bab 3 nota pembinaan negara dan bangsa

Upload: arisya-syaari

Post on 10-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 3- KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA (NOTA 3)

Latar Belakang Pembinaan Negara dan BangsaPembentukan Negara Bangsa Malaysia1.Konsep bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan atau warganegara sesebuah negara.2.Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan merdeka pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963.3.Bangsa Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum yang berlainan bahasa,budaya,dan kepercayaan.4.Bangsa Malaysia telah dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan serta pengamalan kebudayaan kebangsaan dan rukun Negara dalam setiap bidang kehidupan.5.Pembentukan bangsa Malaysia merupakan hasil perjuangan kemerdekaan,pengisian kemerdekaan dan pengekalan kemerdekaan.6.Ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia telah diasaskan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka semasa penjajahan Barat ,dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan sebaik sahaja negara Malaysia terbentuk.7.Proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang lebih bersatu padu dan progresif masih berterusansehingga kini.8.Pembentukan negara kita adalah proses yang melibatkan rundingan,pakatan murni,dan tolak ansur antara tiga kaum yang terbesar di rantau ini.Pembinaan Negara dan BangsaPembinaan Negara dan bangsa Eropah1.Idea pembinaan negara dan bangsa Eropah telah bermula di Barat pada penghujung abad ke 18 dan abad ke 19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688,Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan revolusi Perancis 1789.2.Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal.3.Zaman moden di Eropah yang bermula pada sekitar pertengahan atau penghujung abad ke 16 amat penting kerana bermulanya kelunturan entiti politik yang berasaskan keagamaan.4.Para nasionalis telah menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara dan bangsa masing-masing.5.Dalam Persidangan Damai Paris di Perancis,kata sepakat telah dicapai melalui Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.6.Deklarasi ini telah mencadangkan dua prinsip iaitu penentuan nasib negara oleh rakyat sendiri dan prinsip sempadan negara berasaskan bangsa..7.Kesannya empayar Austria,Hungary,dan Turki yang berada di puhak yang kalah telah dibahagi-bahagikan dan ini menyebabkan golongan etnik dan bangsa beroleh kemerdekaan.8.Ini menyebabkan muncul negara bangsa baru di Eropah iaitu Czecholslovakia,Estonia,Finland,Latvia,Lithuania,Poland,dan Yugoslavia.Pembentukan Negara Itali dan Jerman1.Count Camillo Benso di Cavour telah berusaha menyatukan Itali menjadi sebuah negara dengan menggunakan amalan realpolitik.

2.Camillo Benso di Cavour telah mewujudkan kerjasama dengan Napoleon III bagi menentang Austria sehingga berjaya mengalahkan Austria.

3.Di Jerman,Otto Von Bismarck telah mengamalkan real politik serta politik darah dan besi bagi menyatukan negaranya pada 1871.

4.Bismarck telah menggunakan taktik tipu helah,pemalsuan dokumen,penipuan dan ugutan bagi mencapai tujuan menyatukan Jerman melalui peperangan.

Ciri-ciri Negara Bangsa1.Proses pembinaan negara dan bangsa Malaysia berasaskan empat cirri utama iaitu negara,bangsa,kerajaan dan perlembagaan.

2.Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk,sempadan,dan pemerintah yang berwibawa.

3.Negara Malaysia terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,Sarawak dan Sabah.

4.Negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang tersusun yang bertanggungjawab membuat dan melaksanakan keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.

5.Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami sesebuah wilayah serta mempunyai persamaan dari segi bahasa,adat resam,kesenian,dan pengalaman sejarah.

6.Kerajaan ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar tersebut serta bertindak selaku pengaman,dan penentu arah kehidupan masyarakat.

7.Kerajaan di negara kita merujuk kepada tiga badan dalam pemerintahan iaitu Badan Perundangan,Badan Pelaksana,dan Badan Kehakiman.

8.Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menjadi rujukan untuk mentadbir dan memerintah sebuah negara.

9.Di Malaysia,perlembagaan ialah peraturan bertulis tertinggi yang didokumenkan dan dijadikan rujukan untuk mentadbir negara dengan tujuan untuk memberikan jaminan perlindungan kepada rakyat.

Ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam Kesultanan Melayu Melakaa)Setiap negara mempunyai wilayah.

b)Kedaulatan

c)Negara atau pemerintah

d)Lambang Negara

e)Kebesaran Sultan dan Kesultanan Melayu Melaka juga dilambangkan dengan alat seperti nobat,warna,bahasa,undang-undang,protocol,dan adat istiadat istana.

f)Keunggulan undang-undang

g)Rakyat

h)Kerajaan

Warisan Negeri-negeri Melayu

1. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan perlembagaan bertulis yang teratur dan lengkap.Perlembagaan ini dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada 1895.

2. Perlembagaan ini mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai pewaris takhta,pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat Johor,dan agama Islam sebagai agama negeri.

3. Mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Johor,raja hendaklah berbangsa Melayu,lelaki beragama Islam,dan waris pemerintah Johor.

4. Raja,Menteri,dan jemaah Pangkuan Negeri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa atau kerajaan lain.

5. Raja berhak memilih Menteri Besar,manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah Menteri dengan perkenan Raja.

6. Menurut perlembagaan ini,Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua,iaitu Majlis Negeri dan Jemaah Menteri.

7. Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan dipengerusikan oleh Menteri Besar dan berfungsi membantu Raja dan jemaah Menteri dalam mentadbir negeri dan rakyat.

8. Jemaah Menteri pula mempunyai kuasa perlaksanaan terdiri daripada lapan hingga dua belas orang pegawai kanankerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri.Mereka haruslah berbangsa Melayu ,beragama Islam ,dan rakyat Johor.

Kelantan-Sistem Jemaah Menteri

1. Kelantan telah mengamalkan Sistem Jemaah Menteri seja pemerintahan Sultan Muhammad I dengan tujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan Kelantan.

2. Terdapat lapan badan jemaah menteri dan setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar.

Terengganu-Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu

1. Pada tahun 1911 Sultan Zainal Abidin III telah meluluskan undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu yang dikenali sebagai Ittiqanilmuluk bitadil ilSuluk yang bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan.

2. Undang-undang ini berasaskan undang-undang Tubuh Kerajaan Johor,dan diperkenalkan untuk menghalang British meluaskan kuasanya di Terengganu.

3. Pemerintah Terengganu mesti beragama Islam,berbangsa Melayu,lelaki dan waris sultan yang memerintah Terengganu.

4. Sultan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri.Menteri yang menganggotai mesyuarat Kerajaan mestilah beragama Islam,berbangsa Melayu,rakyat Terengganu serta mengaku taat setia kepada Sultan dan Kerajaan.

5. Ahli Mesyuarat Kerajaan bertanggungjawab membantu sultan dan jemaah Menteri untuk mentadbir negeri,menggubal undang-undang,dan peraturan negeri,menjaga kebajikan rakyat,menjaga keamanan negeri dan menjalinkan hubungan persahabatan dengan negeri lain.

Negeri Sembilan-Prinsip Demokrasi dan Konsep Persekutuan

1. Negeri Sembilan merupakan negeri Melayu pertama yang bentuknya mirip persekutuan dan mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan Adat Perpatih.

2. Pelantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling bawah iaitu Anak Buah,diikuti oleh Buapak,Lembaga,Undang yang kemudiannya melantik yang Dipertuan Besar.

3. Ketua setiap Luak ialah Undang dan mereka dipilih oleh Lembaga.Lembaga merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing-masing.

4. Di bawah Lembaga ialah Buapak yang merupakan Ketua Perut dan setiap anggota Perut dikenali sebagai Anak Buah.

5. Sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsure Demokrasi yang mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku.