bab 8 novel - bahasa melayu spm

19
PUSAT TUISYEN IMTIAZ BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 OLEH : MOHAMAD TARMIZI BIN MOHAMAD NORDIN Dalam novel ‘Kembara Amira’ ini mengisahkan tentang pengambaraan yang ditempuhi oleh seorang remaja iaitu Amira Amit bersama rakannya iaitu Jacinta. Amira dan Jacinta bertolak ke Bukit Mat Raya bagi mengisi waktu lapang cuti persekolahan mereka. Tujuan mereka ke sana adalah untuk menyertai pasukan ibunya, Profesor Zaidah yang terlibat dengan kajian arkeologi di Gunung Mat Raya. Jacinta mengikut Amira kerana dia tidak ingin bercuti bersama ayah dan ibu tirinya di London. Semasa menaiki kereta api, Amira terpandang gelagat seorang lelaki berkulit gelap yang tidur dengan nyenyak. Apabila mereka tiba di Stesen Dahan Hijau, mereka telah dibawa ke tapak arkeologi itu oleh Pak Lias. Pak Lias telah diamanahkan oleh Profesor Zaidah untuk membawa mereka berdua. Amira telah berkenalan dengan Malique seorang pemuda yang sama dalam kereta api di Air Terjun Angin. Amira masih tertanya-tanya akan tujuan Malique datang ke Gunung Mat Raya. Suatu hari, ketika Amira menunggu Malique di air terjun, Amira telah terjatuh dan dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Itai dan Tau yang berketurunan orang asli Semai telah menyelamatkan Amira daripada mati lemas. Jacinta juga turut hilang di dalam hutan kerana mencari Amira namun dapat ditemui semula oleh Tau. Amira telah dimarahi oleh ibunya kerana tindakannya itu menganggu perjalanan kajian arkeologi beliau. 1

Upload: mohamad-tarmizi

Post on 16-Sep-2015

53 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

SPM Wilayah Utara

TRANSCRIPT

PUSAT TUISYEN IMTIAZBAHASA MELAYU TINGKATAN 5OLEH : MOHAMAD TARMIZI BIN MOHAMAD NORDIN

Dalam novel Kembara Amira ini mengisahkan tentang pengambaraan yang ditempuhi oleh seorang remaja iaitu Amira Amit bersama rakannya iaitu Jacinta. Amira dan Jacinta bertolak ke Bukit Mat Raya bagi mengisi waktu lapang cuti persekolahan mereka. Tujuan mereka ke sana adalah untuk menyertai pasukan ibunya, Profesor Zaidah yang terlibat dengan kajian arkeologi di Gunung Mat Raya. Jacinta mengikut Amira kerana dia tidak ingin bercuti bersama ayah dan ibu tirinya di London. Semasa menaiki kereta api, Amira terpandang gelagat seorang lelaki berkulit gelap yang tidur dengan nyenyak. Apabila mereka tiba di Stesen Dahan Hijau, mereka telah dibawa ke tapak arkeologi itu oleh Pak Lias. Pak Lias telah diamanahkan oleh Profesor Zaidah untuk membawa mereka berdua.

Amira telah berkenalan dengan Malique seorang pemuda yang sama dalam kereta api di Air Terjun Angin. Amira masih tertanya-tanya akan tujuan Malique datang ke Gunung Mat Raya. Suatu hari, ketika Amira menunggu Malique di air terjun, Amira telah terjatuh dan dihanyutkan oleh arus sungai yang deras. Itai dan Tau yang berketurunan orang asli Semai telah menyelamatkan Amira daripada mati lemas. Jacinta juga turut hilang di dalam hutan kerana mencari Amira namun dapat ditemui semula oleh Tau. Amira telah dimarahi oleh ibunya kerana tindakannya itu menganggu perjalanan kajian arkeologi beliau.

Semasa berada di kajian arkeologi itu, kumpulan Profesor Zaidah telah menemukan karpus atau tulang pergelangan tangan manusia, barang-barang tinggalan manusia zaman silam seperti tembikar dan kapak batu. Amira pula berjaya menemukan bekas air yang sempurna bentuknya iaitu barang tinggalan manusia pada zaman silam itu. Selain itu, mereka juga menjumpai kapak batu di Gunung Gua Gajah dengan bantuan Tau.

Pelbagai peristiwa yang aneh dan ganjil telah dialami oleh mereka, seperti mendengar pelbagai bunyi pada waktu malam, tali khemah mereka dipotong, dan terdapat kesan tapak kaki manusia di kawasan kerja lapangan itu dijalankan. Profesor Zaidah turut mengalami kecederaan di lengannya kerana kereta pacuan empat roda yang dipandu oleh Pak Lias di dalam hutan itu mengalami kemalangan. Hal ini kerana brek kereta yang dipandu oleh Pak Lias tidak berfungsi. Ludin, iaitu ketua kampung orang asli yang juga bapa angkat Itai telah membantu Profesor Zaidah dengan merawat kecederaan Profesor Zaidah menggunakan kaedah rawatan tradisional iaitu menggunakan daun kayu, herba dan buluh.

Malique yang menganggotai kumpulan pencari emas juga mengalami kemalangan akibat kereta pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas ke dalam gaung sewaktu hujan lebat ketika hendak mencari pekerja yang hilang. Malique pengsan dan tulang kakinya didapati telah patah. Malique bernasib baik kerana dia telah diselamatkan oleh makhluk yang berbulu tebal tetapi disembunyikan dan dikurung di dalam sebuah gua di Gunung Gua Gajah oleh makhluk itu. Kehilangan Malique telah menyebabkan kawan-kawannya berasa bimbang dan mereka berusaha untuk mencari Malique. Amira pula meminta bantuan Itai untuk mencari Malique.

Tau mengajak mereka ke Gua Gajah dan di situ Amira terjumpa mobile disk kepunyaan Malique di dalam gua itu. Hal itu menyebabkan Amira berasa yakin bahawa Malique masih hidup dan berada tidak jauh dari kawasan Gua Gajah. Amira kemudiannya meminta bantuan Itai untuk mencari Malique. Pak Lias, Jacinta, Roslan, Profesor Zaidah dan Ludin turut bersama-sama dengan Amira dan Itai untuk mencari Malique. Pada masa yang sama, ibu Malique, iaitu Jennifer dan OHara tiba dan turut sama menyertai gerakan itu.

Malique yang cedera akibat kemalangan itu, dijaga dan dirawat oleh Tau di dalam gua itu. Tau mempercayai bahawa Malique ialah Sabi iaitu anak kandungnya dengan Ipah. Tau yang menyamar sebagai makhluk berbulu lebat dengan memakai sarung beruang cuba bertindak kasar kepada Pak Lias kerana dia tidak membenarkan mereka membawa Malique keluar dari situ. Ludin sempat tiba pada masanya dan dia menasihati Tau supaya jangan bertindak sebegitu dan menerima keadaan itu dengan rasional.

Akhirnya segala rahsia yang tersimpan didedahkan oleh Jennifer. Jennifer mengakui bahawa Malique sebenarnya ialah Sabi iaitu anak yang dilarikannya dulu kerana mengikut Johnny. Dia juga mengakui bahawa Tau ialah suaminya dan Itai ialah adik Malique. Akhirnya Itai dapat bertemu dengan abang dan juga ibu kandungnya sendiri. Malique membuat keputusan untuk tinggal di situ buat sementara waktu dengan bapa dan adik kandungnya.

Amira meneruskan pengajiannya dalam bidang aeroangkasa di sebuah universiti di Kuala Lumpur. Itai pula melanjutkan pengajiannya dalam bidang perubatan. Malique pula meneruskan projek teknologi maklumat (IT) di kampungnya termasuklah di Dahan Hijau dan dibantu oleh Roslan. Jacinta berada di Paris kerana menguruskan perniagaan fesyen di syarikat milik bapanya. Dr. Zawawi pula sudah menukar profesionnya iaitu dia melibatkan diri dengan projek swasta yang mengesan khazanah Melayu yang hilang dan tenggelam di dalam laut. Profesor Zaidah masih meneruskan projeknya di Bukit Mat Raya iaitu dalam fasa keempat dan tempat Dr.Zawawi diambil-alih oleh Rusdi.TEMADalam novel Kembara Amira tema yang ditekankan ialah kesanggupan remaja untuk menyertai aktiviti lasak dan mencari pengalaman yang mencabar bagi mengisi waktu cuti persekolahan.PERSOALAN

WATAK DAN PERWATAKANWatak Utama Amira Amir Berusia 17 tahun

Seorang pelajar sekolah

Rakan sebilik Jacinta di sekolah swasta

Anak tunggal Profesor Zaidah

Ayahnya, Amir seorang jurutera komputer di salah sebuah syarikat multinasional di Malaysia

Perwatakan PenyayangAmira seorang yang sangat penyayang. Dia sangat menyayangi ibu dan kawan-kawannya. Sebagai contoh, dia menolong ibunya melakukan kajian lapangan di Bukit Raya. Amira juga menyayangi kawannya iaitu Jacinta dengan menemani Jacinta tidur kerana keletihan setelah pengsan di celah-celah akar pokok balak.

Menghormati orang tuaApabila Amira tiba di khemah kerja, dia memberi salam kepada ibunya iaitu Profesor Zaidah.

PandaiAmira merupakan pelajar yang pintar dalam pelajaran. Selepas tamat persekolahan, Amira telah melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Kuala Lumpur dalam bidang aeroangkasa.

Bersifat Keanak-anakanAmira bergurau dengan mengatakan bahawa Jacinta telah jatuh hati kepada Dr.Zawawi ketika mereka menjalankan kajian di Gua Niah.

BeraniSemasa kehilangan Malique, Amira bersama-sama dengan Itai, Pak Lias dan Roslan mengambil keputusan untuk mendaki Gunung Gua Gajah.

Prihatin Amira prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh kawannya, Jacinta. Bagi mengurangkan Jacinta berfikir mengenai masalah keluarganya, Amira mengajak Jacinta untuk pergi ke Bukit Mat Raya.

BerkeyakinanAmira begitu yakin bahawa mobile disk yang ditemuinya di dalam gua di Gunung Gua Gajah adalah milik Malique. Dia juga yakin bahawa Malique berada di dalam gua.

Taat kepada AgamaAmira menunaikan solat Subuh yang ditinggalkannya di Stesen Dahan Hijau kerana dia berada dalam kereta api.Watak Sampingan 1) Jacinta Berusia 17 tahun

Gadis berketurunan Cina

Bapanya seorang jutawan dan telah berkahwin lain selepas isterinya meninggal dunia

Perwatakan PandaiJacinta terlibat dalam projek Pameran Saintis Muda 2002 dengan Amira

PrihatinJacinta amat prihatin akan kehilangan Malique. Dia memujuk-mujuk Itai bagi membantunya mencari Malique. Jacinta juga amat bimbangkan keselamatan Malique yang hilang.

BertanggungjawabJacinta seorang anak yang bertanggungjawab. Dia telah membantu ayahnya menguruskan perniagaan di Paris dalam bidang fesyen.

Setia KawanJacinta menemani Amira ke Bukit Mat Raya dan mengikuti kajian lapangan di Desa Karpus.

Kuat MerajukJacinta tawar hati dengan sikap ayahnya yang telah berkahwin lain. Dia tidak pergi ke London kerana tidak mahu bertemu dengan ibu tirinya. 2) Profesor Zaidah Ibu kepada Amira

Seorang pensyarah arkeologi di salah sebuah universiti tempatan

Berkhidmat hampir 25 tahun

Perwatakan PenyayangProfesor Zaidah amat menyayangi anaknya iaitu Amira. Beliau risau akan keselamatan Amira yang dihanyutkan oleh arus sungai. Hatinya berasa risau dan resah apabila mendapat tahu berita tersebut.PemaafWalaupun Amira melakukan kesilapan ketika di air terjun, beliau masih memaafkan kesalahan tersebut dan menasihati Amira agar lebih berhati-hati.

Gigih BerusahaProfesor Zaidah amat gigih berusaha semasa kajian arkeologi dijalankan. Beliau begitu tertarik apabila mengetahui Rusdi menemui penemuan terbaru iaitu kapak batu.

PenyabarProfesor sangat sabar apabila menjalankan kajian arkeologi dan melayan kerenah-kerenah pelajarnya yang tidak biasa berada dalam situasi sebegitu.

Berfikiran TerbukaProfesor berfikiran terbuka apabila membenarkan Ludin merawat tangannya yang terseliuh akibat kemalangan. Dr. Zawawi pada mulanya tidak membenarkan beliau dirawat dengan rawatan tradisional tetapi terpaksa mengalah apabila beliau membenarkan Ludin berbuat sebegitu. 3) Tau Adik kepada Lupin dan anak kepada Jidin

Bapa kandung Sabi / Malique dan Itai

Suami kepada Ipah / Jennifer

Bertubuh tegap

Berkulit hitam

Rambut keperang-perangan

Perwatakan PenyayangTau amat menyayangi Malique kerana menggangap Malique ialah Sabi iaitu anaknya yang dilarikan Ipah. Sebagai contoh, dia telah menyembunyikan Malique di puncak gunung.

Gagah Tau telah membunuh beruang yang menyerang Ipah dan Sabi.

Hidup Bersendirian Akibat terlalu kecewa Tau telah hidup bersendirian di dalam hutan selepas Ipah melarikan anaknya, Sabi.

Mencintai Alam SekitarTau tidak suka pembangunan yang akan dilakukan di tempat tinggalnya.

BertanggungjawabTau menyelamatkan Jacinta yang tersesat di dalam hutan walaupun mengetahui bahawa kumpulan Profesor Zaidah telah menggangu kehidupannya di hutan. 4) Malique / Sabi Anak sulung Ipah dan Tau

Abang kepada Itai

Berkulit gelap

Berambut kasar

Dilarikan oleh Ipah semasa Ipah mengikut Johnny. Perwatakan Baik HatiMalique berhajat menziarahi Amira apabila mendapat berita bahawa dia lemas ketika di air terjun.

BertanggungjawabMalique amat bertanggungjawab terhadap kerja-kerja yang diamanahkan.Sebagai contoh, Malique mahu menyerahkan laporan kepada OHara sebelum melakukan tugasan lain.

Patuh Mengikut kata ibunya iaitu Jennifer untuk mengikut OHara ke Bukit Mat Raya.

Cinta akan Alam SekitarMembantah sekeras-kerasnya tindakan OHara yang mahu meneroka hutan di Bukit Mat Raya. Malique sedar akan kepentingan hutan itu dan ingin menyelamatkannya daripada terus dimusnah.

5) Itai Anak bongsu Tau dan Ipah

Ditinggalkan oleh Ipah

Bersekolah di pekan Balik bercuti di perkampungannya iaitu Perkampungan suku orang asli Semai Perwatakan Baik HatiItai menziarahi Jacinta yang baru pulih dari pengsan. Itai juga merupakan orang yang menyelamatkan Amira ketika dihanyutkan oleh air terjun.

MahirItai mahir dalam selok-belok di dalam hutan. Itai mahir apabila mendaki lubang di dalam gua kerana mahu menyelamatkan Malique.

Setia Kawan Itai masih berhubung dengan Amira menerusi kiriman e-mel. Dia juga kerap bertanyakan khabar berita daripada Amira walaupun dipisahkan dengan jarak yang jauh. 6) Ipah / Jennifer Ibu kandung kepada Sabi / Malique dan Itai Berambut perang Bermata biru Perwatakan Tidak SetiaIpah telah meninggalkan Tau dan anak bongsunya semata-mata untuk mengikut Johnny.

Tidak Berkawan Ipah disisihkan oleh rakan-rakannya dalam kalangan suku orang asli Semai. LATAR

PLOTPermulaanPembaca diperkenalkan dengan watak Amira dan Jacinta yang dalam perjalanan ke Gunung Mat Raya bagi menghabiskan cuti persekolahan mereka bersama Profesor Zaidah iaitu ibu Amira. Ibu Amira terlibat dalam melakukan kerja-kerja cari gali arkeologi di hutan itu. Amira telah berkenalan dengan Malique di Air Terjun Angin.

PerkembanganAmira telah dihanyutkan oleh arus sungai ketika menunggu Malique. Amira kemudiannnya diselamatkan oleh Itai dan Tau iaitu penduduk orang asli Semai. Jacinta juga hilang di dalam hutan kerana mencari Amira namun ditemukan kembali dengan pertolongan Tau. Kenderaan yang dipandu oleh Pak Lias hilang kawalan kerana masalah brek dan menyebabkan pergelangan tangan Profesor Zaidah tercedera. Ludin, bapa saudara Itai merawat kecederaan tangan Profesor Zaidah dengan mengunakan rawatan tradisional.

KonflikAmira mengikut Itai ke sebatang sungai yang dipenuhi ketulan emas. Di sana mereka bertemu dengan makhluk berbulu emas. Makhluk tersebut membawa lelaki yang diikat tangan dan tertutup matanya. Malique hilang selepas keretanya dihanyutkan oleh arus lumpur yang deras.

KlimaksMakhluk berbulu lebat telah menyerang Amira, Jacinta, Itai, Pak Lias dan Roslan. Akhirnya Pak Lias berjaya menumbangkan makhluk tersebut. Kemudiannya mereka menemui Malique di puncak Gunung Gua Gajah. Ludin memberitahu bahawa makhluk berbulu itu ialah Tau. Jennifer mengaku bahawa dia ialah Ipah iaitu isteri Tau dan Malique ialah Sabi iaitu anak Tau yang dilarikannya dulu.

PeleraianAmira menyambung pelajaran di Universiti di Kuala Lumpur dalam bidang aeroangkasa. Jacinta pula sibuk menguruskan perniagaan milik bapanya di Paris. TEKNIK PLOTPemerian1) Ludin digambarkan sebagai seorang yang baik hati kerana merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah.

2) Pengarang menceritakan suasana di Bukit Mat Raya.

Dialog1) Dialog antara Profesor Zaidah dangan Rusdi berkaitan dengan tali khemah yang putus semasa hujan lebat.

2) Dialog anta Roslan dan OHara tentang perlakuan pekerja-pekerja baru di tapak cari gali emas.

Monolog dalamanKetika Amira menunggu Malique di Air Terjun Angin

Ke mana budak lelaki itu pergi? Tidak mandikah dia pagi ini? Selalunya dia akan terserempak dengan mereka. Persoalan itu bermain-main difikirannya setelah dia berjanji dengan Jacinta untuk mendapatkan maklumat tentang lelaki putih yang berada di dalam kereta bersama-sama Malique. Konflik dalaman1) Amira memikirkan tindakannya membawa Jacinta ke Bukit Mat Raya sama ada betul atau tidak.

2) Malique memikirkan hubungan antara ibunya, Jeniffer dengan OHara.

3) Tau memikirkan tentang anaknya, Sabi yang dilarikan oleh isterinya, Ipah.

Konflik Luaran1) Profesor Zaidah membantah cadangan Dr. Zamawi untuk menangguhkan projek arkeologi itu.

2) Tau yang menyamar sebagai makhluk berbulu besar kelihatan mempunyai dendam kepada Pak Lias.

Konflik Luaran1) Profesor Zaidah membantah cadangan Dr. Zamawi untuk menangguhkan projek arkeologi itu.

2) Tau yang menyamar sebagai makhluk berbulu besar kelihatan mempunyai dendam kepada Pak Lias.

Konflik Luaran1) Profesor Zaidah membantah cadangan Dr. Zamawi untuk menangguhkan projek arkeologi itu.

2) Tau yang menyamar sebagai makhluk berbulu besar kelihatan mempunyai dendam kepada Pak Lias.

GAYA BAHASA

Penggunaan kata bahasa Inggeris Mobile disk

Notebook

Frust

Penggunaan kata bahasa Arab Assalamualaikum

Waalaikumussalam

Peribahasa Ibu naik angin

Tiada perasaan berat sebelah sehingga dia terpaksa membuat keputusan yang berat

Hidupnya kemudian menjadi sebatang kara

Personafikasi Kedinginan malam mula mencengkam khemah mereka yang diterangi pelita tanah

Mesin yang sentiasa mengaum membahang batang-batang pokok

Sungai yang hampir-hampir meragut nyawa kau dulu

Metafora Jantung belantara

Gelora merah

Simile Hentakan roda kereta api itu bagaikan ingin menghancurkan rel

Dia bagai seekor angsa putih yang terapung-apung dipermukaan tasik yang tenang

Masih tidur seperti orang mati

Sinkope Perkataan itu dipendekkan menjadi tu

Perkataan hendak dipendekkan menjadi nak

Perkataan engkau dipendekkan menjadi kau

Contoh : Aku mana tahu nak guna benda tu! Kalau kau bagi stereng tahulah aku apa hendak buat.NILAI DAN PENGAJARAN Nilai

Kasih sayang1. Profesor Zaidah amat menyayangi anaknya, Amira.

2. Jidin membesarkan Samantha / Ipah dengan penuh kasih sayang walaupun Ipah berambut perang dan bermata biru.

Bantu-mambantu1. Ludin membantu mengubati luka di pergelangan tangan Profesor Zaidah dengan mengunakan rawatan tradisional.

2. Tau membantu mengesan Jacinta yang hilang ketika mencari Amira yang terjatuh di air terjun.

Keberanian1. Amira berani membuat keputusan untuk mencari Malique di Gunung Gua Gajah.

2. Amira berani berhadapan dengan makhluk berbulu lebat di puncak gunung.

Berhemah Tinggi1. Itai mudah mesra dengan Amira dan Jacinta walaupun dia berasal dari masyarakat orang asli.

Semangat Setia Kawan1. Amira mengajak Jacinta untuk menghabiskan cuti bersama ibunya di tapak arkeologi di Bukit Mat Raya.

PengajaranKita hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedahSebagai contoh, Amira dan Jacinta menghabiskan cuti persekolahan mereka dengan mengikut Profesor Zaidah ke Bukit Mat Raya.

Kita haruslah menghormati ibu bapa Sebagai contoh, tindakan Amira menunggu Malique di kawasan air terjun telah mengundang kemarahan ibunya, Profesor Zaidah.

Kita perlulah bantu-membantuSebagai contoh, Ludin merawat pergelangan tangan Profesor Zaidah yang tercedera akibat kemalangan.

Kita hendaklah memelihara alam sekitarSebagai contoh, Ludin dan Tau berusaha menjaga alam sekitar dan menghalang penceroboh dari memasuki kawasan mereka.

Kita perlulah berkasih sayang sesama kitaSebagai contoh, Tau menunjukkan kasih sayang yang mendalam terhadap anaknya Malique sehingga dia sanggup menyembunyikan Malique di puncak gunung kerana menggangap Malique adalah Sabi.

Kita janganlah menjadi seorang pendendamSebagai contoh, Tau berdendam dengan Ipah / Jennifer kerana meninggalkannya dan anak bongsunya kerana mengikut Johnny.

14