bab 2 proposal

8
1 BAB 2 KAJIAN LITERETUR 2.1 Pendahuluan Bab ini membincangkan penulisan dan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan. Antara yang dibincangkan termasuk definisi penilaian, model penilaian, definisi Melindungi Masa Instruktional (MMI) , konsep MMI dan permasalahan yang menyebabkan MMI dilaksananakan RASYIDI JOHAN

Upload: muhd-nur-hafiz

Post on 28-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 2 Proposal

1

BAB 2

KAJIAN LITERETUR

2.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan penulisan dan kajian-kajian terdahulu yang berkaitan. Antara

yang dibincangkan termasuk definisi penilaian, model penilaian, definisi Melindungi Masa

Instruktional (MMI) , konsep MMI dan permasalahan yang menyebabkan MMI

dilaksananakan

RASYIDI JOHAN

Page 2: BAB 2 Proposal

2

2.2 Definisi Penilaian

Penilaian membawa pelbagai maksud yang berbeza bergantung kepada tujuan sesuatu

penilaian itu dilakukan (Brinkerhoff et al., 1983). Kepelbagaian takrifan yang dilakukan

mengenai penilaian terbentuk daripada piawaian yang berbeza semasa penilaian

dilaksanakan. Menurut Tyler (1950), penilaian dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti

sama ada sejauh mana sesuatu program itu telah mencapai objektifnya. Alkin (1969),

Cronbach (1963) dan Stufflebeam et al (1971) pula memberi pendapat yang sama iaitu

penilaian adalah satu proses mengumpul dan mengunakan maklumat untuk membuat

keputusan mengenai keberlangsungan sesuatu program. Manakala Suchman (1967) pula

menyatakan bahawa penilaian adalah usaha untuk mengenal pasti sama ada sesuatu

program berjaya mencapai matlamat dan objektifnya. Sax (1973) mentakrifkan bahawa

penilaian merupakan suatu proses pengkakiman nilai atau keputusan berdasarkan kepada

pemerhatian latar belakang dan latihan yang diperolehi oleh seseorang penilai.

Doll (1978) menyatakan penilaian adalah satu usaha yang meluas dan berlanjutan

bagi memerhati impak daripada penggunaan kandungan dan proses pendidikan. Bagi

Bebey (1978), penilaian merupakan proses pemulihan yang sistematik dalam

menginterpretasi maklumat supaya ia boleh dijadikan rujukan. Kenyataan ini selari dengan

takrifan yang dikeluarkan oleh Joint Committee on Standard for Educational Evaluation,

Amerika Syarikat (1981).

Page 3: BAB 2 Proposal

3

2.2.1 Konsep Penilaian Program

Program merujuk kepada sekumpulan aktiviti yang dirancang dan direka bentuk untuk

mencapai sesuatu objektif (Royse et al (2001) yang telah ditetapkan oleh sesuatu

organisasi. Ianya melibatkan satu atau lebih domain iaitu keperluan program, reka bentuk

program, pelaksaan dan penyampaian perkhidmatan, kesan serta keberkesanan program.

Penilaian program bermaksud proses penghakiman terhadap sesuatu program dan

ianya melibatkan langkah-langkah yang dijalankan dengan menggunakan instrumen

tertentu atau sebaliknya (Cronbach et al., 1985; Leong dan Lee, 1987). Terdapat tiga ciri

khusus yang perlu diberi perhatian oleh penilai untuk menilai sesuatu program (Gredler

(1996). Pertama, penilaian program melibatkan inkuiri sistematik yang dapat memberikan

maklumat yang tepat kepada pembuat dasar. Kedua, penilaian program haruslah dapat

menunujukkan kejayaan dan kegagalan sesuatu program. Ketiga, penilaian harus

dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas program dijalankan.

2.2.2 Teori dan Model Penilaian Program

Terdapat pelbagai model yang boleh digunakan untuk menilai sesuatu program dimana

model ini boleh dijadikan sebagai panduan untuk menentukan hala tuju kajian yang akan

dijalankan. Ini selari dengan pandangan Nadler (1983).

Antara model-model penilaian adalah seperti Model Penilaian Tyler (1950), Model

Penilaian Metfessel dan Michael (1967), Model Penilaian Hammond (1973), Model

Page 4: BAB 2 Proposal

4

Penilaian Bebas-Matlamat Scriven (1972), Model Penilaian CIRO (1970), Model Penilaian

CIPP (1973), Model Penilaian Bell (1979), Model Penilaian Brinkerhoff (2003) dan Model

Penilaian Kirkpatrick (1959).

Untuk kajian yang akan dilaksanakan, pengkaji memilih Model CIPP yang

dikemukakan oleh Stufflebeam pada tahun 1973 yang menggunakan asas Context-Input-

Process-Product. Penilaian konteks memfokuskan syarat-syarat awal dan keperluan yang

wujud bagi mengadakan program latihan. Peringkat ini amat sesuai bagi fasa penggubalan

sesuatu program latihan (Reeves 1994). Penilaian input pula menyediakan maklumat

tentang kekuatan dan kelemahan bagi pemilihan sesuatu strategi dan reka bentuk program

latihan yang dilaksanakan. Seterusnya, penilaian proses akan membekalkan maklumat

untuk memantau strategi atau prosedur yang dilaksanakan agar kekuatan dapat dikekalkan

dan kelemahan program latihan dapat dikurangkan. Dan akhirnya, penilaian produkpula

akan membekalkan maklumat tentang tahap pencapaian objektif, kesesuaian strategi atau

prosedur yang telah dilaksanakan.

2.3 Melindungi Masa Instruktional (MMI)

Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin

instruksional dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan di sekolah.

(Sufa’at, 2013). Ianya perlu diberikan perhatian dalam memastikan peningkatan

keberhasilan pembelajaran murid ke arah membentuk modal insan yang kritis, kreatif dan

inovatif serta mampu menyumbang kepada Negara. Keberhasilan dalam melaksanakan

Page 5: BAB 2 Proposal

5

komponen ini dapat menyediakan murid–murid untuk menghadapi semua peringkat

peperiksaan yang dirancang dengan sempurna

Antara objektif MMI ini dilaksanakan ialah:

a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep

melindungi masa instruksional,

b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan

usaha MMI (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan

keberhasilan pembelajaran murid,

c) semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)

dapat menyebarluaskan konsep MMI (protecting instructional time) di

semua sekolah di bawah pentadbiran mereka,

d) memastikan peningkatan masa pembelajaran akademik (academic learning

time) dalam kalangan murid di semua sekolah, dan

e) memastikan guru mesti berada di kelas dan melaksanakan pembelajaran

dengan berkesan.

Kementerian Pendidikan Malaysia, (2013)

2.3.1 Konsep MMI

Masa instruksional bermaksud masa untuk murid belajar secara berkesan dalam menimba

ilmu pengetshuan. Masa instruksional yang dimanfaatkan secara menyeluruh bermaksud

Page 6: BAB 2 Proposal

6

pihak sekolah memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa

kehadiran guru serta memastikan murid belajar secara berkesan. Sebagai contohnya, jika

masa 30 minit telah diperuntukkan untuk masa kelas, sekolah harus memastikan murid

belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa

kehadiran guru.

Menurut Gettinger dan Seibert (1995), masa pemebelajaran akademik mempunyai

empat pembolehubah yang menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid, iaitu:

a) Masa yang diperuntukkan

b) Masa Sebenar yang digunakan untuk pengajaran

c) Masa keterlibatan murid dalam pembelajaran, dan

d) Kejayaan pembelajran atau pembelajran berkesan.

Keempat-empat pembolehubah tersebut harus dikawal oleh pihak pengurusan sekolah iaitu

pengetua bersama guru bagi memastikan masa pengajaran terlindung danndapat digunakan

secara maksima untuk pembelajatran berkesan.

2.3.2 KepentinganPelaksanaan MMI

Antara kepentingan pelaksanaan MMI adalah untuk mengurangkan gangguan masa

instruksional bagi memastikan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan dalam

kalangan murid. Hal ini selari dengan cadangan Hallinger dan Murphy (1986). Mereka

mencadangkan:

Page 7: BAB 2 Proposal

7

”Protecting instuctional time: Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address announcements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that enroach on classroom time.”

(Hallinger & Murphy, 1986)

Pelaksaanaan MMI juga bertujuan untuk mengurangkan gangguan bagi

mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang telah dirancang. Selain itu MMI juga

memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin pembelajaran berkualiti dan

berkesan dalam kalangan murid yang dilaksanakan oleh guru. ( Sufa’at, 2013).

Pengurangan masa instruksional perlu dikekang bagi memastikan tempoh masa

untuk pembelajaran yang berkualiti dan berkesan dalam kalangan murid meningkat.

Analaisis masa instruksional seorang murid dalam pembelajaran dan faktor gangguan yang

memyumbang kepada pengurusan masa instruksional dijalaskan dalam Rajah 1.

Page 8: BAB 2 Proposal

8

Rajah 1: Analisis Masa Instruksional Seorang Murid

Sufa’at (2013)

2.4 Rumusan

Berdasarkan kepada tinjauan-tinjauan literatur berkaiatn penilaian program, model

penilaian, konsep MMI dan kepentingan MMI, pengkaji inginmerumuskan bahawa MMI

merupakan salah satu cara untu meningkatkkan keberadaan guru di dalam kelas dan secara

tidak langsung dapat meningkatkan kualiti pembelajaran muriud.

MASA PERSEKOLAHAN (5 HARI SEMINGGU)

MASA BILIK DARJAH (6 JAM SEHARI)

MASA INSTRUKSIONAL (4 -5 JAM SEHARI)

MASA PEMBELAJARAN

AKADEMIK (3 JAM SEHARI)

ENGAGED LEARNING TIME

…..?

MASA PEMBELAJA

RAN BERKESAN

...?

Faktor Pengurusan

Sekolah

Faktor Instruksional

Guru