bab 3

18
1 BAB 3 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 PENGENALAN Dalam bab ini akan dijelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan yang lain untuk kajian ini. Sehubungan itu, bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, maka penyelidikan perlulah dijalankan. Justeru, perancangan teliti perlu dilakukan untuk memudahkan data serta maklumat penyelidikan dikumpulkan, dianalisis dan dinilai. Perkara-perkara yang dibincangkan ialah reka bentuk penyelidikan, sampel kajian, instrumen kajian, proses pengumpulan data serta analisis data. 3.2 REKA BENTUK KAJIAN Rek bentuk kajian merupakan satu rangka kerja untuk mendapatkan satu kesimpulan terhadap satu persoalan (Yin, 1994). Mengikut Creswell (2002), terdapat lapan reka bentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan. Reka bentuk kajian itu adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan antara kedua- duanya.

Upload: anne-sudki

Post on 19-Jan-2016

123 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bab 3

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 3

1

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 PENGENALAN

Dalam bab ini akan dijelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kaedah

penyelidikan yang lain untuk kajian ini. Sehubungan itu, bagi mencapai objektif

yang telah ditetapkan, maka penyelidikan perlulah dijalankan. Justeru, perancangan

teliti perlu dilakukan untuk memudahkan data serta maklumat penyelidikan

dikumpulkan, dianalisis dan dinilai. Perkara-perkara yang dibincangkan ialah reka

bentuk penyelidikan, sampel kajian, instrumen kajian, proses pengumpulan data serta

analisis data.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Rek bentuk kajian merupakan satu rangka kerja untuk mendapatkan satu kesimpulan

terhadap satu persoalan (Yin, 1994). Mengikut Creswell (2002), terdapat lapan reka

bentuk kajian yang biasa digunakan dalam kajian pendidikan. Reka bentuk kajian itu

adalah sama ada kuantitatif, kualitatif atau kadang-kadang gabungan antara kedua-

duanya.

Page 2: BAB 3

2

Kaedah kajian merupakan langkah-langkah atau prosedur yang diambil untuk

mencapai objektif kajian. Oleh itu, kaedah kajian perlu menyatakan jenis maklumat

yang akan dikumpul, teknik pengumpulan data, kawasan yang dikaji dan kaedah

analisis (Noor Madina Mohd Noor, 2001).

Sejak tahun 1930an, pengkaji-pengkaji bidang pendidikan dan sains sosial

telah menggabungkan beberapa kaedah kajian untuk mengutip data mereka (Sieber,

1973).

Menurut L.R. Gay et.al (2009:462), Kaedah Campuran (gabungan) adalah

rekabentuk penyelidikan pendekatan campuran yang menggabungkan pendekatan

kualitatif dan kuantitatif dengan memasukkan kedua-dua data kualitatif dan

kuantitatif dalam satu kajian.

Menurut Creswell & Plano Clark (2007), rekabentuk kajian campuran

(gabungan) merupakan satu prrosedur pengumpulan data, analisis, dan gabungan

kedua-dua kajian kuantitatif dan kualitatif dan metodologi dalam satu kajian untuk

memahami dan menjawab persoalan kajian.

Tujuan utama pengkaji menggunakan kajian kaedah campuran (gabungan) ini

adalah untuk menghasilkan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang kukuh untuk

memahami fenomena kajian dengan sepenuhnya berbanding menggunakan kualitatif

Page 3: BAB 3

3

dan kuantitatif secara sendiri, di samping untuk memantapkan sokongan terhadap

sesuatu isu, hujah atau dapatan yang diperoleh daripada pelbagai perspektif sama ada

kualitatif atau kuantitatif. Justeru itu, reka bentuk kajian saya ialah reka bentuk

gabungan.

3.3 SAMPEL KAJIAN

Dalam kajian kuantitatif, strategi persampelan bukan-berkebarangkalian (non-

probability sampling) adalah yang sesuai digunakan di dalam kajian ini. Persampelan

mudah (convinience sampling) disifatkan juga sebagai sampel accidental atau

available (Babbie, 1998). Sampel jenis ini dipilih kerana sampel adalah terdiri

daripada murid-murid Tahap 1 di sekolah pengkaji sendiri malah ianya juga mudah

dijalankan oleh pengkaji. Selain itu, pengkaji juga sudah mengetahui latar belakang

sampel serta keluarga mereka.

Seramai 5 orang murid Tahun 3 akan dijadikan sampel di dalam kajian ini.

Murid-murid yang akan terlibat berumur 9 tahun. Mereka ini terdiri daripada

murid-murid Kelas 3 Bijak SK Yong Peng, Yong Peng, Batu Pahat, Johor.

Kesemua 5 orang murid ini boleh membaca dengan lancar dan dua orang

daripadanya pula boleh membina ayat tunggal dan majmuk dengan baik. Walau

bagaimanapun, mereka tidak menitikberatkan penggunaan huruf besar dalam

penulisan mereka. Oleh itu, penyelidikan tindakan ini dijalankan sekurang-

Page 4: BAB 3

4

kurangnya bagi mengurangkan masalah yang mereka hadapi. Pada masa yang sama,

penyelidikan ini boleh menambah baik amalan pengajaran saya dalam Bahasa

Melayu.

Jadual : Latar Belakang Demografi Sampel

Jantina Bilangan Peratus

Lelaki 3 60%

Perempuan 2 40%

JUMLAH 5 100%

Jadual ..... : Profil Responden Kajian

Bilangan Subjek Jantina Prestasi Akademik

5 orang

3 lelaki

60%

Sederhana = 2 (40%)

Lemah = 1 (20%)

2 perempuan

40%

Sederhana = 1 (20%)

Lemah = 1 (20%)

Page 5: BAB 3

5

3.4 TEMPAT KAJIAN

Kajian dijalankan di Bilik ICT Sekolah Kebangsaan Yong Peng. Bilik ini dipilih

kerana kesesuaian dan kemudahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini

adalah tersedia.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Alat-alat kajian perlu dibina terlebih dahulu sebelum kajian sebenar dijalankan.

Sekiranya kajian menggunakan ujian, ia perlu dirancang dan dibina supaya

bersesuaian dengan tujuan dan objektif kajian (David Lim, 2011).

Rajah 4 : Pembinaan Alat Kajian

Menentukan Kandungan

Menentukan Objektif

PEMBINAAN ALAT KAJIAN

Page 6: BAB 3

6

Beberapa jenis instrumen telah dipilih untuk digunakan di dalam kajian ini

berdasarkan kaedah gabungan yang dipilih. Instrumen ini diberikan secara

berperingkat mengikut keperluan kajian dan pemprosesan data.

3.5.1 Soal Selidik

Borang soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang latar

belakang murid serta respon ibu bapa terhadap pelajaran murid-murid.

Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk

mendapatkan jawapan yang tepat secara jujur.

3.5.2 Ujian Pra

Kajian dimulakan dengan menjalankan ujian pra kepada murid-murid. Ujian

pra digunakan untuk mementukan pencapaian murid sebelum mengikuti sesi

pembelajaran. Ujian ini mengandungi 10 soalan yang akan diuji kepada

setiap murid.

3.5.3 Ujian Pos

Ujian pos pula akan dijalankan setelah tamat sesi pembelajaran. Soalan-

soalan bagi ujian pra dan ujian pos adalah berbentuk latihan mengesan

penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas. Ujian pos bertujuan

untuk menguji tahap keberkesanan P&P yang dijalankan oleh guru bagi tajuk

Page 7: BAB 3

7

yang diuji. Oleh sebab itu, soalan-soalan bagi ujian pra dan ujian pos mestilah

sama bagi menentukan variabel ujian adalah tepat dan sah.

3.5.4 Temu Bual

Temu bual juga digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kefahaman

mengenai tajuk yang disampaikan dan kualiti pengajaran dan penyampaian

guru.

3.5.5 Pemerhatian

Melalui pemerhatian pula, sikap murid dilihat secara tidak langsung sewaktu

aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tindakbalas murid juga

dinilai semasa mereka menjawab soalan yang dikemukakan. Semakan buku

latihan murid, ujian-ujian bulanan dan pentaksiran secara tidak langsung

dapat menilai tahap perkembangan murid dalam menguasai kemahiran

berkenaan.

3.5.6 Semakan dan penandaan buku latihan, kertas pentaksiran dan

kertas ujian.

Semakan buku latihan secara tidak langsung dapat menilai tahap

perkembangan murid dalam menguasai kamahiran berkenaan. Penandaan

kertas pentaksiran dan ujian dapat memberi data tentang penguasaan murid

Page 8: BAB 3

8

walaupun soalan-soalan di dalam kertas pentaksiran dan ujian tidak memokus

khas kepada huruf besar pada kata nama khas sahaja.

3.6 PROSES PENGUMPULAN DATA

Data boleh boleh didefinisikan sebagai fakta yang diakui dan terjadi (Noor Madina

Mohd Noor, 2001).

Rajah 5 : Proses Pengumpulan Data

laporan dari data yang diperoleh

analisa data yang diperoleh

proses data mentah yang diperoleh

edar soalan pos

edar soalan pra

edar borang soal selidik

proses data mentah

Kenal pasti sampel

Page 9: BAB 3

9

Jenis-jenis data yang akan dikumpul di dalam kajian ini adalah data primer dan data

sekunder. Data primer akan diperolehi melalui kaedah borang soal selidik manakala

data sekunder akan diperolehi melalui pembacaan dan penelitian sumber-sumber

berbentuk dokumen seperti jurnal, buku-buku, artikel dan kajian-kajian lepas.

3.6.1 Kaedah Pengumpulan Data Primer

Pengkaji akan menjalankan sendiri kajian melalui borang kaji selidik, soalan

ujian pra, ujian pos juga pemerhatian. Kesemua data akan dikutip untuk

tindakan selanjutnya. Penganalisisan data merupakan proses penting

menguruskan semua hasil kajian dari sampel yang diperolehi. Data yang

telah diproses akan menghasilkan dua bentuk data iaitu data kuantitatif dan

data kualitatif. Markah yang didapati dari ujian pra, ujian pos dan soal-

selidik merupakan data kuantitatif sementara hasil pemerhatian pula

merupakan data kualitatif.

Kajian tindakan memerlukan asas empirical yang kukuh untuk

membolehkan tindakan yang tepat dijalankan. Oleh itu, pengumpulan data

yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi adalah sangat

penting.

Page 10: BAB 3

10

3.6.1.1 Soal Selidik

Soal selidik digunakan untuk mendapatkan persepsi responden kajian

terhadap keberkesanaan kajian tindakan. Soal Selidik ini

mengandungi 5 item. (Lampiran 1)

3.6.1.2 Ujian Pra

Pra Ujian diadakan untuk mengesan kelemahan dalam kemahiran

penggunaan huruf besar dalam penulisan, berbentuk salin balik ayat

dengan menggunakan huruf besar dengan betul kepada murid kelas 3

Bijak. Hasil daripada ujian itu nanti saya akan dapat mengenal pasti

murid-murid yang betul-betul bermasalah dalam penggunaan huruf

besar.

Aktiviti dijalankan seperti berikut:

Item 1

1. Membaca ayat mudah dan lengkapkan dengan penggunaan huruf

besar.

2. Mengesan penggunaan huruf besar dengan menanda bulatan pada

ayat tersebut.

Item 2

1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar di permulaan ayat.

2. Bulatkan huruf besar pada kata nama khas. Salin semula ayat dengan

betul.

Page 11: BAB 3

11

Item 3

1. Membaca ayat-ayat mudah yang diberi tanpa huruf besar.

2. Menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di

tempat yang sesuai. Bulatkan huruf-huruf yang perlu ditulis dengan

huruf besar. (Lampiran 2)

3.6.1.3 Ujian Pos

Ujian pos diberikan kepada responden selepas sesi P&P dilakukan.

Soalan-soalan bagi ujian pos adalah sama dengan soalan ujian pra.

3.6.1.4 Temu Bual

Dalam kajian ini, saya telah menemu bual kelima-lima responden yang

terlibat dalam kajian ini. Dalam temu bual ini, soalan-soalan yang

dikemukakan adalah berkaitan dengan keberkesanan Teknik Bulatan

yang dilaksanakan. Temubual ini dilaksanakan selepaskan selepas sesi

pengajaran dan pembelajaran. (Lampiran 3)

3.6.1.5 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara

kritikal. Pemerhatian sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku

murid berdasarkan pemboleh ubah atau aspek yang dikenal pasti.

Page 12: BAB 3

12

Pemerhatian perlu dijalankan secara sistematik. Pemerhatian

boleh dilaksanakan dengan mencatat nota tentang apa yang berlaku di

bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Misalnya

bagaimana guru dan bagaimana reaksi murid semasa pengajaran.

3.6.2 Kaedah Pengumpulan Data Sekunder

Data sekunder pula dikumpul melalui sumber berbentuk dokumen berkaitan

seperti Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum, Dokumen Standard

Prestasi, Buku Panduan Guru, majalah, jurnal dan seumpamanya tentang

penggunaan huruf besar pada pangkal kata nama khas.

3.7 ANALISIS DATA

Kaedah kajian merupakan langkah-langkah atau prosedur yang diambil untuk

mencapai objektif kajian. Oleh itu, kaedah kajian perlu menyatakan jenis maklumat

yang akan dikumpul, teknik pengumpulan data, kawasan yang dikaji dan kaedah

analisis. Kajian kuantitatif adalah kajian yang berkaitan dengan masalah manusia

dan soalan berdasarkan ujian hipotesis dan teori. Hasil yang diperolehi daripada

kaedah kajian ini adalah berbentuk fakta berasaskan kepada rekod-rekod tertentu.

Kajian tersebut juga berdasarkan kuantiti yang menggunakan angka, skor dan

kekerapan.

Page 13: BAB 3

13

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dimanfaatkan dalam kajian ini untuk

tujuan analisis dan merumus data yang telah diperolehi. Kaedah yang dipilih dalam

menganalisis dan merumus kajian ini adalah kaedah statistik deskriptif. Kaedah ini

digunakan kerana kaedah ini mudah difahami dan mampu memberi gambaran umum

dan idea tentang apa yang berlaku kepada keputusan kajian. Penilaian akan dibuat

pada keputusan ujian pra dan ujian pos yang akan diberikan kepada murid-murid

Tahun 3 Bijak yang terlibat untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran yang

diajar.

Statistik deskriptif untuk menghitung frekuensi, min dan sisihan piawai serta

peratusan bagi setiap masalah dan variabel bebas iaitu proses pengajaran

menggunakan Teknik Bulatan. Teknik pembentangan data pula adalah untuk

memudahkan penyelidik membuat proses penganalisisan data. Teknik ini akan

membantu penyelidik membuat perbandingan, kesimpulan, dan mengambil tindakan

selanjutnya.

3.8 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, beberapa prosedur yang wajar telah dilakukan bagi menyiapkan

proposal kajian dalam penyelidikan ini. Metodologi kajian yang digunakan bagi

melaksanakan kajian ini amat penting bagi menjurus ke arah pencapaian objektif dan

persoalan yang telah diajukan. Bertepatan dengan itu, rekabentuk kajian ini

Page 14: BAB 3

14

menggunakan kaedah kajian tindakan bagi menambah baik pencapaian murid Tahun

3 dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantatif

dan kualitatif menilai dapatan markah sampel kajian dan pemerhatian perubahan

tingkahlaku. Bagi menentukannya, pengkaji akan membandingkan kedua-dua

keputusan ujian pra dan ujian pos yang akan diberikan kepada mereka. Hasil

daripada penganalisaan statistik ke atas data yang diperolehi akan memberikan

pengkaji keputusan samada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan

Teknik Bulatan adalah berkesan sekaligus dapat membantu memantapkan

penguasaan aspek penulisan murid yang akan berada dalam tahun empat pada tahun

2014.

Page 15: BAB 3

15

RUJUKAN

Abdul Ghalib Yunus. (2011). Kata nama am atau kata nama khas. Munsyi Dewan:

Siri 533.

Abdul Karim Jaafar. ( ). Tatabahasa Intensif Bahasa Malaysia 5b. Bangi :

Tunas Pelangi Sdn Bhd.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca

dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar.

Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti Pendidikan

Sultan Idris. 2 – 4 Jun 2008. Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis

bahasa melayu murid-murid sekolah rendah di luar bandar. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu 1 Vol. 1(5)

Azman Wan Chik. (1987). Kesalahan bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Carmelya. (2010). Artikel penyelidikan tindakan. IPG Kampus Batu Lintang.

Creswell J. (2002). Research design : qualitative, quantitative, and mixed methods

approaches . United States : SAGE Publications, Incorporated.

Creswell J. & Clark P. (2007). Designing and conducting mixed methods research.

United States : SAGE Publications, Incorporated.

David Lim Chong Lim, Nor Azizah Salleh, Saat Md Yasin, Alias Mohd Yatin &

Abdul Razak Habib. (2011). HEF2503 KaedahPenyelidikanDalam

Pendidikan. Selangor: Meteor Doc .Sdn. Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Earl R. Babbie. (1998). The practice of social research. Belmont : Wadsworth Pub.

Co.

Kamarudin Hj Husin. (1998). Pedagogi bahasa (pengkaedahan). Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kho Thong Eng. (2012). Antara huruf kecil dengan huruf besar. Pelita Bahasa.

Edisi Februari.

http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=228 , diakses pada 25 Julai, 2013.

L.R. Gay et.al. (2009). Educational research: competencies for analysis and

applications. New York : Amazon.

Mohd.Isa Abd.Razak et., al. (1996). Mempertingkatkan kemahiran menggunakan huruf

Page 16: BAB 3

16

besar di sekolah menengah kebangsaan kemabong, tenom, sabah.

Mok Song Sang (1992). Pedagogi untuk kursus diploma semestar 4.Kuala Lumpur:

Komplek Budiman Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim. (2003). Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 2. Shah Alam : ‘K’

Publishing Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim & Norliza Jamaluddin. (2005). Bahasa Melayu Stpm Kertas 1 & 2.

Selangor: Fajar Bakti.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa & Abdul Hamid Mahmood.

(2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Noor Azizah Ahmad. (2006). Pengaplikasian teori konstruktivisme dalam proses

pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Cipta. Projek Sarjana

Muda, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Norhaidi Bin Haji Sarponen (2009) Strategi Pengajaran Bahasa Melayu Http://Cikguhaidi.Wordpress.Com/Tag/Bahasa-Melayu/ - diakses pada 27

Julai, 2013, 1.30 am

Pusat Rujukan Persuratan Melayu@Dbp

Http://Prpm.Dbp.Gov.My/Search.Aspx?K=Pangkal&D=10 - diakses pada

29 Jun 2013, 9.03pm

Sharifah Alwiah Alsagoff.(1996).Ilmupendidikan :Pedagogi. Kuala Lumpur:

Heineman Asia

Sieber, S. D. (1973). The integration of fieldwork and survey methods. American

Journal of Sociology, 78(6), 1335-1359.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa melayu 1 edisi kedua. Shah Alam : Oxford

Fajar Sdn Bhd.

Siti Saadiah Osman. (2012). Meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar

dalam kalangan murid tahun tiga bestari. IPG Kampus Kota Bharu.

Suhaimi Yunus. (2009). Permasalahan pembelajaran penulisan bahasa melayu

dalam kalangan murid orang asli. Serdang :Projek Master Sains.Fakulti

Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

Sulaiman Masri, Mashudi Buhari, Juliliyana M Junid. (2006). Bahasa melayu

rujukan menengah. Kuala Lumpur : Utusan Publications.

Sulaiman Masri & Ahmad Khair Mohd Nor. (2006). Tatabahasa Melayu Mesra

Pengguna. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd : Kuala Lumpur.

Page 17: BAB 3

17

S. Nathesan. (2012). Penulisan huruf besar. Pelita Bahasa. 1 Ogos 2012.

http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=457

Yin. (1994). Qualitative Research: Case Study Guidelines

http://www.tesol.org/s_tesol/sec_document.asp?cid=476&did=2153

Zaidi Ismail. (2012). Huruf besar dan cara penggunaannya. Dewan Bahasa, Edisi

Mei.

Zailan Jemat. (2005). Besar dan kecil.

http://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/7zaila

n.pdf - diakses pada 29 Jun, 2013.

Page 18: BAB 3

18