soalan novel spm 2011 (ramalan)

24
1 Soalan 1 Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa yang memberikan pengajaran kepada anda. Peristiwa-peristi wa penting yang terdapat dalam novel. i. Peristiwa Faridah terlibat dalam kemalangan apabila van yang dipandunya hilang kawalan akibat Faridah terkejut mendapati Iqbal ada di dalam van tersebut. Pengajaran: Kita hendaklah berhati-hati ketika memandu supaya keselamatan kita terjamin. ii. Peristiwa polis dengan bantuan platun Senoi Praak, Jabatan Perhilitan, anggota RELA dan anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mencari Faridah dan Iqbal yang hilang di hutan Bukit Fraser. Pengajaran: Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu usaha supaya matlamat usaha tersebut mendatangkan hasil. iii. Peristiwa Mejar (B) Kamarudin dan Buyung berusaha mencari Faridah di kawasan Bukit Kutu sehingga akhirnya berjaya menemui Faridah yang tinggal di rumah Tok Batin Senik di Perkampung Orang Asli Temuan lalu membawa mereka ke hospital. Pengajaran: Kita hendaklah berusaha bersungguh- sungguh tanpa mengenal putus asa supaya usaha kita itu mencapai kejayaan. v. Peristiwa penduduk Kampung Parit Tiga berkunjung ke rumah Salmah mengadakan bacaan Surah Yasin akibat kehilangan Faridah. Pengajaran: Kita hendaklah mengamalkan konsep kejiranan supaya ikatan kejiranan kita menjadi lebih erat. vi. Peristiwa Benny melarikan diri daripada ditangkap oleh Interpol kerana terlibat dalam perjuangan bersama-sama Mohamed Attar dan Mehmood demi negara Iraq dan Palestin. Pengajaran: Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terlibat dengan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang demi keselamatan dan keamanan negara serta dunia. vii. Peristiwa Faridah kembali ke kampung halamanny a di Sungai Besar, Selangor setelah 25 tahun meninggalkan tanah air. Dia bersama-sama suaminya, Soleh Johnsons menetap di Cameron Highlands. Pengajaran: Kita hendaklah mempunyai perasaan cinta akan tanah air untuk membuktikan bahawa kewatanan ada dalam diri kita.

Upload: samuelnsh

Post on 14-Apr-2018

274 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 1/24

1

Soalan 1

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa yang memberikanpengajaran kepada anda.

Peristiwa-peristiwa penting yang terdapat dalam novel.

i. Peristiwa Faridah terlibat dalam kemalangan apabila van yang dipandunyahilang kawalan akibat Faridah terkejut mendapati Iqbal ada di dalam vantersebut. Pengajaran: Kita hendaklah berhati-hati ketika memandu supayakeselamatan kita terjamin.

ii. Peristiwa polis dengan bantuan platun Senoi Praak, Jabatan Perhilitan,anggota RELA dan anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mencariFaridah dan Iqbal yang hilang di hutan Bukit Fraser. Pengajaran: Kitahendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu usaha supaya matlamatusaha tersebut mendatangkan hasil.

iii. Peristiwa Mejar (B) Kamarudin dan Buyung berusaha mencari Faridah dikawasan Bukit Kutu sehingga akhirnya berjaya menemui Faridah yang tinggaldi rumah Tok Batin Senik di Perkampung Orang Asli Temuan lalu membawamereka ke hospital. Pengajaran: Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh tanpa mengenal putus asa supaya usaha kita itu mencapaikejayaan.

v. Peristiwa penduduk Kampung Parit Tiga berkunjung ke rumah Salmahmengadakan bacaan Surah Yasin akibat kehilangan Faridah. Pengajaran:Kita hendaklah mengamalkan konsep kejiranan supaya ikatan kejiranan kitamenjadi lebih erat.

vi. Peristiwa Benny melarikan diri daripada ditangkap oleh Interpol kerana terlibatdalam perjuangan bersama-sama Mohamed Attar dan Mehmood demi negaraIraq dan Palestin. Pengajaran: Kita hendaklah mengelakkan diri daripadaterlibat dengan kegiatan yang bertentangan dengan undang-undang demikeselamatan dan keamanan negara serta dunia.

vii. Peristiwa Faridah kembali ke kampung halamannya di Sungai Besar,Selangor setelah 25 tahun meninggalkan tanah air. Dia bersama-samasuaminya, Soleh Johnsons menetap di Cameron Highlands. Pengajaran: Kitahendaklah mempunyai perasaan cinta akan tanah air untuk membuktikanbahawa kewatanan ada dalam diri kita.

Page 2: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 2/24

2

SOALAN NOVEL 2011

Perbandingan tema

1. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam setiap

novel itu. [8

markah]

2. Tema merupakan perkara pokok yang dibincangkan dalam sesebuah novel.

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan tema dalam setiap

novel itu. [8

markah]

CONTOH JAWAPAN

MELUNAS RINDU

Novel ini mengemukakan tema kasih sayang seorang saudara baru terhadap ahlikeluarga dan sesama manusia.- Perasaan sayang yang mendalam terhadap ahli keluarga menyebabkan Fuad

sanggup mencari asal usulnya yang sebenar. Setelah menjalani kehidupan baru,

Fuad rindu akan ibunya. Dalam mengubati kerinduannya dia berusaha mencari

pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya.

- Perasaan sayang yang mendalam juga menyebabkan Fuad hampir mengahwini

adik-adiknya sendiri iaitu, Sofia dan Farhana.

- Kasih sayangnya terhadap Pak Ismail dan Mak Salmah menyebabkan Fuad

sanggup membelikan tanah, motorsikal dan membawa mereka berduamengerjakan umrah ke Tanah Suci.

- Akibat daripada perasaan kasih sayang yang mendalam menyebabkan Fuad

tidak melupakan apaknya, Robert Lim, bapa saudaranya, iaitu Peter Lim dan

Swee Lan serta adik-adik sepupunya.

KABUS DI PERBUKITANNovel ini mengemukakan tema jati diri dan kasih sayang seorang wanita terhadapkaum keluarganya dan juga tanah airnya. - Contohnya: Faridah sangat sayang akan anak-anaknya iaitu Melina dan Anne

dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya.

- Contohnya: Faridah sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga

ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas di Kelang.

- Bukti lain, Faridah juga sangat sayang pada Rahayu, adik kembarnya yang

terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat

berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam

keadaan koma.

- Contohnya: Kasih sayang terhadap kampung halaman dan jati dirinya sebagai

orang Melayu.

Page 3: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 3/24

3

- Buktinya, Faridah tetap ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar 

walaupun berada jauh di negeri orang. Malah Faridah juga tetap mengamalkan

budaya Melayu ketika berada di New Zealand.

Perbandingan persoalan

1. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan kasih sayang

daripada setiap novel. [8

markah]

2. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan persoalan yang terdapat

dalam novel tersebut. [8

markah]

CONTOH JAWAPAN

MELUNAS RINDUPersoalan kasih sayang- Kasih sayang terhadap ibu

- Contohnya; Fuad amat merindui ibunya yang telah lama terpisah. Dia sanggup

Mencari kubur arwah ibunya. Setelah dia mengetahui bahawa ibunya masihhidup, dia meneruskan pencarian dan segera menjejakinya.- Kasih sayang Farhana terhadap ibunya, dia cemas apabila mendapat panggilan

ibunya sakit dan dimasukkan ke hospital lalu segera pulang ke kampung.

- Farhana menyuapkan ibunya bihun sup dan menjaganya walaupun terpaksa

bermalam di hospital.

- Kasih sayang keluarga angkat

- Contohnya; Mak Salmah dan Pak Ismail sangat menyayangi Sofia walaupun

Sofia cuma anak angkat. Kematian Sofia begitu terkesan di hati mereka danmasih tidak dapat melupakan Sofia.

- Kasih sayang terhadap saudara kandung.

- Fuad sangat menyayangi Sofia dan Farhana kerana kedua-dua mereka adalah

saudara kandungnya yang berlainan bapa

Page 4: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 4/24

4

KABUS DI PERBUKITAN.

Persoalan kasih sayang- Kasih sayang ibu kepada anak.

- Contohnya: Faridah sangat sayang akan anak-anaknya iaitu Melina dan Anne

dan sentiasa mengambil berat terhadap anak-anaknya.

- Salmah sentiasa teringat akan anaknya Rahayu yang telah meninggal dunia dan

sering mengunjungi kubur Rahayu sambil membacakan yassin.

- Kasih sayang anak terhadap ibu.

- Contohnya: Faridah sangat sayang akan ibunya, buktinya dia sanggup menjaga

ibunya dan tidak berpindah apabila suaminya, Ghazali bertugas di Kelang.

- Kasih sayang terhadap saudara kembar 

- Buktinya; Faridah juga sangat sayang pada Rahayu, adik kembarnya yang

terpisah. Kekuatan kasih sayang itu menyebabkan Faridah seolah-olah dapat

berhubung secara bawah sedar dengan Rahayu ketika Faridah berada dalam

keadaan koma.

- Kasih sayang terhadap tanah air 

- Contohnya: Kasih sayang Faridah terhadap kampung halaman . Faridah tetap

ingat akan kampung halamannya di Sungai Besar walaupun berada jauh di New

Zealand.

- Kasih sayang bapa terhadap anak 

- Contohnya; Mejar (B) Kamaruddin berusaha mencari Faridah yang hilang di Bukit

Frezer setelah van yang dipandunya jatuh ke dalam gaung.

2 Persoalan lain.

MELUNAS RINDU1) Ketaatan kepada Tuhan dan ajaran agama

- Contohnya; Sebagai saudara baru Fuad tekun mempelajari agama. Dia belajar 

mengaji daripada Pak Ismail dan selalu mengerjakan solat berjemaah di surau.

- Fuad tidak pernah meninggalkan solat waima dalam perjalanan pulang ke

kampung atau pada masa kecemasan.

Page 5: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 5/24

5

2) Tolong  –menolong sesama manusia

- Pak Said sanggup menawarkan diri untuk membantu Fuad mencari ibunya di

Felda Lembah Klu.

- Fuad membantu kawannya, Borhan dengan menghantar anak Borhan ke klinik

kerana deman pada suatu malam

- Robert Lim menolong Peter Lim dengan menghantar wang perbelanjaan bulanan

kepada abangnya itu pada setiap bulan.

3) Sikap mengenang budi

- Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya, Mei Lin dan Ah

Soh sebagai membalas budi bapa saudaranya, Peter Lim yang telah

membesarkannya selama ini.

- Fuad berusaha membalas kebaikan pak Ismail dan Mak salmah terhadapnya

dengan membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail dan Mak

salmah dan menghantar mereka mengerjakan umrah.

4) Tanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. 

- Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah

Menengah seri Setia dengan penuh rasa tanggungjawab.

- Fuad walaupun hanya guru sandaran, tetap menjalankan tanggungjawabnyadengan penuh dedikasi sebagaimana yang diharapkan oleh Cikgu Abas.

5) Menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang redha.

- Fuad menerima kenyataan bahawa gadis yang dicintainya, iaitu Farhana

sebenarnya adalah adik kandungnya dengan redha.

- Mak Salmah menerima hakikat bahawa anak angkat kesayangannya, Sofia telah

pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.

KABUS DI PERBUKITAN.1) Ketaatan kepada agama

- Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah

lama tinggal di New Zealand

- Faridah mementingkan pendidikan agama kepada anak-anaknya, seusia 6 tahun

anaknya telah dihantar belajar agama.

2) Sektor pertanian penjana ekonomi negara 

Contohnya: Azrul mengusahakan kegiatan penternakan untuk membekalkansumber makanan dan seterusnya membantu ekonomi negara.

Page 6: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 6/24

6

Contohnya: Datuk Azrul membantu pekebun-pekebun kecil memajukanpertaniandan menubuhkan Pertubuhan Peladang untuk membantu para petani

memasarkanhasil pertanian mereka.Contohnya: Soleh Johnsons turut mengusahakan beribu-ribu ekar tanah dalambidang pertanian dan mempunyai pusat penyembelihan di New Zealand.

3) Keretakan rumahtangga 

Contohnya: Penceraian Mejar (B) Kamaruddin dengan Salmah telahmenyebabkan Faridah dan Rahayu berpisah dan mendatangkan kesan burukkepada Salmah dan Rahayu.

4) Perkahwinan campur antara pelbagai bangsa. 

Contohnya; Perkahwinan Faridah yang berbangsa Melayu dengan SolehJohnson yang berketurunan Inggeris. Perkahwinan Melina dengan Benny yangberketurunan Arab dan perkahwinan Anne dengan Zain .

5) Masalah kumpulan militan Islam 

Contohnya: Mohamed Attar merupakan seorang pejuang agama yang radikalyang cuba mempengaruhi Benny agar turut serta dalam perjuangan jihadnya.

6) Kerjasama 

Contohnya: Soleh Johnsons dan Datuk Azrul bekerjasama membangunkankawasan tanah tinggi Lojing sebagai pusat pelancongan (agropelancongan)

Contohnya: masyarakat kampung Sungai Besar bergotong-royong dalam majlisperkahwinan Anne dan Zain.

Perbandingan watak utama

1. Kegigihan watak utama banyak dihuraikan dalam novel.

Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan peristiwa yang menunjukkankegigihan watak utama menjalani kehidupan mereka. [8markah]

2. Berdasarkan dua novel yang anda kaji, bandingkan perwatakan watak utama

yang terdapat dalam novel.

[8 markah]

CONTOH JAWAPAN

MELUNAS RINDU.Kegigihan watak utama: Fuad- Kegigihan Fuad berusaha mencari ibu kandungnya, Mariana yang dikatakantelah

meninggal dunia tetapi sebenarnya masih hidup.- Kegigihan Fuad menjalani kehidupan sebagai saudara baru dalam Islam.

Page 7: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 7/24

7

- Kegigihan Fuad sebagai guru sementara di SMK. Seri Setia yang mengajar 

murid-murid tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM.

KABUS DI PERBUKITANKegigihan watak utama: Faridah- Kegigihan Faridah menghadapi cabaran tinggal di negara asing yang berbeza

budaya dan agama.

- Kegigihan Faridah yang bekerja di pusat penyembelihan sebelum berkahwin

dengan Soleh Johsons.

- Kegigihan Faridah menjadi tenaga pengajar bagi kanak-kanak pendidikan khas

contohnya yang mengalami sindrom down.

2 Perbandingan perwatakan watak utama

MELUNAS RINDU -Watak utama- FuadTaat kepada agama dan perintah Tuhan 

- Sebagai saudara baru dalam Islam, dia tekun mengaji al-Quran sementara

menunggu waktu Isyak, dan mendalami ilmu agama daripada Pak Ismail

Tabah/cekal- Dia tabah menghadapi kenyataan bahawa orang yang dicintai iaitu Sofia dan

Farhana ialah adiknya sendiri.

Rajin dan suka berbudi pada tanah.- Dia mengusahakan tanah yang dibelinya daripada Awang Sojar dengan

mengusahakan tanaman jagung.

- Dia rajin mencari kayu api untuk memudahkan Mak Limah menggunakan dapur 

kayu.

Mengenang budi- Dia menziarahi apak dan mamanya yang telah membesarkannya untuk bertanya

khabar  

- Dia membiayai persekolahan adik-adik saudaranya

KABUS DI PERBUKITAN – Watak utama- FaridahBersifat penyayang.

- Sayang akan anaknya dan sentiasa mengambil berat tentang anaknya buktinya,

Faridah risau apabila anaknya Melina ingin tinggal bersendirian di Auckland.

- Sayang akan ibunya Salmah hingga sanggup menemani ibunya dan tidak mahu

berpindah mengikut suaminya yang bekerja di Kelang.

Page 8: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 8/24

8

Jati diri yang kuat - Berpegang kuat pada budaya; buktinya masih mengamalkan budaya Melayu

walaupun telah lama tinggal di New Zealand. 

- Sering merindui tanah airnya buktinya, sering mendengar Radio Satu melaui

siaran internet.

- Mendidik anak-anaknya dengan budaya pertuturan dan masakan Melayu,

mendodoi dan memperdengarkan nasyid-nasyid kepada anak-anaknya.

Mementingkan pendidikan - Menghantar kedua-dua anaknya ke sekolah agama sejak berusia 6 tahun lagi.

- Menggalakkan Melina menyambung pelajaran setelah gagal pada tahun pertama

di Universiti Canterbury.

Soalan novel : Tingkatan 4 & 5

Novel Tingkatan 4 : Melunas Rindu karya Hartini Hamzah

Novel Tingkatan 5 : Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

- Perbandingan Latar 

- Perbandingan Plot

- Perbandingan Nilai

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan latar masyarakat

yang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

[8 markah]

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan latar tempat yang terdapat

dalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan perbandingan latar masa yangterdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

Page 9: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 9/24

9

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yangmenggambarkan teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang dalamkedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan satu peristiwa tekniksaspens yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan klimaks cerita yang terdapat

dalam kedua-dua novel tersebut. [8 markah]

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan peleraian cerita yang terdapatdalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan konflik yang terdapat dalamkedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yangmemaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua novel tersebut.

[8 markah]

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan nilai kemanusiaanyang terdapat dalam kedua-dua novel buah tersebut.

[8 kmarkah]

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kekeluargaan dalam

kedua-dua buah novel tersebut.[8 markah]

Page 10: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 10/24

10

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan latar masyarakatyang terdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

[8 markah]

Skema jawapan

-  Persamaan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Melunas Rindu karya

Hartini Hamzah dan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

ialah;

1. Masyarakat yang terdiri daripada orang Melayu.

- Dalam novel Melunas Rindu terdapat masyarakat Melayu seperti Fuad, Pak

Ismail, Mak Salmah, Awang Sojar dan Borhan.

- Dalam novel Kabus Di Perbukitan, terdapat orang Melayu seperti Faridah,

Rahayu, Ghazali, Azrul, Kamarudin, dan Salmah.

2. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

- Dalam novel Melunas Rindu terdapat masyarakat yang pelbagai bangsa.

Contohnya, Farhana, Mariana berbangsa Melayu manakala Robert Lim, Peter 

Lim, Swee Lan, Chin pula berbangsa Cina.

- Dalam novel Kabus di Perbukitan juga terdapat masyarakat yang pelbagai

bangsa. Contohnya, Faridah, Rahayu berbangsa Melayu manakala Soleh

Johnsons berbangsa Inggeris, Benny berketurunan Arab.

3. Masyarakat yang mempunyai pelbagai kerjaya.

- Dalam novel Melunas Rindu, Farhana, Fuad, Cikgu Abas, Cikgu Zamani bekerja

sebagai guru di Sekolah Menengah Seri Setia, manakala Robert Lim (bapa

kandung Fuad) adalah seorang ahli perniagaan, Peter Lim (adik Robert Lim) pula

bekerja sebagai pengawal keselamatan dan penoreh getah.

- Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Azrul adalah seorang usahawan yang berjaya

dalam bidang penternakan sehingga mendapat anugerah gelaran Datuk,

Kamarudin adalah bekas tentera yang berpangkat Mejar.

4. Masyarakat yang mengamalkan ajaran / cara hidup Islam.

- Dalam novel Melunas Rindu, Fuad dan Pak Ismail sering sembahyang berjemaah

di surau berdekatan rumah mereka.

Page 11: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 11/24

11

- Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah merupakan seorang yang beriman.

Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Rahayu dan ibunya. Dia yakin

akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajut.

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan latar tempat yang terdapat

dalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

Skema jawapan : Latar Tempat 

BIL  NOVEL MELUNAS RINDU  NOVEL KABUS DI PERBUKITAN 

1.  Sekolah Menengah Seri Setia.   tempat Fuad bekerja sebagai

guru sandaran 

  Cikgu Abas, Cikgu Zamani juga

menjadi guru di sekolah ini. 

Kafeteria di UPM.   Tempat Azrul dan Rahayu

bersarapan.

2. Danau Seberang, Terengganu.   Rumah Pak Ismail dan Mak

Salmah. 

  Fuad dan Sofia tinggal di rumah

tersebut sebagai anak angkat

kepada Pak Ismail dan mak

Salmah. 

Perpustakaan di UPM.   Rahayu dan Azrul belajar dan

mencari maklumat di

perpustakaan. 

3.  Sungai Ruan.   Tempat tinggal Peter Lim dan

Swee Lan sekeluarga. 

  Fuad juga pernah tinggal

bersama mereka yang dianggap

sebagai anak sendiri. 

Rumah Rehat Sri Berkat di Bukit Fraser.   Faridah dan Mastura membawa

murid ‘Sindrom Down’ seramai 10

orang ke Bukit Fraser. 

4.  Pantai Batu Buruk.   Tempat Fuad melayan

perasaannya sendiri sambil

menikmati keindahan alam pada

waktu petang. 

Jalan ke Pekan Raub.   Faridah yang terkejut dengan

kehadiran Iqbal di dalam keretanya

telah terlibat dalam kemalangan. 

5.  Klinik Ihsan di Bandar KualaTerengganu. 

  Fuad menyewa kereta untukmembawa anak Borhan

Smoke House.   Rumah Tuan Cecil Renking yang

wujud dalam halusinasi Faridah

yang koma selepas terlibat denga

Page 12: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 12/24

12

mendapatkan rawatan di klinik itu.  kemalangan jalan raya. 

6.  Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur (KLIA). 

 Fuad membawa ibunya,

(Mariana) Pak Ismail dan Mak

Salmah untuk menaiki pesawat

ke Mekah bagi menunaikan

Umrah. 

Lapangan Terbang Antarabangsa KualaLumpur (KLIA). 

 Benny dan Melina tiba di KLIA

untuk bekerja di Malaysia. 

7.  Hospital Tengku Ampuan Afzan.   Tempat ibu Fuad, iaitu Mariana

terlantar sakit dan dirawat kerana

penyakit lelah. 

Hospital   Tempat Rahayu menerima rawatan

Kimoterapi kerana menghidap

penyakit kanser paru-paru. 

8.  Restoran Terapung di TamanSyahbandar.   Tempat Fuad dan Farhana

singgah makan untuk meraikan

hari lahir Farhana. 

Page 13: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 13/24

13

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan perbandingan latar masa yangterdapat dalam kedua-dua novel tersebut.

[8 markah]

Skema jawapan : Perbandingan Latar Masa

Perbezaan latar masa

BIL  NOVEL MELUNAS RINDU  NOVEL KABUS DI PERBUKITAN 1.  Pada tahun 1969. 

  Ketika itu berlaku pergaduhan

antara kaum menyebabkan

sukar untuk Mariana mencari

anaknya yang dilarikan. 

Tahun 1980.   Sepasang pelancong British hilang

di Jalan Gap ketika berbasikal di

Kuala Kubu Baharu ke Bukit Fraser. 

Tahun 1989. 

  PKM meletakkan senjata di Hatyai. 

Persamaan latar masa

BIL  NOVEL MELUNAS RINDU  NOVEL KABUS DI PERBUKITAN 

1.  Pada waktu pagi.   Sebelum subuh apabila Fuad

dan Farhana bertolak ke

Terengganu dari Kuantan untukke Sekolah Menengah Seri

Setia. 

  Fuad keluar pada awal pagi

untuk melaporkan diri sebagai

guru sandaran di Sekolah

Menengah Seri Setia. 

  Pada waktu pagi, semasa Fuad

memandu ke sekolah. Hari cuti

persekolahan Fuad mengambilkesempatan pulang ke Sungai

Ruan untuk menemui Peter Lim

dan Swee Lan. 

Pada waktu pagi.   Jam 6.00 pagi, Rahayu terjaga dari

tidur oleh deringan telefon

bimbitnya. Dia teringat akantugasan MP 3714 yang perlu

dihantar pada pagi itu. 

  Jam 8.00 pagi, Rahayu tiba di

perpustakaan untuk mengulang kaji

pelajaran bersama Asrul. 

  Pada waktu pagi, sejam selepas

Kamarudin meninggalkan rumah

untuk mencari Faridah, Hamidah

menerima panggilan yangmemaklumkan Rahayu pengsan

dan telah dihantar ke Hospital

UKM. Hamidah dimaklumkan oleh

Dr. Susan, kemungkinan Rahayu

menghidap barah paru-paru. 

2.  Pada waktu petang.   Fuad mengajar bahasa Inggeris

sehingga lewat petang selama

dua hingga tiga jam selepas

Pada waktu petang.   Jam 3.30 petang, pihak Polis

menamatkan OPS PDK setelah

usaha mencari Faridah dan Iqbal

Page 14: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 14/24

14

tamat sesi persekolahan. 

  Fuad pulang dari hutan mencari

kayu api. 

 Fuad mengerjakan solat Asar di

rumah Farhana di Kuantan

sebelum meneruskan

perjalanan ke Sungai Ruan. 

selama dua minggu menemui

kegagalan. 

  Waktu petang, sebelum majlis

perkahwinan Benny dan Melina,

Zain berkenalan dengan Anne. 

  Jam 2.00 petang, Benny dan

Melina tiba di KLIA untuk bekerja di

Malaysia. 

3.  Pada waktu malam.   Fuad menghantar anak Borhan

yang demam panas ke klinik. 

  Semasa jemaah surau sedangmenunaikan solat Isyak. 

  Fuad ke rumah Cikgu Zamani

untuk menghadiri kenduri.

Rupa-rupanya Cikgu Zamani

mengajak Fuad ke rumahnya

untuk memujuk Fuad menyertai

parti politik. 

Pada waktu malam.   Pak Imam Sohod mengetuai kanak-

kanak kariah membaca Yasin,

memohon kepada Allah supaya

diberi petunjuk terhadap kehilanganFaridah di tempat kemalangan. 

Page 15: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 15/24

15

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa yangmenggambarkan teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang dalamkedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

Skema jawapan 

- Imbas kembali (Flash back) bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa

atau kejadian yang telah berlaku atau telah dialaminya.

- Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula, kenangan, dan ingatan

seseorang watak.

- Peristiwa teknik imbas kembali yang digunakan oleh pengarang dalam novel

Melunas Rindu ialah;

1. Mak Salmah sering teringatkan Sofia yang telah meninggal dunia.

2. Fuad masih teringat suatu masa dulu Mak Salmah pernah

membencinya kerana kehilangan Sofia.

3. Peter Lim menceritakan kembali peristiwa Fuad dilarikan orang

semasa kecil.

4. Pak Ngah Lias dan Shamsuddin menceritakan kembali tentang ibu

Fuad semasa hayatnya.

5. Mariana terkenang akan arwah suaminya yang meninggal dunia

sebagai akibat pembengkakan di ususnya.

6.  Swee Lan teringat akan kepulangan Fuad pada suatu senja lebih

setahun yang lalu. 

- Peristiwa teknik imbas kembali yang terdapat dalam novel Kabus Di Perbukitan 

ialah;

1. Tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat pada suatu

masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan

untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.

2. Kenangan Faridah ketika dia dan Rahayu masih kecil. Faridah teringat

sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasan pantai Sungai haji

Dorani. Ketika itu, dia bermain dengan Rahayu mengutip lala dan

kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng.

Keindahan itu tidak lama, kerana ayah mereka datang lalu membawa

Rahayu pergi selama bertahun-tahun. Malah dia hanya sempatmenatap jenazah Rahayu walaupun Rahayu hadir dalam igauannya.

Page 16: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 16/24

16

3. Ingatan Melina terhadap ibu dan ayahnya ketika menunggu di ruang

legar KLIA. Dia teringat ibunya bukanlah anak jati bumi kiwi, ibunya

berasal dari Malaysia. Wajah ibunya tetap cantik dan menarik

walaupun pada usia 50-an. Dia teringat jika dia berjalan dengan

ibunya, Faridah untuk membeli-belah pasti ada mata-mata keranjang

yang berpaling. Wajah Asia ibunya kelihatan begitu anggun di bumikiwi.

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, bandingkan satu peristiwa tekniksaspens yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

Dua novel yang telah saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini

Hamzah dan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Kedua-dua

novel ini menggunakan teknik saspens dalam memerihalkan sesuatu peristiwa.Peristiwa yang menggunakan teknik saspens dalam novel Melunas Rindu

ialah ketika Fuad berusaha mencari kubur ibunya Fuad telah meminta kebenaran

Pak Ismail untuk mencari pusara ibunya di Lembah Klau . Apabila diberitahu oleh

Pak Samsuddin bahawa ibunya belum meninggal, keinginan Fuad semakin membara

dan terus berusaha untuk mencari ibunya. Melalui peristiwa tersebut, pembaca

tertanya-tanya mengenai usaha Fuad mencari ibunya sama ada berjaya ataupun

tidak. Selain itu, melalui berita yang disampaikan oleh Pak Samsuddin kepada Fuad,

pembaca akan merasa lebih saspens dan mahu mengetahui siapakah sebenarnya

ibu Fuad dan tempat tinggal ibunya.

Dalam novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah juga

dipaparkan peristiwa yang menimbulkan saspens kepada pembaca. Peristiwa

kemalangan yang menimpa Faridah dan Igbal dan tidak dapat ditemui oleh pasukan

penyelamat. Berdasarkan peristiwa tersebut, pembaca tertanya-tanya adakah

Faridah dan juga Iqbal terselamat dan adakah mereka akan dijumpai oleh ayahnya.

Kesimpulannya, penulis telah berjaya menggunakan teknik saspens dalam

novel dengan baik serta memberikan daya tarikan kepada pembaca.

Page 17: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 17/24

17

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan klimaks cerita yang terdapatdalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

SKEMA JAWAPAN

Novel Melunas Rindu - klimaks cerita (klimaks adalah kemuncak cerita)

1. Klimaks dalam novel ini apabila Fuad mendat tahu bahawa ibunya masih hidup.

2. Selain itu, Pak Ismail dan Mak Salmah pula didatangi Robert Lim bertujuan untuk

memberi cincin ibu Fuad kepadanya.

3. Semasa di hospital, Fuad terpandang fail pesakit milik ibu Farhana. Fuad terkejut

besar kerana nama ibunya sama dengan nama ibu Farhana. Ciri hidung mereka

 juga sama menjadikan Fuad agak sukar untuk menerimanya.

4. Semasa berbincang dengan Farhana, Robert Lim tiba di hospital dan mengesahkan

Mariana adalah ibu kandung yang dicari oleh Fuad selama ini. Fuad dan Farhana

terpaksa menerima hakikat bahawa mereka adalah bersaudara. Ibu Mariana adalah

ibu Fuad jua.

Novel Kabus Di Perbukitan  – Klimaks cerita

1. Klimaks dalam novel ini apabila Faridah, Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysiauntuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne.

2. Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai

polis kerana suaminya tidak pulang ke rumah.

3. Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah.

4. Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.

Page 18: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 18/24

18

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan peleraian cerita yang terdapatdalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

SKEMA JAWAPAN

Novel Melunas Rindu  – Peleraian cerita

1. Fuad dan Farhana mula belajar menerima kenyataan bahawa mereka adalah

bersaudara. Fuad membawa ibu dan adik-adiknya ke Danau Seberang dan

hubungan kekeluargaan antara dua buah keluarga menjadi semakin erat.

2. Fuad membawa ibunya, Mak Salmah dan Pak Ismail untuk menunaikan umrah

sebelum dia menyambung pengajian dalam bidang perguruan.

3. Robert Lim datang untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka dan meminta

Fuad menjaga ibunya dengan baik. Robert Lim memberitahu anaknya, Fuad bahawa

dia akan menyusul kemudian.

Novel Kabus Di Perbukitan - Peleraian cerita

1. Faridah kembali ke kampung halamannya di Sungai Besar setelah meninggalkannya

selama 25 tahun.

2. Soleh Johnson telah bekerjasama dengan Datuk Azrul untuk mengusakan kawasan

tanah tinggi Lojing sebagai kawasan agropelancongan. Usaha mereka sangatberjaya.

3. Faridah tinggal di Cameron Highland. Walaupun sudah lama berada di luar negara,

Faridah tetap tidak lupa akan tanah airnya. Faridah dan Soleh mengambil keputusan

menetap di Malaysia. Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menguruskan

perniagaan Soleh di sana.

Page 19: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 19/24

19

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan konflik yang terdapat dalamkedua-dua buah novel tersebut.

[8 markah]

SKEMA JAWAPAN

Novel Melunas Rindu - Konflik

1. Fuad menghadapi konflik apabila ayahnya memasukkan wang ke dalam akaunnyatetapi dalam masa yang sama dia tidak dapat memaafkan ayahnya.

2. Konflik juga berlaku apabila Fuad mencintai adiknya sendiri iaitu Sofia dan Farhana.

Namun, cintanya terpaksa dikorbankan apabila mengetahui bahawa Sofia dan

Farhana adalah adiknya.

3. Selain Fuad, konflik juga dapat dilihat apabila Mak Salmah menyayangi Fuad tetapi

dalam masa yang sama dia membenci Fuad kerana menganggap Fuad merupakan

punca Sofia meninggal dunia.

Novel Kabus Di Perbukitan  – Konflik

1. Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya, Salmah dan berkahwin dengan

Hamidah.

2. Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke

Pontianak, Indonesia.

3. Faridah putus tunang dengan Azman. Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi

Ghazali telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

4. Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru.

5. Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu.

Page 20: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 20/24

20

6. Melina berkahwin dengan Benny, seorang wartawan keturunan Arab yang suka

belayar. Melina berkonflik dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang

sibuk dengan urusannya.

7. Benny telah berkawan dengan seorang ekstremis agama, iaitu Mohamed Attar dannyaris ditangkap oleh pihak polis antarabangsa. Benny, Muhammad Attar tidak

sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara perjuangan mereka

menegakkan agama Islam.

8. Melina ditinggalkan tanpa berita. Muhammad Attar ditangkap oleh Interpol, Benny

pula melarikan diri ke Dubai.

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yangmemaparkan nilai kegigihan dalam kedua-dua novel tersebut.

[8 markah]

SKEMA JAWAPAN

(a) Peristiwa yang memaparkan nilai kegigihan;

Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah,

1. Kegigihan seorang anak mencari ibunya.

Contohnya, Fuad gigih berusaha mencari ibu kubur ibu kandungnya yang disangkatelah meninggal dunia.

2. Kegigihan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Contohnya, kegigihan Swee Lan mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga demimembesarkan anak-anaknya yang masih bersekolah setelah Peter Lim (suaminya)sakit tenat.

3. Kegigihan menambat hati seorang ibu.

Contohnya, Fuad gigih berusaha untuk mengambil hati Mak Salmah yang sangatmembencinya ekoran tindakan Fuad melarikan Sofea untuk diserahkan kepada bapakandungnya, Robert Lim.

4. Kegigihan mendidik anak-anak bangsa

Contohnya, Cikgu Farhana, seorang guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah SeriSetia, gigih mendidik anak-anak muridnya supaya berjaya dalam pelajaran.Fuad (guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia) gigih memberikan kelas

tambahan sehingga lewat petang kepada murid-muridnya dalam usaha memastikananak-anak muridnya Berjaya dalam pelajaran.

Page 21: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 21/24

21

Novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah

1. Kegigihan untuk mencapai kemajuan dalam kerjaya.

Contohnya, Azrul gigih berusaha memajukan projek ternakan kambing dan tapaksemaiannya hingga berjaya.

2. Kegigihan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Contohnya, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupanbersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudinmeninggalkan mereka.

3. Kegigihan mencari mangsa kemalangan yang hilang

Contohnya, kegigihan pihak polis, Bomba dan Penyelamat, RELA, Perhilitan danPejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor yang berusaha mencari Faridah dan Iqbalyang hilang selepas van yang mereka naiki terbabas dan terjatuh ke dalam gaung.Selepas pihak polis gagal menemui mereka, Mejar (B) Kamarudin (bapa Faridah)dengan bantuan Buyung meneruskan usaha mencari Faridah dan Iqbal sehinggaberjaya menemui mereka di perkampungan Orang Asli.

4. Kegigihan mengamalkan adat, budaya dan ajaran agama Islam.

Contohnya, Faridah walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand danberkahwin dengan orang Inggeris (Soleh Johnsons), dia tetap gigih mengamalkanadat dan budaya Melayu serta ajaran agama Islam dalam kehidupan mereka

sekeluarga.

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan persamaan nilai kemanusiaanyang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.

[8 kmarkah]

SKEMA JAWAPAN

Persamaan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam dua buah novel yang dikaji ialah;

1. Nilai kegigihan

Dalam novel Melunas Rindu, Fuad gigih berusaha mencari kubur ibu

kandungnya (yang disangka telah meninggal dunia) sehingga membawa

kepada penemuan dengan ibu kandungnya.

Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, Azrul, gigih berusaha

memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya sehingga

berjaya.

2. Nilai kasih sayang

Page 22: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 22/24

22

Dalam novel Melunas Rindu, Mariana sering merindui anaknya Fuad yang

telah dilarikan sejak kecil. Fuad juga menyayangi ibunya, Mariana,

keluarga angkatnya Mak Salmah dan Pak Ismail. Begitu juga nilai kasih

sayang yang dapat dilihat pada watak Mak Salmah dan Pak Ismail

terhadap dua orang anak angkat mereka, iaitu Sofea dan Fuad.

Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, Rahayu amat merindui

kakak kembarnya, Faridah yang terpisah sejak mereka berusia tujuh

tahun kerana kasih sayangnya yang mendalam terhadap kakak

kembarnya itu.

3. Nilai ketabahan

Dalam novel Melunas Rindu, Swee Lan tabah membesarkan anak-

anaknya, memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah

suaminya, Peter Lim terlantar sakit.

Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah tabah menghadapi

dugaan yang bertimpa-timpa akibat kematian orang-orang yang

disayanginya iaitu, adik kembarnya, Rahayu, ibunya, Salmah dan

suaminya, Ghazali.

4. Nilai bertanggungjawab

Dalam novel Melunas Rindu, Cikgu Abas, Cikgu Farhana dan Fuad

bertanggungjawab memikul tugas sebagai pendidik di Sekolah Menengah

Seri Setia. Mereka bertanggungjawab mendidik anak-anak murid supaya

berjaya di dalam pelajaran.

Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Salmah bekerja di sawah untuk

menampung kehidupannya sebagai memenuhi tanggungjawabnya

menjaga anak-anaknya.

4(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kekeluargaan dalam

kedua-dua buah novel tersebut.[8 markah]

SKEMA JAWAPAN

Nilai kekeluargaan dalam novel Melunas Rindu

1. Nilai kekluargaan yang erat antara keluarga Mak Salmah / Pak Ismail.

- mereka mempunyai hubungan yang akrab dengan anak-anak angkat mereka,

iaitu Sofea dan Fuad.

Page 23: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 23/24

23

- mak Salmah / Pak Ismail sangat sayang akan anak-anak angkat mereka.

- walaupun Fuad pernah melarikan Sofea, Mak Salmah boleh memaafkan Fuad

dan menerimanya kembali.

- hubungan kekeluargaan mereka kembali pulih.

2. Nilai kekeluargaan yang erat antara keluarga Swee Lan dan Peter Lim.

- mereka sangat menyayangi anak-anak mereka.

- hubungan dengan Fuad juga baik. Fuad dianggap seperti anak kandung sendiri

walaupun Fuad hanya anak saudara mereka.

- Swee Lan (isteri Peter Lim) mengambil alih tugas memikul tanggungjawab sebagai

ketua keluarga apabila Peter Lim terlantar sakit.

Nilai kekeluargaan dalam novel Kabus Di Perbukitan

1. Nilai kekuargaan yang erat dalam keluarga Faridah

- hubungan yang rapat antara Faridah dengan ibunya, dan adik kembarnya, Rahayu.

- Faridah mempunyai hubungan yang rapat dengan ibunya sehingga dia tidak

sanggup berpindah meninggalkan ibunya apabila dia berkahwin dengan Ghazali.

- hubungan kekeluargaan yang rapat antara Faridah dengan anak-anaknya, Melina

dan Anne. Faridah sentiasa memenuhi permintaan anak-anaknya terutama yang

melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya.

- hubungan kekeluargaan antara Faridah dengan suaminya, Soleh Johnsons.

- hubungan kekeluargaan antara Melina dengan suaminya, Benny. Melina berusaha

dengan pelbagai cara untuk mencari suaminya.

2. Nilai kekeluargaan yang erat dalam keluarga Datuk Azrul

- Datuk Azrul mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan isterinya, Datin

 Aisyah. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang hidup bahagia.

- Datuk Azrul mempunyai hubungan yang rapat dengan anaknya, Zain.

- Zain, anak Datuk Azrul juga mempunyai hubungan yang rapat dan mesra dengan

ayahnya. Buktinya, dia ingin menyampaikan sendiri hasratnya untuk mengahwini

 Anne.

Teruskan kecemerlangan Anda  – Cikgu Juilis Mokujal (GC BM SMKN) 

Page 24: Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

7/27/2019 Soalan Novel SPM 2011 (Ramalan)

http://slidepdf.com/reader/full/soalan-novel-spm-2011-ramalan 24/24