1103-1 b. melayu 1 spm 2010

Upload: luqman-hakim

Post on 15-Jul-2015

148 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1103/1 BENTUK KERTAS SOALAN

BAHASA MELAYU 1

Kertas soalan Bahasa Melayu 1 (1103/1) terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. BAHAGIAN A Dalam Bahagian A terdapat satu soalan sahaja iaitu karangan bahan rangsangan (berpandukan grafik) dan wajib dijawab oleh calon. Calon menjawab berdasarkan tugasan yang diberikan. Panjang karangan hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Masa yang dicadangkan ialah empat puluh lima minit. BAHAGIAN B Dalam bahagian B pula, terdapat lima soalan pilihan. Calon dikehendaki memilih satu daripada lima soalan yang dikemukakan. Panjang karangan Bahagian B mestilah lebih daripada 350 patah perkataan. Masa yang dicadangkan ialah satu jam tiga puluh minit. PRESTASI KESELURUHAN MENGIKUT BAHAGIAN SOALAN BAHAGIAN A Pada keseluruhannya calon memahami tugasan soalan dengan tepat dan dapat menghuraikan idea dengan jelas. Kematangan calon dalam menyampaikan idea terserlah. Calon dapat membuktikan kemampuan mereka menguasai hukum tatabahasa bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, masih terdapat calon yang gagal menguasai kemahiran menulis dan menyampaikan idea dengan baik dan berkesan. Mereka juga gagal menepati kehendak dan tugasan soalan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan. Sebilangan calon tidak memanfaatkan keempat-empat idea yang diberikan. Malah, sebahagian besarnya pula gagal menghuraikan caracara menjalani kehidupan yang sihat berpandukan grafik penjagaan kesihatan kerana penguasaan bahasa yang agak lemah. BAHAGIAN B Sebahagian besar calon dapat menjawab tugasan yang diberikan. Calon matang dalam menyampaikan, menghuraikan dan mengolah idea dengan baik. Calon berjaya membuktikan kemampuan dan kebolehan menghasilkan karangan yang panjangnya melebihi 350 patah perkataan. Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan calon kurang mengemukakan contoh yang relevan dan huraian kurang jelas. Terdapat juga calon yang kurang berjaya mengemukakan ungkapan menarik dengan tepat.

Bahasa Melayu 1

1

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN PENCAPAIAN BAHAGIAN A Kumpulan Tinggi Kebolehan calon menghasilkan karangan yang cemerlang terserlah. Jawapan calon matang, berkesan dan menepati kehendak soalan. Hal ini dapat dikesan melalui penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis, kosa kata luas dan tanda baca yang betul. Laras bahasa yang digunakan juga sangat sesuai dan bervariasi malah keindahan ungkapan bahasa juga digunakan dengan baik. Keseluruhan perbincangan menunjukkan bahawa calon begitu prihatin terhadap isu-isu semasa. Hal ini dapat dilihat apabila calon dapat mengemukakan idea yang berkaitan dengan cara-cara menjalani kehidupan yang sihat. Kumpulan Sederhana Karangan calon masih menepati tugasan bahan rangsangan. Mutu jawapan masih memuaskan walaupun pengolahan tidak begitu menarik. Idea masih relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan huraian masih jelas. Bahasa yang digunakan masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa katanya umum sahaja. Wacananya masih lengkap dan unsur bahasanya masih bervariasi. Namun begitu, terdapat jawapan calon dalam kumpulan ini yang kurang menepati kehendak tugasan. Idea yang dikemukakan ada yang kurang relevan dengan kehendak tugasan dan huraiannya kurang jelas. Selain itu, penggunaan bahasa oleh calon dalam kumpulan ini kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat beberapa kesalahan ejaan. Penggunaan kosa kata dan tanda wacana pula masih lengkap tetapi unsur bahasa kurang bervariasi kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan. Kumpulan Rendah Calon dalam kumpulan ini gagal memahami tugasan atau kehendak soalan. Terdapat jawapan yang kurang menepati kehendak tugasan dan ada juga jawapan yang tidak menepati tugasan bahan rangsangan. Calon tidak menjawab tugasan soalan dan idea yang dikemukakan tidak menepati tugasan bahan rangsangan. Calon juga gagal menguasai kemahiran menulis. Kegagalan ini menyebabkan idea tidak dapat dihuraikan dengan jelas dan tidak tersusun. Terdapat juga calon yang menulis karangan kurang daripada 200 patah perkataan. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini menggunakan bahasa yang kurang gramatis atau tidak gramatis.

Bahasa Melayu 1

2

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

BAHAGIAN B Kumpulan Tinggi Calon dalam kumpulan ini dapat menghasilkan karangan yang cemerlang dengan menguasai tatabahasa bahasa Melayu dengan baik dan menggunakan perbendaharaan kata yang luas dan tepat. Calon juga berkemampuan membina ayat yang pelbagai ragam serta berkesan untuk mengungkap maksud yang hendak disampaikan. Mereka juga dapat memberikan idea-idea yang sangat relevan berserta contoh yang amat sesuai dan mampu mengolah idea dengan amat baik. Gaya bahasa yang digunakan sangat menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan menarik seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Calon juga menunjukkan kematangan fikiran dalam menghuraikan idea. Kumpulan Sederhana Secara keseluruhan calon telah menjawab tugasan dengan baik. Calon juga boleh mengemukakan sekurang-kurangnya tiga idea. Namun huraian idea calon kurang jelas atau calon memberikan contoh-contoh yang kurang tepat. Calon juga tidak menunjukkan kematangan fikiran ketika menghuraikan isi karangan. Penguasaan bahasa calon pada peringkat ini masih gramatis. Calon menggunakan struktur ayat yang betul dari segi subjek dan predikat. Calon juga boleh menggunakan pelbagai jenis ayat. Kumpulan Rendah Secara keseluruhannya, jawapan calon tidak bermutu. Calon tidak mempunyai kemahiran menulis. Penguasaan kosa kata calon amat lemah. Hal ini disebabkan calon kurang pengetahuan tentang isu yang dikemukakan dalam soalan serta tidak memahami kehendak soalan menyebabkan mereka gagal memberikan idea yang sesuai. Pengolahan calon amat lemah sehingga sukar untuk mengesan idea. Idea yang diberikan tidak tepat dan bahasa tidak memuaskan atau lemah. Terdapat juga calon yang menghuraikan idea dengan menggunakan bahasa lisan dan struktur ayat mudah. Calon banyak melakukan kesalahan bahasa seperti tanda baca dan pengguaan kosa kata yang tidak tepat. Ada jawapan calon yang tidak difahami kerana struktur ayatnya tidak jelas dan mengemukakan idea yang tidak berkaitan. Sesetengah calon menulis karangan tanpa perenggan. Sebilangan kecil calon hanya mampu menyalin kelima-lima soalan dan mengulang-ulang soalan yang sama. Malahan, ada karangan yang mempunyai satu perenggan sahaja. Terdapat calon yang menulis lebih daripada satu idea dalam satu perenggan. Pengolahan calon tidak menarik dan tidak berkesan.

Bahasa Melayu 1

3

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

PRESTASI TERPERINCI MENGIKUT SOALAN BAHAGIAN A Lihat grafik di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara menjalani kehidupan yang sihat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. TEMA: GRAFIK PENJAGAAN KESIHATAN. Calon cemerlang dapat menjawab tugasan tentang cara-cara menjalani kehidupan yang sihat dengan matang berdasarkan empat kriteria yang diberikan dalam bahan grafik. Idea-idea dihuraikan dengan jelas dan disertakan dengan contoh yang sesuai. Calon menggunakan pelbagai ayat yang gramatis dan disertai dengan frasafrasa yang menarik. Contoh :

Bahasa Melayu 1

4

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon kumpulan rendah tidak dapat menghuraikan keempat-empat kriteria yang diberikan dalam bahan grafik. Bahasa dan huraian idea lemah. Contoh:

Kesilapan jawapan calon yang ketara dapat dilihat dari segi ejaan, imbuhan dan frasa.

Bahasa Melayu 1

5

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon juga membuat kesilapan dalam penggunaan kata, frasa dan ungkapan tidak tepat di samping ayat tidak gramatis.

BAHAGIAN B SOALAN 1 Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin. Calon cemerlang dapat menjawab tugasan soalan dengan tepat tentang peranan dirinya sebagai pengawas untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin. Idea dihuraikan dengan jelas dan matang dan disertakan dengan contoh yang sesuai. Calon menulis menggunakan pelbagai ayat yang gramatis dan bervariasi. Kosa kata luas dan tepat. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan dan penggunaan ungkapan yang tepat dan menarik. Contoh:

Bahasa Melayu 1

6

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon lemah tidak dapat menjawab tugasan yang diberikan dengan tepat. Ada idea yang kurang relevan dengan tugasan. Huraian tidak jelas dan tidak disertai dengan contoh. Banyak kesalahan bahasa dilakukan. Ayat tidak gramatis dan penggunaan kata kurang tepat. Contoh:

Calon tidak membincangkan peranan dirinya sebagai pengawas dalam membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin tetapi menyatakan peranan pihak lain dalam pembentukan disiplin murid. Contoh:

Bahasa Melayu 1

7

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 2

Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu Situasi seperti yang di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat. Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa. Calon cemerlang dapat menjawab tugasan tentang tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa mereka. Calon mampu memberikan idea yang tepat dan sesuai dengan tugasan tersebut secara teratur dan bersistematik. Idea-idea yang dikemukakan oleh calon juga bernas dan matang berdasarkan situasi semasa. Calon menulis menggunakan pelbagai ayat yang gramatis. Kosa kata calon juga luas dan tepat. Unsur bahasa bervariasi. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan dan penggunaan ungkapan juga menarik. Contoh:

Calon lemah tidak dapat menjawab tugasan yang diberikan dengan tepat. Ada idea yang kurang relevan dengan tugasan. Huraian tidak jelas dan tidak disertai dengan contoh. Banyak kesalahan bahasa dilakukan. Ayat tidak gramatis dan penggunaan kata kurang tepat.

Bahasa Melayu 1

8

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh:

Terdapat calon yang tidak menjawab tugasan dengan tepat. Idea yang dikemukakan bertentangan dengan kehendak tugasan soalan. Contoh:

Bahasa Melayu 1

9

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 3 Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Lirik lagu Negaraku di atas antaranya menyentuh soal perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara. Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik tersebut. Calon cemerlang dapat menjawab tugasan dengan tepat tentang peranan diri sendiri atau rakyat Malaysia secara menyeluruh seperti yang terdapat dalam lirik lagu Negaraku dalam menjamin kesejahteraan negara. Calon mampu memberikan idea yang tepat dan sesuai dengan tugasan tersebut secara teratur dan bersistematik. Idea-idea yang dikemukakan oleh calon juga bernas dan matang berdasarkan situasi semasa. Keseluruhan bahasa calon gramatis dan bervariasi. Kosa kata luas dan tepat penggunaannya. Contoh :

Bahasa Melayu 1

10

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon lemah tidak dapat mengaitkan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik lagu tersebut. Huraian idea tidak jelas dan tidak disertakan dengan contoh yang sesuai. Bahasa calon lemah. Ayat tidak gramatis. Penggunaan kata kurang tepat. Contoh :

Bahasa Melayu 1

11

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 4 Penyakit berjangkit seperti selesema burung, influenza A (H1N1) dan meningitis atau radang otak telah menjadi isu global. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut. Calon cemerlang dapat menjawab tugasan soalan dengan tepat tentang langkahlangkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut. Idea dihuraikan dengan jelas, matang dan disertakan dengan contoh yang sesuai. Calon menulis menggunakan pelbagai ayat yang gramatis. Unsur bahasa bervariasi. Kosa kata luas dan tepat. Gaya bahasa menarik dari segi keindahan dan penggunaan ungkapan yang menarik dan tepat. Contoh:

Calon lemah tidak dapat menjawab tugasan soalan dengan tepat. Calon menghuraikan peranan individu ataupun negara Malaysia sahaja. Huraian idea lebih kepada penyakit berjangkit dan tidak fokus terhadap langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut. Bahasa calon lemah. Ayat tidak gramatis. Penggunaan kata kurang tepat.

Bahasa Melayu 1

12

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Contoh:

Contoh:

Bahasa Melayu 1

13

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SOALAN 5 Peribahasa Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan membawa maksud bahawa jika ada azam dan usaha, pasti ada kejayaan. Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut. Calon cemerlang dapat menulis sebuah cerpen yang lengkap berdasarkan maksud peribahasa Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan yang membawa maksud jika seseorang itu ada keazaman dan usaha, pasti ada kejayaan. Calon dapat menguasai teknik penceritaan dengan jelas dan menarik. Calon juga dapat menggunakan laras bahasa cerpen yang betul dan puitis. Contoh:

Bahasa Melayu 1

14

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

Calon lemah tidak dapat menulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dengan tepat. Teknik penceritaan mendatar dan tidak menarik. Contoh:

KESALAHAN-KESALAHAN UMUM YANG KERAP DILAKUKAN OLEH CALON DALAM PENULISAN Contoh:Salah mee goreng memperolehi cermelang kebanyakkan dikampung di terima komersil spesis ambulan selsema walaubagaimanapun semua guru-guru mereka-mereka telah dihadiri oleh saya mereka lakukan dua setengah jam dari masa ke semasa Ini adalah kerana Oleh kerana itu Betul mi goring Memperoleh Cemerlang Kebanyakan di kampong Diterima Komersial Spesies Ambulans Selesema walau bagaimanapun semua guru Mereka telah saya hadiri dilakukan oleh mereka dua jam setengah dari masa ke masa / dari semasa ke semasa Hal ini demikian adalah kerana Oleh sebab itu

Bahasa Melayu 1

15

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

SARANAN KEPADA CALON 1. Peka kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara dan luar negara. 2. Banyak membaca bahan bacaan ilmiah yang terdapat dalam majalah, surat khabar dan melayari internet bagi meluaskan pengetahuan. 3. Sentiasa merujuk kamus untuk memperkaya perbendaraan kata dan meningkatkan kebolehan berbahasa. 4. Merangka jawapan terlebih dahulu sebelum menulis sesebuah karangan. 5. Semak semula karangan yang ditulis bagi membetulkan sebarang kesilapan dalam penulisan. 6. Mengambil bahagian dalam pertandingan penulisan karangan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. 7. Menguasai teknik mengarang yang betul. SARANAN KEPADA GURU 1. Banyakkan latihan penulisan karangan kepada pelajar. 2. Pelbagaikan bahan bantu mengajar seperti keratan akhbar, rencana dalam majalah dan tayangan slide tentang isu-isu semasa bagi membantu pelajar mendapatkan idea dalam penulisan mereka. 3. Meningkatkan ilmu tentang Bahasa Melayu supaya dapat mengajar dengan berkesan. 4. Menguasai pelbagai bentuk soalan karangan sama ada yang berformat atau tidak berformat. 5. Mendapatkan pendedahan mengenai teknik penandaan karangan yang betul. 6. Mengikuti kursus dalaman yang dianjurkan oleh panitia atau Jabatan Pelajaran tentang cara-cara pemarkahan karangan Bahagian A dan Bahagian B. 7. Mendedahkan teknik penulisan karangan yang betul kepada pelajar.

Bahasa Melayu 1

16

Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010