pembinaan identiti diri bangsa melayu

Upload: winter-sonata

Post on 03-Apr-2018

266 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    1/13

    Pembinaan ldentiti Diri Bangsa Melayu : Dari Perspektif Pendidikan Psiko-sosial

    Nik Rosila bt. Nik Yaacob, PhDPusat Pengajian llmu PendidikanUniversiti Sains MalaysiaPulau PinangAbstrak

    Modal insan adalah aset tidak ternilai ini perlu dikembangkan dan digilappotensinya serta dipandu ke arah kecemerlangan sama ada dari segi individumahupun secara kolektif. Pembangunan insan yang bersifat menyeluruh adalahbagi melahirkan individu yang mempunyai minda kelas pertama dan bersifat"keinsanan". lsu gejala sosial anak Melayu yang banyak dipapar di dada akhbaramat menggerunkan. Keadaan ini memerlukan tindakan segera semua ahlimasyarakat. Pembinaan generasi hadapan bermula daripada generasi kini. Kitatidak mahu sehingga "kudis menjadi nanah' barulah tindakan diambil dalammembantu anak-anak Melayu. Agenda modal insan berkait rapat dengan identitidiri bangsa Melayu itu sendiri. Konsep identiti diri Melayu perlu dilihat daripadasejarah tamadun Melayu sendiri yang telah berlangsung berabad lamanya.Sehubungan dengan itu, kertas ini akan menganalisis teras-teras pembinaanidentiti diri bangsa Melayu berdasar tunjuk ajar bahasa Melayu sama ada yangbersifat ungkapan, pepatah, pantun, peribahasa mahupun nasihat. Walaupunarus perkembangan sains dan teknologi semakin meluas, masyarakat tidakseharusnya mengetepikan kesusasteraan Melayu tradisional yang amat kayadengan unsur-unsur pendidikan. Kertas ini juga akan meninjau pendekatanpendidikan yang diamalkan oleh ibu bapa Melayu tradisional.1.0 Pengenalanldentiti sesebuah bangsa terhasil daripada gabungan konsep kendiri individu-individu yang menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat. Bangsa yangmempunyai identiti serta jati diri yang kukuh dikatakan sukar menerima pengaruhluar yang bertentangan dengan adab budaya bangsa itu. Bahasa Melayu yangmenjadi bahasa utama masyarakat Melayu digunakan sejak dahulu dalammembentuk identiti bangsa. Pendidikan melalui bahasa Melayu diajar secaratidak langsung kepada anak-anak dalam membentuk identiti diri mereka,Pendidikan bukan formal melalui peribahasa, pantun, gurindam dan syair inisangat indah didengar dan diucapkan bagi memberi nasihat dan teguran kepada

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    2/13

    anak-anak. Namun keadaan ini didapati semakin ditinggalkan masyarakat kini.Dikejar arus kemodenan, penggunaan ungkapan-ungkapan ini turut terpinggirdalam kalangan generasi kini, Keadaan ini memerlukan campur tangan segerasemua ahli masyarakat. Anak-anak perlu dididik bukan sahaja melaluipendidikan formal tetapi juga melalui pendidikan bukan formal. Tunjuk ajarbahasa Melayu melalui ungkapan, peribahasa, pantun dan sebagainya perludihidupkan semula dalam melahirkan generasi akan datang yang kaya dari segipenguasaan bahasa dan mempunyaijati diri bangsa.

    2.0 Pembinaan ldentiti Diri Bangsaldentiti diri bangsa merupakan kepercayaan, sikap dan pendapat yang tersusundan dinamik yang dipegang oleh sesebuah bangsa, Individu yang mempunyaiidentiti diri dan memahami secara langsung atau tidak terhadap siapa dirinyayang sebenar, identiti diri terhasil daripada satu siri kepercayaan, pegangan,kefahaman yang boleh berupa pemikiran dan tindakan seseorang individu.identiti diri bangsa adalah hasil gabungan konsep kendiri ahlinya. MenurutRogers (1981), konsep kendiri ialah asas kepada personaliti, iaitu merujukkepada apa yang difikirkan individu mengenai dirinya. Pembentukan konsepkendiri dipengaruhi oleh persekitaran hasil interaksi individu dengan orang lain.Hasil daripada interaksi ini, individu cenderung mempelajari nilai-nilai orang laindan mengadaptasinya sebagai nilai diri sendiri. Nilai-nilai baru yang dipelajari iniseterusnya membentuk jati diri individu dan jika diterima secara meluas olehsesebuah bangsa akan menjadi jati diri bangsa. Walaupun konsep kendiri tidakdapat dilihat dengan jelas, tetapi apabila sudah terbentuk konsep kendiri inisukar diubah. Menurut pakar-pakar psikologi, individu cenderung memeliharakonsep kendirinya supaya tidak berubah, sehubungan itu konsep kendiri adalahstabil sepanjang hidup (Ainon & Abdullah, 2002). Konsep kendiri seseorangindividu turut mempengaruhi tingkah laku dan cara penyesuaian dirinya denganpengalaman hidup dan masalah yang dihadapi (Rohany, 2006). Dalamkeadaan demikian, konsep kendiri dilihat penting dalam membentuk identiti dirisesebuah masyarakat. Konsep kendiri juga merupakan perkara penting dalam

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    3/13

    meramal masa depan atau tindakan yang bakal diambil oleh seseorang individu(Shahabudin, Mahan & Ramlah, 2004r.

    Konsep kendiri secara umum dipengaruhi oleh faktor-faktor baka,didikan ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, status sosioekonomi, pendidikan,budaya dan persekitaran (Shahabudin, Mahan & Ramlah, 2004). Dalammelahirkan generasi bangsa Melayu yang kukuh jati dirinya maka kamiberpendapat konsep kendiri seseorang individu memainkan peranan utama.Kepercayaan positif tentang diri dipercayai dapat membentuk konsep kendiripositif. l(ata-kata positif serta membina yang diucapkan dapat meningkatkankonsep kendiri anak-anak. Dalam lslam, Nabi Muhammad S.A.W juga tidakmengizinkan umatnya memanggil orang lain dengan panggilan atau label negatif.Kata-kata positif boleh disampaikan melalui tunjuk ajar bahasa Melayu sama adayang bersifat ungkapan, pepatah, pantun, peribahasa mahupun nasihat. Orang-orang Arab juga menganggap syair sebagai suatu bentuk pembicaraan yangdipandang mulia. Dengan demikian mereka menjadikannya sebagaiperbenciaharaan, diwan ilmu dan sejarah mereka, bukti di mana mereka anggapbenar atau salah dan prinsip-prinsip dasar rujukan bagi sebahagian besar ilmudan kebi;aksanaan mereka (lbn. Khaldun, 1993). Keadaan ini menunjukkanbahawa bangsa Arab turut menggunakan syair sebagai pengantara dalammeningkatkan identiti diri bangsa mereka.

    Peranan penting persekitaran dalam pembentukan identiti diriseseorang individu tidak boleh diabaikan. Peranan ini dimainkan terutamanyaoleh individu signifikan seperti ibu bapa, ahli keluarga dan guru. Didikan danpendekatan yang bernemah mengikut teras agama dan budaya Melayu dapatmembeiiiuk identiti diri sesebuah bangsa. Di samping itu, identiti diri sesebuahbangsa yang kuat dapat dilihat dari sudut komunikasi bahasa. Contohnya rakyatnegara Jepun dilihati mempunyai identiti diri yang kuat kerana berjayamemartabatkan bahasanya. Selain itu, identiti diri bangsa juga bergantungkepada faktor sosioekonomi. Ekonomi yang mantap dan stabil bagi sesebuahbangsa l-,erupaya meningkatkan jati diri ahli masyarakatnya. Dengan demikian,

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    4/13

    bagi melahirkan bangsa Melayu yang kuat, maka sosioekonomi bangsa Melayujuga perlu ditingkatkan.

    3.0 Memperkasa identiti Diri Bangsa Melalui PendidikanSejak kedatangan lslam ke Kepulauan Melayu seawal abad ke 13 atau 14Masihi, orang Melayu menerima lslam sebagai cara hidup. Walaupun terdapatbeberapa ritual asing seperti adat Hindu yang masih melingkari kehidupanharian, adat-adat ini telah dimodifikasikan selaras dengan konsep lslam sebagaiad-Din. Pengaruh lslam telah merombak aspek-aspek penting dalam kehidupanorang Melayu terutama berkaitan dengan pandangan hidup mereka, Konseppenyamarataan antara sesama manusia, kepentingan ilmu pengetahuan dankonsep kepercayaan kepada Tuhan yang Satu adalah antara pembaharuanpenting yang dibawa oleh lslam. Keadaan ini sekali gus telah mengubahpemikiran ba;igs? Melayu di kepulauan ini. Penekanan lslam kepada ilmupengetahuan telah memberi impak besar kepada orang Melayu. Penelitiandalam kesusasteraan Melayu lama seperti Sejarah Melayu, hikayat-hikayatMelayu dan sebagainya, menunjukkan kegiatan keilmuan banyak berlaku diistana-istana pemerintah. Pada ketika itu, sasaran penerima ilmu kebanyakandalam kalarig:^n anak-anak bangsawan. Manakala bagi orang awampenerimaan rnereka terhadap ilmu adalah amat terhad. Walau bagaimanapunbudaya menuintut ilmu, terutama ilmu agama tetap meriah dalam kalanganmasyarakat Melayu. Ini disebut oleh H. Mahmud (1970) bahawa ilmu Agamabukan sahaja diajar di madrasah, masjid atau rumah malahan di tepi perigi.Keadaan ini riienunjukkan maklumat atau ilmu disalurkan di mana sahajaterdapatnya perkumpulan manusia. Perlu difahami juga perigi pada zamandahulu merupakan pusat kegiatan keluarga dan masyarakat, dipunyai olehmasyarakat serempat dan tidak dimiliki hanya oleh individu tertentu.

    Sebeium wujudnya sekolah, proses mendidik anak-anak lebihbercorali bukan formel yang berlaku di rumah. lbu bapa dilihat sebagai guru danagen pendidik pertanra dan utama, Oleh itu, ibu bapa dan orang yang lebih tua

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    5/13

    sentiasa diingatkan agar bersabar menangani karenah anak dan sentiasamenunjukkan akhlak yang baik di hadapan anak-anak mereka. Sekiranya anakberperangai buruk, masyarakat akan mengatakan ibu bapa yang kurangmemberi ajaran dan didikan.

    Penekanan utama dalam pendidikan secara bukan formal ini ialahmengenai pembinaan jati diri anak-anak. Pendidikan disalurkan melalui asuhanbudi pekerti yang baik, adab yang terpuji serta ajaran agama yang benar. Hampirdalam setiap bentuk sastera lisan mahupun sastera bertulis terdapat tunjuk ajaratau petua amanah tentang mengasuh anak-anak. Sebagai contoh, bagi anak-anak berusia d::lam lingkungan 4 hingga 6 tahun, pendekatan pendidikan yangdiamalkan oleh orang-orang tua Melayu ialah melalui pendekatan membericontoh dan teladan. Anak-anak dalam lingkungan usia ini mempunyai hati yanglembut dan bersih serta suka memerhati dan mencontohi tingkah laku orang-orang di sekeliling mereka.

    Orang-orang tua Melayu berpandangan bahawa cara paksaan dantunjuk ajar yang kasar anratlah tidak sesuai dalam mendidik anak-anak. Begitujuga dengan penggunaan bahasa kasar dan kekerasan fizikal. Sebaliknya,mereka mernberi penekanan kepada nasihat dan tunjuk ajar yang berhemah.Kaedah ini adalah yang paling sesuai dan perlu sentiasa diterapkan dalamproses menoiclik anak-anak. Kaedah ini juga diakui lbn Khaldun (1993).Menurut beliau dalam proses mendidik, sikap seorang ayah mahupun guruhendaklah tidak secara kasar atau dengan paksaan. Manakala apabila anak-anak telah mencapai usia baligh, pendekatan pendidikan yang merupakangabungan antara nasihat dan tunjuk ajar dengan paksaan pula digunakan.Keadaan ini o;:;iui oleh Abdullah Munsyi (1970),. Menurut beliau seandainya diatidak dipaksa oleh bapanya untuk belajar sudah pasti dia tidak menjadi seorangilmuwan.4.0 Telas-Tera: Pembinaan ldentiti Diri Melayu

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    6/13

    Mengikut Kamus Dewan (2005), Jati bermakna asli, tulen, yang sebenar, tidakbercampur atau merujuk kepada identiti. Jati diri pula bermaksud identiti diri ataukeperibadian diri yang sebenar atau yang asli. Mengikut pandangan orang-orang tua, dailam mentafsir pepatah-pepatah atau ungkapan-ungkapan Melayu,pentafsiran tic;k boleh dilakukan secara harfiah atau secara terjemahan.Pentafsiran sebaliknya hendaklah dapat mengungkap makna yang tersirat.Makna yang tersirat itulah yang sebenarnya menjadi inti pati tunjuk ajar tersebut.Oleh sebab itu, maksud sesuatu ungkapan itu dapat dikembangkan seluasmungkin me;alui perbahasan dan perbincangan tanpa mengubah maknahakikinya.

    Pengguiiaan untaian pantun, syair dan seumpamanya menunjukkankehalusan bahasa dan ketinggian budi pekerti. Penggunaan ini jugamenggamb?,,.3r'l masyarakat Melayu tradisional amat teliti dan kreatif dalampenggunaan bahasa Melayu. Tunjuk ajar atau nasihat dalam bentuk pantun,syair, gurindam dan seumpamanya ini menunjukkan kasih sayang orang-orangtua terhadap anak-anak dan kaum kerabat mereka. Tunjuk ajar atau nasihatdisampaikan secara terus kepada sasaran dengan penuh kesopanan. Teknikmenegur ahli xeluarga yang berhemah ini akan menjadikan mereka orang yangdisanjung dan dihormati (Rahmat & Fadzilah, 1998). Teras-teras pembinaanidentiti diri Melayu cialam kertas ini akan merujuk kepada buku Tunjuk AjarMelayu (Butir-butir Budaya Melayu Riau) yang merupakan satu kompilasiungkapan, p.antun, gurindam, petunjuk, petua dan nasihat orang-orang tua.Terdapat empat teras pembinaan identiti diri yang dibincangkan iaitu:

    a. Teras Ketakwaan Kepada Tuhan Yang EsaOrang Melayu srnonim dengan Agama lslam. Seluruh nilai dan normamasyarakat i'.ielayu adalah merujuk kepada ajaran lslam, sehingga ada yangmengatakan uahawa apabila seseorang itu menganut Agama lslam diadikatakan 'mas,;k [\4eiayu' dan begitulah sebaliknya. Za'aba (1992) menyatakanbahawa bangsa Melayu akan musnah jika mereka terus mengikut aliran Barat

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    7/13

    yang disifatkan sebagai tidak mempunyai hala tuju. Penyebatian kehidupanorang Melayu dengan lslam dapat diperhatikan daripada tunjuk ajar Melayu yangbanyak mengandungi nilai-nilai ketakwaan kepada Allah, seperti yang terungkapdalam tunjuk ajar berikut:

    apalah tanda Melayu jati,tahu a:al kejadian diritahu hiaup akan matitahu ai

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    8/13

    keberanian, konsep hemat dan cermat, konsep amanah, konsep keadilan dankebenaran, konsep rendah hati, konsep berprasangka baik dan konsep maluseperti yang ierdapat dalam tunjuk ajar Melayu, ternyata kupasannya adalahselari dengan konsep adab seperti mana yang diutarakan oleh al-Attas. Sebagaicontoh, seseorang perlu malu untuk melakukan kejahatan. walaubagaimanapun, orang Melayu tidak perlu malu dalam kerja-kerja kebaikanseperti malu menuntut ilmu, malu dalam menegakkan kebenaran dan keadilan,malu mengarrrti kesalahan, malu bertanggungjawab, malu melakukan pekerjaanhalal dan seumpamanya. Malu pada tempatnya tidak akan menjadikanmasyarakat dan bangsa Melayu terpinggir, malah dapat mengukuhkan jati diribangsa, meletakkannya pada satu tempat teratas, dihormati dan diseganibangsa lain.

    Konsep akhlak ini juga berkait rapat dengan kebersihan jiwa. Al-Ghazali dalam karangannya lhya' Ulumuddin menjelaskan bahawa seseorangyang bertingkah iaku menyimpang dan buruk akhlaknya digambarkan sebagai"abnormal" dan i:egitulah sebaliknya (1998). lbu bapa cemerlang mestilahmempunyai ;. ,iriak yang mulia untuk membimbing anak-anak supaya anak-anakjuga akan berakhlak mulia (Rahmat & Mohd Fadzilah, 1998). Keluarga yangpincang seterusnya akan melahirkan masyarakat dan bangsa yang pincang juga.Jati diri seseorariE individu lahir daripada keluarga yang harmoni, namun jikakeadaan ini berkei

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    9/13

    Allah SWT.anak-anak:

    Ungkapan inijelas menunjukkan tunjuk ajar Melayu terhadap akhlak

    Apa tanda Melayu jatiKepada ibu bapa ia berbakti."-pa tanda Melayu menakahtilemelihara ibu bapa tak kenal lelahBertanak nasi dalam periukl'lasi putih rasanya sedapAnak r,erbudi perangainya elokKe ayah bondanya ia beradab

    Dalanr ungkapan ini anak-anak diminta untuk mentaati kedua ibubapa. Bakti yang diberikan anak-anak tanpa kenal penat lelah dan dimintabalasan. Nasiirat dan teguran kepada anak-anak dilihat begitu berhemah danmempunyai maksud mendalam. Jika pendidikan kini memberi penekanankepada subje;,. Moral dalam mendidik mereka menghormati orang tua, tunjukajar Melayu menggunakan ungkapan bersopan untuk menyampaikan mesejyang sama. Jati diri remaja dapat menggambarkan jati diri bangsa. RemajaMelayu kini yang inudah terpengaruh dengan gejala sosial akan mencerminkanjati diri bang--:;. Merekalah yang akan mencorakkan masa depan bangsa.Malah dikatakan bahawa nasib sesuatu bangsa pada masa depan bergantungpada corak dan rupa peribadi golongan remaja atau muda mudinya masa kini(Nor Salimah, 2004). Golongan inilah yang sepatutnya menjadi tonggak negarapada masa akan datang.

    Statistik di Jabatan kebajikan Masyarakat yang menunjukkan tanggateratas bagi kes penderaan seksual kanak-kanak Melayu (Nor Shafrin, 2006)menjadi bukti jati diri bangsa kian tercalar. Begitu juga bagi statistik penagihandadah sepanrang tahun 2003 hingga 2005 yang menunjukkan peratus tertinggibagi bangsa Melayu (Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian DalamNegeri, 2COO). l(eadaan ini diburukkan dengan statistik salah laku rasuah yangturut menunjulilian bangsa Melayu mendominasi peratus tertinggi sepanjang

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    10/13

    tahun 2001 hingga 2005 (Badan Pencegah Rasuah, 200s). Keadaan ini perlutindakan sew. arnya agar jati diri bangsa Melayu terus dapat dipelihara,

    c. Teras llrnu Pengetahuanllmu pengetahuan adalah kunci kepada segala kejayaan. Kecintaan terhadapilmu perlu dic=ri dan dipupuk sejak di awal pertumbuhan kanak-kanak. Tunjukajar Melayu ntengamairahkan agar ilmu yang dituntut itu berfaedah dan sesuaimengikut ajaran lslam. llmu inilah mengikut pandangan orang-orang tua Melayudapat menyelainatkan hidup di dunia dan sejahtera di akhirat. Mereka jugamenegaskan bahawa ilmu pengetahuan harus bermanfaat bukan sahaja untukkepentingan , ribadi, tetapijuga kepada masyarakat, bangsa dan negara. olehitu, ilmu yang tidak bermanfaat, sesat dan membawa kemudaratan amatlahditegah daripada kita mempelajarinya. Ungkapan yang selaras dengan terasilmu pengetahuan dijelaskan seperti kata-kata ini:

    Apa tanda Melayu jatiJrang berilmu ia dekatiBila ilmu bengkok dan sesatBinasa!ah hidup dunia dan akhiratYang diseout ilmu sejatilirnu datang ciari llahi., ::ltan asak dan tahan ujiBerntanfaat hidup, berguna mati

    llmu yang perlu dituntut adalah ilmu yang benar dan berfaedah. llmusongsang seperti yar,J disebarkan dalam masyarakat baru-baru ini akanmerosakkan :ikiclah serta menggugat jati diri bangsa. Ungkapan ini jelasmelarang kita menglraiirpiri ilmu yang sesat, kerana ilmu ini akan membinasakankita di dunia dar: akhirat. Sebagaimana dalam petikan buku Mukadimah lbnKhaldun berbunyi "llmu pengetahuan hanya datang daripada Allah s.w.t. yangBerkuasa, yang maha Biiaksana".

    d. Teras itiuan'lalail

    l0

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    11/13

    Manusia tidak dapat lari daripada berkomunikasi dan bergantungan antarasesama manusia. orang-orang tua Melayu amat menekankan konsepberpersatuan, :rergotong royong dan bertenggang rasa (bertolak ansur) sebagaiinti keperibadian dan kejatian Melayu. Bertitik tolak daripada kefahaman merekabahawa manusia adalah bersaudara dan saling berkasih sayang, orang-orangtua Melayu senantiasa menghidupkan budaya berpersatuan dan bergotongroyong serta diwariskan secara turun temurun. Di samping itu, mereka jugamenekankan i-rrinsip muafakat dan musyawarah. Kedua-dua prinsip ini jikadilaksanakan secara tertib dan terbuka dapat melahirkan masyarakat yangsejahtera. Teras muamalah yang diberi penekanan oleh orang-orang tua duludinyatakan dalam ungkapan seperti berikut:

    ;':iat hidup Melayu jatit,,iembela saudara berani matiTaat setia sampai ke hatiTunjuk ajar ia ikutiAdat lembaga ia taatiSyarak dan sunnah ia patuhiTei' , rnuamalah didapati amat jarang lagi diikuti pada zaman ini.

    Kesibukan bekerja menyebabkan masing-masing membawa haluan sendiri.Konsep kejirair::,: tidai. lagi diiihat sebagai penting kerana keselamatan rumahkini dijaga oleir kaniera litar teriutup atau sistem pencegah kecurian. Amalanhidup bangsa Meiayu yang tinggi nilainya dalam bekerjasama, tolong-menolongdan saling n ,,' ,gi'rcrmati dipinggirkan, manakala konsep hidup bermasyarakatdan bermusyavv:iiah se;irakin pudar ditelan zaman. Kehidupan masyarakat kinidiganti dengarr c;lra hiuup moden yang individualistik dan materialistik. Keadaanini sudah tentu akan menyumbang kepada kemerosotan keperibadian dankejatian diri b-,rgsa Melayu. Sehubungan itu, bagi melahirkan masyarakatsejahtera sep-r'ii ii;rgkapan dalain tunjuk ajar Melayu, teras muamalah pentingdiamalkan dal:,rn pemi.;eirtukarr identiti diri bangsa Melayu yang utuh.

    ll

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    12/13

    5.0 PenutupMelihat kepada teras-teras pembinaan identiti diri Melayu, kita tidak dapat

    menolak bahawa peranan sejarah dan latar belakang bangsa Melayu itu amatpenting. Wal: i,pun elemen-elemen pembinaan jati diri yang telah dibincangkanmerupakan eiemen-elemen yang biasa didengari, tetapi berapa ramai yangsedar dan berupaya menerapnya dalam kehidupan mereka pada hari ini.Kesedaran dalr keupayaan menerap elemen-elemen ini pada pandangan kami,berkait rapat dengan kekuatan dalaman seseorang individu. Sekali lagi fungsiAgama meni. ,i sangat penting dan konsepnya sebagai satu cara hidup perludihayati.

    Agama se iiarusnya dilihat sebagai penasihat dan pendidik utama dalamkehidupan manusia yang mana tanpanya manusia akan hilang arah dan tujuan.Inilah sebenarnya yang telah cuba disampaikan oleh Za'ba lebih daripada tujuhpuluh tahun -yang lanrpau. Menurut Za'ba, ketinggian, kecemerlangan dankebahagiaan nranusia hanya boleh dicapai melalui Agama. Selain itu, jati dirisesebuah bang':a juga dinilai daripada kekuatan bahasanya. Sehubungandengan itu bai::sa l',4elayu perlu dimartabatkan selaras dengan fungsinyasebagai bah;:': kebangsaan rakyat Malaysia.RujukanAbdullah Abdul i(adir Munshi. 1970. The Hikayat Abdullah: An AnnotatedTranslai.;cti by A. H Hill. Kuala Lumpur: Oxford University Press.Al-Ghazali, A .r I'u{rrhanrmad bin Muhammad. 1998. lhya'Ulumuddin. Jilid 3.Beirut: Dar al-Kutub al 'llmiah.Beck. A.T. 1976. Cognitive therapy and the emotional disorders. New York:New rirrreric:--n Library, Inc.H. Mahr;rud Yt:nus. 1970. Seiarah Pendidikan lslam di lndonesia. Jakarta:Penerbii i/lut ;'-i.lbn Khaldun. 1993. t/lukadimah tbn Khatdun (terjemahan). Kuala Lumpur:Dewarr Balrasa ilri, Pustaka.Nik Rosila Nik Yaacob. 2006. A Study of The Influence of lslam on Child rearing

    t2

  • 7/29/2019 Pembinaan Identiti Diri Bangsa Melayu

    13/13

    valueb .:rd Methods in Classical Muslim Literature With Special Referenceto Malai. Literature. Ph.D Disertation, ISTAC, llUM.Nor Salimah Abu Masor. 2002. Seni Dakwah Anak Remaja: Tinjauan TerhadapPendeiiatan Al-lman Al-Ghazali. Prosiding Seminar Kebangsaan Ke-3Psikologi Dan Masyarakat: Gejala Sosia/ Dalam Masyarakaf, hlm. 302-

    31 5.Nor Shafritr Ai:mad. 2006. Kesan Penderaan Seksual dan Gaya Daya TindakMangsa Penderaan Seksual. Tesis Doktor Falsafah. UniversitiKebangsaan Malaysia, Bangi,Rahmat lsmaii & Mohd. Fadzilah Kamsah. 1998. Kemahiran Kekeluargaan:Mei[adi lbu Bapa Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications &

    Distrir- .:rs Sdn. Bhd.Rohany Nasir. 2rC3. Burnout dan Konsep Kendiri Kerjaya di kalangan PegawaiKebajikan i,jlasycrakat. Dalam Kesejahteraan Manusia: PerspektifPsikolcgi, disuniirrg oleh Rohany Nasir & Fatimah Omar. Bangi: Penerbit

    Ur riversiii ii,,-bs; gs6an Malaysia.Rogers, t. 'i .,'i. Aciolescence and Youth. NewJersey: Prentice Hall.Shahai-ru.id;ii 'iashinr, [t/lahani Razali & Ramlah Jantan. 2004. PsikologiPendid;liait. i:'ali.,ng: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.Syed M'r,iramri;;t: i.JaclLrib al-Aitas. 1969. Preliminary Sfafemenfs on a GeneralTheory oi ilte lslamization of the Malay-lndonesia Archipelaga. KualaLu;irp : ic,,13n 3ahasa dan PustakaSyed M,ii;:n-;iiiad ijaquib al-Atias. 1995. Prolegomena to The Metaphysics ofl>i".,i,. .,,i, 5.'r.,rosilion oi The Fundamental Elements of The Worldview oflslam. li'uaii; -ui'; ri-)ur: ISTACTunas Eiendy 2:;:,14. Tunjuk Ajar Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan

    Pe iigc i,, ..i;.:jan tsudaya Melayu & Adicita.Teuku l;,i;ii,l :r & iJair:ii'uddin Zainal (peny.) 2005. Kamus Dewan Edisi 4.KualaLumpur. -:\iiii.;-i il::i.rs;.i dan Pustaka.Wan Mohd Nur'VV:;;r Drirrd. 2003. Budaya llmu: Satu Penjelasan. Singapore:Pi.rstaka l'.i::ion:i PTE LTD,Za'aba. 1gg2. i,'lencapai Keluhuran Budi.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    , --1.

    taIJ