bab 8 perubahan penduduk

5
Bab 8 Perubahan penduduk Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia 1. Sesebuah Negara mengalami perubahan dari semasa ke semasa. 2. Perubahan ini menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau static(tidak berubah) dalam setahun. 3. Jumlah penduduk Negara Malaysia telah bertambah dari 20 juta orang pada tahun 1995 kepada 23 juta orang pada tahun 2000. 4. Perubahan ini adlh akibat pertambahan semula jadi dan migrasi. 5. Pertambahan semula jadi berkaitan dgn kadar kelahiran dan kadar kematian. 6. Kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi adlh factor-factor yg mempengaruhi perubahan jumlah penduduk dalam sesebuah Negara. 7. Faktor migrasi dibahagikan kepada 2; imigrasi dan emigrasi. 8. Jumlah penduduk akn bertambah apabila jumlah orang masuk ke dalam Negara(imigrasi) melebihi jumlah orang yg keluar dr Negara(emigrasi). 9. Imigrasi- perpindahan masuk penduduk dr luar Negara ke Negara Malaysia. 10. Emigasi- perpindahan keluar penduduk Negara Malaysia ke luar Negara. Kadar Kelahiran 1. Kadar kelahiran diperoleh dgn membandingkan jumlah kelahiran bayi dgn jumlah penduduk pd pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 penduduk. 2. Kadar ini disebut sebagai kadar kelahiran kasar. 3. Kaedah untuk mengira kadar kelahiran kasar: Kadar kelahiran kasar Jumlah kelahiran dalam setahun = -------------------------------------------------- x 1000 Jumlah penduduk pada pertengahan tahun Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran 1. Faktor-faktor yg mempengaruhi kadar kelahiran; Dasar Kependudukan Negara, taraf pendidikan, amalan perancangan keluarga, kerjaya dan status wanita, perkahwinan lewat, taraf hidup dan ekonomi keluarga, peluang pekerjaan dan sosiobudaya dan agama. 2. Di bawah Dasar Kependudukan Negara, kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk dengan matlamat Negara mencapai jumlah penduduk 70 juta orang menjelang akhir abad ke-21. 3. Dengan jumlah penduduk 70 juta orang, Negara dapat menyediakan tenaga kerja, meningkatkan daya pengeluaran Negara, meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengukuhkan kedudukan politik serta keselamatan Negara. 4. Kerajaan memberikan pelbagai galakan untuk menggalakkan kelahiran seperti pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah.

Upload: syaiina

Post on 25-Sep-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

nota

TRANSCRIPT

Bab 8 Perubahan penduduk

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Penduduk Negara Malaysia1. Sesebuah Negara mengalami perubahan dari semasa ke semasa.2. Perubahan ini menyebabkan penduduk bertambah, berkurang atau static(tidak berubah) dalam setahun.3. Jumlah penduduk Negara Malaysia telah bertambah dari 20 juta orang pada tahun 1995 kepada 23 juta orang pada tahun 2000.4. Perubahan ini adlh akibat pertambahan semula jadi dan migrasi.5. Pertambahan semula jadi berkaitan dgn kadar kelahiran dan kadar kematian.6. Kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi adlh factor-factor yg mempengaruhi perubahan jumlah penduduk dalam sesebuah Negara.7. Faktor migrasi dibahagikan kepada 2; imigrasi dan emigrasi.8. Jumlah penduduk akn bertambah apabila jumlah orang masuk ke dalam Negara(imigrasi) melebihi jumlah orang yg keluar dr Negara(emigrasi).9. Imigrasi- perpindahan masuk penduduk dr luar Negara ke Negara Malaysia.10. Emigasi- perpindahan keluar penduduk Negara Malaysia ke luar Negara.

Kadar Kelahiran1. Kadar kelahiran diperoleh dgn membandingkan jumlah kelahiran bayi dgn jumlah penduduk pd pertengahan tahun berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.2. Kadar ini disebut sebagai kadar kelahiran kasar.3. Kaedah untuk mengira kadar kelahiran kasar:

Kadar kelahiran kasarJumlah kelahiran dalam setahun= -------------------------------------------------- x 1000Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kelahiran1. Faktor-faktor yg mempengaruhi kadar kelahiran;Dasar Kependudukan Negara, taraf pendidikan, amalan perancangan keluarga, kerjaya dan status wanita, perkahwinan lewat, taraf hidup dan ekonomi keluarga, peluang pekerjaan dan sosiobudaya dan agama.2. Di bawah Dasar Kependudukan Negara, kerajaan menggalakkan pertambahan penduduk dengan matlamat Negara mencapai jumlah penduduk 70 juta orang menjelang akhir abad ke-21.3. Dengan jumlah penduduk 70 juta orang, Negara dapat menyediakan tenaga kerja, meningkatkan daya pengeluaran Negara, meningkatkan kuasa beli rakyat dan mengukuhkan kedudukan politik serta keselamatan Negara.4. Kerajaan memberikan pelbagai galakan untuk menggalakkan kelahiran seperti pengecualian cukai tanggungan, cuti bersalin dan bayaran rawatan yang rendah.5. Perkembangan ekonomi yang pesat di Negara Malaysia membolehkan kerajaan menyediakan kemudahan pendidikan, perubatan dan kemudahan asas yang telah membantu meningkatkan taraf hidup penduduk.6. Kini, kaum wanita banyak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan menjawat jawatan tinggi.7. Kebanyakan daripada mereka lewat berkahwin dan hal ini menyebabkan kadar kesuburan yang rendah dan mengurangkan kadar kelahiran.8. Keadaan ekonomi yang stabil dan baikdi Negara kita telah menambah peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf kehidupan.9. Pasangan suami isteri mengamalkan perancangan keluarga untuk menjarakkan kadar kelahiran.10. Oleh itu, kadar kelahiran bayi dapat dikurangkan dan mengehadkan saiz keluarga.11. Banyak penduduk Malaysia yang menikmati taraf hidup dan pendidikan yang lebih tinggi, mengamalkan perancangan keluarga.12. Faktor sosiobudaya dan agama juga mempengaruhi kadar kematian.13. Sesetengah masyarakat percaya bahawa semakin banyak anak, rezeki keluarga tersebut akan bertambah. Pemikiran ini akan meningkatkan kadar kelahiran.14. Sebilangan masyarakat merancang saiz keluarga kecil untuk memberikan kehidupan yang berkualiti.15. Pada umumnya, setiap agama di Negara Malaysia menggalakkan penganutnya mempunyai banyak anak.16. Hal ini akan meningkatkan kadar kelahiran dan saiz keluarga akan bertambah besar.

Kadar Kematian1. Kadar kematian iaitu jumlah bilangan kematian yang dibandingkan dengan jumlah penduduk pada pertengahan tahun yang berkenaan bagi setiap 1000 penduduk.2. Kaedah untuk mengira kadar kematian kasar ialah:

Kadar kematian kasar

Jumlah kematian dalam setahun=--------------------------------------------------x 1000Jumlah penduduk pada pertengahan tahun

3. Kadar kematian kasar Negara Malaysia telah menurun jika dibandingkan dengan tahun 1980.4. Pada tahun 1980 terdapat 6.4 kematian bagi setiap 1000, pada tahun 2001 penduduk dan kadar kematian menurun kepada 4.4.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kadar Kematian1. Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar kematian ialahtaraf kesihatan dan kemajuan perubatan, dasar kerajaan(kawalan penyakit), bekalan makanan, wabak penyakit, taraf hidup, taraf pendidikan dan bencana alam.2. Kerajaan Malaysia telah menyediakan pelbagai perkhidmatan serta kemudahan perubatan dan kesihatan yang baikbagi mengurangkan kadar kematian.3. Contohnya, kawalan penyakit, rawatan ibu mengandung dan suntikan imunisasi.4. Suntikan awal seperti BCG (untuk batuk kering) dan Hepatitis B diberikan kepada bayi, manakala suntikan tetanus dan cacar diberikan kepada kanak-kanak dan murid.5. Wabak penyakit seperti demam denggi, taun dan batuk kering dapat dikawal dan diubati dengan kemajuan dalam bidang perubatan.6. Kemudahan kesihatan seperti hospital, klinik dan pusat-pusat kesihatan disediakan di luar Bandar.7. Kerajaan berusaha untuk menambahkan bilangan kakitangan perubatan.8. Pertambahan bilangan hospital kerajaan dan swasta juga telah meningkatkan kemudahan rawatan pakar.9. Pendidikan kesihatan di sekolah-sekolah memberikan maklumat kepada pelajar-pelajar bagi menjauhi penyakit dan menjaga kesihatan.10. Taraf pendidikan yang tinggi di kalangan penduduk memberikan kesedaran yang tinggi tentang penjagaan kesihatan.11. Mereka semakin mengutamakan kesihatan dalam kehidupan.12. Kemajuan ekonomi Negara Malaysia telah membolehkan penduduk Negara ini menikmati taraf hidup rakyat yang mampu memperoleh rawatan kesihatan dan makanan yang sempurna.13. Keadaan politik yang stabil menyebabkan penduduk dapat hidup dalam suasana aman. Peperangan yang berlaku di sesetengah Negara menyebabkan peningkatan kadar kematian.14. Kadar kematian akibat bencana alam seperti banjir dan tsunami di Malaysia adalah sedikit.15. Bekalan air bersih, system pembetungan dan sampah yang teratur dapat menghindari penyakit dan menurunkan kadar kematian.16. Kempen anti-merokok, serta kempen kesedaran tentang penyakit AIDS, SARS dan kempen bahaya kencing manis diadakan melalui media massa oleh kerajaan.17. Kemudahan perubatan dan kesihatan serta pemakanan yang baik dan seimbang telah memanjangkan jangka hayat penduduk Malaysia.18. Rantau Asia Tenggara mengalami pertambahan penduduk yang tinggi dari tahun 1950 hingga 1975 keranakadar kelahiran yang tinggi dan taraf kesihatan yang bertambah baik.

MIGRASI1. Migrasi ialah proses penghijrahan(perpindahan) penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain.2. Terdapat dua jenis migrasi;migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.3. Kawasan yang menerima kemasukan penduduk akan mengalami pertambahan penduduk, manakala kawasan yang penduduknya keluar akan mengalami kekurangan penduduk.4. Migrasi dipengaruhi oleh factor tarikan dan factor tolakan.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi1. Faktor-faktor yang mepengaruhi migrasi di Malaysia ialah keadaan politik yang stabil, banyak peluang pekerjaan dan kekurangan tenaga pekerja.2. Faktor tarikan yang menarik pelaburan asing dan pekerja asing ke Malaysia ialah keadaan politik ang stabil.3. Peluang pekerjaan yang banyak dalam sector pertanian, perindustrian dan pembinaan telah menyebabkan kemasukan banyak buruh asing(imigran) ke Negara Malaysia.4. Terdapat dua golongan imigran yang bekerja di Malaysia iaitu pekerja mahir(ikhtisas) dan pekerja tidak mahir.5. Pekerja mahir bekerja dalam bidang perubatan, pendidikan, pengurusan dan pembinaan.6. Pekerja tidak mahir bekerja sebagai buruh kontrak dalam sector pertanian, pembinaan dan sebagai pembantu rumah.7. Faktor tolakan yang menyebabkan penduduk Negara Malaysia berhijrah ke luar Negara ialah peluang pekerjaan yang lebih baik di Negara lain.8. Emigran ini terdiri daripada golongan professional seperti doctor, jurutera, akauntan, peniaga dan pesara. Mereka berhijrah ke Australia, Kanada, Britain, Amerika Syarikat dan New Zealand.9. Emigran ini terdiri juga daripada golongan pekerja separuh mahir dan mahir. Mereka bekerja di Singapura, Negara Asia Barat(seperti Arab Saudi), Jepun dan Taiwan.10. Migrasi dalaman berlaku apabila penduduk berhijrah dari satu kawasan atau negeri ke kawasan lain atau negeri dalam Negara.11. Jenis migrasi juga mempengaruhi mempengaruhi perubahan penduduk di sesebuah daerah atau negeri.12. Kawasan yang mengalami migrasi keluar penduduk akan mempunyai penduduk yang berkurang.13. Kawasan yang mengalami migrasi masuk penduduk akan mempunyai pertambahan penduduk.14. Di Bandar, terdapat factor tarikan, iaitu banyak peluang pekerjaan, perkhidmatan social yang lebih baik, kemudahan awam dan peluang pendidikan tinggi.15. Penghijrahan dari luar Bandar dan Bandar kecil ke Bandar besar disebabkan oleh factor tolakan seperti kekurangan pekerjaan, tanah, perkhidmatan social dan kemudahan asas di tempat asal.

Perubahan Penduduk Negara Malaysia Pada Masa Depan

1. Kadar kelahiran di Malaysia telah menurun kepada 4.4 orang pada tahun 2001.2. Keadaan ini menyebabkan kekurangan tenaga buruh khasnya dalam sector pertanian, perkhidmatan dan pembinaan.3. Keadaan ini menyebabkan kemasukan buruh asing bagi memenuhi keperluan tenaga pekerja ini.4. Jangka hayat yang panjang menyebabkan peningkatan jumlah warga tua dan hal ini akan meningkatkan kos rawatan dan kesihatan.5. Langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang mungkin timbul akibat ciri penduduk masa depan Malaysia adalah dengan menggalakkan pasangan suami isteri mempunyai keluarga besar bagi menambahkan jumlah penduduk.6. Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja pada masa depan:a)Robot dapat digunakanb)Mengadakan perkhidmatan layan diri di restoran dan stesen minyakc)Meningkatkan usia persaraand)Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dengan tawaran gaji yang tinggi