pembinaan neg bangsa

21
PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA YANG BERDAULAT * Dalam proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia usaha bersama seluruh rakyat telah dijalankan. * Banyak tolak ansur telah berlaku. 1. Konsep Negara * Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan. * Negara kita dikenali sebagai Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. 2. Konsep Bangsa * Bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang; * menetap di satu wilayah * mempunyai tamadun yang dapat dilihat dari segi = budaya = politik yang tersendiri * Budaya ialah; bahasa, adat, resam, kesenian dan agama. 3. Konsep Kerajaan * Merujuk kepada tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan sesabuah negara demokrasi iaitu: * badan perundangan * badan pelaksana * badan kehakiman * Bidang kuasa ketiga-tiga badan tesebut dinyatakan dalam perlembagaan. * Konsep kerajaan saman tradisi ialah ‘Kerajaan itu raja dan raja itu kerajaan’ 4. Konsep Perlembagaan * Di takrifkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang utama sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan: * organisasi kerajaan * pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah * prinsip umum yang menentukan bagaimana kuasa tersebut dilaksanankan * Peraturan yang menentukan bagaimana sesabuah negara itu ditadbir. * Di Malaysia Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan bagi pemerintah negara. KESEDARAN TENTANG BANGSA DAN NEGARA 1. Zaman Kesultanan Melayu

Upload: vijayakumar-narayanan

Post on 10-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pembinaan negara bangsa

TRANSCRIPT

PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA YANGBERDAULAT* Dalam proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia usaha bersama seluruh rakyat telah dijalankan.* Banyak tolak ansur telah berlaku.1. Konsep Negara* Satu wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan.* Negara kita dikenali sebagai Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.2. Konsep Bangsa* Bangsa ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang;* menetap di satu wilayah* mempunyai tamadun yang dapat dilihat dari segi= budaya= politik yang tersendiri* Budaya ialah; bahasa, adat, resam, kesenian dan agama.3. Konsep Kerajaan* Merujuk kepada tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan sesabuah negara demokrasi iaitu:* badan perundangan* badan pelaksana* badan kehakiman* Bidang kuasa ketiga-tiga badan tesebut dinyatakan dalam perlembagaan.* Konsep kerajaan saman tradisi ialah Kerajaan itu raja dan raja itu kerajaan4. Konsep Perlembagaan* Di takrifkan sebagai kumpulan peraturan atau undang-undang utama sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan:* organisasi kerajaan* pembahagian kuasa antara badan-badan pemerintah* prinsip umum yang menentukan bagaimana kuasa tersebut dilaksanankan* Peraturan yang menentukan bagaimana sesabuah negara itu ditadbir.* Di Malaysia Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan bagi pemerintah negara.KESEDARAN TENTANG BANGSA DAN NEGARA1. Zaman Kesultanan Melayu* Raja berkuasa mutlak sebagai penggubal dan pelaksana undang-undang serta ketua hakim. Raja berdaulat, berwibawa memerintah dan tunggak menyatu-padukan rakyat.* Raja dibantu oleh Majlis pembesar, Sistem Pembesar Empat Lipatan.* Konsep Kerajaan pusat ialah empayar dengan negeri naungan contohnya Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Melayu Johor.2. Zaman Penjajah British* Kuasa raja menjadi lemah.* Kerajaan Melayu beransur pupus satu demi satu.* Kerajaan Melayu terlepas kuasa melalui penipuan British;* Singapura 1819* P.Pinang 1786* Dinding 1826* Labuan, P.Cocos* Sarawak* Sabah Syarikat Borneo Utara.* Perubahan pebtadbiran Negeri-negeri Melayu* Negeri-negeri Melayu menjadi negeri kekuasaan British* Tiga bentuk pentadbiran;* Negeri-negeri Selat secara terus* Negeri-negeri Melayu Bersekutu tidak langsung* Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu penasihat* Pengwujudan sempadan oleh penjajah British.3. Kewujudan Undang-undang Negeri Melayu* Kerajaan Negeri Johor* Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895* Kerajaan Trengganu* Ittiqan-ilmuluk bi-tadil il-suluk 1911IDEA AWAL TENTANG BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA1. Malayan Union* Bermula apabila British perkenalkan Malayan Union 1946.* Malayan Union menukar taraf Negeri Melayu dari negeri naungan menjadi negeri tanah jajahan.* Perubahan dibuat melalui Perjanjian 1946.* Tujuan British memperkenalkan Malayan Union ialah:* membolehkan pelaburan ekonomi dan kepentingan British ditersukan.* pembentukan kerajaan pusat yang kuat.* negeri berbilang kaum yang bersatu padu* memberi hak kerakyatan yang sma kepada semua bangsa.* keudukan istemewa orang Melayu tutur berakhir.* menyatukan sistem pemerintahan pentadbiran negeri di Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dan Raja England sebagai ketua negara.* membalas jada orang Cina kerana membantu mereka menentang Jepun.2. Faktor-faktor penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union* Malayan Union merupakan satu tindakan politik penjajah untuk membinasa Bangsa Melayu* Malayan Union akan melenyapkan kekuasaan Raja-raja Melayu, Agama Islam dan adat resam Melayu.* Pemberian kerakyatan secara jus soli ;* orang Melayu tidak suka jus soli kerana orang Melayu tidak mahu berkongsi negeri dengan kaum pendatang.* penderitaan semasa pemerintahan jepun.* Keganasan Biantang Tiga semasa 14 hari memerintah Tanah melayu.* Kandungan Malayan union tidak menguntungkan orang Melayu.* Membantah cara Harold MacMichael memperdayakan Raja-raja Melayu untuk melaksanakan Malayan Union.* Orang Melayu bangkit memeprtahankan Raja-raja Melayu kerana Raja-raja menjadi lambang maruah bangsa.* Raja-raja Melayu dipaksa menandatangani perjanjian Malayan Union.3. Perjuangan Dato Onn Jaafar* Pemikiran dan perjuangan terhadap Malayan Union diasaskan oleh Dato Onn.* Mengetuai bangsa Melayu menenang pentdbiran Malayan Union.* Membangkitkan kesedaran di kalangan orang Melayu tentang* maruah* identiti bangsa* kebudayaan Melayu* peradapan* Menggesa Raja-raja Melayu supaya memulau upacara perlantikan Edward Fent sebagai Gabenor Malayan Union.* Pengaruh dan sokongan padu di kalangan orang Melayu menimbulkan rasa takut dan bimbang di kalangan pihak British.* Perlaksanaan Malayan Union juga mendapat tentangan daripada bekas pegawai-pegawai tinggi penjajah British.4. Perjuangan Parti Kebangsaan Malaya (PKMM)* Dalam usaha membina bangsa dan negara PKMM memperjuangkan penyatuan Malaya dan Indonesia dalam Republik Indonesia Raya.* Penyetuan ini membolehkan orang Melayu menjadi kuat dan dalam menghadapi sebarang cabaran.5. Perjuangan Angkatan Pemuda Insaf (API)* Ahmad Boestaman sebagai pemimpin API memperjuangakan kemerdekaan Tanah Melayu melalui revolusi.* Perjuangan mereka ialah supaya diwujudkan demokrasi tulen, negara menguasai ekonomi sepenuhnya dan keadilan sosial.6. Perjuangan di Sarawak* Mac Bryan memuterbelitkan kenyataan supaya ahli Majlis Tertinggi bersetuju menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahan British.* Pembesar Melayu Sarawak disegok dengan wang.* Mereka di minta menandatangani perjanjian yang dikatakan Sarawak akan diserahkan kembali kepada Raja Brooke.* Penentangan terhadap penyerahan Sarawak kepada Inggeris dilakukan oleh;* Council Negeri* Orang Melayu dan Iban.* Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS).* Walaupun mendapat tentangan British mengisytiharkan Sarawak menjadi tanah jajahan Mahkota British 1946.* Kemuncak penentangan ialah pembunuhan Gabenor Sarawak Sir Duncan Stewart 1949.ASAS PERLEMBAGAAN NEGARA1. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948* Diwujudkan berdasarkan rundingan dengan* UMNO.* wakil raja-raja Melayu.* Majlis Tindakan Bersama Se Tanah Melayu (AMC JA).* Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA).* Rundingan penjajah British British dengan Wakil-wakil Raja-raja Melayu dan UMNO melahirkan perlembagaanPersekutuan bulan Februari 1948.2. Isi Perlembagaan Prsekutuan* Kedaulatan Raja-raja Melayu dipulihkan seperti sebelum Perang Dunia Kedua.* Tanah Melayu telah dikeluarkan daripada taraf tanah jajahan dan pemerintahan secara tidak langsung diteruskan.* Kerajaan British terus mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.* Kerajaan British bertanggung jawab terhadap soal pertahanan dan hal ehwal Tanah Melayu.* Prinsip kerakyatan secara jus soli untuk orang bukan Melayu seperti dalam Malayan Union digugurkan.3. Ketetapan Perlembagaan Persekutuan* Penubuhan dua buah badan* Majlis Perundangan ( membuat undang-undang)* Majlis kerja Persekutuan ( pelaksana )* Ahli Majlis dilantik oleh Pesuruhjaya tinggi yang juga sebagai Ketua kerajaan Persekutuan.* Peringkat negeri sama dengan Persekutuan;* Raja sebagai Ketua Negeri dalam sistem Raja Berperlembagaan.* Ketua Pentadbiran negeri ialah Menteri Brsar.* Kerakyatan;* Orang Melayu yang lahir sebagai rakayat Raja-raja Melayu secara automatik menjadi warga negara Persekutuan.* Dua jenis kerakyatan orang bukan Melayu;= berdasarkan kuat kuasa undang-undang= permohonan.* Kesan dari kenyataan orang bukan Melayu ialah;= berakhirnya sejarah Tanah Melayu milik tunggal orang Melayu.= bermula perkongsian terhadap negara kita.= orang Bukan Melayu menjadi warga negara dan mendapat hak sebagairakyat Persekutuan.* Agama Islam diberi pengiktirafan sebagai agama Persekutuan.* Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bersama-sama bahasa Inggeris.4. Kesan Pembentukan Perlembagaan* Parti Komunis Malaya kecewa dengan penubuhan Persekutuan kerana gagal menguasai Tanah Melayu.* Penentangan bersenjata PKM.* Kerajaan mengisytiharkan undang-undang Darurat bermula 1948 60.* UMNO terus mendapat sokongan dan bersatu menentang komunis.* Bersatu mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu.5. Perpaduan Kaum dan Politik* Wawasan perpaduan bermula dengan Dato Onn Jaafar mencadangkan Tanah Melayu untuk semua penduduk Tanah Melayu (Malaya for Malayan).* Jawatan Kuasa Antara Kaum ditubuhkan di P.Pinang Januari 1949;* atas galakan Gabenor Jeneral British bagi Asia Tenggara iaitu Malcom MacDonald.* tujuannya untuk mengatasi hubungan orang Cina dan orang Melayu yang tegang.* pada mulanya hanya DatoOnn mewakili orang Melayu dan Dato Tan Cheng Lock mewakili orang Cina.* kemudian diperluaskan dengan 16 ahli;= 6 pemimpin Melayu= 6 pemimpin Cina= 1 pemimpin India= 1 pemimpin Serani= 1 pemimpin Sri Lanka= 1 pemimpin Eropah* Dato Onn cuba membuka keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu dengan mencadangkan nama United Malayan National Organization.* Cadangan Dato Onn mendapat tentangan orang Melayu kerana;* orang Melayu masih curiga terhadap orang Cina.* belia Cina enggan berkhidmat dalam pasukan keselamatan bagi menentang gerila komunis.* orang Melayu menganggap orang Cina tidak mahu bersekutu dengan identiti politik Tanah Melayu.* Dalam perhimpunan Agung UMNO tahun 1951 Dato Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan (IMP);* untuk berbilang kaum* tidak mendapat sambutan dari semua kaum.* Dalam tahun 1954 Dato Onn mrnubuhksn Parti Negara untuk tujuan perpaduan tetapi masih gagal.PEMBENTUKAN KERAJAAN DEMOKRASI BERPARLIMEN1. Konsep Demokrasi Berparlimen* Kerajaan demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan demokrasi yang dijalankan secara perwakilan.* Perwakilan dilakukan;* melalui proses pilihanraya* bertujuan melatih rakyat ke arah pemerintahan sendiri dengan membentuk parlimen.2. Sistem Ahli* Dalam tahun 1951 Sistem Ahli diperkenalkan;* Ahli dipilih dari anggota Majlis Perundingan Persekutuan.* Bertanggungjawab menyelesaikan maslah perkauman* Diberi tugas mengendalikan beberapa jabatan dan kerajaan.* Rombakan ahli tahun 1954 dan pewujudan beberapa portfolio;* Dato Onn Jaafar Hal Ehwal Dalam Negeri* Dr. Lee Tiang Keng Kesihatan* Dato E.E.C. Thuraisingham Pelajaran* Dato Nik Ahmad Kamil Kerajaan Temopatan, Perumahandan Perancangan Bandar.* Kolonel H.S.Lee Pengangkutan* Dr. Ismail Abdul Rahman Hasil Bumi* Mustafa Albakri Hassan Perhubungan Industri dan masyarakat* VMN Menon Pos dan Telekom.3. Pilihanraya* Beberapa pilihanraya Perbandaran diadakan;* 1951 Perbandaran George Town* 1952 Perbandaran K.Lumpur* Pilihanraya Perbandaran K.Lumpur memperlihatkan pakatan poplitik UMNO Selangor dengan MCA Selangor.* Dalam Pilihanraya Persekutuan 1955 MIC menyertai Perikatan ;* Perikatan menang 51 daripada 52 kerusi* Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri.PAKATAN MURNI1. Manifesto Kemerdekaan* Manifesto Kemerdekaan dikemukakan oleh Parti Perikatan yang mewakili semua kaum.* Manifesto ini dijadikan panduan oleh Lord Reid semasa menggubal Perlembagaan Persekutuan.* Manifesto ini mendapat perhatian istemewa oleh Suruhanjaya kerana Parti Perikatan merupakan parti pemerintah.* Dalam pakatan murni orang Melayu bersetuju menerima kerakyatan secara jus soli manakala orang bukan Melayu bersetuju menerima Raja-raja Melayu, Agama islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu2. Kenapa Pakatan Murni diterimaa. Kerakyatan;* Secara Jus soli iaitu syarat kerakyatan yang longgar.* Kerakyatan berdasarkan sama rata di kalangan warganegara Persekutuan Tanah Melayu.* Tunku Abdul Rahman Putera bersetuju menerima walaupun mendapat tentangan dari UMNO demi bertolak ansur.* orang bukan Melayu bersetuju menerima syarat yang lain.b. Kedudukan Raja-raja Melayu.* Institusi raja sebagai warisan sistem politik Melayu* Menjadi lambang kemegahan dan pernaungan orang Melayu.* rakyat menyokong pemerintahan beraja sejak dahulu.c. Agama Islam.* menjadi agama rasmi dinegeri-negeri Melayu sejak sebelum penjajah British.* Bila campurtangan di Tanah Melayu British juga tidak campur tangan dalam hal ehwal Islam.* Hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu terus kekal di tangan Raja-raja Melayu.* Bahasa Melayu memberi nilai ekonomi dan politik antara bangsa.d. Bahasa Melayu.* menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) diGugusan Kepulauan Melayu sejak berabad-abad lamanya.* menjadi bukti orang Melayu mempunyai alam dan budaya.* petunjuk kepada perkembangan tamadun orang Melayu.* British tidak menghapus bahasa Melayu ketika menjajah.* Bahasa Melayu memberi nilai ekonomi dan politik antara bangsa.e. Kedudukan istemewa orang Melayu.* sudah termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.* menjaga hak orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.* mempertingkatkan kemajuan orang Melayu yang ketinggalan dalam semua bidang kehidupan.3. Kejayaan Pakaran Murni* Membentuk sebuah kerajaan demkrasi yang adil.* Dengan adanya pakatan ini dapat meneruskan amalan pemerintahan Raja Berperlembagaan dalam kerajaan Demokrasi Ber[arlimen.* Mencapai perpaduan kaum.* Mewujudkan satu masyarakat yang adil dan bermufakat bagi membolehkan hasil negara dibahagikan secara saksama.4. Amalan Demokrasi.* Amalan demokrasi bukan institusi baru. Diamalkan dalam adat Perpatih yang mementingkan permaufakatan.* Dalam konteks moden demokrasi ialah pemerintahan dari rakyat untuk rakyat.* Dalam sistem demokrasi kerajaan yang dipilih secara bebas oleh rakyat untuk rakyat.* Dalam sitem demokrasi tedapat kebebasan bersuara.5. Sistem Parlimen* Amalan mesyuarat merupakan amalan tradisional pemerintahan Melayu.* Orang Besar Berempat sebagai penasihat raja dianggap sebagai Jemaah Menteri /eksekutif.* Penghulu mewakili rakayat /wakil rakyat.* Dalam masa pemerintahan British di Sarawak;* pembentukan Council Negeri tahun 1867.* Dalam pemerintahan negeri Johor;* 1873 Sate Council* 1914 State Executive Council.CIRI-CIRI DEMOKRASI BERPARLIMEN1. Perlembagaan* adalah undang-undang dasar yang menentukan bentuk kerajaan dankuasa yang boleh digunakan oleh kerajaan.* Kuasa membuat undang-undang ditetapkan oleh Perlembagaan.* Perlembagaan Malaysia berdasarakan kepada ;* perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948* Perlembagaan Kemerdekaan 1957* Perlembagaan boleh dipinda dari semasa ke semasa menurut keadaan dan keperluan masyarakat.* Sebagai negara Perskutuan Perlembagaan Malaysia mempunyai pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.* Senarai kuasa kerajaan Persekutuan:= Kehakiman= Hal Ehwal Luar Negara= Kewangan= Pendidikan= Pertahanan* Senarai kuasa kerajaan Negeri= Undang-undang= Tanah= Pertanian= Perhutanan= Perlombongan* Senarai kuasa Bersama= Kebajikan Masyarkat= Biasiswa= Perlindungan Mergastua* Perkara yang tidak disenaraikan diletakkan dalam kuasa Dewan Undangan Negeri. Parlimen boleh membuat undang-undang walaupun perkara itu termasuk dalam senarai negeri.2. Raja Berperlembagaana. Yang DiPertuan Agong menjadi Ketua Negara* dipilih di kalangan Raja Melayu secara bergilir-gilir dan tempoh perkhidmatan ialah selama 5 tahun.* Dalam Sistem Raja Berpelembagaan, Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu menjalankan pemerintahan negara dan negeri atas nasihat Ketua Kerajaan.* Ketua Kerajaan Persekutuan ialah Perdana Menteri* Ketua Kerajaan Negeri ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.* Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri.* Menteri Besar / Ketua Menteri mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Kabinet Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.b. Kuasa Yang Di Pertuan Agong* atas budi bicara melantik Perdana Menteri.* memperkenankan perintah membubarkan Perlimen.* memerintah mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu.* Melalui perkara 153, Perlembagaan, melindungi orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan kaum-kaun lain.* menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera.* pengampunan bagi kesalahan dalam Wilayah Persekutuan. Bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan.* menjadi Ketua Agama bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan serta negerinya sendiri.* kuasa mengisytiharkan Darurat atas nasihat Jemaah Menteri.* semua rang undang-undang diluluskan oleh Parlimen perlu diperkenankan oleh baginda.* melantik anggita jemaah Menteri dan Hakim Mahkamah.3. Badan Perundangan : Parlimen* Badan yang membuat undang-undang di peringkat Persekutuan ialah Parlimen.a. Parlimen terdiri daripada;* Yang di Pertuan Agong* Dewan Negara* Dewan Rakyatb. Dewan rakyat mempunyai keahlian yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.* Keanggotaan Dewan bertambah dari masa kesemasa* 1955 hanya 52 ahli (Pilihanraya Pertama)* 1959 meningkat 104 ahli (Parlimen Bicameral)* 1963 menajdi 180 ahli (Kemasukan Sabah dan Sarawak)* Ahli Dewan Rakyat dipilih selama 5 tahun (tertakluk kepada pilihanraya) dan boleh dilantik menjadi Jemaaah Menteri.c. Dewan Negara atau Senet pada prinsipnya lebih tinggi daripada Dewan Rakyat.* pada mulanya ahlinya seramai 38 orang;* 16 dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong.* 22 dipilih oleh Dewan Undangan negeri (2 orang dari sau negeri)* Dengan kemasukan Sabah dan Sarawak dan pembentukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan anggotanya menjadi 69 orang.* 40 dilantik oleh yang Di Pertuan Agong.* 29 oleh negeri dan Wilayah Persekutuan.* Senator berkhidmat selama 3 tahun dan boleh dipilih semula jika perlu.* Senator juga boleh dilantik menjadi Menteri.Proses Penggubalan Undang-undang1. Sebelum di bawa ke Parlimen:* Menteri menetapkan satu cadangan atau dasar.* berunding dengan Peguam Negara.* dikemukakan sekali lagi kepada Jemaah Menteri.* Menteri akan memaklumkan kepada Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Negara.* menegedarkan rang -undang-undang yang dicetak kepada semua Ahli Parlimen.2. Proses Dewan Rakyat:* Bacaan Pertama (Memberi tahu secara lisan)* Bacaaan kedua (prinsip dan rang unang-undang dibahaskan).* Perbincangan peringkat Jawatankuasa Dewan.* Bacaan kali ketiga (diluluskan atu di tolak)* dibawa kepada Dewan Negara.3. Proses Dewan Negara:* membahaskan rang undang-undang melalui proses yang sama dengan Dewan Rakyat.4. Perkenan oleh Yang Di Pertuan Agong:* Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara akan dibawa kepada Yang DiPertuan Agong untuk diperkenankan.* Jika undang-undang tidak diluluskan oleh Dewan Negara ia akan dibincangkan semula oleh Dewan Rakyat* Jika Dewan Rakyat meluluskan sekali ini ia terus di bawa kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA).* YDPA menurunkan Cop Mphpr Besar kepada rang undang-undang tersebut .5. Rang Undang-undang menjadi Akta dan diwartakan dalam Warta Kerajaan.6. Rang undang-undang yang diluluskan;* oleh Parlimen disebut Akta.* oleh Dewan Undangan Negeri disebut Enakmen.* oleh Dewan Undangan Sabah dan Sarawak disebut Ordinan.Badan Pelaksana: Jemaah Menteri dan Kementeriana. Jemaah Menteri atau Kabinet;* badan pelaksana undang-undang* penggubak dasar yang tertinggi.* melaksanakan kuasa eksekutif peringakt Persekutuan.* menjalankan fungsi secara tanggungjawab bersama terhadap sesuatu keputusan yang diambil.b. Menteri;* bdertanggungjawab kepada Parlimen.* mengetuai sebuah atau beberapa kementrian bagi melaksanakan;* undang-undang* perancangan* dasar kerajaan* Menteri dibantu oleh* Timbalan Menteri.* Setiausaha Parlimen* Setiausaha Politikc. Kementerian;* dilengkapkan dengan pegawai dan kaki tangan perkhidmatan awam.* pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian dan dibantu oleh pegawai perkhidmatan tadbir dan perkhidmatan isktisas serta kakitangan am.* mempunyai bahagian dan kabatan-jabatan diperingakat pusat, negeri dan daerah.* ada kementerian yang mempunyai Badan Berkanun seperti Kementerian Pendidikan.* Dewan Bahasa dan Pustaka* Universiti-universiti* Institut Teknologi Mara* Badan Berkanun ialah agensi yang bersifat autonomi dan mempunyai ketua atau pengerusinya yang tersendiri.d. Suruhanjaya-suruhanjaya.* bertujuan untuk urusan perlantikan kenaikan pangkat dan mengawal disiplin pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam.* antara Suruhanjaya ialah;* Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.* Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.* Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.* Suruhanjaya Pasukan Polis.* Majlis Angkatan Tentera.Badan Kehakiman: Mahkamah.a. Kuasa Mahkamah.* kuasa yang lebih besar dari Parlimrn dan badan pelaksana.* berkuasa mentafsir perlembagaan, menguatkuasa undang-undang.* boleh mengisytiharkan sebarang undang-undang sebagai sah.* berkuasa mengisytiharkan sebahagian tindakan kerajaan sebagai tidak sah atau bertentangan dengan undang-undang.b. Ciri-ciri penting badan Kehakiman.* tidak memihak kepada mana-mana pihak.* bebas daripada kawalan sama ada badan perundangan atau badan pelaksana atau daripada sesiapa pun.c. Kehakiman;* dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri.* kebanyakan perbicaraan dijalankan oleh Mahkamah Rendah dan Mahkamah Sesyen.d. Mahkamah terdiri daripada;* Mahkamah Rendah.* Mahkamah Utama.e. Mahkamah Rendah terdiri daripada* Mahkamah Penghulu.* Mahkamah Majisteret Kelas satu.* Mahkamah Majisteret Kelas Dua.* Mahkamah Sesyen.f. Mahkamah Utama terdiri daripada;* Mahkamah Agung* Mahkamah Tinggi* Mahkamah Tinggi Malaya* Mahkamah Tinggi Borneo.g. Mahkamah Agung merupakan;* Mahkamah rayuan yang terakhir.* sebelum tahun 1985 dikenali sebagai Mahkamah Persekutuan.h. Peguam Negara;* penasihat undang-undang kerajaan.* bertindak sebagai Pedakwa Raya atau Peguam Bela bagi pihak kerajaan,* dibantu oleh pegawai daripada Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.6. Pemerintahan Rakyata. Parti Politik Pertubuhan Politik Sebelum Perang Dunia Keduai) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)* ditubuhkan tahun 1926* memperjuangkan kedudukan istemewa orang Melayu di N.Selatii) Kesatuan Melayu Muda (KMM)* ditubuhkan tahun 1938* bersikap radikal* anti penjajah British* memperjuangkan kemerdekaan* mengekalkan identiti politik Melayu melalui percantuman dengan Indonesia.b. Kesedaran Melayu selepas Perang Dunia Keduai) United Malays Nasional Organization (UMNO)* Ditubuhkan pada bulan Mei tahun 1946 selepas Kongres Melayu pada Mac 1946.* Kongres dihadiri oleh 39 pertubuhan.* bersetuju menubuhkan sebuah parti politik yang diberi nama UMNO.* Antara pertubuhan tersebut ialah:* Persatuan Melayu Swlangor* Pergerakan Melayu Semenanjung* Persatuan Melayu Kelantan* PKMM* Pada mulanya UMNO mengamalkan sistem gabungan.* Menjelang tahun 1949 disusun semula sistem organisasi dengan mewujudkan sistem cawangan, bahagian dan pusatiii) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)* ditubuhkan pada tahun 1945 oleh pemimpin KMM yang diharamkan.* sebuah parti yang radikal.* menyertai UMNO tahun 1946* keluar daripada UMNO tahun 1946 kerana gagal mempengaruhi pemikiran politik Melayu dalam UMNO.* daripadanya lahir satu gabungan politik kiri Melayu iaitu Pusat Tenaga Rakyat.* akhirnya sebahagian klecil ahli PKMM menyetai Parti Komunis Malaya menentang British.c. Perjuangan Bercorak Islami) Parti Hizbul Muslimin (HAMIM)* ditubuhkan oleh pelajar lepasan pengajian Islam* diharamlan oleh penjajah British.ii) Parti Islam Se-Tanah Melayu* ditubuhkan dalam tahun 1951 sebagai Biro Agama dalam UMNO* didaftar sebagai sebuah parti politik dalam tahun 1955.* darinya lahir BERJASA tahun 1977 dan HAMIM tahun 1983d. Pertubuhan Politik Cinai) Persatuan Cina Malaya (MCA)* ditubuhkan secara trasmi tahun 1949* tujuannya ialah untuk menjaga kebajikanorang Cina di Tanah Melayu* penubuhannya mendapat sokongan British kerana British mahu mengalih pandangan orang Cina daripada menyokong Komunis.* pimpinan utamanya ialah Tan Cheng Lock* tahun 1952 bergabung dengan UMNO Selangor dalam pilihanraya Majlis Perbandaran K.Lumpur.* tahun 1955 bergabung dalam PERIKATAN.e. Pertubuhan Politik Indiai) Kongres India Tanah Melayu (MIC)* dithubuhkan pada tahun 1946* tujuannya untuk mebela nasib orang India di T.Melayu* pemimpin pertamanya ialah John Thivy* menyertai Perikatan tahun 1955ii) Parti Kemajuan Rakyat (PPP)* pemimpin dari keturunan Sri Lanka* berpusat di Perakiii) Konggres India Muslim Malaysia (KIMMA)* ditubuhkan pada tahun 1974* untuk menjaga kepentingan kaum India yang berugama Islam.f. Parti Politik di Sarawaki) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)* ditubuhkan dalam tahun 1959* oleh orang-orang Cina* pemimpinnya Ong Kee Hui.ii) Parti Negara Sarawak (PANAS)* ditubuhkan dalam tahun 1960* oleh orang-orang Melayu* pemimpinnya Datu Bandar Abang Mustapha* partai pelbagai kaum pada mulanya.* akhirnya menjadi parti yang dikuasai oleh Bumiputera sahaja.iii) Barisan Rakyat jati Sarawak (BARJASA)* dipimpin oleh Datuk Tuanku Haji Bujang.* parti Bumipputera.iv) Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)* orang-orang Iban.* pemimpinnya Stephen Kalong Ningkan.v) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)* ditubuhkan tahun 1962* orang-orang Iban* pemimpinnya Temenggung Jugah anak Barieng.vi) Parti Perikatan Sarawak* ditubuhkan tahun 1963* gabungan PANAS, PESAKA, SNAP dan BARJASA.Parti Politik di Sabahi) Parti Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO)* ditubuhkan tahun 1961* orang-orang Kadazan* pemimpinnya Donald Stephensii) Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO)* ditubuhkan tahun 1961* penduduk Bumiputera* pemimpinnya Datu Musthapha b. Datu Harun.iii) Parti Perikatan Sabah* ditubuhkan tahun 1962* gabungan USNO, UNKO dan SCAiv) Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJASA)* ditubuhkan tahun 1975* akibat perpecahan* pemimpinnyaHaris Sallehb. Pilihanrayai) Pilihanraya adalah satu cara memilih wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri melalui undiii) kesahihan pilihanraya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 113 hingga Perkara 120iii) Kenapa Pilihanraya menjadi penting:* merupakan amalan demokrasi* penglibatan rakyat dalam menentukan kerjaan yang memerintah* menjamin leadilan sosial* mengutamakan kehendal dan kepentingan rakayativ) Proses pilihanraya melibatkan:* Suruhanjaya pilihanraya* pengundi* calonv) Suruhanjaya Pilihanraya* mengandungi seorang Pengerusi dan 4 orang ahli* dilantik oleh Yang Dipertuan Agung* sebuah badan bebas* pentadbiran pilihanraya diketuai oleh Setiausaha Suruhanjaya P.raya* Suruhanjaya Pilihanraha* bertanggung jawab terhadap* pendaftaran pengundi* penamaan calon* pengundianvi) Pengundi:* Kelayakan mengundi mengikut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan* warganegara yang mencapai umur 21 tahun* bermastautin di kawasan* mendaftar dalam daftar pengundi* sempurna akal* tidak menjalani hukuman penjara* Pengundian boleh dijalankan melalui pos bagi;* anggota pasukan keselamatan* pegawai kerajaan yang bertugas diluar negara* pelajar Malaysia yang menuntut diluar negara* pegawai pilihanrayav) Calon Pilihanraya:* seorang itu layak menjadi calon bila;* berumur tidak kurang 21 tahun untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri dan 30 tahun untuk Dewan Negara sempurna akal tidak muflis bukan pegawai kerajaan tidak dihukum penjara lebih daripada setahun atau denda lebihdaripada RM 2000. taat setia kepada negara tidak memperolehi kerakyatan negara lain* Calon-calon bpleh betaanding atas nama Parti atau secara individu sebagai calon bebas* Proses Pengundian:* penaman calon* kempen* hari pengundian* Calon yang menangdalam pilihanraya akan mewakili kawasannya selama tidak lebih 5 tahunviii) Perkembangan pilihanraya di Malaysia.* Jumlah pengundi bertambah dari masa ke semasa* kawasan pilihanraya juga bertambah* tahun 1959 104 kawasan Parlimen 282 Dewan Undangan Negeri* tahun 1990 180 kawasan Parlimen 447 Dewan Undangan Negeri* Keputusan pilihanraya* ketokohan calon* kekuatan parti politik* dasar parti atau kerajaan yang memerintah* manifesto pilihanraya* strategi dan taktik memancing* permuafakatan antara parti politikKELUHURAN PERLEMBAGAAN1. Pengenalan:* Keluhuran bermaksud keagungan atau kemuliaan* Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Oleh itu semua jenis undang-undang yang bercanggah dengannya adalah tidak sah* Undang-undang Negeri juga mesti selaras dengan undang-undang Persekutuan* Badan kehakiman bertanggung jawab menjaga supaya peruntukan Perlembagaan tidak tercabar atau terjejas oleh undang-undang Parlimen* Ketinggian Perlembagaan juga jelas dilihat dari segi kedudukan Yang Di pertuan Agong yang mengatasi undang-undang tetapi kuasa dan kewibawaannya ditentukan oleh Perlembagaan.* Perlembagaan merupakan dokumen rujukan negara.* Dalam Perlembagaan terdapat perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:* Agama Islam sebagai agama Persekutuan* Kedudukan istemewa orang-orang Melayu, bumiputera di Sabah dan Sarawak.* Kedudukan bahasa Melayu sebai lambang semangat kebangsaan dan perpaduan negara.* kedudukan Raja-raja Melayu yang menjadi lambang tradisi kerajaan.* kerakyatan* Perlembagaan negara menjadi pelindung bagi penduduk dan negara. Keluhuran dan ketinggiannya mengatasi:* Yang Di pertuan Agong* Parlimen* Jemaah Menteri* Mahkamah*2. Kepentingan Perlembagaan* Menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik negara* Menggariskan kebebasan dan hak asasi warganegra seperti:* kebebasan diri* kebebasan bercakap* kebebasan memiliki harta* kebebasan beragama* Menentukan batasan bagi menjaga keselamatan dan memastikan pentadbiran berjalan dengan lancar bagi kemakmuran rakyat.* Menjamin taat setia rakyat kepada negara melalui Perkara 24 dan 25.* rakyat yang tidak taat setia boleh dilicutkan kerakyatan* rakyat yang menjadi warganegara asing boleh juga dilucutkan kerakyatan.* Memastikan wujudnya keadilan sosial antara kaum* Menghadkan kebebasan bercakap untuk keselamatan negara.* Menentukan supaya hak keistemewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak dipersoalkan.* Penyerahan sebahagian kuasa kepada kerajaan pusat oleh kerajaan Sabah dan Sarawak.* Mempunyai Perlembagaan Negeri sebagai panduan di Negeri.3. Keadilan Sosial:* Sikap bertolak ansur setiap kaum* Mendekatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum.* Hak dan kebebasan asasi.* kebebasan diri* bercakap* berhimpun* menubuhkan persatuan* beragama* bebas dari menjadi hamba atau buruh paksa* Setiap warganegara diberi perlindungan daripada penjenayah melalui undang-undang.* Pembahagian kuasa antara Persekutuan dan Negeri .* Tujuan keadilan soisal ialah:* memelihara satu cara hidup yang demokratik* melahirkan masyarakat adil* mewujudkan kemakmuran negaraCARA-CARA PINDAAN PERLEMBAGAAN1. Perkara yang memerlukan lebih suara dua pertiga Parlimen dan mendapat keizinan Majlis Raja-raja.* Perkara tersebut ialah:* tugas dan kuasa Majlis Raja-raja* keutamaan Yang Di pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Raja-raja Melayu dan Yang Di Petuan Negeri.* Jaminan takhta* Kedudukan istemewa orang Melayu dan bumputera di Sabah dan Sarawak.* Hal undang-undang berkaitan mengubah sempadan negeri.* Contoh pindaan tahun 1971 yang melarang mempersoalkan isu sensitif.2. Perkara-perkara yang menyentuh kepentingan Sabah dan Sarawak yang memerlukan lebih suara dua pertiga Parlimen dan persetujuan Yang Di pertuan Negeri berkenaan.* Antara perkara-perkara tersebut ialah:* Keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Warawak.* Perundangan dan pemerintahan dalam kuasa negeri, hal agama, bahasa dan kedudukan istemewa bumiputera.* Akta Imigresen 1963 memberi kuasa kepada kerajaan negeri melarang orang yang bukan dari Sabah dan Sarawak dari memasuki Sabah dan Sarawak.3. Perkara-perkara yang boleh dipinda hanya dengan mendapat lebih suara dalam Parlimen:* Antara perkara-perkara tersebut ialah:* Jadual-jadual tertentu dalam Bahagian III Perlembagaan* Perkara 74 dan 76 dalam Perlembagaan* Perkara 74 ialah memperuntukkan pindaan dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama.* Perkara 76 memperuntukkan pindaan dalam Senarai Negari yang melibatkan perlaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvenyen antara kerajaan Persekutuan dengan mana-mana negraa lain.4. Perkara-perkara yang dipinda hanya dengn lebih suara dua pertiga dalam kedua-dua dewan Parlimen, iaitu perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tiga cara yang tersebut di atas.