bab 3 -_retorik

40
RETORIK

Upload: akma-cool-gurlz

Post on 16-Jan-2015

246 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 3 -_retorik

RETORIK

Page 2: Bab 3 -_retorik

Retorik berasal daripada perkataan Yunani, ‘rhetor’ yang bermaksud pidato. Kata dasar perkataan ini daripada perkataan Latin, ‘topoi’ yang bermaksud mencari kebenaran. Perkataan retorik digunakan untuk menjelaskan maksud mencari kebenaran terutama ketika berbahas dan berhujah untuk menegakkan kebenaran hakiki.

Page 3: Bab 3 -_retorik

Kajian retorik bermula seawal 1000 tahun sebelum Masihi lagi. Kajian terhadap bidang ini dipelopori oleh ahli-ahli falsafah dari Greek dan Roman seperti Plato, Aristotle dan Cicero.

Kajian terpenting Aristotle dalam buku agungnya, The Rhetoric mengenai unsur penting dalam pengucapan, telah diterima pakai hingga ke hari ini.

Page 4: Bab 3 -_retorik

Ahli falsafah mencari saluran paling ideal untuk menyampaikan idea, mengungkap perasaan dan buah fikiran hanya melalui ujaran secara lisan

Orang yang berkebolehan menyampaikan idea secara lisan ini diaanggap penting sebagai satu cabang seni memujuk dan mempengaruhi keadaan manusia.

Aspek dlm bidang retorik yang ditekankan ialah mutu aspek pengucapan umum yang merangkumi kebaikan idea, hujah-hujah dan gaya bahasa perucap.

Page 5: Bab 3 -_retorik

Abad ke 20, retorik berkembang luasMementingkan kajian mengenai perutusan dan penyampaian mesej yang berkesanBidang ini mula mendapat tempat di kalangan ahli akademik dengan wujudnya kursus dan pengajian di IPT.

Page 6: Bab 3 -_retorik

Bidang ini mula dianggap sebagai suatu bidang kerjaya yang mampu memberi pulangan yang lumayan kepada sesiapa yang mempunyai kepakaran dalam seni pengucapan. Contohnya, wujud kerjaya seperti pengacara majlis, juruhebah, jurubahasa, wartawan penyiaran dan penulis profesional dalam bidang retorik.

Page 7: Bab 3 -_retorik

Seni Berpidato Forensik Seni Berpidato DeliberatifSeni Berpidato Pengucapan Istiadat

Page 8: Bab 3 -_retorik

Dikenali juga sebagai judicial speaking atau retorik perundangan.

Berdasarkan seni berpidato di mahkamah Forensik – penggunaan bahan-bahan

bukti yang kecil dan rumit dalam membuktikan seseorang yang didakwa disabitkan kesalahan atau dilepaskan dari tuduhan

Perbincangan melibatkan aspek keadilan yg hakiki

Page 9: Bab 3 -_retorik

Perucap bermain dengan bahasa dan gaya untuk mempengaruhi pendengar meyakini hujah-hujah yang disampaikan.

Herrick(2001) – “forensic speaker must be skilled in convincing a jury that available evidence supports a particular hypothesis”

(Kemahiran perucap bermain kata-kata dan gaya ucapan membantu mempengaruhi keputusan juri)

Page 10: Bab 3 -_retorik

Berasal dari perhimpunan politik Mendesak atau merayu pendengar

mengenai sesuatu hukuman, tindakan atau keputusan sstu dasar

Adakala mendesak pendengar menerima maklumat yang disampaikan

Retorik ini disebut juga symboluleutikon oleh Aristotle

Page 11: Bab 3 -_retorik

Fokus – soalan berkenaan apa yang terbaik dalam setiap arahan tindakan yg patut diambil oleh sesebuah negara.

Pertimbangan bukti bagi pertentangan dasar atau arah kpd sesuatu tindakan

Perucap deliberatif yang terlatih memahami perkara bukan sahaja berkaitan undang-undang, politik, ekonomi, perdagangan dan perjuangan tetapi mesti dapat menggarap dan mengupas faktor-faktor dalam kehidupan sivik yang menyumbang kebaikan untuk keseluruhan masyarakat.

Page 12: Bab 3 -_retorik

Dikenali juga sebagai retorik demonstratif Berpunca daripada upacara pengebumian

bagi penganut Kristian Diucapkan bagi menghargai sumbangan

seseorang ketika hayatnya Kemudian dikembangkan menjadi ucapan-

ucapan berkaitan ungkapan tahniah dan pujian.

Page 13: Bab 3 -_retorik

RekaciptaSusunanGayaIngatanpenyampaian

Page 14: Bab 3 -_retorik

Merujuk proses penggabungan semua bahan dalam pengucapan – idea, perdebatan dan bukti – menyokong atau menentang sesuatu kes

Dilihat dari dua sudut – teori – penciptaan ialah satu kajian apabila perdebatan dan bukti boleh dicari dan diperolehi- praktikal – reka cipta sebagai satu elemen atau kanun retorik yang mampu mengeluarkan idea dan bahan yang baik untuk bebahas.

Page 15: Bab 3 -_retorik

Suatu proses yang melibatkan susunan dalam teks pengucapan mengikut prosedur-prosedur

Covino dan Joliffe (1995) – seni mengatur bahan dalam teks dengan sempurna dan berkesan

Cara penyediaan, antaranya; - latar belakang tajuk dengan maklumat terperinci, kajian atau idea dengan fakta dan bukti,mengambil kira dan mengetahui keseluruhan kajian dan buat kesimpulan

Page 16: Bab 3 -_retorik

Pemilihan dan cara penyusunan ayat yang efektif

Pengucapan menjadi lebih jelas Antaranya;- tatabahasa, pemilihan ayat,

kepelbagaian intonasi, dan cara mengolah sesuatu ayat

Page 17: Bab 3 -_retorik

Digunakan utk mengingati ilmu terdahulu sejak turun temurun – secara lisan

Kemampuan seseorang untuk mengingat

Page 18: Bab 3 -_retorik

Elemen terakhir yang menjadi nadi kepada setiap perucapan awam

Menentukan aplikasi retorik berkesan atau tidak

Schubert(1948); penyampaian yang berkesan - riak muka, pergerakan badan, penglihatan

Latihan dan pengalaman membantupenyampaian ucapan yang baik

Page 19: Bab 3 -_retorik

Proses memerhatikan, mengendahkan, menaruh minat, menerima sesuatu dalam hati dengan pancaindera, dan menanggap (Noresah Baharom, 1996)

Page 20: Bab 3 -_retorik

Terdapat dua kewajaran: perolehan maklumat dan maklumbalas

Page 21: Bab 3 -_retorik

Menentukan bahawa perucap mempunyai sokongan dan dokumen yang cukup mengenai sebarang kenyataan yang hendak dinyatakan,

menjangka bahawa apa yang dicakapkan oleh perucap mewakili bidang kepakarannya,

Page 22: Bab 3 -_retorik

menjangkakan bahawa perucap dapat memperlihatkan kredibilitinya mengenai sesuatu tajuk yang dibincangkan, dan

meminta si perucap menunjukkan dan memaparkan fakta secara khusus pada setiap kali kenyataan dibuatnya. Sekiranya kenyataan tersebut tidak berasas, maka sebagai pencerap yang kritis, kita berhak meraguinya.

Page 23: Bab 3 -_retorik

Membentuk keinginan mencerap Memberi perhatian sepanjang proses

komunikasi berlangsung Jangan gopoh buat penilaian Menyaring maklumat Sambung hari Rabu

Page 24: Bab 3 -_retorik

Khalayak – kumpulan manusia yang menonton sesebuah filem, pementasan, persembahan, penulisan dan sebagainya.

Khalayak aktif – menghargai dan memberi perhatian terhadap ucapan atau penyampaian

5 aspek penting dalam analisis khalayak:

Page 25: Bab 3 -_retorik

i. Saiz khalayakii. Jenis khalayakiii. Sikap khalayakiv. Isu silang budayav. Ideologi dan kepercayaan

Page 26: Bab 3 -_retorik

Terdapat empat kumpulan utama iaitu: Diadik Kumpulan kecil Ramai pendengar Jelata

Page 27: Bab 3 -_retorik

i. Khalayak empirisii. Khalayak fokusiii. Khalayak berkeupayaaniv. Khalayak rekaan

Page 28: Bab 3 -_retorik

Kecenderungan emosi khalayak sama ada memberi perhatian atau tidak semasa penyampaian

Tiga sikap utama :i. Sikap khalayak terhadap perucapii. Sikap khalayak terhadap subjekiii. Sikap khalayak terhadap keadaan

Page 29: Bab 3 -_retorik

Berkait rapat dengan kepercayaan seseorang individu

Kepercayaan khalayak mempengaruhi penerimaan tajuk, pendapat dan hujah seseorang perucap

Mengambil kira faktor umur, jantina, taraf pendidikan, status pekerjaan, agama

Kaedah demografi dapat membantu

Page 30: Bab 3 -_retorik

Perucap perlu mengambil kira ideologi khalayak

Page 31: Bab 3 -_retorik

Pemilihan topik Pengumpulan bahan Penyusunan bahan Latihan melalui pengalaman

Page 32: Bab 3 -_retorik

Penyelidikan Pengalaman Pengetahuan Temu bual

Page 33: Bab 3 -_retorik

Bahan-bahan yang diperoleh, tidak akan membantu kelancaran penyampaian sekiranya tidak disusun dengan kemas dan menarik. Isi dan idea yang tersusun dapat mewujudkan kesinambungan mesej.

Page 34: Bab 3 -_retorik

Tidak semua orang dilahirkan dengan kelebihan mampu berucap di khalayak ramai. Walau bagaimanapun, kekurangan tersebut janganlah dijadikan sebagai alasan. Melalui latihan, keupayaan seseorang perucap dapat ditingkatkan bagi memahir dan membiasakan perucap dengan sesuatu situasi, keadaan dan idea yang hendak disampaikan.

Page 35: Bab 3 -_retorik

I - Persediaan awal- dari segi fizikal, mental dan emosi- elak kegugupan- keyakinan- lakukan senaman kecil - menarik nafas lega- memandang audiens yang mesra

Page 36: Bab 3 -_retorik

ii – Panduan penyampaian- keyakinan diri- konsep menghormati pendengar- menghayati prinsip komunikasi

Iii – Kelebihan sedia ada- kenali potensi diri- mampu mengawal suara dengan baik- alat bantu (APD)

Page 37: Bab 3 -_retorik

Pengetahuan tentang bahasa sangat penting dalam bidang retorik. Hunt (1987) mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem mengenali bunyi yang diluahkan atau dijadikan simbol buah fikiran dan perasaan. Apabila bunyi-bunyi atau perkataan-perkataan ini disimpulkan bersama-sama dalam ayat untuk memberi maksud atau idea, setiap bunyi itu menjadi bahasa.

Page 38: Bab 3 -_retorik

Kebolehan untuk memahami dan memproses maklumat yang didengar serta kebolehan untuk bertutur dengan lancar dapat mempengaruhi perkembangan pemikiran seseorang perucap. Perkembangan pemikiran seseorang perucap akan membolehkannya bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai keadaan perhubungan.

Page 39: Bab 3 -_retorik

Seseorang yang memiliki kemahiran retorik dianggap bertuah kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri, terutama dari segi peluang kerjaya. Semua kerjaya memerlukan sekurang-kurangnya sedikit kemahiran pengucapan. Contohnya, bagi memudahkan diterima bekerja dan dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat, seseorang itu mestilah boleh berfikir secara kritis, mencerap dengan baik dan berucap dengan berkesan.

Page 40: Bab 3 -_retorik

Sekian.