johor trial spm 2013 bahasa melayu

39

Click here to load reader

Upload: bdy3372

Post on 02-Jan-2016

184 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

SULIT 1103/1

OPERASI PENCAPAIAN STANDARD ’93 1103/1

SMK LINGGIU KOTA TINGGI, JOHOR

 

BAHASA MELAYU Kertas 1 OGOS 2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. 3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 2: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

SULIT 1103/1

Bahagian A

[ 30 markah ]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan hidup berjiran. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Melibatkan diri dalam aktiviti

kemasyarakatan

HIDUP

BERJIRAN  

Memupuk perpaduan

Menjaga keselamatan

Membantu semasa berlaku kecemasan

 

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 3: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

SULIT 1103/1

Bahagian B

[ 100 markah ]

( Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit )

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1 Semasa cuti persekolahan remaja digalakkan membantu keluarga masing-masing. Jelaskan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk membantu keluarga semasa cuti persekolahan.

2 Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda masa ini. Huraikan peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.

3 Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian dan perkakas rumah menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Tulis sebuah rencana tentang keistimewaan barangan buatan tempatan kepada pengguna.

4 Peninggalan sejarah seperti Tembok Besar China di China, Taj Mahal di India dan Candi Borobudur di Indonesia sentiasa menjadi daya tarikan pelancong di seluruh dunia. Bincangkan kepentingan peninggalan sejarah kepada sesebuah negara.

5 Anak rusa Nani, Baru kembang ekor;

Apa dosa kami, Lalu tidak tegur.

Pantun di atas merupakan salah satu karya sastera selain syair, gurindam, cerpen dan novel yang boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak. Berikan cadangan anda tentang cara-cara menanamkan minat terhadap karya sastera sejak peringkat kanak-kanak lagi.

KERTAS SOALAN TAMAT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 4: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

SMK LINGGIU, KOTA TINGGI JOHOR

OPERASI PENCAPAIAN STANDARD 93 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 OGOS 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi soalan 2 (b), soalan 2 (c), soalan 2 (d) dan soalan 4 berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 5: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Soalan 1 : Rumusan

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan langkah-langkah memajukannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara yang penting. Oleh sebab itu, Malaysia perlu mengambil lebih banyak inisiatif bagi merancakkan lagi pertumbuhan industri ini selain memberi tumpuan kepada pembangunan industri berat. Perkembangan industri kecil amat penting dalam konteks pembangunan sesebuah negara. Pembangunan IKS mempunyai kepentingan yang amat luas bagi membolehkan Malaysia muncul sebagai negara perindustrian yang dinamik. Selain menyediakan keperluan dalam negara, IKS juga boleh menumpukan usahanya dalam mengeksport pelbagai jenis barangan industri. Orientasi kepada penggantian import dapat mengurangkan pengaliran wang ke negara lain. Malaysia mengimport pelbagai jenis barang industri dari luar negara termasuk alat ganti kenderaan, bahan makanan, alat-alat elektronik dan alat-alat pertanian. Alat-alat industri boleh dibuat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan tempatan sekiranya IKS dapat dibangunkan. Langkah ini amat penting bagi menjadikan Malaysia tidak terlalu bergantung kepada barangan import yang semakin membebankan negara dari segi pertukaran mata wang. Pembangunan industri berat yang berlaku di negara ini terutama industri besi dan keluli, industri motor, petroleum, elektronik dan percetakan boleh mendorong perkembangan IKS. Di samping itu, IKS juga dapat membantu kerajaan mengukuhkan sektor perindustrian negara. Pemindahan kepakaran teknologi boleh berlaku sekiranya industri berat dapat meluaskan skim latihannya kepada IKS. Sekiranya Konsep Payung dapat diwujudkan dalam konteks pembangunan industri berat dengan IKS, peranan industri berat akan lebih terserlah dari segi mengukuhkan perkembangan IKS. IKS terus berkembang dalam mencorakkan struktur ekonomi negara. Melalui Dasar Perindustrian Negara, IKS telah melahirkan golongan industrialis yang berwibawa dan dapat memainkan peranan positif dalam usaha Malaysia menjadi negara industri. IKS dalam tempoh jangka panjang boleh berkembang dan beransur-ansur menjadi industri berat. Negara membangun seperti Malaysia perlu menyediakan pelbagai insentif bagi membangunkan IKS tempatan. Dengan

[Lihat halaman sebelah 1103/2

SULIT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 6: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

perkembangan ekonomi yang pesat pada abad ke-21 dan selaras dengan Wawasan 2020, Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan Industri yang melibatkan pembangunan pelbagai bentuk dan jenis industri agar setanding dengan negara–negara maju. Melalui Pelan Induk Pembangunan Industri ini, diharapkan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian akan dapat dicapai sebelum tahun 2020 menjelang.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Peranan Industri Kecil dan Sederhana dalam Pembangunan Negara’

oleh Mohd Asri bin Mohamad, Dewan Ekonomi, April 2010)

Soalan 2(a) – Petikan umum

(i) Berikan maksud rangkai kata pelbagai insentif. [2 markah]

(ii) Mengapakah Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu daripada kegiatan ekonomi negara yang penting? [3 markah]

(iii) Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ).

Pada pendapat anda, mengapakah kerajaan sanggup membuat pelaburan dalam industri ini? [4 markah]

[Lihat halaman sebelah

1103/2 SULIT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 7: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu tidak lagi cergas waktu malam kerana ibu tidur tergolek bagaikan batang pisang. Tetapi apabila saja tiba subuh, ibu sudah bangun dan bersedia menempuh apa saja ujian atau cabaran pada siang hari.

Sekali itu Ceper tiba-tiba mengamuk macam naik angin. Hujan turun di hulu tidak henti-henti dan airnya keruh macam air susu. Habis sampah sarap dipunggah bersama, menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya, memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata.

Airnya yang keruh likat itu terhimbau naik ke sawah-sawah yang sedang membunting sarat padinya. Pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja. Sudahlah sampah sarap yang diangkut bersama, bangkai-bangkai binatang pun banyak yang terlekat di tiang-tiang rumah kami.

Aku masih ingat pada waktu itu ibu pun mengamuk juga. Dia marah sangat kepada Ceper sampai menyumpah-nyumpah kerana habis padi buntingnya mati lemas. Ibu menjerit pada bapa yang sejak pagi meninggalkan rumah untuk naik ke bukit berdenak ketitir.

Dipetik daripada cerpen

‘Ibu dan Ceper’ oleh Shahnon Ahmad dalam antologi Harga Remaja,

Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan kesan yang terjadi apabila hujan di hulu sungai Ceper turun tidak berhenti henti. [2 ma- rkah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk

mengelakkan berlakunya banjir di kawasan sawah padi. [3 markah] (iii) Huraikan satu persoalan dalam petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain

daripada cerpen yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]

[Lihat halaman sebelah 1103/2

SULIT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 8: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dayang Seri Jawa mengajak Awang Sulung melabuhkan geliung panjang di pulau itu untuk mengambil kayu dan air yang telah kehabisan, tetapi gelombang sangat besar dan geliung tidak dapat rapat ke tepi. Awang Sulung segera ke petak jubungnya mengambil bungkusan tulang pelanduk putih lalu mengikatkannya pada benang pancar warna, dicampakkannya ke laut. Seketika kemudian laut menjadi tenang bagai air di kuali dan dapatlah geliung itu berlabuh dengan eloknya. Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang mabuk tadi tersedar. Sesetengahnya terpinga-pinga sambil bertanya-tanya di manakah mereka berada sekarang, tetapi jurumudi pula apabila tersedar segeralah dia mencabut kerisnya lalu menikam seekor ayam. Dengan kerisnya yang berlumuran darah itu pergilah dia mendapatkan Tuanku Nakhoda Tua. “Ampun Tuanku, patiklah yang memeliharakan geliung ni daripada amuk Tuan Puteri Dayang Nuramah kelmarin.” Tuanku Nakhoda Tua yang baru pulih dari mabuknya terpisat-pisat membelek-belek keris jurumudi yang penuh berdarah itu. Fikirnya, sungguh juga kata jurumudi ini, kerana waktu mabuk itu berlaku beta jatuh pengsan.

(Dipetik daripada ‘Pelayaran yang Penuh Peristiwa’

dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Berikan maksud rangkai kata memeliharakan geliung. [2 markah]

arkah]

(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh Awang Sulung setelah melihat ombak yang terlalu besar dan geliung tidak dapat dirapatkan ke tepi pulau?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Tuanku Nakhoda Tua tidak wajar mempercayai kata-kata jurumudi itu. [3 m

[Lihat halaman sebelah 1103/2

SULIT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 9: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Soalan 2 (d) - Sajak Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

DIRGAHAYU BAHASAKU Tempatmu di singgahsana Hati nurani bangsaku Warga yang berbudi Setia dan amanah Bahasa itu maruah bangsa Yang mesti dipelihara martabatnya Agar tetap kukuh dan ampuh Melayari lautan bijaksana Salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku Hak bangsaku memilikimu Hak bangsaku mendaulatkanmu Di bumi bertuah ini Merentas dunia tak bertepi. Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan Ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan Gagah pelautku membelah lautan Ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam Dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam Dirgahayu bahasaku Di arena antarabangsa suaramu tumbuh Menusuk kalbu lagu bahasamu Bahasamu bahasa minda Mudah akrab dan bertatasusila Daripada bangsa yang bernama Melayu Menempa kejayaan di alaf baru. Ahmad Sarju Antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka

[Lihat halaman sebelah 1103/2

SULIT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 10: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

(i) Nyatakan keistimewaan bahasa Melayu dalam rangkap keempat sajak di atas. [2 markah]

(ii) Sekiranya anda seorang pejuang bahasa, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk memartabatkan bahasa Melayu di negara ini? [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

[Lihat halaman sebelah 1103/2

SULIT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 11: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[ 30 markah ]

Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) dapat - bersependapat

(ii) prihatin - keprihatinan

(iii) sejuk - kesejukan

[6 markah]

(b) Tulis perbualan di bawah ini dalam bentuk cakap pindah. Anda dikehendaki mengekalkan susunan isi dalam petikan ini. Cikgu Azlan: Rajesh, mengapakah awak lewat hari ini?

Rajesh: Maafkan saya cikgu. Saya terpaksa menghantar adik saya ke sekolahnya dahulu. ( Dengan suara yang tersekat-sekat) Cikgu Azlan: Mengapakah awak yang perlu menghantarkan adik awak ke sekolah? Rajesh: Ayah saya kurang sihat, cikgu. Dia demam. Cikgu Azlan: Oh, begitu! Cikgu faham masalah awak. (Sambil mengangguk- anggukkan kepalanya) Rajesh: Saya cuba datang lebih awal pada hari esok, cikgu.

[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Kementerian Pelajaran Malaysia permainkan peranan yang signifiken ke arah memperkasakan bidang Sains Angkasa agar setanding dengan negara maju.

[Lihat halaman sebelah

1103/2 SULIT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 12: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

(ii) Pengerusi mengumunkan bahawa mesyuarat agong akan mengadakan secara

dwitahunan mulai tahun hadapan.

(iii) Kerajaan digalakkan kemasukan pelancung dari luar negara untuk menjanakan ekonomi negara.

[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Setiap individu digalakkan membuat perawatan kesihatan sekurang-kurangnya enam bulan sekali untuk memastikan mereka bebas daripada pelbagai penyakit-penyakit yang berbahaya.

(ii) Para guru sanggup berkorban mengadakan kelas tambahan di masa cuti demi meninggikan bilangan murid yang lulus dalam peperiksaan nanti. (iii) Perdana Menteri Malaysia yang satu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj berperanan penting di dalam sejarah kemerdekaan tanah air tercinta.

[6 markah] (e) Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa tersebut.

(i) Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu yang betul sedangkan dia sendiri berbuat salah.

(ii) Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut.

(iii) Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang yang bodoh itu sia-

sia sahaja. [6 markah]

[Lihat halaman sebelah 1103/2

SULIT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 13: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

10 SULIT 1103/2

Soalan 4 : Novel

( 15 markah)

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut;

(i) PAPA… (akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof

(ii) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (iii) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (iv) Renyah karya Gunawan Mahmood (v) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir (vi) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan (vii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah (viii) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menggembirakan dalam novel tersebut

[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut?

[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 14: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

____________________________

1103/1 (PP) Bahasa Melayu Kertas 1 Peraturan Pemarkahan Ogos 2013

OPERASI PENCAPAIAN STANDARD ‘93

TINGKATAN LIMA

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN Peraturan Pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam Peraturan Pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan Pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa juga bentuk penulisan dan percetakan.

Peraturan Pemarkahan ini mengandungi 10 halaman bercetak

1103/1 © 2013 Hak CIpta JPNJ [Lihat sebelah

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 15: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Kertas 1

Markah penuh : 100

1.0 Tujuan Pengujian : Untuk menguji kebolehan calon dalam :

1.1 Membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah-

hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk karangan

1.2 Melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan

bahasa yang jelas dan berkesan.

1.3 Menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan

menggunakannya untuk pelbagai tujuan, menguasai penggunaan

perenggan-perenggan dan tanda-tanda baca pada tempat-tempat dan

keadaan yang sesuai.

1.4 Menulis dengan bahasa yang kemas, lancar, dan jelas, struktur ayat

yang betul dan gaya bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan

tajuk karangan.

2.0 Langkah-langkah Pemeriksaan

2.1 Pemeriksa hendaklah membaca setiap karangan dengan teliti untuk

mendapatkan kesan daripadanya, selepas itu menilai dan

menganggarkan tahap karangan itu agar dapat dimasukkan dalam

peringkat tertentu mengikut kriteria yang ditetapkan.

2.2 Pemeriksa membaca karangan itu kali kedua sambil menurunkan

tanda-tanda pemeriksaan dan menetapkan markah berdasarkan

kriteria-kriteria berikut:

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 16: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan (30 markah)

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

CEMERLANG

26 – 30 (28 – 30)

(26 – 27)

• Karangan menepati tema bahan

rangsangan.

• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.

Penggunaan tanda baca betul dan tepat.

Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.

Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang

digunakan bervariasi dan menggunakan

ungkapan yang menarik.

• Isi relevan dengan tema bahan rangsangan

dan dihuraikan dengan jelas dan matang.

KEPUJIAN

20 – 25 (23 – 25)

(20 – 22)

• Karangan menepati tema bahan rangsangan

• Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.

Penggunaan tanda baca betul dan tepat.

Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.

Penggunaan kosa kata luas.

• Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang

digunakan bervariasi

• Isi relevan dengan tema bahan rangsangan

dan dihuraikan dengan jelas.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 17: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

MEMUASKAN

15 – 19 (17 – 19)

(15 – 16)

• Karangan masih menepati tema bahan

rangsangan

• Bahasa masih gramatis dari segi kata dan

ayat. Penggunaan tanda baca masih betul

dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem

Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata

umum.

• Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa

masih bervariasi

• Idea masih relevan dengan tema bahan

rangsangan. Huraian idea masih jelas.

KURANG MEMUASKAN

10 – 14

(12 – 14)

(10 - 11)

• Karangan masih/kurang menepati tugasan

bahan rangsangan

• Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan

ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan

Rumi Baharu tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata

terhad.

• Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa

kurang bervariasi.

• Idea kurang relevan dengan tema bahan

rangsangan dan huraiannya kurang jelas.

PENCAPAIAN MINIMUM

01 – 09 (06 – 09)

(01 – 05)

• Calon tidak menunjukkan penguasaan

kemahiran menulis

• Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan

ayat.

• Idea tidak menepati tema bahan rangsangan.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 18: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Bahagian B : Karangan Respons Terbuka (100 markah)

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT

MARKAH

KRITERIA

CEMERLANG

80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89)

• Idea yang relevan mengikut

tugasan,dihuraikan dengan jelas

dan matang,disertakan dengan

contoh yang sesuai.

• Penggunaan pelbagai jenis kata

yang luas dan tepat.

• Penggunaan kosa kata luas dan

tepat.

• Ejaan dan tanda baca betul

• Penggunaan pelbagai ayat yang

gramatis.

• Laras bahasa sesuai dengan

tugasan

• Penggunaan unsur bahasa bervariasi.

• Gaya bahasa menarik dari segi

keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan seperti

peribahasa,pantun,cogan kata

atau frasa.

• Pengolahan sangat menarik dan

berkesan serta pemerengganan

sesuai

• Wacana lengkap dan terdapat

kesinambungan idea yang jelas

antara perenggan.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 19: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

KEPUJIAN

66 – 79 (73 – 79)

(66 – 72)

• Idea yang relevan mengikut

tugasan,dihuraikan dengan

jelas,disertakan dengan contoh

yang sesuai.

• Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.

• Penggunaan kosa kata luas

dan tepat.

• Ejaan dan dan tanda baca

betul.

• Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis tetapi terdapat

kesalahan yang minimum

• Laras bahasa sesuai dengan

tugasan

• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.

• Gaya bahasa masih menarik

dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan seperti

peribahasa, pantun, cogan kata

atau frasa.

• Pengolahan menarik dan

berkesan serta pemerengganan

sesuai

• Wacana lengkap dan terdapat

kesinambungan idea yang jelas

antara perenggan.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 20: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

BAIK

51 – 65 (58 – 65)

(51 – 57)

• Idea masih relevan mengikut

tugasan, huraian isi masih jelas,

dan contoh masih sesuai.

• Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.

• Penggunaan kosa kata umum.

• Ejaan dan tanda baca masih

betul

• Penggunaan pelbagai ayat yang gramatis tetapi terdapat

kesalahan yang minimum.

• Laras bahasa sesuai mengikut

tugasan

• Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi

• Gaya bahasa kurang menarik

dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan kurang berkesan.

• Pengolahan masih menarik dan

pemerengganan masih sesuai

• Wacana masih lengkap

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 21: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

MEMUASKAN

36 – 50 (43 – 50)

(36 – 42)

• Idea masih relevan mengikut

tugasan, huraian isi kurang jelas

dan contoh kurang sesuai

• Penggunaan pelbagai jenis kata terhad

• Penggunaan kosa kata umum

dan terhad

• Ejaan dan tanda baca betul

tetapi terdapat kesalahan yag

minimum

• Ayat kurang gramatis.

• Laras bahasa kurang sesuai.

• Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.

• Gaya bahasa kurang menarik

dari segi keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan kurang

berkesan.

• Pengolahan kurang menarik.

pemerengganan kurang sesuai.

• Wacana masih/kurang lengkap.

KURANG MEMUASKAN

21 – 35 (28 – 35)

(21 – 27)

• Idea masih relevan/ idea

bercampur aduk dan huraian

tidak jelas/ tidak berkembang.

dan contoh tidak sesuai.

• Penggunaan kata kurang tepat.

• Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.

• Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 22: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

• Unsur bahasa tidak bervariasi

• Gaya bahasa dari segi

keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan lemah.

• Pengolahan tidak menarik.

• Wacana tidak lengkap dan

binaan perenggan tidak

seimbang.

PENCAPAIAN MINIMUM

01 - 20 (11 - 20)

(01 – 10)

• Idea bercampur aduk dan

huraian tidak jelas/ tidak

berkembang dan contoh tidak

sesuai.

• Keseluruhannya menunjukkan

penggunaan kata dan ayat tidak gramatis.

• Terdapat kesalahan ejaan dan

tanda baca yang ketara.

• Gaya bahasa dari segi

keindahan bahasa dan

penggunaan ungkapan lemah

serta tidak menarik.

• Pengolahan tidak menarik.

• Wacana tidak lengkap dan

binaan perenggan tidak

seimbang dan tidak sesuai.

• Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 23: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

SULIT 1103/1(PP)

1103/1(PP) SULIT

10

2.3 Markah bersih / muktamad itu hendaklah ditulis di penjuru atas sebelah kanan pada halaman pertama karangan. Markah itu hendaklah dikepung

dengan bulatan apabila markah itu dicatatkan atas kertas jawapan.

Bahagian A - 23 markah

Bahagian B - 65 markah

Jumlah 88 markah

Pemeriksa dikehendaki memberi komen sekiranya perlu pada karangan yang

diperiksa.

3.0 Cara menanda kesalahan isi, bahasa, ejaan dan tanda baca

( ) = Kesalahan isi/fakta

_________ = kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda bacaan

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 24: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

SMK... OPS 93 1103/2 BAHASA MELAYU Kertas 2 Ogos 2 ½ jam Dua jam tiga puluh minit

BAHASA MELAYU

Kertas 2

PERATURAN PEMARKAHAN

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

AMARAN

Peraturan pemarkahan ini SULIT dan Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Johor. Kegunaannya khusus untuk pemeriksa yang berkenaan sahaja. Sebarang maklumat dalam peraturan pemarkahan ini tidak boleh dimaklumkan kepada sesiapa. Peraturan pemarkahan ini tidak boleh dikeluarkan dalam apa-apa juga bentuk penulisan dan percetakan.

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 14 halaman bercetak

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 25: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Markah penuh 110 markah Soalan 1 Markah penuh 30 dibahagi kepada: (a) Isi - 20 markah (b) Bahasa - 10 markah (a) Isi [20 markah]

Nota :

(i) Panduan mengira perkataan

Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan: - nama khas - perkataan berulang - penggunaan kata depan di dan ke - tarikh - angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan - gelaran

(ii) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja sebelum

diperiksa. (iii) Periksa jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya

tidak perlu diperiksa. (iv) Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.

Bahagian Markah Markah

(i) Pendahuluan 2

(ii) Isi Tersurat 4 5 6 7 8 9 10 11 12 16

(iii) Isi Tersirat 12 11 10 9 8 7 6 5 4

(iv)Penutup/ Kesimpulan 2

Jumlah Markah 20

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 26: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Soalan 1 : Rumusan Pendahuluan Markah

Petikan membincangkan tanggungjawab / fungsi / tugas Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terhadap ekonomi negara. 2 Petikan membincangkan tanggungjawab / fungsi / tugas Industri kecil dan Sederhana (IKS) 1 Isi tersurat [4 hingga12 markah]

1. Membolehkan Malaysia muncul sebagai negara perindustrian yang dinamik 2 2. Menyediakan keperluan dalam negara 2 3. Mengeksport pelbagai jenis barang industri 2 4. Mengurangkan pengaliran wang ke negara lain 2 5. Alat-alat industri boleh dibuat sendiri dengan bahan-bahan tempatan 2 6. Membantu kerajaan mengukuhkan sektor perindustrian negara 2 7. Pemindahan kepakaran teknologi boleh berlaku 2 8. Dapat mencorakkan struktur ekonomi negara 2 9. Melahirkan golongan industrialis yang berwibawa 2 10. Dapat berkembang dan beransur-ansur menjadi industri berat 2

Isi tersirat [4 hingga 12 markah]

T1. Kerajaan memberikan khidmat nasihat / bantuan teknikal 2 T2. Institusi kewangan memberi kemudahan pinjaman / dana 2 T3. Kempen membeli barangan tempatan / barangan IKS 2 T4. Pengusaha meningkatkan kualiti produk 2 T5. Penggunakan strategi pemasaran yang berkesan 2 T6. Meluaskan pasaran 2 T7. Mempelbagai produk IKS 2 T8. Meningkatkan prasarana / infrastruktur 2

Penutup Kesimpulannya, semua pihak hendaklah menyokong perkembangan Industri Kecil dan Sederhana agar negara bertambah maju. 2 Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memperkukuh perkembangan Industri Kecil dan Sederhana. 1

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 27: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

(b) Bahasa [10 markah]

Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

Peringkat

Markah Isi

MarkahBahasa

Huraian

Baik

18 – 20

15 – 17

9 – 10

7 – 9

- Kesinambungan isi baik - Struktur ayat / tatabahasa baik - Kosa kata luas - Tanda bacaan / ejaan betul

Sederhana

12 – 14

8 – 11

6 – 7

4 – 6

- Kesinambungan isi masih baik - Struktur ayat / tatabahasa masih memuaskan - Kosa kata masih memuaskan -Tanda bacaan / ejaan juga memuaskan

Lemah

1 – 7

1 – 4

- Pada keseluruhannya dalam serba kekurangan / tidak memuaskan

Nota :

(i) Jika bahasanya agak baik, tambah 1 markah lagi.

(ii) Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah.

(iii) Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah perkataan kurang daripada 120 perkataan, berikan 0 markah.

(iv) Jika rumusan kurang daripada 120 perkataan, markah tidak dipotong.

[ Markah bahasa maksimum : 10 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 28: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Soalan 2 Markah penuh 35 dibahagikan kepada:

Soalan 2(a) : 9 markah Soalan 2(b) : 9 markah Soalan 2(c) : 8 markah Soalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi Soalan 2(a) hingga Soalan 2(d) 1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri 2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap / sempurna 3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja. Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman 1. Soalan 2 markah:

DESKRIPSI MARKAH - Jawapan tepat mengikut konteks / isi cukup dan ayat gramatis

2

- Jawapan kurang tepat / isi tidak cukup

1

- Jawapan tidak tepat / salah

0

2. Soalan 3 markah:

DESKRIPSI MARKAH - Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis

3

- Isi cukup dan lengkap / relevan tetapi ayat kurang gramatis - Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat gramatis

2

- Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis

1

- Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis

0

3. Soalan 4 markah:

DESKRIPSI MARKAH - Isi cukup dan lengkap / relevan dengan tugasan dan ayat gramatis

4

- Isi cukup dan lengkap / relevan, ayat kurang gramatis

3

- Isi tidak cukup / kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis

2

- Isi tidak cukup / kurang lengkap dan ayat kurang gramatis

1

- Isi tidak betul / tidak relevan dengan tugasan, ayat gramatis 0

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 29: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Soalan 2(a) – Petikan umum

(i) Maksud

ab

ab

di;

- berbagai-bagai / berjenis-jenis dorongan / galakan 2 - dorongan / galakan 1

[maksimum: 2 markah]

(ii) Sebab-seb

- dapat mengurangkan pengimportan pelbagai jenis bahan industri dari luar negara 1

- mendapat dorongan daripada pembangunan industri berat 1 - Malaysia telah merangka Pelan Induk Pembangunan Industri 1

[maksimum: 3 markah]

(iii) Sebab-seb

- dapat meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar 1 - membuka peluang pekerjaan 1 - menyumbang kepada peningkatan industri pelancongan negara 1 - menambah pendapatan negara 1 - membantu meningkatkan kemajuan sektor-sektor lain 1

[maksimum: 4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan cerpen

(i) Kesan-kesan yang terja

• air sungai menjadi keruh macam air susu 1 • sampah sarap dipunggah bersama 1 • menumbangkan pokok-pokok yang tegak di tepi-tepi tebingnya 1 • memuntahkan tanah hingga terkobak rata-rata 1 • pokok-pokok padi habis tenggelam dan mati begitu saja 1

[maksimum : 2 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 30: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

(ii) Langkah-langkah;

n;

• membina tebatan / benteng / penghadang banjir 1 • mendalamkan dasar sungai / melebarkan sungai yang berdekatan 1 • membina pintu air / kunci air 1 • membina sistem saliran / perparitan 1 • membersihkan sungai daripada sampah sarap 1

[maksimum : 3 markah]

(iii) Persoalan dalam petika

• Kesukaran yang dihadapi akibat bencana alam. Pokok-pokok padi ibu ditenggelami air dan mati apabila air sungai Ceper melimpah. 2

• Ketabahan menghadapi rintangan hidup.

Ibu bangun pada waktu subuh dan bersedia menempuh apa saja ujian atau cabaran pada siang hari 2

Persoalan dalam cerpen;

• Kepentingan air dalam kehidupan. Ibu dan penduduk kampung menggunakan air sungai Ceper untuk kegunaan seharian dan mengairi sawah. 2

• Kurang kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Penduduk kampung membuang sampah sarap ke dalam sungai Ceper menyebabkan sungai tersebut tercemar. 2

• Kasih sayang dalam keluarga.

Aku menjaga ibu ketika ibu sakit dan tidak boleh bergerak 2

[maksimum : 4 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 31: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

(i) Maksud memeliharakan geliung;

g;

a;

• menjaga / melindungi kapal layar 2 • menjaga / melindungi kapal 1 • menyelamatkan kapal 1

[maksimum : 2 markah]

(ii) Tindakan Awang Sulun

• Awang Sulung segera ke petak jubungnya 1 • mengambil bungkusan tulang pelanduk putih 1 • mengikat bungkusan pada benang pancar warna 1 • mencampakkan bungkusan tersebut ke laut 1

[maksimum : 3 markah]

(iii) Tidak wajar keran

• Tuanku Nakhoda Tua tidak melihat sendiri jurumudi menghadapi amukan Tuan Puteri dayang Nuramah 1

• Jurumudi tidak jujur / mempunyai muslihat 1 • Tuanku Nakhoda Tua tidak dapat berfikir dengan baik / waras pada waktu itu 1

Wajar kerana;

• Jurumudi telah menunjukkan keris yang berdarah sebagai bukti 1 • Jurumudi telah lama berkhidmat dengan Nakhoda Tua 1 • Geliung tidak lagi dalam keadaan bahaya / terancam 1

[maksimum : 3 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 32: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Soalan 2(d) – Sajak

(i) Keistimewaan bahasa Melayu;

u;

ni;

• dikenali / terkenal di peringkat antarabangsa 1 • dapat menyentuh jiwa / bahasa yang lembut 1 • bahasa minda / bahasa ilmu 1 • mudah akrab / mudah dipelajari / mudah difahami 1 • bertatasusila / bahasa yang sopan 1

[maksimum : 2 markah]

(ii) Usaha-usaha untuk memartabatkan bahasa Melay

• mengadakan kempen kesedaran 1 • menulis rencana berkaitan bahasa Melayu dalam majalah / suratkhabar 1 • menganjurkan bengkel / seminar / kelas untuk masyarakat berbilang kaum 1 • mengadakan program bahasa dengan kerjasama pihak kerajaan dan

swasta 1 • mengadakan pelbagai pertandingan berkaitan kemahiran bahasa 1 • mengundang peserta luar negara menyertai simposium / kolokium

seminar bahasa Melayu di negara ini 1

[maksimum : 3 markah]

(iii) Nilai mur

• Ketabahan. Memperjuangkan bahasa Melayu di dunia 2

• Cinta akan bahasa.

Penyair menyatakan bahasa Melayu mesti dimartabatkan 2

• Kesopanan. Sopan santun bahasa merupakan maruah bangsa Melayu 2

• Keberanian. Pelaut meredah lautan untuk menyebarkan / memartabatkan bahasa 2

[maksimum : 4 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 33: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Peraturan Pemarkahan

Soalan 3

Marlah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah

Soalan 3(b) : 6 markah

Soalan 3(c) : 6 markah

Soalan 3(d) : 6 markah

Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a) 1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul. 2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan. 3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah. 4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah. 5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikah markah penuh 1 markah. 6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat. 7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan markah penuh 1 markah. 8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya. 9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah. 10.Sengaja menambah atau mengubah imbuhan, berikan 0 markah.

3(a) i. dapat – boleh, beroleh, menerima, berjaya, berhasil, faham

bersependapat – sama-sama berpendapat

ii. prihatin – mengambil berat, berdukacita atau kecewa yang amat sangat

keprihatinan – kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat

kepada seseorang atau sesuatu, perasaan sedih yang

amat sangat.

iii. sejuk – tidak panas, segar dan nyaman, berasa dingin, tenang dan

tenteram

kesejukan – perihal sejuk, kedinginan, kena sejuk, masuk angin

[Maksimum : 6 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 34: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

3(b) Menukar cakap ajuk kepada cakap pindah Isi penting

- Cikgu Azlan menegur Rajesh yang lewat hadir pada hari itu. - Dengan suara yang tersekat-sekat Rajesh meminta maaf daripada Cikgu Azlan.

Dia menjelaskan bahawa dia terpaksa menghantar adiknya ke sekolah terlebih dahulu.

- Cikgu Azlan ingin tahu sebab Rajesh terpaksa menghantar adiknya ke sekolah. - Rajesh memberitahu bahawa ayahnya kurang sihat dan menegaskan bahawa

ayahnya demam. - Cikgu Azlan memahami masalah Rajesh sambil mengangguk-anggukkan

kepalanya. - Rajesh berjanji akan cuba datang lebih awal pada keesokan harinya

[Maksimum : 6 markah]

Markah diberi secara impression

Baik : 5 – 6

Sederhana : 3 – 4

Lemah : 1 – 2

3(c) i. permainkan - memainkan

signifiken - signifikan

ii. agong - agung

mengadakan - diadakan

iii. digalakkan - menggalakkan

pelancung - pelancong

[Maksimum : 6 Markah]

3(d) i. perawatan - pemeriksaan

pelbagai penyakit-penyakit - pelbagai penyakit

ii. di masa - pada masa

meninggikan - meningkatkan

iii. satu - pertama

di dalam - dalam

[Maksimum : 6 Markah

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 35: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

3(e) i. Ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

ii. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

iii. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat.

[Maksimum : 6 Markah]

Soalan 4

Markah penuh 15 markah

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4 Perhatian bagi soalan 4 (a) (i) Jawapan berdasarkan satu daripada novel yang dipelajari. (ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. (iii) Berikan 2 markah bagi peristiwa yang tepat. (iv) Berikan 2 markah bagi setiap huraian yang lengkap dan jelas (v) Markah isi maksimum 4 markah.

(vi) Markah bahasa maksimum 3 markah. (vii) Markah bahasa diberikan secara `impression`

Baik = 3 markah Sederhana = 2 markah Lemah = 1 markah

(viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa. (ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

[maksimum: 7 markah]

(b) (i) Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.

(ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap. (iii) Beri 1 markah untuk satu pengajaran bagi setiap novel

(iv) Berikan 2 markah bagi setiap huraian yang lengkap dan jelas (v) Markah isi maksimum 6 markah (maksimum 3 markah bagi setiap novel) (vi) Markah bahasa maksimum 2 markah.

(vii) Markah bahasa diberikan secara `impression` Baik = 2 markah Lemah = 1 markah (viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa. (ix) Calon tidak menjawab 0 markah.

[maksimum: 8 markah]

4(a) Peristiwa yang menggembirakan:

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 36: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Novel Melunas Rindu

1. Peristiwa Fuad menyemak penyata akaun melalui kad ATMnya ketika menunggu anak Borhan dirawat di klinik. Didapati wang dalam akaunnya bertambah.Fuad yakin bahawa ayahnya yang memasukkan wang tersebut. Peristiwa ini menggembirakan Fuad kerana ayahnya masih mengambil berat tentang dirinya.

2. Peristiwa Farhana dan adik-adiknya Muhammad Fikri dan Muhammad Syukri menghantar Fuad, ibu kandungnya Mariana, Pak Ismail dan Mal Salmah mengerjakan umrah ke tanah suci. Mariana berpesan kepada Farhana supaya menjaga adiknya baik-baik. Peristiwa ini menggembirakan kerana akhirnya Fuad bersatu dengan keluarganya.

3. Peristiwa kedatangan Robert Lim di lapangan terbang. mengejutkan Fuad, Mariana,

Pak Ismail dan Mak Salmah. Robert Lim berpesan kepada Fuad supaya menjaga ibunya baik-baik di sana sebelum mereka berangkat ke tanah suci. Dia mungkin akan menyusul kemudian. Peristiwa ini menggembirakan kerana ada petanda menunjukkan bahawa Robert Lim akan kembali kepada Islam.

4. Peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana. Peristiwa ini menggembirakan kerana usaha Fuad mengesan ibunya semakin menunjukkan hasil positif.

5. Peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya. Mariana

dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma). Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Peristiwa ini menggembirakan kerana Fuad telah berjaya menemui ibu yang dicari selama ini.

6. Peristiwa Fuad dan Farhana ke Restoran Terapung untuk meraikan hari lahir Farhana.

Peristiwa ini menggembirakan kerana hubungan Fuad dengan Farhana semakin rapat dan mesra.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 37: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

Novel Kabus Di Perbukitan

a) Peristiwa yang menggembirakan:

1. Peristiwa Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar. Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Peristiwa ini menggembirakan kerana walaupun secara sedar mereka tidak bertemu, tetapi di bawah sedar, mereka dapat juga bertemu.

2. Peristiwa perkahwinan antara Melina dan Benny yang dilangsungkan di Masjid Al Noor di Christchurh, New Zealand. Peristiwa ini menggembirakan kerana hubungan mereka direstui oleh keluarga masing-masing.

3. Peristiwa Melina bertemu semula dengan suaminya, Benny di Dubai. Benny meminta maaf dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Dubai. Peristiwa ini menggembirakan kerana akhirnya Melina bertemu dengan suaminya.

4. Peristiwa Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan

oleh ayahnya, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri. Peristiwa ini menggembirakan kerana usaha Kamaruddin berhasil dan menemukan dia dengan anaknya.

5. Peristiwa perkahwinan antara Anne dengan Zain dilangsungkan di Cameron Highland

serta disiarkan secara langsung di televisyen. Peristiwa ini menggembirakan kerana dapat menemukan dua budaya yang berbeza.

Novel Melunas Rindu (b) Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa menghormati orang yang lebih tua.

- Fuad menghormati Pak Ismail, dan Mak Salmah dengan menerima teguran daripada mereka

2. Kita hendaklah mengamalkan semangat bekerjasama.

- Fuad dan Farhana sering berbincang dan bekerjasama untuk meningkatkan prestasi Bahasa Inggeris pelajar-pelajar mereka di Sekolah Menengah Seri Setia

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 38: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

3. Kita hendaklah menerima suratan takdir dengan hati yang tabah. - Fuad menerima takdir bahawa Farhana adalah adik kandungnya.

4. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang telah berbudi kepada kita.

- Fuad membuka buku akaun Giro untuk adik-adik sepupunya sebagai mengenang jasa Peter Lim dan Swee Lan.

5. Kita hendaklah insaf apabila melakukan sesuatu kesalahan.

- Fuad insaf akan kesilapannya dengan meminta maaf daripada Mak Salmah dan Pak Ismail menyebabkan mereka kehilangan Sofia.

6. Kita mestilah taat dalam mengerjakan suruhan Tuhan.

- Fuad mengerjakan solat walaupun dalam keadaan musafir dan rajin menunaikan solat secara berjemaah di surau

7. Kita hendaklah memberikan bantuan tanpa mengharapkan balasan.

- Fuad menolong menghantar anak Borhan yang sakit ke klinik pada waktu malam.

Novel Kabus Di Perbukitan (b) Pengajaran

1. Kita hendaklah mempunyai jati diri. - Faridah masih mengamalkan budaya hidup orang Melayu dan Islam walaupun

menetap di New Zealand seperti memasak masakan Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengekalkan nama Melayunya di sana.

2. Kita hendaklah menerima ketentuan takdir.

- Azrul menerima takdir kematian Rahayu dengan hati yang tenang dan menyimpan kasih sayang terhadap Rahayu dalam hatinya.

3. Kita perlulah berhati-hati dalam memilih kawan.

- Benny yang berkawan dengan Mohamed Attar tidak menyangka sahabatnya itu terlibat dengan aktiviti keganasan.

4. Kita hendaklah menyayangi antara satu sama lain.

- Hamidah menyayangi Rahayu seperti anaknya sendiri walaupun Rahayu merupakan anak tirinya.

5. Kita hendaklah taat pada agama.

- Faridah tetap taat pada agama dengan cara mendidik anak-anaknya dengan ajaran Islam walaupun sudah lama tinggal di New Zealand.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

Page 39: Johor Trial SPM 2013 Bahasa Melayu

16

6. Kita hendaklah membantu golongan kurang upaya.

- Faridah sentiasa membantu Iqbal, iaitu kanak-kanak Sindrom Down.

7. Kita mestilah menjaga alam sekitar agar tidak rosak atau tercemar. - Azrul menyertai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pemuliharaan alam sekitar

seperti kempen ‘Save Our River’.

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly