bab 3 an025pembiayaan

42
BAB 3: PEMBIAYAAN

Upload: shafiq-joe

Post on 20-Jun-2015

693 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 An025pembiayaan

BAB 3: PEMBIAYAAN

Page 2: Bab 3 An025pembiayaan

• Kandungan :

18.1 Institusi kewangan

a) Sistem Kewangan

b) Jenis-Jenis Institusi Kewangan Dan Fungsinya

c) Perkhidmatan Yang Ditawarkan

18.2 Kos pembiayaan dan sumber kewangan

a) Sumber Kewangan Jangka Pendek

b) Sumber Kewangan Jangka Panjang

c) Kos Pembiayaan

d) Kebaikan Dan Kelemahan Sumber-Sumber Pembiayaan.

18.3 Pengurusan kredit

a) Pengertian Pengurusan Kredit Dan Terma-Terma Kredit

b) Mengaplikasi Prinsip-Prinsip 5C

Page 3: Bab 3 An025pembiayaan

Hasil Pembelajaran

• 18.1 a) Memahami sistem kewangan merangkumi Institusi, Instrumen, Pasaran, dan Badan Kawal Selia.

b) Memahami jenis-jenis institusi kewangan dan fungsinya. Meliputi institusi perbankan (konvensional dan perbankan islamik), institusi kewangan

bukan bank dan pasaran kewangan (pasaran modal, pasaran wang, dan pasaran pertukaran wang)c) Memahami perkhidmatan yang ditawarkan meliputi pembiayaan, deposit dan perkhidmatan lain.

• 18.2 a) Memahami sumber kewangan jangka pendek merangkumi pinjaman peribadi, pinjaman jangka pendek, nota janji, kredit perdagangan, overdraf

dan l ain-lain.b) Memahami sumber kewangan jangka panjang meliputi saham biasa,

saham keutamaan, bon bercagar dan tidak bercagar, hutang jangka panjang dan pinjaman berjangka.c) Memahami kos pembiayaan meliputi kadar faedah, kos pengapungan

dan duti setem.d) Menganalisis kebaikan dan kelemahan sumber-sumber pembiayaan

jangka pendek dan jangka panjang dari aspek risiko, kos dan kecairan.

• 18.3 a) Memahami pengertian pengurusan kredit dan terma-terma kredit.b) Mengaplikasi prinsip-prinsip 5C

Page 4: Bab 3 An025pembiayaan

• Tiga dekad kebelakangan ini negara kita telah melalui perkembangan ekonomi yang pesat. Perkembangan ekonomi dan kepelbagaian perindustrian di Malaysia memerlukan sistem kewangan yang teguh. Sistem kewangan di Malaysia telah melalui evolusi yang berkesan dan bersesuaian dengan ekonomi semasa.

• Untuk memastikan kelancaran urusan pengaliran dana dan memastikan kebajikan peserta pasaran terpelihara, maka perlu ada satu sistem yang berkesan

• Sistem kewangan merangkumi :

1. Institusi kewangan (Bank Negara, bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan, bank islamik, rumah diskaun, bank luar pesisir, bank-bank asing)

2. Instrumen kewangan (Bil perbendaharaan, bon dan sekuriti hutang)

3. Pasaran kewangan (Pasaran Modal, Pasaran Wang dan Pasaran Pertukaran Wang)

4. Badan kawalselia (Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia)

a) Sistem Kewangan

18.1 INSTITUSI KEWANGAN

Page 5: Bab 3 An025pembiayaan

Institusi Perbankan1. Institusi perbankan di Malaysia beroperasi secara konvensional dan islamik.

2. Institusi perbankan di Malaysia mengandungi

• Bank pusat (Bank Negara Malaysia),

• Bank perdagangan (Maybank Berhad, BCB Berhad, RHB Bank Berhad)

• Bank Islamik (Bank Islam Malaysia Berhad, Bank Muamalat Berhad, RHB Islamic Bank Berhad.)

• Syarikat kewangan (Maybank Finance Bhd, Hong Leong Finance Bhd.)

• Bank saudagar / Bank Pelaburan(Commerce International Merchant Bankers Berhad, Utama Merchant Bank Berhad, Affin Merchant Bank Bhd.)

• Rumah diskaun (Abrar Discounts Berhad, Affin Discount Berhad,)

• Institusi kewangan luar pesisir (Labuan Offshore

• Bank-bank luar negara (HSBC, Citibank)

Institusi kewangan

b) Jenis-jenis Institusi kewangan dan fungsinya

Page 6: Bab 3 An025pembiayaan

Bank Negara Malaysia

• Bank pusat Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1959 dengan matlamat berikut:

– Mengeluarkan mata wang dan menyimpan rizab yang menjaga nilai mata wang tersebut

– Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan

– Menggalakkan kestabilan kewangan dan struktur kewangan yang kukuh

– Mempengaruhi kedudukan kredit demi kepentingan negara

• Bagi mencapai matlamat ini, BNM telah diberi kuasa perundangan yang menyeluruh untuk mengatur dan menyelia sistem kewangan

Institusi Perbankan

Page 7: Bab 3 An025pembiayaan

Bank Perdagangan

Terbesar dan terpenting dalam sistem perbankan dengan fungsi dan perkhidmatan berikut:

• Mengumpul tabungan• Memberi kredit kepada yang wajar menerima• Melicinkan mekanisme pembayaran• Memudahkan kaedah pembayaran dan pembiayaan perdagangan

antarabangsa• Membolehkan pengiriman wang dengan pelbagai faedah• Menyediakan peti keselamatan peribadi

Contoh bank : Maybank Berhad, BCB Berhad, RHB Bank Berhad

Institusi Perbankan

Page 8: Bab 3 An025pembiayaan

Bank Saudagar

• Memperlengkap dan memenuhi keperluan perkhidmatan perbankan khususnya bagi sektor korporat.

• Penerimaan deposit adalah dengan jumlah yang besar manakala pinjaman biasanya terdiri daripada pinjaman bersindiket.

• Perkhidmatan lebih banyak berasaskan yuran seperti khidmat penasihatan korporat, penyusunan semula dan penajajaminan terbitan sekuriti.Contoh bank: Commerce International Merchant Bankers Berhad, Utama Merchant Bank Berhad, Affin Merchant Bank Bhd.

Institusi Perbankan

Page 9: Bab 3 An025pembiayaan

Syarikat Kewangan

• Institusi kewangan kedua terbesar

• Melengkapkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank perdagangan

• Jenis tabungan tertumpu kepada akaun simpanan dan deposit tetap

• Jenis pembiayaan lebih ditumpukan kepada sewa beli dan pinjaman peribadi, pinjaman perumahan.

Contoh : Maybank Finance Bhd, Hong Leong Finance Bhd

Institusi Perbankan

Page 10: Bab 3 An025pembiayaan

Perbankan Islamik

• Institusi perbankan yang diwujudkan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan bank yang berlandaskan hukum syarak.

• Bank Islam merupakan sebuah bank perdagangan yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Islam 1983. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat dan lesen untuk menjalankan urusan perbankan dikeluarkan di bawah Akta Bank Islam.

• Antara prinsip syarak yang digunakan:– Mudarabah, Musyarakah, Murabahah– Bai’ Bithaman Ajil– Al-Ijarah, Al-Ta’jiri– Al-Wakalah, Al-Kafalah– Al-Wadi’ah– Qardul HasanContoh bank; Bank Muamalat , Bank Islam Malaysia Berhad, HongLeong Islamik Bank dan RHB Islamik Bank.

Institusi Perbankan

Page 11: Bab 3 An025pembiayaan

Rumah Diskaun

• Syarikat diskaun di Malaysia yang berniaga khusus dalam operasi pasaran kewangan jangka pendek dan pengerahan deposit daripada institusi-institusi kewangan dan korporat. 

• Mereka dibenarkan melabur dana dalam bil-bil perbendaharaan, sekuriti-sekuriti kerajaan, persetujuan juru bank, sijil deposit bolehniaga dan sekuriti hutang swasta, dan menerima dana-dana jangka pendek.

• Contoh rumah diskaun : Abrar Discounts Berhad, Affin Discount Berhad.

Page 12: Bab 3 An025pembiayaan

Institusi Kewangan Bukan Bank• Syarikat Insurans (Kurnia Insurans, MNI Insurans, Takaful Malaysia)• Institusi Kewangan Pembangunan (Exim Bank, Bank Pertanian)• Institusi Tabungan

– Bank simpanan Nasional– Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

• Dana Pekerja dan Pencen (KWSP, KWSG dan Tabung Angkatan Tentera))• Pengantara kewangan bukan bank lain

– Amanah saham, Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH)– Syarikat-syarikat pajakan, pemfaktoran,

Page 13: Bab 3 An025pembiayaan

Syarikat Insurans

• Polisi insurans adalah kontrak antara pihak yang diinsuranskan dengan penginsurans yang memerlukan penginsurans membayar kepada waris sejumlah wang apabila polisi matang

• Insurans umumnya terbahagi kepada insurans hayat dan insurans am• Syarikat Insurans merupakan perusahaan swasta yang menghasilkan

keuntungan dengan menawarkan perlindungan terhadap risiko kepada pelanggan.

• Sebagai balasan pelanggan dikenakan bayaran dalam bentuk premium. • Syarikat insurans aktif dalam pasaran modal dengan melaburkan

sebahagian daripada kumpulan wangnya dalam sekuriti syarikat atau kerajaan.

• Contoh syarikat insurans, MNI Insurans, Kurnia Insurans Berhad dll.• Penyediaan rancangan insurans berdasarkan hukum syariah dikenali

sebagai Skim Takaful.

Page 14: Bab 3 An025pembiayaan

Bank Pembangunan• Malaysia mempunyai beberapa institusi kewangan pembangunan yang

ditubuhkan khas untuk menggalakkan sektor-sektor ekonomi strategik tertentu. 

• Institusi-institusi ini mengkhusus dalam penyediaan pinjaman jangka sederhana dan panjang, modal ekuiti dan jaminan untuk pinjaman-pinjaman. 

• Mereka juga menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan perunding dan nasihat dalam pengenalpastian dan pembangunan projek-projek baru, di samping nasihat dan bantuan kewangan, teknikal dan pengurusan. 

• Institusi-institusi ini menjadi pelengkap kepada institusi-institusi perbankan dalam menyediakan pembiayaan kewangan untuk sektor-sektor strategik seperti pertanian, infrastruktur, perkapalan, perkilangan dan eksport, dan Perusahaan-perusahaan Kecil dan Sederhana.

• Export-Import Bank of Malaysia Berhad (Bank Exim) membiayai dan memudahkan perdagangan dan pelaburan asing Malaysia, menumpukan usaha bagi menyediakan kredit jangka sederhana dan panjang kepada pengeksport-pengeksport dan pelabur-pelabur Malaysia serta pembeli-pembeli barang-barang buatan Malaysia.

Contoh bank yang lain :• Bank Industri dan Teknologi• Bank Pembangunan dan Infrastruktur• Bank Pertanian Malaysia• Malaysian Ind. Development Finance

Page 15: Bab 3 An025pembiayaan

Institusi kewangan bukan bank yang lain

• Syarikat Amanah Saham

• Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH)

• Malaysian Building Society Bhd (MBSB)

• Cagamas Bhd

• Credit Guarantee Corporation (GGC)

• Firma-firma pajakan, pemfaktoran, modal teroka

Page 16: Bab 3 An025pembiayaan

Pasaran Saham (Modal)

• Instrumen kewangan yang diniagakan di pasaran modal mempunyai tempoh kematangan lebih dari setahun

• Antara instrumen kewangan yang diniagakan di pasaran wang:– Saham biasa– Sekuriti hutang

• Peserta pasaran melibatkan pelabur institusi dan pelabur runcit• Menjadi sumber pembiayaan jangka panjang bagi institusi perniagaan

dan merupakan alternatif pelaburan bagi pelabur• Bursa Malaysia adalah pengawal dan operator pasaran barisan

hadapan bagi sekuriti-sekuriti dan derivatif yang didagangkan di bursa. Ia mempunyai Tataujud dan Tataurus serta Peraturan-peraturan yang mengawal tindak-tanduk Organisasi-organisasi Peserta dan Peserta Dagangan masing-masing dalam urusniaga sekuriti dan derivatif.

• Ia juga bertanggungjawab bagi pengawasan pasar dagangan dan bagi penguatkuasaan Keperluan Penyeneraian yang membutirkan kriteria-kriteria untuk penyenaraian, keperluan pendedahan dan piawaian-piawaian yang perlu dikekalkan oleh syarikat-syarikat tersenarai.

Pasaran Kewangan

Page 17: Bab 3 An025pembiayaan

Pasaran Wang

Pasaran wang melibatkan urusniaga bagi instrumen kewangan jangka pendek. Jangka pendek di sini bermakna tempoh kematangannya adalah kurang dari setahun.

Ia terdiri daripada pasaran wang antara bank dan pasaran wang kumpulan wang jangka pendek yang melibatkan gedung diskaun, broker wang, dan pengantara kewangan yang lain.

Para peserta pasaran wang ialah bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar.

Page 18: Bab 3 An025pembiayaan

Pasaran Pertukaran wang

Pasaran ini melibatkan urusniaga bagi instrumen kewangan jangka pendek yang dinyatakan dalam mata wang asing.

Hanya bank perdagangan yang dibenarkan menjalankan perniagaan pertukaran matawang asing.

Urusan dilakukan sesama mereka sendiri secara langsung atau melalui broker wang dan broker pertukaran mata wang asing.

Page 19: Bab 3 An025pembiayaan

c) Perkhidmatan yang ditawarkan

• Meliputi pembiayaan

• Deposit

• Perkhidmatan lain

Page 20: Bab 3 An025pembiayaan

1. Pinjaman /pembiayaan

• Terbahagi kepada 2 iaitu pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang

• Tujuan pinjaman untuk pembelian sesuatu aset , mengurus perniagaan, mengusaha pertanian dan pinjaman peribadi

• Setiap pinjaman dikenakan faedah dan kadangkala memerlukan cagaran.

• Contoh : Pinjaman Peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman pelajaran dll.

Page 21: Bab 3 An025pembiayaan

• Terdapat 3 jenis tabungan iaitu:• a. Akaun simpanan Biasa – contohnya akaun remaja dan akaun

simpanan bersama • dimana kemasukan wang ke bank boleh dibuat oleh sesiapa tetapi

untuk pengeluaran hanya dibuat oleh orang yang terlibat sahaja.• b. Akaun simpanan Tetap – menyimpan sejumlah wang yang tidak

digunakan dalam jangkamasa yang panjang dan kadar faedahnya lebih tinggi (mempunyai tempoh jangka masa tertentu: Contohnya 3 bulan, 6 bulan dan setahun )

• c. Akaun Simpanan Semasa• Pelanggan menyimpan dalam akaun simpanan tidak akan

menerima faedah tetapi dikenakan caj bank• Kerana boleh mengeluarkan wangnya menggunakan cek• Hanya bank perdagangan yang menawarkan kemudahan ini.

2. Deposit dan tabungan

Page 22: Bab 3 An025pembiayaan

3.Perkhidmatan laina. kemudahan kredit cawangan – pelanggan yang mempunyai akaun dalam bank

berkenaan boleh masuk dan mengeluarkan wang dari mana-mana cawangan bank berkenaan.

b. Dispenser wang tunai – penggunaan kad ETC (kad elektronik juruwang) yang boleh mengeluarkan wang dari mesin ATM

c. Peti simpanan keselamatan – peti untuk disewa kepada pelanggan untuk menyimpan sijil-sijil penting, surat wasiat dan barang kemas

d. Peti simpanan malam – untuk menyimpan barang kemas dan wang ke dalam bank selepas waktu urusan bank.

e. Nasihat pelaburan kepada orang ramai yang memerlukan

f. Perkhidmatan wasi atau bank dijadikan pemegang amanah – menjaga dan mengurus sejumlah wang dengan memastikan penggunaan dan pelaksaan mengikut syarat2 yang telah diamanahkan kepada bank

g. Mendiskaunkan bil perintah – dokumen yang disediakan oleh pemiutang kepada penghutang dengan mengarahkan membayar dengan jumlah pada tarikh yang telah ditetapkan.

h. Pertukaran wang asing g. Referi

Page 23: Bab 3 An025pembiayaan

Perkhidmatan Bank Islam

• Kemudahan yang disediakan adalah sama dengan bank konvensional lain kecuali perkhidmatannya berlandaskan prinsip syarakAkaun semasa, simpanan – al-WadiahDeposit tetap – MudarabahPembiayaan projek – Mudarabah, MusyarakahPajakan – al-Ijarah, al-Ta’jiriSewa beli – Bai’ Bithaman AjilPembiayaan perdagangan - Mudarabah, Musyarakah,

al-WakalahJaminan – al-KafalahPinjaman Khas/Kebajikan – Qardul Hasan

Page 24: Bab 3 An025pembiayaan

a) Sumber Kewangan Jangka Pendek

DISEDIAKAN KEPADA PELANGGAN YANG MEMERLUKAN PEMBIAYAAN BAGI SUATU TEMPOH SINGKAT YANG DAPAT DITENTUKAN1. Pinjaman peribadi2. Pinjaman jangka pendek3. Nota janji4. Kredit perdagangan5. Overdraf6. Lain-lain

18.2 KOS PEMBIAYAAN DAN SUMBER KEWANGAN

Page 25: Bab 3 An025pembiayaan

1.Pinjaman Peribadi

  Pinjaman daripada institusi kewangan dan

ditanggung secara peribadi/individu. Tujuan pinjaman adalah untuk kegunaan

peribadi.

Page 26: Bab 3 An025pembiayaan

Terbahagi kepada dua iaitu samada bercagaratau tidak bercagar.

Bercagar Tidak Bercagar

Perniagaan perlu mencagar aset bernilai kepada bank untuk tempoh setahun atau kurang.

Berpenjamin iaitu individu yang memberi jaminan bahawa peminjam akan membayar balik.

2. Pinjaman Jangka Pendek (Bank/Institusi Kewangan)

Page 27: Bab 3 An025pembiayaan

Pinjaman dari perniagaan bukan badan kewangan.Perniagaan yang mempunyai lebihan dana tunai akan mengeluarkan nota janji.-Satu penyata yang dikeluarkan beserta sejumlah wang seperti yang dicatatkan di dalam penyata sebagai pinjaman dengan pulangan tertentu kepada peminjam.

3.Nota Janji

Page 28: Bab 3 An025pembiayaan

oKemudahan kredit yang disediakan oleh pembekal kepada peniaga atau membeli secara hutang.oKemudahan kredit ini akan mudah diperolehi apabila hubungan peniaga dengan pembekal telah lama terjalin serta yakin dengan prestasi peniaga.oPeniaga tidak perlu membayar serta-merta sehingga akhir tempoh kredit.

Contoh : 2/10 net 30, sekiranya firma membayar dalam tempoh kurang dari 10 hari layak untuk mendapat diskaun 2%, dan perlu menjelaskan bil dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois.

4. Kredit Perdagangan

Page 29: Bab 3 An025pembiayaan

Kemudahan kredit yang diberikan oleh bank perdagangan bagi tempoh setahun dengan kadar faedah tertentu kepada pemegang akaun semasa di mana pelanggan dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat dalam akaunnya setakat had yang telah ditetapkan.

5. Overdraf

Page 30: Bab 3 An025pembiayaan

6. Surat Kredit

7. Pemfaktoran

8. Leasing.

Lain-lain sumber kewangan

Page 31: Bab 3 An025pembiayaan

b) Sumber Kewangan Jangka Panjang

1. Saham BiasaSaham yang menunjukkan pemilikan dalam syarikat.

i. Modal dibenarkan

dikenali sebagai modal nominal atau modal berdaftar,

iaitu jumlah modal yang dinyatakan dalam memorandum ataupun tata wujud syarikat yang didaftarkan dengan pendaftar syarikat.

mewakili jumlah maksimum modal yang boleh ditawarkan kepada orang ramai.

ii. Modal diterbitkan

ia mewakili sebahagian daripada modal dibenarkan yang ditawarkan kepada orang ramai.

Modal terbitan ini tidak boleh melebihi jumlah modal yang dibenarkan.

iii. Nilai tara

nilai tara dinyatakan pada sijil syer dan sama seperti didalam tata urusan dan memorandum syarikat.

Walaubagaimanapun, nilai saham yang dikeluarkan tidak semestinya sama dengan nilai tara. Biasa ia lebih tinggi daripada nilai tara.

Page 32: Bab 3 An025pembiayaan

2. Saham Keutamaan

• Saham yang diberi keutamaan melebihi saham biasa dalam pemberian dividen.

• Ia gabungan antara ciri-ciri hutang/pinjaman dan saham biasa

• Saham keutamaan sama seperti bon di mana bayaran dividen adalah tetap.

• Persamaan antara saham keutamaan dan saham biasa pula kedua-duanya tidak mempunyai tempoh matang,mempunyai nilai tara, dividen tidak dikira sebagai perbelanjaan yang boleh mengurangkan cukai dan kegagalan membayar dividen tidak menyebabkan syarikat menjadi bankrap.

Page 33: Bab 3 An025pembiayaan

Ciri-ciri saham keutamaan

i. Penyertaan – Bermaksud pemegang saham boleh mendapat sebahagian

daripada bagi pendapatan syarikat selepas pegagihan keuntungan dibuat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

– Pemegang saham juga mendapat dividen sepertimana yang telah ditentukan.

ii. Boleh tukar – saham keutamaan boleh ditukarkan kepada saham biasa dengan

persetujuan 2/3 daripada pemegang saham biasa. – Nisbah pertukaran akan menentukan bilangan saham biasa yang akan

diperolehi oleh pemegang saham keutamaan boleh tukar.

iii. Kumulatif– pembayaran dividen yang terkumpul yang belum dibayar perlu dilunaskan

dahulu sebelum dividen saham biasa diagihkan.

Page 34: Bab 3 An025pembiayaan

3. Bon

Satu penyata yang memiliki nilai muka.ialah nota janji jangkapanjang yang dikeluarkan oleh syarikat di mana syarikat berjanji akan membayar faedah dan prinsipal pada waktu yang telah ditetapkan kepada pemegang-pemegang bon.Contoh bon : Bon kerajaan, bon korporat (PDS), bon kuasi kerajaan, bon Cagamas dan bon Islam) Pemegang-pemegang bon ialah pemberi pinjaman kepada syarikat.

Ciri-ciri bon ialah: i.  Nilai par

Jumlah prinsipal yang akan dibayar selepas matang dan selalunya nilai par ialah RM1000.

ii.Tempoh matang

Di mana syarikat akan membayar balik pinjaman.

iii. Kadar faedah kupon

Kadar diberi dalam nilai ringgit ataupun peratus daripada nilai par.

Page 35: Bab 3 An025pembiayaan

• Bon bercagarPembayaran hutang bagi bon bercagar dijamin oleh cagaran aset biasanya saham, bangunan atau tanah.

• Bon tidak bercagar Tidak bersandarkan mana-mana cagaran.Jika pihak penerbit gagal membayar, pemegang bon boleh hanya membuat tuntutan biasa.Bon tidak bercagar menawarkan kadar kupon yang tinggi berbanding bon bercagar kerana faktor risiko yang tinggi.

Page 36: Bab 3 An025pembiayaan

4. Hutang jangka panjang

Pinjaman yang mempunyai tempoh matang melebihi satu tahun. Pinjaman dalam jumlah yang besar.

Pinjaman jangkapanjang mempunyai kadar faedah yang lebih tinggi jika dibandingkan pinjaman jangkapendek.

5. Pinjaman berjangka

Pinjaman tetap atau pinjaman bertempoh didapati daripada bank atau agensi kerajaan

Adalah perjanjian atau kontrak di antara peminjam dan pemberi pinjam

Peminjam berjanji untuk membuat beberapa siri bayaran yang terdiri dari bayaran faedah dan prinsipal pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.

Tempoh kematangan bagi pinjaman berjangka ini adalah di antara dua hingga 30 tahun bergantung kepada perjanjian tertentu. Kebiasaannya di antara 3 hingga 15 tahun

Page 37: Bab 3 An025pembiayaan

c) Kos Pembiayaan dan Sumber Kewangan

Kadar faedah – i. Nisbah pembayaran untuk kegunaan modal pinjaman. ii. Kadar pulangan kepada pemberi hutang.

Kos pengapungan – kos yang terlibat dalam sesuatu terbitan

sekuriti baharu.

Duti setem – cukai yang dikenakan dalam bentuk setem

terhadap sesuatu dokumen perjanjian atau

pindah hak milik.

Page 38: Bab 3 An025pembiayaan

a) RISIKORisiko lebih tinggi kerana melibatkan pembayaran yang singkat. Kegagalan melakukan pembayaran akan menjejaskan reputasi dan menjejaskan pinjaman di masa depanPerubahan pada kadar faedah

Pinjaman jangkapendek adalah lebih terdedah kepada perubahan yang berlaku pada kadar faedah berbanding dengan pinjaman jangkapanjang yang lebih stabil. Peningkatan dalam kadar faedah akan membawa implikasi yang negatif jikasyarikat mengalami masalah kecairan.Apabila keadaan ini berlaku, syarikat mungkin akan mengalami kebangkrapan.

b) KOS kadar faedah yang dikenakan ke atas pembiayaan jangkapendek adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pinjaman jangkapanjang ini baik kepada

perniagaanc) KECAIRAN

Tempoh pembiayaan boleh diperolehi mengikut kemahuan syarikat pembiayaan perlulah dibuat mengikut keperluan sahaja dan tidak berlebihan dan meninggikan kecairan tunai sykt

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN PEMBIAYAAN JANGKA PENDEK

d) Kebaikan dan kelemahan sumber-sumber pembiayaan jangka pendek dan jangka panjang

Page 39: Bab 3 An025pembiayaan

18.3 PENGURUSAN KREDIT

b) Terma kredit – Syarat-syarat bayaran yang ditawarkan penjual kepada pembeli.Contoh terma kredit : 2/10 net 30

• 2 (diskaun 2% daripada amaun kredit)• 10 (tempoh diskaun iaitu 10 hari)• 30 (tempoh akhir bayaran kredit iaitu 30 hari)

a) Pengertian pengurusan kredit – merupakan komponen polisi kredit firma yang meliputi syarat-syarat jualan, analisis kredit dan polisi

kutipan.Terma kredit akan mengenalpasti sebarang diskaun yang boleh ditawarkan bagi menggalakkan pembayaran awal dalam tempoh tertentu yang dikenali sebagai tempoh diskaun dan mengenalpasti jumlah tempoh kredit yang layak diberikan kepada pelanggan.

a) Pengertian Pengurusan Kredit Dan Terma-terma kredit

Page 40: Bab 3 An025pembiayaan

Modal/capital

Keupayaan/capability

Suasana/condition

Cagaran/collateral

Kewibawaan/credibility

Page 41: Bab 3 An025pembiayaan

Modal – kedudukan kewangan pelanggan berpandukan analisis penyata kewangan pelanggan.

Penekanan kepada kedudukan ekuiti dan nisbah-nisbah risiko seperti nisbah semasa, nisbah hutang dan nisbah perlindungan faedah.

Keupayaan – keupayaan untuk membayar berdasarkan rekod-rekod kewangan terdahulu.

Keupayaan akan juga dilihat dari daya maju projek dalam menjana aliran tunai positif.

Kewibawaan – keperibadian pelanggan dalam menunaikan janji untuk membayar.

Faktor moral pelanggan diambilkira seperti laporan kredit pelanggan akan cuba didapati daripada pihak bank pelanggan, pembekal kredit lain dan pesaing-pesaing mengenai maklumat pelanggan tersebut

Page 42: Bab 3 An025pembiayaan

Suasana – keadaan ekonomi dan persekitaran atau sebarang aktiviti pembangunan baru.

Cagaran – cagaran aset tetap yang mungkin disandarkan oleh pelanggan sebagai jaminan.

• Jaminan aset tetap yang disandarkan ini selalunya dapat menolong memudahkan pelanggan mendapatkan kredit pada kadar yang lebih rendah.

• Bagi pelanggan yang tidak dapat menyediakan aset sebagai cagaran, penjamin yang mempunyai pendapatan yang kukuh diperlukan.