bab 8 sinopsis

7
BAB 8: PATIH GAJAH MADA DENGAN HANG TUAH Sinopsis Dan Peristiwa Penting Dalam bab ini memaparkan usaha-uasaha yang dilakukan oleh Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah di Majapahait. Tujua pembunuhan Hang Tuah ini adalah untuk menguasai negeri Melaka kerana Hang Tuah adalah tulang belakang kekuatan kerajaan Melaka. Terdapat beberapa peristiw apenting dalam usaha-usaha tersebut antaranya ialah: 1- Patih Gajah Mda berusaha hendak mencuri keris Taming Sari kepunyaan Hang Tuah. Untuk tujuan itu, Patih Gajah Mada menjemput Raja Melaka dan Hang Tuah untuk meriwayatkan kisah raja-raja dahulu kala. Semasa Hang Tuah asyik bercerita, pencuri upahan Patih Gajah Mada, Bima Sina Pati mencuri keris Taming Sari daripada Hang Tuah. Sebaliknya pula, Hang Tuah telah berjaya mencuri kembali keris Patih Gajah Mada. Apabila Betara Majapahit mengetahui perkara yang berlaku, Patih Gajah Mada mengembalikan keris Taming Sari kepada Hang Tuah dan Hang Tuah juga mengembalikan keris Patih Gajah Mada. Akhirnya, Patih Gajah MAda mendapat malu.

Upload: didamin

Post on 23-Jun-2015

728 views

Category:

Sports


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 8   sinopsis

BAB 8: PATIH GAJAH MADA DENGAN HANG TUAH

Sinopsis Dan Peristiwa Penting

Dalam bab ini memaparkan usaha-uasaha yang dilakukan oleh Patih Gajah Mada

untuk membunuh Hang Tuah di Majapahait. Tujua pembunuhan Hang Tuah ini

adalah untuk menguasai negeri Melaka kerana Hang Tuah adalah tulang belakang

kekuatan kerajaan Melaka. Terdapat beberapa peristiw apenting dalam usaha-usaha

tersebut antaranya ialah:

1- Patih Gajah Mda berusaha hendak mencuri keris Taming Sari kepunyaan Hang

Tuah. Untuk tujuan itu, Patih Gajah Mada menjemput Raja Melaka dan Hang Tuah

untuk meriwayatkan kisah raja-raja dahulu kala. Semasa Hang Tuah asyik

bercerita, pencuri upahan Patih Gajah Mada, Bima Sina Pati mencuri keris Taming

Sari daripada Hang Tuah. Sebaliknya pula, Hang Tuah telah berjaya mencuri

kembali keris Patih Gajah Mada. Apabila Betara Majapahit mengetahui perkara

yang berlaku, Patih Gajah Mada mengembalikan keris Taming Sari kepada Hang

Tuah dan Hang Tuah juga mengembalikan keris Patih Gajah Mada. Akhirnya,

Patih Gajah MAda mendapat malu.

2- Hang Tuah dihidangkan dengan minuman yang memabukkan iaitu arak.

Walaupun Hang Tuah minum terlalu banyak, tetapi Hang Tuah langsung tidak

mabuk. Perkara ini menghairankan Patih Gajah Mada. Patih Gajah MAda terus

berusaha untuk membunuh terus berusaha untuk membunuh Hang Tuah di

Majapahit.

3- Patih Gajah Mada mengupah 70 orang untuk mengamuk di pasar dengan

merampas harta benda dan membunuh sesiapa sahaja. Untuk menghapuskan orang

mengamuk itu, Betara Majapahit berpura-pura meminta bantuan Raja Melaka.

Hang Tuah bersama Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu telah

Page 2: Bab 8   sinopsis

dapat membunuh orang-orang mengamuk itu. Kejadian ini telah menyebabkan

Patih Gajah Mada dan Betara Majapahit mendapat malu dengan perbuatan mereka

sendiri.

4- Seterusnya Patih Gajah Mada pergi berjumpa dengan Sang Winara Samentera

iaitu guru pendekar yang bertapa selama tujuh tahun dalam bumi, tidak makan dan

tidak tidur. Pertapaannya tujuh hari lagi akan tamat. Akan tetapi, akibat diganggu

oleh Patih Gajah Mada, Sang Winara Samentera membatalkan pertapaannya.

MEngikut firasat Sang Winara Samentera, Hang Tuah tidak akan mati dengan

senjata kerana Hang Tuah adalah murid kepada Sang Persata Nala di Gunung

Wirana Pura. Walau bagaimanapun, Sang Winara Samentara tetap ingin cuba

membunuh Hang Tuah bersama-sama dengan empat orang muridnya. Ketika

terserempak dengan Hang Tuah, Sang Winara Samentera menukarkan dirinya

menjadi kayu lalu diparang oleh Hang Tuah. Sang Winara Samentera pula bertukar

menjadi anjing, manakala Hang Tuah menukarkan dirinya menjadi harimau dan

menghalau anjing tersebut. Sang Winara Samentera malu kerana diperli oleh

muridnya lalu menukarkan dirinya menjadi kunang-kunang dan terbang di

kediaman Majapahit. Selepas itu Sang Winara Samentera bertukar menjadi kucing

menaiki rumah Hang Tuah. Ketika Hang Tuah ingin memarang, Sang Winara

Samentera bertukar pula menjadi harimau dan dihalau oleh Hang Tuah. Harimau

itu akhirnya melarikan diri ke rumah Patih Gajah MAda.

5- Oleh kerana malu, Sang Winara Samentera bersumpah akan membunuh diri jika

dia tidak berjaya membunuh Hang Tuah. Disebabkan itu, Sang Winara Samentera

telah pergi ke rumah Hang Tuah di Majapahit untuk bertikam. Dalam kejadian

tersebut, Hang Tuah berjaya memotong leher Sang Wirana Samentera. Kepala

Sang Wirana Samentera dibawa oleh murid-muridnya ke rumah Patih Gajah Mada

dan kepalanya ditaman di kaki Gunung Giri seperti wasiatnya.

Page 3: Bab 8   sinopsis

6- Atas cadangan Patih Gajah MAda, Betara Majapahit mengutudkan utusan

menjemput Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura untuk membunuh Hang

Tuah. Utusan tersebut gagal menemui Sang Persata Nala. Disebabkan hal

demikian, Patih Gajah Mada telah membohongi Betara MAjapahit dengan

mengatakan Sang Persata Nala tidak dapat datang kerana dalam pertapaan.

7- Sebelum pulangke Melaka, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang ekir

dan Hang Lekiu memasuki taman larangan Betara Majapahit. Mereka bersukaria

dengan menyanyi dan berpantun. Perbuatan tersebut telah menimbulkan

kemarahan Patih Gajah Mada. Disebabkan peristiwa ini, Betara Majapahit telah

mengupah 1000 orang untuk menangkap Hang Tuah lima bersaudara tetapi dapat

dikalahkan oleh mereka berlima.

8- Hang Tuah lima bersaudara telah menghadap Betara Majapahit ketika Raja

Melaka mengadap.Hang Tuah menyatakan kepada Betara Majapahit bahawa

mereka tidak mengetahui bahawa taman itu taman larangan. Betara Majapahit

berasa malu kerana usahanya untuk membunuh Hang Tuah tidak berjaya. Untuk

menutup malu, Betara Majapahit mengatakan baginda tidak marah dengan

perbuatan Hang Tuah lima bersaudara itu.

9- Hang Tuah memberitahu Raja Melaka bahawa mereka mengkhianati taman

larangan tersebut kerana Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada hendak

membunuhnya. Hang Tuah lima bersaudara berjanji akan menghancurkan

Majapahit seandainya berlaku sesuatu ke atas rombongannya semasa dalam

perjalanan pulang ke Melaka.

10- Sebelum pulang ke Melaka bersama-sama dengan Raja Melaka dan Raden Mas

AYu, Hang Tuah berjumpa dan meminta maaf kepada Patih Gajah MAda. Dalam

perjalanan pulang, Raja Melaka singgah di Tuban selama tujuh hari dan Jayakarta

Page 4: Bab 8   sinopsis

selama tujuh hari juga. Selepas itu, baginda singgah di Palembang untuk bertanya

khabar adiknya Sang Satiaka dan Sang Jaya Nataka, Raja Benua KEling serta

ayahanda dan bondanya di Bukit Siguntang Mahabiru.

11- Kepulangan rombongan Melaka dari Majapahit disambut secara besar-besaran

oleh Bendahara Paduka Rja dan Temenggong Sarwa Raja. Raden Mas AYu pula

dijadikan sebagai permisuri Raja Melaka.

Watak

-Hang Tuah

- Patih Gajah Mada

- Betara Majapahit

- Bima Sina Pati

- Sang Winara Sementera

- Anjing

- Harimau

- Kunang-kunang

- kucing

- Raja Melaka

- Raden Mas Ayu

- Bendahara Paduka Raja

- Temenggong Sarwa Raja.

Page 5: Bab 8   sinopsis

Latar Tempat

- Majapahit- Tuban- Jayakarta- Palembang- Melaka

Soalan Konteks