bab 1 - sosiologi sukan

67
SAINS SUKAN STPM PENGGAL 1 BAB 1 – SOSIOLOGI SUKAN

Upload: oswald-c-jokinol

Post on 23-Nov-2015

2.869 views

Category:

Documents


130 download

DESCRIPTION

Nota rujukan untuk pelajar Sains Sukan tingkatan 6.

TRANSCRIPT

  • SAINS SUKAN STPMPENGGAL 1

    BAB 1 SOSIOLOGI SUKAN

  • BAB 1 SOSIOLOGI SUKAN

    1.2 Sukan dan Sosialisasi

    1.1 Pengenalan Sosiologi Sukan

    1.3 Sukan dan Integrasi Kaum

    1.4 Sukan dan Gender

    1.5 Sukan dan Ekonomi

  • 1.1 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKANSAINS SUKAN TINGKATAN 6

    ( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

  • Objektif Pembelajaran

    Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-a) Mentakrifkan main, permainan, dan

    sukan;b) Mentakrifkan sosiologi sukan;c) Menyatakan kepentingan sukan dari

    sudut sosial yang melibatkan penonton, penyertaan individu dan masyarakat, impak ekonomi, gender, dan integrasi kaum.

  • SOSIOLOGI berasal dari bahasa Latin, Sociusbererti kawan, rakan dan Logos bermaksud ilmu pengetahuan.

    Coakley (2009) Sosiologi Sukan merupakan subdisiplin dalam sosiologi yang dikenali sebagai fenomena sosial.

    Pengetahuan dalam bidang ini membolehkan pelajar dapat berinteraksi dengan baik kepada atlet jagaan, guru dan masyarakat.

    1.1 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN

  • 1.1 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN

    Definisi : Kajian saintifik tentang struktur dan prosessosial dalam masyarakat.

    Satu bidang kajian tentang aspek sosial dan budayaindividu dalam sukan

    Satu proses yang memerlukan manusia mempelajarimengenai nilai dan budaya untuk mengenali antara satusama lain.

    Satu bentuk integrasi untuk menyatu padukan individudaripada pelbagai latar belakang berkongsi membentuksatu entiti umum.

  • 1.1 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN (sambungan)

    Saintifik : sesuatu yang teratur, empirikal, sistematik sertamengambil kira isu berkaitan validiti dan reliabiliti kaedahkajian yang digunakan.

    Struktur : suatu organisasi yang wujud dalam masyarakatmikro dan makro seperti individu, seorang pelajar, seorangatlit dan seorang guru. Makro pula kumpulan pelajar atausatu unit pasukan.

    Proses : interaksi yang berlaku antara individu dan kumpulandalam masyarakat dalam bentuk komunikasi, konflik,komersialisasi, birokratik, sosialisasi, proses mengistitutsikandan yang lain berkaitan.

  • KONSEP ASAS KESUKANAN

    Main ( play)

    Permainan ( game )

    Sukan ( sport )

  • MAIN

    Berbentuk bebas sebagai mengisi masa lapang, Masa dan aktivitinya tidak terhad Tidak tertakluk kepada peraturan Tiada sekatan kepada aktiviti main Boleh berlaku dimana mana Tiada jadual Keputusan dalam permainan tidak penting

    contoh konda kundi, galah panjang, ketingting,kelereng

  • PERMAINAN

    Aktiviti terdapat perbezaan daripada main Ada keinginan untuk menang Menyertai untuk maruah( prestige ) Berbentuk pertandingan, ada peraturan dan

    undang undangContoh = bola tampar, bola sepak, hoki, badminton, kriket dan sebagainya.

  • SUKAN

    Coaclay Definisi: Tiga aspek dalam definisi sukan

    i) Jenis aktiviti yang terlibatii) Bentuk dan situasi aktiviti dijalankan iii) Penyertaan dalam sesuatu aktiviti

    Tidak ada kebebasan menunjukkan kuasa individu. Peraturan-peraturan rasmi dan kedudukan dalam

    struktur permainan mendapat perhatian.

  • SUKAN (sambungan)

    Tekanan kehidupan harian berkurangan. Kebolehan individu dan tanggung jawab mereka

    untuk menjaga kualiti dan kedudukan. Penghargaan dan sumbangan dikembangkan

    kepada semua pemain. Cita-cita untuk menang menjadi lebih

    mendalam.Contoh Liga Perdana Malaysia, Piala Thomas dan

    sebagainya.

  • KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIAL

    Penglibatan penonton watak, interaksi

    Penyertaan kesihatan, semangat setiakawan,

    semangat patriotisme Impak Ekonomi

    Sumber ekonomi, pendapatan sampingan dan sebagainya.

    Budaya Anggota dalam masyarakat

    Integrasi kaum Kesepaduan , latar belakang

    berbeza

  • 1.2 SUKAN DAN SOSIALISASI

    SAINS SUKAN TINGKATAN 6( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

  • Objektif Pembelajaran

    Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-a) Mentakrifkan sosialisasi ke dalam

    sukan dan sosialisasi menerusi sukan;b) Membezakan antara sosialisasi ke

    dalam sukan dengan sosialisasi menerusi sukan dengan memberikan contoh yang sesuai bagi setiap satu.

  • 1.2 - SUKAN DAN SOSIALISASI

    KONSEPTerdapat 2 elemen utama :-

    1. SOSIALISASI KE DALAM SUKAN

    2. SOSIALISASI MENERUSI SUKAN

  • 1. SOSIALISASI KE DALAM SUKAN

    Individu tersebut memilih untuk melibatkan diri dan bergiat aktif dalam sukan tersebut

    Kesan pengaruh, dorongan serta kesan agen-agen yang terlibat dengan sukan,

    Kesan terhadap individu:1) Membentuk sikap positif2) Nilai-nilai murni3) Peningkatan prestasi dalam sukan yang diceburi.

  • AGEN-AGEN SOSIALISASI

    Seseorang atlit memilih satu jenis sukan melalui agen sosialisasi.

    Agen sosialisasi merupakan individu, kumpulan atau institusi yang memperkenalkan aktiviti sukan tersebut.

    Kesan agen sosialisasi termasuklah mengajar nilai, mengubah sikap serta kemahiran dalam sukan tersebut.

    Proses memperkenalkan aktiviti sukan kepada seseorang dikenali sebagai proses sosialisasi.

  • CONTOH-CONTOH AGEN SOSIALISASI

    CONTOH AGEN SOSIOLISASI SEPERTI

    Keluarga Ibubapa, Abang/Kakak, Datuk/Nenek, Pakcik/Makcik, Sepupu dan sebagainya

    Masyarakat Jiran, Persatuan setempat, Institusi Keagamaan dan sebagainya.

    Sekolah Guru, Jurulatih, rakan sekolah dan sebagainya.

    Rakan Sekampung, Sekelas, Sepasukan dan sebagainya.

    Media Massa Sukan popular dalam Media Elektronik, Media cetak dan sebagainya

  • 2. SOSIALISASI MENERUSI SUKAN

    SUKAN menjadi alat kepada proses sosialisasi. Proses sosialisasi? PROSES SOSIALISASI ialah proses memperkenalkan

    aktiviti sukan kepada seseorang. Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap

    Bekerjasama, toleransi, berdisplin serta menghormati individu lain dan menghormati peraturan,

    membantu dalam membentuk sikap, nilai dan perlakuan seseorang individu tersebut.

  • CONTOHSOSIALISASI MENERUSI SUKAN

    BOLA SEPAK: Berpasukan Perlukan kerjasama, disiplin tinggi untuk

    kejayaan pasukan Diluar permainan; nilai murni dalam pasukan

    diaplikasikan dalam kehidupan.

    SUKAN NILAI MURNI

    APLIKASI DALAM

    KEHIDUPAN

  • 1.3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM

    SAINS SUKAN TINGKATAN 6( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

  • Objektif Pembelajaran

    Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-a) Membincangkan punca dan kesan polarisasi

    kaum dalam konteks sosiologi sukan;b) Menjelaskan bagaimana sukan membantu proses

    integrasi kaum;c) Membincangkan sebab dan kesan dominasi

    sesuatu kaum dalam sukan di Malaysia dan langkah mengatasinya;

    d) Menganalisis dan merumus data yang berkaitan dengan sukan dan integrasi kaum yang diperoleh daripada media elektronik dan media cetak.

  • 1.3 SUKAN DAN INTEGRASI KAUM

    (a) Konsep integrasi kaum dalam sukan.

    (b) Punca dan kesan polarisasi kaum dalam sukan.

    (c) Bagaimana sukan dapat membantu dalam prosesintegrasi kaum.

    (e) Sukan dan integrasi kaum di Malaysia.

    (d) Sebab dominasi kaum dalam sukan di Malaysia.

  • PERINGKAT SEKOLAH

    Antara contoh sukan untuk integrasi kaum di peringkat sekolah ialah:-

    Kejohanan Olahraga SMK Elopura kali ke 35, 2012 Pertandingan permainan;

    i. Hokiii. Bolasepakii. Bola tampariii. Bola keranjang

    1 . KONSEP INTEGRASI KAUM DALAM SUKAN

  • PERINGKAT PENGAJIAN TINGGI

    Pertandingan antara kolej. Pertandingan antara universiti (MASUM).

    PERINGKAT DAERAH & NEGERIKejohanan olahraga MSSM peringkat:

    i. Daerah, ii. Gabungan,iii. Negeri.

    Pertandingan sukan dan permainan peringkat:i. Daerah, ii. Gabungan,iii. Negeri:

  • PERINGKAT KEBANGSAAN

    Kejohanan olahraga, sukan dan permainan MSSM peringkatKebangsaan.

    kejohanan olahraga, sukan dan permainan peringkat SUKMA.

    Sukan Wanita Kebangsaan. Sirkit Kebangsaan:

    i. Badmintonii. Sepak takrawiii. Bola keranjang

    Kejohanan Olahraga Terbuka Negeri dan Negara (Malaysia Open).

    Pertandingan bola sepak Liga Malaysia, Liga Simpanan.

  • PERINGKAT ANTARABANGSA

    - Sukan Komanwel. ( negara negara Komanwel )

    - Sukan Olimpik. ( semua negara merdeka )

    - Sukan SEA. ( sukan untuk negara Asia Tenggara )

    - Sukan ASIA. ( semua negara Asia )

    - Kejohanan Olahraga peringkat Dunia. (Diamond League)

    - Pertandingan sukan dan permainan peringkat Dunia

    -(Piala Thomas, Piala Uber, Bolasepak Piala Dunia dsb)

  • SUKAN UNTUK SEMUA

    Senamrobik. Jogathon. Larian Amal.

    Larian 1M1S Larian 1 Elobest Malaysia Cergas.

    SUKAN PRESTASI TINGGI Bertujuan untuk menngkatkan prestasi atlit pada peringkat

    tertinggi. Jurulatih mesti mempunyai sijil kejurulatihan yang diikhtiraf. Atlit berlatih di luar negara supaya dapat menimba

    pengalaman yang lebih. Antara sukan dan permainan yang terlibat ialah:

    i. Skuasyii. Badminton

  • POLARISASI KAUM

    - Bermaksud pola-pola kaum yang menguasai jenis-jenis permainan.

    - Punca-puncanya;i. Permainan utama di kawasan tersebut.ii. Ramai idol yang terkenal dalam permainan

    tersebut.iii. Sukan dan permainan utama bagi kaum tersebut.

    -Kesan-kesannya;i. Kaum tertentu sahaja yang memonopolinya.ii. Tidak menguasai sukan dan permainan yang lain.iii. Tidak dapat bergaul dengan kaum lain.

  • SUKAN DOMINAN BERDASARKAN KAUM

    - Bermaksud sukan dan permainan yang didominasi oleh kaum tertentu sahaja.

    - Punca-puncanya;i. Sukan & permainan menjadi keutamaan bagi

    kaum tersebut.ii. Sejarah tentang sukan dan permainan

    berkenaan.iii. Hobi di kalangan masyarakat sekeliling.

    - Contoh-contohnya;i. Sepak takraw - Kaum Melayuii. Bola keranjang - Kaum Cinaiii. Tae Kwan Do - Kaum India

  • Sambungan.

    - Implikasinya;i. Kurangnya interaksi antara kaum.ii. Kurangnya kemahiran yang dikuasai oleh kaum.iii. Kurangnya komitmen di kalangan kaum terhadap

    sukan dan permainan yang bukan kegemaran mereka.

    - Langkah mengatasinya;i. Mewujudkan Sekolah Wawasan.ii. Pelaksanaan PLKN.iii. Menggalakkan penglibatan semua kaum dalam

    setiap jenis sukan dan permainan.iv. Melaksanakan dasar 1M1S diperingkat sekolah.v. Memperkasakan fungsi MSSM untuk integrasi kaum

    pada peringkat awal / sekolah.

  • PENYERTAAN DALAM AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN

    - Kita akan diberi peluang untuk menyertai aktiviti sukan dan permainan di sekolah tanpa mengira gender, bangsa dan agama.

    - Pihak sekolah perlu menyediakan prasarana yang mencukupi supaya aktiviti sukan untuk kedua-dua gender dapat dilaksanakan.

    - Terdapat juga sesetengah sekolah yang tidak membenarkan murid perempuan aktif dalam aktiviti sukan disebabkan faktor sosio budaya.

  • Kita digalakkan menyertai program sukan dan permainan secara aktif di sekolah.

    Penyertaan kita penting kerana ia dapat mewujudkan integrasi nasional agar perpaduan antara kaum dapat disemai dengan lebih erat untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu.

    Di samping itu, penyertaan secara aktif dalam bidang sukan dan permainan dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.

  • DASAR SUKAN DI MALAYSIA

  • KONSEP ASAS DASAR SUKAN NEGARA (DSN)

    Dasar Sukan Negara menggariskan tiga konsep, iaitu :a) Sukan untuk semuab) Sukan Massac) Sukan untuk kecemerlangan

  • DASAR SUKAN NEGARA

  • SUKAN UNTUK SEMUA

    Menggalakkan penyertaan secara menyeluruh dalam aktiviti sukan.

    Sukan ini diperkenalkan dengan hasrat untuk menjana semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia.

  • SUKAN MASSA

    Sukan yang melibatkan penyertaan beramai-ramai dalam satu acara sukan seperti jogathon dan senamrobik

    Peserta dapat menunjukkan semangat kesukanan dan membawa imej perpaduan dalam suasana yang meriah.

  • SUKAN UNTUK KECEMERLANGAN Memberi tumpuan kepada pembangunan sukan dari peringkat

    akar umbi hinggalah ke tahap kecemerlangan. Majlis Sukan Negara (MSN) diberi tanggungjawab untuk

    melaksanakan program program pembangunan sukan ke arah mencapai kecemerlangan sukan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

    Selain mempertingkatkan prestasi atlet Negara, kualiti pengetahuan dan kemahiran jurulatih, pegawai teknikal dan pegawai pentadbir sukan juga dititikberatkan.

    Dengan wujudnya Dasar Sukan Negara, prestasi sukan di Malaysia telah dapat dipertingkatkan tahun demi tahun. Malaysia telah berjaya melahirkan jaguh-jaguh sukan yang bertaraf dunia dalam beberapa sukan berprestij.

  • RASIONAL DASAR SUKAN NEGARA

    Rasional dasar ini boleh dikaji dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan Negara.

    a) Peringkat individu Pembentukan sahsiah, kesedaran dalam diri individu dan

    membangkitkan semangat pertandingan. Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal Memanfaatkan masa senggang Mengurangkan tekanan hidup Interaksi sosial yang bermakna Perkembangan kemahiran-kemahiran asas

  • 1.4 SUKAN DAN GENDER

    SAINS SUKAN TINGKATAN 6( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

  • Objektif Pembelajaran

    Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-a) Membandingkan penglibatan lelaki dan wanita dalam

    sukan;b) Menjelaskan isu wanita dalam penglibatan sukan, penajaan,

    dan ganjaran; c) Menjelaskan langkah meningkatkan penglibatan wanita

    dalam sukan di semua peringkat;d) Memerihalkan sumbangan wanita dalam sukan di Malaysia

    yang mencakupi penyertaan, pengurusan, dan pencapaian berdasarkan media elektronik dan media cetak;

    e) Menganalisis dan merumus data yang berkaitan dengan sukan dan gender yang diperoleh daripada media elektronik dan media cetak.

  • 1.4 SUKAN DAN GENDER

    PERANAN GENDER DALAM MASYARAKAT Mereka bersama-sama memainkan peranan penting

    dalam kegiatan sukan. Mereka mengembelingkan tenaga bersama-sama bergiat secara aktif dalam perlakuan atlit dan melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan.

    Di samping itu, mereka juga bersama-sama mengadakan dan menyediakan kemudahan dan peralatan. Mereka juga bertungkus lumus mengumpulkan dana disamping mereka bergerak cergas dalam pentadbiran sukan.

  • ISU GENDER

    - Isu gender dalam bidang sukan dan permainan amat kerapdisentuh dan dibincangkan. Isu ini adalah satu isu yangsensitif dan menyentuh hak wanita daripada pelbagaisudut. Antara isu gender dalam sukan dan permainan yanghangat diperkatakan ialah gangguan seksual, pilih kasihdan penyertaan dalam sukan dan permainan.

  • 1. GANGGUAN SEKSUAL

    Gangguan seksual boleh didefinisikan sebagai sebarangperkataan, isyarat badan. Kelakuan dan perbuatan yangberunsur seksual atau lucah yang mengganggu hak peribadiindividu lain yang tidak diminta, diundang atau ditawarkan.

    Gangguan seksual kerap berlaku di tempat kerja, di rumah disekolah atau di padang permainan. Biasanya gangguanseksual dilakukan oleh pihak lelaki terhadap wanita.

    Namun begitu,pada alaf baru ini gangguan seksual mungkinjuga berlaku terhadap kaum lelaki. Gangguan seksual menjadiisu kerana kadangkala ia menjadi penghalang kepadapenyertaan individu dalam sukan dan permainan.

  • BENTUK BENTUK GANGGUAN SEKSUAL

    Lisan Isyarat badan Visual Psikologi Fizikal

    Rakan Jurulatih Pengurus pasukan Penonton

  • Sikap pilih kasih ialah pertimbangan yang berat sebelah atau memihak kepada individu atau kumpulan tertentu.Pihak yang mengamalkan sikap pilih kasih telah menafikan hak seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menyertai aktiviti sukan atau permainan.

    Corak pilih kasih:Seseorang yang mengamalkan sikap pilih kasih

    memperlihatkannya dalam bentuk diskriminasi dan pernafian hak.

    2. PILIH KASIH

  • 3. DISKRIMINASI GENDER

    Segelintir guru dan jurulatih sukan memperuntukkan lebih banyak program sukan untuk satu genger sahaja keranan beranggapan pihak ini lebih berjaya dan menguntungkan.

    Sebagai contoh mereka menyediakan 20 jenis permainan untuk murid lelaki tetapi hanya lapan permainan disediakan untuk murid perempuan.

    Jumlah permainan yang tidak seimbang ini mengehadkan bilangan murid perempuan untuk menyertai progran sukan dan permainan.

  • 4. PENAFIAN HAK

    Terdapat guru atau jurulatih sukan memperlekehkan kemampuan sesuatu gender. Kadangkala prestasi yang lemah dan peruntukan tidak mencukupi dijadikan alasan untuk tidak menghantar pasukan ke pertandingan sukan.

  • ISU ISU YANG MELIBATKAN WANITA DALAM SUKAN

    Tiada masa Masalah pengangkutan Bimbang untuk berada diluar

    rumah apabila malam

    Kekurangan duit sendiri Halangan budaya kerana kerja Kurang yakin pada diri sendiri

    Imej diri Kepercayaan negatif terhadap diri Kurang mendapat dorongan Pakaian dan peralatan yang

    diperlukan

    Kawalan sosial Hal-hal agama dan bangsa

    Isu gender, konflik peranan dan persamaan taraf

  • ISU ISU YANG MELIBATKAN WANITA DALAM SUKAN

  • ISU ISU YANG MELIBATKAN WANITA DALAM SUKAN

  • PERKEMBANGAN PENYERTAAN WANITA DALAM SUKAN:

    i. Peringkat sekolah:-Melalui penglibatan sukan sekolah,olahraga dan

    permainan.ii.Peringkat kebangsaan

    -Sukan-sukan dan permainan yang diiktirafkan oleh MSSM.

    iii.Peringkat antarabangsa-Sukan-sukan yang dipertandingkan semasa Sukan Olimplik.

  • PenyokongAtletPegawaiJurulatihPemasaran perniagaanKerjaya

    SUMBANGAN WANITA DALAM SUKAN

  • PERBANDINGAN PENGLIBATAN PELAJAR LELAKI DENGAN WANITA DALAM SUKAN

  • 1.5 SUKAN DAN EKONOMI

    SAINS SUKAN TINGKATAN 6( SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA )

  • Objektif Pembelajaran

    Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-a) Membincangkan peranan sukan sebagai satu

    industri dalam meningkatkan ekonomi negara melalui penganjuran acara sukan, pelancongan sukan, penajaan, perolehan hak siaran, dan penghasilan produk sukan;

    b) Menganalisis dan merumus data yang berkaitan dengan sukan dan ekonomi yang diperoleh daripada media elektronik dan media cetak.

  • PERANAN SUKAN DALAM PENINGKATAN EKONOMISukan mampu menjadi sumber yang menjana perkembangan ekonomi negara menerusi aspek berikut: Penganjuran Acara Sukan Pelancongan Sukan Tajaan Hak Siaran Sportbiz Penghasilan Produk Sukan

    1.5 SUKAN DAN EKONOMI

  • PENGANJURAN ACARA SUKAN

    Melalui pertukaran mata wang asing.

    Kedatangan para peminat sukan untuk menonton dan menghadiri acara sukan tersebut.

    Peningkatan dalam hasil perniagaan sepanjang acara sukan tersebut.

    Peluang untuk membagunkan infrastruktur sukan negara.

  • Menggalakkan produktiviti dalam negara.

    Pertukaran / Perkongsian kepakaran penganjuran

    Pertumbuhan kedatangan pelancong kedalam negara.

    Sumber publisiti memperkenalkan negara di mata dunia.

  • PELANCONGAN SUKAN Sukan sebagai elemen untuk

    menggalakkan para pelancong datang melancong ke negara.Contoh: World Cup, Formula 1, Piala Thomas, Le Tour de Langkawi.

    Kedatangan para pelancong membolehkan kutipan cukai serta pertukaran mata wang asing berlaku.

    Keuntungan dalam perniagaan setempat.

  • TAJAAN

    Tajaan meliputi individu mahupun organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO).

    Tajaan tidak semesti dalam bentuk wang ringgit, ia juga boleh dalam bentuk produk seperti peralatan, pakaian dan sebagainya.

    Meningkatkan promosi dan tingkat jenama peralatan sukan dalam masyarakat.

  • HAK SIARAN

    Pihak yang mempunyai hak siaran menikmati keuntungan yang berlipat ganda menerusi penjualan siaran langsung acara sukan.

    Pihak lain juga berpeluang mendapat keuntungan menerusi penyiaran iklan-iklan bagi produk mahupun perkhidmatan organisasi mereka.

  • SPORTBIZ

    Sukan dijadikan sebagai perniagaan yang melibatkan perkhidmatan.

    Contoh: Penjualan tiket pertandingan, penjualan poster dan ikon pemain, penjualan makanan, sewa tempat meletak kenderaan.

  • PENGHASILAN PRODUK SUKAN

    Produk sukan yang direkacipta masa kini menitikberatkan ciri-ciri kekuatan, ketahanan, ringan dan aerodinamik.

    Produk sukan yang mempunyai ciri-ciri teknologi yang tinggi boleh memaksimumkan ciri-ciri ergogenik peralatan.

    Produk sukan tersebut mampu meningkatkan prestasi atlit melebihi keupayaan pesaing mereka.

  • SEKIAN

    BAB 1 SOSIOLOGI SUKAN

    SAINS SUKAN STPMPENGGAL 1BAB 1 SOSIOLOGI SUKANSlide Number 3Objektif Pembelajaran1.1 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN1.1 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN1.1 PENGENALAN SOSIOLOGI SUKAN (sambungan)KONSEP ASAS KESUKANAN MAINPERMAINANSUKANSUKAN (sambungan)KEPENTINGAN SUKAN DARI SUDUT SOSIALSlide Number 14Objektif Pembelajaran1.2 - SUKAN DAN SOSIALISASI1. SOSIALISASI KE DALAM SUKANAGEN-AGEN SOSIALISASICONTOH-CONTOH AGEN SOSIALISASI2. SOSIALISASI MENERUSI SUKANCONTOHSOSIALISASI MENERUSI SUKANSlide Number 22Objektif PembelajaranSlide Number 24Slide Number 25Slide Number 26Slide Number 27Slide Number 28Slide Number 29Slide Number 30Slide Number 31Slide Number 32PENYERTAAN DALAM AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINANKita digalakkan menyertai program sukan dan permainan secara aktif di sekolah.Penyertaan kita penting kerana ia dapat mewujudkan integrasi nasional agar perpaduan antara kaum dapat disemai dengan lebih erat untuk membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu.Di samping itu, penyertaan secara aktif dalam bidang sukan dan permainan dapat melahirkan generasi yang sihat dan cergas.DASAR SUKAN DI MALAYSIAKONSEP ASAS DASAR SUKAN NEGARA (DSN)DASAR SUKAN NEGARASUKAN UNTUK SEMUASUKAN MASSASUKAN UNTUK KECEMERLANGANRASIONAL DASAR SUKAN NEGARASlide Number 42Objektif Pembelajaran1.4 SUKAN DAN GENDERISU GENDER1. GANGGUAN SEKSUALBENTUK BENTUK GANGGUAN SEKSUALSikap pilih kasih ialah pertimbangan yang berat sebelah atau memihak kepada individu atau kumpulan tertentu.Pihak yang mengamalkan sikap pilih kasih telah menafikan hak seseorang atau sesuatu kumpulan untuk menyertai aktiviti sukan atau permainan. Corak pilih kasih:Seseorang yang mengamalkan sikap pilih kasih memperlihatkannya dalam bentuk diskriminasi dan pernafian hak.3. DISKRIMINASI GENDER4. PENAFIAN HAKISU ISU YANG MELIBATKAN WANITA DALAM SUKANISU ISU YANG MELIBATKAN WANITA DALAM SUKANISU ISU YANG MELIBATKAN WANITA DALAM SUKANPERKEMBANGAN PENYERTAAN WANITA DALAM SUKAN:SUMBANGAN WANITA DALAM SUKANPERBANDINGAN PENGLIBATAN PELAJAR LELAKI DENGAN WANITA DALAM SUKANSlide Number 57Objektif Pembelajaran1.5 SUKAN DAN EKONOMIPENGANJURAN ACARA SUKANSlide Number 61PELANCONGAN SUKANTAJAANHAK SIARANSPORTBIZPENGHASILAN PRODUK SUKANSEKIAN