present proposal mektie 2

25
PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 MTE 3113 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN TIGA DALAM OPERASI MENAMBAH DENGAN MENGUMPUL SEMULA MELALUI PENGGUNAAN KAEDAH PENAMBAHAN STAIRS STEPS NAMA PELAJAR GURU: HARYATI BINTI ISMAIL KAD PENGENALAN: 900109-03-5164 KUMPULAN AKADEMIK: T4 MT3 PENSYARAH PENYELIA : PUAN LAVANEESVARI A/P MANOGARAN

Upload: haryati-ismail

Post on 22-Nov-2014

3.362 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Present proposal mektie 2

PROPOSAL PENYELIDIKAN TINDAKAN 1MTE 3113

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID TAHUN TIGA DALAM OPERASI MENAMBAH DENGAN

MENGUMPUL SEMULA MELALUI PENGGUNAAN KAEDAH PENAMBAHAN

STAIRS STEPS  

   

NAMA PELAJAR GURU:HARYATI BINTI ISMAIL

KAD PENGENALAN:900109-03-5164

 KUMPULAN AKADEMIK:T4 MT3

PENSYARAH PENYELIA :PUAN LAVANEESVARI A/P MANOGARAN

Page 2: Present proposal mektie 2

1.0 PENDAHULUAN

Sepanjang tiga fasa saya menjalani praktikum, saya telah mengenalpasti kelemahan lazim yang dialami oleh kebanyakan murid. Majoriti murid menghadapi masalah dalam operasi tambah. Hal ini sangatlah serius memandangkan operasi tambah merupakan operasi asas yang perlu dikuasai dengan konkrit oleh semua pelajar memandangkan kita semua menggunakan operasi tambah dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, membeli makanan di kantin, membayar tambang bas sekolah dan juga membeli alatan tulis di koperasi sekolah.

Saya telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan satu kaedah yang sangat mudah untuk murid Tahun 3 Gemilang melakukan operasi menambah dengan mengumpul semula. Kaedah ini diberi nama Kaedah Penambahan Stairs Steps. Hal ini demikian kerana proses penambahannya secara menyerong yang menyerupai anak tangga menyebabkan saya mendapat ilham untuk menamakannya sedemikian rupa.

Page 3: Present proposal mektie 2

2.0 FOKUS KAJIAN

ISU KEPRIHATINAN YANG BERKAITSaya telah mengenalpasti beberapa kecuaian yang

dilakukan oleh murid-murid saya semasa menjalankan Ujian Diagnostik. Antara kecuaian yang mereka lakukan adalah seperti berikut :

Page 4: Present proposal mektie 2

KESALAHAN 1 :Murid menulis 10 sebagai hasil tambah kedua-dua digit

KESALAHAN 2 :Tiada proses pengumpulan semula dilakukan

KESALAHAN 3 :Murid tidak dapat menambah fakta asas dengan tepat

Page 5: Present proposal mektie 2

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

OBJEKTIF UMUM KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk meningkatkan

penguasaan kemahiran operasi penambahan secara pengumpulan semula.

Page 6: Present proposal mektie 2

OBJEKTIF KHUSUS KAJIAN• Meningkatkan penguasaan kemahiran operasi

tambah secara pengumpulan semula bagi murid Tahun 3 Gemilang melalui penggunaan Kaedah Penambahan Stairs Steps.

• Mengatasi masalah kecuaian murid Tahun 3 Gemilang dalam operasi penambahan dengan mengumpul semula.

• Menarik minat murid Tahun 3 Gemilang untuk operasi penambahan dengan mengumpul semula melalui penggunaan Kaedah Penambahan Stairs Steps yang menyeronokkan.

Page 7: Present proposal mektie 2

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya dalam kajian ini adalah murid-murid Tahun 3 dari kelas pertama. Terlebih dahulu saya akan menjalankan Ujian Diagnostik untuk memilih sampel. Kajian ini telah melibatkan 10 orang murid Tahun 3 Gemilang Sekolah Kebangsaan Bakap Indah yang terdiri daripada 4 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan.

Page 8: Present proposal mektie 2

Bil

Nama Responden

Jantina Nama Kelas

Prestasi Akademik

Ciri-ciri

1 Nur Natasya Nabila

P 3 G Sederhana Rajin Belajar

2 Muhammad Rafiq L 3 G Sederhana Sering Tidak Menyiapkan Kerja Matematik

3 Nizamuddin L 3 G Sederhana Sering Tidak Menyiapkan Kerja Matematik

4 Fatin Nur Aliya P 3 G Sederhana Rajin Belajar

5 Adam Amzar L 3 G Sederhana Rajin Belajar6 Nurin Irdina P 3 G Sederhana Sering Tidak Menyiapkan

Kerja Matematik7 Nur Syaza Alia P 3 G Sederhana Pandai Tetapi Sering Cuai

8 Nayli Batrisyia P 3 G Sederhana Pandai Tetapi Sering Cuai

9 Najiha P 3 G Sederhana Pandai Tetapi Sering Cuai10 Muhd Taufiq L 3 G Sederhana Pandai Tetapi Sering Cuai

Page 9: Present proposal mektie 2

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Dalam kajian ini juga, saya menggunakan model kajian Kemmis & Mc Taggart (1988) sebagai panduan pelaksanaan. Berdasarkan model ini terdapat empat peringkat (plan), bertindak (act), memerhati (observe) dan membuat refleksi (reflect).

Page 10: Present proposal mektie 2

RAJAH 1 : Kitaran Model Kajian Kemmis & Mc Taggart

Page 11: Present proposal mektie 2

PERINGKAT 1 : MERANCANG• mengenalpasti masalah murid.• mengenalpasti fokus kajian.PERINGKAT 2 : BERTINDAK ATAU MENGAJAR• ujian diagnostik.• Ujian Pra.• memperkenalkan Kaedah Penambahan Stairs Steps.PERINGKAT 3 : MEMERHATI• latih tubi selepas sesi P&P.• Ujian Pasca.PERINGKAT 4 : MEREFLEKS• menganalisis keberkesanan pelaksanaan Kaedah Penambahan Stairs

Steps melalui pencapaian ujian pasca.

Page 12: Present proposal mektie 2

LANGKAH PENGIRAAN MENGGUNAKAN KAEDAH PENAMBAHAN STAIRS STEPS

LANGKAH 1 : Melatih semua responden untuk memahirkan diri dalam membuat garis lurus menegak dan juga serong pada ruang jawapan. Garisan menegak dan serong akan dibuat oleh responden sendiri dalam buku latihan. Contoh Soalan : 24563+875=

2 4 5 6 3+ 8 7 5

Page 13: Present proposal mektie 2

LANGKAH 2 :Responden akan dibimbing melakukan pengiraan penambahan menggunakan Kaedah Penambahan Stairs Steps seperti yang ditunjukkan di bawah.

2 4 5 6 3+ 8 7 5

Soalan : 24563+875=

01

3

1

3

0

4

0

823452

0

8

Arah membaca jawapanJawapan = 25438

Page 14: Present proposal mektie 2

LANGKAH 3 :Responden perlu menyalin semula soalan dan jawapan dalam ayat Matematik yang lengkap.

Ayat Matematik : 24563+875= 25438

Page 15: Present proposal mektie 2

KAITAN ANTARA SOALAN KAJIAN DENGAN

KAEDAH PENGUMPULAN DATA.

Soalan Kajian Cara Mengumpul Data

1. Adakah penggunaan Kaedah Stairs

Steps dapat meningkatkan penguasaan

tahap pencapaian murid dalam operasi

tambah ?

Ujian pra dan pasca

Analisis dokumen

- Lembaran kerja

- Pemerhatian

1. Adakah pengajaran dan pembelajaran

menggunakan Kaedah Stairs Steps

dapat meningkatkan minat murid

terhadap penyelesaian operasi

tambah?

Pemerhatian

Soal selidik

Temubual

Page 16: Present proposal mektie 2

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

• Ujian Pra Dan Ujian Pasca Penguasaan• Analisis Dokumen• Soal Selidik• Pemerhatian Minat• Temubual

Page 17: Present proposal mektie 2

PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

KAEDAH ANALISIS DATA UJIAN PRA DAN UJIAN PASCA

Markah Gred Pencapaian

80-100 A Cemerlang

60-79 B Baik

40-59 C Sederhana

20-39 D Lemah

0-19 E Sangat lemah

Page 18: Present proposal mektie 2

KAEDAH ANALISIS DATA DOKUMENDokumen yang bakal saya kumpul adalah seperti

latihan murid dan gambar foto yang dikumpulkan.

Page 19: Present proposal mektie 2

KAEDAH ANALISIS DATA PEMERHATIAN

Bil Item [tarikh] [tarikh] [tarikh]

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak

1. Murid terlibat secara aktif dalam Kaedah Penambahan Stairs Steps.

2. Murid dapat menggunakan Kaedah Penambahan Stairs

Steps bersama rakan yang lain semasa menyelesaikan operasi tambah.

3. Murid berminat semasa menjalankan aktiviti pembelajaran tambah menggunakan Kaedah Penambahan Stairs Steps.

4. Murid semakin cekap mengira operasi menambah dengan mengumpul semula selepas mempelajari Kaedah Penambahan Stairs Steps.

• Melalui catatan data di dalam jadual, kajian dapat dibuktikan melalui tingkah laku murid semasa menggunakan bahan kajian bersama ahli kumpulan dan kekerapan bilangan soalan yang dijawab.

Page 20: Present proposal mektie 2

KAEDAH ANALISIS DATA TEMU BUAL• Saya akan melakukan temubual separa berstruktur

iaitu susunan perkataan dan cara soalan dikemukakan ditentukan terlebih dahulu

• Contoh Soalan :Guru : Adakah kamu berminat dengan operasi tambah?Murid: _____________________________________Guru : Boleh beritahu cikgu apa sebabnya?Murid: _____________________________________

Page 21: Present proposal mektie 2

KAEDAH ANALISIS DATA SOAL SELIDIK• Bagi data soal selidik pula, saya menjalankan analisis melalui

skala ukuran iaitu skala ordinal dengan menggunakan pangkat rating scale. Contoh skala likert 5-mata.

Sangat tidak setuju – 1 mataTidak setuju – 2 mataTidak pasti – 3 mataSetuju – 4 mataSangat setuju – 5 mata

• Contoh :i. Matematik adalah mata pelajaran yang saya minati.ii. Saya seronok belajar menggunakan Kaedah Penambahan

Stairs Steps.

Page 22: Present proposal mektie 2

6.0 TINJAUAN LITERATURKamii (1994) menyatakan bahawa penekanan awal pada algoritma

pembelajaran adalah bahaya kerana ianya akan menghalang pemikiran kanak-kanak berkaitan fakta asas nombor, memperlahankan pembangunan fakta asas nombor dan menambah kekeliruan kanak-kanak terhadap nilai tempat. Ini disokong oleh Heirdsfield (2004) yang menyatakan bahawa algoritma berbentuk lazim mempunyai format tetap yang mana akan menyekat minat para pelajar untuk memahami serta memanipulasi nombor dengan sendirinya (p.8).

Kesimpulannya, pengenalan algoritma bertulis boleh mempunyai akibat buruk bagi pembelajaran kanak-kanak, Oleh itu pembelajaran pada masa kini perlu dipertimbangkan dengan teliti oleh pihak sekolah dengan penggabungjalinan dengan kaedah alternatif seperti Kaedah Penambahan Stairs Steps.

Page 23: Present proposal mektie 2

KESIMPULANJusteru, saya sebagai modal insan berminda kelas pertama

telah mencari langkah alternatif untuk memudahkan murid-murid saya melakukan pengiraan operasi tambah dengan mengumpul semula sekaligus mengurangkan risiko kecuaian semasa melakukan pengiraan. Kaedah Penambahan Stairs Steps membantu murid 3 G untuk menambah terus tanpa mengumpul semula serta dalam masa yang sama membolehkan murid membuat penambahan mudah. Jadi, saya menggantung harapan yang tinggi agar kaedah yang saya perkenalkan ini dapat membantu murid Tahun 3 Gemilang meningkatkan penguasaan operasi tambah dan sekaligus menarik minat mereka untuk mempelajari subjek Matematik.

Page 24: Present proposal mektie 2

BIBLIOGRAFIAkhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin. (2011). Penghantar Penyelidikan

Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (2009). Literatur dan Kaedah Penyelidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noraini Idris (2005). Pedagogi dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Chow Fook Meng Phd & Jaizah Mahamud. (2011). Kajian Tindakan : Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 3. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kemmis, S. & McTaggart, R. (1988). The Action Research Planner. (3rd

ed.). Australia: Deakin University Press.

Page 25: Present proposal mektie 2

SEKIAN, TERIMA KASIH