etnk bab 3

40
HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS) KURSUS WAJIB WAJ3106 SEMESTER 2 IPG- PGSR (BAB 3)

Upload: nim-ohara

Post on 01-Jun-2015

6.634 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etnk bab 3

HUBUNGAN ETNIK (ETHNIC RELATIONS)

KURSUS WAJIB WAJ3106

SEMESTER 2IPG- PGSR

(BAB 3)

Page 2: Etnk bab 3

BAB 3

TAJUK:

PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA

Page 3: Etnk bab 3

Pengenalan• Pluraliti bermaksud banyak / beberapa pilihan• Pluralisme bermaksud ; 1. Keadaan masyarakat terdiri drpd pelbagai kaum 2. Prinsip bahawa masyarakat pelbagai kaum boleh hidup bersama dalam aman & damai. 3. Faham majmuk

• Masyarakat Pluralistik bermaksud kewujudan kepelbagaian bangsa dan agama di sesuatu tempat pada satu masa secara dirancang atau dipaksa oleh pihak tertentu yang berkepentingan

Page 4: Etnk bab 3

Pengenalan

• Pluralisme budaya bermaksud percampuran budaya dikalangan pelbagai masyarakat atau bangsa dengan masyarakat setempat.

• Pluralisme budaya di Alam Melayu terjadi disebabkan interaksi budaya Arab pra-Islam, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Belanda, Sepanyol dan British).

Page 5: Etnk bab 3

Contoh pencampuran budaya di Alam Melayu

Page 6: Etnk bab 3

Bagaimana Pluralisme Budaya Alam Melayu terjadi?

• Situasi Alam Melayu yang sering menerima kehadiran masyarakat asing telah menyebabkan mereka telah menerima pelbagai pengaruh asing secara tidak langsung.

• Contoh; 1. Jawa terdapat raja Hindu yang menggunakan nama Arab dan melayani pedagang Eropah.

• Contoh; 2. Raja Champa beragama Hindu dan kemudiannya Islam telah berdagang dengan negara India, China dan Kepulauan Melayu.

Page 7: Etnk bab 3
Page 8: Etnk bab 3

Pola masyarakat sebelum kedatangan Eropah di Alam Melayu

• Kedatangan / penghijrahan masyarakat luar ke sini adalah secara semula jadi dan sukarela.

• Contohnya masyarakat Cina Baba ialah rakyat negara China yang datang ke Alam Melayu setelah mendapat persetujuan sebulat suara bersama keluarga masing-masing.

• Justeru mereka mudah menyerap dan menserasi budaya mereka dengan budaya tempatan. Mereka juga sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan

• Hasilnya mereka berjaya mewujudkan interaksi yang mesra dengan penduduk tempatan dan sebaliknya.

Page 9: Etnk bab 3

Masyarakat Baba dan Nyonyadi Tanah Melayu

Page 10: Etnk bab 3

• Penyatuan budaya tempatan dengan luar juga telah menyebabkan perkembangan budaya tempatan berlaku.

• Sebagai contoh seperti adat bersanding, bunga manggar dan bunga telur dalam majlis perkahwinan yang diterima dan diubah suai daripada masyarakat Alam Melayu dan India.

Page 11: Etnk bab 3

Hubungan antara peradaban Alam Melayu dengan peradaban China dan India

• Pembentukan pluralistik juga terjadi disebabkan oleh tersebarnya pengaruh China dan India ke Alam Melayu.

• Pengaruh budaya China di Alam Melayu telah bermula sejak awal abad ke 5 Masihi lagi terutama dalam bidang pendidikan dan perdagangan.

• Menurut catatan I-Tsing (seorang Sami Buddha) telah singgah di Palembang pada tahun 671 Masihi dan telah mengatakan terdapat lebih 1000 sami Buddha di Srivijaya.

Page 12: Etnk bab 3

Hubungan antara peradaban Alam Melayu dengan peradaban China dan India

• Menurut George Coedes (1948) beliau telah menggunakan istilah Indianisation (pengindiaan) bagi melambangkan proses perluasan pangaruh agama dan kebudayaan India di Asia Tenggara.

• Justeru terdapat banyak unsur budaya Hindu dalam masyarakat Melayu terutamannya bagi golongan raja dan bangsawan.

• Contoh pengaruh tersebut termasuklah idea, falsafah, nama-nama, konsep raja dan pembesar, perkahwinan dan sebagainya.

• Bukti ini diperkuatkan lagi dengan kewujudan candi Borobudur di Indonesia dan Angkor wat di Kemboja.

Page 13: Etnk bab 3

Hubungan antara peradaban Alam Melayu dengan peradaban China dan India

• Bagaimanapun menurut Syed Muhammad Naquib Al-Atas (1972), Hinduisme dan Buddhisme sebenarnya kurang memberi kesan besar dalam kehidupan kaum Melayu berbanding pengaruh kedatangan Agama Islam.

• Pengaruh Islam lebih menyeluruh dan kekal sehingga kini.

• Contoh pengaruh tersebut termasuklah idea, falsafah, nama-nama, konsep raja dan pembesar, perkahwinan, pendidikan, amalan seharian dan sebagainya

• Namun penjajah telah memisahkan agama dengan pentadbiran di mana agama diletakkan di bawah tadbir urus Sultan dan negara pula dibawah kerajaan.

Page 14: Etnk bab 3

Kemuncak Pluraliti Alam Melayu : Kesultanan Melaka

• Zaman kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan kerajaan Melayu. Kedudukan Melaka yang strategik, tempat pertemuan pedagang seluruh pelosok dunia, pemerintah yang visionary, diplomasi terbuka, undang-undang yang kuat berteraskan Islam serta kebijaksanaan pahlawan dan Syahbandar telah menyebabkan ramai pedagagang asing berhijrah ke Melaka.

• Maka berlakulah apa yang dikatakan masyarakat pluralistik semulajadi dan proses berakomodasi antara pedagang dari China dan India dengan masyrakat tempatan. Contoh wujudnyanya masyarakat Baba nyonya dan mamak di Melaka.

Page 15: Etnk bab 3

Kedudukan Melaka yang strategik, tempat pertemuan pedagang seluruh pelosok dunia

Page 16: Etnk bab 3

Contoh wujudnya masyarakat Baba nyonya dan mamak di Melaka.

Page 17: Etnk bab 3

Pembentukan Masyarakat Pluralistik oleh Penjajah

• Pada zaman penjajahan British mereka telah memisahkan ketiga-tiga kaum terbesar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India.

• Tiap2 kaum mempunyai agama, bahasa dan cara hidup yang berlainan.

• Hal ini telah menyebabkan penduduk Tanah Melayu menjadi berbilang kaum

• Walau bagaimanapun pada umumnya ketiga-tiga kaum ini mempunyai hubungan kaum yang baik malah bersama-sama berjuang mendapatkan kemerdekaan.

• Keharmonian hidup berterusan sehingga ke hari ini.

Page 18: Etnk bab 3

Pluralistik Alam Melayu selepas kedatangan Kolonial dan Imperial Eropah

Page 19: Etnk bab 3

Pluralistik Alam Melayu Selepas Kedatangan Kolonial dan Imperial

Eropah

• Kuasa barat telah mengubah dan telah memperkenalkan sistem pemerintahan atau kerajaan yang menggalakkan perkembangan masyarakat pluralistik.

Page 20: Etnk bab 3

Perubahan epistemologikal• Perubahan epistimologikal bermaksud

perubahan dari segi ilmu pengetahuan yang melibatkan cara berfikir dan melihat sesuatu.

• Sebelum British pemikiran orang Melayu mempercayai perkara alam mistik (pendukunan / pembomohan) namun setelah kedatangan British perubahan pemikiran telah berlaku kepada ilmu logik dan rasional dan menggunakan peralatan saintifik.

Page 21: Etnk bab 3

Pola masyarakat selepas kedatangan Eropah di Alam Melayu

• Pola masyarakat pluralistik selepas kedatangan orang Eropah agak berbeza.

• Orang Cina dan India dibawa masuk tanpa disertai kaum keluarga dan dibenarkan memajukan kepentingan ekonomi dan politik mereka. (Cina – perlombongan dan India – perladangan).

• Keadaan ini menjadikan asimilasi budaya dan cara hidup antara kumpulan tidak berlaku.

• Namun keadaan ini tidak menjejaskan kehidupan yang harmonis antara kaum sehingga ke hari ini.

Page 22: Etnk bab 3

Pembentukan Masyarakat Pluralistik oleh Penjajah

• Namun terdapat unsur bukan material yang tidak baik diperkenalkan oleh Britsh iaitu berlaku pemisahan antara pemerintahan dan agama.

• Hal ini berpunca di Eropah akibat perselisihan gol. agama dan saintis dimana agama, sains dan pemerintahan telah diasingkan.

• Kesan pemisahan ini telah menular ke negara-negara Asia Selatan iaitu India, Pakistan, Bangladesh, Bhutan, Sri Langka dan Nepal malah Malaysia

Page 23: Etnk bab 3

Sebagai contoh di Tanah Malayu pihak penjajah menguasai pentadbiran manakala agama Islam dan adat istiadat sahaja yang telah diletakkan di bawah

penguasaan Sultan

Page 24: Etnk bab 3

Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Malaysia: sebelum dan selepas merdeka

* Sebelum1948, hampir kesemua penduduk T. Melayu adalah orang Melayu

* Sejak berkembang perusahan bijih timah dan getah maka masyarakat T.Melayu terbahagi tiga kumpulan utama Melayu, Cina dan India.

* Hal ini juga berlaku di Sabah dan Sarawak Malah tahun 1931???- penduduk bukan Melayu

melebihi penduduk Melayu di T. Melayu.* Peristiwa ini memberi impak yang signifikan

terhadap politik, ekonomi, malah perlembagaan dan pendidikan.

Page 25: Etnk bab 3

Maksud Masyarakat MajmukApakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk?

Masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama dan mempunyai budaya yang tersendiri.

Masyarakat majmuk terdiri daripada tiga etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang bersatu di atas satu ikatan kerakyatan dan di bawah sebuah pemerintahan demokrasi beraja berpelembagaan dengan satu cara hidup yang dipersetujui bersama.

(Kasim Ahmad, 1984)

Masyarakat majmuk terdiri daripada tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina & India yang mengamalkan kebudayaan adat resam, agama dan bahasa masing-masing di mana setiap kaum mempunyai keperibadian budaya yang tersendiri yang dikekalkan.

(Tang Chee Yee, 1993)

Page 26: Etnk bab 3

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA

• Politik• Walaupun kesan penjajahan telah mewujudkan

masyarakat majmuk di Malaysia namun kesan daripada usaha memelihara kestabilan politik yang terus menjadi agenda utama negara maka negara terus stabil dan harmonis.

• Buktinya sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan melalui kerjasama dalam parti perikatan (UMNO, MCA, MIC) memudahkan kerjasama politik dan menjamin kestabilan politik sehingga kini.

• Walaupun pada awalnya terdapat pergolakan dalam parti Perikatan (MCA dan MIC) namun setelah terbentuknya Barisan Nasional pada 1974, semuanya menjadi stabil.

Page 27: Etnk bab 3

• Rahsia kerjasama antara kaum ini ialah semangat kerjasama dan tolak ansur yang kuat.

* Secara rasional, hubungan mereka labih bersifat utilitarian dan mengikat mereka dalam jaringan silang budaya dan merentas entik masing-masing. (Mansor Mohd Noor, 2005)

Page 28: Etnk bab 3

* Perlembagaan

• Merupakan panduan asas perlaksanaan politik dinegara kita.

• Ia juga merupakan kontrak sosial antara kaum di Malaysia hasil daripada syarat kemerdekaan oleh British.

• Contoh kontrak sosial ialah taraf kerakyatan; Orang Melayu sedia menerima kehadiran bukan Melayu sebagai rakyat Malaysia manakala orang bukan Melayu menerima peruntukan hak-hak istimewa orang Melayu

Page 29: Etnk bab 3

• Setiap kumpulan etnik di negara ini mestilah mempunyai wakil mereka dalam parti politik.

• Justeru kesemua mereka mestilah bersetuju untuk hidup bersama-sama secara aman dan damai.

• Kerjasama politik ini bermula pada 1949, sewaktu Jawatankuasa Antara Kaum-(CLC) dibentuk. CLC adalah idea Dato Onn Jaafar dengan Tan Cheng Lock kearah menyelesaikan isu-isu politik antara etnik di T.Melayu.

• Kejayaan CLC ini akhirnya menjadi model kepada kerjasama politik di Malaysia hingga kini dan menunjukkan parti-parti politik tidak mampu hidup secara individu.

Page 30: Etnk bab 3

Pendidikan• Sebelum Penyata Razak 1956, sistem

pendidikan kita berbeza mengikut empat aliran berlainan iaitu Inggeris,Melayu, Cina dan India.

• Manakala zaman penjajah, British menubuhkan 3 peringkat pendidikan, pertama sek. aliran Inggeris rendah dan menegah, Kedua sek. aliran Melayu rendah dan Ketiga sek. vernikular Cina dan India yang dibiayai oleh komuniti masing-masing.

• Ketika ini berlaku ketidakseragaman dalam sistem pendidikan.

Page 31: Etnk bab 3

Sistem Pendidikan Pasca Merdeka

• Sistem pendidikan era ini berbeza dari sebelumnya dimana terdapat keseragaman kurikulum, sukatan pelajaran, dan orentasi.

• Penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960, telah menyatukan kanak-kanak berbilang etnik dengan menggunakan satu bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu.

• Selepas merdeka Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi dan menjadi alat penyatuan tanpa menjejaskan bahasa entik-etnik lain yang dibenarkan digunakan di sekolah aliran masing-masing.

Page 32: Etnk bab 3

• Kelebihan Bahasa dan Orang Melayu dalam sisem pendidikan bertujuan meningkatkan kemajuan mereka dalam pendidikan.

• Sebagai contoh: pada 1966-1967 – Di Universiti Malaya - 70% pelajarnya bukan Melayu- Kejuruteraan 98%, sains-90% dan perubatan 84%. Manakala UTM – 90% pelajarnya bukan Melayu.

• Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969, beberapa usaha telah dilakukan bagi meningkatkan pelajar Melayu di Universiti –biasiswa, dasar kuota telah berjaya meningkatkan jumlah pelajar Melayu daripada 20% ke 60% di universiti tempatan.

Page 33: Etnk bab 3

• Pada masa sama gol bukan bumiputera diberi keistimewaan untuk mengekalkan warisan nenek moyang iaitu sek Jenis

Keb. Cina dan Tamil sehingga sekarang.

• Hal ini penting untuk memastikan perpaduan dan pembinaan Bangsa Malaysia tercapai.

Page 34: Etnk bab 3

Ekonomi• Selepas merdeka 1957 Dasar Ekonomi Baru

(DEB) diperkenalkan.

• Terbahagi kpd 4 peringkat;– 1. Rancangan pra merdeka a. Rancangan Pemb. Persekutuan T. Melayu (1950 -1955)– 2. Rancangan selepas merdeka; a. Ran. Persekutuan T. Melayu kedua (1961 - 1965) b. Ran. Malaysia Pertama (1966 – 1970)– 3. Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru; dan– 4. Dasar-dasar Pembangunan Negara

Page 35: Etnk bab 3

• Walaupun British telah meninggalkan sistem ekonomi pasaran bebas (laissez faire). Namun secara umumnya ekonomi Malaysia bergerak secara

Dualisme

Ekonomi moden Ekonomi tradisional- Berteraskan bandar - Berteraskan desa- Perusahaan &Perniagaan - pertanian& nelayan- Kaum Cina & India - Kaum Melayu

Page 36: Etnk bab 3

Jadual; Purata kasar pendapatan bulanan Isi rumah (RM) mengikut kumpulan etnik 1999 dan 2004

Etnik 1999 2004

Bumiputera 1,984 2,711

Cina 3,456 4,456

India 2,702 3,456

Lain-lain 1,371 2,312

Page 37: Etnk bab 3

• Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi berdasarkan etnik ini harus di teliti dan diatasi segera.

• Akibat ketidakseimbangan ini juga menjadi antara faktor tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan dikuatiri peristiwa sama akan berulang.

• Semua pihak wajib memahami masalah ini dan mencari jalan mengatasinya.

Page 38: Etnk bab 3

Kesimpulan• Masyarakat Plural Malaysia wujud hasil interaksi

beberapa faktor sejarah.• Pluraliti budaya di Alam Melayu berlaku sejak

abad ke 5 masehi.• Kesan penjajahan British telah menambahkan

lagi masyarakat plural di negara ini.• Walaupun masyarakat Malaysia berlainan kaum,

latar belakang, agama dan budaya, namun dengan semangat kerjasama, tolak ansur dan saling memahami telah menyebabkan kemerdekaan tercapai dengan mudah, cepat dan bermakna malah keadaan harmonis ini berterusan sehingga sekarang.

Page 39: Etnk bab 3

Soalan-soalan Perbincangan• 1. Huraikan faktor-faktor sejarah termasuk

peranan pihak penjajah British yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia sebelum tahun 1970.

• 2. Bincangkan usaha-usaha yang telah diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Page 40: Etnk bab 3

En. Yusri Hj JohorIP Ipoh