pengajian malaysia mpw 1123 tajuk: cabaran pembinaan negara bangsa

64
DISEDIAKAN OLEH: ABD.RAHMAN ZAINUDDIN 1111101202 PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Upload: long

Post on 10-Feb-2016

317 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA. DISEDIAKAN OLEH: ABD.RAHMAN ZAINUDDIN 1111101202. PENGENALAN. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

DISEDIAKAN OLEH:ABD.RAHMAN ZAINUDDIN 1111101202

PENGAJIAN MALAYSIAMPW 1123

TAJUK:CABARAN PEMBINAAN NEGARA

BANGSA

Page 2: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PENGENALANSelepas kemerdekaan,negara menghadapi pelbagai masalah dalaman,terutama masalah perpaduan dan integrasi sesama kaum.Masalah perpaduan wujud implikasi daripada pemisahan tempat tinggal,perbezaan pekerjaan,sistem pendidikan yang berbeza,fahaman politik,masalah ekonomi,perbezaan kepercayaan atau agama dan sistem pemerintahan penjajah.Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah ini.Antaranya adalah penyeragaman sistem pendidikan,integrasi ekonomi,penyatuan fahaman politik dan aspek-aspek sosial lain.Selain itu,dasar ekonomi baru,dasar kebudayaan kebangsaan dan rukun negara dibentuk untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Page 3: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

Page 4: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

ASAS INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL

• Konsep perpaduan dan integrasi adalah saling berkaitan,tetapi merujuk kepada proses yang berbeza.

• Malaysia yang didiami oleh masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai kebudayaan,agama dan ideologi yang berlainan,harus mementingkan konsep ini.

• Perpaduan juga boleh di denfinisikan sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan,sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Page 5: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Pada zaman pra kemerdekaan,pengasingan kaum sangat ketara. Sebahagian besar faktor yang menyebabkan jurang ini ialah dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British semasa penjajahan.

• Jurang ini wujud juga di dalam kaum sendiri malahan yang miskin dan kaya juga wujud jurang sebegini.

Page 6: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses asimilasi,amalgamasi dan pluralisme.Asimilasi adalah proses perpaduan satu hala yang akan menghasilkan kelompok dengan satu budaya,satu bahasa dan satu agama.

• Amalgamasi pula ialah proses perpaduan yang melibatkan pencantuman bilogi (perkahwinan campur).Proses ini akan mewujudkan kelompok baharu dengan budaya yang baharu.

Page 7: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Pluralisme pula ialah merupakan satu proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibat mengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk perpaduan.Namun teori-teori di atas adalah teori antropologi dan kejayaan satu-satu proses perpaduan itu sebenarnya lebih dipengaruhi oleh usaha yang dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terbabit.

• Isu perpaduan dan integrasi bukanlah isu baharu di negara ini lantaran ciri penduduk di negara ini yang berbilang kaum.Justeru sebuah kementerian iaitu Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat amat penting bagi merialisasikan pencapaian konsep perpaduan dan integrasi.

• Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ini ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.

Page 8: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

OBJEKTIF KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

• Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional

• Memberikan bantuan khidmat masyarakat.

• Membangunkan dan mengintegrasikan masyarakat orang asli.

• Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara.

• Menyelaras program kependudukan dan pembangunan keluarga.

• Bagi melaksanakan usaha kementerian ini,beberapa buah jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,Jabatan Perpaduan Negara,Jabatan Hal Ehwal Orang Asli,Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.

Page 9: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Page 10: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA• Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara,terutama negara

yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia .Hal ini kerana,apabila tiada perpaduan ataupun perpaduan pada tahap yang sangat rendah ,pertelingkahan rakyat berbilang kaum akan sering berlaku.Fenomena ini boleh menimbulkan ketidakamanan dan banyak kemusnahan.

• Negara ini secara jelas menjadi sebuah negara yang berbilang kaum,terutama selepas kedatangan British.Pihak British telah membentuk dasar imigrasi liberal yang mana dasar-ini menggalakkan kemasukan buruh-buruh Cina,India,Punjabi dan Indonesia untuk bekerja di sektor ekonomi tertentu.

• British juga turut mengaplikasikan situasi pecah dan perintah dimana di bawah sistem ini,kumpulan-kumpulan etnik terbesar,iaitu Melayu , Cina dan India dipisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan masing-masing.

Page 11: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Hasil daripada pengenalan tersebut,kebanyakan orang melayu tinggal di kawasan kampung mengerjakan sektor pertanian,menangkap ikan dan kerja-kerja kampung yang lain.Hanya sebahagian kecil sahaja yang tinggal di kawasan bandar iaitu bagi yang terlibat dalam sektor pentadbiran,terutama dalam bidang perkeranian.

• Bagi kaum cina pula,kebanyakan mereka tinggal di kawasan bandar menjadi peniaga ataupun tinggal di kawasan perlombongan mengerjakan lombong-lombong.

• Kaum india pula diletakkan di estet-estet untuk mengerjakan ladang-ladang getah dan kelapa sawit.Pengasingan tempat tinggal juga menyebabkan sistem pendidikan setiap kaum juga dipisahkan.

Page 12: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Akibat daripada pengasingan,orang Melayu ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan kaum Cina.Ramai diantara mereka yang hidup miskin berbanding dengan orang Cina keran tidak menikmati kemajuan,kemodenan dan kemudahan infrastuktur yang tertumpu di kawasan bandar.Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Melayu.Disamping itu,Orang Cina dan India tidak berpuas hati kerana syarat-syarat kerakyatan yang begitu ketat.

• Akibat daripada semangat perkauman dan perasaan saling mencurigai ini,maka berlaku beberapa kali rusuhan,tetapi tidak terlalu serius dan masih boleh dikawal.

Page 13: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Page 14: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

• Kerajaan mengenal pasti negara ini menghadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan etnik pada 13 Mei 1969.Walaupun rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja,namun peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi oleh seluruh masyarakat di segenap pelusuk negara.

• Masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputi ekonomi,politik dan sosial.

Page 15: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

1.PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL DAN PETEMPATAN• Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,masyarakat tinggal di kampung-

kampung mengikut kaum masing-masing dan sememangnya jelas situasi ini berlaku dengan wujudnya kampung-kampung Melayu,Jawa,India dan Cina.Namun perancangan ini berlaku atas tujuan memudahkan sistem perekonomian dan perhubungan.

• Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat negara ini pada awal kemerdekaan sebenarnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British.Pendudukan British pada abad ke 19 telah membawa masuk buruh Cina,India secara beramai-ramai.

Page 16: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Semenjak tahun 1920an lagi,corak petempatan sebegini telah kelihatan.Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai cina sementara buruh-buruh india pula tertumpu di ladang-ladang getah.

• Di Sabah dan Sarawak pula wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan Kaum Kadazan.Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain.Ikatan hubungan juga sangat jauh dan berbeza dari segi agama,pendidikan,akhbar,persatuan dan pengaruh politik.

Page 17: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

2.PERBEZAAN TUMPUAN SEKTOR EKONOMI• Akibat daripada tumpuan tertentu,orang Melayu kekal sebagai petani sara

diri dan nelayan,orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdangangan dan perlombongan manakala orang India dikekalkan di estet-estet.

• Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul.Jika ada pertemuan pun hanya apabila mereka ini berurusan perniagaan dan ketika mendapatkan perkhidmatan kerajaan.Pertemuan ini tidak dapat membantu setiap kaum untuk memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain.

Page 18: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

3.PENGASINGAN SISTEM PENDIDIKAN• Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah

perpaduan diantara kaum.Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal masing-masing.

• Bagi pelajar Melayu hanya dua jenis pendidikan yang dibenarkan,iaitu sekolah vernakular Melayu atau beraliran inggeris.Namun,sekolah beraliran inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas keran mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai.

• Bagi masyarakat India,sekolah Tamil dibuka di estet-estet.Walaupun guru-guru yang mengajar di sini dibawa dari India,namun mutu pengajaran mereka sangat rendah.Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil.Justeru lepasan sekolah Tamil ini tidak mungkin berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan akhirnya terpaksa bekerja di estet.

Page 19: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri.Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka.Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari negara China.Justeru,pelajar Cina lebih mementingkan pergolakan politik,ekonomi dan sosial yang berlaku di negara China berbanding perkembangan di Tanah Melayu.

• Fakta-fakta di atas telah menunjukkan bahawa pada zaman British,aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan antara kaum.British tidak bercadang untuk menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat.

Page 20: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Adalah jelas kelihatan bahawa setiap kaum menganggap mereka bukan warganegara asal dan hanya berhijrah untuk mencari rezeki serta bukan untuk bermastautin.Ini menyebabkan mereka tidak terlalu mengambil berat tentang aspek perpaduan dan pendidikan tempatan.

• Pendidikan memang tidak diberikan kepada penduduk asli Sabah dan Sarawak.Di sarawak keluarga Brooke berasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberikan pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi mereka yang wujud dalam budaya mereka.

Page 21: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

4.FAHAMAN DAN PENGARUH POLITIK YANG BERBEZA• Fahaman politik setiap kaum juga berbeza.Bagi kaum Cina dan India,hal-

hal yang berlaku di negara asal mereka adalah lebh penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu.Selain itu,setiap kaum berusaha memastikan pengekalan identiti kaum,bahasa dan budaya masing-masing dan menggunakan media-media dan saluran-saluran seperti pendidikan program keagamaan akhbar dan persatuan-persatuan sosial.

• Pada tahun 1930an,telah berlaku penggeseran diantara orang Cina dan Orang Jepun di negara China.Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak saudara mereka.Apabila fahaman komunis berkembang di China,fahaman tersebut juga mudah menular dalam kalangan orang Cina di Tanah Melayu.

Page 22: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Orang India juga masih menganggap India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali.

• Bagi orang Melayu sendiri,mereka sentiasa ingin memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air sendiri terpelihara.Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu kepada kaum mereka sendiri dan tidak mengambil kira keadaan kaum-kaum lain.Situasi ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang Melayu melalui penulisan mereka di dalam majalah-majalah seperti Saudara,Pengasuh,Utusan Melayu, Warta Malaya dan Majlis.Selain itu perasaan curiga sesama kaum menyukarkan mereka untuk bekerjasama.

Page 23: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

5.MASALAH EKONOMI• Dalam bidang ekonomi,jelas orang Melayu dan penduduk asli lain

menguasai bidang yang mundur,iaitu kerja yang memerlukan banyak tenaga manusia dan berteknologi rendah sementara pulangan dan gajinya yang rendah.Orang Melayu lebih menguasai sektor primer sementara orang Cina menguasai sektor yang lebih maju dan berteknologi moden.Justeru ketidakseimbangan pendapatan berlaku.

• Ini menyebabkan setiap kaum saling mencumburui antara satu sama lain.

Page 24: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

6.PERBEZAAN KEPERCAYAAN ATAU AGAMA• Secara umumnya,seiap kaum menganut agama yang berbeza-beza

seperti Melayu beragama Islam,India beragama Hindu dan Cina beragama Buddha.Namun masih ada kaum-kaum ini yang menganut agama yang tidak majoriti dalam kelompok mereka seperti India Muslim dan Cina beragama Kristian.

• Selain masyarakat di semenanjung,ramai kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak pula menganut agama Kristian.Pegangan dan idealogi setiap agama ini berbeza.Oleh itu sukar untuk membentuk perpaduan sekiranya setiap kaum sukar untuk bertolak ansur dengan fahaman agama kaum lain.

Page 25: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

7.PENGGUNAAN AKHBAR YANG BERBEZA• Setiap akhbar mengikut bahasa masing-masing memberikan perhatian

secara menyeluruh kepada golongan tertentu sahaja.

• Akhbar bahasa Cina misalnya,mengutamakan perkembangan dan kejadian yang berlaku di negara China manakala akhbar berbahasa Tamil menonjolkan berita di India.Perkembangan ini memperkuatkan semangat kecintaan kepada tanah air asal dan kaum masing-masing sahaja serta menyulitkan mereka untuk memahami bahasa,budaya dan sensiviti kaum-kaum lain.

Page 26: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

MASALAH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA

Pemisahan tempat tinggal atau petempatan Perbezaan tumpuan sektor ekonomi Pengasingan sistem pendidikan Fahaman dan pengaruh politik yang berbeza Masalah ekonomi Perbezaan kepercayaan atau agama Penggunaan akhbar yang berbeza-beza

Page 27: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PENDEKATAN YANG DIAMBIL UNTUK MENANGANI CABARAN PEMBINAAN

NEGARA BANGSA

Page 28: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

MEMBERI GALAKAN KEPADA PENDUDUK BERHIJRAH DARI SATU KAWASAN KE KAWASAN LAIN

Beberapa kaedah dikenal pasti sebagai langkah untuk membolehkan rakyat negara ini supaya berpindah dari petempatan tradisi masing-masing seperti:

i. Penyatuan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia.Pegawai kerajaan dan keluarga mereka boleh diarahkan berpindah dan berkhidmat di wilayah-wilayah yang memerlukan khidmat mereka.

ii. Mewujudkan perkembangan peluang perniagaan yang lebih baik di tempat lain.Rancangan ini terutama bagi peniaga-peniaga di kawasan mundur untuk berhijrah ke kawasan yang lebih maju dalam mengembangkan aktiviti ekonomi mereka.

iii. Dalam bidang keselamatan,keperluan keselamatan dan pembesaran angkatan tentera dan polis di wilayah-wilayah tertentu dengan membawa masuk pasukan-pasukan keselamatan dari wilayah-wilayah lain.

Page 29: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PENYERAGAMAN SISTEM PENDIDIKAN• Semua dasar pelajaran berhubung dengan isu pendidikan berperanan

memupuk perpaduan

• Dasar tersebut penting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuh dan digantikan dengan sistem pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh.

• Keseragaman lebih menjaminkan perpaduan rakyat.Peruntukan juga disediakan untuk perkembangan pendidikan di sabah dan sarawak.

Page 30: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PERANAN MEDIA MASSA

• Alat-alat media massa pada waktu itu seperti Radia dan Televisyen Malaysia (RTM) dan akhbar digunakan untuk pembinaan bangsa.Pendedahan kepada pelbagai berita,laporan dan dasar kerajaan akan dapat mengurangkan jurang maklumat yang wujud.

• Media massa juga dapat membentuk pemikiran dan pandangan rakyat yang memahami pelbagai nilai dan simbol negara.Hal ini sekaligus mengurangkan masalah prasangka akibat berbagai-bagai maklumat yang tidak tepat.

• Media massa penting dalam memastikan tiada lagi penguasaan media massa asing terutama dari negara China dan India yang lebih menyebarkan fahaman idealogi dan senario politik di negara itu.

Page 31: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

INTEGRASI EKONOMI• Usaha ini dilakukan melalui dasar-dasar pembangunan seperti

Rancangan Pembangunan Lima Tahun,Dasar Ekonomi Baru,Dasar Pembangunan Nasional dan lain-lain.

• Dasar-dasar ini penting dalam memastikan pengasingan ekonomi yang wujud sejak zaman penjajahan dan yang masih kental pada zaman selepas kemerdekaan dapat dimansuhkan.

Page 32: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PENYATUAN MELALUI FAHAMAN POLITIK• Sistem kerajaan campuran merupakan salah satu cara bagi

menggabungkan fahaman politik antara kaum.Sistem ini dikembangkan melalui sistem politik yang fleksibel.

• Sistem ini juga tidak mengetepikan parti-parti politik yang berkuasa di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur.Justeru muncul parti perikatan hasil gabunagn UMNO,MCA dan MIC.

• Setelah Barisan Nasional muncul,keanggotaan parti komponen semakin bertambah.

Page 33: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

ASPEK-ASPEK LAIN• Langkah memeupuk perpaduan cuba dicapai dengan pengenalan dan

penerapan dasar sosial seperti Rukun Negara,Dasar Belia Negara,Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain.

• Secara keseluruhan Malaysia berjaya mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional kerana sikap kesederhanaan dan bertolak ansur smua kaum.

Page 34: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PENDEKATAN YANG DIAMBIL UNTUK MENANGANI CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Memberi galakan kepada penduduk untuk berhijrah Penyeragaman sistem pendidikan Peranan media massa Integrasi ekonomi Penyatuan fahaman politik Aspek-aspek sosial lain

Page 35: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

STRATEGI UNTUK MEMANTAPKAN PERPADUAN DALAM PEMBINAAN

NEGARA BANGSA

Page 36: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

STRATEGI PEMANTAPAN PERPADUAN• Kerajaan berpendapat negara memerlukan perannya untuk memastikan

nilai yang ingin diterapkan dalam memupuk perpaduan agar dapat dilaksanakan.

• Justeru beberapa dasar telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi tujuan membentuk dan memantapkan perpaduan.

Page 37: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

1.RUKUN NEGARA• Rukun Negara merupakan satu idealogi negara yang tercipta ekoran

daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.

• Idealogi ini digubal semasa negara sedang berda di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara (MPN)

• Kata sepakat untuk mencipta satu idealogi negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN,iaitu pada 27 Januari 1970.

Page 38: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

OBJEKTIF RUKUN NEGARA Mencapai perpaduan yang erat di kalangan masyarakat.

Memelihara cara hidup demokratik.

Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Membentuk masyarakat bersifat liberal,terutama terhadap budaya sendiri

Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi

Page 39: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

1) KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN• Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana

ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesebuah bangsa dan negara.Kaum-kaum di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Islam,Buddhisme,Taoisme,Confucianisme,Hinduisme,Kristian dan lain-lain.

Page 40: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

2) KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan bercorak Raja Berpelembagaan.Justeru negara ini mempunyai ketua negara,iaitu Yang di-Pertua Agong dan ketua negeri,iaitu Raja ,Sultan atau Yang Dipertua Negeri masing-masing.Prinsip Ini menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua negara dan negeri masing-masing.

Page 41: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

3) KELUHURAN PERLEMBAGAAN• Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat

menerima,mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.Hal ini kerana perlembagaan berfungsi memberikan perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat dalam negara.

Page 42: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

4) KEDAULATAN UNDANG-UNDANG• Undang-undang penting bagi memastikan setiap individu dalam

negara itu terjamin kebebasan asasi mereka.Selain itu setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi undang-undang dan tertakhluk ke atasnya.

Page 43: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

5) KESOPANAN DAN KESUSILAAN• Hasrat prinsip ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia

sentiasa bersopan santun dan penuh tatasusila.Prinsip ini juga menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seorang rakyat.

Page 44: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

RUKUN NEGARA

• Kepercayaan kepada tuhan• Kesetiaan kepada Raja dan negara

• Keluhuran perlembagaan• Kedaulatan undang-undang• Kesopanan dan kesusilaan

Page 45: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

DASAR-DASAR PENDIDIKAN

Page 46: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

LATAR BELAKANG SISTEM PENDIDIKAN DI SEMENANJUNG

• Selepas kemasukan British,beberapa sistem pendidikan di Tanah Melayu diperkenalkan.Akibat dari dasar “pecah dan perintah” yang diperkenalkan,sistem pendidikan antara kaum di Tanah Melayu juga terpisah.

• Keadaan ini juga menimbulkan jurang ekonomi dan sosial yang ketara.Peluang pelajar Melayu untuk ke sekolah menengah sangat gerhad kerana tidak digalakkan oleh kerajaan British.Justeru ramai pelajar Melayu yang berminat menyambung belajar mengikuti latihan perguruan.

Page 47: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

LATAR BELAKANG SISTEM PENDIDIKAN DI SABAH

• Sebelum tahun 1963,sistem pendidikan di Sabah sangat mundur kerana syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak berminat memajukannya.Pada tahun 1883,sebuah sekolah inggeris telah ditubuhkan di bawah kelolaan gereja Katolik di Sandakan.

• Pada tahun 1956 pula,Lembaga Pelajaran ditubuhkan bagi tujuan menyelaraskan pendidikan di Sabah.Lembaga ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Tempatan.

Page 48: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

LATAR BELAKANG SISTEM PENDIDIKAN DI SARAWAK

• Sistem pendidikan di sarawak berkembang secara persendirian seperti sekolah mubaligh dan sekolah cina tanpa pengawasan kerajaan Brooke.Namun kerajaan Brooke mula campur tangan apabila Sekolah Melayu Ditubuhkan oleh masyarakat Melayu.

• Aapabila kerajaan British mengambil alih pentadbiran Sarawak,pentadbiran sekolah rendah diuruskan oleh Majlis Tempatan.Kerajaan British telah mula memberikan bantuan kepada sekolah yang dibina oleh masyarakat tempatan.

Page 49: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

DASAR PENDIDIKAN PADA TAHAP AWAL• Pada peringkat awal,British memperkenalkan “Rancangan

Cheeseman” iaitu satu rancangan untuk menjadikan sekolah inggeris sebagai asas penyatuan persekolahan di Tanah Melayu.Namun rancangan itu tidak dapat dilaksanakan.

• Namun semua penyata pada peringkat awal yang telah dikemukakan menunjukkan reaksi yang tidak baik dari semua kaum.

Page 50: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

DASAR PENDIDIKAN PADA PERINGKAT KEDUA

• Selepas pilihanraya 1955,Parti Perikatan yang memegang kuasa pentadbiran telah memperkenalkan satu sistem pengajaran yang seragam.

• Jawatankuasa ini mengeluarkan satu penyata yang dinamakan “Penyata Razak” pada 16 Mei 1956 dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan.

Page 51: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Tujuan pembentukan Penyata Razak ini adalah:

1. Menyediakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

2. Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai rumpun bangsa Tanah Melayu

3. Menyediakan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

4. Mewujudkan masyarakat yang berdisiplin,terlatih,bertoleransi,liberal dan progresif.

Page 52: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Cadangan-cadangan Penyata Razak:

1. Penubuhan dua jenis sekolah rendah,iaitu sekolah umum dengan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan sekolah jenis umum dengan bahasa inggeris,cina atau tamil sebagai bahasa penghantar.

2. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah.

3. Penubuhan dua jenis sekolah menengah iaitu sekolah menengah kebangsaan dengan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dan bahasa inggeris wajib dipelajari dan sekolah menengah jenis kebangsaan dengan bahasa inggeris sebagai bahasa penaghantar dan bahasa melayu wajib dipelajari.

4. Penggunaan sukatan pelajaran haruslah sama bagi semua sekolah rendah.

Page 53: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

SISTEM PENDIDIKAN ANEKA JURUSAN• Sistem pendidikan aneka jurusan dimulakan pada tahun 1965

menggantikan sekolah pelajaran lanjutan.Sistem ini digubal berlandaskan laporan Aminuddin Baki.

• Antara matlamat pendidikan aneka jurusan adalah untuk:

a) Menaikkan umur berhenti sekolah pada umur 15 tahun.

b) Memberikan persediaan kepada pelajar unutk menjawat pekerjaan yang sesuai

c) Mengeluarkan tenaga manusia yang berkemahiran untuk memenuhi sektor pertanian dan perindustrian.

d) Menyediakan pelajaran aneka jurusan ini bermula dari tingkatan 4.

Page 54: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Strategi dasar ini adalah untuk:

1. Menyatukan sistem pelajaran untuk memupuk kesedaran perpaduan kebangsaan.

2. Memperluas dan mengubahsuai pelajaran serta memberikan latihan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja.

3. Memperbaiki mutu pelajaran untuk membina masyarakat progresif berlandaskan sains dan teknologi.

4. Memperbaiki kemudahan-kemudahan penyelidikan,perancangan dan pelaksanaan objektif-objektifnya.

Page 55: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

LAPORAN KABINET 1979• Malalui pembaharuan Kabinet 1979,beberapa pembaharuan dan

pengemaskinian dalam sistem pendidikan telah dilaksanakan.Antaranya meliputi:

a) Penegasan kepada pendidikan asas 3M,iaitu membaca,menulis dan mengira.

b) Penegesan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.

c) Penegasan kepada kokurikulum ala Malaysia

d) Pendidikan menengah atas melalui dua jurusan iaitu akademik dan vokasional.

e) Peluang melanjuntkan persekolahan dari 9-11 tahun.

f) Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran bagi meningkatkan mutu pelajaran secara keseluruhan.

Page 56: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

RANG UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN 1995• Perlaksanaan sistem pendidikan negara diperkemaskan lagi pada

tahun 1995 apabila beberapa cadangan dikemukakan seperti:

a) Sistem pendidikan kebangsaan dipercorakkan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti untukmencapai aspirasi negara.

b) Falsafah pendidikan negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan kebangsaan.

c) Tempoh pendidikan rendah adalah lima hingga tujuh tahun.

d) Pendidikan prasekolah sebgai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

e) Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan.

f) Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta.

Page 57: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Perkembangan sistem pendidikan negara mempunyai 2 fasa utama.Pada fasa pertama (1961-1970) sistem pendidikan bertujuan:

a) Memperluas peluang pendidikan kepada semua rakyat.

b) Meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti persekolahan terutamanya peringkat sekolah menengah di luar bandar.

• Fasa kedua selepas tahun 1970,memperlihatkan sistem pendidikan lebih cenderung untuk memperbaharui kurikulum agar dapat memenuhi keperluan pembangunan negara dari segi perusahaan,ekonomi dan kemajuan sains dan teknologi.

Page 58: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

DASAR EKONOMI BARU (DEB)• Dasar ekonomi baru (DEB) diperkenalkan pada tahun

1970,terutama sebagai reaksi kepada peristiwa 13 Mei 1969.Dasar ini dilaksanakan antara tempoh 1971 hingga 1990 sebagai satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan negara dalam masyarakat yang berbilang kaum.

• Tindakan dan perlaksanaan perlu dilakukan dengan segera unutk mengatasi masalah-masalah tersebut.DEB secara keseluruhannya bermatlamatkan “serampang dua mata” iaitu:

a) Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

b) Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-funsi ekonomi.

Page 59: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

ASPEK KEMISKINAN• Masalah kemiskinan menyebabkan perpaduan masyarakat

sukar dipupuk terutamanya apabila wujud jurang kemiskinan dan kekayaan yang terlalu besar antara masyarakat dalam sesebuah negara.

• Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB.Masalah kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu pada kawasan luar bandar,malahan di kawasan bandar.Kaum bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan.

Page 60: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

STRATEGI PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

• Dasar pecah dan perintah yang telah diamalkan oleh British menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu.Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekal gus menyukarkan perpaduan kaum.

• Masyarakat di negara ini perlu disusun semula supaya ketidakseimbangan yang berlaku sebelum ini dapat diatasi.

Page 61: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Antara strategi dan kejayaan yang diperoleh dalam usaha ini adalah:

a) Peningkatan dalam pendapatan dan menyusun kadar kemiskinan mengikut kaum.

b) Penyusunan semula corak guna tenaga.

c) Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat.

d) Peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB terbukti apabila didapati inflasi berjaya dikekalkan.

Page 62: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

STRATEGI DAN PELAKSANAAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

• Pemulihan,pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan kearah menguatkan asas-asas kebudayaan kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan,pembangunan,pendidikan,pengembangan dan perhubungan budaya.

• Meningkatkan dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing dan melatih peminat,pendokong dan penggerak kebudayaan dengan lebih meluas sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

Page 63: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

• Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan,kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

• Memenuhi keperluan sosiabudaya.

• Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Page 64: PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1123 TAJUK: CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Ekoran dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh pihak penjajah dan dasar tidak menggalakkan percampuran antara

kaum,telah mencetuskan masalah-masalah perkauman dalam negara.Kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969,misalnya merupakan

kemuncak daripada tekanan perasaan yang dialami oleh setiap kaum,terutama akibat daripada tiadanya persefahaman,tolak ansur

dan kasih sayang.Oleh itu bagi merialisasikan Pembentukan Negara Bangsa,maka kerajaan mengambil ikhtibar daripada kejadian tersebut dan merangka dasar-dasar yang mampu

menangani masalah tersebut.Maka itulah dasar-dasar seperti Rukun Negara,Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Ekonomi Baru dan Dasar KebudayaanKebangsaan diperkenalkan,diuar-uarkan ke

seluruh negara supaya dihayati prinsipnya oleh segenap rakyat tanpa mengira kaum.

SEKIAN.