peribahasa bahasa melayu spm

Upload: mukhriz-zubaidi

Post on 03-Jun-2018

399 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    1/29

    BIDALAN

    1. Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak[jika ingin hidup mewah, mestilah berusaha]

    2. Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut [Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja

    sukar hendak mencapai kemajuan]

    3. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]

    4. Berbual di alang, belayar di luar musim [Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai]

    5. Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar [Perlu berhati-hati apabila memperkatakan

    sesuatu]

    6. Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat [Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak]

    7. Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak [Membuat kerja sambilan sementara mendapat

    pekerjaan yang tetap]

    8. Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian [Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat

    kemudian]

    9. Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang [Membetulkan kesalahan sendiri dahulu

    sebelum betulkan kesalahan orang lain]10. Bertanjak baharu tinjau [Membuat kerja mengikut aturan]

    11. Biar alah sabung, asalkan menang sorak [Tewas dalam perlawanan naun masih bercakap besar]

    12. Biar buruk kain dipakai, asalkan pandai mengambil hati [Biar miskin asalkan berbudi bahasa dan berhati mulia]

    13. Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian [Berfikir baik-baik supaya tidak menyesal]

    14. Biar ditelan buaya, jangan dipagut ikan kecil [Biar kalah kepada orang yang kuat daripada kalah kepada orang

    yang lemah]

    15. Biar genting, jangan putus [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]

    16. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas [Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik

    daripada dipecat]

    17. Biar lambat asalkan selamat [Membuat sesuatu kerja biarlah cermat dan berhati-hati]

    18. Biar mati anak jangan mati adat [Pegangan adat yang kuat sehingga sanggup anak menjadi korban]

    19. Biar mati seperti kutu, jangan mati seperti tuma [Biar mati kerana membuat kebaikan daripada mati kerana

    membuat kejahatan]

    20. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut [Menyimpan rahsia]

    21. Biar putih tulang jangan putih mata [Sanggup mati daripada menyerah kalah]

    22. Biar senget, jangan tertiarap [Biar rugi sedikit daripada rugi banyak]

    23. Biar titik, jangan tumpah [Biar rugi sedikit jangan rugi banyak]

    24. Buang yang keruh, ambil yang jernih [Melupakan perkara yang tidak baik dan mengingati perkara yang

    baik sahaja]

    25. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali [Berbuat baik biarlah sekadarnya tetapi perbuatan jahat jangan

    sekali-kali dicuba]

    26. Cermat masa banyak, jimat masa sedikit [Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu]

    27. Cicir dipungut, hilang dicari [Jangan melakukan pembaziran]

    28. Daripada cempedak baiklah nangka [Lebih baik ada daripada tiada langsung]

    29. Daripada hidup bergelumang tahi, baik mati bertimbun bunga [Daripada hidup menanggung dosa, lebih baik

    mati meninggalkan nama yang baik]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    2/29

    30. Elok bahasa kan bakal hidup, elok budi kan bakal mati [Jika tutur katanya elok, seseorang itu akan disayang

    semasa ia hidup, jika budinya banyak, seseorang itu akan dikenang walaupun ia telah mati]

    31. Elok lenggang di tempat datar [Bergembira haruslah pada tempat atau waktu yang sepatutnya]

    32. Gar-gar kata gelegar, rasuk juga yang menahannya [Jangan terlalu percaya akan kata-kata orang]

    33. Genggam bara api biar sampai jadi arang [Apabila melakukan sesuatu pekerjaan yang susah, kita hendaklah

    bersabar dan menyempurnakan pekerjaan itu sehingga berjaya]

    34. Habis akal, baru tawakal [Sesudah habis segala ikhtiar barulah berserah kepada Tuhan]

    35. Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga [Budi baik seseorang tidak akan dilupakan walaupun

    orang itu sudah meninggal dunia]

    36. Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa [Berbuat baik semasa masih hidup untuk diri sendiri dan

    masyarakat]

    37. Hilang geli kerana geletek [Sesuatu yangc sudah biasa tidak berbekas kepada kita]

    38. Ingat sebelum kena, jimat (hemat) sebelum habis [Perlu berwaspada setiap masa supaya tidak terpedaya dan

    habis harta]

    39. Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak [Kita hendaklah bersopan santun apabila berada di negara

    asing]40. Jangan bawa resmi jagung, semakin berisi semakin tegak [Jangan sombong apabila mendapat sesuatu kelebihan]

    41. Jangan bermain di air keruh [Jangan ditiru perbuatan yang buruk]

    42. Jangan buat kerbau tanduk panjang [Jangan campuri urusan orang lain]

    43. Jangan dibangunkan kucing tidur [Jangan diganggu musuh yang tidak berbuat apa-apa]

    44. Jangan didengarkan siul ular [Kita harus tetap awas dan jangan pedulikan tipu muslihat musuh]

    45. Jangan difikir air pasang sahaja [Jangan harapkan nasib akan sentiasa baik]

    46. Jangan dilepaskan tangan kanan, sebelum tangan kiri berpegang [Jangan dilepaskan kerja yang ada sebelum

    mendapat kerja yang baru]

    47. Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis [Jangan buat orang yang berkuasa marah

    kerana kita yang akan menanggung padahnya kelak]

    48. Jangan lemparkan pancing tiada berumpan [Sia-sia mengharapakn sesuatu kalau tidak cukup syarat]

    49. Jangan mengukur baju orang di badan sendiri [Kita tidak boleh menyamakan kedudukan orang lain dengan

    kedudukan diri sendiri]

    50. Jangan punting berasap jua [Perselisihan (perkara) yang sudah selesai, jangan diungkit-ungkitkan lagi]

    51. Jangan tercirit di periuk [Jangan berbuat angkara di tempat kita menumpang]

    52. Jika hendak beranak, ikutlah kata bidan [Mendengar nasihat pakar]

    53. Kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga [Jangan lakukan apa-apa yang tidak mampu kita lakukan]

    54. Kalau di bawah, melompat; kalau di atas, menyusup [Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan]

    55. Kerja yang baik segerakan, jangan ditimpa kerja buruk [Jangan dilewat-lewatkan sebarang kerja yang baik]

    56. Kusut di hujung balik ke pangkal [Apabila berdepan dengan masalah, carilah puncanya]

    57. Mamah dulu baru telan [Melakukan sesuatu pekerjaan perlulah mengikut peraturannya]

    58. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang,

    kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ]

    59. Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang [Jika merantau ke negara asing,

    hendaklah melakukan perkara yang berguna dan tidak membuang masa begitu sahaja]

    60. Naik tangga dari bawah [Kejayaan tidak datang dengan tiba-tiba]

    61. Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai [Hidup akan senang kita berjimat cermat]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    3/29

    62. Payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah tepi [Setelah beberapa lama menanggung susah, akhirnya

    tercapai cita-cita]

    63. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang [Cita-cita tidak akan tercapai jika malas

    berusaha]

    64. Pipit itu pipit jugalah lawannya [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan tarafnya]

    65. Sarang tebuan jangan dijolok [Jangan sengaja mencari kesusahan]

    66. Sediakan payung sebelum hujan [Bersiap sedia sebelum melakukan sesuatu]

    67. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit [Kesabaran dalam melakukan sesuatu akan memberikan hasil yang

    memuaskan]

    68. Segan berkayuh perahu hanyut [Orang yang malas berusaha akan menghadapi kesusahan]

    69. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [Tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya

    memperoleh kejayaan]

    70. Sempit bertimpuh, lega berlunjur [Kita hendak menyesuaikan perbelanjaan denga pendapatan]

    71. Sepakat kita kuat, berpecah kita rebah [Hendak bersatu padu agar beroleh kekuatan untuk menang]

    72. Sudah calit, jangan palit [Jangan membabitkan orang lain dalam kesalahan yang kita lakukan]

    73. Tak dapat berjalan tegak, berengsot-engsot pun sampai juga [Jika sesuatu kerja itu tidak dapat disudahkandengan sekali gus, lakukanlah secara beransur-ansur]

    74. Tak kaya oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang [Jangan harapkan bantuan orang untuk berjaya]

    75. Tak usah diajar anak buaya berenang, ia sudah pandai juga [Tidak perlu menunjuk ajar orang yang memang

    mahir dalam pekerjaannya]

    76. Tali jangan putus, kaitan jangan sekah [Menyelesaikan pertelingkahan atau masalah dengan bijaksana dan adil]

    77. Tengok jenguk pandang-pandang, jangan sampai landak ditendang [Jangan hina orang kecil, mana tahu dia

    dapat melebihi kita]

    78. Tercicir harus dibaliki [Apa-apa yang belum selesai hendaklah diselesaikan]

    79. Yang baik dipakai, yang buruk dibuang [Memilih kesesuaian sesuatu perkara itu hendaklah dengan bijaksana]

    80. Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi [Membuat kerja biarlah sempurna jadinya]

    PEPATAH

    81. Ada air, adalah ikan [Ada negeri tentulah ada rakyatnya]

    82. Ada angin, ada pokoknya [Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya]

    83. Ada bangkai adalah hering [Di mana ada perempuan jahat di situlah ada lelaki jahat]

    84. Ada gula adalah semut [Di tempat yang mudah memperoleh rezeki, di situlah banyak orang berkumpul]

    85. Adakah buaya menolak bangkai? [Orang yang jahat tidak akan meninggalkan kesempatan untuk berbuat jahat]

    86. Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras [Sesuatu pekerjaan itu akan dilakukan dengan cepat dan

    sempurna jika cukup upahnya]

    87. Ada ubi ada batas, ada budi ada balas [Sekiranya seseorang membuat kebaikan, akan mendapat balasan yang

    baik juga]

    88. Ada udang di sebalik batu [Ada sesuatu tujuan di sebalik apa-apa yang dilakukan]

    89. Air dicencang tidak akan putus [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]

    90. Air digenggam tidak tiris [Orang yang kedekut atau terlalu cermat apabila berbelanja]

    91. Air mudik sungai, semua teluk diranai [Orang yang boros akan berbalanja tanpa perhitungan]

    92. Air pun ada pasang surutnya [Keadaan hidup seseorang tidak menentu, kadangkala susah]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    4/29

    93. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya [Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut]

    94. Alah bisa, tegal biasa [Pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah jika kerap dilakukan]

    95. Alah jadi abu, menang jadi arang [Dalam sesuatu pertikaian, sama ada menang atau kalah, kedua-dua pihak

    mendapat kerugian]

    96. Alah membeli, menang memakai [Tidak mengapa barang yang dibeli itu mahal sedikit asalkan barang itu tahan

    lama]

    97. Alah sabung, menang sorak [Kalah dalam sesuatu perlawanan tetapi masih bercakap besar]

    98. Alang-alang berminyak biar licin [Sesuatu kerja yang dilakukan itu hendaklah dilakukan sehingga selesai]

    99. Alang-alang mandi biar basah/ Alang-alang berminyak biar licin [Melakukan sesuatu perlu sehingga selesai]

    100. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan [Kalau sudah terlanjur dalam membuat sesuatu

    perbuatan yang tidak baik, biarlah dibuat sehingga memperoleh hasilnya]

    101. Anjing bercawat ekor [Orang yang menyisihkan dirinya kerana perasaan malu atau sebagainya]

    102. Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga [Orang yang pada suatu masa pernah berbuat jahat,

    sekali sekala teringat akan perbuatan jahatnya itu]

    103. Anjing ditepuk menjongket ekor [Orang yang tiada berbudi pekerti jika dihormati akan menjadi sombong]

    104. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis [Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatukerja tetapi orang yang melakukan kerja itu akan menghadapi kesukaran]

    105. Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada [Cukup mempunyai segala yang diperlukan]

    106. Aur ditanam betung tumbuh [Mendapat laba yang banyak dengan modal yang sedikit]

    107. Ayam baru belajar berkokok [baru cukup umur]

    108. Ayam berinduk, sirih berjunjung [Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan]

    109. Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan [Orang yang hidup miskin di negara yang kaya dan makmur/ Hidup

    menderita walaupun bergaji besar, beristeri, atau bersuamikan orang kaya]

    110. Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan lalang [Nasib yang malang]

    111. Ayam tak patuk, itik tak sudu [Seseorang yang hina dalam masyarakat]

    112. Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam [Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah

    nasibnya]

    113. Bagaimana acuan begitulah kuihnya [Bagaimana kelakuan ibu atau bapa begitulah kelakuan anaknya]

    114. Bagaimana bunyi gendang, begitulaqh tarinya [Bagaimana perintah, begitulah seharusnya sesuatu itu dilakukan]

    115. Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh [Berasa hairan melihat orang yang

    berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh]

    116. Baharu bertatih hendak berlari, langsung tersembam [Melakukan sesuatu sebelum tiba masanya, akhirnya akan

    ditimpa kesusahan]

    117. Bahasa menunjukkan bangsa [Bahasa mencerminkan tinggi atau rendahnya kedudukan sesuatu bangsa itu]

    118. Bakar air hendakkan abu [Membuat pekerjaan yang mustahil]

    119. Bangkai gajah bolehkah ditudung oleh nyiru? [Sesuatu perbuatan jahat yang besar tidak dapat disembunyikan

    daripada pengetahuan orang ramai]

    120. Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam [Setiap orang mempunyai kegemaran, kemahuan,

    dan pendapat yang tidak sama]

    121. Barang tergenggam jatuh terlepas [Barang yang mungkin menjadi hak milik kita, tiba-tiba terlepas ke tangan

    orang lain]

    122. Baharu bertunas sudah dipetik, masakan boleh hidup [Belum banyak untungnya sudah berbelanja besar]

    123. Baharu dianjur, sudah tertarung [Baru hendak memulakan sesuatu sudah berhadapan dengan pelbagai masalah]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    5/29

    124. Batu direbus masakan empuk [Orang yang bebal, bagaiamana diajar sekalipun tidak akan pandai]

    125. Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga [Lelaki yang belum cukup umur

    sudah mahu beristeri]

    126. Baung di bawah bangkar [Bunyi orang bersungut tetapi tidak jelas hujung pangkalnya]

    127. Belakang parang kalau diasah nescaya tajam [Bagaimana bodoh sekalipun seseorang itu, jika diasuh akhirnya

    dia akan pandai juga]

    128. Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang [Orang yang arif dan rajin]

    129. Belum duduk sudah berlunjur [Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira]

    130. Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga [Belum ada keputusan]

    131. Belut pulang ke lumpur, ikan pulang ke lubuk [Kembali ke tempat asalnya]

    132. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dulu, bersenang-senang

    kemudian [Menempuh kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenangan]

    133. Beranak tidak berbidan [Mendapat kesusahan kerana kesalahan sendiri]

    134. Berani kerana benar, takut kerana salah [Bertindak kerana berada di pihak yang benar]

    135. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul [Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung

    kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya]136. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing [Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja, sama ada susah atau

    mudah]

    137. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah [Dua orang yang setaraf dan sepadan]

    138. Berhakim kepada beruk [Minta pengadilan kepada orang yang tamak, sudah tentu mendapat kerugian]

    139. Berkerat rotan berpatah arang [Pergaduhan atau perceraian yang tidak boleh berbaik-baik semula]

    140. Berlindung di sebalik telunjuk [Hendak menyembunyikan sesuatu rahsia, sedangkan rahsia itu telah diketahui

    orang]

    141. Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap [Mengerjakan sesuatu dengan tidak mengetahui caranya,

    hanya akan mendatangkan kerugian]

    142. Bertali boleh diheret, bertampuk boleh dijinjing [Perjanjian yang tidak dapat dimungkiri lagi kerana ada bukti

    yang dapat dipegang]

    143. Bertanam tebu di bibir mulut [Mengeluarkan kata-kata manis untuk memujuk atau memuji]

    144. Bertemu buku dengan ruas [Bertemu lawan yang sama-sama handal]

    145. Bertelingkah antan di lesung, ayam juga yang kenyang [Perselisihan faham antara dua saudara tentang sesuatu,

    orang lain juga yang beruntung]

    146. Besar periuk, besarlah keraknya [Besar pendapatan, besar pula perbelanjaan]

    147. Besar pasak daripada tiang, besar sandal daripada gelegar [Lebih besar belanja daripada pendapatan]

    148. Biduk lalu kiambang bertaut [Dua pihak yang berselisih faham akan berbaik semula sekiranya orang yang

    menjadi pengacau atau penghasut dapat disingkirkan]

    149. Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi [Ketua atau pemerintah yang telah hilang kuasanya tidak

    lagi ditakuti oleh orang bawahannya]

    150. Bodoh tidak dapat diajar, cerdik tidak dapat diikut [Orang yang tidak mahu ditunjuk ajar langsung]

    151. Bukan tanah menjadi padi [Bukan tempatnya untuk berbuat baik]

    152. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat [Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil

    persefahaman dan kerjasama yang erat]

    153. Bumi mana tak ditimpa hujan [Manusia tidak lepas daripada membuat kesalahan]

    154. Bunga disunting, perlu ditendang [Seorang suami yang hanya menyayangi isterinya tetapi membenci mentuanya]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    6/29

    155. Bunga raya kembang pagi [Muka yang merah padam kerana marah akan sesuatu]

    156. Bunga mekar di taman, baunya semerbak ke mana-mana [Gadis yang cantik akan mashyur dan menjadi sebutan

    di mana-mana]

    157. Buruk perahu buruk pangkalan [Seorang suami yang telah bercerai dengan isterinya, tidak mahu menjenguknya

    lagi]

    158. Burung hantu kesiangan [Tidak dapat berbuat apa-apa kerana kehabisan daya]

    159. Burung terbang dipipiskan lada [Sesuatu yang dihajati belum tentu dapat tetapi rancangan untuk

    menggunakannya telah dibuat]

    160. Cacing hendak menjadi naga [Orang berpangkat rendah berlagak seperti orang berpangkat tinggi]

    161. Cacing menelan naga [Orang lelaki daripada keturunan orang kebanyakan dapat berkahwin dengan anak gadis

    orang bangsawan]

    162. Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar [Orang yang cakapnya sahaja besar, hasil pekerjaan tiada]

    163. Cakap sejengkal dibawa sehasta [Perkara yang kecil diperbesar]

    164. Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang [Dipakai untuk sementara belum ada yang lebih baik]

    165. Cari umbut kena buku [Mencari yang baik, mendapat yang buruk]

    166. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga [Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan]167. Cencaru makan petang [Pekerjaan yang dilakukan dengan lambat mendatangkan hasil yan baik dan lumayan]

    168. Condong ditumpil, lemah dianduh [Memberi pertolongan (kewangan, fikiran, dan sebagainya) kepada orang yang

    dalam kesusahan]

    169. Condong yangv akan menongkat, rebah yang akan menegakkan [Pemimpin yang akan membantu atau menjaga

    rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu]

    170. Cuba-cuba menanam mumbang, jika hidup turus negeri [Meneruskan sesuatu pekerjaan yang kurang berharga,

    mungkin akan mendatangkan hasil kelak]

    171. Dada manusia tidak dapat diselami [Isi hati atau fikiran seseorang itu tidak dapat kita ketahui]

    172. Dalam kilat ada kilau [Dalam percakapan yang terang atau biasa, ada sesuatu maksud yang tersembunyi]

    173. Daun mengenalkan pohonnya [Daripada tingkah laku seseorang itu kita dapat mengenali peribadinya]

    174. Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata [Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidk senonoh]

    175. Datang seperti rebut, pergi seperti semut [Sesuatu penyakit itu cepat merebak tetapi lambat pulih]

    176. Datang tak berjemput, pulang tak berhantar [Tetamu yang tidak penting]

    177. Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga [Tidak sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada

    anak orang lain]

    178. Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk [Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya]

    179. Dengar cakap enggang, makan buah brluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk [Sesuatu pekerjaan

    yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap

    orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya]

    180. Deras datang dalam kena [Pekerjaan yang dilakukan secara terburu-buru akan mendatangkan kerugian]

    181. Diam-diam ubi berisi, diam-diam penggali berkarat [Diam orang yang berilmu berfikir sementara diam orang

    yang bodoh itu sia-sia sahaj]

    182. Diam penggali berkarat [Ilmu yang disimpan sahaja, lama-kelamaan akan hilang]

    183. Dianjak layu, dianggur mati [Keputusan yang tidak dapat diubah lagi]

    184. Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus [Tidak dapat dibuat

    apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras hati atau berkuasa]

    185. Dibalik-balik bagai memanggang [Difikirkan semasak-masaknya]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    7/29

    186. Dihujani kering, dijemur basah [Membuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain]

    187. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan [Jika ada azam, apa-apa yang dihajati dapat dicapai]

    188. Di mana anjing menyalak di situlah biawak memanjat [Jika hendak menyiasat sesuatu kejadian jahat, carilah

    puncanya di tempat kejadian itu]

    189. Di mana kayu bengkok, di situlah musang meniti [Tempat yang tidak dijaga dengan baik akan didatangi pencuri]

    190. Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala [Sudah menjadi adat, anak bergantung pada

    ayah dan yang miskin bergantung kepada yang kaya]

    191. Di mana tumbuh, di situ disiang [Jika terjadi sesuatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan

    diselesaikan di situ juga]

    192. Ditelan mati emak, diluah mati bapak [Dalam keadaan serba salah]

    193. Dua badan senyawa [Dua orang yang berteguh janji taat setia sehidup semati; sangat karib]

    194. Dua kali dua empat[Dua orang yang sama sifat atau perangai]

    195. Duduk berkisar, tegak berpaling [Memungkiri apa-apa yang telah dikatakan dahulu]

    196. Duduk dengan cupak dan gantang [Mendapat ketua yang adil]

    197. Dulu besi sekarang timah [Seorang yang telah turun pangkat]

    198. Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat [Sesuatu yang hendak dilakukan, elok dibicarakandahulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat]

    199. Emas berpeti, kerbau berkandang [Harta benda harus disimpan di tempat yang betul supaya selamat]

    200. Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang [Nasihat untuk kebaikan perlu disebut berulang kali]

    201. Enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing[Orangyang mementingkan diri sendiri]

    202. Enau sebatang dua sigainya [Jika sesuatu pekerjaan mempunyai dua orang ketua, tentu hasilnya tidak menjadi/

    Seorang isteri yang menduakan suami]

    203. Enggang lalu ranting patah [Orang yang pernah terlibat dalam jenayah, kebetulan berada di tempat berlakunya

    jenayah, tentulah dia disyaki walaupun dia tidak melakukannya]

    204. Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama [Hubungan, ikatan, atau jodoh yang sama

    taraf kedudukannya]

    205. Gagak bersuara murai [Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya]

    206. Gajah berak besar kancil pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan [Seseorang yang berbelanja

    seperti orang kaya, akhirnya menderita]

    207. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan

    nama [Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia]

    208. Gajah mati, tulang setimbun [Apabila seseorang jutawan mati, tentu sekali banyak meninggalkan harta]

    209. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah [Dua pihak yang berkuasa bergaduh, rakyat yang

    menderita]

    210. Gantung tak bertali, salai tak berapi [Seseorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberinafkah atau

    menceraikannya]

    211. Garam dikulum tidak hancur [Orang yang pandai menyimpan rahsia]

    212. Garam jatuh di air [Nasihat yang diterima dengan baik atau dipatuhi]

    213. Gayung tua, gayung memutus [Kata-kata orang tua biasanya benar dan tepat]

    214. Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan [Sesudah kaya atau berpangkat, tidak mahu menolong atau

    bergaul dengan keluarga sendiri]

    215. Geruh tak berbunyi, malang tak berbau [Kemalangan terjadi tanpa diketahui]

    216. Getikkan puru di bibir [Susah hendak membenci anak isteri sendiri walaupun perangai mereka buruk]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    8/29

    217. Gigi dengan lidah adakala tergigit juga [Suami isteri atau sanak saudara adakalanya berselisih faham juga]

    218. Gigi tanggal, rawan murah [Keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi]

    219. Gunung yang tinggi akan runtuh jika setiap hari digali [Harta yang banyak akan habis sekiranya tidak ditambah]

    220. Hanya air dingin yang dapat memadamkan api [Kata-kata yang lemah lembut dapat menyejukkan hati yang

    marah]

    221. Hapus panas setahun oleh hujan sehari [Jasa atau kebaikan seseorang boleh hilang akibat kesalahan yang sedikit]

    222. Harapkan pagar, pagar makan padi [Orang yang diberi kepercayaan untuk menjaga sesuatu, mengkhianati

    kepercayaan itu]

    223. Hari guruh takkan hujan [Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul orang lain]

    224. Harimau mengaum tak makan orang [Orang yang marah-marah sambil bersungut, tidak berniat membenci atau

    menganiaya orang lain]

    225. Harimau menunjukkan belangnya [Orang yang menunjukkan kekuasaan atau keberaniannya]

    226. Harimau menyembunyikan kukunya [Orang yang berilmu tidak mahu menunjukkan kebolehannya]

    227. Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai [Tidak berdaya mencapai apa-apa yang

    dihajati atau dicita-citakan]

    228. Hati bak serangkak dibungkus [Sangat berharap akan mendapat sesuatu yang diingini] 229. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah [Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama

    mendapat sedikit]

    230. Hendak harum terlalu hangit [Kerana terlalu hendak meninggikan diri, akhirnya, mendapat malu]

    231. Hendak dapat pisang terkupas [Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha]

    232. Hendak seribu daya, hendak seribu dalih [Jika berkehendakkan sesuatu, akan berusaha untuk mendapatkannya

    tetapi jika tidak mahu melakukan sesuatu, berbagai-bagai alasan akan diberikan]

    233. Hendak terbang tiada bersayap, hendak hinggap tiada berkaki [Seseorang yang tidak berupaya membuat

    sesuatu]

    234. Hilang bahasa lenyap bangsa [Jika sesuatu bahasa itu tidak digunakan lagi bererti bangsanya pun sudah tidak ada/

    Hilang budi bahasa, hilang darjat diri]

    235. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong [Seseorang yang suka menonjol-nonjolkan dirinya kepada orang lain

    sedangkan orang berkenaan langsung tidak memberikan perhatian terhadapnya]

    236. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah [Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang

    ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan]

    237. Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang [Barang yang buruk tetapi

    berguna akan disimpan manakala barang yang cantik tetapi tidak berguna dibuang]

    238. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri [Walau baaimana

    mewah dan baik negara orang berbanding dengan negara sendiri, lebih baiklah berada di negara sendiri]

    239. Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung [Orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang

    lain yang mendapat kesusahan]

    240. Hujung lurus pangkal berkait [Orang yang pada zahirnya baik tetapi hatinya tidak]

    241. Hutang darah dibayar darah, hutang nyawa, nyawa padahnya [Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian

    dengan kesalahannya]

    242. Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut suka duka [Membuat sesuatu yang didorong oleh hawa nafsu akhirnya

    mendatangkan kesusahan]

    243. Indah khabar daripada rupa [Keadaan sesuatu yang tidak sama seperti yang digambarkan]

    244. Ini hari orang, esok hari kita [Malang sukar ditentukan, oleh itu kita hendaklah sentiasa beringat-ingat]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    9/29

    245. Intan disangka batu kelikir [Tidak mengetahui nilai (keadaan) yang sebenarnya]

    246. Intan itu jika terbenam di perlimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya [Kebenaran akan terserlah juga

    walaupun disembunyikan]

    247. Jauhari juga yang mengenal manikam [Orang yang bijaksana juga yang mengetahui kelebihan sesuatu ilmu]

    248. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa [Jika kita banyak merantau banyaklah perkara

    yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya]

    249. Jauh panggang dari api [Jauh daripada yang dimaksudkan atau mustahil boleh berlaku]

    250. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya [Hendaklah berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang

    dihajati]

    251. Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang [Jika perkara itu tidak berlaku, masakan ada orang yang

    berkata-kata tentang hal itu]

    252. Jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya [Orang mulia atau berpangkat tinggi tidak akan

    jatuh darjatnya sekalipun dia bergaul dengan orang kebanyakan]

    253. Jiwa bergantung di hujung rambut [Dalam keadaan yang sangat mencemaskan dan berbahaya]

    254. Jual sutera beli mastuli [Mendapat ganti yang lebih berharga lagi]

    255. Kail sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut [Melakukan sesuatu tanpa membuat persediaanyang cukup untuk menghadapi sebarang kemungkinan]

    256. Kain basah kering di pinggang [Keadaan orang yang terlalu miskin]

    257. Kais pagi makan pagi, kais petang [Pendapatan yang diperoleh cukup untuk sehari sahaja]

    258. Kalau asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau [Orang yang berketurunan baik, ke mana-mana sahaja

    dia pergi akan tetap menjadi baik]

    259. Kalau bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi [Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi

    daripada satu pihak sahaja]

    260. Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar [Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan sebagai milik sendiri]

    261. Kalau dicampak bunga takkan dibalas dengan tahi [Budi baik seseorang tidak akan dibalas dengan kejahatan]

    262. Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang [Orang yang pandai membawa diri, hidupnya

    akan selamat]

    263. Kalau secupak takkan jadi segantang [Sesuatu yang sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi]

    264. Karam berdua basah seorang [Dua orang yang melakukan kesalahan tetapi seorang sahaja yang dihukum]

    265. Kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan[Jangan terlampau memanjakan orang

    yang disayangi]

    266. Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan [Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri tetapi urusan orang

    ramai perlu dirundingkan bersama-sama]

    267. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni [Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan]

    268. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa [Pengetahuan seseorang itu bukanlah diukur

    berdasarkan rupa/ umurnya]

    269. Kecil tapak tangan nyiru ditadahkan [Menyatakan rasa terima kasih dan berbesar hati kerana nasihat atau

    pertolongan orang lain]

    270. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? [Sifat seseorang ibu atau bapa sedikit banyak akan turun kepada

    anaknya]

    271. Kena parang bermata dua [Sangat menyakitkan hati (perasaan)]

    272. Kepala sama hitam, hati lain-lain [Lain orang, lain fikirannya]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    10/29

    273. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya [Segala janji yang telah dilafazkan mestilah

    ditepati]

    274. Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal [Sukar menjaga seorang gadis supaya nama

    baiknya tidak tercemar]

    275. Keris pedang tiada tajam, lebih tajam mulut manusia [Kata-kata seseorang itu lebih tajam daripada senjata]

    276. Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan [Kerja yang selalu ditangguh-tangguhkan tidak

    akan dapat diselesaikan]

    277. Kerja raja dijunjung, kerja sendiri dikelek [Kerja yang disuruh oleh ketua diutamakan daripada kerja sendiri]

    278. Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur [Orang yang miskin serta tidak berilmu tiada

    gunanya di kalangan orang banyak, tetapi kalau baik kelakuannya, ada juga faedahnya]

    279. Ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menasihati orang lain berbuat sesuatu dengan betul

    sedangkan dia sendiri berbuat salah]

    280. Ke tengah boleh ke tepi pun boleh [Orang yang dapat menyesuaikan diri di mana-mana dia berada]

    281. Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang [Orang yang bijaksana selalu mencapai sesuatu

    maksud lebih dahulu daripada orang lain]

    282. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi [Orang miskin yang bercakap besar dan berlagak seperti orangkaya]

    283. Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan [Kesalahan orang walaupun kecil nampak

    tetapi kesalahan sendiri yang lebih besar tidak disedari]

    284. Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari [Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-

    dua belah pihak]

    285. Lagi terang lagi bersuluh [Sudah memahami sesuatu perkara tetapi masih bertanya lagi]

    286. Lain bengkak lain bernanah [Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dpersalahkan]

    287. Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati [Manusia mempunyai sifat atau kehendak yang berbeza]

    288. Lain lubuk, lain ikannya [Setiap negara mempunyai adat resam yang berlainan]

    289. Lalang ditanam takkan padi yang tumbuh [Perbuatan yang jahat tidak akan mendapat balasan yang baik]

    290. Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan [Setiap orang tidak terlepas daripada

    melakukan kesalahan/ Segala usaha itu mesti ada kesukaran atau cabarannya]

    291. Lemak-lemak santan berlada [Kata-kata manis dan lemah lembut tetapi mengandungi sindiran yang tajam]

    292. Lembah diraih, pantai dititi [Sikap yang bijaksana dalam mengeluarkan sesuatu perintah atau arahan]

    293. Lembu punya susu, sapi dapat nama [Orang lain yang membuat sesuatu pekerjaan, orang lain pula yang

    mendapat nama]

    294. Lembut gigi daripada lidah [Berkata-kata dengan lemah lembut dan merendahkan diri kerana berhajatkan sesuatu]

    295. Lempar batu sembunyi tangan [Membuat sesuatu yang tidak baik kemudian brpura-pura tidak tahu]

    296. Lenggang-lenggok bagai cupak hanyut [Gaya jalan yang lemah lembut dan menarik]

    297. Lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang [Kesalahan yang kita buat, kita juga yang

    menanggung akibatnya]

    298. Lepas bantal berganti tikar [Mengahwini saudara atau ahli keluarga isteri atau suami yang telah meninggal dunia]

    299. Luka sudah hilang, parut tinggal juga [Sungguh pun orang yang berselisih faham itu telah berdamai namun

    peristiwa itu tetap berbekas di hati masing-masing]

    300. Lulus jarum lulus kelindan [Kalau kehendak pertama itu tercapai kehendak lain akan tercapai juga]

    301. Mahu seribu daya, tak mahu seribu dalih [Jika hendakkan sesuatu, seseorang akan mencuba untuk mendapatkan

    dengan sedaya upayanya tetapi jika dia tidak mahu, pelbagai alasan akan diberikan]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    11/29

    302. Makan hati berulam jantung [Perasaan sedih yang amat sangat]

    303. Makan keringat orang [Mengecap kesenangan dengan cara memeras orang lain]

    304. Makin murah makin menawar [Seseorang yang telah dituruti kehendaknya, berkehendakkan lebih lagi]

    305. Malu jika anak harimau menjadi anak kambing [Tidak patut anak orang baik-baik menjadi jahat]

    306. Malu bertanya sesat jalan [Kalau tidak mahu berusaha tentu tidak akan mendapat kejayaan]

    307. Manikam itu kalau jatuh ke limbahan sekalipun tidak akan hilang cahayanya [Intan itu jika terbenam di

    pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya]

    308. Mara jangan dicari, rezeki jangan ditolak [Bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari tetapi jangan pula

    menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan]

    309. Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah [Disebabkan takut akan bahaya yang kecil, keuntungan yang

    besar dibuang akhirnya diri sendiri yang rugi]

    310. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak [Apabila kita berada di tempat orang,

    kita hendaklah mengikuti adat resam masyrakat di situ]

    311. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri [Nasihat dan pengajaran yang tidak diterima]

    312. Melentur aur/ buluh biarlah dari rebungnya [Mendidik anak hendaklah sejak kecil lagi kerana apabila sudah

    besar, susah hendak mendidiknya]313. Meludah ke langit, timpa atas batang hidung sendiri [Memburukkan keluarga sendiri, diri sendiri juga yang

    malu]

    314. Membasuh arang yang terconteng di muka [Menghilangkan aib]

    315. Membeli kerbau di padang [Melakukan sesuatu tanpa usul periksa lebih dahulu]

    316. Memberakkan periuk nasi sendiri [Mengkhianati tempat kita menumpang atau tempat kita bekerja]

    317. Membesarkan kerak nasi [Berbelanja lebih dan membazir]

    318. Membujur lalu melintang patah [Sanggup menghadapi sebarang tentangan atau dugaan]

    319. Memulangkan paku buah keras [Membangkitkan perkara yang sudah lepas]

    320. Menabur benih di atas batu [Berbuat baik kepada orang yang tidak tahu membalas budi tentulah sia-sia]

    321. Menabur benih di tanah subur [Berbuat baik kepada orang yang tahu mengenang budi]

    322. Menahan lukah di pergentingan [Mencari keuntungan dalam keadaan kecemasan/ Mengambil kesempatan

    daripada orang yang susah]

    323. Menantikan kucing bertanduk [Mangharapkan sesuatu yang mustahil akan berlaku]

    324. Menantikan nasi disajikan ke lutut [Seseorang yang malas berusaha tetapi mengharapkan kesenangan datang

    kepadanya]

    325. Mencurahkan air di daun keladi [Memberikan nasihat kepada orang yang tidak mahu menerimanya]

    326. Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan [Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang

    yang ada dihabiskan atau dibuang]

    327. Menetak dengan belakang parang [Menyuruh orang malas bekerja]

    328. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dirinya yang lebih [Menegur keburukan orang, sedangkan

    keburukan diri sendiri tidak disedari]

    329. Minyak takkan bercampur dengan air [Sesuatu yang tidak dapat disatukan]

    330. Muka ditampal kulit babi [Orang yang berasa amat malu]

    331. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya [Rahsia yang sudah diketahui orang

    akan tersebar ke mana-mana sahaja]

    332. Murai berkicau hari siang [Sesuatu yang sudah terang dan nyata]

    333. Naga ditelan ular lidi [Anak orang bangsawan berkahwin dengan orag kebanyakan]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    12/29

    334. Nak menangguk ikan, tertangguk batang [Mengharapkan untung tetapi mendapat kerugian]

    335. Nasi masak periuk pecah [Hukuman yang telah dijatuhkan tidak boleh diminta belas kasihan lagi]

    336. Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang [Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya

    diambil seorang]

    337. Nasi sudah menjadi bubur [Sesuatu yang sudah terlanjur tidak dapat dibetulkan lagi]

    338. Nasi tak dingin, pinggan tak retak [Cermat melakukan sesuatu pekerjaan]

    339. Nasib penyapu, banyak jasa [Turun darjat terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri]

    340. Ombaknya kedengaran, pasirnya tidak kelihatan [Khabarnya telah kedengaran, tetapi buktinya belum ada]

    341. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa [Jika orang telah berbudi kepada kita, kita harus

    membalasnya dengan baik]

    342. Orang lain yang makan nangka, orang lain yang terkena getah [Orang lain yang membuat kesalahan, orang lain

    pula yang menerima akibatnya]

    343. Orang mandi berselam, kita mandi bertimba [Orang mendapat keuntungan besar, kita mendapat keuntungan

    kecil]

    344. Orang mencubit, kita menampar [Cara membuat sesuatu berlainan tetapi kesannya sama sahaja]

    345. Orang mengantuk disorongkan bantal [Mendapat sesuatu yang diinginkan tentulah berasa gembira]346. Padi setangkai bernas semuanya [Keluarga yang hidup beruntung dan berbahagia]

    347. Patah kemudi perahu hanyut [Apabila ketua sesuatu kumpulan telah tiada, keadaan kumpulan itu akan menjadi

    kucar-kacir]

    348. Patah tumbuh hilang berganti [Sesuatu yang hilang itu ada gantinya]

    349. Penyu bertelur beratus-ratus senyap, ayam bertelur sebiji riuh sekampung [Orang yang mendapat sesuatu

    dengan banyak berdiam diri sahaja sedangkan orang yang mendapat sesuatu dengan sedikit, heboh memberitahu

    orang lain tentang hal itu]

    350. Perahu papan bermuat intan [Menunjukkan jodoh yang tidak sesuai]

    351. Pinang pulang ke tampuk [Sesuatu benda yang sesuai pada tempatnya/ Suami isteri yang telah bercerai berbalik

    semula]

    352. Pipit hendak meminang enggang [Ingin membuat sesuatu di luar kemampuan diri]

    353. Pipit pekak makan berhujan [Sangat rajin]

    354. Pokok yang besar juga yang dinaiki sakat [Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya]

    355. Pucuk dicita, ulam mendatang [Mendapat sesuatu yang lebih baik daripada yang diharapkan]

    356. Pukul anak sindir menantu [Memarahi seseorang tetapi sebenarnya kemarahan itu ditujukan kepada orang lain]

    357. Punggur rebah belatuk menumpang mati [Jika orang yang menjadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya

    turut menerima akibatnya]

    358. Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah [Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi

    rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci oleh rakyat]

    359. Rajin bekerja mudah belanja [Orang yang rajin sentiasa murah rezeki]

    360. Rantai besi dimakan bubuk [Cerita yang tidak logik]

    361. Rasa pedih cuping telinga [Berasa marah kerana mendengar kata-kata yang menyakitkan hati]

    362. Rebung tidak jauh dari rumpun [Perangai anak tidak jauh bezanya daripada perangai ibu bapa mereka]

    363. Rezeki helang takkan dapat dimakan oleh musang [Rezeki seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain]

    364. Ringan mulut berat punggung [Pandai bercakap sahaja tetapi malas bekerja]

    365. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul [Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama]

    366. Ringan tulang berat perut [Rajin bekerja mudah belanja]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    13/29

    367. Rosak anak oleh menantu [Orang yang dikasihi merosakkan harta yang diberikan kepadanya]

    368. Rosak badan kerana mulut [Mengeluarkan kata-kata kasar terhadap seseorang tanpa berfikir panjang yang boleh

    menyusahkan diri sendiri]

    369. Rosak bawang ditimpa jambak [Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri]

    370. Rosak tapai kerana ragi [Pekerjaan yang dibuat tanpa berhati-hati tidak akan sempurna]

    371. Rumah sudah pahat berbunyi [Mengemukakan pendapat setelah perkara itu dibuat keputusan]

    372. Rumah terbakar tikus habis keluar [Apabila berlaku sesuatu malapetaka di sesebuah negara, rakyat negara itu

    akan melarikan diri]

    373. Runcing taduk berbelang kening [Sudah terkenal jahatnya]

    374. Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk [Sama-sama ikut bertanggungjawab]

    375. Sambil berdiang, nasi masak [Membuat dua kerja dalam satu masa]

    376. Sambil menyelam minum air [Membuat dua pekerjaan dalam satu masa]

    377. Sebesar-besar bumi ditampar tak kena [Perkara yang kelihatan mudah tetapi sukar untuk membuatnya]

    378. Sebusuk-busuk daging dibasuh, dikincah dimakan jua [Walau bagaimana jahatnya keluarga atau keluarga atau

    kaum kerabat, tidak sampai hati membiarkannya]

    379. Sedangkan bah kapal tak hanyut, inikan pula kemarau panjang [Pada masa ada mata pencarian tidak bolehhidup senang, inikan pula tanpa pekerjaan]

    380. Sekali air bah sekali pantai berubah [Lain ketua lainlah pula kemahuannya]

    381. Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu [Sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang]

    382. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga [Walau bagaimana pandai seseorang itu pasti

    akan melakukan kesilapan]

    383. Sepuluh jong masuk, anjing bercawat ekor juga [Orang yang tidak mengendahkan kemajuan dan perubahan]

    384. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna [Tiap-tiap sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat

    hendaklah difikir terlebih dahulu supaya tidak menyesal pada kemudian hari]

    385. Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan [Kalau tidak mencapai kata sepakat dalam perundingan, hendaklah

    berbalik kepada pokok persoalannya]

    386. Siapa makan nangka, maka kena getahnya [Siapa yang membuat kesalahan dia sendiri yang menanggung

    akibatnya]

    387. Siapa makan cili dialah berasa pedas [Siapa yang melakukan kesalahan, dialah yang terasa bersalah apabila orang

    lain menyindirnya]

    388. Si bingung makanan si cerdik [Orang yang bodoh seringkali diperdayakan oleh orang yag cerdik]

    389. Si kudung mendapat cincin [Orang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak tahu menggunakannya

    dengan baik]

    390. Si mandul baru beranak [Terlalu gembira kerana mendapat sesuatu yang tidak disangka-sangka]

    391. Sirih naik junjungan patah [Baru hendak memperoleh kesenangan tiba-tiba mendapat kecelakaan]

    392. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi [Orang yang mendapat sesuatu yang lebih baik, yang

    lama ditinggalkannya]

    393. Sudah diludah, dijilat balik [Sudah dicela atau dibuang, dipuji dan diambil semula]

    394. Sudah gaharu cendana pula [Bertanya akan sesuatu perkara yang memang sudah diketahui]

    395. Sudah jatuh ditimpa tangga [Mendapat kemalangan yang berturut-turut]

    396. Sudah menjadi abu arang [Dalam keadaan yang telah rosak binasa]

    397. Sudah patah yang bertaji [Orang yang ditakuti dan disegani sudah tiada lagi]

    398. Sudah terhantuk baru tengadah [Beringat-ingat hanya selepas ditimpa sesuatu muslihat]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    14/29

    399. Sukakan kemenyan, dibakar [Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya]

    400. Tak dapat tanduk telinga dipulas [Sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dapat membalas dendam]

    401. Takkan buaya menolak bangkai [Orang yang berperangai jahat susah hendak meninggalkan perangai buruk itu]

    402. Takkan pisang berbuah dua kali [Sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu]

    403. Takkan sama getah daun dengan getah batang [Kasih sayang terhadap anak sendiri tidak akan sama dengan anak

    saudara yang ada dalam jagaan kita]

    404. Tak sungguh seluang melaut, akhirnya balik ke tepi juga [Tak tahan merantau akhirnya balik ke kampungnya

    semula]

    405. Tak tahu membalas guna [Tidak tahu membalas budi orang]

    406. Tak tahu menari dikatakan lantai jongkang-jongket [Tidak mahu mengakui kebodohan atau kelemahan sendiri]

    407. Takut jatuh lain tertiarap, takut titik lalu tumpah [Takut rugi sedikit langsung rugi banyak]

    408. Tanam padi lalang yang tumbuh [Berpenat lelah membuat sesuatu untuk mendapatkan keuntungan, akhirnya

    tidak mendapat apa-apa pun]

    409. Tatang (Menatang) di anak lidah [Sangat mengasihi anak isteri]

    410. Tebas buluh serumpun [Merosakkan nama keluarga kerana perbuatan yang tidak baik]

    411. Tebu habis manis, sepah dibuang [Seorang isteri yang diceraikan setelah kecantikannya tidak menarik lagi]412. Telinga yang lembut itulah selalu dipulas orang [Orang yang lemah lembut dan murah hati kerap menjadi

    suruhan orang]

    413. Tempayan yang penuh itu tidak berkocak airnya [Orang yang bijaksana dan berpengetahuan tinggi tidak akan

    menonjolkan diri]

    414. Tepuk dada tanya selera [Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan habis-habis]

    415. Terkilat ikan dalam air, sudah tahu jantan betina [Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud seseorang

    daripada gerak-gerinya]

    416. Terlangsung perahu boleh balik, terlangsung cakap tak boleh balik [Berfikir baik-baik sebelum bercakap

    kerana kata-kata yang telah diucapkan tidak dapat ditarik balik]

    417. Terlepas dari mulut buaya masuk ke mulut harimau [Setelah terlepas daripada satu bahaya, mendapat bahaya

    yang lain pula]

    418. Tiada beban batu digalas [Mencampuri hal orang lain dan menyusahkan diri sendiri]

    419. Tiada gading yang tak retak [Walau bagaimana elok sekalipun sesuatu atau seseorang itu tentu ada cacatnya]

    420. Tiada rotan akar pun berguna [Kalau tidak ada barang yang terbaik, barang yang kurang baik pun boleh

    digunakan juga]

    421. Tidak sama air hujan dengan air telaga [Tidak sama orang yang mulia dengan orang yang hina]

    422. Tidur tak lena, mandi tak basah [Bersusah hati kerana terlalu memikirkan sesuatu]

    423. Tinggal kain sehelai sepinggang [Kehabisan harta kerana ditimpa kecelakaan]

    424. Tong yag kosonglah yang selalu berkocak [Orang yang tidak berilmu selalu bercakap besar]

    425. Tua-tua keladi, semakin tua semakin menjadi [Orang tua yang berperangai seperti orang muda]

    426. Tukang tidak membuang kayu [Orang yang cerdik selalu berhemat atau berhati-hati dalam segala perkara]

    427. Tunggang hlang berani mati [Tidak gentar menjalankan kewajipan, terutama untuk membela agama, bangsa, dan

    negara]

    428. Tunggul terbakar di tengah huma [Rupa yang hitam]

    429. Untung sepanjang jalan, malang sekejap mata [Untuk berjaya sangat susah, untuk gagal sangat mudah]

    430. Ukur baju di badan sendiri [Tiap-tiap sesuatu yang dibuat, mestilah berpadanan dengan kemampuan diri sendiri]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    15/29

    431. Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang [Apabila membuat sesuatu

    pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati]

    432. Ulat di dalam batu pun hidup juga [Orang yang rajin berusaha tidak akan mati kelaparan]

    433. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam [Kalau nasib seseorang itu baik, dia akan mendapat keuntungan

    tetapi kalau sebaliknya, dia akan kerugian]

    434. Upah bidan pun tak terbayar [Anak-anak nakal yang menyusahkan ibu bapa]

    435. Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa [Dengan memperhatikan perangai seseorang dapatlah kita

    menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yag baik atau daripada baka yang tidak baik]

    436. Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga [Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu

    kelihatan juga perangainya yang kurang baik]

    437. Wayang kepadaman damar [Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba]

    438. Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan [Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya]

    439. Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher [Orang yang menjadi penjamin kepada

    seseorang yang berhutang terpaksa membayar hutang tersebut apabila orang yang berhutang itu melarikan diri]

    440. Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang [Seseorang yang bertuah akan mendapat rezeki di

    mana-mana sahaja]441. Yang bongkok juga dimakan sarung [Orang yang bersalah tetap akan menerima hukuman]

    442. Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam [Orang yang malas disuruh mengawasi orang yang

    malas, akhirnya sia-sia belaka]

    443. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran [Mengharapkan sesuatu yang tidak pasti lalu barang yang

    ada dibuang]

    444. Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat [Tidak pernah berasa puas dengan sesuatu

    perolehan]

    445. Yang tajam tumpul, yang bisa tawar [Dengan kata-kata yang lemah lembut dapat menyelesaikan segala sengketa]

    446. Zaman beralih, musim bertukar [Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa]

    447. Zaman Tuk Nadur berkajang kain [Zaman yang telah lalu; sangat lama]

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    16/29

    Peribahasa dan Maksudnya

    Ada hati Ada keinginan

    Ada jalan Ada cara, ikhtiar, usaha

    Ada udang di sebalik batu Ada maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan

    Air muka Permukaan air

    Rupa muka (yang membayangkan sesuatu perasaan)

    Maruah, harga diri

    Air seni Air kencing, air kecil

    Akal yang sihat itu adapada badan yang cergas

    Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atauidea yang bernas

    Akar umbi Akar tunjang

    Keseluruhan asas (sesuatu) yang kukuh Peringkat bawahan atau asas dalam sesuatu komuniti

    Alah bias tegal biasa Segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasamengalaminya

    Alah membeli menangmemakai

    Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat(tahan dan sebagainya)

    Alang-alang menyelukpekasam, biar sampai ke

    pangkal lengan

    Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya

    Kalau sudah melakukan sesuatu, biarlah pekerjaan itudiselesaikan

    Ambil langkah Mulai hendak berjalan Mulai bertindak

    Ambil berat Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa

    Anak emas Orang yang dikasihi oleh seseorang yang lebih berkuasa

    Asam garam Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka)

    Ayam tambatan Orang harapan

    Bagaimana acuanbegitulah kuihnya

    Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktorbaka

    Bagai aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

    Bagai ayam disambathelang

    Untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampasorang berkuasa

    Bagai bulan dipagarbintang

    Wajah perempuan yang cantik

    Bagai kaca terhempas ke Sangat sedih

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    17/29

    batu

    Bagai kacang lupakankulit

    Orang yang lupa akan asalnya (orang yang telahmenolongnya) setelah menikmati kesenangan

    Bagai minyak dengan air Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil

    dapat dicampurkan jadi satu

    Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap banyak

    Bagai cincin denganpermata

    Sama padan, cocok benar

    Bagai menatang minyakyang penuh

    Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurna

    Baik sangka Rasa muhibah

    Tidak menaruh sangkaan buruk kepada seseorang

    Banyak makan garam Mempunyai banyak pengalaman hidup

    Batu loncatan Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu

    Belut kena ranjau Orang yang cerdik kena tipu

    Beradu nasib Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapanakan beroleh kejayaan

    Beradu tenaga Bertanding untuk menentukan siapa kuat

    Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke

    tepian, bersakit-sakit

    dahulu, bersenang-senangkemudian

    Bersusah payah dahulu baru bersenang-senang

    Berat mulut Tidak suka berkata-kata, pendiam

    Berat sama dipikul, ringansama dijinjing

    Baik buruk sama-sama dipikul

    Berat tulang Malas

    Berbalik hati Berubah hati

    Berdiri sama tegak, duduksama rendah

    Sama taraf atau sejajar antara dua pihak

    Beri jalan Memberikan idea Memberikan peluang kepada orang lain untuk mendapat

    keuntungan

    Berkatalah benarwalaupun pahit

    Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkinmenyakitkan hati seseorang

    Berkayuh sambil bertimba Melakukan dua pekerjaan sekaligus

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    18/29

    Bermurah hati Suka memberi, tidak kedekut

    Pengasih dan penyayang

    Berpeluk tubuh Malas berusaha

    Berputih mata Kalah dalam sesuatu persaingan

    Bersatu teguh, bercerairoboh

    Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalaukita bercerai-berai, kita akan menjadi lemah

    Bersekutu bertambahmutu

    Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkankecemerlangan

    Bertepuk sebelah tangantidak akan berbunyi

    Tidak mungkin perselisihan atau percintaan terjadi daripadasatu pihak sahaja

    Bertikam lidah Bertengkar

    Besar hati Bangga, gembira

    Besar pasak daripadatiang

    Besar belanja daripada pendapatan

    Biar mati anak, janganmati adat

    Tidak mengapa jika mengorbankan anak, asalkan adapt yangdipegang terpelihara

    Bidan terjun Orang yang diminta melakukan sesuatu perkara secara tiba-tiba

    Buah fikiran Pendapat

    Cahaya mata Anak

    Kekasih, buah hati

    Cakap besar Cakap yang membesar-besarkan diri sendiri

    Campur tangan Mengambil bahagian dalam atau mencampuri hal orang lain

    Terkait atau terlibat dalam hal orang dan lain-lain

    Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga

    Orang yang bersaudara itu tidak akan bercerai keranaperselisihan

    Celik computer Arif atau tahu tentang computer

    Dalam tangan Dalam kekuasaan seseorang, sudah tentu dapat atau akandiperolehi

    Dapat sama laba, cicirsama rugi

    Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, makakeuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya,

    kerugian akan ditanggung bersama-sama

    Darah daging Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah

    Darah panas Pemarah, lekas marah

    Darah seni Bakat semula jadi dalam bidang seni

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    19/29

    Diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat

    Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orangyang bodoh itu sia-sia sahaja

    Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan

    Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh carauntuk mendapatkannya

    Di mana bumi dipijak, disitu langit di junjung

    Mematuhi peraturan di tempat yang didiami

    Di sangka panas sampaike petang, rupanya hujan

    di tengah hari

    Di sangka baik selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan

    Durian rintuh Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka

    Enggang lalu rantingpatah

    Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatumusibah

    Genggam bara biarsampai jadi arang

    Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabarsehingga mendapat nikmatnya nanti

    Goyang kaki Bersenang-senang

    Gunting makan di hujung Mencapai sesuatu dengan diam-diam

    Habis madu sepahdibuang

    Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah ituditinggalkan

    Hancur hati Sedih, putus asa

    Harimau matimeninggalkan belang,

    manusia mati

    meninggalkan nama

    Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walauberapa lama pun ia telah mati

    Hati gajah sama di lapah,hati kuman sama dicecah

    Beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntungsdikit sama-sama mendapat sedikit

    Hati kecil Perasaan dalam batin (maksud yang sebenarnya)

    Hendak seribu daya, takhendak seribu dalih

    Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankandan demikian sebaliknya

    Hidup segan mati takmahu

    Orang yang hidup melarat

    Hujan emas di negeri

    orang, hujan batu dinegeri sendiri

    Sebaik-baik negeri orang, tidak sebaik negeri sendiri

    Ibarat burung, mataterlepas badan terkurung

    Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan

    Ibarat melukut di tepigantang

    Tidak menolong kerana dirinya sendiri susah

    Seseorang yang dipandang tidak berguna oleh orang lain\

    Ilmu itu pelita hati Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusanyang bijak

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    20/29

    Jantung hati Orang yang dikasihi

    Jauhari juga mengenalmanikam

    Hanya orang yang bijak sahaja yang dapat menilai sesuatubenda atau perkara

    Jauh berjalan luaspandangan

    Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentusekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya

    Jinak-jinak merpati Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnyatidak

    Kacang hantu Orang jahat

    Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang

    Pendapatan yang hanya cukup untuk hidup sahaja (kalau tidakbekerja tidak makan)

    Kaki joli Orang yang suka berfoya-foya

    Kalau hendak melenturbuluh, biarlah dari

    rebungnya

    Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda,kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi

    Kalau kail panjangsejengkal, jangan lautan

    hendak diduga

    Kalau pengetahuan itu sedikit, jangan hendak berbuat sesuatuyang besar

    Kalau tidak dipecahkanruyung manakan dapat

    sagunya

    Tidak akan tercapai cita-cita tanpa berusaha

    Kalau takut dilambung

    ombak, jangan berumah ditepi pantai

    Jika takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan

    Kata-kata lebih tajamdaripada mata pedang

    Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan

    Ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni

    Bekerjasama melakukan sesuatu

    Kecil hati Berasa tersinggung

    Kecil jangan disangkaanak, besar jangan

    disangka bapa

    Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orangtua sahaja

    Kecil tapak tangan nyirusaya tadahkan

    Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan

    Keras lidah Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul

    Lain lubuk lain ikannya Lain negeri lain orangnya

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    21/29

    Lemak manis jangan terusditelan, pahit jangan terus

    dimuntahkan

    Yang nampak baik itu jangan terus diterima, dan yang nampakburuk itu jangan lekas ditolak

    Lidah tidak bertulang Mudah berjanji dan mudah pula mengubah janjinya

    Lupa daratan Tidak menginsafi asal mula diri setelah mendapat kesenangan

    Lintah darat Orang kaya yang menindas orang miskin dengan memintabayaran tinggi daripada yang dihutangi

    Makan angin Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih

    Malu bertanya sesat jalan,malu berdayung perahu

    hanyut

    Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mencapaikejayaan

    Masuk ke kandang

    kambing mengembek,masuk kekandang kerbau

    menguak

    Menyesuaikan diri dengan masyarakat di sekeliling

    Mata hati Perasaan hati

    Mati kutu Tidak berdaya berbuat apa-apa kerana ketiadaan idea

    Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan

    Membanting tulang Bekerja keras

    Membuka pekung di dada Mendedahkan keburukan diri sendiri

    Menapak baru setapak,mendaki baru sekaki

    Baru hendak belajar sesuatu

    Menangguk di air keruh Mencari keuntungan sementara ada kekacauan

    Mencolok mata Menyakitkan pandangan

    Mencari jalan Mencari ikhtiar, usaha dan idea

    Mengangkat bendera putih Menyerah kalah

    Menunggu buah yang takgugur

    Mengharapkan sesuatu yang tak jelas

    Nafas baru Semangat baru atau sumber baru kekuatan yang memulihkansesuatu kegagalan atau memberikan keupayaan baru

    Naik darah Menjadi marah

    Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi)

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    22/29

    Orang mengantukdisorongkan bantal

    Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki

    Otak batu Bodoh

    Otak cair Pandai

    Padang jarak padangtekukur

    Padang atau tanah luas yang kosong

    Panas baran Cepat marah, sangat pemarah

    Pandai makan pandailahsimpan

    Pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia

    Pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara

    Anak muda menjadi orang yang diharapkan untukmembangunkan negara pada masa hadapan

    Perang dingin Bergaduh dengan tidak bercakap

    Pijak semut tak mati Perihal seorang perempuan yang baik lagi teratur Pilih kasih Mengasihi sesuatu pihak, berat sebelah dalam membuat

    keputusan dan lain-lain

    Pucuk dicita ulammendatang

    Beroleh sesuatu lebih daripada apa yang diharapkan

    Rezeki kalau secupaktidak akan jadi segantang

    Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi

    Ringan mulut Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap

    Ringan tulang Rajin bekerja, tangkas

    Ringan tulang berat perut Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki

    Rupa tidak dapat diubah,perangai dapat diubah

    Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannyadari segi fizikal tetap sama

    Sambil menyelam minumair

    Sambil melakukan sesuatu perkara, ada perkara lain yangturut dilakukan

    Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan

    isteri tinggal-tinggalkan

    Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akanmenjadi sombong

    Sediakan payung sebelum

    hujan

    Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang

    baik

    Seperti api dalam sekam Sesuatu yang berlaku diam-diam

    Seperti aur dengan tebing Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan

    Seperti enau dalambelukar melepaskan pucuk

    masing-masing

    Tiada muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegangpada pendapat masing-masing sahaja

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    23/29

    Seperti kera sumbang Orang yang takut mencampuri orang ramai

    Tajam akal Mudah menangkap sesuatu, pintar, cerdik

    Sudah terhantuk baruterngadah

    Sudah terkena baru beringat; orang yang lambat menyedarikesilapan

    Tidak lapuk dek hujan, taklekang dek panas

    Kekal dan tidak berubah-ubah walaupun zaman berubah

    Tangan kosong Tidak membawa apa-apa

    Tangan yang menghayunbuaian mampu

    menggoncang dunia

    Walaupun bersifat lemah lembut dan keibuan, wanita mampumenyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan

    negara

    Tangkai jering Kedekut

    Terdengar guruh di langit,air di tempayan

    dicurahkan

    Kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti, barang yangtersedia dilepaskan

    Tulang belakang Orang atau tenaga yang menjadi sumber kekuatan

    Ukur baju dibadan sendiri Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengankebolehan kita

    Umpama biawakbercabang lidah

    Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya

    Umpama lebahmembuang sengat

    Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengejiorang

    Yang bulat datangbergolek, yang pipih tidak

    datang melayang

    Rezeki perlu diusahakan dan tidak datang dengan sendirinya

    Yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran

    Benda yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pulahilang atau habis

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    24/29

    Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

    1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat

    Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

    2. Darah daging

    Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

    3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

    Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

    4. meninggi diri

    Maksud : Sombong

    5. bermuka dua

    Maksud : Tidak jujur.

    6 baik hati

    Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

    7. tulang belakang

    Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

    8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

    Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

    9. bagai kaca terhempas ke batu

    Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

    10. melentur buluh biarlah dari rebungnya

    Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

    11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

    Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

    12. seperti lembu dicucuk hidung

    Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

    13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

    Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    25/29

    14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

    Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

    15. terang hati

    Maksud : Lekas pandai.

    16. rendah hati

    Maksud : Tidak sombong

    17. murah hati

    Maksud : Pemurah.

    18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

    Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

    19. Tangan kosong

    Maksud : Hampa.

    Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

    1. lintah darat

    Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

    2. bagai aur dengan tebing

    Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

    3. anak dagang

    Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

    4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

    Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

    5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

    Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

    6. indah khabar daripada rupa

    Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

    7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

    Maksud : Pengagihan yang sama banyak

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    26/29

    8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

    Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

    9. kacang lupakan kulit

    Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat

    kesenangan.

    10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

    Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

    11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

    Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

    12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

    Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

    13. memerah otak

    Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

    14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

    Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

    15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

    Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

    16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

    Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

    17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

    Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

    18. bak cendawan tumbuh selepas hujan

    Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

    19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

    Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

    20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

    Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

    21. mencari jalan

    Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    27/29

    22. biar mati anak, jangan mati adat

    Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

    23.sediakan payung sebelum hujan

    Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

    24. berbesar hati

    Maksud : Gembira.

    25. anak buah

    Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

    26. tuan rumah

    Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

    27. yang lama dikelek, yang baharu didukung

    Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

    28. batu penghalang

    Maksud : Halangan

    29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

    Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

    30. bagai ikan pulang ke lubuk

    Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.

  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    28/29

    Peribahasa Maksud Sama

    carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juaair dicencang tak akan putus(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik

    jua)

    belut pulang ke lumpurharuan pulang ke lubuk(perantau yang pulang semula ke tempat asal)

    api dalam sekamgunting dalam lipatanmusuh dalam selimut(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)

    membuka pekung di dadamenepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)

    seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalitkerana nila setitik, rosak susu sebelanga(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)

    sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagihabis madu, sepah dibuang(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)

    lain padang lain belalangbanyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragamlain dulang lain kakinyarambut sama hitam, hati lain-lain(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)

    bagai isi dengan kukubagai aur dengan tebingbagai dakwat dengan kertas(persahabatan yang sangat akrab)

    hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecahberat sama dipikul, ringan sama dijinjingbukit sama di daki, lurah sama dituruni(susah senang dihadapi bersama)

    http://peribahasa-spm.blogspot.com/2013/04/peribahasa-maksud-sama.htmlhttp://peribahasa-spm.blogspot.com/2013/04/peribahasa-maksud-sama.html
  • 8/12/2019 Peribahasa Bahasa Melayu SPM

    29/29

    ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasibagaimana acuan, begitulah kuihnyabapa borek, anak rintik(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)

    masuk telinga kiri keluar telinga kananmencurah air ke daun keladimencurah garam ke laut(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)

    genggam bara api biar sampai jadi arangalang-alang mandi biar basahalang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)

    kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

    pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)

    mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkanburung terbang dipipiskan ladabelum duduk sudah berlunjur(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

    telur dihujung tandukretak menanti belah(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)

    embun dihujung rumputabu di atas tunggul(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)

    menangguk di air keruhmenahan lukah di pergentingan(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)

    bagai pinang di belah duabagai cincin dengan permataseperti cincin terlekat dijaritanduk bersendi gading(padanan yang sesuai)

    sarang tebuan jangan dijoloklembu dogol jangan dibalun(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)