bab 2.doc

3
BAB 2 : KEMENTERIAN Kementerian Pelajaran Malaysia | Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk: melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Pendidikan wajib Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah. Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Senarai Menteri Pelajaran Malaysia # Nama Tempoh perkhidmat an 1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 1955 - 1957 2 Mohamed Khir Johari 1957 - 1959 3 Abdul Rahman Talib 1959 - 1965 4 Mohamed Khir Johari 1965 - 1968 5 Tun Hussein bin Dato' Onn 1970 - 1973 6 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 1974 - 1978 7 Tun Musa Hitam 1978 - 1981 8 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1982 - 1984 9 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 1984 - 1986 10 Tun Abdul Rahman Yakub 1969-1970 11 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim 1986 - 1991 12 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1991 - 1995 13 Najib bin Tun Haji Abdul Razak 1995 - 1999 14 Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad 1999 - 2004 15 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 2004 - 2009 16 Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009 - Kini

Upload: mcjust

Post on 06-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2.doc

BAB 2 : KEMENTERIAN

Kementerian Pelajaran Malaysia |Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk: melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Pendidikan wajib

Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Senarai Menteri Pelajaran Malaysia

# NamaTempohperkhidmatan

1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 1955 - 19572 Mohamed Khir Johari 1957 - 19593 Abdul Rahman Talib 1959 - 19654 Mohamed Khir Johari 1965 - 19685 Tun Hussein bin Dato' Onn 1970 - 19736 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 1974 - 19787 Tun Musa Hitam 1978 - 19818 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1982 - 19849 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 1984 - 198610 Tun Abdul Rahman Yakub 1969-197011 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim 1986 - 199112 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1991 - 199513 Najib bin Tun Haji Abdul Razak 1995 - 199914 Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad 1999 - 200415 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 2004 - 200916 Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009 - Kini

Menteri: Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

Timbalan Menteri: 1Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri: 2Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

Page 2: BAB 2.doc

Ketua Setiausaha Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Y.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

Pengkhususan Negeri Terengganu

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, En.Razali bin Daud

Pegawai Pelajaran Daerah MarangEncik Md. Yasin bin Mohd Salleh

Pengkhususan Bahagian Teknik & Vokasional

Pengarah Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab

Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah En. Zainuren Bin Mohd Nor

Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut

Timbalan Pengarah Pembangunan Puan Hajah Zalihar Bt. Abd. Ghani

Timbalan Pengarah Pembangunan Kejurulatihan PTV Tuan Haji Zakaria Bin Md Noor

Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia adalah hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie Salleh dan kini disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektor pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu :

Objektif

Page 3: BAB 2.doc

Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.

Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan, kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.

Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dan 30% pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf denganya.

Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian.

Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dengan menarik pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah

Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi kepada 40% dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional

Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti dan 70% oleh kerajaan.

Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding dengan amalan yang terbaik digunakan di peringkat antarabangsa

Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.

Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan.

Lima Teras Utama Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik. Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara. Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi. Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat antabangsa. Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

Senarai Menteri

Datuk Shafie Mohd Salleh 2004–2006

Dato' Mustapha Mohamed 2006–2008

Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin 2008 –Kini