teknik menjawab spm - bahasa melayu

40
Ceramah Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM Puan Nelly Ak. Singgaw Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Kuching High

Upload: steffeny

Post on 25-Oct-2015

179 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

teknik-teknik menjawab dalam SPM

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Ceramah Teknik Menjawab Soalan

Bahasa Melayu SPM

Puan Nelly Ak. SinggawGuru Cemerlang Bahasa Melayu

SMK Kuching High

Page 2: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Analisis soalan 2007 – Jun 2012Karangan Bahagian A

• 2007 – gambar foto (bersiri) – Isu kebersihan Alam Sekitar• 2008 – Gambar ilustrasi - Isu Pencemaran Sungai• 2009 – Gambar ilustrasi - Isu Aktiviti Badan Beruniform• 2010 – Gambar rajah - Penjagaan kebersihan• 2011 - Gambar tunggal - Belajar Secara berkumpulan• Jun 2012 – Gambar bersiri - Faedah Perpustakaan

• 2012 – Dialog - Aktiviti Sambutan Hari Kebangsaan• Jun 2013 – Gambar – langkah-langkah Menjaga

keselamatan di Jalan Raya

Page 3: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Slot 1 : Karangan Cemerlang

• 1. Penulisan menepati tema bahan rangsangan.

• 2. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.

• 3. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.

• 4. Wacananya lengkap, bervariasi dan penggunaan ungkapan yang menarik.

• 5. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan, jelas dan matang.

Page 4: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Bahagian A• Pelajar :• a. perlu gunakan isi-isi yang

diberikan dalam bahan rangsangan.• b. perlu mengembangkan isi-isi

dengan contoh- contoh yang relevan.• Perlu menggunakan Pendekatan

Gabungan i. Isi iv. Penegasan ii. Contohiii. Huraian

Page 5: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Boleh atau tidak karangan ditulis melebihi 250 patah perkataan?

• BOLEH – jangan risau jika jumlah perkataan yang ditulis melebihi 250 patah perkataan.

• Teknik Penulisan Berkesan• Tentukan T, K, F. T ialah Tema, K ialah Kata

Kunci dan F ialah Format• Tulis karangan sebanyak 5 perenggan yang

terdiri daripada pendahuluan , 3 perenggan isi• Bahagian pendahuluan cukuplah setakat dua

ayat sahaja, iaitu ayat rangsangan (AR) dan ayat arahan(AR).

Page 6: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

• Perenggan isi pula hendaklah sekurang-kurangnya terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat judul(AJ/AT) dan ayat yang lain sama ada ayat huraian(AH), ayat contoh(AC), atau ayat penegas(AP/AS)

• Perenggan kesimpulan pula perlulah ditulis dua ayat sahaja seperti ayat cadangan, (A Cdgn), ayat pendapat(A pdpt), dan sebagainya.

• Ingat (Karangan Bahagian A)• Salah format – band terus turun ke (B) :

Kepujian (19/30 ke bawah.

Page 7: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Slot 2: Karangan Bahagian B

• Bagaimana memilih soalan? Apa kaitannya?

• Tiga kriteria memilih soalan (3T)• 1. Tahu kehendak soalan.• 2. Tahu format soalan.• 3. Tahu maklumat kehendak soalan – jika

dapat tahu 100% lagi baik.• Peringatan: mulai tahun 2012, jika

karang yang ditulis salah formatnya, Bandnya akan terus turun ke B (kepujian)

Page 8: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Slot 3 : Bahagian BMemahami Kehendak Soalan

• 1. Baca soalan dengan teliti.• 2. Gariskan kata kunci yang penting.• 3. Apa temanya?• 4. Apakah formatnya?• 5. Apa kehendak soalannya?

Page 9: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Slot 4 : MEMILIH SOALAN YANG TEPAT

• Para pelajar perlu membaca kesemua soalan yang dikemukakan sambil menggaris setiap kata kunci dalam soalan. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan anda untuk dijawab.

Ingat – karangan anda mesti ada sekurang-kurangnya tujuh perenggan dengan lima isi ; setiap isi mesti ada sekurang-kurangnya 80 patah perkataan. Jumlah 400 patah kata, 70 untuk pendahuluan dan 70 untuk penutup, maka keseluruhan karangan anda akan ada 540 patah kata. Cukup untuk mendapat A+

Page 10: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

• Slot 4 (sambungan)• Tafsiran yang betul menyebebkan

calon mendapat markah tinggi, penulisan yang berfokus, tidak menyeleweng dan keluar tajuk.

• Memulakan penulisan karangan – 3 aspek penting iaitu perancangan, penulisan dan penyemakan.

Page 11: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Karangan cemerlang : Bahagian B

• Perubahan skema pemarkahan : Sekarang lebih kepada markah isi.

• 1. idea yang relevan mengikut soalan.

• 2. Pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.

• 3. Kosa kata yang luas.• 4. Ejaan dan tanda baca yang betul.

Page 12: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Perubahan Skema Pemarkahan (mulai 2012)

Jumlah patah perkataan:1. 300 – 350 – ditanda seperti biasa.2. 200 – 299 – impresion turun sedikit/markah turun

sedikit.3. 251 – 299 – peringkat baik (51 – 65 markah)4. Kurang 250 – peringkat kurang memuaskan (21 – 35

markah) jika bahasa baik, markah yang diberikan ialah di peringkat kurang memuaskan atas (28 – 35). Jika bahasa kurang memuaskan, markah yang diberikan ialah kurang memuaskan bawah (21 – 27)

5. Tidak perlu tulis panjang-panjang cukup setakat 400 patah perkataan (5 isi). Kenapa? – membuang masa, semakin banyak kesalahan tatabahasa berlaku.

Page 13: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

PERENGGAN PENDAHULUAN

• Bahagian kepala karangan sama maksud dengan perenggan pendahuluan. Perenggan ini melibatkan tema dan isu semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh dalam perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan ini sebaiknya menggunakan ayat tanya yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai LIMA PERKARA yang ditulis dalam satu perenggan:

i. Ayat Tema : merujuk kepada tema karanganii. Isu Semasaiii. Huraian Isuiv. Pendapat v. Pendirian Penulis/Ayat Arah : merujuk kepada skop

soalan

Page 14: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Contoh : Rujuk soalan Kesan buruk program realiti kepada masyarakat.

Contoh Pendahuluan(Tema) Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai

rancangan televisyen realiti. (Isu Semasa) Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat tempat dalam hati populasi di negara ini.

(Huraian Isu) Tambahan pula, setiap rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyen. Hal ini memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti. Oleh sebab itu, pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari semasa ke semasa. Antara rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan melalui skrin televisyen sekarang termasuk ‘Akademi Fantasia’, ‘Mentor’, ‘One In A Million’ dan banyak lagi.

(Pendapat) Penerbit rancangan-rancangan tersebut berpendapat bahawa dengan penerbitan rancangan tersebut dapat menyediakan ruang bagi mencungkil bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui mekanisme yang betul.

Page 15: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Wahhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada penonton dengan mengadakan undian melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini diibaratkan seperti pepatah Melayu “sambil menyelam minum air”.

(Skop soalan) Persoalannya apakah kesan-kesan rancangan televisyen realiti kepada komuniti di negara kita?

Ingat [Selangkan sebaris sebelum menulis perenggan berikutnya aiatu perenggan isi] [Pilihan tidak semestinya diikuti]

Page 16: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

PERENGGAN ISI

i. Bahagian ini mesti dibina secara sekata bagi setiap perenggan.

ii. Penulisan isi yang baik mempunyai 4 unsur atau perkara.

a. Ayat Fokus : Isi utamab. Ayat Huraian : Gunakan Formula ATAH[5W 1H 1I] c. Ayat contoh : relevan dan terkini [AC]d; Ayat simpul : kesimpulan perenggan [AS]e. pb*: peribahasa jika sesuai

Ingat – pengurusan perenggan yang baik akan meningkatkan impresion pemeriksa.

Page 17: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Penggembangan Isi

Untuk mengembangkan isi, cuba gunakan formula di bawah:

Rumus pengembangan isi : ATAH[5W 1H 1I] ACAS PB*AT: Ayat Topik(Isi utama)AH: Ayat Huraian (apa, siapa, bila, di mana, mengapa

[5W], bagaimana[1H], dan sekiranya[1I] – merujuk kepada KBKK

- kaitan atau perhubungan - membanding atau membeza - meramalPb*: merujuk kepada peribahasaAC: Ayat Contoh (contoh yang berkaitan dengan isi)AS: Ayat Simpul (penutup perenggan)

Page 18: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Contoh aplikasa formula ATAH(5W 1H 1I) ACAS pb* dalam perenggan isi karangan

Jika soalan itu mahukan anda menulis usaha-usaha menangani kemelut ekomomi, maka ayat topiknya hendaklah jelas iaitu antaranya ………

(Ayat Topik)Salah satu usaha menangani kemelut ekonomi adalah dengan cara menabung, iaitu aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza.

(Ayat Huraian 1) Aktiviti ini perlu dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan?)

(Ayat Huraian 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memandai. (Mengapa?)

Page 19: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

(Ayat Huraian 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. (Bagaimana?)

(Ayat Huraian 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sezak zaman kanak-kanak lagi. (Bila?)

(Ayat Huraian 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung. (Siapa?)

(Ayat Huraian 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi. (Sekiranya)

Page 20: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

(Ayat Contoh) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. (Di mana?)

(Ayat Simpul) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, jimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan. (Sisipan peribahasa)

Oleh itu, gunakan formula ini [ATAH(5W 1H 1I) ACAS pb*] untuk mengembangkan isi-isi yang lain/seterusnya.

Page 21: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam pengembangan isi karangan cemerlang ialah;

Isi cukup dan berkembanga. sekurang-kurangnya 5 isi, sebaik-baiknya 7

isib. Gunakan formula yang dicadangkan [ATAH

(5W 1H 1I) ACAS pb*]c. Susun isi ikut keutamaand. Berikan contoh atau buktie. Perenggan seimbangf. Ada unsur kematangan [KBKK]g. Satu isi, satu perenggan

Page 22: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

KESIMPULAN

Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematik.

- Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan.

- Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan.

- Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.

Page 23: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

PENUTUP KARANGAN

a. Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajar-pelajar diingatkan supaya tidak mengulang isi-isi yang telah dibincangkan.

b. Bahagian ini juga menjadi ruang bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan.

c. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung.

d. Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk mengindahkan kesimpulan dan memberi kesan.

Page 24: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Perubahan Skema Pemarkahan (mulai 2012)

1. Karangan melebihi 400 patah perkataan, tidak ada kesalahan bahasa yang ketara tetapi hanya ada 4 isi – tidak akan mendapat markah cemerlang (Band A+) – sebaliknya diturunkan Band (Band B) – setakat kepujian sahaja.

2. Ingat karangan yang cemerlang MESTI mengandungi 5 isi yang releven mengikut kehendak soalan. Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat, kosa kata yang luas di samping penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.

Page 25: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Kertas 2(BM 1103/2) – Perubahan Skema Pemarkahan

• Soalan 1 (Rumusan) • 1. Pendahuluan (SPM – Ulangan Jun 2013)• Petikan membincangkan

keistimewaan/kepentingan/kebaikan cendawan terhadap kesihatan manusia………… (tema)

• Jika ditulis…… khasiat cendawan terhadap kesihatan manusia ( 0 markah)

• Jika ditulis… keistimewaan cendawan terhadap kesihatan manusia. (0 markah)….. + manusia sejagat/ masyarakat umum, barulah diberikan markah penuh (2 markah)

Page 26: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Panduan menulis isi-isi tersurat dan isi-isi tersirat

• Isi-isi tersurat/Is-isi tersirat• 1. Seboleh-bolehnya ditulis dalam ayat-ayat yang

berasingan. Setiap isi ditulis dalam 1 ayat.• 2.Jika 2 atau 3 isi digabung dan ditulis dalam 1 ayat

maka dikira sebagai 1 isi (2 markah), kecuali watak atau perlaku ialah ornag yang sama. (masih boleh digabung dengan menggunakan kata hubung atau penanda wacana yang sesuai)

• 3. Setiap ayat isi MESTI ditulis nama watak ( dalam konteks petikan – cendawan). Kegagalan calon meletakkan nama watak/pelaku akan menyebabkan calon kehilangan markah ( 0 markah)

Page 27: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Panduan Menjawab Soalan Pemahaman(Pemahaman Petikan Umum dan KOMSAS)

• Petikan Umum (Soalan 2(a) ii – 3 markah1. Calon diwajibkan menjawab dalam tiga ayat

yang berasingan2. Jika calon menjawab dalam 1 ayat majmuk…

walaupun terdapat tiga isi dalam ayat tersebut – dikira sebagai 1 isi, maka markahnya 1 sahaja.

Contohnya, Soalan (2a) ii : Nyatakan kesan-kesan tersebut (cari dalam petikan- jangan sesekali memberikan jawapan yang tidak ada dinyatakan dalam petikan)

Page 28: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Soalan 2(b) Petikan Prosa Moden

• Dijangka cerpen daripada antologi Harga Remaja (T4) akan keluar bagi SPM 2013.

• Ingat jika soalan berupa memberikan maksud rangkai kata, pastikan anda menukar semua perkataan yang diberikan kepada perkataan yang sinonim dengannya, kecuali kata hubung dan kata sendi.

• Jika soalan mahukan anda memberikan sesuatu situasi berkaitan dengan perkara yang terdapat dalam petikan, sila pastikan anda mencari jawapannya daripada petikan.

Page 29: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Soalan 2(c) Prosa Klasik

• Setakat in 4 lagi yang belum keluar iaitu:• 1. Pelayaran Penuh Peristiwa (T4)• 2. Hikayat Indera Nata (T4)• Hikayat Langlang Buana (T5)• Hikayat Opu Daeng Menambun (T5)• SPM 2013….????

Page 30: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Teknik Menjawab yang cemerlang

• Pastikan anda menukar semua bahasa Istana dan bahasa Melayu klasik kepada bahasa Melayu moden.

• Ingat jika soalan diperuntukan dengan tiga markah, pastikan anda menjawabnya dalam tiga ayat yang terpisah juga.

Page 31: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Soalan 2(d) Puisi

• Perhatian khusus diberi kepada sajak-sajak dalam antologi Harga Remaja kecuali sajak Adat Sezaman.

Page 32: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

• Soalan 3(a) Membina ayat• Pastikan anda membina ayat-ayat yang dapat

menunjukkan bahawa anda faham maksud dan penggunaan ayat-ayat tersebut.

• Baca arahan soalan dengan teliti sebelum anda membina ayat .

• SPM 2012, calon-calon dibenarkan menambah imbuhan bagi perkataan yang diberikan.

Page 33: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Sambungan : Membina ayat

• Pastikan awak yang dibina dapat menunjukkan kematangan awak.

• Sekurang-kurangnya 6 patah perkataan dan seelok-eloknya binalah ayat majmuk.

Page 34: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Soalan 3(b)

• SPM 2013 , diramalkan menukar cakap ajuk kepada cakap pindah yang akan keluar. Jadi berikan tumpuan khusus kepada aspek menukar cakap ajuk kepada cakap pindah atau cakap pindah kepada cakap aju.

Page 35: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Soalan 3(c) dan 3(d): Membetulkan 2 kesalahan dalam setiap ayat atau 6 kesalahan dalam petikan.

• 1. Calon-calon dikehendaki menjawab mengikut cara-cara di bawah:

contoh.: Membetulkan 2 kesalahan dalam setiap ayat. (Kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan)

Kesalahan Pembetulan(i) Musik - muzik meminati - diminati

Page 36: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

sambungan

• Ingat jangan hanya menulis pembetulannya sahaja. Jika anda berbuat demikian maka anda hanya akan diberi ½ markah.

• Anda tidak perlu menjawab seperti di bawah:• Contoh• Kesalahan ejaan kesalahan Imbuhan• (i) musik – muzik meminati – diminati• Sebabnya… ada calon yang kurang pasti sama

ada kesalah tersebut kesalahan ejaan atau penggunaan imbuhan.

Page 37: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Soalan 3(e) Peribahasa • Bahagian yang paling tidak diminati oleh semua

pelajar khususnya yang bukan penutur jati bahasa Melayu.

• Tips menjawab dengan berkesan• 1. Anda mesti memberi peribahasa mengikut

urutannya yang tepat seperti mana yang tersirat dalam petikan. Kegagalan calon berbuat demikian akan menyebabkan calon kehilangan 6 markah, walaupun ketiga-tiga peribahasa yang diberikan tepat atau sesuai tetapi tidak ditulis mengikut urutannya yang betul.

Page 38: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Soalan 4: Novel

• Sila pastikan anda menulis nama novel dan nama penulisnya dalam soalan (a) – wajib. Kegagalan and berbuat demikian akan menyebabkan markah ditolak.

• Bagi Soalan (b), sekirannya soalan tersebut bukan berbentuk soalan perbandingan antara novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan, anda hanya diperlukan menyatakan nama novel.

Page 39: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Sambungan : Kajian Novel

• Jika Soalan (a) dan Soalan (b) bukan berupa soalan perbandingan antara 2 buah novel di atas, maka calon WAJIB menjawannya berdasarkan novel yang sama.

• Jika calon menjawab Soala (a) berdasarkan novel Melunas Rindu (7 markah) dan Soalan (b) pula berdasarkan novel Kabus di Perbukitan (8 markah), hanya 1 sahaja akan diambil markahnya, yang lebih tinggi). Yang satu lagi, dibatalkan.

Page 40: Teknik Menjawab SPM - Bahasa Melayu

Selamat Mencuba Semoga Berjaya Dengan Cemerlang!!!

• Sekian sahaja…• Terima Kasih

Puan Nelly SinggawGuru cemerlang Bahasa MelayuSMK Kuching High.