sejarah t5 bab 5 pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

49
BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA Dibentangkan oleh : Nur Fatihah Nurul Afzan Ng Ying Ling Lai Xin Qi

Upload: the-nerd

Post on 01-Jul-2015

979 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Nota ini dilengkapi dgn sudut maklumat yg diambil daripada buku teks tingkatan 5.

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

BAB 5 : PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA

Dibentangkan oleh : Nur Fatihah Nurul Afzan Ng Ying Ling

Lai Xin Qi

Page 2: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Objektif Pembelajaran?1. Dapat menghuraikan kepentingan Sistem

Ahli kepada pembinaan negara dan bangsa.2. Merasionalkan pakatan murni sebagai

pendekatan terbaik dalam pembinaan negara dan bangsa.

3. Menyenaraikan ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 .

4. Menghubungkaitkan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu dengan mendaulatkan negara dan bangsa Malaysia

5. Menjelaskan peranan tokoh-tokoh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 3: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.1 : Sistem Ahli ?· Sistem ahli ialah sistem yang melatih

penduduk tempatan dan kaum lain menerajui pentadbiran Tanah Melayu .

· Idea penubuhannya dicetuskan oleh Dato’ Onn Ja’afar dalam perbincangannya dengan Sir Henry Gurney .

· Model negara Kenya dan Rhodesia Utara dicadangkan oleh Sir Henry Gurney agar dilaksanakan di Tanah Melayu .

Page 4: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

· Cadangan ini selaras dengan hasrat British untuk menjalankan dasar dekonisasi .

· Pihak British berpendapat bahawa tekanan daripada pihak Parti Komunis Malaya akan dapat dikurangkan dengan adanya Sistem Ahli .

· Satu rundingan antara pihak British dengan wakil penduduk Tanah Melayu telah diadakan di King’s House , Kuala Lumpur .

Page 5: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

· Antara wakil yang menghadirinya ialah :

1. Sir Hendry Gurney .2. Dato’ Onn Ja’afar (Yang Dipertua UMNO) .3. Dato’ Hamzah Abdullah (Menteri Besar

Selangor) .4. Wakil UMNO dan orang Melayu iaitu Raja

Uda dan Dato’ Nik Ahmed Kamil .5. Wakil kaum India iaitu Dato’ E.E.C.

Thuraisingam . 6. Wakil masyarakat Cina iaitu Encik Yong

Shook Lin dan Dr. Lee Tiang Keng .

Page 6: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Rujuk m/s 117

SUDUT

MAK LUMAT

Page 7: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.1.1 : Ciri-ciri Sistem Ahli ?

· Dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga

bulan Jun 1955 , iaitu sebelum pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)

dijalankan pada bulan Julai 1955.· Antara ciri-ciri Sistem Ahli ialah :

1. Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk .

Page 8: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

2. Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli . Contohnya , Ahli Hal Ehwal dalam Negeri .

3. Pelantikan ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu .

4. Ahli terdiri daripada sembilan orang anggota , iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai Inggeris . Daripada lima orang penduduk Tanah Melayu , tiga daripadanya merupakan orang Melayu , orang Cina dan orang India .

5. Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

Page 9: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.1.2 : Proses Pelaksanaan dan Kepentingan Sistem Ahli ?

• Ahli yang dilantik diberi tugas menjaga satu portfolio yang mengandungi beberapa buah jabatan kerajaan.

• Tugas ahli-ahli : 1. Menguruskan pentadbiran harian jabatan

mengikut dasar-dasar yang sedia ada.2. Mencadangkan undang-undang yang

berkaitan dengan jabatan untuk dibentangkan dalam MPP

Page 10: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British untuk mendapatkan persetujuan dalam menyediakan cadangan undang-undang.

• Arahan dan persetujuan juga diberi oleh Pesuruhjaya Tinggi.

• Cadangan undang-undang biasanya merupakan pendirian pentadbiran British

Page 11: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Keanggotaan Sistem Ahli Pada Peringkat Awal

Bil.

Nama Ahli Portfolio

1. Dato’ Onn Ja’afar Ahli dalam Negeri

2. O.A Spendcer Ahli Ekonomi

3. Tunku Taakob Ibni Sultan Abdul Hamid

Ahli Pertanian dan Perhutanan

4. Dr. Lee Tiang Keng Ahli Kesihatan

5. Dato’ E.E.C Thuraisingam Ahli Pelajaran

6. J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Perhubungan Sosial

7. J.D Mead Ahli Perumahan dan Kerja Raya

8. Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan

Rujuk m/s 118

Page 12: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Kepentingan Sistem Ahli ?

• Asas bagi melatih orang tempatan untuk berkerajaan sendiri.

• Memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu .

• Merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

Page 13: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.2 : Pakatan Murni ?

Makna Pakatan Murni :• Merupakan usaha semua kaum di

Tanah Melayu menghasilkan kerjasama dan tolak ansur melalui rundingan.

• Ia juga merupakan jalan penyelesaian tuntutan dan masalah pelbagai kaum untuk mencapai perpaduan.

Page 14: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.2.1 : Pakatan Murni Praperikatan

• Sebelum perikatan ditubuhkan , terdapat beberapa usaha mengadakan pakatan murni di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu .

• Terdapat empat langkah yang dilaksanakan oleh Dato’ Onn Ja’afar untuk pakatan Murni.

Page 15: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

 Langkah pertama:

1. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ditubuhkan .

2. CLC hanya dianggotai oleh orang Cina dan orang Melayu pada awalnya.

3. Orang Melayu bernaung di bawah UMNO manakala orang Cina di bawah Persatuan Cina Malaya (MCA).

4. UMNO diketuai oleh Dato’ Onn Ja’afar manakala MCA oleh Tan Cheng Lock.

Page 16: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5. Pada Ogos 1946 , CLC dianggotai oleh :i. Enam orang pemimpin Melayu. ii. Enam orang pemimpin Cina.iii. Seorang wakil daripada kaum

India , Sri Langka ,Serani dan Eropah.

6. Penubuhan CLC menandakan permulaan kerjasama kaum di Persekutuan Tanah Melayu dan perubahan dasar UMNO kerana sanggup berunding dengan kaum lain.

Page 17: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

7. Hasil Perundingan UMNO-CLC ialah :I. Lembaga Pembangunan Industri Desa

(RIDA) ditubuhkan untuk memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar Bandar khasnya kaum Melayu. Pengerusi pertama Dato’ Onn Ja’afar.

II. Kerakyatan Negeri 1951 diberi kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu dengan syarat ibu atau bapa telah menjadi rakyat Tanah Melayu.

III. Pilihan raya peringkat bandaran, Negeri dan Majlis Perundingan Persekutuan (MPP) akan diadakan pada masa yang sesuai.

Page 18: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Langkah Kedua:

1. Dato’ Onn Ja’afar mencadangkan keahlian UMNO dibuka. Cadangan beliau dikecam hebat kerana masyarakat Melayu enggan berkompromi untuk mengubah struktur UMNO.

2. Dato’ Onn Ja’afar kemudiannya meninggalkan UMNO.

Page 19: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Langkah ketiga:

• Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party (IMP).

• Konsep kerjasama kaum dijadikan dasar IMP.• IMP terbuka kepada kaum yang mahu bekerja

untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

• IMP gagal mendapat sambutan daripada kaum Cina , India dan kaum lain di Tanah Melayu kerana mereka tidak merasakan bahawa mereka ialah satu bangsa Tanah Melayu. Rasa perpaduan terlalu asing bagi mereka.

Page 20: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Langkah keempat:

• Persidangan Kebangsaan ditubuhkan pada Februari 1953 oleh Sir Malcolm Mac Donald (Gabenor Jeneral Asia Tenggara ) di King’s House , Kuala Lumpur.

• Tujuannya adalah untuk mencapai kerjasama politik untuk mengurangkan perasaan perkauman di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

Page 21: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Persidangan Kebangsaan diisytiharkan pada April 1953 di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Dato’ Panglima Bukit Gantang sebagai pengerusi.

• Tungku Abdul Rahman sebagai pemimpin UMNO menganjurkan Konvensyen Kebangsaan bersama dengan MCA.

• Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti dan persatuan politik.

Page 22: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.2.2 : Perikatan serta Pilihan Raya Bandaran Negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan 1955

• Kerjasama UMNO-MCA telah dibentuk apabila British ingin mengadakan pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada bulan Februari 1952.

• Kerjasama ini telah dijalankan oleh Dato’ Abdul Razak Yahya dan Ong Yoke Lin.

Page 23: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Dalam pilihan raya tersebut gabungan

UMNO-MCA telah memenangi 9 daripada

12 kerusi yang dipertandingkan.

• Gabungan UMNO-MCA juga telah

memenangi 26 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya Majlis Perbandaran di beberapa Bandar utama.

• Parti Perikatan telah memenangi 226

daripada 268 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri.

Page 24: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Kemenangan ini menunjukkan permuafakatan kaum dalam pelbagai parti dapat diterima oleh penduduk Tanah Melayu . Kerjasama UMNO-MCA telah mengasaskan penubuhan Parti Perikatan yang disertai oleh MIC pada tahun 1955.

• Sebuah Jawatankuasa Pilihan Raya dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) telah ditubuhkan dan dianggotai oleh Parti Negara , UMNO , MCA , MIC dan pegawai-pegawai tinggi British.

Page 25: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Jawatankuasa ini mencadangkan 52

kerusi dipilih melalui pilihan raya dan 48 ahli MPPdilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

• Parti Perikatan telah menyertai pilihan raya MPP dan manifestonya ialah :I. Untuk mencapai kemerdekaan dalam

masa empat tahun.II. Mewajibkan pendidikan.III. Menjaga hak asasi manusia.IV. Menjadikan perkhidmatan awam

bercorak tempatan.V. Melindungi hak raja-raja Melayu

sebagai Raja Berpelembagaan.

Page 26: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

• Kemenangan Parti Perikatan membolehkan Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Ketua Menteri dan membentuk kabinet.

• Anggota kabinet terdiri daripada pelbagai kaum dan berfungsi sehingga kemerdekaan dicapai.

Page 27: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Parti yang bertanding

Jumlah kerusi yang ditandingi

Jumlah kerusi yang dimenangi

Parti Perikatan 52 51Parti Negara 30 -Persatuan Islam Se-Tanah Melayu

11 1

Liga Melayu Perak 9 -Malayan Party 3 -Parti Buruh 4 -People’s Progressive Party

2 -

Bebas 18 -

Keputusan Pilihan Raya 1955

Page 28: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Kabinet pertama pilihan rakyat dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955

Rujuk m/s 123

Page 29: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan rundingan kemerdekaan ke

London pada Februari 1956.• Pemimpin-pemimpin yang turut menyertai

ialah :I. Dr. Ismail Abdul RahmanII. Dato’ Abdul Razak HusseinIII. Kolonel H.S. LeeIV. Empat orang wakil sultan iaitu Dato’

Panglima Bukit Gantang sebagai ketua , Dato’ Nik Ahmed Kamil, Encik Abdul Majid dan Dato’ Mohd. Seth.

5.2.3 : Perikatan dan Pakatan Murni ke arah Kemerdekaan

Page 30: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Perundingan itu dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British yang berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956.

• Hasil perundingan :I. Sebuah suruhanjaya bebas dibentuk

untuk mengkaji perlembagaan.II. British bersetuju memberi

kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

III. Pengisytiharan tarikh kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di Bandar Hilir , Melaka.

Page 31: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.3 : Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

• Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 penting sebagai simbol persetujuan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu.

• Kemerdekaan ini ialah kemuncak perjuangan nasionalisme yang telah berlaku sejak pertegahan abad ke-19.

Page 32: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.3.1 : Suruhanjaya Reid• Suruhanjaya Reid dibentuk pada Mac 1956

untukmembincangkan dan menyusun perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

• Suruhanjaya ini dianggotai oleh :I. Lord Reid (Hakim British-Pengerusi)II. Sir Ivor Jennings (England)III. Sir William Mckell (Bekas Gabenor

Jeneral Australia)IV. Tuan B. Malik (Hakim Mahkamah Tinggi

India)V. Tuan Abdul Hamid (Pakistan)

Page 33: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Tugas suruhanjaya ini ialah merangka sebuah Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka. (tujuan SR)

• Isu yang menjadi panduan suruhanjaya:I. Pembentukan sebuah kerajaan

persekutuan yang kuat.II. Pemberian kuasa autonomi kepada

negeri dalam bidang-bidang tertentu.III. Kedudukan raja-raja dan hak

istimewa orang Melayu.IV. Pewujudan satu bangsa Persekutuan

Tanah Melayu.

Page 34: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Maklum Balas terhadap Suruhanjaya Reid

I. Sebanyak 131 memorandum diterima daripada pelbagai pihak .

II. Memorandum ini diterima daripada raja-raja Melayu , orang perseorangan dan pertubuhan politik.

III. Cadangan Parti Perikatan diberi perhatian utama.

IV. Cadangan Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada Februari 1957 dan diterima oleh Parlimen pada Mei 1957.

Page 35: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Kerakyatan jus soli yang dituntut oleh orang dagang tidak dapat diterima oleh orang Melayu kerana prinsip ini memberikan hak sama rata kepada semua kaum dan ini dianggap boleh melemahkan kedudukan orang Melayu.

• Selepas beberapa rundingan , kerakyatan jus soli diterima oleh raja-raja Melayu dengan syarat orang Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 36: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Perkara-perkara lain yang dipersetujui ialah :I. Agama Islam sebagai agama rasmi

Persekutuan Tanah Melayu.II. Bahasa Melayu sebagai bahasa

kebangsaan.

Page 37: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.3.2 : Isi-isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

• Perjanjian ini ditandatangani oleh raja-raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.

• Perjanjian ini melahirkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang berasaskan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.

Page 38: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Isi-isi Penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

• Sebuah Kerajaan Persekutuan dibentuk.

• Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.

• Prinsip jus soli diterima dan tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara kuat kuasa undang-undang , naturalisasi dan pemohonan.

Rujuk m/s 127

Page 39: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Institusi raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan negara.

• Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan.

• Agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

• Tanah Simpanan Melayu dikekalkan.• Bahasa kebangsaan ialah bahasa

Melayu.

Rujuk m/s 127

Page 40: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong.

• Pentadbiran negara bersifat demokrasi brpalimen , iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen.

• Pada peringkat negeri , aMenteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan EXCO.

Rujuk m/s 127

Page 41: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.3.3 : Kepentingan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

• Membolehkan pembentukan sebuah persekutuan/kerajaan demokrasi yang berkonsepkan Raja Berpelembagaan.

• Mewujudkan perpaduan yang jitu antara kaum di Tanah Melayu.

• Memberikan hak mutlak kepada penduduk tempatan untuk menerajui sebuah negara yang berdaulat dan merdeka mengikut acuan sendiri.

Page 42: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Melahirkan identiti masyarakat yang merdeka.

• Rakyat kini dapat menikmati apa yang dipersetujui oleh Parlimen Persekutuan.

• Memperlihatkan kebijaksanaan pemimpin yang telah merunding kemerdekaan negara dan membincangkan isu yang rumit dan sensitif seperti soal kerakyatan dan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Page 43: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

5.3.4 : Peranan Tokoh-tokoh Kemerdekaan

• Antara tokoh penting termasuklah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Presiden UMNO , Ketua Parti Perikatan dan Perdana Menteri yang memainkan peranan terhadap kemerdekaan negara.

• Kebijaksanaan dan kewibawaan tokoh tempatan telah membolehkan kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah.

Page 44: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Tun Abdul Razak

• menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri

• menjadi perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London pada tahun 1956

• menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua pada tahun 1970

• Merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyata Pendidikan 1956 yang menggubal sistem pendidikan kebangsaan Negara.

Page 45: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Tun H.S. Lee

• merupakan tokoh MCA yang memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.

• bekerjasama dengan UMNO dan MIC untuk mendapatkan kemerdekaan negara pada tahun 1957

• menjadi menteri kewangan persekutuan tanah melayu yang pertama.

Page 46: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Tun Cheng Lock

• merupakan preiden MCA• Menjadi penyokong Tunku

Abdul Rahman dalam mendapatkan kemerdekaan Negara

Page 47: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Tun V.T Sambanthan

• menjadi presiden MIC antara tahun 1955 hingga 1973

• bekerjasama dalam menuntut kemerdekaan negara

• menyokong dasar kerjasama kaum sebagai tonggak kemerdekaan negara.

• menyeru kaum india memberikan kesetiaan yang jitu kepada negara ini.

Page 48: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

Rumusan • Perjuangan membentuk sebuah

negara dan bangsa yang merdeka menuntut pengorbanan yang besar.

• Langkah para pemimpin Pesekutuan Tanah Melayu yang memilih musyawarah sebagai pendekatan mengatasi segala kemelut politik negara dan bangsa merupakan langkah yang bijak dan amat berkesan.

Page 49: Sejarah T5 bab 5  pembinaan negara dan bangsa yang merdeka !

• Penubuhan Parti Perikatan(UMNO-MCA-MIC) sebagai gabungan kerjasama kaum untuk mendapatkan kemerdekaan persekutuan tanah melayu pada tahun 1957 adalah satu rahmat kepada kita.

• Generasi pada hari ini sepatutnya menghargai kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara.

• Mereka seharusnya mendukung konsep kerjasama sebagai pendekatan terbaik dalam memastikan kemerdekaan yang kita nikmati akan terus terpelihara.

• Ikutlah kata pepatah “Bulat air kerana pembentung,bulat kata kerana muafakat” dan “Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung”.