bab 2.docx

14
BAB 2 LATAR BELAKANG FIRMA 2.1 Pengenalan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal telah ditubuhkan pada tahun 1952 di peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia dan merupakan salah satu cawangan terawal yang ditubuhkan di Jabatan Kerja Raya Malaysia. Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) berada di bawah Sektor Pakar JKR Malaysia. CKM dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu Bahagian Penyelarasan Dan Khidmat Sokongan, Bahagian Pembangunan Rekabentuk, Bahagian Pembangunan Kepakaran serta Bahagian Perkhidmatan Harta (JKR Workshop Persekutuan). Cawangan ini menyediakan khidmat Perundingan Teknikal, Pengurusan Projek dan Pengurusan Penyelenggaraan yang komprehensif. Pejabat utama cawangan ini terletak di Tingkat 18-21, Centrepoint North, The Boulevard, Mid-Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur yang menempatkan semua bahagian kecuali Bahagian Perkhidmatan Harta (JKR Workshop Persekutuan) iaitu terletak di Jalan Cheras, KualaLumpur. Terdapat seramai lebih kurang 300 orang kakitangan yang bertugas di cawangan ini iaitu 200 orang kakitangan di Mid Valley dan 100 orang kakitangan lagi di JKR Workshop Persekutuan.

Upload: illanizaharudin

Post on 03-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

BAB 2

LATAR BELAKANG FIRMA

2.1 Pengenalan

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal telah ditubuhkan pada tahun 1952 di peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia dan merupakan salah satu cawangan terawal yang ditubuhkan di Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) berada di bawah Sektor Pakar JKR Malaysia. CKM dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu Bahagian Penyelarasan Dan Khidmat Sokongan, Bahagian Pembangunan Rekabentuk, Bahagian Pembangunan Kepakaran serta Bahagian Perkhidmatan Harta (JKR Workshop Persekutuan). Cawangan ini menyediakan khidmat Perundingan Teknikal, Pengurusan Projek dan Pengurusan Penyelenggaraan yang komprehensif.

Pejabat utama cawangan ini terletak di Tingkat 18-21, Centrepoint North, The Boulevard, Mid-Valley City, Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur yang menempatkan semua bahagian kecuali Bahagian Perkhidmatan Harta (JKR Workshop Persekutuan) iaitu terletak di Jalan Cheras, KualaLumpur.

Terdapat seramai lebih kurang 300 orang kakitangan yang bertugas di cawangan ini iaitu 200 orang kakitangan di Mid Valley dan 100 orang kakitangan lagi di JKR Workshop Persekutuan.

2.2 Objektif

1. Menyiapkan kerja rekabentuk sistem mekanikal yang menepati piawaian, kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.2. Menyerahkan projek sistem mekanikal yang menepati, kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.3. Melaksanakan kerja penyenggaraan sistem mekanikal, kenderaan, logi pembinaan jalan dan logi kuari kepunyaan kerajaan yang menepati kualiti, masa dan kos yang ditetapkan.4. Mengurus aset-aset yang terdiri dari sistem mekanikal dalam bangunan, kenderaan, logi pembinaan jalan dan logi kuari kepunyaan JKR yang dapat memenuhi keperluan semasa jabatan.5. Menyediakan khidmat rundingan teknikal berhubung dengan bidang kejuruteraan mekanikal kepada agensi kerajaan dan badan berkanun dengan tepat dan cepat.

2.3 Visi Dan Misi

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

Visi

Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.

Misi

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:1.Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.

2.Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.

3.Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.

4.Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.

5.Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.

6.Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.

7.Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.

8.Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

2.4 Logo Firma

Deskripsi Logo

1.Secara umumnya, Logo yang dipaparkan itu mencerminkan kepelbagaian bidang kerja dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

2.Bermula dari bawah, garisan lengkung berwarna hitam memberi simbol kerja membekal air bersih dan menggambarkan JKR adalah sebuah organisasi yang dinamik.

3.Garisan yang berbentukarchberwarna hitam pekat menunjukkan simbol kerja berkaitan pembinaan dan penyenggaraan jambatan dan juga mencerminkan JKR sebagai sebuah organisasi yang diamanahkan sebagai peneraju utama negara untuk melaksanakan kerja kejuruteraan.

4.Garisan lurus berwarna hitam di atas garisan berbentukarchmelambangkan penglibatan untuk melaksana rangkaian jalanraya negara.

5.Empat belas garisan yang terletak di atas garis lurus melambangkan penglibatan untuk melaksana kerja bangunan meliputi 14 negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia.

2.5 Perkhidmatan Perundingan Kejuruteraan Mekanikal

Melaksanakan kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan mekanikal di dalam projek-projek pembangunan negara yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya sama ada di bawah Sektor Bisnes atau CKM sendiri seperti merancang, merekabentuk dan pengawasan pemasangan perkhidmatan mekanikal dalam bangunan kerajaan, pengujian dan pentauliahan, penyerahan dan pengawasan kerja penyelenggaraan selepasnya. Perkhidmatan-perkhidmatan mekanikal dalam bangunan kerajaan antaranya adalah seperti berikut :

1. Sistem Penghawa Dingin dan Pengalihan Udara2. Sistem Bekalan Air dan Sanitari Dalaman3. Sistem Pencegah Kebakaran4. Sistem Lif5. Sistem Kren6. Sistem Pam Penggalak7. Sistem Gas Perubatan8. Sistem Dandang dan Stim9. Sistem Penstril10. Sistem Kelengkapan Dapur dan LPG11. Sistem Kelengkapan Kerusi Pergigian12. Sistem Pneumatic Tube13. Sistem Automasi Bangunan (BAS)14. Sistem Pemampatan Udara

2.6 Perkhidmatan Pengurusan Projek Untuk Kejuruteraan Mekanikal

Melaksanakan perkhidmatan pengurusan projek perkhidmatan mekanikal untuk projek-projek pembangunan negara yang dilaksanakan terus oleh CKM sendiri.

2.6.1 MELAKSANAKAN AKTIVITI KEPAKARAN DAN PENYELIDIKAN1. Mengaplikasikan bidang kecekapan tenaga dalam menghasilkan rekabentuk mekanikal dalam sesebuah bangunan dan seterusnya mengesyorkan langkah penjimatan tenaga dalam operasi sistem mekanikal.2. Mengesyorkan langkah penambahbaikan dalam aplikasi kawalan bunyi & getaran dalam sesuatu sistem perkhidmatan mekanikal sesebuah bangunan.3. Menentukan check & balance dalam sesuatu pemasangan kelengkapan mekanikal melalui pengujian, pentauliahan dan forensik bertujuan untuk mencegah peralatan dari terus mengalami kerosakan dan seterusnya mengenalpasti punca kerosakan dan mencadangkan pelan tindakan pemulihan bagi mengelakkan masalah yang sama berulang.4. Melaksanakan kualiti persekitaran dalaman IAQ & IEQ (Indoor Air Quality & Indoor Environment Quality) bertujuan untuk memastikan bekalan udara ke tempat-tempat penghuni mengikut standard dan spesifikasi supaya tidak menyumbang kepada masalah kesihatan disebabkan oleh SBS (Sick Building Syndrome).5. Merangka polisi, dasar, kajian dan menggalakkan bidang inovasi serta penyelidikan dan pembangunan ke atas aktiviti kepakaran khusus bidang kejuruteraan mekanikal.6. Menyediakan piawaian, penyeliaan, pengujian, pentauliahan perkhidmatan mekanikal, membangunkan spesifikasi, garispanduan rekabentuk, arahan teknikal dalam bidang kejuruteraan mekanikal.7. Menyediakan maklumat berpusat bagi semua aktiviti mekanikal termasuk maklumat projek-projek mekanikal, kos anggaran dan sebenar kerja-kerja mekanikal, prestasi kontraktor mekanikal dsbnya.8. Mewujudkan pakar-pakar mekanikal di bidang perkhidmatan mekanikal seperti Pakar Sistem Penyaman Udara, Pakar Sistem Pencegah Kebakaran, Pakar Kecekapan Tenaga, Pakar Getaran & Bunyi dll.9. Meningkatkan peranan dan kepakaran di dalam urusan penyenggaraan bangunan termasuk aplikasi Condition Monitoring ke atas peralatan sistem mekanikal.2.6.2 KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

Memberi khidmat nasihat teknikal berhubung dengan kejuruteraan mekanikal sesuai dengan perkembangan teknologi masa kini seperti berikut :

1. Penetapan Verifikasi Kastam di bawah Kod tarif barangan akta duti kastam 1996.1. Penyeliaan kerja perunding teknikal.1. Perolehan sistem mekanikal untuk pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.1. Pelupusan Aset-Aset Mekanikal (BER/PEP) untuk pelbagai jabatan dan agensi.1. Penilaian kenderaan kerajaan yang terlibat dalam kemalangan dan pinjaman pembelian kereta terpakai.1. Semakan harga untuk perbatuan elaun perjalanan kakitangan awam.1. Perkhidmatan kemudahan penggunaan harta mekanikal dan urusan berkaitan dengannya.1. Menyediakan perkhidmatan untuk menyelenggara sistem perkhidmatan mekanikal di premis-premis kerajaan.1. Menyediakan pakar rujuk kepada agensi-agensi yang memerlukan khidmat kepakaran mekanikal seperti menjadi Ahli Jawatankuasa Teknikal di SIRIM, CIDB serta lain agensi dan sebagai ahli lembaga tender bagi kementerian-kementerian.

2.6.3 PENGURUSAN ASET - KENDERAAN DAN LOJI

1. Mengurus dan menyelenggara woksyop, kenderaan dan loji milik Jabatan Kerja Raya.1. Mengurus perolehan loji dan kenderaan jabatan-jabatan kerajaan seperti lori tangki, bas, pacuan empat roda dan lain-lain.2.6.4 PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN KUARI

Bertanggungjawab, merancang dan mengurus perolehan kelengkapan kuari, bitumen dan alatgantinya ke atas Kuari milik Jabatan Kerja Raya iaitu:

1. Kuari Pusat Pekan Awah, Temerloh yang mempunyai keluasan 46.8 hektar,1. Kuari Bukit Buloh, Machang dengan keluasannya 38 hektar dan1. Kuari Bukit Penggorak, Kuantan dengan keluasannya 65.16 hektar.2.6.5 PENGURUSAN & PERKHIDMATAN KERJAYA

1. Membangun profesionalisma, pengembangan kerjaya, pembangunan kompetensi dan merangka program-program latihan teknikal dan menyediakan tenaga pengajar berkaitan perkhidmatan mekanikal kepada pegawai dan kakitangan CKM, CKM Negeri dan dari Cawangan Sektor Busines.1. Menyediakan silibus untuk peperiksaan jabatan bagi jurusan Mekanikal di JKR.1. Memantau kemajuan kerjaya pegawai dan kakitangan CKM , CKM Negeri dan dari Cawangan Sektor Busines.1. Menempatkan pegawai-pegawai teknikal jurusan mekanikal pada semua peringkat di unit, bahagian dan di negeri yang bersesuaian dengan tahap kompetensi pegawai berkenaan.

2.7 Piagam Pelanggan dan Pelancaran Piagam Pelanggan

2.7.1 Piagam Pelanggan

Kami adalah komited untuk menyediakan dan menyelenggarakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi memenuhi keperluan pembanguan negara. Dalam menyediakan keperluan di atas, jabatan ini akan sentiasa menambahbaikan perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan dalam segala projek dan program dengan memberi penekanan kepada:1.Jangka masa secepat mungkin

2.Kos yang ekonomik

3.Reka bentuk yang menarik dan kualiti yang terbaik

2.7.2 Pelancaran Piagam Pelanggan

Piagam pelanggan JKR Melaka telah dilancarkan dengan rasminya oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka pada sambutan hari kualiti JKR Melaka yang diadakan pada 22 Oktober 1994.

2.8 SEJARAH PENGGUBALAN PIAGAM PELANGGAN JABATAN KERJA RAYA MELAKA

Melalui mesyuarat pegawai-pegawai kanan yang telah diadakan pada 26 MAC 1994 di Ombak Beach Resort Kuantan,Pahang Darul Makmur, Jabatan Kerja Raya Melaka telah Berjaya mengubal satu piagam pelanggan. Jabatan ini juga telah mengenal pasti bahawa pelanggan utamanya terdiri dripada orang awam.Jabatan atau agensi kerajaan dan juga pihak swasta.dalam memastikan bahawa jaminan yang termaktub di dalam piagam adalah pratikal dan dapat dipenuhi,jabatan menggunakan kaedah-kaedah berbincang serta mengkaji kemampuan yang ada berdasarkan penglibatan kakitangan dan keupayaan peralatan serta prestasi yang cemerlang agar penentuan tempoh masa yang ditetapkan boleh menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti.

2.9OBJEKTIF BAHAGIAN-BAHAGIAN DI JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL

2.9.1 BAHAGIAN PENTADBIRAN AM/KEPERKHIDMATAN. 1) Mengendalikan pengesahan perkhidmatan,penjawatan,dan peperiksaan.2) Mengendalikan urursan keperluan latihan pegawai/kakitangan jabatan3) Menguruskan dokumen-dokumen pencen kakitangan untuk dikemukanan ke ibu pejabat. 4) Menguruskan pentadbiran Am jabatan seperti kebersihan,disiplin kakitangan,keselamatan dan keceriaan 5) Menguruskan penyediaan laporan penilaian prestasi pegawai dan kakitangan jabatan2.9.2 BAHAGIAN KEWANGAN/COSTING

1)Mengendalikan hal-hal kewangan pejabat.2)Menyediakan baucer-baucer bayaran untuk tuntutan kakitangan dan pembekal.3)Menguruskan penetapan harga sebenar untuk kerja-kerja pembaikan.4)Menguruskan penyata tahunan perbelanjaan dan pendapatan.5)Mengeluarkan laporan ringkas berjadual bagi kod amanah mekanikal.

2.9.3 BAHAGIAN STOR

1) Menyemak dan meluluskan rancangan pembelian stok tahunan.2) Membuat perolehan bagi bahan-bahan.3) Menguruskan penyediaan hapus kira.4) Menguruskan pendaftaran harta modal dan kelengkapan pejabat.

2.9.4 BAHAGIAN BENGKEL

1) Menguruskan penyenggaraan kenderaan dan jentera berat kepunyaan JKR Negeri Melaka.2) Menguruskan penyenggaraan peralatan mekanikal di dalam bangunan kerajjan seperti sekolah dan lain-lain.

2.9.5 BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK

1) Menguruskan projek-projek perkhidmatan mekanikal dalam bangunan kerajaan meliputi reka bentuk perolehan penyediaan dan pengujian serta pengtauliahan.