pengurusan strategik

35
1.0 DEFINISI PENGURUSAN STRATEGIK Pengurusan dapat didefinasikan sebagai satu proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan dalam sesebuah organisasi bagi mencapai misi serta visi yang telah ditetapkan. Istilah pengurusan telah merujuk kepada satu set yang telah direka bentuk bagi meninggikan dan mengarahkan kerja-kerja dan tugasan yang telah ditentukan (Ahmad Atory 1996). Oleh yang demikian setiap insan merupakan pengurus sama ada secara langsung atau tidak langsung dan akan terlibat dengan pengurusan walaupun ia hanya menguruskan hal peribadinya sahaja. Pengurusan boleh juga boleh diertikan sebagai cara dan teknik-teknik yang digunapakai dalam mengendalikan sesebuah organisasi agar hasilnya menepati sasaran yang telah ditetapkan. Ianya merupakan gabungan beberapa bahagian organisasi kerja yang mana setiap bahagian akan memainkan peranan yang sangat penting dalam organisasi. Oleh yang demikan, proses pengurusan merupakan gabungan beberapa kegiatan organisasi seperti perancangan, 1

Upload: alongdagreat777

Post on 06-Jun-2015

31.474 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengurusan strategik

1.0 DEFINISI PENGURUSAN STRATEGIK

Pengurusan dapat didefinasikan sebagai satu proses

perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan dalam

sesebuah organisasi bagi mencapai misi serta visi yang telah

ditetapkan. Istilah pengurusan telah merujuk kepada satu set yang

telah direka bentuk bagi meninggikan dan mengarahkan kerja-kerja

dan tugasan yang telah ditentukan (Ahmad Atory 1996). Oleh yang

demikian setiap insan merupakan pengurus sama ada secara langsung

atau tidak langsung dan akan terlibat dengan pengurusan walaupun ia

hanya menguruskan hal peribadinya sahaja.

Pengurusan boleh juga boleh diertikan sebagai cara dan teknik-

teknik yang digunapakai dalam mengendalikan sesebuah organisasi

agar hasilnya menepati sasaran yang telah ditetapkan. Ianya

merupakan gabungan beberapa bahagian organisasi kerja yang mana

setiap bahagian akan memainkan peranan yang sangat penting dalam

organisasi.

Oleh yang demikan, proses pengurusan merupakan gabungan

beberapa kegiatan organisasi seperti perancangan, penyusunan,

pengarahan dan pengawalan seterusnya ia membentuk set lengkap

yang akan di gunakan oleh pengurus bagi memastikan setiap misi dan

visi sesebuah organisasi akan berjaya.

Istilah strategik pula berasal dari bahasa Greek Strategos yang

boleh diertikan sebagai ‘Fungsi Seorang Jeneral’(Zainal Abidin 2008).

1

Page 2: pengurusan strategik

Dalam istilah ketenteraan ia memberi erti ‘ kepakaran Seorang Jeneral’

menggunakan pelbagai cara dan teknik yang sesuai dalam menangani

ancaman musuh.

Dari sudut perancangan pula strategik membawa pengertian,

seseorang pengurus menggunakan beberapa strategi yang berkesan

dalam menguruskan organisasi dan mencari cara dan teknik yang

sesuai bagi mengatasi pesaingnya. Ia meliputi beberapa perkara

penting dalam sesebuah organisasi termasuk misi sesebuah

organisasi, objektif perancangan, program strategi, dan kaedah yang

digunakan bagi mancapai matlamat tersebut. Strategi yang berkesan

dan sesuai bagi sesuatu masalah akan dapat membantu meningkatkan

produktiviti sesebuah organisasi. Sekiranya percaturan strategi yang

digunakan tidak sesuai dan tidak menepati kesesuainyya maka ia akan

menyebabkan berlaku kerugian, pembaziran kemunduran sesebuah

organisasi.

Perancangan Strategik pula merupakan satu proses perancangan

jangkamasa panjang yang mana organisasi akan menentukan misi dan

objektif dengan sumber-sumber yang dimiliki untuk mencapai misi

yang ditetapkan(Muhamad Ali Embi 2003). Ia juga dilihat sebagai suatu

penggabungan analisis dalaman yang menilai keupayaan dan

kekuatan sesebuah organisasi dan analisis luaran yang melibatkan

analisis peluang-peluang dan ancaman-ancaman yang boleh memberi

risiko kepada organisasi. Penggabungan ini akan memberikan satu

2

Page 3: pengurusan strategik

dimensi baru kepada seseorang pengurus untuk membuat analisis

kritikal tentang kekuatan sesebuah organisasi dan peluang-peluang

yang wujud dalam membuat keputusan.

Pengurusan strategik wujud hasil daripada cetusan perancangan

strategik yang dijalankan dan ianya mempuyai dua komponen utama.

Komponen yang pertama ialah ‘Pengurusan Isu Strategik’ itu sendiri

yang mana ia merupakan lanjutan daripada Perancangan Strategik.

Komponen yang kedua ialah melengkapkan seseorang eksekutif

dengan sifat yang sentiasa berwaspada dan bersedia dalam

menghadapi apa-apa kejadian luar jangka dalam sesebuah organisasi.

Komponen ini turut dikenali dengan Pengurusan Tak Disangka(

Surprise Management). Dengan adanya kedua-dua komponen ini maka

seseorang pengurus akan dapat menangani segala permasalahan yang

timbul dan mampu mengurus sesebuah organisasi dengan lebih

berdaya saing dan maju.

2.0 KEPENTINGAN PERANCANGAN STRATEGIK

Perancangan strategik merupakan aset utama dan ianya

memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan strategik.

Ia merupakan gambaran atau rangka kerja bagi seseorang pengurus

untuk membuat menjalankan aktiviti pengurusan dalam sesebuah

organisasi(Mumtaz Began, Norasiken, Norhayati, 2002). Perancangan

3

Page 4: pengurusan strategik

ini juga membantu seseorang pengurus untuk membuat penilaian

serta keputusan yang berkaitan dengan halatuju sesebuah organisasi.

Terdapat beberapa kepentingan perancangan strategik di dalam

organisasi yang dapat dikemukakan disini antaranya ialah:

2.1 Pengurusan Yang Lebih Baik

Dengan adanya perancangan strategik, pengurus

akan dapat membentuk suatu konsep yang jelas dan

lengkap bagi sesebuah organisasi. Proses ini akan

membantu para pengurus untuk menilai kekuatan dalaman

serta kekuatan luaran organisasinya dalam menangani

cabaran. Dengan perancangan ini, matlamat serta objektif

sesebuah organisasi akan lebih jelas dan memudahkan

pengurus untuk membuat keputusan bagi mencapai

matlamat tersebut.

Sekiranya perancangan strategik tidak dilaksanakan

di dalam sesebuah organisasi, maka kesannya ialah

pengurus akan menghadapi masalah dalam penentuan

objektif serta penetapan matlamat yang harus dicapai oleh

organisasi tersebut. Apabila sesebuah organisasi tidak

mempunyai halatuju dan matlamat yang harus dicapai

maka operasi yang wujud di dalam organisasi tersebut

tidak mengikut landasan yang diharapkan. Ia akan

menyebabkan kegagalan dalam menguruskan sesebuah

4

Page 5: pengurusan strategik

organisasi. Kegagalan ini akan menyebabkan berlaku

kemerosotan produktiviti sesebuah organisasi dan

menyebabkan organisasi tersebut gagal berdiri sama tinggi

dengan organisasi-organisasi lain.

2.2 Bertindak Balas Kepada Perubahan Persekitan

Dengan adanya perancangan strategik pengurus

akan dapat menangani masalah yang tidak dijangka

sekiranya persekitaran berubah. Ini kerana perancangan

strategik telah membantu para pengurus dalam membuat

persiapan awal bagi menangani permasalahan tersebut.

Pengurus akan membuat keputusan berdasarkan situasi

terkini untuk keperluan di masa hadapan. Contohnya,

sekiranya situasi organisasi dalam keadaan yang agak

perlahan maka pengurus boleh menetapkan matlamat

organisasinya berdasarkan pengalaman masa lalu yang

berkaitan. Walaubagaimanapun, pada masa ini arus

perubahan situasi tidak dapat dijangka dengan tepat

kerana ianya berlaku terlalu pantas mengikut

perkembangan zaman teknologi yang canggih.

Oleh yang demikian para pengurus perlu lebih kreatif

dalam mencatur strategi bagi mengatasi masalah tersebut.

Dengan mengandaikan permasalahan yang mungkin akan

5

Page 6: pengurusan strategik

timbul akibat perubahan persekitaran, pengurus dapat

menyediakan beberapa langkah menangani masalah

sebagai persiapan awal dan dapat mencongak peluang-

peluang yang mungkin wujud dari perubahan persekitarn

tersebut.

3.0 ELEMEN-ELEMEN DALM PERANCANGAN STRATEGIK

Perancangan strategik mempunyai beberapa elemen

penting bagi memastikan perncangan yang dibuat bertepatan

dengan kehendak dan objektif sesebuah organisasi. Kepincangan

salah satu elemen dalam perancangan strategik akan

menganggu perjalanan perancangan ini (Zainal Abidin 1998).

Sekiranya perancangan strategik tidak dapat dilaksanakan maka

risiko yang bakal dihadapi oleh seseorang pengurus akan

menjadi bertambah besar. Bahkan ia mungkin menyebabkan

berlaku kemerosotan dalam sesebuah organisasi. Antara

elemen-elemen yang wujud dalam perancangan strategik ini

ialah:

3.1 Misi

Setiap organisasi mempunyai misi tersendiri,

penetapan misi sesebuah organisasi akan membantu

memandu halatuju sesebuah organisasi. Pencapaian misi

6

Page 7: pengurusan strategik

yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi menunjukkan

bahawa organisasi tersebut telah berjaya dan berada di

landasan yang diharapkan.

3.1.1 Prinsip Dalam Pernyataan Misi

Terdapat beberapa prinsip yang harus diteliti

dalam membuat peryataan misi. Antaranya prinsip

tersebut ialah mengenal pasti Kekuatan, Kelemahan,

Ancaman dan Peluang (KLAP) dalam sesebuah

organisasi. Pengurus perlu menilai beberapa faktor

yang berkaitan dengan KLAP agar pernyataan misi

sesebuah organisasi bertepatan dengan objektif

organisasi tersebut.

Selain itu, pernyataan tersebut mestilah

mudah difahami oleh semua orang dan tidak terlau

umum dan tidak terlalu spesifik. Sekiranya pengurus

menggunakan bahasa yang sukar difahami dikhuatiri

objektif organisasi tersebut tidak akan tercapai

kerana misi yang dinyatakan tidak jelas dan

mengelirukan. Megikut kajian ahli-ahli pengurusan,

25 patah perkataan merupakan bilangan perkataan

yang ideal dan mudah diingat oleh para pekerja

dalam menyatakan misi sesebuah organisasi. Oleh

7

Page 8: pengurusan strategik

yang demikian, pernyataan misi haruslah ringkas,

padat dan mudah diingati.

Selain itu juga, pernyataan misi ini mestilah

melibatkan Pengurus besar sesebuah organisasi. Ini

kerana, penglibatan Pengurus Besar dalam

pernyataan misi akan membantu melicinkan proses

membuat keputusan dan akan memudahkan

sokongan terhadap perancangan yang dilakukan

dalam sesebuah organisasi.

3.1.2 Kepentingan Misi

Misi mempunyai peranan yang tersendiri

dalam sesebuah organisasi. Antaranya ialah, misi

sebagai agen yang mengawal perjalanan sesebuah

organisasi di mana halatuju sesebuah organisasi

akan mengikut kehendak misi yang telah ditetapkan.

Selain itu, peranan misi ialah sebagai rujukan

untuk menentukan sumber yang diperlukan bagi

menggerakkan jentera sesebuah organisasi dan

pengagihan sumber manusia boleh dilaksanakan

berdasarkan keperluan misi sesebuah organisasi.

Dengan cara ini pengagihan sumber manusia akan

8

Page 9: pengurusan strategik

memenuhi keperluan sesebuah unit dan dapat

mengelakkan pembaziran sumber manusia.

Misi yang dinyatakan juga akan mempengaruhi

cara seseorang pengurus mengeksploitasi peluang-

peuang yang wujud di persekitarannya. Kecekapan

pengurus menggunakan kelebihan ini, akan

memberikan kelebihan berbanding pengurus lain

yang kurang berkemampuan dalam bidang ini.

Kelebihan ini bukan sahaja menjamin suatu

pengurusan yang baik bahkan akan membantu

meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.

3.2 Nilai Strategi

Nilai strategi merupakan salah satu elemen

yang penting dalam perancangan strategik. Ianya

dilaksanakan oleh ahli strategi di dalam sesebuah

organisasi. Setiap strategi yang dirancang akan

mengandungi nilai-nilai yang berbeza berdasarkan

beberapa kriteria berikut:

a) Minat

b) Pendidikan

c) Pergaulan

d) Kematangan

9

Page 10: pengurusan strategik

e) kemasyarakan

Pada kelazimannya, tidak semua ahli dalam

organisasi terlibat dalam penentuan strategi

sesebuah organisasi. Ahli strategi yang terlibat

dalam perbincangan menentukan halatuju organisasi

ialah seperti yang disenaraikan di bawah:

a) Pengurus Besar CEO

b) Ahli Lembaga Pengarah

c) Usahawan

d) Perancang Korporat

e) Pengurus Unit Strategi

f) Pengurus

g) Perunding

3.3 Kelulusan Dan Kebenaran

Sebelum sesuatu perancangan dapat diaplikasikan

dalam sesebuah organisasi, persetujuan untuk

mengunakan strategi tersebut mestilah diperolehi daripada

Pengurus Besar. Ini kerana perlaksanaan strategi tersebut

akan melibatkan semua ahli yang terdapat di dalam

sesebuah organisasi samada dari ahli bawahan sehingga

ke pentadbiran.

10

Page 11: pengurusan strategik

Sekiranya strategi yang dirancang dipersetujui, maka

pengurus akan menggunakan pendekatan yang terbaik

untuk menyediakan satu pasukan kerja yang memiliki

matlamat bagi mencapai segala objektif yang di gariskan.

Pengurus akan membuat pengarahan kepada penggunaan

strategi tertentu seterusnya membuat pengawalan kepada

ahlinya agar sentiasa mematuhi peraturan dan kehendak

organisasi bagi memastikan segala objektif sesebuah

organisasi dapat dicapai dengan jayanya(Abd Aziz 2003).

4.0 PROSES PERANCANGAN STRATEGIK

Proses perancangan strategik merupakan satu susunan

tindakan yang akan menghasilkan beberapa keputusan strategik

dan diikuti dengan tindakan perlaksanaan, pengawalan dan

mendapatkan maklum balas mengenai strategi yang telah

digunakan. Mengikut Zainal Abidin Mohamad (1994), proses

perancangan strategik boleh dikategorikan kepada beberapa

peringkat sperti yang dinyatakan di bawah:

4.1 Analisis Persekitaran Am

Analisis ini bertujuan untuk mengenal pasti

keadaan sekeliling yang bakal dihadapi oleh

sesebuah organisasi dari segi ancaman dan peluang

11

Page 12: pengurusan strategik

yang wujud. Ia termasuk analisis sosiobudaya

setempat yang mempengaruhi persekitaran. Selain

itu, senario politik juga dianalisis bagi mengetahui

tahap kestabilan negara serta penguatkuasaan

undang-undang negara yang meliputi hak-hak

pekerja, keselamatan tempat kerja, kuota sesuatu

barangan, pemilihan lokasi pembinaan dan

sebagainya.

Teknologi masa kini juga turut menjadi agenda

utama yang dianalisis kerana perkembangan

teknologi pada hari ini terlalu pantas dan terlalu

banyak perubahan serta peningkatan tahap

kecekapan sesebuah organisasi dengan bantuan alat

yang berteknologi tinggi. Produktiviti telah

meningkat berkali ganda dan pengurangan pekerja

juga wujud disebabkan kebayakan kilang

menggunakan mesin dan jentera dengan

pengeluaran berskala besar sedangkan ia hanya

memerlukan beberapa orang sahaja untuk

menjalankan operasi tersebut.

Selain itu, analisis kedudukan ekonomi negara

juga penting dalam proses perancangan strategik.

Contohnya, ia berkaitan dengan Keluaran Negara

12

Page 13: pengurusan strategik

Kasar, kadar cukai, kadar pinjaman, pendapatan dan

perbelanjaan pengguna, inflasi serta deflasi, lebihan

dan kurangan perdagangan antarabangsa serta

devaluasi mata wang dan banyak lagi.

Penekanan terhadap analisis kesan ekologi dan

faktor iklim semasa memungkinkan sesebuah

organisasi yang mengeluarkan barangan bermusim

untuk mencari penyelesaian kepada situasi tersebut.

Ancaman ini akan menjadikan sesebuah organisasi

mengalami kerugian sekiranya tidak ada

penyelesaian alternatif kepada masalah tersebut.

Pengaruh daripada persekitaran akan memberikan

peluang kepada pengurus atau sebaliknya menjadi

ancaman kepada pengurus tersebut dalam

mengendalikan sesebuah organisasi.

4.2 Perancangan Senario

Perancangan senaria merupakan peramalan

serta pengandaian kepada sesuatu senario yang

mungkin dihadapi oleh sesebuah organisasi dengan

menggunakan beberapa kaedah antaranya ialah:

4.2.1 Kaedah Rip Van Wingkle

Membuat ramalan terhadap keadaan

persekitaran untuk tempoh masa tiga

13

Page 14: pengurusan strategik

hingga lima tahun akan datang dan

mengandaikan pengurus sedang tidur dan

akan bangun semula selepas waktu

tersebut. Senario ini mengandaikan apakah

yang akan terjadi dalam tempoh masa

tertentu dan berusaha membuat

perancangan yang sesuai untuk

menanganinya kelak.

4.2.2 Perancangan Senario Terpimpin

Beberapa individu yang berpengalaman

bersidang dan membentangkan gambaran

tentang persekitaran semasa yang diketahui

umum. Mereka akan mencadangkan

beberapa senario yang lebih baik untuk

dibincangkan bersama.

4.2.3 Perancangan Senario Terarah

Dalam senario ini, didapati ketua

sesebuah organisasi itu sendiri yang akan

memaklumkan perancangan strategik yang

diambil berdasarkan senario yang wujud.

Hanya ketua pengurus yang berpengalaman,

mempunyai hubungan yang meluas dengan

semua staf serta berwibawa mampu

14

Page 15: pengurusan strategik

memberikan ramalannya terhadap senario

yang diandaikannya. Pada kebiasaanya ketua

pengurus akan berbincang dengan penolong

pengurus sebelum mengumkan perancangan

strategiknya kepada ahli dalam organisasi.

4.3 Analisis Persekitaran Industri

Analisis persekitaran industri ini dilakukan

untuk meninjau beberapa komponen yang dilihat

dapat mempengaruhi perkembangan sesebuah

organisasi yang beroperasi dalam pasaran terbuka

antaranya ialah:

a) Pembeli

b) Pembekal

c) Pesaing

d) Barang pengganti

e) Kumpulan sasaran

f) Bakal pesaing

g) Buruh

4.4 Analisis Dalaman

Analisis dalaman merupakan analisis terhadap

maklumat yang diperolehi daripada sesebuah

organisasi itu sendiri. Ia melibatkan kemampuan

serta kekuatan dalaman sesebuah organisasi degan

15

Page 16: pengurusan strategik

mengambil kira segala kos operasi, kos tetap,

pengurusan , perbelanjaan latihan, penyelidikan,

kedudukan organisai dan sebaginya. Analisis ini

digunakan untuk mencatur strategi yang lebih sesuai

berdasarkan kemampuan sesebuah organisasi.

Antara beberapa bahagian yang terlibat secara

langsung dalam membuat analisis dalaman ialah:

a) Bahagian Kewanagan

b) Bahagian Pengeluaran

c) Bahagian Sumber Manusia

d) Bahagian Pemasaran

4.5 Penyenaraian Strategi Alternatif

Dalam sesebuah organisasi, terdapat pelnagai

latar belakang pendidikan, pengalaman serta

kemahiran yang dimiliki oleh para pengurus dan

pengurus kanan, oleh yang demikian,

berkemungkinan strategi yang dikemukakan akan

menjadi lebih dari satu strategi. Semua strategi yang

dirasakan sesuai disenaraikan dan di bawa dalam

suatu perbincangan bersama pihak atasan dan akan

memilih stategi yang terbaik dan yang paling sesuai

dengan kemampuan sesebuah organisasi.

4.6 Analisis Dan Pemilihan Strategi

16

Page 17: pengurusan strategik

Pemilihan sesuatu strategi merupakan sesuatu

proses yang penting dalam menentukan strategi

yang paling sesuai dengan kemampuan organisasi.

Analisis dalam pemilihan membolehkan pengurus

membuat keputusan dengan lebih yakin dan tepat.

Terdapat beberapa teknik dalam menganalisis

strategi sesebuah organisasi antaranya :

a) Gambaran senario masa depan

b) Sinergi dan sumber

c) Jangka hayat produk

d) Kleuk Pengalaman

e) Analisis pulangan modal

f) Matriks KLAP (Kekuatan, Kelemahan,

Anacaman, Peluang)

g) Matriks NDTS ( Penilaian Kedudukan dan

Tindakan Strategi)

h) Matriks pemasaran

4.7 Perlaksanaan Strategi

Dalam melaksanakan sesuatu strategi,

pengurus mestilah sentiasa memantau perjalanan

dan keberkesanan sesuatu strategi. Terdapat

beberapa perkara yang perlu diambil kira oleh

17

Page 18: pengurusan strategik

pengurus dalam melaksanakan strategi antarnya

ialah:

a) Analisis perubahan

b) Matlamat Tahunan

c) Pengurangan halangan terhadap

perubahan

d) Analisi struktur organisai

e) Analisis budaya organisasi

f) Analisis pengurus dengan strategi

g) Analisis penggubalan dasar

h) Pembahagian sumber

i) Membina kepakaran sumber manusia

j) Mengubahsuai operasi

k) Menyemak insentif dan ganjaran

4.8 Pengawalan

Pengawalan merupakan satu tindakan yang

dilakukan oleh pengurus bagi mencapai matlamat

organisaisi. Pengurus mestilah faham dan

mengetahui objektif organisasi dengan jelas bagi

memastikan ahlinya mematuhi segala kehendak dan

arahan organisasi. Dalam melaksanakan kawalan

terdapat beberapa langkah yang boelh digunakan

iaitu:

18

Page 19: pengurusan strategik

a) Mengenal pasti prestasi yang perlu

diukur

b) Mengenal pasti piawaian prestasi

c) Mengenal pasti prestasi sebenar

d) Membandingkan dengan prestasi

sebenar

e) Melakukan tindakan pembetulan

4.9 Maklum Balas dan Penilaian.

Dengan adanya penilaian dan maklum balas

mengenai strategi yang dilaksanakan akan

membolehkan para pengurus membuat pembetulan

dan pembaikan kepada pengurusan sesebuah

organisasi. Pengurus berpeluang untuk membuat

perubahan strategi secara drastik sekiranya strategi

yang telah digunakan tidak bersesuaian dan tidak

mendatangkan keuntungan kepada organisasi.

5.0 PERLAKSANAAN STRATEGI

Perlaksanan strategi merupakan kesinambungan daripada

perbincangan sebelum ini iaitu perancangan serta pemilihan

strategi yang sesuai dengan sesebuah organisasi.

Walaubagaimanapun, kejayaan sesebuah organisasi bergantung

19

Page 20: pengurusan strategik

dengan perlaksanaan strategi yang telah dipilih. Sekiranya

pengurus telah menetapkan sesuatu strategi untuk dugunakan

namun tidak ada perlaksanaan terhadap strategi tersebut ia

turut menyebabkan kegagalan kepada sesebuah organisasi.

Sesebuah organisasi yang ingin mencapai objektif yang

telah ditetapkan mestilah menjalankan satu proses formulasi

sebelum melaksanakan strategi yang dipilih. Perkaitan antara

formulasi dan perlaksanaan amat ketara kerana kedua-duanya

akan menghasilkan kesan kepada organisasi. Gabungan

formulasi dan perlaksanaan telah mengahsilkan empat keadaan

iaitu:

a) Berjaya

Keadaan di mana sesebuah organisai yang

mempunyai gabungan formulasi dan perlaksanaan

yang baik. Keadaan ini membantu kepada

produktiviti dan mengurangkan risiko kerugian dalam

sesebuah organisasi.

b) Berpusing ( roulette)

Keadaan ini wujud apabila formulasi yang

digunakan agak lemah, tetapi perlaksanaan yang

dilakukan adalah baik. Oleh yang demikian ia akan

menyebabkan dua keadaan iaitu perlaksanaan yang

baik akan mengatasi kelemahan formulasi dan akan

20

Page 21: pengurusan strategik

memberi gambaran kepada pengurus bahawa

strategi yang digunakan kurang sesuai dan mencari

strategi yang lebih baik lagi. Keadaan kedua pula

ialah, apabila strategi yang digunakan tidak

berkesan maka formulasi baru akan dibuat walaupun

pada perlaksanaannya baik. Ini berkemungkinan,

produktiviti yang dihasilkan tidak begitu memuaskan.

Keadaan ini akan berterusan berpusing-pusing

sehingga produktiviti yang dikehendaki tercapai.

c) Sulit

Situasi ini wujud apabila sesuatu formulasi

dilakukan dengan sangat baik walaubagaimanapun

pada perlaksanaanya sangat lemah. Ini disebabkan

pengurus hanya menumpukan kepada pembuatan

formulasi tetapi mengabaikan perlaksanaan strategi.

Keadaan ini akan memberikan kesan yang negatif

kepasa sesebuah organisasi.

d) Gagal

Keadaan ini wujud akibat kelemahan dari segi

formulasi dan kelemahan dari segi perlaksanaan.

Pengurus akan mengahadapi kesukaran membawa

halatuju sesebuah organisasi. Situasi ini akan

menyumbang kepada kegagalan sesebuah

21

Page 22: pengurusan strategik

organisasi. Sepatutnya pengurus mesti memberi

keseimbangan kepada kedua-dua bahagian ini iaitu

formulasi dan perlaksanaan agar segala objektif yang

telah ditetapkan akan tercapai sepenuhnya.

5.1 Kemahiran Perlaksanaan Strategi

Dalam perlaksanaan strategi terdapat beberapa

kemahiran yang perlu diketahui iaitu:

5.1.1 Kemahiran Inetraksi

Pengurus harus bijak menggunakan kemahiran

ini bagi berinteraksi semasa menjalankan aktiviti

pengurusan. Ia bukan sahaja kemahiran

mempengaruhi para pekerja untuk melaksanakan

tugas pengarahan serta pengawalan bahkan ia

melibatkan interaksi dalaman seperti keupayaan

memahami situasi dan perasaan pekerja dan mampu

mengadakan muzakarah sesama ahli demi kebaikan

organisasi.

5.1.2 Kemahiran Pengagihan

Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan

seseorag pengurus untuk membuat jadual tugas dan

pembahagian masa, wang, dan sumber lain dengan

cekap. Dengan kemahiran ini pengurus dapat

22

Page 23: pengurusan strategik

mengelakkan pembaziran tenaga yang berlebeihan

di unit lain dan dapat menyalurkan lebihan tersebut

ke unit yang lain.

5.1.3 Kemahiran Pengendalian

Kemahiran ini membolehkan pengurus

menangani permasalahn yang tidak dijangka dengan

cepat serta efektif. Pengurus dapat mengeksploitasi

keadaan yang mendesak dengan lebih tenang dan

menyelamatkan kedudukan organisasi.

5.1.4 Kemahiran Mengorganisasi

Kemahiran ini memberikan kelebihan kepada

pengurus untuk mengatur ahli dalaman dalam

organisasi. Pengorganisasian yang cekap akan

mengelakkan kecelaruan dalam menjalankan

tugas dan memberikan panduan serta diskripsi

tugas yang jelas kepada para pekerja.

Pengurus yang memeliki kempat-empat

kemahiran ini akan mampu mengendalikan

sesebuah organisasi dengan cemerlang dan

mampu mengatasi segal masalah yang

dihadapi.

6.0 PERANCANGAN STRATEGIK DI MALAYSIA

23

Page 24: pengurusan strategik

Perancangan strategik di Malaysia boleh dilihat daripada

beberapa dokumen-dokumen tertentu. Dokumen tersebut ialah

Rancangan Pembangunan Malaysia keempat (80) dan kelima

(85-89)yang mana ianya dilengkapi dengan terminologi seperti

‚objektif jangka panjang’ dan strategi melaksanaklannya.

Selain itu, Institut Tadbiran Awam merupakan salah satu

badan yang terawal menguruskan kursus berkaitan dengan

perancangan strategik ini kepada pegawai-pegawai sekitar tahun

80an. Pada ketika itu amalan perancangan strategik hanya

berbentuk teori dan kursus sahaja dan perlaksanaannya hanya di

peringkat percubaan dan penyelidikan sahaja.

Walaubagaimanapun, perancangan strategik ini

sememangnya sudah berlaku dalam sektor awam dan swasta

tetapi secara tidak langsung dan tidak pernah dibentangkan

bagaimana cara-cara perlaksanaanya secara khusus.

Beberapa penyelidikan mengenai perancangan ini mula

dilalukan selepas tahun 80an antaranya ialah Han(85) telah

menerbitkan penyelidikan keatas gunaan teknik, operasi

penyelidikan dalam bank. Siti Maimon juga telah membuat

penyelidikan khusus kepada perancangan strategik di malaysia

dan beliau berkemungkinanan orang pertama menjalankan

penyelidikan tersebut. Beliau telah mendapai bahawa amalan

perncangan strategik telah berlaku dalam beberapa syarikat

24

Page 25: pengurusan strategik

pada waktu itu dan beliau menjadikan syarikat tersebut sebagai

responden kepada kajiannya.

Pada tahun 1985, Pelan Induk Perindustrian telah

dikeluarkan bagi menjelaskan dan menerangkan kepada

pegawai mengenai strategi dan objektif jangka masa panjang

kerajaan Malaysia.

Secara kesimpulannya, perancangan strategik di negara

kita, diamalkan secara rasmi dalam organisasi sekitar tahun

80an. Walaubagaimanapun perancangan strategik ini telah pun

digunapakai oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta pada

awal 60an secara tidak langsung dan tidak dinamakan dengan

perangan strategik pada waktu itu. Perancangan strategik ini

amat penting bagi negara kita sehingga dapat mengekalkan

kestabilan ekonomi negara dan keharmonian rakyat sehingga ke

hari ini.

7.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, perancangan strategik

didefinasikan sebagai suatu proses yang di ambil dalam setiap

organisasi serta sistem yang didirikan di dalamnya. Perancangan

ini sangat berguna kepada pera pengurus untuk menentukan

halatuju organisasi berdasarkan objektif yang telah ditetapkan

oleh organisai untuk jangka masa yang panjang.

25

Page 26: pengurusan strategik

Sesebuah organisasi yang cemerlang mempunyai satu

sistem pengurusan yang sistematik. Selain itu juga perancangan

strategik yang dilakukan dalam setiap organisasi menjadikan

organisasi tersebut lebih teguh dan mempunyai kredebeliti yang

sangat tinggi samada dari segi produktiviti, cara bakerja, cara

menyelesaikan masalah serta membuat keputusan.

Seharusnya setiap organisasi mengetahui dan mendalamai

sistem perancangan strategik kearah pengurusan organisasi

yang lebih strategik dan lebih berkesan. Walaupun pengunaan

perancangan strategik di negara kita sudah meluas kerana telah

dibuktikan dengan peningkatan produktiviti sesebuah organisasi,

namun masih terdapat organisasi yang masih belum mencapai

tahap yang cemerlang dari sudut pengurusannya.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab

seorag pengurus untuk memastikan memiliki kriteria lengkap

untuk menjadi seorang pengurus yang hebat dengan mendalami

ilmu pengurusan terutamanya ilmu pengurusan strategik agar

produktiviti sesebuah organisasi sentiasa di tahap yang

membanggakan.

26

Page 27: pengurusan strategik

BIBLIOGRAFI

Zainal Abidin Mohamed (1998). Pengurusan Strategik. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Dr. Ahmad Atory Hussain (1996). Pengurusan Sumber Dalam Organisasi Awam Dan Swasta. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Lukman Z. Mohamad dan Azmi abdul manaf (2003).Globalisasi di Malaysia. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

27

Page 28: pengurusan strategik

Muhamad Ali Embi,(2003). Konsep Asas Pengurusan Sumber Manusia. (Penggunaan konsep). Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mumtaz Began Hj Abd Kadir, Norasiken Bakar, Norhayati Ismail, (2002). Kualiti Dalam Pengurusan Sumber Manusia. Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Noraini Ahmad (2004). Budaya Kerja Cemerlang. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Ab. Aziz Yusof (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

http://pkukmweb.ukm.my/~ppa/04kakitgnpencetuskualiti.htm

www. fppsm.utm.my /jurnal/JK7DO6/JK7_Sharifahbaharum.pdf

www.suekainah.blogspot.com/2006/12/pengurusan-sumber-kualiti-yang-lazim.html

28