taburan penduduk

15

Upload: nurazleenazwin

Post on 21-Dec-2014

5.461 views

Category:

Education


11 download

DESCRIPTION

TABURAN PENDUDUK MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH : NURAZLEEN AZWIN 2AA - SMKDHAB

TRANSCRIPT

Page 1: Taburan Penduduk
Page 2: Taburan Penduduk

Taburan Penduduk

• Taburan penduduk bermaksud pola sebaran penduduk di dalam sesuatu kawasan atau sesebuah negara.

• Ada tiga pola taburan yang nyata, iaitu :- padat- sederhana

- jarang

Page 3: Taburan Penduduk

Kawasan Penduduk Padat• Kawasan yang berpenduduk padat mempunyai lebih 200 orang sekilometer

persegi.• Terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia terutama di bandar-

bandar.• Menyediakan pelbagai kemudahan awam seperti hospital, institusi pengajian

tinggi dan sebagainya.• Contoh kawasan :

- Dataran Kedah-Perlis- Pulau Pinang dan Seberang Perai- Dataran Kelantan- Lembah Klang- Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Georgetown

Page 4: Taburan Penduduk

Kawasan Penduduk Sederhana

• Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.

• Terdapat di kawasan kaki bukit atau luar bandar.• Disediakan dengan kemudahan awam, infrastruktur dan perkhidmatan.• Contoh kawasan :

- Lembah Sungai Pahang- Lembah Sungai Baram- Rancangan tanah FELDA seperti Jangka Tiga Segi, Pahang.- Pekan-pekan kecil seperti Pekan Nanas dan Tuaran- Pantai Barat Sarawak dan Sabah

Page 5: Taburan Penduduk

Kawasan Penduduk Jarang• Kawasan yang berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang

sekilometer persegi.• Kawasan ini termasuk kawasan pergunungan yang berhutan tebal, paya dan

pedalaman yang terpencil.• Contoh kawasan :

- Kawasan pedalaman yang bergunung-ganang seperti Banjaran Titiwangsa.- Pedalaman Sabah dan Sarawak seperti Banjaran Crocker- Kawasan paya di pantai Sarawak

Page 6: Taburan Penduduk
Page 7: Taburan Penduduk

Kepadatan Penduduk

• Kepadatan penduduk merujuk kepada bilangan penduduk yang terdapat dalam satu kilometer persegi.

• Kepadaatan penduduk dikira dengan membahagikan jumlah penduduk dengan luas kawasan tersebut.

Kepadatan= Jumlah Penduduk

Keluasan

= 2 071 506 orang

1 24 450 km

= 17.0 orang sekm persegi

Page 8: Taburan Penduduk

Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan penduduk

Sosioekonomi Pengangkutan danPerhubungan

Perkhidmatan danPendidikan

Bentuk Muka Bumi dan Tanih

Dasar Kerajaan /Governan

Sumber Mineral

Page 9: Taburan Penduduk

Bentuk Muka Bumi dan Tanih

• Kawasan tanah pamah, dataran dan lembah sungai di Semenanjung Malaysia mempunyai taburan penduduk padat.- rata dan sesuai untuk penanaman padi, getah dan kelapa sawit- memudahkan pembinaan rumah, industri dan jalan raya

• Kawasab tanah tinggi dan berpaya mempunyai taburan penduduk yang jarang.- tidak subur untuk pertanian dan memerlukan kos yang tinggi untuk dibangunkan

• Tanih aluvium yang terdapat di Sungai Kelantan dan Sungai Kedah sesuai untuk penanaman padi.- mempunyai taburan penduduk yang padat dan sederhana

• Tanih laterit yang terdapat di kawasan kaki bukit dan dataran beralun di Johor sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit.- mempunyai taburan penduduk sederhana

Page 10: Taburan Penduduk

Sumber Mineral

• Kawasan yang mempunyai sumber mineral seperti biji timah dan petroleum menjadi tumpuan penduduk kerana terdapat pelbagai peluang pekerjaan.

• Hasilnya, kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dengan kemudahan asas, infrastruktur dan perkhidmatan.

Page 11: Taburan Penduduk

Sosioekonomi• Sektor perindustrian di negara kita berkembang dengan pesat sejak merdeka• Contoh kawasan :

- Petaling Jaya- Shah Alam- Bayan Lepas

• Kilang-kilang di kawasan ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.• Taman-taman perumahan yang dibina di kawasan ini juga disediakan dengan

infrastruktur yang baik.

Page 12: Taburan Penduduk

Pengangkutan dan Perhubungan

• Sistem pengangkutan dan perhubungan yang baik membawa kepada tumpuan peduduk berhampiran jalan kereta api dan jalan raya.

• Jalan raya dan jalan kereta api yang dibina di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia menyebabkan pembukaan ladang getah dan kelapa sawit.- kawasan berpenduduk sederhana padat

Page 13: Taburan Penduduk

Perkhidmatan dan Pendidikan

• Perkhidmatan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti perdagangan, perniagaan, pentadbiran dan perlancongan.

• Bandar-bandar yang menjadi tumpuan penduduk :i ) Putrajaya – pentadbiranii ) Kota Kinabalu – perniagaan dan perdaganganiii ) Tanah Tinggi Cameron - perlancongan

• Bandar Baru Bangi dan Skudai juga berpenduduk padat kerana menjadi pusat pendidikan

Page 14: Taburan Penduduk

Dasar Kerajaan• Pembukaan Kampung Baru pada masa Zaman Darurat (1948 – 1960) mewujudkan

petempatan baru.• Penduduk yang tinggal berselerak di kawasan luar bandar ditempatkan dalam

kampung-kampung baru seperti :i ) Jinjang, Selangorii ) Sebarang Perai, Pulau Pinang

• FELDA menggalakkan penduduk luar bandar berpindah ke ladang-ladang yang baru dibuka di kawasan luar bandar.- mempunyai penduduk sederhana padat

• Dasar kerajaan ini menyebabkan penduduk yang bertaburan di kawasan luar bandar ditempatkan dalam satu petempatan yang terancang.

• Beberapa bandar baru dibina di bawah dasar kerajaan untuk dijadikan pusat pentadbiran dan pusat perindustrian.

Page 15: Taburan Penduduk