bab 6 pengenalan e dagang

Upload: mohamad-ridzuan-malik

Post on 14-Apr-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Bab 6 Pengenalan e Dagang

    1/3

    6.0 Sinopsis

    Tajuk ini memperkenalkan kepada konsep perdagangan elektronik daripada pelbagai perspektif.Ia juga membincangkan tentang peranan teknologi dalam integrasi perniagaan

    6.1 Hasil Pembelajaran

    Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:6.1.1 Menerangkan konsep perdagangan elektronik daripada pelbagai perspektif6.1.2 Membincangkan bagaimana teknologi dan automosi memngubah dunia korporat6.1.3 Mengaplikasi e-dagang antara organisasi

    6.2 Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

    6.3 Pengenalan e-perdagangan

    Perdagangan elektronik mempunyai pelbagai tafsiran bergantung kepada siapa anda tanya.

    Daripada perspektif ahli ekonomi (economist), perdagangan elektronik dapat membantu

    pembeli dan penjual mengurangkan kos sementara meningkatkan mutu barangan danmempercepatkan

    Pihak pengurusan pula, perdagangan elektronik adalah penggunaan teknologi ke arahotomasi urusniaga perniagaan dan perjalanan kerja

    Pemasaran pula, perdagangan elektronik merupakan alat baru untuk menyediakanmaklumat kepada sasaran pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti

    Perspektif teknologi pula, perdagangan elektronik adalah cara untuk menyampaikanmaklumat, produk, perkhidmatan dan pembayaran melalui jaringan komputer

    TAJUK 6 Pengenalan Perdagangan Elektronik

    PengenalanPerdagangan

    Elektronik

    sIntegrasi Perniagaan

    sPeruncitan

    sTeknologi &Masyarakat

  • 7/30/2019 Bab 6 Pengenalan e Dagang

    2/3

    6.4 Integrasi Perniagaan (Enterprise Integration)

    Perisian komputer yang hanya khusus untuk sesuatu jabatan sahaja sudah tidak mencukupikerana perlu berhubung dengan pelbagai jabatan dalam sesuatu perniagaan. Untuk mengurusdengan lebih cekap dan berkesan satu kelas perisian intergrasi perniagaan dibangunkan.

    Sistem ini mengandungi tiga bahagian

    1 Pengkalan data teknologi ( technnology database)Satu pengkalan data (repository) perkongsian yang mengandungi maklumatterperinci dan spesifikasi semua bahan (materials), produk dan peralatan

    2 Sistem Perancangan (Planning system)Pengaturan pengeluaran untuk tempoh tertentu yang mengandungi jadual kerjakakitangan (personnel) dan keperluan bahan mentah

    3 Pengukuran Prestasi (Performance measurement)Membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancang

    Sistem ini melangkaui batasan satu organisasi sahaja. Ia dapat menyepadukan kontraktor,pembekal dan pelanggan. Mematuhi standard akan mengurangkan ketidakpastian danmemastikan ketepatan jangkaan / unjuran. Ketelusan maklumat dan komunikasi yang kerapmenghasilkan kerjasama yang berkesan. Secara keseluruhan dengan adanya jaringan yangberkesan perniaagan juga akan berkembang maju

    6.5 Peruncitan

    Adakah imej secara maya (virtual images) dapat menyelesaikan perkara-perkara berikut :-rasa deria mengangkat sesuatu produk ; merasa sesuatu bahan dan

    teksturnya serta kekuatannya ; mencubanya seperti pakaian ; atau duduk diatas sofa atau tilam sebelum buat keputusan membeli

    Peruncit menghadapi cabaran-cabaran di atas dalam penggunaan internet untuk menjual produkmereka. Dalam dunia nyata, urusniaga di atas berlaku disebabkan wujudnya peraturan, adat-adat dan amalan-amalan yang membentuk kepercayaan. Satu cabaran asas adalah untukmengguna prinsip-prinsip asas daripada dunia nyata ke dalam dunia maya, untuk membentuksatu proses yang selari.

    Selain daripada isu-isu prosedur meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital danmemudahkan proses memulangkan barangan yang rosak atau tidak diperlukan, peruncitansecara maya mesti juga menyelesaikan masalah keselamatan data dan kerahsiaan pengguna

    (consumer privacy).

    Masalah keselamatan dalam internet mempunyai pelbagai bentuk. Virus dalam fail, lampiranemail yang merbahaya (malicious email attachment), pentadbir sistem yang cuai dan pelbagailagi isu keselamatan. Masalah ini mesti diterima dan diselesaikan supaya pengguna yakin danpercaya dengan sistem rangkaian komputer. Mengguna perisian anti-virus, tidak membukaemail yang tidak dipercayai sumbernya, dan membuat pertimbangan yang wajar terhadappembayaran mengguna web adalah langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil olehpengguna.

    Lain-lain masalah diselesaikan secara sistematik, contohnhya sistem penyampaian digital.Pelanggan memulakan pembelian dengan memuat turunkan agen penyampaian syarikat (

    company's agent delivery). Agen mengarah pelanggan mengisi maklumat peribadi dan kadkredit. Seterusnya agen akan mengesahkan urusniaga, memuat turun dan memasang (install)perisian yang dibeli kepada sistem pengguna. Urusniaga menjadi selamat sebab agen

  • 7/30/2019 Bab 6 Pengenalan e Dagang

    3/3

    penyampaian mengguna saluran komunikasi sendiri dengan pelayan (server). Urusniaga yangdiurus oleh agen adalah tepat sebab dapat membandingkan fail-fail yang dipasang dengan yangdisimpan dalam pelayan. Maka ia dapat menjamin penyampaian elektronik bagi setiappembelian perisian, serta memudahkan pengguna dengan tidak payah memuat turun danmemasang sendiri perisian tersebut.

    Pengguna memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap integriti dan keselamatan

    sesuatu sistem, sebelum mengemukakan maklumat/data peribadi ke dalam web. Maklumatperibadi yang diguna dalam internet atau disimpan dalam pengkalan data adalah dikawal melaluikod rahsia (encryption).

    6.6 Teknologi dan Masyarakat

    Masyarakat memerlukan keyakinan bahawa dunia maya ciptaan teknologi dapatmenguatkuasakan perundangan dan standard moral yang tinggi demi keselamatan pengguna.Ini mesti dilaksanakan mengguna juga teknologi

    Ada lima cara mencipta nilai daripada maklumat :-1 mengumpulkannya (gather it)2 mengorganisasikannya (organise it)3 memilihnya (select it)4 mensintesiskannya (synthesize it)5 mengagihkannya (distribute it)

    Maklumat peribadi boleh diperolehi secara sukarela atau automatik dalam web. Peniagamembuat profil-profil pengguna untuk membantu menjayakan matlamat perniagaan. Pelawatdiminta memberikan maklumat peribadi secara sukarela melalui tawaran insentif sepertiperkhidmatan percuma apabila menjadi ahli. Pelayan web (web servers) menjejak corak lawatandan pendedahan kepada pengiklanan secara terperinci tentang profil pengguna.

    Data peribadi yang dikumpul akan dijual kepada pihak tertentu. Sejak ianya dicipta Internetmempunyai tradisi untuk menukar maklumat (information barter) dimana maklumat ( spt. Rekabentuk, penyelesaian, dokumentasi). Maklumat merupakan komoditi yang didagangkan danjuga sebagai medium pertukaran. Perkara yang merisaukan pengguna adalah maklumatperibadi yang didagangkan, tidak ada pengawalan dari segi ketepatan, integritii danpenggunaannya.

    Dalam dunia perdagangan berasaskan pengetahuan digital, persepsi kita terhadap kekayaan(wealth) perlu diubah. Kesan web dirasai di semua sektor dalam masyarakat. Teknologi danautomasi dapat meningkatkan produktiviti. Ia juga membuka peluang-peluang baru manakalayang lama akan pupus/hilang. Kerajaan akan mengenalpasti bagaimana kekayaan dibentuk

    serta dimana ia berlaku, mereka akan mencari cara baru untuk engenakan cukai danmengagihkan kekayaan baru ini. Kekayaan baru ini adalah hasil ciptaan rangkaian global digital.