bab+1+pengenalan+kepada+pengurusan+strategik (2)

29
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK BAB 1

Upload: alamsyah

Post on 17-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

A

TRANSCRIPT

Page 1: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN STRATEGIK

BAB 1

Page 2: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

OBJEKTIF BAB

Setelah selesai mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:1. Mengenal konsep pengurusan strategik.2. Merumuskan perkembangan pengurusan

strategik di kawasan Asia Pasifik.3. Memahami konteks pengurusan strategik.4. Menerangkan proses pengurusan strategik.5. Mengaitkan kepentingan pengurusan

strategik kepada organisasi.

Page 3: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENGENALAN

Pengurusan strategik merupakan satu konsep yang asalnya ada kaitan dengan ketenteraan. Pengurusan strategik berkembang dari konsep strategi yang digunakan dalam organisasi ketenteraan.

Perkataan strategy (strategi) berasal daripada perkataan Yunani (Greek), iaitu “strategos” yang bermaksud angkatan tentera darat dan kepimpinan.

Page 4: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENGENALAN

Mengikut Quinn (1980), konsep strategi dalam organisasi ketenteraan digunakan bagi pelbagai tujuan seperti merangka objektif organisasi, mengekal inisiatif, menentu sumber organisasi dan posisi pilihan, kefleksibelan, koordinasi serta komitmen. Penggunaan konsep asal strategi dalam konteks organisasi perniagaan juga adalah bagi mencapai tujuan-tujuan tersebut.

Page 5: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENGENALAN

Namun demikian, proses penyesuaian dan pengubahsuaian konsep asal strategi dalam konteks perniagaan telah menyebabkan bukan sahaja perubahan maksud asalnya, tetapi juga telah meningkatkan skop dan kompleksitinya.

Page 6: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENGENALAN

Dalam bidang pengurusan moden, penjelasan tentang konsep polisi dan strategi telah diutarakan oleh Henri Fayol dan Peter Drucker. Mengikut Daniel Wren (1994), Drucker merupakan ahli fikir pertama yang membentuk rangka asas dalam bidang polisi dan strategi yang mana ianya kemudian berkembang menjadi konsep pengurusan strategik.

Penyelidikan empirikal dan kajian berasaskan teori terdahulu tentang pengurusan strategik telah dijalankan oleh para sarjana seperti Chandler (1962), Ansoff (1965) dan Andrew (1971). Pada peringkat awalnya, ahli-ahli fikir tersebut cuma menyifatkan pengurusan strategik sebagai satu proses penting bagi merangka strategi dalam organisasi-organisasi perniagaan yang besar sahaja.

Page 7: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENGENALAN

Pada masa yang sama, didapati konsep-konsep seperti strategi korporat, perancangan polisi, perancangan jangka panjang, perancangan korporat, perancangan strategik, dan proses membuat keputusan strategik digunakan secara silih berganti untuk merujuk kepada konsep pengurusan strategik. Perkara tersebut telah menyebabkan berlakunya kekeliruan serta percanggahan pendapat tentang maksud pengurusan strategik yang sebenarnya.

Page 8: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENGENALAN

Namum demikian, pada masa kini, kebanyakan daripada para sarjana dalam bidang pengurusan menganggap pengurusan strategik sebagai satu proses berterusan yang merangkumi tiga fasa, Pembentukan strategi Pelaksanaan strategi dan Penilaian, serta kawalan strategi.

Page 9: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PERKEMBANGAN PENGURUSAN STRATEGIK DI ASIA-PASIFIK Mengikut Nakamura (1992), pengurusan strategik di Asia-

Pasifik berkembang mengikut peringkatperingkat berikut: Peringkat 1 (Awal 1960-an)

perancangan berbentuk keuntungan tahunan dan belanjawan tahunan.

Konsep dan teknik ekstrapolatif perancangan jangka panjang yang

Peringkat 2 (Pertengahan 1970-an hingga Pertengahan 1980-an) Amalan perancangan yang merangkumi perancangan strategik

atau keusahawanan. Pengurusan portfolio Formulasi perancangan strategik pada tahap korporat Sedar tentang perlunya strategi berinteraksi, sistem

perancangan dan struktur organisasi. Peringkat 3 (Lewat 1980-an hingga 1990-an)

Falsafah korporat apabila mengamalkan pengurusan strategik. Berbeza antara nagara kerana perbezaan ciri-ciri negara dan

keadaan ekonomi negara-negara tersebut.

Page 10: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK Mintzberg (1987) mendakwa bahawa

sebagai satu bidang yang kompleks, pengurusan strategik tidak boleh bergantung kepada satu definisi sahaja. Mengikut pakar strategi tersebut, pengurusan strategik memerlukan pengiktirafan eksplisit bahawa pelbagai definisi boleh membantu pengamal dan penyelidik mengendalikan bidang yang sukar ini.

Page 11: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK Di samping itu, Smith et al. (1985) pula

menyifatkan bahawa tidak ada satu pendekatan universal untuk memperkenal dan mengamalkan pengurusan strategik dalam sesebuah organisasi.

Setiap organisasi itu mempunyai keunikan-keunikannya yang tersendiri (perbezaan dalam struktur, budaya, suasana persekitaran, keupayaan serta sumber dalaman, objektif dan misi).

Walau bagaimanapun, Smith et. al. (1985) mendapati bahawa terdapat prinsip-prinsip asas dan amalan-amalan yang sama di kalangan sistem-sistem pengurusan strategik yang berjaya.

Page 12: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK Wheelen dan Hunger (2002) menyifatkan

pengurusan strategik sebagai sesuatu set keputusan pengurusan dan tindakan yang menentukan prestasi jangka panjang sesebuah korporat.

Mengikut Wheelen dan Hunger, pengurusan strategik merupakan satu proses pengurusan berterusan yang merangkumi empat komponen penting iaitu, penelitian persekitaran, pembentukan strategi, pelaksanaan strategi, penilaian dan kawalan strategi.

Page 13: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

Prentice Hall, Inc. ©2009

1-13

Page 14: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK David (2001) mendefinisikan pengurusan

strategik sebagai seni dan sains bagi merumus, melaksana dan menilai keputusan bersilang fungsian untuk membolehkan sesebuah organisasi mencapaikan objektif-objektifnya. Mengikut David, proses pengurusan strategik mempunyai tiga tahap iaitu, pembentukan strategi, pelaksanaan strategi, penilaian dan kawalan strategi.

Page 15: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK Demikian juga, Thompson dan Strickland

(2001) merujuk pengurusan strategik sebagai suatu proses di mana pengurus memastikan arah jangka panjang sesebuah organisasi, menentukan objektif prestasi yang khusus, merangka strategi untuk mencapai objektif tersebut dalam persekitaran dalaman serta luaran yang berkaitan dan juga melaksanakan perancangan tindakan yang telah dipilih.

Page 16: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK Pearce dan Robinson (1991) mentakrifkan

pengurusan strategik sebagai sesuatu set keputusan serta tindakan yang mengakibatkan formulasi, implementasi dan kawalan strategi yang dirangka bagi mencapai objektif sebuah organisasi. Definisi tersebut juga menekankan kepada ketiga-tiga fasa utama (formulasi, implementasi dan kawalan) dalam proses pengurusan strategik.

Page 17: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK Montanari et al. (1990) menyifatkan

pengurusan strategik sebagai satu proses komprehensif pengurusan sesebuah organisasi secara strategik bagi menghadapi permintaan suasana perniagaan yang berubah. Mengikut Montanari et al., pengurusan strategik bukan saja merangkumi elemen perancangan strategik, analisis persekitaran dan pembentukan strategi, malahan ianya termasuk pelaksanaan serta kawalan strategi.

Page 18: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK Rue dan Holland (1989) mendefinisikan

pengurusan strategik sebagai suatu proses yang mana pengurusan atasan menentukan arah jangka panjang dan prestasi organisasi. Rue dan Holland menekankan bahawa proses pengurusan strategik melibatkan formulasi secara berhati-hati, implementasi yang betul dan penilaian strategi yang berterusan.

Di samping itu, ahli-ahli strategi tersebut juga memberi tumpuan kepada komponen seperti penentuan misi organisasi, pentakrifan perniagaan atau perniagaan yang akan diceburi, penentuan objektif, perangkaan, pelaksanaan dan pengawalan strategi, serta pengubah-suaian komponen tersebut jika diperlukan.

Page 19: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PENTAKRIFAN PENGURUSAN STRATEGIK Akhirnya, Ansoff (1979) yang digelar sebagai bapa

kepada pengurusan strategik, menganggap pengurusan strategik sebagai satu proses yang merangkumi perumusan strategi, perangkaan keupayaan firma serta pengurusan pelaksanaan strategi dan keupayaan tersebut.

Mengikut beliau, pengurusan strategik perlu disokong oleh keupayaan yang boleh digunakan untuk menghadapi pergolakan persekitaran. Ansoff mendakwa bahawa keupayaan tersebut merangkumi budaya organisasi, ganjaran, struktur kuasa, maklumat, perancangan, sistem kawalan dan struktur organisasi. Ansoff juga berpendapat bahawa keupayaan tersebut juga saling memberi sokongan kepada sesebuah organisasi dalam menghadapi keadaan-keadaan mengejut dan ketidakpastian.

Page 20: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

KONTEKS PENGURUSAN STRATEGIK Proses pengurusan strategik melibatkan

organisasi, pihak pengurusan dan persekitaran perniagaan secara menyeluruh.

Sebagai satu sistem terbuka, sesebuah organisasi perlu memperolehi serta mengekalkan sumber-sumbernya. Untuk mendapatkan sumber-sumber keperluannya, organisasi tersebut perlu berhubung dengan persekitaran perniagaannya

Perubahan berterusan dalam persekitaran perniagaan membuatkan sesebuah organisasi itu memerlukan pengurusan yang lebih berkesan seperti pengurusan strategik.

Page 21: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

KONTEKS PENGURUSAN STRATEGIK Sebagai suatu proses yang berkitar,

pengurusan strategik juga mementingkan pembangunan dan pengekalan aset serta kemahiran, pemilihan strategi, dan arena persaingan yang memerlukan aset dan kemahiran yang boleh dijadikan kelebihan persaingan yang berkekalan (Aaker, 1989).

Pengurusan strategik juga merupakan satu proses sistematik berasaskan sumber bagi membuat keputusan dalam sesebuah organisasi.

Page 22: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PROSES PENGURUSAN STRATEGIK

1. Pembentukan strategi2. Pelaksanaan strategi3. Penilaian dan kawalan strategi

Page 23: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PROSES PENGURUSAN STRATEGIK Pembentukan strategi

Proses pembentukan strategi termasuk mendefinisikan visi dan misi organisasi, penentuan objektif-objektif organisasi, pemilihan

strategi-strategi (strategi korporat, strategi persaingan dan strategi fungsian) dan

penentuan polisi-polisi organisasi. Maklumat-maklumat yang digunakan dalam

pembentukan strategi diperolehi daripada proses penelitian persekitaran perniagaan.

Penelitian persekitaran dilakukan bagi mengenal pasti peluang-peluang, ancaman-ancaman, kekuatan–kekuatan dan kelemahan-kelemahan organisasi.

Page 24: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PROSES PENGURUSAN STRATEGIK Dalam fasa ini, sesebuah organisasi itu

melaksanakan strategi-strategi dan polisi-polisi yang dipilih melalui program-program khusus, belanjawan dan prosedur-prosedur.

Kejayaan pelaksanaan strategi dalam sesebuah organisasi itu bergantung kepada faktor-faktor seperti budaya organisasi, struktur organisasi dan sumber-sumber organisasi.

Dalam pelaksanaan strategi, pihak pengurusan memastikan bahawa budaya organisasi, struktur organisasi, dan sumber-sumber organisasi menyokong strategi-strategi yang dilaksanakan.

Page 25: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

PROSES PENGURUSAN STRATEGIK Dalam fasa ini, prestasi sebenar sesebuah

organisasi dinilai. Penilaian strategi melibatkan perolehan

maklumat tentang jurang prestasi organisasi tersebut. Prestasi sebenar organisasi tersebut dibandingkan dengan objektif-objektif yang disasarkan.

Jika didapati jurang yang luas, tindakan kawalan diambil bagi membaiki keadaan tersebut.

Tindakan kawalan strategi melibatkan pengambilan langkah-langkah pembetulan yang diperlukan bagi menentukan prestasi organisasi mengikut perancangan strategik.

Page 26: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

3 Tahap Analisis

proses pengurusan strategik juga memberi penekanan kepada kepentingan mengumpul dan mengguna maklumat-maklumat secara berterusan.

Para sarjana dalam bidang pengurusan strategik berpendapat bahawa analisis yang digunakan dalam proses pengurusan strategik meliputi tiga tahap.

Ketiga-tiga tahap analisis itu adalah analisis luaran seperti analisis situasi industri, analisis situasi persaingan dan analisis dalaman (analisis situasi syarikat).

Page 27: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

KEPENTINGAN PENGURUSAN STRATEGIK Membantu dalam proses membuat

keputusan serta membentuk strategi yang efektif,

Pengurusan strategik membaiki serta meningkatkan prestasi sesebuah organisasi.

Page 28: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

Kepentingan Pengurusan Strategik kepada Firma Besar Pengurusan strategik membantu dalam

meningkatkan keberkesanan serta kefleksibelan sesebuah organisasi dan pengurusannya.

Matlamat utama penggunaan proses pengurusan strategik adalah untuk membantu semua jenis organisasi dalam membaiki prestasi mereka.

Terdapat hubungan positif di antara proses pengurusan strategik dengan prestasi firma besar. Penemuan-penemuan penyelidikan terdahulu

menunjukkan bahawa firma-firma besar yang mengamalkan pengurusan strategik mengalami peningkatan jualan, keuntungan dan produktiviti

Page 29: Bab+1+PENGENALAN+KEPADA+PENGURUSAN+STRATEGIK (2)

Kepentingan Pengurusan Strategik kepada Firma Kecil dan Sederhana Penemuan-penemuan kajian empirik

telah menunjukkan hubungan positif di antara proses pengurusan strategik dan prestasi FKS.