayat Diana telah membuat persediaan awal seperti mengulang kaji pelajarannya, membaca buku, dan membuat latihan.

Amalan

Nilai

Ulasan

25 Ayat Azizi juga selalu memberikan wang kepada rakan-rakannya yang tidak mempunyai wang untuk membeli makanan di kantin pada waktu rehat

Amalan

Nilai

Ulasan

26 Ayat Setiap pagi, Kamil akan menggerakkan adik-adiknya untuk mandi dan bersolat

Amalan

Nilai

Ulasan

27 Ayat Setelah bersarapan, Dewi membantu keluarganya ke kebun

Amalan

Nilai

Ulasan

28 Ayat Farah dan rakan-rakannya berbaris turun dari bas pelancongan itu

Amalan

Nilai

Ulasan

Page 10: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

29 Ayat Seperti biasa Farah, sentiasa mengajak rakannya makan bekalan yang dibawanya

Amalan

Nilai

Ulasan

30 Ayat Selepas makan, Rusli mencuci tangan dan sisa makanan itu dibuang ke dalam tong

sampah

Amalan

Nilai

Ulasan

31 Ayat Jam berbunyi tepat pukul 6.00 pagi. Amin segera bangun. Dia mengemas katilnya.

Kemudian dia ke bilik mandi

Amalan

Nilai

Ulasan

32 Ayat "Aiman pergi dulu, emak," aku memberitahu ibuku agar dia tidak berasa bimbang.

Amalan

Nilai

Ulasan

33 Ayat Kami sentiasa menumpukan perhatian ketika guru mengajar dan menjaga tingkah laku

agar tidak mengganggu pengajaran guru.

Amalan

Nilai

Ulasan

34 Ayat Saya segera pulang ke rumah kerana pada pukul 3.00 petang, saya akan mengikuti

kelas mengaji al-Quran.

Amalan

Nilai

Ulasan

Page 11: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

35 Ayat Rakan-rakanku yang bertugas sedang bertungkus-lumus membersihkan kelas.

Amalan

Nilai

Ulasan

36 Ayat Arif bangun lalu memberikan tempat duduk kepada wanita tua itu. Wanita tua itu

mengangguk-angguk kepalanya sambil tersenyum

Amalan

Nilai

Ulasan

37 Ayat Hisyam mengambil basikalnya dan menunggang basikalnya dengan cermat menuju ke

sekolah

Amalan

Nilai

Ulasan

38 Ayat Akmal menyusun buku-buku yang bertaburan di atas meja lalu dimasukkan ke dalam

beg sekolahnya

Amalan

Nilai

Ulasan

39 Ayat Darwis terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa menghormati lagu ”Negaraku” dan lagu

sekolah yang sedang dinyanyikan

Amalan

Nilai

Ulasan

40 Ayat “Saya datang hendak melawat cikgu. Saya risau memikirkan cikgu,” kata Fatihah, ikhlas

Amalan

Nilai

Ulasan

Page 12: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Pada suatu pagi, seperti biasa Atiqah bangun awal untuk ke sekolah. Setelah solat subuh dan berpakaian seragam lengkap dan kemas, dia turun ke dapur untuk bersarapan bersama–sama keluarganya. Kemudian, dia mencium tangan ayah dan ibunya sebelum ke sekolah dengan menunggang basikal. Ayah memberikannya wang saku untuk berbelanja. Dia mengucapkan terima kasih atas pemberian itu.

Apabila tiba di satu simpang, Atiqah terserempak seorang perempuan buta hendak melintas jalan. Jalan

raya ketika itu sesak dengan kenderaan yang lalu lintas. Dia berasa sungguh kasihan dan bimbang akan keselamatan perempuan itu. Tanpa berlengah, dia terus memberhentikan basikalnya lalu memimpin tangan perempuan buta itu untuk melintas jalan. Setelah tiba di seberang jalan, perempuan buta itu mengucapkan terima kasih kepada Atiqah. Kemudian, dia pun meneruskan perjalanannya ke sekolah.

Atiqah tiba agak lewat di sekolah. Guru kelasnya bertanya akan kelewatannya itu. Atiqah pun meminta

maaf lalu menceritakan peristiwa tadi kepada gurunya. Guru kelas memuji sikapnya dan meminta murid – murid lain mencontohi sikap Atiqah itu.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

01

Page 13: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 14: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Aisyah ialah anak sulung dalam keluarganya. Dia mempunyai tiga orang adik-beradik. Sebagai anak

sulung, dia rajin membantu ibu dan ayah di rumah. Dia juga sangat menyayangi adik-adiknya. Di rumah, dia akan menjaga adik-adiknya semasa ibunya sedang memasak di dapur. Selepas adik-

adiknya bermain, dia akan mengemas dan menyimpan semua barang permainan adik-adiknya di dalam bakul. Jika adik bongsunya hendak tidur, dia akan menghayun buaian sehingga adiknya tidur.

Setiap malam, dia akan membantu ibunya menyusun pinggan-pinggan di atas meja untuk makan

malam. Sebelum keluarganya makan, ayahnya sering menyuruh dia membaca doa makan. Selepas makan, dia akan membantu ibunya mengemas meja dan membawa pinggan-pinggan yang kotor ke dapur.

Selepas makan malam, Aisyah akan masuk ke biliknya untuk mengulang kaji pelajaran dan membuat

kerja rumah. Jika ada pelajaran yang tidak difahami, dia akan meminta tolong daripada ayah atau ibunya

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

02

Page 15: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 16: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Saleh meletakkan beg sekolah di atas rak. Selepas menukar bajunya, dia segera ke warung ibunya yang terletak di hadapan rumahnya. Saleh mendekati ibunya yang sedang mengambil pesanan pelanggan.

Selepas bersalaman dengan ibunya Saleh pergi ke bahagian belakang gerai. Dilihatnya ada banyak

pinggan mangkuk yang sudah digunakan. Dia membasuh pinggan mengkuk tersebut dan mengelapnya. Menjelang pukul empat petang, gerai ibunya ditutup. Saleh kembali ke rumah dan membersihkan

diri. Selepas itu dia akan membuka buku catatannya. Jika ada tugasan, dia akan menyiapkannya dengan segera. Jika tiada tugasan, dia akan ke padang permainan berhampiran rumahnya untuk bermain bola dengan anak-anak jiran.

Selepas makan malam, Saleh membuat latihan atau membuat ulangkaji. Sesekali dia menolong

ibunya mengelap daun pisang atau mengupas bawang. Saleh masuk tidur sebelum jam 10 malam.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

03

Page 17: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 18: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Pada hujung minggu itu, Aisyah ,Rani dan Susan berpakat untuk bergotong-royong membersihkanrumah Nenek Kamsiah. Kadang-kala timbul rasa kasihan di hati mereka melihat Nenek Kamsiah yanghidup sebatang kara walaupun masih mempunyai anak-anak.

Aisyah menyapu dan mengemas rumah Nenek Kamsiah. Rani pula memotong rumput yang panjang di

halaman rumah manakala Susan mengumpul sampah untuk ditanam. Nenek Kamsiah berasa gembira kerana masih ada orang yang sudi membantunya.

Apabila hari menginjak ke tengah hari, mereka berhenti seketika dan memasak untuk makan tengah hari.

Mereka makan bersama-sama Nenek Kamsiah di bawah pohon yang rendang. Kemudian, mereka meneruskan kerja yang tergendala. Pada pukul lima petang, halaman rumah Nenek Kamsiah kelihatan sangat kemas dan bersih.

Sebelum meminta diri untuk pulang, mereka memberi sedikit wang kepada Nenek Kamsiah. Nenek

Kamsiah menangis kerana terharu. Dia mengucapkan terima kasih dan mengucup dahi mereka. Aisyah, Rani dan Susan berasa bangga kerana dapat membantu seorang nenek tua yang kesusahan

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

04

Page 19: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 20: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

_____________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Haziq mengayuh basikal untuk pergi ke kedai. Dia hendak membeli sebungkus garam seperti yang

disuruh oleh ibunya. Selepas membeli garam, diapun pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, basikal Haziq terlanggar seketul batu di tepi jalan. Haziq tidak dapat

mengawal basikalnya lalu terlanggar seorang lelaki tua yang berjalan di tepi jalan itu. Lelaki tua itupun terjatuh. Haziq juga terjatuh daripada basikalnya. Dia menghampiri lelaki tua itu. Haziq segera mengangkat lelaki tua itu.

Haziq meminta maaf kerana melanggar lelaki itu. Namun, lelaki itu memaafkannya kerana Haziq

memang tidak sengaja melanggarnya. Lelaki itu tidak mengalami kecederaan yang teruk.hanya lututnya sedikit berdarah. Haziq membonceng

lelaki tua itu. Dia hendak menghantar lelaki tua itu ke rumahnya.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

05

Page 21: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 22: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Rohana anak yang rajin selepas menyiapkan kerja sekolahnya pada waktu petang, Rohana menolong ibunya menyiram pokok-pokok bunga di halaman rumah. Dia mencabut rumput-rumput panjang yang tumbuh meliar di kawasan rumahnya. Dia juga menyapu daun-daun kering yang gugur di halaman rumahnya. Adakalanya Rohana menolong ayahnya mencuci kereta.

Selepas selesai melakukan kerja-kerja tersebut, Rohana dan rakannya, Nabila yang tinggal di sebelah rumahnya berjoging di kawasan lapang tidak jauh dari rumah mereka. Rohana masih ingat akan kata-kata gurunya,”Bersenam baik untuk kesihatan badan. Baan sihat, otak cerdas.” Oleh itu, masa yang terluang dimanfaatkan oleh Rohana untuk bersenam.

Selepas pulang daripada berjoging, Rohana mandi dan mencuci pakaiannya. Kemudian, dia menunaikan solat maghrib dan menolong ibunya di dapur untuk menyediakan makanan. Setiap hari, keluarga Rohana akan makan malam bersama-sama.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

06

Page 23: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 24: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Darlina ialah murid tahun enam. Darlina mempunyai empat orang adik. Ayah Darlina telah meninggal dua

tahun lalu. Ibunya pula bekerja sebagai operator kilang. Pada sebelah pagi, ibunya akan bangun awal untuk

membuat kuih dan nasi lemak. Setiap hari, Darlina akan menolong ibunya menghantar kuih dan nasi lemak

untuk dijual di gerai makanan berhampiran. Tuan punya gerai itu bermurah hati membenarkan kuih dan nasi

lemak mereka dijual di situ.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, tetapi Darlina sekeluarga tidak pernah meminta-minta

daripada orang lain. Darlina menyimpan hasrat untuk menjadi seorang doktor suatu hari nanti. Dia bukan

setakat berangan-angan sahaja. Dia amat meminati subjek sains dan matematik. Darlina sentiasa menunjukkan

kesungguhan untuk memahami pengajaran guru-gurunya. Dia berazam untuk membaiki taraf kehidupan

keluarganya. Adik-adiknya juga belajar tanpa perlu dipaksa. Mereka sedar hanya dengan ilmu sahaja boleh

mengubah hidup mereka.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

07

Page 25: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 26: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.

Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua

kami menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di halaman rumah.

“Baik-baik bermain bunga api itu!” jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di

dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu bunga.

Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan

bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak saudara di kampung.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

08

Page 27: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 28: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Menemui kakanda Mikhail yang kini berada di Universiti California. Kakanda, Tujuan adinda menulis surat ini adalah untuk bertanyakan khabar kakanda yang mungkin sedang

sibuk mengikuti pengajian di university. Kami sekeluarga mendoakan agar kakanda berjaya memperoleh ijazah nanti.

Untuk pengetahuan kakanda , kami adik beradik tekun belajar agar dapat mengikuti jejak langkah kakanda. Kami semua sentiasa ingat pesan kakanda agar tidak membuang masa. Lantaran itu, masa kami dipenuhi dengan mengulang kaji pelajaran dan membaca buku.

Adinda juga mengucapkan terima kasih atas kiriman hadiah tempoh hari. Adinda berjanji akan terus

berusaha lagi untuk berjaya. Kesempatan ini juga, adinda ingin memohon kebenaran daripada kakanda untuk menggunakan komputer yang ada di dalam bilik kakanda. Adinda ingin menggunakan komputer itu untuk membuat kertas projek. Adinda hendak membuat sendiri walaupun ayanhanda hendak membantu. Adinda harap kakanda memberi keizinanan.

Untuk pengetahuan kakanda juga, pada bulan hadapan, adinda akan mewakili sekolah dalam pertandingan pidato. Buat masa ini adinda giat berlatih untuk menghadapi pertandingan tersebut. Adinda juga menyiapkan teks pidato bagi menyertai pertandingan tersebut dengan dibantu ayahanda

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

09

Page 29: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 30: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Ibu menyuruh Amni pergi ke kedai Pak Azman untuk membeli tepung dan gula. Tanpa membantah dan membuang masa, Amni segera pergi ke kedai Pak Azman dengan menunggang basikalnya. Dia mengayuh basikalnya berhati-hati kerana jalan ke kedai itu kurang baik. Lagipun, ada sesetengah anak muda di kampungnya itu suka menunggang motosikal dengan laju.

Setibanya di kedai, diapun membeli tepung dan gula. Setelah urusan tersebut selesai, dia terus balik tanpa singgah di mana-mana. Apabila sampai di rumah, dia menyerahkan tepung, gula dan wang baki kepada ibunya. Ibunya memuji Amni kerana cepat pulang dengan membawa bersama-sama barang yang dipesan.

Ibunya juga memberikan wang baki itu kepada Amni. Amni mengucapkan terima kasih kepada ibunya lalu menyimpan wang itu ke dalam tabung. Amni tersenyum keriangan kerana duit tabungnya semakin bertambah.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

10

Page 31: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 32: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

7.30 pagi Kami bertolak ke Port Dickson dengan menaiki kereta. Ayah memandu dengan berhatihati. Walaupun ada kereta yang memotong kereta yang kami naiki di selekoh berbahaya, namun ayah tetap bersabar. Setelah tiba di kawasan pantai, ayah membentangkan tikar di bawah sebatang pokok. Kami adik-beradik pula membantu ibu mengangkat barang-barang. Aku mengangkat barang-barang yang berat manakala barang yang ringan diangkat oleh adik dan kakak. 10.00 pagi Sedang aku seronok mandi,tiba-tiba aku ternampak sepasang tangan terkapai-kapai seperti orang meminta tolong. Rupa-rupanya, seorang kanak-kanak hampir lemas. Dengan pantas aku berenang ke arah kanak-kanak itu lalu membawanya ke pantai. Ibu dan bapa kanak-kanak itu mengucapkan terima kasih kepada aku. 3.30 petang Hari sudah petang. Ibu menyuruh kami berkemas-kemas. Aku memasukkan sisa-sisa makanan ke dalam tong sampah yang disediakan di kawasan itu. Walaupun keletihan, aku berasa amat seronok dan pengalaman menyelamatkan kanak-kanak yang lemas tidak akan aku lupakan. ______________________________________________________________

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

11

Page 33: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 34: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Sahabatku Fadhil,

Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk menceritakan pengalaman saya semasa menyertai lawatan ke Pulau Langkawi anjuran Kelab Bahasa Melayu sekolah saya.

Kami memperolehi ilmu pengetahuan yang banyak. Setiap detik yang dilalui, kami manfaatkan dengan

mengunjungi tempat bersejarah seperti Beras Terbakar, Makam Mahsuri, dan Pantai Pasir Hitam. Ketika menaiki Kereta Kabel Langkawi menuju ke puncak Gunung Machincang, Kami kagum akan keindahan alam semula jadi. Cuacanya sejuk manakala udaranya segar dan nyaman.

Semasa di Pantai Cenang,kami meminta kebenaran untuk mandi tetapi guru pengiring melarang kami

kerana ombak besar.Kami akur akan nasihat guru tersebut.Lawatan seterusnya ke “Underwater World”, iaitu tempat pelbagai jenis hidupan air dipamerkan. Kami berbaris sebelum masuk untuk mengelakkan kesesakan.

Sebelum pulang kami singgah di Pekan Kuah untuk membeli-belah. Saya hanya membeli barang-

barang yang perlu sahaja kerana itulah yang dipesan oleh ibu. Saya juga membeli cenderamata untuk kawan-kawan dan keluarga.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

12

Page 35: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 36: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Mala bekerja sebagai operator kilang. Malangnya, Mala tidak dapat lagi bekerja setelah empat daripada jari tangan kanannya hancur kerana tersepit mesin sewaktu bekerja di kilang. Peristiwa itu menyebabkan Mala hilang punca pendapatan. Namunbegitu, dia tidak berputus asa.

Dengan sedikit kemahiran menjahit yang ada padanya dia bertekad mencari rezeki baru. Berbekalkan pampasan daripada majikannya, Mala membeli mesin jahit dan peralatan lain yang diperlukan. Dia mula mengambil upah menjahit pakaian, sarung kusyen, dan langsir daripada jiran tetangganya. Walaupun, sambutan tidak begitu menggalakkan tetapi Mala tidakberputus asa.

Berkat kesabarannya, Mala semakin dikenali di kawasan kediamannya.Hasil kerja tangan Mala yang kemas dan halus itu mendapat pujian daripada jiran tetanganya. Pelanggan-pelanggannya bertambah banyak.

Mala bersyukur kerana hasil usahanya tidak sia-sia. Dia bangga kerana kerja-kerja tangannya mendapat perhatian. Kini, Mala dapat menyara kehidupannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

13

Page 37: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 38: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Encik Maniam bekerja sebagai penoreh getah. Hujan turun dengan lebat sejak seminggu

yang lalu. Encik Maniam tidak dapat menoreh getah. Dia hanya membantu isterinya membuat kuih muih untuk dijual. Encik Maniam termenung jauh mengenangkan nasibnya. Di sedar, anak-anaknya memerlukan wang untuk meneruskan persekolahan. Keluarganya juga memerlukan wang untuk

meneruskan kehidupan seharian mereka.

Sebagai seorang bapa dia akan terus berusaha agar kehidupan keluarganya dapat diteruskan. Mujurlah dalam keadaan begini, jirannya Encik Rashid banyak membantu. Adakalanya

Encik Rashid menghulurkan wang belanja. Kadang kala keperluan harian seperti beras, gula, dan susu pula dihantar ke rumah.

Anak-anak Encik Maniam tidak meminta sesuatu di luar kemampuannya. Mereka sedar akan

kesusahan yang dialami keluarga mereka. Kemiskinan keluarga mereka menguatkan lagi azam mereka untuk belajar bersungguh-sungguh. Setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru dibuat hingga selesai. Sikap rajin mereka sering dijadikan contoh oleh rakan-rakan

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

14

Page 39: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 40: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Semenjak ibu bapanya meninggal setahun lalu, Nazri serta tiga orang adiknya tinggal bersama nenek mereka yang sudah tua. Nazri bernasib baik kerana Encik Lim sanggup mengambilnya bekerja di kedai runcitnya.

Setiap petang selepas balik dari sekolah, Nazri akan bekerja di kedai runcit Encik Lim. Dia membantu

Encik Limmelayan pelanggan-pelanggan yang datang ke kedai. Nazri bersikap ramah dengan para pelanggan yang datang. Semua pelanggan yang datang menyenangi sikap Nazri.

Walaupun hidup miskin, tetapi Nazri seorang budak yang jujur. Biarpun amat memerlukan wang, dia

tidak pernah mengkhianati Encik Lim. Semua wang hasil jualan barang-barang akan disimpan di dalam laci. Tidak ada sesenpun yang diambilnya. Nazri tidak akan mengambil apa-apapun, selain daripada yang diberi oleh Encik Lim.

EncikLim selalu memberi makanan kepada Nazri untuk di bawa pulang. Nazri berterima kasihkepada

Encik Lim yang banyak membantunya. Pada sebelah malamnya, Nazri tidak lupa mengulang kaji pelajarannya dan membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

15

Page 41: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 42: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Lee Moi kasihan melihat pengemis itu. Pengemis itu menadah tangan meminta wang daripada orang ramai. Lee Moi pun mengambil baki wang belanjanya dan memberikan kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan terima kasih kepada Lee Moi.

Lee Moi menunggu bas dengan sabar. Sementara menunggu bas sampai, Lee Moi membaca buku.

Apabila bas sampai, Lee Moi beratur sebelum menaiki bas. Tiba-tiba seorang lelaki tua jatuh kerana ditolak semasa hendak menaiki bas tersebut. Lee Moi segera membantu lelaki tua itu menaiki bas. Lee Moi duduk bersebelahan dengan lelaki tua itu. Lelaki tua itu mengucapkan terima kasih kepada Le Moi kerana telah menolongnya.

Di pertengahan jalan, seorang perempuan yang mendukung anak kecil menaiki bas. Perempuan itu

terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk. Lee Moi segera bangun dan mempelawa perempuan itu duduk. Perempuan itu berasa lega dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

16

Page 43: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 44: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Encik Rahman ialah seorang pemandu teksi. Biasanya dia mula mengambil penumpang seawal jam 8.00 pagi, selepas menghantar dua orang anaknya ke sekolah. Penumpang-penumpangnya terdiri daripada pekerja sektor swasta dan sektor kerajaan.

Encik Rahman mengambil dan menghantar penumpang ke seluruh pelusuk bandar raya Kuala Lumpur.

Waktu pagi dan petang adalah waktu puncak kesesakan jalan raya. Banyak kenderaan berpusu-pusu di jalan raya. Bunyi hon kenderaan akibat pemandu-pemandu yang tidak sabar kedengaran di sana sini.

Walaupun begitu,Encik Rahman sentiasa bersikap tenang. Dia selalu mengamalkan sikap berhemah

dan bertimbang rasa di jalan raya. Encik Rahman sentiasa berpakaian kemas dan mesra dengan penumpang-penumpangnya. Dia tidak pernah menipu penumpangnya.

Bayaran tambang dibuat mengikut bacaan meter. Pergaulannya dengan rakan-rakan juga baik. Encik

Rahman akan meluangkan masa untuk isteri dan anak-anaknya pada sebelah malam. Dia selalu menyemak kerja-kerja sekolah anaknya.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

17

Page 45: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 46: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

En.Badri : Amen, sudah siapkan kerja sekolah? Ayah lihat Amen asyik melayari internet sahaja. Amen : Maafkan saya, ayah. Saya baru membuat separuh daripada latihan yang diberikan oleh cikgu.

Terima kasih kerana mengingatkan saya, ayah. En.Badri : Bilakah kamu hendak menyiapkannya? Esok hari Isnin. Sambunglah kerja sekolah kamu itu

dahulu. Amen : Ayah, langit kelihatan mendung. Hari hendak hujan. Bolehkah saya mengangkat kasut sekolah yang

saya jemur terlebih dahulu? En.Badri : Baiklah, Amen. Selepas itu, Amen siapkan latihan yang diberikan oleh cikgu. Amen : Ya, ayah. Saya berjanji akan menyiapkan kerja sekolah saya pada petang ini juga. En.Badri : Baguslah kalau begitu.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

18

Page 47: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 48: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Kehilangan ayahnya meninggalkan kesan dalam hidup Razali. Kini, dia menjalani kehidupan yang amat

mencabar sebagai anak yatim. Walau bagaimanapun, dia tetap meneruskan persekolahan kerana itu merupakan

amanah arwah ayahnya yang berkehendakkan Razali belajar bersungguh— sungguh hingga berjaya.

Kejayaan sebenarnya bukan datang bergolek, tetapi perlu ditagih melalui usaha gigih tanpa mengenal

jemu. Razali tidak menjadikan kemiskinan sebagai alasan untuk mengabaikan pelajaran. Demi mencapai

kejayaan, dia terpaksa berpisah sementara dengan ibu dan tiga orang adiknya. Dia tinggal di Rumah Anak-anak

Yatim Semai Bakti. Dia ingin membuktikan bahawa murid miskin mampu mencapai keputusan akademik yang

cemerlang.

Hari demi hari Razali berusaha gigih untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam

peperiksaan UPSR nanti. Dia tidak mahu menghampakan harapan ibunya. Razali bertekad untuk mencapai cita-

citanya menjadi seorang peguam pada suatu hari nanti.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

19

Page 49: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 50: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Saleh meletakkan beg sekolah di atas rak. Selepas menukar bajunya, dia segera ke warung ibunya

yang terletak di hadapan rumahnya. Saleh mendekati ibunya yang sedang mengambil pesanan pelanggan.

Selepas bersalaman dengan ibunya Saleh pergi ke bahagian belakang gerai. Dilihatnya ada banyak

pinggan mangkuk yang sudah digunakan. Dia membasuh pinggan mengkuk tersebut dan mengelapnya.

Menjelang pukul empat petang, gerai ibunya ditutup. Saleh kembali ke rumah dan membersihkan

diri. Selepas itu dia akan membuka buku catatannya. Jika ada tugasan, dia akan menyiapkannya dengan

segera. Jika tiada tugasan, dia akan ke padang permainan berhampiran rumahnya untuk bermain bola dengan

anak-anak jiran.

Selepas makan malam, Saleh membuat latihan atau membuat ulangkaji. Sesekali dia menolong

ibunya mengelap daun pisang atau mengupas bawang. Saleh masuk tidur sebelum jam 10 malam.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

20

Page 51: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 52: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Pada hari Isnin yang lalu, sekolah saya telah mengadakan perhimpunan mingguan seperti biasa di tapak perhimpunan. Sebaik sahaja tepat pukul 7.10 pagi, loceng pun berbunyi menandakan waktu perhimpunan akan dimulakan. Murid-murid beratur dengan tertib mengikut kelas masing-masing.

Seorang murid perempuan naik ke atas pentas lalu memberikan arahan kepada semua murid supaya

berdiri dengan tegak. Murid-murid menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat. Mereka dapat menyanyikannya dengan lancar sekali diiringi muzik.

Setelah itu, murid-murid memberikan tumpuan sepenuhnya apabila Guru Besar berucap. Mereka diberitahu tentang isu-isu yang telah berlaku sepanjang minggu yang lalu dan juga program yang akan dijalankan pada minggu tersebut. Ada murid yang mencatat dengan teliti pada buku nota kecil apabila ada perkara yang difikirkan penting kepada mereka.

Apabila selesai, murid-murid pun bangun dan beratur ke kelas masing-masing. Beberapa orang murid

yang ditugaskan mengemaskan peralatan mikrofon dan menyimpannya dengan segera supaya tidak lewat memasuki kelas.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

21

Page 53: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 54: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Beg Syukri telah koyak namun dia tidak tergamak meminta wang daripada ibunya. Ibunya perlu

menyediakan yuran SPM untuk kakaknya sebelum hujung bulan ini berakhir. Walaupun ada rakannya

mengejek namun dia hanya mendiamkan diri sahaja. Antaranya ialah Amir. Amir seolah-olah begitu cemburu

dengan Syukri yang sering cemerlang dalam pelajaran.

Apabila loceng tamat sekolah berbunyi, Syukri terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan, dia

ternampak Amir terjatuh dari basikalnya kerana terlanggar lubang. Syukri terus membalut luka Amir dengan

sapu tangannya untuk menahan darah keluar. Setelah itu, Syukri menghantar Amir pulang ke rumah. Setelah

menerangkan peristiwa yang terjadi kepada ibu Amir, Syukri meminta diri untuk pulang.

Keesokkan harinya kelihatan Amir berdiri di pintu pagar sekolah dan di tangannya terdapat sebuah

beg sekolah baru. Dia berasa tidak sabar untuk memberi beg itu kepada Syukri.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

22

Page 55: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 56: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Pada petang itu , aku dan Rashid dalam perjalanan ke sekolah untuk latihan bola sepak. Di

pertengahan jalan, kami terlihat seorang perempuan tua terjatuh di tepi jalan.

Tanpa membuang masa, kami menolong permpuan itu. Tangan dan siku perempuan tua itu luka dan

berdarah. Aku menyuruh Rashid membeli ubat di kedai berdekatan. Selepas itu kami membalut luka perempuan

itu. Pengalman dalam Persatuan Bulan Sabit Merah membuatkan aku yakin boleh membantu perempuan tua itu.

Kemudian kami menghantar perempuan itu ke rumahnya yang terletak lebih kurang dua kilometer dari sekolah.

Sesampai di rumahnya, anak perempuan tua itu yang baru pulang dari kerja terkejut melihat ibunya.

Dia mengucapkan terima kasih kepada kami berdua, begitu juga perempuan tua itu. Aku dan Rashid tersenyum

kerana dapat menolong orang dalam kesusahan.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

23

Page 57: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 58: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Pada musim cuti sekolah yang lalu, saya pergi ke rumah bapa saudara saya. Saya mengikutinya pergi memancing di tengah laut. Saya ingin merasai sendiri kehidupan sebagai nelayan.

Sedang kami asyik memancing, tiba-tiba saya rasakan perahu yang kami naiki dimasuki air laut. Bapa

saudara saya terkejut , dia mencuba mencedok air keluar. “Sejak bila perahu ini bocor?” bapa saudara saya bertanya sendirian. Saya berasa sangat takut, tetapi

bapa saudara saya menenangkan saya. Perahu itupun tenggelam. Saya dan bapa saudara saya berpaut pada papan perahu. Saya teringat keluarga di rumah. Bapa saudara saya banyak mendorong saya supaya bersabar dan bertahan.

Nasib kami agak baik, tidak beberapa lama sebuah perahu nelayan lain yang kebetulan lalu di situ.

Kami melambaikan tangan. Dia melihat kami. Akhirnya kami diselamatkan. Sesungguhnya pengalaman ini sungguh bermakna kepada saya.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

24

Page 59: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 60: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Sudah seminggu nenek Supar sakit. Keadaan neneknya semakin teruk kerana bekalan ubatan neneknya sudah habis. Supar hendak membawa neneknya ke hospital, tetapi kos tambang untuk ke bandar agak mahal. Dia amat sayang akan neneknya itu.

Sejak kematian ibu dan bapanya, dia dipelihara oleh neneknya. Supar tidak ke sekolah beberapa hari. Dia bekerja sebagai pencuci kereta untuk mendapat upah bagi menampung rawatan perubatan neneknya. Beberapa orang rakan karibnya hairan kerana sudah seminggu Supar tidak datang ke sekolah. Mereka pergi ke rumah Supar untuk mengetahui perkara yang terjadi.

Apabila sampai di rumah Supar, barulah mereka mengetahui perkara yang menimpa Supar. Rakan-rakannya berasa kasihan melihat keadaan Supar. Mereka mengambil keputusan untuk memberitahu guru kelas mereka. Cikgu Man melancarkan kutipan derma kilat untuk membantu Supar. Hasil kutipan derma diserahkan kepada Supar .

“Terima kasih semua. Jasa guru-guru dan kawan-kawan akan saya kenang sampai bila-bila,” kata Supar penuh terharu.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

25

Page 61: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 62: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

“Atuk bukan tak nak ikut kamu tinggal di bandar tetapi atuk tak biasa hidup di sana. Lagipun,

semasa atuk dan nenek tinggal sebulan di sana, jiran kamu langsung tak menegur kami. Di sana tak ada apa-

apa nak dibuat. Kalau di sini, boleh ke kebun sayur dan pisang dengan nenek kamu,” kata datuk panjang lebar.

“Orang lain sibuk-sibuk nak ke bandar, kamu pula nak bersekolah di sini. Sekolah di kampung ni

bukan macam di bandar. Gurunya pula mengajar sekejap saja. Dua tiga bulan dah minta ke bandar,” kata

nenek.

“Biarlah, nek. Lagipun dapatlah Bedah temankan datuk dan nenek. Belajar di mana-mana pun boleh

berjaya. Yang penting ialah usaha diri sendiri. Kalau rajin, belajar di kampung pun boleh berjaya. Betul tak,

atuk?” kata Bedah.

Datuk mengangguk-anggukkan kepalanya sambil menyirat jala yang koyak itu

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

26

Page 63: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 64: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Ketika pertama kali menjejakkan kakinya ke ibu kota, Nazuan “seperti rusa masuk kampung”. Bukan hajatnya untuk meninggalkan kampung. Nazuan hidup sebatang kara. Dia yatim piatu dan tiada sesiapa untuk menjadi tempat mengadu. Dia sudah malu untuk mengharapkan ihsan orang lain.

Untuk mencari sesuap nasi, Nazuan bekerja di sebuah restoran. Dia terpaksa bekerja sepanjang hari.

Berkat kerajinannya, dia berjaya mengumpulkan sejumlah wang. Dengan wang itu, dia mengusahakan sebuah gerai burger.

Berbekalkan sikap peramah dan usahanya yang berterusan, perniagaan burgernya semakin maju,

Nazuan tidak suka membazir. Dia bercita-cita untuk menjadi seorang pergedar daging burger . Impiannya telah menjadi kenyataan. Daripada menjadi pengedar kecil-kecilan, dia berjaya

mengusahakan sebuah kilang kecil memproses daging burger. Dia menyimpan cita-cita untuk membuka kilang burger yang lebih besar lagi.

Setelah bertungkus lumus selama sepuluh tahun……………..

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

27

Page 65: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 66: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Apabila balik dari sekolah, Liza mengeluarkan buku-buku barunya dari beg. Kakaknya berkata,

“Biar kak tolong kamu balut buku-buku kamu itu.” Liza menjawab, “Terima kasih, kak. Biar saya sendiri yang membalut buku-buku ini.”

Liza merupakan anak yang suka menolong ibu dan ahli keluarganya yang lain. Liza selalu

menolong ibunya mencuci pinggan mangkuk, melipat kain dan mengemas rumah. Liza juga membantu ayahnya mencuci kereta.

Setiap pagi sebelum mandi , dia akan mengemas bilik tidurnya supaya kelihatan kemas dan bersih.

Dia sentiasa menjaga kebersihan diri. Rambutnya diikat kemas, kukunya dipotong dan dia sentiasa menjaga kebersihan pakaiannya.

Pada hari minggu, Liza dan keluarganya selalu bersama-sama membersihkan rumah dan menanam

pokok-pokok bunga. Terdapat pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya. Menanam pokok bunga merupakan hobi keluarga mereka. Kawasan tempat tinggal mereka sentiasa kelihatan bersih dan cantik.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

28

Page 67: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 68: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Ayah dan ibu membawa nenek dari kampung. Nenek tidak sihat. Semua oranggembira kerana nenek

akhirnya mahu datang ke rumah. Tetapi, Lela tidak gembira. Dia tidak suka akan nenek yang tua dan selalu

batuk-batuk itu. Bagi Lela, kedatangan nenek hanya akan menyusahkan keluarganya saja. Sepanjang nenek

berada di rumahnya, Lela langsung tidak menegur nenek. Walaupun nenek tahu Lela tidak suka kepadanya,

namun nenek tetap melayan Lela dengan baik dan mesra.

Suatu hari, Lela muntah-muntah dan demam panas ketika di sekolah. Guru kelas Lela menghantar

Lela pulang ke rumah. Kebetulan pula pada hari itu, ayah dan ibu bertugas di luar daerah. Hanya nenek yang

berada di rumah. Neneklah yang merawat Lela sehingga suhu badan Lela kembali pulih. Nenek juga yang

menjaga Lela sehingga ayah dan ibu pulang. Lela berasa sungguh malu atas sikap buruknya terhadap nenek.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

29

Page 69: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 70: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Ibu meminta Fauzan pergi ke kedai runcit untuk membeli barang. Dia berjalan kaki

walaupun dia mempunyai basikal. Fauzan seorang atlet olahraga. Dia berjalan kaki untuk mengekalkan kecergasannya. Dia berjalan di bahu jalan dan menentang arus lalu lintas.

Semasa hendak melintas Fauzan ternampak seorang buta ingin melintas jalan. Fauzankasihan melihat orang buta itu. Dia pun memimpin lelaki itu menyeberang jalan. Fauzan menggunakan lintasan pejalan kaki semasa melintas. Fauzan memastikan tiada kenderaan yang lalu

dengan memandang ke kanan dan ke kiri jalan sebelum melintas jalan. Apabila sampai di kedai runcit, Fauzan pun membeli barang yang telah dipesan oleh

ibunya. Fauzan memastikan semua barang yang dipesan oleh ibunya telah dibeli. Dia melihat catatan yang telah dibuatnya. Setelah selesai, Fauzan terus pulang ke rumah. Dia memulangkan baki wang kepada ibunya. Dia berasa gembira kerana dapat menolong ibunya. Ibu Fauzan mengucapkan terima

kasih kepada Fauzan.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

30

Page 71: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 72: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Azmi bekerja di sebuah bengkel kereta. Pemilik bengkel itu amat menyayanginya kerana dia seorang pekerja yang tidak banyak memberikan masalah kepada majikannya. Azmi jarang mengambil cuti, malahan dia selalu bekerja lebih masa. Tugasnya dibuat dengan bersungguh-sungguh dan teliti. Kebanyakan pelanggan Encik Lim kerap memuji hasil kerja Azmi.

Azmi juga disenangi oleh rakan-rakannya. Setelah siap kerjanya, dia akan menolong rakan-rakan yang lain. Walaupun berlainan bangsa dan agama , Encik Lim akan mengingatkan Azmi untuk berhenti solat apabila sampai waktunya.

Sekiranya beliau mempunyai urusan luar, Azmi akan mengambil alih tugas-tugasnya. Walaupun Azmi dilantik sebagai ketua di bengkel tersebut tetapi dia tidak pernah bersikap sombong terhadap rakan-rakannya. Sebagai ketua, dia sentiasa memastikan semua pekerja bekerja dengan selesa dan selamat. Azmi sentiasa mengingatkan mereka supaya memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

31

Page 73: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 74: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Maria : Alia tidak datang ke sekolah hari ini? Linda : Tidak. Kamu tidak tahukah bahawa ibunya ditahan wad sejak kelmarin. Dia menghidap barah. Maria : Yakah? Saya tidak tahu langsung tentang hal itu. Linda : Ibunya sudah lama menghidap penyakit ini. Alia memberitahu saya bahawa ibunya tidak dapat

menjalani pembedahan kerana belum cukup wang. Maria : Kasihan Alia. Tentu mereka dalam kesusahan sekarang. Apa pendapat kamu jika kita

mengadakan kutipan derma untuk membantu ibu Alia? Linda : Bagus sekali cadangan kamu itu. Tapi saya rasa elok kita bincangkan hal ini dengan Cikgu Siti.

Dia dapat memberikan tunjuk ajar kepada kita tentang cara-cara untuk menjalankan rancangan kita ini dengan lancar.

Maria : Yalah. Mari kita menemui Cikgu Siti. Dapat kita berbincang dengan beliau perkara ini.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

32

Page 75: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 76: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Saudari, Terima kasih kerana sudi mengirim surat kepada saya. Cuma saya memohon maaf kerana agak lambat

membalas surat saudari. Saya mengucapkan tahniah kepada saudari yangmemperoleh 5A dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2010.

Untuk pengetahuan saudari, sekolahsaya akan menempuh Peperiksaan Pertengahan Tahun bermula pada 18 Jun 2011.Oleh itu mulai sekarang, saya mula melakukan beberapa persediaan untuk menghadapi peperiksaan tersebut.

Antara persediaan-persediaan yang saya lakukan ialah dengan membuat lebih banyak latihan bagi

setiap mata pelajaran dan meminta guru menyemak latihan tersebut.Masa yang ada, saya habiskan dengan membaca buku rujukan.Saya akan membuat latihan bersama-sama abang saya yang banyak membantu saya.

Disamping itu, saya tidak ketinggalan mengikuti kelas tambahan yang diadakan di sekolah saya.Saya

berharap agar kita akan sama-sama berjaya dalam peperiksaan yang bakal kita hadapi nanti. Sekian sahajalah balasan surat daripada saya buat kali ini.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

33

Page 77: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 78: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

Imran berjanji kepada dirinya akan belajar bersungguh-sungguh. Kegagalannya untuk masuk ke kelas Tahun Enam Bestari iaitu kelas yang pertama tidak mematahkan semangatnya. Dia yakin bahawa dia akan berjaya dengan cemerlang dalam UPSR hujung tahun nanti.

Oleh itu, Imran bertekad untuk membaiki kelemahan dan menebus kesilapan yang telah dilakukannya.

Sejak awal tahun lagi, Imran sudah membuat persiapan. Dia mengulangkaji pelajaran tahun empat dan tahun lima. Dia turut membuat latihan serta mencuba menjawab soalan-soalan peperiksaan UPSR. Dia tidak malu untuk bertanya kepada guru jika dia kurang memahami sesuatu pelajaran atau menghadapi masalah.

Selain itu, Imran dan rakan-rakannya menubuhkan kumpulan belajar. Mereka sering mengadakan

perbincangan tentang sesuatu pelajaran. Mereka turut menjawb soalan-soalan peperiksaan UPSR pada tahun sebelumnya. Melalui perbincangan ini Imran dan rakan-rakanya dapat memahami setiap pelajaan diajarkan dengan mendalam lagi. Disamping itu, mereka yang mahir tentang sesuatu pelajaran dapat membantu rakan yang lemah. Pada masa lapang,Imran akan berkunjung ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran atau membuat rujukan.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

34

Page 79: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan

Page 80: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

HARI : ___________

TARIKH :

________________

LATIHAN :

Tulis beberapa nilai yang dapat anda peroleh daripada petikan di bawah ini. Panjangnya jawapan anda mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan anda dalam satu perenggan

“Kau bacalah buku Ah Long, jangan asyik menonton televisyen saja . Peperiksaan dah semakin hampir. Kau tak nak berjaya ke macam anak Mak Cik Melah jiran kita tu,” rungut Puan Swee Mooi pada anaknya.“Alah mak ni, bisinglah. Tahulah saya nak baca buku.” Saban hari begitulah sikap Ah Long. Penat menonton dia berbasikal merayau-rayau bersama kawan-kawannya. Senja baru dia pulang. Nasihat ibu langsung tidak dihiraukannya.

Suatu petang, Ah Long diajak berlumba. Dia yang pantang dicabar menyahut ajakan kawannya

itu. Ah Long mengayuh basikal dengan lajunya. Malang tidak berbau. Ah Long hilang kawalan apabila terlanggar seekor anjing yang melintas secara tiba-tiba.

“Makkkk ........!” ”Anak encik perlu menjalani beberapa ujian kerana otaknya mengalami sedikit gegaran akibat

terhentak pada batang pokok semasa kemalangan itu. Dia akan sedar sedikit hari lagi. Sama-samalah kita berdoa,” pujuk doktor muda itu kepada Puan Swee Mooi sekeluarga. Air mata Puan Swee Mooi mengalir laju.

Bil Nilai / Pengajaran Amalan baik / contoh daripada petikan

1

2

3

4

5

6

7

8

35

Page 81: Modul Penulisan Bahagian c Tahun 6 2014

Jawapan

Pembetulan