novel isabella - antara islam dan kristian - bahasa melayu

Upload: azan90

Post on 30-May-2018

282 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    1/209

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    2/209

    Ia dikarang oleh penulisnya di dalam Bahasa Urdu

    tetapi kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa

    Inggeris (15 Ogos 1974) oleh Rahm Ali Al-Hashmi

    dengan judul ISABELLA dan diterjemahkan ke bahasa

    Melayu (Jun 1988) oleh Abdullah Hussain.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    3/209

    BAB 1Taman Yang DiBerkati

    Di bandar Cordova, negeri Sepanyol terdapat sebuah

    taman yang amat terkenal kerana keindahan bunga-

    bungaan dan kesegaran tanam-tanaman di dalamnya,berbeza sedikit dari Taman Firdausi. Taman ini selalu

    dibanjiri oleh para pelancong jauh dan dekat. Padasuatu petang yang damai di salah satu sudut taman

    itu yang agak terpencil, duduk dua orang lelaki mudayang kelihatannnya seperti orang berilmu. Mereka

    sedang tenggelam di dalam satu perbincangan agama

    yang serius. Hari semakin petang dan matahari sudahhampir ghurub di langit barat. Kicauan burung yangpulang ke sarangnya menimbulkan suasana riang

    kepada orang-orang yang lalu-lalang. Seorang gadiskristian yang dikenali namanya dalam sejarah sebagaiIsabella kebetulan duduk bercengkerama dengan

    beberapa orang kawannya di sebalik serumpuntumbuhan berhampiran dengan tempat kedua lelaki

    muda itu. Isabella sering datang ke taman itu dengankawan-kawannya untuk menikmati keindahan alamsemula-jadi. Dia adalah anak ketua paderi bandar

    Cordova dan baru berusia 17 tahun. Kecantikanwajahnya dan keanggunan perawakannya selalu

    digambarkan oleh pemuda-pemuda yangmengenalinya sebagai jelmaan bidadari dari syurga.

    Orang-orang bangsawan termasuk para paderibanyak yang tergila-gilakannya. Mereka ingin

    mengambilnya sebagai isteri untuk menjadikan hidupmereka bahagia dan gembira. Tetapi keinginanmereka itu dihalangi oleh cita-cita bapa Isabella yangmahukan anaknya itu mengikuti jejak Siti Mariam, ibu

    Nabi Isa, hidup membujang sampai ke akhir hayat,mengabdikan dirinya kepada Jesus Kristus. Dia tidak

    bermaksud memberi suami kepada anaknya itu tetapisebaliknya mendidiknya dengan ilmu agama sehingga

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    4/209

    Isabella dalam usia semuda itu telah mahir dalamberbagai-bagai masalah yang berkaitan dengankeagamaan dan sangat mengambil perhatian berat di

    dalam perbincangan-perbincangan yang mengenaiilmu ketuhanan.

    Dalam masa dia bergurau senda dengan kawan-kawannya itu terdengar olehnya suara dari sebalik

    rumpun bunga, orang bercakap tentang agama. Diatersentak apabila orang di sebalik rumpun itu berkata

    padahal paderi-paderi Kristian. Dia lalu dengan

    berhati-hati memasang telinganya.

    Pada waktu itu, kedua orang lelaki muda itu keranaterlalu asyik dengan perbincangan mengenai agama

    Kristian tidak sedar bahwa perbincangan merekasedang didengar oleh beberapa orang gadis

    Kristian.Salah seorang pemuda itu berkata, SaintPaul telah menulis di dalam salah satu suratnya

    bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satukutukan dan Jesus Kristus telah datang untuk

    menyelamatkan kita daripada kutukan tersebut.Apakah makna kata-katanya itu? Terdengar ketawa

    kecil kawannya. Umar, sahabatku. Engkau mahu akumenerangkan kepadamu padahal paderi-paderi

    Kristian sendiri .

    Waktu itulah Isabella sedang mendengar percakapanitu. Dia lalu berkata kepada kawan-kawannya,

    Nampaknya orang-orang di sebelah kita ini sedang

    memperkatakan tentang agama kita. Mari kita dengarapa yang sedang mereka kata. Salah seorang

    kawannya menyampuk dengan nada sinis, Sejakorang-orang Islam datang ke mari, agama kita

    diancam bahaya. Diamlah! herdik Isabella. Nanti

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    5/209

    mereka tahu kita ada di sini. Mari kita dengar apayang sedang mereka kata.

    Apa maksudmu, paderi-paderi Kristian sendiri.

    Apakah mereka juga tidak memahaminya? Apakahmereka itu menganut agama Kristian hanya secara

    membuta tuli saja? tanya orang yang bernama Umar.Namanya yang lengkap ialah Umar Lahmi seorang

    terpelajar yang terkenal di kalangan cendekiawanagama.

    Cubalah ajukan pertanyaan itu kepada paderi yangterkemuka dan dengar apa jawabannya. Tetapi

    sebelum itu terangkan lebih dulu kepadaku apakahyang menyebabkan tuan tidak bersetuju dengan kata-

    kata St. Paul itu! ujar Maaz, demikian nama seoranglagi.

    Sambil memandang muka sahabatnya, Umar Lahmiberkata, Bukan aku tidak bersetuju tetapi aku hanya

    mahu memahaminya saja. Tuan seorang yang banyakbergaul dan bercakap dengan orang-orang Kristian.Tuan juga banyak banyak membaca kitab-kitabmereka. Maka sebab itulah aku meminta penerangan

    daripada tuan. Menurut pendapatku apabila hukum-hukum agama itu merupakan satu kutukan dan Nabi

    Isa datang mahu menyelamatkan penganut-penganut

    agama Kristian dari kutukan itu maka pencurian,penzinaan, penderhakaan kepada ibubapa seharusnyadapat dibenarkan di dalam agama Kristian meskipun

    barangkali tidak ada orang Kristian yang percayatentang pembenaran berlakunya perkara-perkara itu.

    Maaz agak kebingungan sejurus mendengar kata-katasahabatnya itu. Bagaimana boleh pencurian dan

    penzinaan dikaitkan dengan hukum-hukum agama

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    6/209

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    7/209

    Sebaik saja Maaz selesai bercakap, dari menaramasjid yang berhampiran dengan taman kedengaransuara azan maghrib dilaungkan oleh muazzin yang

    merdu dan amat syahdu. Kedua-dua orang sahabatitu pun bangun dari duduknya, menuju ke sebuah

    tempat air untuk berwuduk dan kemudian menuju kemasjid untuk ikut berjemaah bersama-sama dengan

    saudara-saudara Muslimin yang lain.

    Isabella yang sejak tadi mengintai mendengar

    perbincangan Umar Lahmi dan Maaz merasa amat

    terkilan apabila kedua-dua orang itu bangun secaratiba-tiba meninggalkan tempat itu. Dia mendengarpercakapan kedua orang itu dengan penuh minat

    apatah pula dia memang sangat tertarik dengan soal-soal yang berhubungan dengan ketuhanan dan dapatpula membuat penilaian terhadap penentangan yang

    dikemukakan oleh kedua orang muda itu. Dia cubamencerna persoalan itu dan mencari jawaban kepada

    pokok perbincangan yang ditimbulkan tetapi ternyatatidak berdaya. Akhirnya dia mengambil keputusanakan mengemukakan hal tersebut kepada bapanya.

    Setelah membuat keputusan itu, dia mengajakkawan-kawannya pulang.

    Isabella berpisah dengan kawan-kawannya di satupersimpangan jalan. Dia berjalan menuju ke pintu

    gerbang sebelah timur Cordova.

    BAB 2Masalah Yang Kacau

    Apabila sampai di pintu gerbang sebelah timur kotaitu, Isabella, anak gadis yang masih muda dan cantik

    itu mengambil jalan yang membawanya lurus keQasrus Syuhada. Kerajaan Islam pada masa itu telah

    mengeluarkan biaya yang banyak bagimemperindahkan seluruh negeri Sepanyol. Jalanraya

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    8/209

    di kota Cordova diperluas dan dibina dengan binaanyang baik, dihiasi dengan lampu-lampu yang cantikpada jarak yang dekat, sehingga menyilaukan mata

    memandang. Seperti yang pernah dikatakan orang,kita boleh berjalan sejauh dua puluh lima kilometer di

    bawah cahaya lampu jalan yang benderang serupaitu. Isabella berjalan perlahan-lahan dengan penuh

    keanggunan di atas jalanraya yang lebar danbermandikan cahaya lampu. Dia menuju ke Qasrus

    Syuhada ke arah rumah kediamannya dengan kepalayang berat berisi pertanyaan. Namun hayunan

    langkahnya tetap teratur sebagai gadis terhormat.

    Pada kebiasaannya, dia akan singgah di rumah

    teman-teman yang dekat apabila dia pulang daribersiar-siar pada petang hari serupa itu tetapi kali inidia terus menuju ke rumah dan kelihatan seperti

    tenggelam dalam suatu fikiran yang merunsingkan.

    Kira-kira setengah jam kemudian, dia pun sampai dipintu gerbang rumah yang juga seperti sebuah

    istana. Orang gaji sedang menunggu di muka pintuuntuk menyambut ketibaannya. Sambil menjawab

    dengan ringkas akan pertanyaan orang gaji akansebab-musabab dia lambat pulang, Isabella terus

    masuk ke dalam bilik lalu menghempaskan diri keatas sebuah kerusi malas. Dia mencapai sebuah kitab

    lalu membaca.

    Orang gaji, setelah menyambut Isabella, terus ke

    dapur menyediakan makan malam. Meja makandikemas dan hidangan diletakkan di atas. Setelah itu,

    dia memanggil Isabella tetapi Isabella tidak menyahutkarena terlalu asyik dengan kitab yang dibaca. Kitab

    yang sedang ditelaah itu ialah Kitab Injil dan

    perhatiannya khusus ditujukan kepada surat-surat St

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    9/209

    Paul yang menuduh hukum-hukum agama sebagaisatu kutukan. Dia membaca surat-surat itu berulang-ulang tetapi tidak mendapat jawaban kepada

    kesangsiannya malah semakin kacau setiap kali diamembaca. Apabila otaknya terasa penat, dia

    meletakkan kitab sambil membuat keputusan akanbertanya kepada bapanya saja. Sudah tentu bapanya

    dapat memberikan penjelasan yg sangat memuaskan.

    Pada fikiran Isabella masalah itu tidaklah terlalu sukar

    sehingga tidak dapat dihuraikan. Andaikata dia

    menemui jalan buntu, bapanya tentu dapat menolongkarena bapanya ialah seorang terpelajar agama yangtidak ada dua di negara Sepanyol.

    Setelah tenang kembali barulah dia keluar ke ruangmakan dan makan seorang diri sambil dilayan dengan

    penuh hormat oleh orang gaji. Isabella kembalimentelaah Kitab Injil sebaik saja kembali ke bilik. Dia

    membaca kitab itu sampai tertidur dan tidurnya pulaamat nyenyak hingga ke pagi.

    Isabella bangun agak awal karena dia mesti pergi kegereja. Pagi itu pagi Minggu. Waktu pulang dari

    gereja dia dipanggil bapanya dan bertanyakan KitabInjil yang dibacanya tadi malam. Isabella sedang

    terlibat di dalam pembelajaran tentang pemahaman

    makna hakiki metafizika.

    Isabella menemui bapanya di bilik bacaan yang besaryang dipenuhi dengan berbagai-bagai buku. Dicapai

    tangan kanan bapanya lalu dicium.

    Sila duduk anakku. kata bapanya sambil memberi

    isyarat dengan tangan. Isabella mengambil sebuah

    kerusi dan duduk tidak jauh dari bapanya. Sampai ke mana sudah pelajaranmu? tanya bapa

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    10/209

    Isabella sambil merenung muka anaknya.Saya sudah membaca Jonah 21, Bab 3. Kalau bapamemberi izin, saya ingin bertanya karena saya belum

    lagi dapat mencari jawaban. Sudah tentu, anakku. Tanyalah dan bapa akan

    menjawab. ujar bapa Isabella dengan perasaangembira melihat kecerdasan anaknya.

    Dua Belas Firman Tuhan yang Tuhan firmankankepada kita di dalam Perjanjian Lama melalui Nabi

    Musa, apakah itu ada mengenai dengan hukum-hukum agama?

    Ya, semua itu ada berkaitan dengan hukum-hukumagama. jawab bapa Isabella dengan perasaan agakhairan sedikit tentang pertanyaan anaknya itu.

    Isabella diam sejurus sambil mengangguk-anggukkankepala. Kemudian dia bertanya lagi.

    St Paul ada berkata di dalam salah satu suratnya

    bahwa hukum-hukum agama itu merupakan satukutukan, betulkah begitu, bapa?

    Memang benar. Hukum-hukum agama itu adalahsatu kutukan dan untuk menyelamatkan kita daripada

    itu, Jesus Kristus diturunkan ke dunia ini dan disalib.Jadi jelaslah sekarang bahwa hukum-hukum agama

    itu satu kutukan dan begitu hebat kutukan itu makaJesus Kristus turun ke dunia ini untuk membuangnya

    dan kemudian dia disalib. Isabella mengulangi.

    Kemudian dia menyambung, Kalau begitu berertimematuhi hukum-hukum agama itu pun satu kutukan

    jugalah, Memang benar ia satu kutukan dan orang-orangKristian sekarang sepatutnya daripada mengikut

    hukum-hukum agama, adalah lebih baik mengimaniJesus Kristus karena hukum-hukum agama hanya sah

    berlaku sehingga Tuhan Jesus belum disalib.

    Jadi bolehlah kita mencuri?

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    11/209

    Apa ada kaitan dengan hukum-hukum agama?Anakku, sebelum kau membuat pertanyaan, fikirlahdulu masak-masak kerana kalau ada orang lain

    mendengar, mereka akan mengatakan kau ini anakyang bodoh.

    Maafkan saya, bapa. ujar Isabella sambilmerendahkan suara. Barangkali pertanyaan yang

    saya kemukakan itu tidak begitu jelas. Apa yang sayamaksudkan ialah di antara firman-firman itu yang

    baru bapa katakan, adalah bahagian daripada hukum-hukum agama. Salah satu daripadanya ialah kita

    tidak boleh mencuri dan yang satu lagi kita tidakboleh menindas tetangga kita dan yang ketiga kitatidak boleh menderhakai ibubapa kita. Semua

    perintah ini masih menjadi bahagian daripada hukum-hukum agama yang menurut St Paulmerupakan satu kutukan. Jadi, mematuhi Firman-

    Firman Perjanjian Lama ini iaitu tidak mencuri, tidakberzina ialah sesuatu yang dibenci sementara tidak

    mencuri dan tidak menganiaya ibubapa pula satukutukan.

    Anakku, kata bapa Isabella, kau sebenarnya belumbegitu faham betul tentang kedudukan hukum-huum

    agama. Tapi, cubalah beritahu aku siapa geranganyang telah memasukkan pertanyaan bodoh serupa itu

    ke dalam kepalamu. Syaitan manakah pula yang

    menyebabkan kau ragu-ragu begini?

    Isabella sebagai anak yang baik lalu menceritakankepada bapanya tentang perbincangan dua orangMuslim yang dapat didengarnya di taman petangkelmarin. Setelah mendengar keterangan anak yang

    disayangi itu, bapa Isabella pun berkata dengan suararendah membujuk.

    Anakku, katanya kau telah tahu benar bahwaorang-orang Muslim itu ialah orang-orang kafir dan

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    12/209

    sentiasa menentang agama suci kita. Merekamengkritik kitab-kitab suci kita kerana fikiran merekatelah dihasut syaitan.

    Dia berhenti sejenak. Memandang muka anaknyauntuk melihat reaksi dari keterangannya. Kemudian

    dia menyambung.Kau patut bertaubat segera dan berjanji tidak akan

    mendengar percakapan mereka itu lagi. Merekaorang-orang Muslim tidak beriman dan selalu

    menuduh agama yang benar orang lain. Tahukah kau,anakku, apakah agama mereka itu? Pertumpahan

    darah ialah pekerjaan yang patut dipuji dalam agamamereka. Cuba lihat! Mereka menyerang negara kita,Sepanyol dan membunuh beratus-ratus orang yang

    tidak berdosa. Sesudah itu, mereka paksa pulaagama mereka kepada kita. Aku tahu tentangkecaman-kecaman yang kau telah dengar dari orang-

    orang Muslim itu. Kalau kecaman itu daripadafikiranmu sendiri maka dapatlah aku

    membersihkannya tetapi bagaimana aku akanmenjawab kepada mereka?

    Isabella menyesal kerana dia telah menyebut tentangorang-orang Muslim itu. Kalau tidak, masalahnya

    telah dapat diselesaikan. Satu idea tiba-tiba melintasidi fikiran.

    Baik aku tanyakan masalah ini kepada guruku. Akuselalu bertanya kepadanya apabila menghadapi

    sesuatu masalah dalam pelajaran, kata hatinya.

    Keesokan hari, Isabella pun menjumpai guru yang

    bernama Michael lalu mengemukakan pertanyaanyang sama. Gurunya dengan penuh keyakinanmerasa bahwa dia boleh menerangkan masalah yangdihadapi oleh muridnya. Jawabannya pasti dapat

    menghilangkan semua keraguan Isabella.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    13/209

    Penjelasan Michael tidak dapat memenuhi rasa ingintahu Isabella. Dia mulai sedar bahwa keraguan itutimbul bukan kerana daya pemahamannya yang

    kurang tetapi masalah itu sendiri ialah satu masalahberat yang bukan saja untuk dirinya malahan juga

    untuk cendekiawan Kristian. Di sinilah bermula timbulrasa curiganya terhadap dasar-dasar lemah dalam

    ajaran Kristian. Kecurigaan itu semakin memberat didalam fikiran.

    BAB 3 Surat Menyurat

    Pada suatu petang, selang beberapa hari kemudian,

    Isabella pergi lagi ke taman yang sama tempat diamendengar perbincangan dua orang Muslim yang

    hebat itu. Tidak lama setelah dia mengambiltempatnya yang biasa, Umar Lahmi dan Maaz pun

    tiba. Mereka duduk di tempat yang dulu juga. Akutelah mendengar satu laporan yang aneh dan menarik

    hari ini. kata Umar Lahmi. Apa dia? tanya Maaz dengan agak terkejut.

    Keraguan yang tuan timbulkan mengenai salah satuayat di dalam surat St Paul tempoh hari, kata Umar

    Lahmi, rupanya telah sampai ke telinga ketua paderi.Akibatnya, satu keributan telah terjadi di kalangan

    para paderi. Sehingga ada orang yang berfikiran sihattelah menjadi ragu-ragu.

    Mendengar cerita sahabatnya itu, Maaz dengantenang menjawab, Ya, itu hanyalah khabar angin

    saja atau gunjingan belaka. Siapa gerangan yang adamendengar perbincangan kita?

    Umar Lahmi agak gempar melihat tanggapan Maazyang dingin terhadap berita penting yang telahdisampaikannya.

    Siapa yang mendengar perbincangan kita, kata

    tuan? Takkanlah tak ada angin pokok boleh

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    14/209

    bergoyang? Paderi-paderi itu menjadi begitu heboh. Jadi, apa yang menyebabkan mereka itu hebohbegitu sekali? tanya Maaz apabila melihat kegusaran

    sahabatnya. Apakah ini kali pertama paderi-paderiitu mendengar keraguan kita?

    Sebab-sebabnya aku sendiri pun tidak tahu tetapiapa yang aku dengar ialah para paderi itu sudah mula

    gelisah kerana keberatan-keberatan kita itu.Beberapa kali mesyuarat telah mereka adakan untuk

    mencari jawaban. Berita itu sampai kepadaku melaluisumber-sumber Kristian. kata Umar Lahmi.

    Mendengar penjelasan sahabatnya, Maaz tersenyumkecil. Hatinya merasa geli.

    Baru cuma satu bantahan saja paderi-paderi itusudah heboh demikian rupa. Bagaimana pulakepercayaan-kepercayaan Kristian yang lain yang

    menggelikan itu? Dosa yang dilakukan Adamhukuman dikenakan kepada semua anak cucunya.

    Seluruh umat manusia dicalit dengan noda dosa itu.Apakah kepercayaan ini ada mempunyai dasarkebenaran? Sebagai pembalasan terhadap dosa

    semua pembuat dosa, orang yang tidak berdosadikenakan hukuman dan disuruh pikul beban semua

    dosa. Putera Tuhan turun ke bumi lalu disalibkan.Tidakkah hal ini sudah melampaui batas, menjadikan

    Tuhan seorang yang lemah dan tidak berdaya? Kalaubenar orang-orang Kristian itu ada mempunyai

    jawaban terhadap semua soalan ini, sila maju kedepan dan jelaskan kepadaku.

    Umar Lahmi ketawa besar mendengar kata-kataMaaz. Sambil mengesat air mata, dia berkata,Kalaubukan orang Kristian yang sanggup mengada-adakanhal yang bukan-bukan serupa itu, siapa lain lagi yang

    boleh mengadakannya? Semua orang boleh bercakap

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    15/209

    secara wajar tetapi mesti pula ada orang yangbercakap kosong. Setelah diam sejenak, Maaz lalu berkata perlahan

    seolah-olah seperti kepada dirinya sendiri.Aku fikir sudah sampai masanya kita mengeksploitasi

    keributan yang timbul sekarang ini. Itu satu cadangan yang baik. sahut Umar Lahmi

    dengan cepat. Kita mesti keluarkan poster yangberisi dengan segala macam kepercayaan Kristian

    yang bukan-bukan itu. Bagus. Maaz menyampuk. Akan menimbulkan

    keributan di kalangan orang-orang Kristian di seluruhnegeri Sepanyol.

    Isabella bersama-sama dengan dua orang sahabatnyayang duduk di salah satu sudut taman yangberhampiran dengan tempat kedua orang Muslim itu,

    mendengar semua percakapan tersebut. Wajahmereka yang putih bersih menjadi kemerah-merahan

    kerana menahan geram. Akhirnya, dia tidak dapatlagi menahan perasaan hatinya lalu dia berkatakepada kedua orang sahabatnya.

    Ini tidak boleh jadi. Kita mesti menyangkal semuatuduhan mereka dan kita mesti melakukan apa saja

    untuk menyakinkan mereka. Mudah-mudahan TuhanKristus akan menarik mereka ke sebelah kita.

    Andaikata orang-orang Muslim ini dapat dikristiankan,alangkah besarnya kemenangan bagi dunia Kristian.

    Dengan itu, sekaligus orang-orang Muslim yang laintidak dapat menegakkan kepala mereka lagi di negaraini.Sambil mengucapkan kata-kata akhir itu, Isabella

    mengangkat muka dengan bersungguh-sungguhmemanjatkan doa meminta Tuhan membawa orang-

    orang kafir ini dan musuh kaum Kristian masuk ke

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    16/209

    dalam pelukan agama Kristian. Dengan demikian,semakin nyatalah keagunganNya.

    Isabella, ujar salah seorang sahabatnya sebaik-baik

    saja Isabella menundukkan muka semula. Orang-orang kafir ini sangat keras kepala. Bagaimana

    mereka boleh meninggalkan syaitan dan menyambuttangan Tuhan Kristus? Tambahan pula, yang sulit

    adalah paderi-paderi kita sendiri. Mereka takutkepada orang-orang Muslim. Macam kelmarin saja,

    setelah aku melihat kegusaran kau tentang keraguan

    mereka terhadap hukum-hukum agama kita dantentang kutukan yang mereka perkatakan, aku tanyakepada paderi gereja kita. Mereka buat acuh tak acuh

    saja sambil berkata tak usah hiraukan sangat apayang dikatakan oleh orang-orang Muslim itu. Jawabanmereka bukan pembahasan tetapi hunusan pedang.

    Bila sikap paderi-paderi kita serupa itu tak hairanlahkalau orang-orang Muslim semakin angkuh.

    Masalahnya bukan paderi-paderi kita tidak mahu

    berbincang dengan orang-orang yang tidak berimanitu atau sengaja mendiamkan diri. kata Isabella

    menjawab komen sahabatnya. Diam merekabukanlah bererti mereka tidak dapat menghuraikan

    masalah tetapi mereka mahu jaminan kalau nantisesudah diberi keyakinan, semua orang-orang Muslim

    itu bersedia memeluk agama Kristian. Maka paderi-paderi kita dengan senang hati mahu berhadapan

    dengan mereka.

    Sahabat Isabella diam sejurus mendengar kata-kata

    Isabella. Dalam kepalanya terlintas satu idea.Bagaimana kalau kita minta satu pengakuan bertulis

    daripada orang-orang Muslim itu bahwa mereka

    bersedia bersemuka dengan paderi-paderi kita.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    17/209

    Dengan surat itu pula kita boleh mendesakcendekiawan Kristian untuk bercakap dengan orang-orang Muslim itu dan memaksa mereka memeluk

    agama kita. Cadangan itu baik sekali. Tetapi apakah orang-orang

    Muslim itu bersedia menerima? tanya Isabella sedikitragu.

    Mengapa pula tidak? Bukankah kau juga barumendengar dari mulut mereka sendiri?

    Kalau begitu kenapa mesti kita tunggu lagi? Di sinijuga kita beritahu mereka agar bersedia berbincang

    dengan paderi-paderi kita. Aku akan tuliskan secariksurat yang akan aku sampaikan kepada mereka danlihat apa jawabannya. kata Isabella dengan perasaan

    gembira. Tetapi Tetapi apa lagi? Isabella yang baru mahu

    mengeluarkan pena dan kertas dari begnya terhentisebentar lalu memandang wajah sahabatnya dengan

    ragu-ragu. Tetapi bukankah baik kita mendapatkan jaminan

    daripada paderi-paderi kita lebih dulu? Nanti apa akanjadi kalau orang-orang kafir itu bersedia dan paderi-

    paderi kita menolak? Kalau orang-orang ini sudah membuat perjanjian

    dengan bertulis bahwa mereka akan memeluk agama

    Kristian apabila sudah diyakinkan kebenarannya, ujarIsabella, maka cendekiawan kita sudah pasti mahu

    berdialog dengan mereka. Mendengar penjelasan itu, sahabatnya pun diam.

    Isabella mengeluarkan pena dan secarik kertas lalu

    menulis:

    Maafkan saya. Saya telah mendengar dengan penuh

    perhatian perbincangan rahsia tuan-tuan itu.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    18/209

    Bersebab kami juga berminat dalam masalah-masalah yang berkaitan dengan agama, saya percayatuan-tuan tidak keberatan dengan gangguan saya ini.

    Saya telah mendengar salah seorang daripada tuanada berkata kepada temannya bahwa jika kami

    penganut Kristian dapat memberi penjelasan yangmemuaskan tentang perhubungan antara hukum-

    hukum agama dengan kutukan, tuan bersediamemeluk agama kami. Tuan juga mahu mencabar

    kami, orang-orang Kristian, tentang hukum-hukumagama dan kutukan. Jadi, sebagai hamba Tuhan

    Jesus Kristus, kami dengan sangat senang hatimenyambut cabaran tuan dengan syarat tuanmembuat pengakuan bertulis.

    Hamba hina agama Kristian

    Surat itu telah diserahkan oleh sahabat Isabellakepada Umar Lahmi. Agak terperanjat juga Umar

    kerana tiba-tiba saja seorang anak gadis datangmenyerahkan surat serupa itu kepadannya. Gadis itu

    pula tidak dikenali sebelumnya. Maaz memandangsahabatnya dengan pandangan yang berisi

    pertanyaan.Surat apa ini? tanya Umar Lahmi kepada sahabat

    Isabella. Dari teman saya. Dia sedang menunggu jawaban

    tuan. jawab gadis itu.

    Umar Lahmi menyambutnya dengan perasaan yang

    berdebar-debar. Dia membuka lipatan surat sambildahinya berkerut-kerut. Setelah membaca isinya,

    wajah Umar kembali berseri-seri. Dengan senyumkecil, dia menunjukkan surat itu kepada Maaz. Maaz

    mengangguk-anggukkan kepala dan memberi isyarat

    kepada Umar Lahmi supaya menjawab segera.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    19/209

    Umar Lahmi pun mengeluarkan kertas dan pena lalumenulis:

    Kami mengucapkan terima kasih di atas susah payah

    nona. Kami bersetuju sekiranya anggota-anggotagereja dapat memberi penjelasan kepada kami

    tentang dilema hukum-hukum agama dan kutukandengan penjelasan yang memuaskan, saya dan

    sahabat saya akan memeluk agama Kristian. Silanyatakan tempat dan tarikh perbahasan akan

    diadakan.

    Hamba hina agama Islam

    (Umar Lahmi)

    Setelah selesai ditulis dan ditandatangani, surat itu

    pun diserahkan kepada sahabat Isabella yang segerapula kembali ke tempatnya semula. Isabella sangat

    gembira menerima balasan surat tersebut, lebih-lebihlagi apabila dia mengetahui bahwa rancangannya

    dipersetujui oleh kedua pemuda Muslim itu. Diasegera membalasnya.

    Tentang masa dan tempat, saya sendiri akan datangmemberitahunya esok.

    Hamba yang hina

    Surat itu ringkas saja dan setelah disampaikankepada Umar Lahmi, mereka pun beredar dari tempat

    itu dengan satu masalah baru pula. Siapa geranganorang yang akan berhadapan dengan orang-orangMuslim itu. Sebaik saja keluar dari taman Cordova

    itu, Isabella terus saja ke tempat gurunya yang baikhati. Diceritakan kesemua yang berlaku tadi

    kepadanya. Guru itu yang juga seorang paderi adalahseorang yang benar-benar mengetahui semua

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    20/209

    masalah agama. Ketika dia melihat Isabella dalamkeadaan resah gelisah, dia pun memarahinya danmemberitahu itu bukan suatu masalah besar yang

    boleh sampai merunsingkan fikiran. Isabella lalumenunjukkan surat Umar Lahmi.

    Apabila guru itu membaca surat tersebut, dia punbersetuju mahu membahas perkara itu dan merasa

    seseorang yang berpengalaman dan terkemuka patutikut mengambil bahagian. Kesediaan gurunya

    membuat hati dan perasaan Isabella yang gundah

    menjadi tenteram dan membolehkannya pulang kerumah dalam keadaan selesa. Guru itu berjanji akanmenetapkan tempat dan tarikh sebelum tengah hari

    esok.

    Malam itu, Isabella tidak dapat tidur dengan nyenyak.

    Berbagai-bagai macam persoalan terus menerusmenghantui fikiran. Apa akan terjadi sesudah esok

    hari? Andaikata cerdikpandai Kristian tidak dapatmemberi penjelasan yang memuaskan kepada orang-

    orang Muslim, maka orang Kristian akan dipertakutisepanjang zaman. Akhirnya, pagi pun tiba. Setelah

    selesai membersihkan dirinya, Isabella mengambilKitab Injil dan mentelaahnya. Menjelang tengah hari

    barulah dia keluar dan mengajak kedua orangsahabatnya yang akrab pergi ke rumah guru. Di sana

    mereka melihat sudah ramai paderi yang berkumpulseolah-olah mereka sedang menunggu seseorang

    yang penting. Apabila orang yang ditunggu itu tibamaka dia pun dipersilakan duduk di sebuah kerusi

    yang khas.

    Guru Isabella, sesudah mengucapkan puji-pujian

    kepada Jesus Kristus, menerangkan tujuan

    perhimpunan diadakan dan dengan bersungguh-

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    21/209

    sungguh meminta semua cendekiawan yang hadirsupaya berani dan bersedia untuk berdialog denganorang-orang Muslim dan mencuba untuk menarik

    mereka masuk Kristian.Kami merasa hairan apakah gerangan masalah besar

    sehingga kami semua disuruh berkumpul di sini. kataseorang paderi yang berbadan kurus dan bermuka

    cengkung, nada suara seperti mengejek. Tetapi bilasampai kemari, aku dapati hanyalah satu perkara

    remeh saja yang mahu dibincangkan. Panggil saja

    orang-orang Muslim itu ke mari sekarang juga dansesiapa saja di antara kita dengan mudah bolehmenyakinkan mereka.

    Seorang paderi lain yang bertubuh gemuk danberkepala bulat dan licin menyampuk.

    Memang benar perkara ini bukanlah besar sangat,kita pun selalu mengadakan perbincangan dengan

    orang-orang Muslim. Tapi setelah ada berita tersebaryang mengatakan orang-orang Kristian tidak dapat

    menjawab keraguan orang-orang Muslim makaperkara ini sekarang dapat dianggap sebagai perkara

    besar dan penting. Kita patut tetapkan masa untukperbincangan itu.

    Besok hari Ahad dan semua penganut Kristian akan

    berkumpul di gereja besar. Ada baiknya kitamemanggil mereka esok pagi. Mudah-mudahan TuhanJesus memberi petunjuk kepada mereka. ujar

    seorang paderi lain yang kelihatan lebih mudadaripada yang lain.

    Cadangan itu disampuk segera oleh seorang paderitua yang duduk di sebelah Michael.

    Itu satu cadangan yang baik. Dia memandang mukaIsabella yang sedang duduk berhadapan dengan

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    22/209

    Michael.Bapamu yang mulia yang memimpin sembahyang digereja itu mesti ikut hadir sebab ada kemungkinan

    kami memerlukan bantuannya sewaktu-waktu.Apatah pula kamu sendiri yang menjadi perantaraan

    dalam perbincangan antara kita dengan orang-orangMuslim.

    Seorang paderi yang perawakannya gemuk danpendek menambah, Bapamu ialah ketua semua

    paderi di Sepanyol ini. Tidak ada orang lain yang lebih

    alim daripadanya tentang hukum-hukum agamaKristian. Sebab itu kehadiran bapamu amatdiharapkan.

    Pada waktu itu, Michael, guru Isabella, segeramenjawab, Susah tentu!

    Setelah berlaku perbincangan yang agak serius,akhirnya dicapai kata sepakat, cadangan mengadakan

    dialog dengan orang-orang Muslim itu diterimadengan sebulat suara dan hari Minggu telahditetapkan sebagai hari dialog itu diadakan. Ataspermintaan Isabella, Michael telah menulis surat

    memberi kebenaran kepada Umar Lahmi untuk masukke dalam gereja besar pada hari tersebut.

    Waktu perbincangan itu selesai. Matahari sudahcondong ke barat. Isabella dan kedua sahabatnya

    meminta diri diikuti Mirano, anak Michael. Merekaberjalan perlahan-lahan menuju ke taman tempat

    Umar Lahmi dan Maaz menunggu. Mereka dapatiselain daripada Umar Lahmi dan Maaz ada orang lain

    pula bersama-sama mereka. Baru pada petang itulahUmar Lahmi dan Maaz melihat wajah Isabella dari

    dekat. Mereka terpegun sejurus lamanya keranaterpesona dengan wajahnya yang jelita itu. Kedua-

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    23/209

    duanya mengucapkan Subhanallah! di dalam hati,memuji kebesaran Allah.

    Isabella lalu menyerahkan sendiri surat Michael,

    gurunya, kepada Maaz. Surat itu segera dibuka dandibaca untuk didengar oleh semua yang hadir.

    Kami semua sangat berterima kasih di atas segalasusah payah nona. kata Maaz. Andaikata pihak

    mana saja yang nanti mendapat petunjuk, makapahalanya pertama sekali nonalah yang

    menerimanya.

    Aku mendengar nona ini ialah seorang cendekiawan

    dalam ilmu falsafah Kristian di samping seorang ahliteologi yang terpelajar. Sesungguhnya pujian yang

    tinggi patut kita berikan kepadanya kerana usahamahu melepaskan kita daripada kemungkaran. kata

    Umar Lahmi kepada teman-temannya.Isabella agak tersipu-sipu sedikit mendengar puji-

    pujian Umar Lahmi itu.Dengan lemah-lembut dia menjawab, Saya hanyalah

    seorang hamba hina Tuhan Jesus Kristus. Terimakasih banyak kerana sudi menerima jemputan kami.

    Salah seorang Muslim yang hadir menyampuk denganagak keras, Astagfirullah. Tengok betapa orang-

    orang Kristian itu menyekutukan Allah dan memujaNabi Isa. Memang benar mereka ini gila. Kalau tidak

    masakan manusia yang hidup Umar Lahmi dengan cepat memotong cakapnya untuk

    tidak menimbulkan kegusaran kepada Isabella. Nanti dulu. Tuan secara tidak langsung sudah

    memulai perdebatan. Perkara itu akan kita putuskanesok di gereja besar. Kemudian dia memandang Isabella. Nona bolehmemberi jaminan kepada para paderi itu bagi pihak

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    24/209

    kami bahwa insyaAllah kami akan sampai di gerejaesok sesudah sarapan.

    Isabella dan sahabat-sahabatnya pun meminta diri

    meninggalkan tempat itu. Mereka tidak lagi tunggusampai matahari terbenam seperti yang seringkali

    mereka lakukan.

    BAB 4 Pertemuan Pertama

    Tidak lama sesudah Isabella meninggalkan tempatitu, Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawan mereka

    yang lain berpisah untuk pulang ke rumah masing-masing. Sesampai di rumah, mereka mentelaah Kitab

    Suci Al Quran dan Kitab Injil serta membuat catatan-catatan perkara yang penting untuk dijadikan bahan

    yang akan dibahaskan di dalam pertemuan esok hari.Pada pagi berikutnya iaitu pagi Ahad, berita tentang

    pertemuan itu telah tersebar dengan luas di seluruhkota. Orang-orang Kristian dengan penuh hati-hati

    membuat persiapan yang teliti terutama di dalammenghadapi orangramai yang ingin ikut mendengarperbincangan tersebut. Hanya beberapa orang Islamsaja yang dibenarkan masuk ke dalam gereja

    sedangkan yang lain-lain terpaksa pulang denganperasaan kecewa. Umar Lahmi, Maaz dan beberapa

    orang cendekiawan Islam dibenarkan masuk sesuai

    dengan persetujuan yang telah dibuat lebih awal.Ketika mereka masuk, didapati hampir semua paderiyang terkemuka di Cordova ada di dalamnya dan

    sedang sibuk mengerjakan sembahyang.

    Tidak lama kemudian upacara sembahyang itu pun

    selesai. Paderi-paderi lalu mengambil tempat dudukdi suatu meja panjang yang tersedia, berhadapan

    dengan Umar Lahmi, Maaz dan kawan-kawannya.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    25/209

    Isabella dengan semua kawan-kawannya pun ikutserta duduk bersama-sama.

    Sesudah mengucapkan selamat datang dan terima

    kasih kerana telah menyahut pelawaan mereka,Michael, guru Isabella membuka pertermuan dengan

    memperkenalkan tiap-tiap orang paderi yang ada dimeja persidangan itu. Salah seorang daripada mereka

    bernama Peter yang terkenal sebagai seorang ahlipengajian Arab dan kitab-kitab Islam.

    Kami diberitahu bahwa tuan-tuan mempunyai sedikitkeraguan tentang agama Kristian dan telah bersetuju

    datang kemari untuk meminta penjelasan daripadakami. Tuan-tuan juga telah berjanji kalau penjelasan

    yang kami berikan itu boleh meyakinkan maka tuan-tuan akan meninggalkan agama Islam dan memeluk

    agama Kristian. kata Michael.

    Kami sedikit pun tidak merasa ragu tentang

    kepercayaan dan ajaran-ajaran Kristian tetapi kamicukup yakin kepercayaan dan ajaran-ajaran itu tidakberalasan. Dalam pada itu pun jikalau tuan dapatmemuaskan hati kami dengan penjelasan-penjelasan

    tentang agama tuan yang boleh meyakinkan makakami bersedia masuk agama Kristian.

    Mendengar kata-kata Umar Lahmi itu, Michael laluberpaling kepada Peter yang kelihatan lebih tua

    daripada yang lain. Peter yang sudah menulis banyakbuku menentang agama Islam, dianggap orang yang

    paling berkebolehan untuk berdebat dengan orangIslam.

    Peter dengan nada suara orang yang menguasai

    keadaan berkata, Saya diberitahu bahwa bantahantuan-tuan yang terutama sekali ialah tentang

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    26/209

    mengapa St Paul telah mengatakan hukum-hukumagama itu satu kutukan. Tetapi ini adalah satuperkara remeh dan tida lebih daripada satu isu

    sampingan saja. Tuan-tuan orang Muslim danberimankan Quran dengan sendirinya pendapat tuan-

    tuan mengenai Tuhan Jesus Kristus dan agamaKristian mengikuti lunas-lunas Quran.

    Umar Lahmi tersenyum kecil sebelum menjawab,Saya sudah membuat definisi yang jelas di dalam

    surat saya tentang persoalan yang akan kita

    bincangkan seperti yang tuan sendiri sudah akuitetapi mengapa pula tuan bawa kepada perkara-perkara lain? Saya sudah menulis perbincangan ini

    akan berisar di sekitar hukum-hukum agama dankutukan, jadi apa ada bantahan tuan tentang hal itu?

    Peter masih dengan nada suara yang agak kuatberkata,Kami akan menjawab pertanyaan tuan tetapi

    lebih dulu biarlah kita bincangkan isu-isu yang dasaryang juga dari Quran tuan-tuan. Bukankah dalam

    Quran ada mengatakan tentang Tuhan Jesus Kristuskami sebagai Rohullah, Kalimatullah. Tidakkah ada

    tersebut di dalamnya bahwa dia pernahmenghidupkan orang yang sudah mati? Jadi, apabila

    tuan percayakan Quran bagaimana pula boleh tuan-tuan meragui Tuhan Jesus sebagai Putera Tuhan?

    Tuan telah memulai dengan perbincang yang agakmenyimpang yang sedikit pun tidak ada kena-

    mengena dengan keraguan yang kami timbulkan.kata Umar Lahmi. Apa yang saya inginkan ialah

    untuk memahami signifikan hukum-hukum agamadan kutukan. Andaikata tuan bersedia mahu

    membincangkannya, silakan. Kalau tidak, kami akan

    meninggalkan tempat ini. Umar Lahmi memandang

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    27/209

    muka sahabat-sahabatnya dan mereka semuamenganggukkan kepala tanda bersetuju dengankeputusan itu.

    Saya mengemukakan Quran kepada tuan ialahsupaya isu-isu dasar itu dibincangkan lebih dulu.

    Jikalau tuan mahu mengelakkan diri daripadapersoalan dasar ini dan mahu membincangkan isu-isu

    sampingan, itu bererti tuan tidak dapatmenjawabnya. kata Peter dengan sikap angkuh.

    Umar Lahmi segera menjawab, Baiklah, tuan mahumembincangkan isu-isu dasar, terlepas daripada

    persoalan agama tuan dan mahu berselindung di balikAlQuran. Jikalau tuan mahu membincangkan isu-isu

    dasar, mari kita selesai ini dulu. Apakah Adam benar-benar ada melakukan satu dosa dan bila kita

    putuskan dia benar-benar ada berbuat dosa, makapatutlah kita bincangkan pula apakah dosa itu

    diperturunkan dari generasi ke generasi sampaimeliputi seluruh umat manusia. Yakni, kerana dosa

    Adam itu, semua manusia dengan sendirinya ikutdibebani dosa? Jika keadaannya benar begitu, kita

    akan bincangkan bagaimana noda dosa itu dapatdihapuskan? Kemudian kita bincangkan pula tentang

    kesucian Nabi Isa, tentunya menurut Kitab Injil.Sesudah itu tuan mesti buktikan kepada kami bahwa

    Jesus itu Tuhan dan hanya dia saja dapatmemerdekakan manusia daripada dosa. Apabila

    semua ini dapat dijelaskan maka tuan mesti buktikanpula bahwa Jesus benar disalib dan kerana semua

    dosa manusia dia telah tinggal selama tiga hari didalam neraka. Inilah yang patut dibahaskan danbukan apa yang tersebut di dalam AlQuran tentangNabi Isa.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    28/209

    Semua itu tidak relevan. Tidak ada perhubungannyadengan persoalan. Peter menampik. Apa yang sayamaksudkan ialah untuk membuktikan dari Quran

    sendiri bahwa Jesus Roh Allah dan Kalam Allah dantelah menghidupkan orang yang sudah mati.

    Olehkerana itu, agama Kristian itu benar.

    Umar Lahmi menjadi tidak senang dengan putar belit

    paderi tua itu. Masa sudah berjalan beberapa minit,pokok perbincangan belum juga diperolehi. Dia lalu

    memandang kepada Isabella yang sejak perbincangan

    itu dimulai tidak pernah melepaskan matanya dariwajah itu.Sambil menunjuk kepada Isabella, dia berkata,

    Sekarang saya tunjuk nona ini sebagai hakim danmemintanya memberitahu mengapa kami diundangkemari? Nah! Saudari mesti katakan apa yang telah

    saya tulis di dalam surat saya dan kenapa saudarimembawa kami kemari?

    Isabella yang sedang tenggelam di dalam

    lamunannya itu agak tersentak apabila ditunjuki UmarLahmi serupa itu. Pipinya tiba-tiba menjadi merah.

    Dengan suara yang rendah tetapi berwibawa, diamenjawab, Sebenarnya, perbincangan ini ialah untuk

    menentukan apakah hukum-hukum agama itu satukutukan ataupun tidak. Tetapi keberatan yang

    dikemukakan oleh bapa suci kami juga adakebenarannya. Menurut pendapat saya, mula-mula

    kita bahaskan dulu keberatan-keberatan tuankemudian barulah bapa suci memajukan pula soalan-

    soalan tentang Quran.

    Umar Lahmi mengangguk-anggukkan kepala tanda

    bersetuju dengan pendapat Isabella.

    Nah, saya bersetuju dengan pendapat nona.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    29/209

    Sekarang saya buka gelanggang ini kepada tuan.Saya berjanji bahwa apbila tuan dapat menyelesaikankeberatan-keberatan kami dengan penjelasan yang

    meyakinkan, kami dengan tidak melewatkan waktumembenarkan tuan memajukan soalan-soalan secara

    umum. Tapi apabila saya berjanji mahu menganutagama Kristian, saya fikir tidak perlu lagi kita

    berbahas panjang-panjang. Umar Lahmi menutup kata-katanya itu dengan

    senyum kecil dan memandang Isabella dengan ekormatanya. Isabella yang dapat melihat jelingan Umar

    Lahmi itu merasa tersindir.

    Baiklah, ujar Peter, sebutlah soalan-soalan tuan

    dengan jelas bersama-sama dengan pendirian tuanmengenainya.

    Tuan boleh menjawab soalan saya satu persatu,persoalan demi persoalan. Ini akan menjadi lebih

    jelas.: kata Umar Lahmi. Mula-mula, cuba beritahusaya apakah jangan mencuri, jangan membunuh,

    jangan menimbulkan kesukaran kepada tentanggadan lain-lainnya itu merupakan firman-firman Tuhan

    dan apakah ada kaitannya pula dengan hukum-hukum agama?

    Sudah tentu. Semua itu ada kaitan dengan undang-

    undang agama. jawab Peter dengan cepat. Apakah pula dikri St Paul tentang hukum-hukumagama? tanya Umar Lahmi lagi.

    Dikri bagaimana? Saya tidak faham. jawab Peter,mengangkat muka memandang Umar Lahmi seperti

    hairan. Tuan faham benar-benar perkara itu. kata Umar

    Lahmi dengan suara agak keras sedikit. Cuma tuan

    mahu mengelak daripada menjawabnya. Katakan saja

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    30/209

    bahwa St Paul telah menganggap hukum-hukumagama itu sebagai satu kutukan.

    St Paul menganggap hukum-hukum agama itu

    sebagai kutukan dari sudut bahwa inti hukum agamaitu adalah bahagian daripada Jesus Kristus dan

    betapa bodoh apabila inti ditinggalkan sedangkankulitnya dikejar-kejar.

    Begitulah pula yang saya maksudkan. jawab UmarLahmi. St Paul yang menganggap Jesus sebagai jiwa

    dan hukum-hukum agama sebagai tubuh telah

    mengatakan hukum-hukum agama itu sebagai satukutukan dan apabila tuan juga berkata FirmanPerjanjian Lama ada kaitannya dengan hukum-hukum

    agama maka menahan diri dari membunuh danberzina juga adalah satu kutukan.

    Mendengar hujah Umar Lahmi itu, Peter, paderi tua,kelihatan resah sedikit tetapi dia menjawab dengan

    satu dalih. Perkara ini sebenarnya merupakan satu perkara

    ghaib dan tuan tidak dapat memahaminya tanpabantuan dari Roh Kudus dan tidak semestinya pula

    bahwa sesuatu problem yang tidak dapat difahami itumerupakan perkara salah. St Paul telah menganggap

    hukum-hukum agama secara lahiriahnya satukutukan dan tidak pula tertuju kepada semua bentuk

    hukum agama. Benar. Memang betul St Paul mengatakan hukum-

    hukum agama pada lahiriahnya satu kutukan.Sekarang cuba terangkan kepada saya. Jikalau tidak

    mencuri, tidak berzina, tidak menganggu keluargadan lain-lain lagi itu adakah hukum-hukum agamayang lahiriah atau dalaman, rohaniah dan moral?tanya Umar Lahmi.

    Tuan hanya menumpukan soalan kepada topik yang

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    31/209

    sama. Peter membantah. Cuba dengar. Apa yangdikatakan oleh Jesus Kristus adalah lebih baikdaripada yang dikatakan oleh St Paul. Tuhan kami

    menyuruh kami mengikut Firman-Firman PerjanjianLama.* ( *sila lihat Injil, Matius

    Bab 5:19 sampai Bab 10:25 ) Iaitu memperolehkeselamatan maka perlu mengikuti Perjanjian Lama

    juga. kata Umar Lahmi. Kalau sudah memangdemikian keadaannya, mengapa pula tuan

    menimbulkan perkara penebusan dosa denganmenyalibkan Putera Tuhan? Iaitu, mengapa

    Penebusan Dosa Momok ini apabila Perjanjian Lamaperlu diikuti? Apakah perlu mengikuti Firman-FirmanPerjanjian Lama malah sesudah Kristus menebus

    dosa?Kami tidak tahu apa-apa. jawab Peter dengan suaraperlahan. Kecuali Tuhan kami telah mengarahkan

    kami mengikut Perjanjian Lama. Tetapi keselamatantidak dapat diperoleh hanya semata-mata mengikuti

    Perjanjian Lama tanpa ada penebusan dosa. Jadi, Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi

    Yusuf, Nabi Nuh dan lain-lain nabi itu kehilanganlahkeselamatan mereka kerana jalan keselamatan

    mereka satu-satunya hanya dengan mengikutihukum-hukum agama? tanya Umar Lahmi. Begitu

    juga dengan para pengikutnya, keselamatan mereka

    dicabut. sambungnya lagi. Sebelum kedatangan Kristus, jalan keselamatan

    satu-satunya ialah dengan mengikuti hukum-hukumagama tetapi penebusan dosa oleh Jesus Kristus telahmengubahnya dan sekarang jalan yang ada hanyalah

    penebusan dosa. jawab Peter.Umar Lahmi tersenyummendengar jawaban Peter yang berbelit-belit itu. Dia

    memandang muka Isabella dan muka itu walaupun

    kelihatan tenang tetapi sedang tenggelam dalam satu

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    32/209

    fikiran yang membingungkan. Umar Lahmimemandang muka Peter, ditenung matanya.

    Mula-mula tuan menolak apa yang sudah dikatakan

    oleh St Paul iaitu hukum-hukum agama bukan satukutukan kemudian tuan menolak hukum-hukum

    agama sebagai dasar keselamatan. Dapatkah tuanmengemukakan kata-kata wali yang lain untuk

    membuktikan bahwa ucapan St Paul hukum-hukumagama itu satu kutukan tidak benar?

    Tiba-tiba paderi kurus yang bermuka cengkung dari

    sudut sebelah kiri menyampuk dengan suara yanglantang. Tuan-tuan! Percakapan tentang hal ini adalah

    perbuatan murtad dan kufur. Semua yangdibincangkan berkaitan dengan perkara-perkaraghaib. St Paul memang mengatakan hukum-hukum

    agama satu kutukan dan kata-kata itu benar tetapituan-tuan tidak dapat memahami perkara-perkara

    ghaib serupa ini. Jalan keselamatan kami ialahketuhanan Kristus dan penebusan dosa kerana Jesusbebas daripada dosa dan ia penjelmaan Tuhan, yang

    kerana kesayangan dan perbuatan baiknya menderitadi atas salib sebagai ganti kita semua dan memberi

    kita keselamatan.

    Jangan itku rasa hati dalam perselisihan

    persahabatan. ujar paderi yang bertubuh gemuk danberkepala bulat dan licin. Dia duduk di sebelah kanan

    Peter. Tuan sudah mulai menyangkal St Paul.Inilah hasil perbincangan yang tidak benar dan tidak

    beralasan. Tuan kini telah mula membicarakan soalketuhanan dan penebusan dosa. kata Umar Lahmi.

    Eloklah kita selesaikan lebih dulu perbahasanmengenai hukum-hukum agama dan kutukan.

    Kami telah memberikan jawaban yang meyakinkan

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    33/209

    kepada tuan. Jadi, sekarang kami berikan masaselama delapan hari untuk tuan beristirehat.Andaikata keraguan tuan-tuan masih belum dapat

    dipecahkan pada masa itu, tuan-tuan boleh datanglagi kemari. kata Peter.

    Umar Lahmi tidak menghiraukan kata-kata paderi tuaitu.

    Sebaliknya, dia bertanya, Tuan tidak menganggaphukum-hukum agama sebagai satu kutukan dan

    kolega tuan pula mengatakan ia itu satu kutukan dan

    St Paul berada di pihat yang benar. Jadi, mana satu diantara tuan-tuan ini yang benar? Orang yang mengatakan hal ini tidak ada kaitannya

    dengan misteri agama Kristian. Jangan tuanpedulikan kata-kata mereka itu. jawab Peter.

    Umar memandang kepada Isabella.Nah, cuba terangkan kepada saya yang mana benar

    di antara mereka ini dan apakah St Paul itu silapkerana mengatakan hukum-hukum agama satu

    kutukan?Sekali lagi, Isabella tersentak apabila Umar Lahmi

    memajukan pertanyaan kepadanya.Saya datang kemari untuk mendengar perbahasan

    dan bukan untuk ikut campur. Tapi saya akanmeminta kepada guru saya, Bapa Michael, untuk

    menyelesaikan masalah ini kerana beliau seorangilmuwan yang agung dan cendekiawan pula, kerana

    sebagai sebahagian daripada tamu-tamu terhormatyang lain saya sendiri pun belum begitu faham

    tentang hal ini. Kata-kata Isabella itu bagai petir di tengah hari.Semua orang yang hadir di dalam gereja amatterperanjat mendengarnya, lebih-lebih lagi para

    paderi yang duduk di meja persidangan. Mereka

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    34/209

    memandang muka Isabella dengan pandangan tajamyang berisi kehairanan. Di tempat para penontontelah timbul keributan kecil.

    Melihat keadaan yang mula kacau, Michael bangundan berkata, Saudara-saudara, kita semua

    berhimpun di sini untuk mencari kebenaran dansesungguhnya ini adalah satu tugas yang berfaedah.

    Tetapi untuk tujuan ini, maka perlulah kitamempunyai hati yang tulus ikhlas dan satu keinginan

    untuk menerima kebenaran. Masalah keimanan yang

    sedemikian itu tidak akan dapat dicapai olehseseorang dengan usahanya sendiri tanpapertolongan Tuhan. Oleh sebab itu, kita harus berdoa

    kepada Tuhan dengan setulus hati agar Diamenunjukkan kebenarn kepada kita melalui bantuanRoh Kudus dan menampakkan kepada kita segala

    misteri agama Kristian. Michael terpaksa berhenti sejenak kerana dari para

    hadirin Kristian terdengar ucapan Amen sedarun.Kemudian dia menyambung semua.

    Saudara-saudara. Apakah hukum-hukum agama itu

    satu kutukan atau tidak adalah satu soalan titik-bengik, tidak penting. Persoalan yang sebenarnya

    ialah saudara-saudara Muslim kita ini tidakmengetahui tentang kepercayaan Kristian dan dasar-

    dasar pokoknya, sebab itulah mereka gemarberpolemik. Intisari agama kita hanya terletak pada

    dua kalimat, iaitu ketuhanan Kristus dan penebusandosa. Seseorang yang memahami erti kedua kalimatini maka fahamlah dia semua rahsia agama Kristian.Betapa sayangnya Tuhan kepada kita sehingga Dia

    mengirim putera tunggalnya bagi keselamatan kitauntuk memikul semua derita manusia di dunia ini dan

    akhir sekali Dia telah dibunuh di atas salib sebagaipenebus semua dosa kita. Oleh sebab itu saya ingin

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    35/209

    memohon kepada sahabat saya, Umar Lahmi, dankawan-kawannya supaya membatalkan sajaperbahasan yang sia-sia mengenai hukum-hukum

    agama dan kutukan dan memikirkan tentangkeperibadian suci Tuhan Jesus kita dan penebusan

    dosanya yang tidak ada tolok bandingan. Marilahmasuk agama Kristian.

    Umar Lahmi merasa gusar dengan ucapan Michaelyang sama sekali tidak diduganya itu lalu dengan

    segera dia menjawab, Kami datang kemari bukanlah

    kerana mahu bercakap perkara-perkara yang kosong.Kami semua ada prinsip dan kami mahumembahaskan masalah-masalah dasar. Kami telah

    pun menjelaskan pokok perbincangan kita di dalamsurat kami dan saudari Isabella ini yang menjadisaksinya. Jadi, kalau tuan mahu membatalkan pokok

    persoalan awal kita itu dan mahu membincangkanentang ketuhanan Kristus dan penebusan dosanya,

    saya juga bersedia asal saja tuan tuliskan bahwa kitabatalkan masalah hukum-hukum agama itu dan kitapatut bincangkan tentang ketuhanan Kristus dan

    penebusan dosanya pula. Kami tidak bermaksud bahwa tuan tidak boleh

    bincangkan masalah-masalah itu, kata Peterberdalih, cuma kita patut tinggalkan isu-isu

    sampingan dan bincangkan masalah-masalah dasar.Umar Lahmi mulai jengkel. Jadi, kenapa tuan-tuan

    undang kami kemari? Gereja dan masjid tidak perludiperbahaskan. Kalau tuan-tuan tidak mahuberbincang, katakanlah dengan berterus terangsupaya masa kami terbuang tidak sia-sia begini.

    Tuan sudah salah faham tentang kata-kata PeterSuci. Dia tidak bermaksud kita tutup terus

    perbincangan ini. Dia cuma mahu menekankan bahwapertanyaan-pertanyaan mengenai masalah dasar

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    36/209

    yang dapat tuan fikirkan, tuan kemukakankepadanya. Tapi sekarang sudah tengah hari dantuan-tuan mungkin akan pergi makan. Bila waktu

    yang sebaik-baiknya tuan-tuan dapat kemari lagi?Michael cuba membujuk.

    Sekaranglah waktu yang sebaik-baiknya. ujar UmarLahmi. Tidak sesiapa yang boleh menentukan

    apakah kita akan mendapat kesempatan yangberfaedah seperi ini lagi.

    Tapi tuan-tuan akan menunaikan solat? kata

    Michael lagi. Kami boleh bersolat di gereja ini. jawab UmarLahmi.

    Peter lalu mencelah. Saya fikir lebih baik kitaberbincang lagi hari Ahad depan.

    Saya berpendapat perbincangan ini tidak boleh

    ditangguhkan terlalu lama. Mungkin kita mendapatpetunjuk dari Allah. kata Umar Lahmi.

    Baiklah. Kita sambung perbincangan ini esok padamasa yang sama sampai tengah hari.

    Jika perbincangan ini mahu ditangguhkan sampai

    esok, Isabella tiba-tiba ikut campur, tidak usahdiberhentikan sampai tengah hari tetapi dilanjutkan

    sehingga petang. Barangkali kita boleh sampaikepada sesuatu keputusan.

    Michael segera menjawab, Sama sekali tidak.Tidakkah kita ada membuat kerja-kerja lain juga?

    Saya fikir tidak ada kerja lain yang lebih pentingdaripada perbincangan ini. jawab Isabella, tidakmahu kalah.

    Orangramai mulai bising. Akhirnya, diadakan satuperbincangan kecil di antara para paderi dan UmarLahmi serta sahabat-sahabatnya. Mereka membuat

    keputusan akan menghentikan perbincangan hari itu

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    37/209

    sampai di situ saja dan akan disambung semula esokdari pagi sampai ke tengah hari. Pertemuan yangpertama itu pun berakhir. Setelah mengucapkan

    terima kasih kepada semua orang-orang Kristian,Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya meninggalkan

    gereja besar.

    Isabella dan para paderi lain masih tinggal sehingga

    semua hadirin keluar meninggalkan tempat itu,pulang ke rumah masing-masing.

    Setelah orang-orang lain habis keluar, paderi yang

    berbadan kurus bermuka cengkung bangun laluberjalan mendekati Isabella. Amat mendukacitakan yang kamu telah memberi

    kesempatan kepada orang-orang kafir itu untukmengemukakan keraguan mereka dan mengejekagama Kristian.

    Belum sempat Isabella menjawab, paderi itu berjalanke tempat Michael.

    Satu-satunya cara mahu melayani orang-orangmurtad itu ialah meletakkan Quran di hadapanmereka. Peter Suci telah berbuat serupa itu pada

    mulanya tetapi malang, mereka menggelecek keluardan membahaskan tentang hukum-hukum agama.

    Kalau esok terjadi lagi yang serupa, alamat kita akandikecewakan dengan teruk kerana mereka tanyakan

    ialah tentang rahsia ketuhanan yang tidak siapa puntahu kecuali wali-wali saja.

    Sebetulnya perbincangan itu sejak awal lagi telahmenyimpang ke saluran salah kalau tidak merekatelah tunduk oleh Quran mereka sendiri. kata Michaelmenyampuk paderi kurus itu. Bukankah Quran ada

    mengatakan yang Tuhan Jesus kita itu pembawahidup dan menghidupkan semula yang sudah mati?

    Bukankah Quran menyebutnya Roh Allah dan Kalimat

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    38/209

    Peter kemudian berkata, Pokok perbincangan esokhari sudah ditetapkan. Iaitu mengenai ketuhananKristus dan penebusan dosa. Aku dengan licik telah

    memesongkan mereka ke pokok persoalan lain tetapikau, Michael, telah membawa mereka kembali ke

    persoalan itu. Tuan jangan salahkan saya. Itu semua perbuatan

    tuan sendiri. jawab Michael menangkis tuduhanpaderi tua itu.

    Buat apa lagi kita memuaskan nafsu denganperbahalan sesama sendiri. kata seorang paderi lain.

    Kita tunggu esok dalam perbahasan tentangketuhanan Jesus. Agama Kristian kita bukan sepertibubur lembutnya boleh ditelan dengan sekali teguk

    saja.Dia bangun dan meminta diri. Semua paderi pun ikutmeminta diri dan meninggalkan gereja. Mereka

    pulang ke tempat masing-masing dengan membawaberbagai-bagai mcam fikiran.

    Isabella dan ketiga orang sahabatnya berjalan dibelakan paderi-paderi itu. Dalam masa berjalan itu,

    dia berkata kepada sahabat-sahabatnya.Cuba kalian lihat. Di belakang orang-orang Muslim,

    mereka bercakap besar bahwa orang-orang Muslimtidak akan dapat berhadapan dengan mereka. Tetapi

    bila duduk berhadapan, tembelang mereka terdedahsemuanya. Aku sangat menyesal bapaku terpaksa

    meninggalkan gereja sebaik saja selesai diamemimpin sembahyang kerana dia terlalu percayadengan kebolehan dan ilmu Bapa Michael dan BapaPeter. Kalau tidak, dia tentu boleh tutup mulut orang-

    orang Muslim itu. Sebenarnya, masalah itu terlalu berat, apakah

    bapamu sanggup menghadapinya? Salah seorangsahabatnya menyahut.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    39/209

    Seorang lagi mencelah, Sebenarnya, kepercayaandan dogma kita terlalu kabur. Kalau tidak masakanpaderi-paderi kita itu terpukul begitu teruk?

    Minta dijauhkan Tuhan! Baru saja sekali berbahaskamu berdua sudah mula berputus asa. Kepercayaan

    kita cukup teguh asasnya tetapi mesti ada seseorangyang boleh menjelaskannya. Lihat saja esok nanti.

    Bila ketuhanan Kristus dibahaskan betapa terukmereka akan dihentam.

    Mereka lalu berpisah di persimpangan jalan. Masing-

    masing pulang ke rumahnya.

    BAB 5 Pertemuan Kedua

    Pada pagi Isnin, para paderi mula datang ke gereja

    besar. Pada hari itu juga, bersama-sama Isabella, ikuthadir perempuan-perempuan Kristian yang ingin

    mendengar perbincangan. Ruang sembahyang gerejasudah penuh dengan penonton lelaki dan perempuan,

    tua dan muda. Di meja panjang yang berhampirandengan podium tempat paderi besar membacakhutbah sudah duduk para paderi yang ikut di dalamperbincangan hari kelmarin, diketuai oleh paderi tua

    Peter dan pembantu kanannya, Michael. Isabella ikutbersama-sama mereka. Tepat jam delapan, Umar

    Lahmi dan sahabat-sahabatnya muncul di pintu depan

    gereja. Selain daripada Maaz dan penyokong-penyokong yang ikut dalam perbincangan pada harikelmarin yang memang sudah dikenali, ada beberapa

    orang muka baru. Ini membuat para paderi bercakapberbisik-bisik sesama sendiri. Mereka kelihatan agak

    gusar tetapi tidak dihiraukan oleh Umar Lahmi. Diasegera mengambil tempat duduknya berhadapan

    dengan paderi-paderi itu.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    40/209

    Sebaik saja selesa duduknya, Umar Lahmi punberkata, Kelmarin kita telah membuat keputusanakan berbahas pada hari ini mengenai ketuhanan

    Kristus dan penebusan dosa. Oleh sebab agak sukarmahu membincangkan kedua-dua masalah ini

    sekaligus maka ada baiknya kita bincangkan secaraberasingan.

    Peter segera menjawab, Kedua-dua masalah inisebenarnya satu dan saling berkait. Jadi, tuan boleh

    pilih mana satu yang tuan suka. Terima Kasih. kata Umar Lahmi.

    Dia lalu membaca beberapa ayat dari Surat Al-Furqan. Wajah Isabella tiba-tiba berubah. Kulitmukanya yang putih bersih menjadi merah seperti

    bunga raya kembang pagi. Bacaan Umar Lahmiterhenti apabila dia mendengar ada benda yang jatuhtidak jauh dari tempat duduknya. Dia yang sedang

    berpejam segera membuka mata dan dilihat sahabatIsabella sedang menolong mengangkat Isabella

    duduk. Seluruh hadirin menjadi gempar dan berdirimelihat ke depan.

    Maaz membisikkan ke telinga Umar Lahmimemberitahu bahwa anak gadis itu terlalu terpesona

    dengan ayat-ayat AlQuran yang dibacanya. Peter danMichael bukan main lagi terkejut melihat keadaan

    Isabella itu. Mereka serentak bertanya sebabmusabab terjadi serupa itu tetapi Isabella tidak

    menjawab. Hanya beberapa titik airmata jatuhmeleleh di atas pipinya yang masih merah. Isabellacuba menenangkan dirinya dengan keadaan yg agakpayah. Dia memberitahu sahabatnya bahwa sejak

    bulan yang lalu dia mendapat serangan tiba-tibaserupa itu. Dia memberi isyarat supaya mereka

    jangan menghiraukan keadaannya. Mereka boleh

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    41/209

    meneruskan perbincangan. Sebahagian daripadapaderi yang duduk di meja mencurigainya.

    Dia tidak apa-apa, kata sahabat Isabella, dia selalu

    mendapat serangan tiba-tiba serupa itu.Keterangan sahabat Isabella telah dapat mengikis

    sangkaan para paderi bahwa Isabella sudah mulaterpengaruh dengan Islam. Setelah berhenti sejenak,

    Umar Lahmi menyambung bacaannya.Dia berdiri lalu berkata, Tuan-tuan, kami telah

    diberitahu bahwa asas prinsip agama Kristen ialah

    ketuhanan Kristus dan penebusan dosa. Jadi sayaingin majukan satu pertanyaan yang bolehmenghuraikan masalah ketuhanan Kristus.

    Pertanyaan itu ialah: apa keperluannya yang khususmaka Putera Tuhan membuat pengorbanan bagipenebusan dosa? Kalau untuk tujuan itu saja, orang

    alim yang lain juga boleh dipilih untuk mengorbankanjiwanya sebagai penebusan dosa semua orang yang

    berdosa. Apa sebab secara istimewa Putera Tuhantelah disalib?

    Para paderi telah berbisik sesama sendiri, berbincang

    perlahan-lahan. Sejurus kemudian, mereka memilihPeter untuk menjawab tetapi dia berada dalam

    keadaan bingung. Namun sebagai sikap kebapaan,dia bangun juga dan bercakap dengan lidah yang

    terketar-ketar. Untuk penebusan dosa, Putera Tuhan diperlukan

    kerana orang lain baik dia nabi atau rasul penuhdengan dosa. Orang yang ada dosa tidak dapat

    menebus dosa orang lain. Kerana Tuhan Jesus Kristussatu-satunya Putera Tuhan dan bebas dari dosamaka dia dikorbankan untuk kepentingan semua oangyang berdosa.

    Baiklah, kata Umar Lahmi, cuba terangkan apa

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    42/209

    yang disalib. Apakah ketuhanan yang disalibkan untukpenebusan dosa ataupun kemanusiaan yang ada padaKristus? Jikalau ketuhanan Kristus yang disalibkan

    maka bererti bahwa Tuhan yang tunggal dan tanpasekutu itu memikul semua beban seksaan penyaliban

    dan kematian datang ke atas peribadi Tuhan yakniTuhan sudah mati. Tetapi kalau kemanusiaan di dalam

    Kristus yang disalib, jawaban tuan sudah hilangsemua kekuatannya kerana kalau begitu caranya

    maka penyaliban manusia adalah lebih cocok danbukan Tuhan kerana kedua-duanya menunjukkan

    akan kemanusiaan di dalam Kristus bukanketuhanannya yang dikorbankan.

    Sudah tentu. Tuhan Jesus merupakan ketuhananyang sempurna dan kemanusiaan yang sempurna.Kedua-dua sifat ini terhimpun dengan baik di dalam

    dirinya. Tetapi kemanusiaannya seperti juga denganketuhanannya bebas daripada dosa dan sebab itu

    pengorbanannya amat perlu kerana manusia lainsemuanya bergelimang dosa. Dengan demikianmereka tidak sesuai untuk penebusan dosa. kata

    Peter. Itulah, jawab Umar Lahmi, kerana tidak ada

    manusia di dalam dunia ini yang bebas daripada dosamaka Tuhan sendiri terpaksa turun ke dunia dan

    ketuhanannya tidak disalib tetapi kemanusiaannya.Andaikata seorang manusia yang bebas daripada dosa

    diperlukan untuk menebus dosa, mengapa Tuhantidak cipta seorang manusia yg bersih sehingga tidakpayah Tuhan sendiri mati di atas tiang salib kerenapenebusan dosa.

    Peter menjawab, Tuhan saja yang mengetahuiperkara yang ghaib. Kita tidak boleh kata kenapa Dia

    tidak berbuat serupa itu dan kenapa Dia sendiridatang ke duni untuk tujuan itu. Tetapi tentang hal

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    43/209

    ini, kami tahu bahwa Tuhan datang ke dunia untukmenebus dosa untuk menunjukkan kasihsayangNyayang agung terhadap kemanusiaan.

    Bahwa sayangnya Tuhan kepada makhluNya sampaike tingkatan mengutus putera tunggalNya untuk

    menyerahkan nyawa sebagai galang ganti manusia-manusia lain. Tujuan ini tentu tidak akan tercapai

    kalau hanya dengan mengutus orang lain.Jikalau kasih sayang Tuhan sudah sedemikian besar

    kepada makhlukNya, kenapa Dia tidak mengutus puteranya itu awal-awal lagi untuk disalib? Apakah

    tidak ada manusia sebelum Kristus yang patutdipedulikan oleh Tuhan? Apa sebab Dia barumenunjukkan kasihsayangNya itu setelah beribu-ribu

    tahun berlalu? Umar Lahmi memajukan pertanyaantanpa melepaskan peluang.

    Peter menjadi serba salah. Dia lalu cuba melepaskandirinya dengan menjawab, Kita tidak tahu tentang

    keghaiban ini. Misteri Tuhan hanyalah diketahui Tuhansaja.

    Pertanyaan saya masih belum berjawab. Rujukan

    kepada keghaiban berulang-ulang tidak akan dapatmenyelesaikan masalah. Nah, cuba katakan saja,

    kalaulah hanya kerana kemanusiaan penyaliban itudilakukan maka kedatangan Tuhan ke dunia adalah

    sia-sia belaka. Orang lain pun boleh dikorbankanjuga.

    Saya sudah menjawab, ujar Peter, manusia tidakdapat dijadikan penebus dosa kerana dia sendiribergelumang dengan dosa. Kemanusiaan Kristussesuai untuk penebusan dosa kerana dia adalah

    penjelmaan kemurnian dan tidak berdosa.Kerana kemanusiaan Kristus murni dan tidak berdosa

    maka dia menjadi perlu untuk dipikulkan beban dosaseluruh manusia ke atas pundaknya. Umar Lahmi

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    44/209

    berhujah. Tuan paderi yang mulia, logika tuan itusedikit pun tidak meyakinkan malah kepada tuansendiri juga. Sekarang cuba terangkan, apa salahnya

    jikalau Putera Tuhan ini berbuat sesuatu yang lebihbaik yang boleh menebus dosa semua orang daripada

    dia dibebankan dengan dosa-dosa itu? Dengan jalanitu, tidaklah payah Kristus yang tidak berdosa

    memikul beban dosa orang lain, tidak perlu dia disalibdan tidaklah timbul persengketaan tentang ketuhanan

    dan kemanusiaan. Penawar bagi dosa ialah kebajikan,kedatangan Kristus ke dunia ini sepatutnya membuat

    kebajikan-kebajikan sebagai penebus semua dosadan bukan membunuh dirinya untuk penebusandosa.

    Kita tidak dapat menasihati Tuhan. Dia berbuat apayang disukaiNya. Satu kekurangan ajar kalau mahu

    mencapai darjat Tuhan. Peter menjawab.Umar Lahmi tidak menghiraukan jawaban Peter yang

    kasar. Sebaliknya dia berkata, Tuan tahu bahwaKristus dilahirkan dari rahim Maryam Perawan. Nah,apakah kelahiran itu ada pertaliannya dengan

    manusia dan Tuhan yakni apakah yang dilahirkan itu Tuhan atau manusia?

    Tuhan bebas daripada cacat kelahiran. Kemanusiaandi dalam Kristus itulah yang dilahirkan. jawab Peter

    dengan nada gugup.Siapa yang mati di atas salib? Tuhan atau manusia?

    Tuhan itu bebas dari cacat kematian. Manusialahyang mati di atas salib. Iaitu kemanusiaan Kristus.

    jawab Peter lagi Kalau begitu, kata Umar Lahmi, kelahiran dan

    kematian ada pertalian dengan kemanusiaan Kristusdan bukan dengan ketuhanannya.

    Benar. Memang benar. jawab Peter dengan cepatdan bersungguh-sungguh.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    45/209

    Umar Lahmi lalu mencapa Kitab Injil yang terletak dihadapan Michael. Maafkan saya. Saya minta pinjamsebentar.

    Michael tidak sempat menjawab, Kitab Injil itu sudahada di dalam tangan Umar Lahmi dan sedang

    membuka halamannya. Para paderi memandangkejadian itu dengan perasaan terkejut dan tanpa

    berkata bertukar-tukar pandangan antara satudengan yang lain. Isabella semakin tertarik dengan

    perjalanan perbincangan itu dan dengan diam-diamdia mengagumi kepintaran dan keluasan ilmu Umar

    Lahmi.

    Umar Lahmi membuka pada Injil Ayub bab 15:14.

    Cuba lihat, di sini ada tertulis Masakan manusiabersih, masakan benar yang lahir dari perempuan?dan kerana kelahiran itu bukan bersifat ketuhanan

    tetapi kemanusiaan maka mengikut pendapat Ayub,kemanusiaan Kristus juga bergelimang dosa. Umar

    Lahmi membuka halaman lain pula.Dan lihat apa yang tertulis pada kitab Roma 6:23bahwa upah dosa ialah maut yakni kematian ialah

    bukti bahwa yang mati itu penuh dengan dosa. Olehsebab itu timbul lagi pertanyaan: apakah sebab Tuhan

    tidak menyalibkan orang lain yang berdosa supayaketuhanannya dapat diselamatkan? Selanjutnya,

    menurut tuan seseorang yang berdosa tidak bolehmenebus dosa orang lain, jadi jelaslah Kristus tidak

    sesuai untuk penebusan dosa. Peter kelihatan rusuh dan peluh-peluh renikmemancut keluar dari dahi dan pipinya.

    Saya telah katakan bahwa semua ini adalah perkara-

    perkara ghaib ketuhanan. Tuhan berbuat apa yangdisukaiNya. Bagaimana tuan atau saya boleh

    mengkritikNya?Umar Lahmi dengan suara lantang yang dapat

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    46/209

    didengar oleh semua yang hadir berkata, Jikalauagama tuan hanya berdasarkan kepada keghaibanketuhanan saja, kenapa tuan jemput kami kemari,

    menghabiskan masa tuan dan juga masa kamidengan sia-sia saja?

    Ucapan Umar Lahmi yang lantang itu telahmenimbulkan keributan di tempat penonton. Isabella

    yang memang menaruh minat kepada soal-soalteologi, mendengar dengan penuh perhatian tiap-tiap

    patah perkataan yang keluar dari mulut Umar Lahmi.

    Terguris di dalam hatinya rasa hairan pada Peter Suciyang amat dihormatinya itu, kenapa apabila dia tidakdapat menjawab sesuatu masalah yang ditimbulkan

    oleh lawannya, dia lalu lari berselindung di balik tabirmisteri ketuhanan. Keributan di tempat penontonsemakin menjadi-jadi. Mereka tidak sabar menunggu

    jawaban dari paderinya tentang kata-kata UmarLahmi yang agak pedas itu.

    Tiba-tiba Michael bangun sambil memberi isyarat

    dengan tangannya supaya penonton berdiam diri.Dia berkata, Saudara-saudara. Hari ini ialah hari

    konfrontasi antara agama Kristian dengan agamaIslam. Saudara-saudara tentu telah tahu apa itu

    agama Islam? Agama itu mewajibkan kahwin empatisteri. Membunuh orang-orang bukan Islam tanpa

    memandang bulu dan Rasulnya kahwin dengansebelas perempuan dan

    Umar Lahmi melompat bangun dan menentangMichael dengan kata-kata, Kalau tuan-tuan tidak

    dapat menjawab hujah saya katakan denganberterus-terang dan kemudian apa saja kritikan tuan-tuan terhadap Islam boleh kemukakan, saya akanmenjawab satu persatu.

    Dia kemudian membalikkan badan memandang

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    47/209

    kepada hadirin. Di mana letaknya moral tuan-tuan ini. Kamidipanggil kemari ke tempat tuan-tuan, pertanyaan

    kami tidak dijawab sebaliknya mengeluarkan kata-kata yang menghina. Dia berpaling kepada Isabella,

    Sekarang katakan apakah sikap para paderi saudariini wajar?

    Isabella dengan segera bangun dan dengan perkataanyang terpatah-patah berkata, Saya telah mengikuti

    perbincangan ini dari awal sampai ke akhir. Saya

    merasa dukacita bahwa Bapa Suci Peter mahupunBapa Michael tida pernah dapat memberi jawabankepada hujah-hujah yang dikemukakan. Permintaan

    saudara Umar Lahmi adalah adil Sama adapertanyaan-pertanyaan itu diberi jawaban yangmeyakinkan ataupun mengaku kalah saja. Tetapi saya

    berpendapat tuan-tuan tidak dapat melakukannya.Jadi lebih baik perbahasan ini diselesaikan sekrang

    dengan ketentuan bahwa agama Kristian tidak bolehdipersenda-sendakan dan betapapun jugapengetahuan atau ilmu tuan-tuan tidak dapat

    menghuraikannya. Saya merasa agak aneh bahwa

    Isabella tidak sempat meneruskan kata-katanya

    kerana ditegur oleh Peter, Kau ini sudah gila,bercakap merepek serupa itu.

    Peter kemudian berucap kepada para hadirin.Sudah pasti anak gadis ini diresapi oleh syaitan dan

    dia sudah tersisih dari Kristus. Tidak hairan kalau diasudah hilang ingatannya.

    Mendengar kata-kata Peter, timbul kemarahan didalam hati Isabella. Dia tanpa segan silu lagimenjawab agak keras.

    Daripada bapa meluahkan perasaan bapa kepada

    saya yang hina ini bukankah lebih baik bapa

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    48/209

    menjawab pertanyaan orang-orang Muslim ituataupun membatalkan saja perbahasan ini. Sayatidak berhajat menjawab tuduhan yang ditimpakan

    kepada saya di sini tetapi kalau ini rupa hadiah di ataskeikhlasan saya maka saya lebih rela dituduh sebagai

    orang gila.

    Michael yang merasa tersinggung dengan kata-kata

    Isabella segera menyampuk dengan suara yangkeras.

    Tak bolehkah kau diam? Bercakap, bercakap dan

    bercakap tak berhenti. Kami telah menjawab semuahujah-hujah orang Muslim. Kalau kau berani cubalahmaju ke depan dan jawab.

    Paderi gemuk pula bersuara, Nampaknya anakperempuan ini secara diam-diam sudah murtad.Bagaimana dia mahu menjawab hujah-hujah orang-

    orang Muslim? Kelancangannya patut diberitahukankepada bapanya yang dihormati dan dia patut

    dihukum dengan hukuman yang setimpal.Catherine, sahabat Isabella, segera menjawab,

    Malang sekali tuan-tuan semua sedikit pun tidak

    berlaku adil dan di atas pundak Isabella yang tidakberdosa ini tuan-tuan timpakan kesalahan. Ada yang

    mengatakannya gila dan yang lain pula membuatancaman tetapi tidak seorang pun yang menumpukan

    perhatiannya kepada pokok persoalan. Isabella benar,apabila dia mengatakan tuan-tuan tidak dapat

    menjawab pertanyaan Umar Lahmi tetapi itu bukanbererti agama Kristian tidak benar. Lalu dengan suara yang agak keras, dia melepaskanpaku buah kerasnya.

    Tuan-tuan semua tidak berguna dan cuba menodaiagama Kristian dengan kebahlulan tuan-tuan.

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    49/209

    Peter dengan tubuh tuanya melonjak bangun dandengan suara yang marah berkata, Usir perempuan-perempuan ini dari sini. Siapa yang membenarkan

    perempuan-perempuan bedebah ini ikut campurdalam perbincangan kita?

    Umar Lahmi bangun cuba menyabari. Kalau tuan benarkan saya bercakap, saya akan

    menjelaskan apa yang dimaksudkan oleh NonaIsabella.

    Michael memandang tajam kepada Umar Lahmi.Jangan tuan ikut campur percakapan kami. Ini soal

    rumahtangga kami sendiri. Paderi yang berbadan kurus bermuka cengkungmencelah, Bagaimana kalau Isabella dan Catherine

    ini sudah murtad? Michael berpaling kepadanya dengan mata yang ragu-ragu.

    Kita tidak dapat menentukan sekarang ini. Budak-budak perempuan ini tolol. Mereka mahu

    mempercepatkan perjalanan perbincangan meskipunmasalahnya memakan masa berbulan atau bertahun

    hendak diselesaikan.

    Perjalanan perbincangan telah terhenti buat seketika

    lamanya. Para paderi sedang sibuk berurusanmengenai masalah Isabella dan sahabatnya.

    Berbagai-bagai pendapat dan komen diluahkankepada anak-anak perempuan yang malang itu.

    Mereka merancang tuduhan dan menghubungkannyadengan berbagai-bagai tohmah. Melihat keadaanyang ribut itu, Umar Lahmi dengan suayanya yangnyaring merdu membaca beberapa ayat AlQuran

    Surat Maryam. Seluruh hadirin diam terpaku dansuasana yang tadinya kacau itu menjadi senyap

    sunyi. Ada yang diam kerana terperanjat mendengarbacaan yang ganjil daripada biasa di perdengarkan di

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    50/209

    dalam gereja. Para paderi yang kebingungan menutuptelinga mereka, khuatir ayat-ayat AlQuran itumenembus masuk ke dalam hati dan perasaan

    mereka. Ada sebahagian daripada orang-orangKristian di dalam gereja termasuk Isabella yang

    faham sedikit bahasa Arab terharu mendengar pujian-pujian terhadap Nabi Isa dan ibunya yang suci dan

    bantahan-bantahan terhadap tohmah orang-orangYahudi yang dilemparkan kepada mereka. Muka

    Isabella menjadi berseri-seri tetapi dia menguasaidirinya dengan sabar dan duduk tidak bergerak.

    Setelah selesai Umar Lahmi membaca ayat-ayat itu,barulah Isabella membuka mulutnya, menyusun kata-kata dengan teratur dan tenang.

    Tuan-tuan. Saya memohon kepada tuan-tuan semuauntuk menjadi saksi bahwa saya adalah orangKristian yang sempurna. Oleh sebab itu, saya tidak

    mahu agama Kristian diperhinakan. Saya tidakmaksudkan bahwa kita tidak ada jawaban bagi semua

    pertanyaan mereka tetapi masalahnya ialah paderi-paderi kita tidak memusatkan perhatian kepada

    persoalan-persoalan itu. Mereka berpendapat bantuandaripada Roh Kudus diperlukan untuk memahami

    kepercayaan Kristian dan hal ini dianggap sebagaisatu kelemahan kita oleh orang-orang Muslim. Saya

    harap sesudah ini tidak ada lagi salah faham terhadap

    saya. Permintaan saya sekarang ialah kita teruskanperbincangan ini.

    Paderi yang berbadan kurus membuat komen seolah-olah kepada dirinya sendiri.

    Kita sama sekali tidak perlu berbincang dengan

    orang-orang kafir itu. Perbincangan yang lepas telahpun menggugat kepercayaan kita.

    Teman yang disebelahnya menyampuk, Apamaksudmu?

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    51/209

    Saya maksudkan orang-orang kafir ini sepatutnyakita usir dengan segera keluar dari gereja ini.

    jawabnya sambil membuat muka.

    Temannya itu berkata, Jangan berkata mengikutemosi. Masalah ini harus diputuskan sesudah

    ditimbang dengan saksama. Saya juga berpendapatperbincangan ini harus dihentikan saja. Nampaknya,

    tidak ada manfaat apa-apa.

    Umar Lahmi mendengar apa yang sedang

    dibincangkan oleh paderi-paderi yang ada di

    sekitarnya. Tuan-tuan, saya tahu tuan-tuan amat banggadengan ajaran Nabi Isa sehingga kalau ada orang

    menampar pipi tuan-tuan, pipi yang sebelah lagituan-tuan berikan. Tetapi apa yang kami saksikan disini sekarang? Apakah kami masuk kemari secara

    paksa? Apakah bukan tuan-tuan yang mengundangkami? Sekarang pun kalau tuan-tuan berterus-terang

    bahwa tuan-tuan tidak mahu berbincang lagi, kamiakan meninggalkan tempat ini dengan segera. Tapisaya ingin ingatkan kepada tuan-tuan bahwa kami

    sudah sampaikan seruan kami dan Allah tidak akanmembiarkan usaha kami itu berlalu begitu saja. Jadi,

    katakanlah apakah kami harus tinggalkan tempat iniataupun tuan-tuan masih mahu berbincang?

    Tuan yang dihormati. Masalahnya sekarang ialahtuan tidak dapat memahami realiti kepercayaan

    agama Kristian dan kedatangan tuan-tuan kemari punbukan itu tujuannya. jawab Peter. Andaikata tuan

    mahu menyambung perbincangan ini, tuan mestimenjawab pertanyaan saya dulu.

    Baiklah! ujar Umar Lahmi. Saya beri kebebasankepada tuan untuk mengemukakan pertanyaan apa

    saja dan saya dengan rendah hati akan

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    52/209

    menjawabnya.Apakah Quran ada memuji Kitab Injil? Apakah tuanpercaya dengan Kitab Injil? tanya Peter.

    Sudah tentu AlQuran memuji Kitab Injil dan kamiorang Muslim percaya Kitab Injil, Taurat dan Mazmur

    dan semua kitab yang disampaikan oleh nabi-nabi.ujar Umar Lahmi.

    Kemudian, kenapa tuan tidak percayakan Kitab Injilkami? kata Peter lagi.

    Kerana ia bukan Kitab Injil. jawab Umar Lahmi.Sekiranya seseorang itu menyusun sebuah fiksi dan

    menamainya Injil maka kami tidak terikat untukmempercayainya kerana ia bukan Kitab Injil tetapihanya menjudulkan saja serupa itu. Tuan boleh

    letakkan di hadapan kami Kitab Injil yang disebut didalam AlQuran.

    Jadi, Injil yang disebut di dalam Quran itu berlainan

    dari Kitab Injil kami? Buktinya? Peter dengan ghairahmemajukan pertanyaan untuk memerangkap Umar

    Lahmi.

    Umar Lahmi menghadapi pertanyaan itu dengan

    tenang.Benar, walaupun AlQuran menyebut-nyebut tentang

    Kitab Inji yang tulen, telah menyebut juga kepalsuan Injil ini dan menunjukkan pernyataan-pernyataan

    yang salah. Jadi, apakah pernyataan-pernyataan salah Kitab Injil

    kami ini? tanya Peter lagi.Umar Lahmi tersenyum kecil. Dia lalu mencapai KitabInjil yang ada di hadapannya lalu membuka.

    Sebagai contoh. Injil Matius bab 12:46-53 Jesus

    telah menolak mengakui ibunya, Maryam dansaudara-saudaranya kerana tidak melakukan

    kehendak bapanya di syurga. Penolakan ini samalahsebagai menuduh ibunya itu murtad. Padahal AlQuran

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    53/209

    kami menyebutnya siddiqa yang bererti dia bukanmurtad tetapi seorang yang beriman dan warak.Dalam ayat yang sama dalam Injil Matius bab 12: 46-

    50 itu juga jelas menunjukkan keangkuhan Jesus danketidaksopanannya terhadap ibunya. Meskipun di

    dalam Taurat melarang keras menghormati danmemuja ibu tetapi AlQuran menyebutnya bahwa itu

    salah dan mengatakan Jesus telah berkata bahwa diapatuh kepada ibunya dan telah dilarang berbuat baik

    kepada ibunya itu. Ataupun juga seperti yangdisebutkan dalam Injil bahwa Jesus telah dikutuk dan

    kerana kutukan tersebut maka dia telahdisalibkan.* ( * sbg bukti bahwaKristus telah dikutuk, lihat Galatia 3 : 12-13 )

    Tetapi Kitab Suci AlQuran menyebutnya Roh Kudusdan Kalimat Allah dan bahwasanya Al-Masih ibnMaryam seorang yang mempunyai kemegahan dan

    kemuliaan di dunia dan di akhirat dan salah seorangyang diperdekatkan kepada Allah.*

    ( *AlQuran 3:45 )Satu suara sumbang kedengarandari khayalak ramai.

    Itu salah! Injil mengatakan dia itu Tuhan.Ya. Sangat menakjubkan. Menurut tuan, Tuhan juga

    boleh dikutuk. Tuan telah mengutuk Kristus disamping mengakuinya sebagai Tuhan tanpa

    memperdulikan sedikitpun bagaimana Tuhan yang

    Menjadi Sumber semua kebaikan dan kesempurnaanitu pantas dikutuki. kata Umar Lahmi menjawabnya.

    Yang patut dikutuki ialah syaitan bukan Tuhan.Agama Islam tidak memuja Kristus sebagai dewatetapi menganggapnya sebagai manusia biasa dan

    pada masa yang sama dia seorang yang bebas daridosa dan diakui kesuciannya. Nah, cuba pilih apakah

    Tuhan yang terkutuk itu baik dan suci ataupun

    seorang manusia yang bebas dari dosa?Peter

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    54/209

    menyampuk, Pokoknya mengapa tuan tidakpercayakan Injil tetapi tuan telah melemparkan kedalamnya persoalan kutukan. Kalau tuan ada

    mempunyai Injil yang original yang diakui Quran, nahbawa kemari kepada kami.

    Tuan tidak berhak memintanya dari kami. Kalau tuantelah mengakui lebih dulu bahwa Injil tuan itu

    karangan dan dipalsukan, pada waktu itu baru bolehtuan datang kepada kami meminta Injil yang

    sebenarnya. Saya sudah buktikan bahwa Kitab SuciAlQuran tidak mengesahkan kesahihan Injil yang ada

    sekarang ini tetapi telah membuktikan kepalsuannyadan secara terang-terangan menceritakan kesalahan-kesalahan Injil sekarang. Cuba bayangkan, bolehkah

    Injil ini yang memuja Kristus dan kemudian terbunuhdi atas salib menjadi Injil yang diakui AlQuran? DalamAlQuran dirakamkan kata-kata Kristus. Inni Abdallah

    - aku hamba Allah dan padahal mereka tidakmembunuhnya dan tidak mensalibnya * Apakah

    AlQuran mengesahkan Injil tuan atau membuktikankepalsuannya? * AlQuran 4:157

    Bukankah Quran ada menyebut Jesus itu sebagai Roh Kudus dan Kalimat Tuhan? Bukankah ini satu

    bukti bahwa dia mengatasi manusia? Peter bertanya. Benar. Kitab Suci AlQuran ada menyebut Nabi Isa

    sebagai Kalimat Allah tetapi ia juga ada menyebutbahwa Kalimat Allah itu tidak terkira banyaknya dan

    jika semua lautan dijadikan dakwat dan semua pokokdi dunia dijadikan pena masih saja tidak akansanggup menceritakan semua Kalimat Allah keranakalimatNya tidak terpermenai banyaknya. Jadi,

    Kristus juga salah satu dari Kalimat Allah. MengenaiKristus menjadi Roh Kudus maka hal ini juga tidak

    akan melebihkannya daripada manusia lain sebabkalimat yang sama pula digunakan untuk Adam. Di

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    55/209

    dalam AlQuran ada disebutkan Maka apabila Akutelah menyempurnakan kejadiannya dan Aku tiuppadanya rohKu, maka tiaraplah kamu kepadanya

    dalam keadaan bersujud. * Jadi, dengan kalimatyang sama maka Kristus juga serupa Adam. Jikalau

    Kristus menjadi Tuhan maka Adam juga demikiandan semua anak-cucunya juga Tuhan. *

    AlQuran 15:29Peter segera menyampuk, SekiranyaQuran ada mengatakan Adam sebagai Roh Kudus

    maka itu adalah satu kesalahan kerana tidak ada RohKudus yang lain selain daripada Kristus.

    Umar Lahmi tersenyum geli mendengar sangkalanpaderi tua itu. Dia lalu berkata dengan tenang.

    Tuan fikir seluruh AlQuran itu salah tetapi tuanlah

    yang mendesak supaya ketuhanan Kristus dibenarkanoleh AlQuran. Jadi, saya telah membuktikannyabahwa dia bukan Tuhan. Andaikata dia boleh menjadi

    Tuhan kerana Roh Kudus, maka Adam alaihissalam juga Tuhan. Tuan telah mengatakan AlQuran itu

    salah dalam soal ini jadi mengapa pula tuanmembawa AlQuran ke mari?Mendengar jawaban

    Umar Lahmi itu, Peter menjadi agak gugup. Diaseolah-olah tenggelam punca sejurus lamanya.

    Isabella yang diam mendengar dengan penuh minattiba-tiba bersuara.

    Tuan percaya akan ketuhanan Nabi Muhammad

    meskipun dia memprakarsai pertumpahan darah didalam dunia ini dan menyuruh membunuh orang-

    orang yang ingkar akan agamanya. Barang dijauhkan Allah! Saya berlindung dengannama Allah dari kepercayaan jahat serupa itu. jawab

    Umar Lahmi. Kami anggap Nabi Suci kami hanyasebagai manusia biasa, hanya dia itu Penghulu Segala

    Rasul dan Mahkota Segala Kebaikan. Inti daripada

    keimanan kami ialah La ilaha illallahu, Muhammad-ur

  • 8/14/2019 Novel Isabella - Antara Islam Dan Kristian - Bahasa Melayu

    56/209

    Rasulullah ertinya tidak ada Tuhan yang patutdisembah melainkan Allah dan Muhammad iturasulNya. Sesiapa menganggap Muhammad sebagai

    Tuhan maka dia menjadi kafir dan terkeluar dariislam. Tentang Nabi memprakarsai pertumpahan

    darah di dunia , itu sama sekali tidak benar. Bagindamemang ada melakukan peperangan terhadap kaum

    musyrikin yang bercita-cita mahu menghapuskanbaginda dan agama yang dibawanya tetapi baginda

    tidak pernah mengganggu orang-orang yang tidakmemusuhinya. AlQuran memerintahkan kami

    berperang melawan orang-orang yang memerangikami.

    Kemudian Umar Lahmi dan sahabat-sahabatnya dapatmemahami mengapa Isabella memajukan pertanyaanserupa itu. Para paderi Kristian sejak lama dulu telah

    menyebarkan fitnah terhadap Islam sambilmempertalikan segala macam keburukan kepadanya.

    Para paderi inilah yang mencemarkan nama baikIslam dengan mengatakan bahwa orang-orangMuslim menganggap Rasulnya sebagai Tuhan.

    Tuan telah berkata berulang-ulang kali bahwa Injilkami tidak tulen meskipun Injil telah disusun oleh

    murid-murid Kristus dengan bantuan Roh Kudus.Quran memuliakan mereka itu dan menganggapnya

    sebagai orang-orang beriman. Injil telah dianggap saholeh penganut-penganut Kristian sedunia. kata

    Michael cuba mengetengahkan hujah baru.

    Persoalannya, jawab Umar Lahmi dengan tenang,

    ialah apakah benar Injil itu disusun oleh murid-muridKristus yang khusus bertugas untuk tujuan ituataupun oleh beberapa orang yang menggunakannama murid-murid Kristus. Malah orang-orang

    Kristian sendiri ada yang tidak sependapat bahwa

  • 8/14/2019 Novel Isabella