bab 3

11
BAB 3: KEPELBAGAIAN HIDUPAN KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP 1. Benda hidup dikenali sebagai organisma. 2. Organisma terdiri daripada haiwan dan tumbuhan. 3. Organisma berlainan mempunyai saiz dan bentuk yang berlainan. 4. Ciri-ciri organisma yang berbeza boleh digunakan untuk mengelaskan benda hidup. 5. Setiap benda hidup mendiami habitatnya untuk mendapatkan sumber makanan, perlindungan dan juga untuk pembiakan. (a) Mikroorganisma 1. Selain organisma yang besar, terdapat juga haiwan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Organisma ini dikenali sebagaimikroorganisma. 2. Contoh-contoh mikroorganisma ialah mukor, bakteria, amoeba, paramesium, euglena dan klamidomonas. 3. Bakteria adalah organisma yang boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti : i. Bentuk bulat - kokus ii . Bentuk rod - basilus ii i. Bentuk bergulung - spirila 4. Mukor ialah sejenis kulat yang hidup di atas kepingan roti yang lembap. Bahagian yang penting pada mukor ialah : i. hifa - bebenang putih di atas permukaan roti. ii miselium - jalinan hifa yang tumbuh ke dalam

Upload: mohd-anuar

Post on 15-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

BAB 3:KEPELBAGAIAN HIDUPAN

KEPELBAGAIAN BENDA HIDUP

1.Benda hidup dikenali sebagai organisma.

2.Organisma terdiri daripada haiwan dan tumbuhan.

3.Organisma berlainan mempunyai saiz dan bentuk yang berlainan.

4.Ciri-ciri organisma yang berbeza boleh digunakanuntuk mengelaskan benda hidup.

5.Setiap benda hidup mendiami habitatnya untuk mendapatkan sumber makanan, perlindungan dan juga untuk pembiakan.

(a)Mikroorganisma

1.Selain organisma yang besar, terdapat juga haiwan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Organisma ini dikenali sebagaimikroorganisma.

2.Contoh-contoh mikroorganisma ialah mukor, bakteria, amoeba, paramesium, euglena dan klamidomonas.

3.Bakteria adalah organisma yang boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti :

i.Bentuk bulat - kokus

ii.Bentuk rod - basilus

iii.Bentuk bergulung - spirila

4.Mukor ialah sejenis kulat yang hidup di atas kepingan roti yang lembap. Bahagian yang penting pada mukor ialah :

i.hifa - bebenang putih di atas permukaan roti.

ii.miselium - jalinan hifa yang tumbuh ke dalam subtrat.

iii.sporangium - struktur pembiakan yang berbentuk bulat di atas permukaan bagi menghasilkan spora.

5.Paramesium berbentuk seperti tapak kasut. Badannya diliputi bulu pendek yang dikenali sebagai silium. Silium digunakan untuk pergerakan dalam air.

6,Sesetengah mikroorganisma berfaedah kepada manusia seperti yis yang digunakan dalam pembuatan roti dan penesilium yang digunakan untuk menghasilkan antibiotik penisilin.

(b)Manusia

1.Manusia juga menunjukkan kepelbagaian rupa bentuk dan saiz. Mengikut kajian, tiada manusia di dunia ini yang serupa sepenuhnyang walaupun kembar seiras.

2.Ciri-ciri yang membezakan antara manusia ialah cap jari, ketinggian, berat badan, jenis rambut, warna anak mata, bentuk cuping telinga, kumpulan darah, kebolehan menggulung lidah, kebolehan membengkokkan ibu jari dan sebagainya.

(c)Ciri-Ciri Am Benda Hidup

1.Semua benda hidup menunjukkan beberapa ciri yang berbeza daripada benda benda bukan hidup.

2.Ciri-ciri benda hidup ialah makan, bernafas, bergerak, bergerak balas, berkumuh, tumbesaran dan membiak.

SEL SEBAGAI UNIT ASAS BENDA HIDUP

1.Sel merupakan unit asal benda hidup.

2.Setiap sel pada amnya mempunyai membran sel, sitoplasma, dan nukleus.

3.Sitoplasma bersama dengan nukleus dikenali sebagai protoplasma.

4.Sesetengah sel mempunyai lompang yang dikenali sebagai vakuol.

5.Perbezaan antara sel tumbuhan dan haiwan adalah seperti berikut:

Sel TumbuhanSel Haiwan

Bentuk tetapBentuk tidak tetap

Mempunyai dinding dan membran selMempunyai membran sel sahaja

Mempunyai kloroplasTidak mempunyai kloroplas

Vakuol terdapat pada sel tuaVakuol hanya terdapat pada haiwan peringkat rendah

Mempunyai granul kanjiMempunyai granul glikogen

(a)Organisma Unisel dan Organisma MultiselPerbezaan Organisma unisel dengan multisel

Organisma uniselOrganisma multisel

Organisma yang hanya mempunyai satu selOrganisma yang mempunyai lebih daripada satu sel

Biasanya kecil dan hanya boleh dilihat melalui mikroskopBoleh dilihat dengan mata kasar

Contoh organisma unisel ialah yis, amoeba, paramesium, euglena, klamidomonas, pleurokokusContoh organisma multisel ialah hidra, spirogira

(b)Organisasi SelPENGELASAN KESELURUHAN ORGANISMA

(a)Pengelasan Haiwan

VertebrataCiri

Ikan- Hidup di dalam air- Berdarah sejuk (poikiloterma)- Bernafas dengan insang-Badan diliputi sisik berlendir- Melakukan persenyawaan luar- Biasanya bertelur

-Contoh-contoh ikan ialah ikan sepat, ikan yu, ikan bawal, belut, dan unduk-unduk.

Amfibia

- Boleh hidup di air dan darat-Kulit lembap dan terdedah- Bernafas guna insang semasa kecil dan peparu semasa dewasa- Berdarah sejuk (poikiloterma)- Melakukan persenyawaan luar- Bertelur tanpa cangkerang

- Contoh : Kodok, katak dansalamander.

Reptilia

- Sesetengah hidup di air dan ada di darat-Kulit bersisik dan kering- Bernafas dengan menggunakan peparu- Berdarah sejuk (poikiloterma)- Melakukan persenyawaan dalam- Kebanyakannya bertelur dengan cangkerang

-Contoh : Buaya, ular, penyu, kura-kura dan cicak.

Burung

- Hidup di atas darat-Badan diliputi oleh bulu pelepah- Mempunyai sepasang kepak- Mempunyai mulut berparuh- Bernafas dengan peparu- Melakukan persenyawaan dalam- Berdarah panas (homoioterma)

-Contoh : Burung pipit, burung merpati, burung helang, burung nuri, itik, penguin dan bangau.

Mamalia

- Kebanyakan hidup di atas darat-Badan diliputi bulu atau rambut- Bernafas dengan menggunakan peparu- Mempunyai cuping telinga- Berdarah panas (homoioterma)- Melakukan persenyawaan dalam- Menyusu dan menjaga anak yang masih kecil- Mempunyai diafragma yang mengasingkan bahagian dada dan abdomen.

- Contoh : arnab, kelawar, lembu, zirafah, platipus dan ikan paus.

Ciri-ciri yang berhuruf tebal adalah ciri yang membezakan lima kelas vertebrata

InvertebrataCiri

-Invertebrata ialah haiwan yang tidak mempunyai tulang belakang-Contoh-contohnya ialah belalang, lipas, lipan, siput, obor-obor,ketam dan kalajengking.-Kebanyakan invertebrata tinggal di dalam air kerana air boleh membantu menampung berat badannya.-Invertebrata adalah kumpulan haiwan yang paling banyak di dunia.-Kebanyakan invertebrata mempunyai kulit keras atau cangkerang keras untuk melindungi daripada musuhnya

(b)Pengelasan TumbuhanTumbuhan Berbunga

Tumbuhan Tidak Berbunga

Tumbuhan Tidak BerbungaCiri

Alga-Hidup di darat dan laut-Tidak mempunyai batang, akar dan daun yang sebenarnya.-Alga berwarna hijau berklorofil.-Menghasilkan spora untuk pembiakan-Contoh :Spirogira, Hidrilla,dan alga laut

Lumut-Hidup di tempat yang lembap berair-Mempunyai daun berklorofil dan rizoid sebagai akar.-Boleh membuat makanan sendiri.-Menghasilkan spora untuk pembiakan-Contoh :lumut hati, lumut tanduk

Kulat-Hidup di kawasan lembap.-Tidak mempunyai akar, batang dan daun yang sebenarnya.-Tidak berklorofil dan tidak boleh berfotosintesis.-Menghasilkan spora untuk pembiakan.-Contoh :yis, mukor, cendawan

Paku Pakis-Hidup pada kawasan lembap dan teduh-Mempunyai batang, daun berklorofil dan akar serabut-Mengasilkan spora untuk pembiakan.-Contoh : paku resam, paku langsuir dan pakugajah