qku 3033 sosiologi sukan dan p.i.n.-tugasan 2

Upload: nitotony73

Post on 13-Apr-2018

285 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    1/22

    SEMESTER 1 SESI 2014/2015

    QKU3033

    SOSIOLOGI SUKAN DAN PENDIDIKAN

    INTERGRASI NASIONAL (PIN)

    TAJUK

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. MATRIK NO TELEFON

    NITO ANAK TONY D20112055167 014-5841002

    KUMPULAN KULIAH: UPSI02

    NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.ABD.RAHIM BIN MOHD.SHARIFF

    TARIKH SERAH: 29 NOVEMBER 2014

    PEMARKAHAN

    TUGASAN 2Kenal pasti seberapa banyak artikel sah yang berkaitan. Pilih TIGA (3) daripada artikeltersebut, dan hasilkan ulasan yang berkaitan isi kandungan artikel tersebut.

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    2/22

    PENGHARGAAN

    Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya,

    tugasan ini dapat disiapkan tepat pada masanya. Dalam menyiapkan tugasan ini saya

    mendapat sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak yang bersungguh-sungguh dalam

    membantu saya supaya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya..

    Saya ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Dr. Abd. Rahim

    bin Mohd. Shariff kerana membantu saya dalam memberikan maklumat dan penjelasan yang

    sejelasnya untuk membuat tugasan ini.

    Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan guru yang turut sama membantu

    dari segi memberi tunjuk ajar dan idea dalam usaha untuk memahami dan menyiapkan tugasan

    yang diberikan mengikut had masa yang ditetapkan.

    Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

    langsung ataupun tidak langsung sepanjang usaha saya menyiapkan tugasan ini.

    Sekian, terima kasih.

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    3/22

    Kandungan

    Bilangan Perkara Muka surat

    1 Tajuk 1

    2 Sinopsis isu 1

    3 Pengenalan 5

    4 Refleksi terhadap etika pemain/atlet, jurulatih/pegawai dan

    penonton 7

    5 Kesan semangat kesukanan penonton kepada pasukan dan

    negara 10

    6 Penutup 11

    7 Rujukan 12

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    4/22

    TAJUK: ADAKAH ETIKA DALAM SUKAN SUDAH PUDAR?

    1.0 SINOPSIS ISU

    Kebelakangan ini kita sering didedahkan dengan permasalahan yang berlaku

    dalam bidang sukan. Permasalahan yang berlaku menyebabkan sukan di negara kita

    mengalami pasang surut dalam pelbagai segi. Jika permasalah ini terus berlaku, Dasar

    Sukan Negara yang bertujuan untuk kecemerlangan tidak akan tercapai dengan

    sepenuhnya. Mencapai kecemerlangan dengan semangat kesukanan yang tulen akan

    menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa.

    Untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan, peranan setiap individu yang

    terlibat sangat penting. Individu berperanan sebagai atlet, jurulatih, penonton serta

    badan-badan kerajaan dan NGO. Setiap individu perlu bertanggungjawab terhadap

    tugas serta peranan masing-masing dalam meningkatkan martabat sukan di negara kita.

    Kerjasama yang kukuh akan membuahkan hasil dan membawa sukan negara kita ke

    satu tahap yang perlu dibanggakan.

    Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David adalah antara dua nama yang

    sering menjadi sebutan dalam bidang sukan kerana mereka mempunyai personaliti yang

    lengkap sehingga telah berjaya menempatkan diri dalam kalangan pemain yang

    digeruni dalam bidang sukan masing-masing. Atlet yang berjaya sehingga peringkat

    antarabangsa ini kebiasaannya mempunyai ciri-ciri yang berikut:

    i) Disiplin dalam menjalankan latihan yang merangkumi pelbagai aspek

    seperti:

    a) Fizikal

    b) Teknikal

    c) Taktikal

    d) Psikologi

    e) Kebolehan atau kecekapan pasukan

    f) Kesihatan

    1

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    5/22

    g) Menggelakkan kecederaan

    h) Pengetahuan teori

    ii) Mengamalkan etika dalam sukan seperti

    a) Semangat kesukanan

    Sukan di negara kita diwarnai dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan

    pelbagai pihak. Indivdu yang terlibat dalam insiden yang mencemarkan mutu sukan

    negara kita kemungkinan hilang sabar dan tidak berpuas hati terhadap sesuatu

    keputusan pegadil atau sesuatu perlawanan. Etika dalam sukan akan diketepikan jika

    perkara ini berlaku. Sebagai contoh yang boleh kita jadikan teladan adalah seperti

    pemain, penonton atau pegawai dan jurulatih.

    i. Pemain atau altet

    TINDAKAN tiga atlet olahraga negara iaitu Siti Zubaidah Adabi, Siti

    Fatimah Mohamed dan Yee Yi Ling yang mengaku menggunakan sampel

    air kencing individu lain ketika diminta hadir menjalani ujian perubatan

    (medical test) pada 24 Mei tahun lalu, mengundang rasa kesal Ketua

    Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abd

    Aziz

    Sambil menganggap tindakan itu tidak beretika, Ramlan yang

    sememangnya cukup arif dengan dunia perubatan sukan berkata,

    tindakan ketiga-tiga atlet itu seperti yang terkandung dalam Laporan

    hasil siasatan terhadap enam atlet yang menghilangkan diri apabila

    diminta menjalani ujian anti-doping di ISN' seperti dilaporkan Arena Metro

    kelmarin, hanya merugikan mereka. Jika benar apa yang didakwa, atlet

    terbabit menanggung kerugian cukup besar kerana tujuan ujian air

    kencing adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan atlet, contohnya

    sama ada mempunyai kandungan gula yang berlebihan dan sebagainya.

    2

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    6/22

    ii. Jurulatih atau Pegawai

    Untuk rekod beberapa kes membabitkan penggantungan jurulatih kerana

    kelantangan bersuara berlaku sebelum ini membabitkan bekas jurulatih B

    Sathianathan (Kelantan), Che Ku Marzuki Che Ku Mohd Noor (T-Team)

    dan Reduan Abdullah (Felda United)

    Sathianathan dijatuhkan hukuman penggantungan enam bulan dan

    denda RM2,000 oleh Jawatankuasa Tata Tertib dan Disiplin FAM,

    Oktober tahun lalu kerana mempertikaikan pemilihan Stadium Sultan

    Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebagai gelanggang

    pertemuan Perlis dan Terengganu ketika Stadium Utama Negeri di

    Kangar tidak dapat digunakan.

    Turut menerima nasib sama, Che Ku Marzuki yang menjalani

    penggantungan enam bulan dan denda RM2,000 bermula 21 Oktober

    tahun lalu.

    Reduan pula didakwa celupar apabila memperkatakan mengenai ujian

    yo-yo walaupun banyak pihak mengaku kebenaran kenyataan bekas

    pemain Selangor itu. Beliau digantung selama setahun dan denda

    RM4,000 namun selepas rayuan dibuat, Jawatankuasa Rayuan

    dipengerusikan C Gnanarajah mengurangkan tempoh penggantungan itu

    kepada tiga bulan tetapi dendanya di tambah RM2,000 kepada RM6,000.

    iii. Penonton

    Rusuhan para penyokong selepas aksi skuad Sarawak bertemu Perakpada perlawanan peringkat Kumpulan B kempen Piala Malaysia 2014 di

    Stadium Negeri, Kuching kelmarin menjadi klimaks kepada perjalanan

    skuad Bujang Senang itu dalam kempen piala berprestij itu musim ini.

    3

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    7/22

    Keadaan yang tidak terkawal itu memaksa pasukan FRU melepaskan 26

    gas pemedih mata ke arah perusuh selepas amaran untuk bersurai tidak

    diendahkan.

    Keadaan hanya kembali terkawal kira-kira sejam kemudian selepas

    beberapa pasukan tambahan daripada pasukan PDRM, FRU dan

    Pasukan Gerakan Am (PGA) tiba dilokasi kejadian untuk mengarahkan

    mereka bersurai.

    Difahamkan, kemarahan para penyokong Sarawak tersebut tercetus

    bukanlah disebabkan tersingkirnya pasukan kesayangan mereka itu

    dalam kempen Piala Malaysia kali ini tetapi, mereka ingin membalas

    dendam terhadap layanan buruk yang diterima ketika kunjungan para

    penyokong Bujang Senang ke Ipoh dalam aksi pusingan pertama

    Kumpulan B pada 20 Ogos lalu. (Kosmo, 1 september 2014)

    Kesimpulannya, etika dalam sukan memainkan peranan yang penting dalam

    proses untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan tertentu dan memajukan sukan di

    Malaysia. Etika perlu dipatuhi dalam pelbagai bidang jika ingin berjaya. Tanpa etika

    seseorang akan bertindak tanpa memikirkan kesan tindakan yang dilakukan akanmenjejaskan nama baik sesebuah organsasi dan seterusnya nama negara.

    4

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    8/22

    2.0 PENGENALAN

    Etika bermaksud panduan tentang tingkah laku dan nilai-nilai positif yang perlu

    ada pada individu yang terlibat dalam sukan. Dalam bidang kesukanan terdapat

    tatasusila tertentu yang patut dipatuhi atau diamalkan oleh mereka yang terlibat. Jika

    tatasusila itu dilanggar, ini akan memberi gambaran bahawa individu tersebut tidak

    mempunyai disiplin dan semangat kesukanan. Akibatnya, kemungkinan individu tersebut

    tidak akan dihormati.

    Disiplin, nilai-nilai murni, keadilan, permainan bersih, sukan yang bebas daripada

    dadah, keselamatan semasa bermain dan permainan yang bebas dari unsur-unsur yang

    terangkum dalam etika kesukanan adalah antara unsur-unsur yang perlu menjadi

    amalan setiap individu yang terlibat dalam sukan. Matlamat sukan sebagai ejen

    perpaduan akan tercapai sekiranya etika kesukanan diamalkan.

    2.1 Personaliti Ahli Sukan

    Merujuk kepada corak perlakuan yang ditunjukkan oleh individu itu

    sendiri. Personaliti merangkumi sikap, cara berinteraksi dengan orang lain.

    Personaliti seseorang sering menjadi perhatian orang lain dan lazimnya sesuatu

    tanggapan dibuat mengenainya. Antara ciri-ciri yang wajar dimiliki oleh

    seseorang atlet termasuklah:

    a) Mempunyai disiplin yang tinggi

    b) Sentiasa mengamalkan permainan bersih

    c) Mempunyai rekod yang baik sepanjang penglibatan dalam sukan

    d) Mempunyai semangat kesukanan yang tinggi

    e) Menunjukkan komitmen yang tinggi kepada pasukan

    f) Bijak mengawal emosi semasa dalam gelanggang

    5

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    9/22

    2.1.1 Disiplin Diri

    Disiplin diri yang tinggi dapat membantu seseorang atlet untuk

    berada di puncak kecemerlangan. Seseorang atlet yang berdisiplin akan

    mudah mendapat sokongan daripada masyarakat. Atlet yang berdisiplin

    tahu peranan dan tanggungjawabnya, mematuhi arahan ketua atau

    jurulatih, mengikut jadual latihan yang telah ditetapkan dengan baik dan

    menghormati rakan sepasukan yang lain. Atlet yang berdisiplin juga

    berupaya mengawal emosi untuk mengelakkan perkara yang tidak

    diingini berlaku semasa permainan. Kegagalan mengawal emosi semasa

    bermain akan membawa kesan negatif kepada diri sendiri ataupun

    pasukannya.

    2.1.2 Disiplin dalam Sukan

    Atlet haruslah memahami undang-undang, strategik, taktik dan

    kemahiran dalam sesuatu permainan. Etika dan peraturan permainan

    perlu difahami dengan jelas. Pemahaman yang jelas terhadap etika

    permainan dapat mengelakkan pemain daripada melakukan kesalahan

    semasa bermain.

    Aspek yang penting untuk menjadi seorang atlet yang berdisiplin

    juga ialah kerjasama dalam sesuatu permainan. Atlet akan menikmati

    keseronokan bermain dan dengan itu kemenangan akan diraikan

    bersama manakala kekalahan tidak akan dipertanggungjawabkan kepada

    individu dalam pasukan.

    Selain daripada itu, kesetiaan kepada pasukan adalah perlu untuk

    memastikan kerjasama yang erat dalam kalangan atlet. Tindakan negatif

    seperti memberi rasuah dalam pasukan yang pernah bermain sebelum ini

    berpunca daripada sikap tidak setia kepada pasukan dan sesetengah

    individu yang tidak jujur dan amanah.

    6

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    10/22

    Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi salah satu faktor

    kejayaan seseorang atlet. Seseorang atlet yang ingin maju mestilah ingin

    meningkatkan prestasinya dan bersedia menerima kritikan daripada

    masyarakat dengan hati terbuka. Atlet yang mempunyai personaliti yang

    baik akan dipandang tinggi oleh masyarakat dan boleh dijadikan contoh

    kepada masyarakat.

    3.0 REFLEKSI TERHADAP ETIKA PEMAIN/ATLET, JURULATIH/PEGAWAI DAN

    PENONTON

    3.1 Pemain atau Atlet

    Merujuk kepada pelbagai kes disiplin yang melibatkan atlet di negara kita

    yang disebarkan melalui pelbagai media perlu dijadikan teladan dan pengajaran.

    Untuk mencapai sesuatu matlamat kecemerlangan dalam bidang sukan, atlet

    perlu mengorbankan banyak masa dan tenaga dalam menjalani persiapan rapi

    dari pelbagai segi kemahiran sebelum pertandingan bermula. Dalam

    menyediakan diri sebelum pertandingan atau fasa persediaan, atlet perlu

    mengamalkan etika dalam menjalani latihan.

    Atlet yang menerapkan etika dalam sukan akan berjaya dan berada lama

    di lapangan atau sukan yang mereka ceburi. Sebagai contoh, Datuk Nicol Ann

    David yang berjaya dengan cemerlang dalam sukan squash. Untuk mencapai

    tahap yang diperoleh sekarang ini, Datuk Nicol Ann David boleh dijadikan contoh

    atlet yang sangat berjaya di negara kita. Pelbagai kejayaan, penghormatan dan

    kejohanan yang diraih serta dimenangi oleh Datuk Nicol Ann David.

    Atlet yang mengamalkan etika dalam sukan berupaya mematuhi etika yang perlu

    diamalkan oleh mereka seperti:

    i. Mematuhi undangundang dan peraturan permainan.

    ii. Bertanding dengan penuh semangat kesukanan.

    iii. Mempamerkan mutu permainan yang tinggi.

    7

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    11/22

    iv. Bersikap amanah dan tidak mengamalkan rasuah.

    v. Menghormati pegawai sukan dan pihak lawan.

    vi. Menjauhi sikap mementingkan diri dalam pertandingan.

    vii. Mengawal emosi dan tidak terpengaruh dengan tindakan provokasi

    pemain lawan dan penonton.

    viii. Sentiasa berusaha meningkatkan prestasi diri.

    3.2 Jurulatih atau Pegawai Sukan

    Seseorang jurulatih yang mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam

    bidang sukan perlu mengamalkan etika dalam sukan. Merujuk kepada kes yang

    biasa melibatkan jurulatih, faktor kemenangan serta faktor kepengadilan adalahpenyebab jurulatih mengabaikan etika dalam sukan.

    Faktor ingin mencapai kemenangan dalam pertandingan atau perlawanan

    mendorong jurulatih mengabaikan etika dalam sukan. Jurulatih bertindak di luar

    kawalan serta menerapkan permainan yang dilarang bagi memenangi suatu

    perlawanan. Permainan bersih atau fairplay diabaikan sama sekali. Oleh yang

    demikian, dalam setiap pertandingan atau kejohanan sebelum memulakan

    permainan bendera yang ada logo fair play akan diarakan ke tengah padang.

    Anugerah pasukan fair play juga diberikan kepada pasukan yang mengamalkan

    permainan bersih.

    Faktor mutu kepengadilan juga menjadi penyebab jurulatih bertindak

    keterlaluan dari aspek tingkah laku seperti percakapan, sikap dan sebagainya.

    Insiden kekecohan yang berlaku di stadium adalah berikutan daripada rasa tidak

    puas hati penonton dan pegawai pasukan terhadap mutu pengadilan. Sebagai

    contoh, bekas pengurus pasukan bola sepak JDT(Johor Darul Takzim) II

    menumbuk pengadil adalah kerana mutu pengadilan.

    8

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    12/22

    Jurulatih yang baik perlu mengamalkan perlakuan seperti berikut:

    i. Berkelulusan/Berkelayakan.

    ii. Berkelakuan baik

    iii. Berdisiplin

    iv. Bersikap positif

    3.3 Penonton

    Berdasarkan contoh perlakuan penonton yang membuat rusuhan ketika

    perlawanan bola sepak antara Sarawak menentang Perak, jelaslah penonton

    yang terlibat tidak mengamalkan semangat kesukanan. Walaupun kejadian di

    Ipoh dijadikan alasan untuk bertindak demikian, penonton yang bijak dan

    mengamalkan semangat kesukanan tidak akan melakukan tindakan yang salah

    di sisi undang-undang.

    Penonton yang mengamalkan semangat kesukanan dapat mengawal

    perasaan diri. Penonton perlu mengetahui cara menyokong pasukannya ketika

    mencapai kemenangan dan dapat mengawal perasaan apabila pasukan yang

    disokongnya mengalami kekalahan. Kesabaran dan ketenangan menerima

    sesuatu keputusan perlu dijadikan amalan dalam kehidupan kita. Penonton

    beretika adalah:

    i. Mematuhi peraturan tempat pertandingan.

    ii. Memberi sokongan padu kepada pasukan sendiri.

    iii. Menghormati pegawai sukan dan penyokong pihak lawan.

    iv. Menjauhi unsur-unsur rasuah dan perjudian.

    v. Menghargai persembahan permainan yang berkualiti.

    vi. Menerima keputusan pertandingan dengan semangat kesukanan.

    vii. Mengelakkan provokasi.

    9

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    13/22

    4.0 KESAN SEMANGAT KESUKANAN PENONTON KEPADA PASUKAN ATAU

    NEGARA

    Terdapat banyak faedah yang diperolehi oleh sesebuah pasukan atau negara

    melalui semangat kesukanan penonton. Antaranya ialah dapat menjadi motivasi

    terhadap pasukan. Sorakan semangat yang positif menambah keyakinan dan

    menggalakkan pasukan bermain bersungguh-sungguh untuk kejayaan pasukan dan

    negara. Sokongan penonton juga memberi kesan terhadap prestasi para pemain di

    mana ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri para pemain itu sendiri.

    Para pemain akan mempamerkan mutu permainan yang bersih kerana penonton

    yang bersemangat kesukanan tidak seharusnya merestui tingkah laku yang ganas dan

    melanggar undang-undang sukan. Cara ini dapat menggalakkan pemain memberi

    tumpuan kepada permainan yang bersih dan berkualiti. Selain daripada itu, semangat

    kesukanan yang positif juga akan memberikan imej yang baik kepada negara. Jika

    penonton mempunyai semangat kesukanan dan disiplin diri yang baik, negara akan

    merasa tempiasnya dek kerana sikap penonton yang berhemah.

    Tingkah laku penonton akan mempengaruhi penilaian masyarakat

    keseluruhannya tentang negara tersebut. Negara akan memperoleh hak mengelola dan

    menganjurkan sesuatu pertandingan di peringkat antarabangsa kerana sikap penonton

    yang beretika. Tetapi sekiranya penonton sentiasa merusuh dalam sesuatu

    pertandingan, mereka akan dilabel ganas dan tidak beradab. Keadaan ini boleh

    menyebabkan negara kehilangan hak pengelola pertandingan.

    Sekiranya semua penonton mempunyai semangat kesukanan, kita akan berasa

    selamat untuk menonton atau bermain dalam sesuatu perlawanan. Persekitaran yang

    selamat ini menjadikan aktiviti sukan sebagai agen pemupukan interaksi sosial yang

    sihat bagi meningkatkan perpaduan kaum di negara ini.

    10

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    14/22

    5.0 PENUTUP

    Etika dalam sukan ialah panduan peranan peserta, penonton, jurulatih, kumpulan

    sorak, pegawai, pengurus dan juga pentadbir sukan. Etika diwujudkan untuk menangani

    insiden-insiden negatif yang kerap berlaku dalam aktiviti sukan. Insiden seperti caci

    mencaci, pergaduhan, rusuhan dan tingkah laku lain yang tidak beretika adalah

    bercanggah dengan moral dan norma masyarakat. Antara pencetus kepada insiden

    yang tidak diingini ini ialah perasaan tidak puas hati terhadap keputusan pengadil atau

    keputusan perlawanan.

    Semangat kesukanan ialah segala kualiti tingkah laku yang adil terhadap

    pasukan sendiri dan pihak lawan serta sedia menerima kekalahan dan kemenangan

    dengan hati yang terbuka. Semangat kesukanan ialah satu daripada aspek etika dalam

    sukan. Sebagai penonton kita akan bersorak kegembiraan sekiranya pasukan yang

    disokong mencapai kemenangan. Apakah perasaan dan reaksi kita sekiranya pasukan

    pilihan kita kecundang?. Sebahagian daripada kita mungkin boleh menerima keputusan

    tersebut dengan hati terbuka, tetapi ada juga yang akan berasa kecewa dan gagal

    mengawal perasaan lalu bertindak liar. Oleh yang demikian setiap individu haruslah

    mengamalkan etka dalam sukan serta semangat kesukanan.

    11

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    15/22

    RUJUKAN

    Benarkah etika sukan semakin dipinggirkan. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,

    http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140630/re_07/Benarkah-etika-sukan-

    semakin-dipinggirkan

    Kemelut politik dalam pengurusan sukan. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,

    http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140128/re_05/Kemelut-politik-dalam-

    pengurusan-sukan

    FAM perlu tingkat mutu pengadilan elak kekecohan. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,

    http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/fam-perlu-tingkat-mutu-pengadilan-

    elak-kekecohan-1.280960

    FAM siasat Wan Jamak. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,

    http://www2.hmetro.com.my/articles/FAMsiasatWanJamak/Article/

    Pengenalan sosiologi sukan. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,

    http://www.slideshare.net/tokey_sport/pengenalan-sosiologi-sukan

    Disiplin dalam sukan. Diperoleh pada 21 Otkober 2014 daripada,

    http://www.zairedin.com/2012/03/disiplin-dalam-sukan.html

    12

    http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140630/re_07/Benarkah-etika-sukan-semakin-dipinggirkanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140630/re_07/Benarkah-etika-sukan-semakin-dipinggirkanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140128/re_05/Kemelut-politik-dalam-pengurusan-sukanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140128/re_05/Kemelut-politik-dalam-pengurusan-sukanhttp://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/fam-perlu-tingkat-mutu-pengadilan-elak-kekecohan-1.280960http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/fam-perlu-tingkat-mutu-pengadilan-elak-kekecohan-1.280960http://www2.hmetro.com.my/articles/FAMsiasatWanJamak/Article/http://www.slideshare.net/tokey_sport/pengenalan-sosiologi-sukanhttp://www.zairedin.com/2012/03/disiplin-dalam-sukan.htmlhttp://www.zairedin.com/2012/03/disiplin-dalam-sukan.htmlhttp://www.zairedin.com/2012/03/disiplin-dalam-sukan.htmlhttp://www.slideshare.net/tokey_sport/pengenalan-sosiologi-sukanhttp://www2.hmetro.com.my/articles/FAMsiasatWanJamak/Article/http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/fam-perlu-tingkat-mutu-pengadilan-elak-kekecohan-1.280960http://www.sinarharian.com.my/ultras/liga-malaysia/fam-perlu-tingkat-mutu-pengadilan-elak-kekecohan-1.280960http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140128/re_05/Kemelut-politik-dalam-pengurusan-sukanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140128/re_05/Kemelut-politik-dalam-pengurusan-sukanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140630/re_07/Benarkah-etika-sukan-semakin-dipinggirkanhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140630/re_07/Benarkah-etika-sukan-semakin-dipinggirkan
  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    16/22

    Lampiran 1:

    Tindakan mereka tidak beretika

    0 0 Google +0 0 0

    Cetak

    Oleh Saiful Affendy Sapran

    TINDAKAN tiga atlet olahraga negara iaitu Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohameddan Yee Yi Ling yang mengaku menggunakan sampel air kencing individu lain ketikadiminta hadir menjalani ujian perubatan (medical test) pada 24 Mei tahun lalu,mengundang rasa kesal Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk DrRamlan Abd Aziz.

    Sambil menganggap tindakan itu tidak beretika, Ramlan yang sememangnya cukup arif dengandunia perubatan sukan berkata, tindakan ketiga-tiga atlet itu seperti yang terkandung dalamLaporan hasil siasatan terhadap enam atlet yang menghilangkan diri apabila diminta menjalaniujian anti-doping di ISN' seperti dilaporkan Arena Metro kelmarin, hanya merugikan mereka.Jika benar apa yang didakwa, atlet terbabit menanggung kerugian cukup besar kerana tujuanujian air kencing adalah untuk mengenal pasti tahap kesihatan atlet, contohnya sama adamempunyai kandungan gula yang berlebihan dan sebagainya.

    Pada masa sama, dakwaan ini menunjukkan betapa rosaknya integriti di kalangan jurulatih dinegara ini.

    Apapun, tentu sekali bukan saya saja, malah seluruh warga ISN berasa amat hampa dengantindakan mereka kerana kerja itu seolah-olah memperkecilkan usaha kami untuk menjaga danmeningkatkan prestasi atlet.

    Saya serta semua warga ISN berusaha bantu mereka, tetapi mereka seperti mensia -siakanpeluang yang diberikan, katanya dengan nada kesal.

    Jelas Ramlan, sebagai seorang atlet, mereka perlu menjaga integriti dan tidak perlu mendengarnasihat orang lain jika arahan yang diberikan itu tidak betul atau menyalahi undang-undang.

    Menerusi keterangan tiga atlet itu dalam laporan itu, mereka menerima arahan daripadajurulatih Harun Rasheed untuk membawa sampel air kencing individu lain sehari sebelumdiminta hadir ke ISN untuk menjalani ujian perubatan pada 24 Mei - prosedur biasa bagi atletyang akan menjalani latihan di luar negara.

    Selesai menjalani ujian, semua enam atlet diminta ISN menjalani ujian anti-doping yangmenyaksikan mereka gagal menjalani ujian itu pada hari ditetapkan sekali gus mencetuskan

    kontroversi ketika itu, sebelum tiga daripadanya iaitu Siti Fatimah, Siti Zubaidah dan Yi Linghadir pada keesokan harinya untuk melakukan ujian anti-doping di ISN.

    Sampel air kencing untuk ujian perubatan dengan ujian anti-doping adalah dua perkaraberbeza.

    Sementara itu, Ramlan menambah, pihaknya tidak pernah berdiam diri sebaliknya akanmemantau perkembangan isu itu yang dikendalikan sebuah jawatankuasa di KOM.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012030300195020120303001950/Article/article_printhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012030300195020120303001950/Article/article_printhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012030300195020120303001950/Article/article_print
  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    17/22

    Apa yang boleh saya katakan ialah, semua pihak perlu akur dan patuh kepada undang -undangyang ditetapkan kerana pada akhirnya, mereka juga yang akan rugi jika melanggar peraturan,katanya.

    - See more at:http://www2.hmetro.com.my/articles/2012030300195020120303001950/Article/#sthash.DSSMC

    nq4.dpuf

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    18/22

    Lampiran 2:

    FAM siasat Wan Jamak

    Google +

    Cetak

    Oleh Aziman Rosdi

    GARA-GARA kritikan pedasnya terhadap pengadil perlawanan, jurulatih Kedah WanJamak Wan Hassan mungkin bakal berdepan hukuman berat apabila Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) menyiasat luahan rasa beliau selepas tamat perlawananmenentang Perak dalam saingan Piala Malaysia, Rabu lalu.

    Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib dan Disiplin FAM, Datuk Mohd Taufik Abd Razak berkata,FAM sedia maklum dengan kenyataan Wan Jamak itu dan meneliti sama ada akan membukakertas pertuduhan ke atas jurulatih itu.

    Perkara ini diuruskan urus setia FAM terlebih dulu untuk menyemak kenyataan Wan Jamak itusama ada ia kenyataan yang berasas ataupun melanggar kod etika FAM.

    Kami tahu kenyataannya itu disiarkan dalam beberapa akhbar tempatan serta laporan beritatelevisyen. Malah ia juga disiarkan secara langsung selepas tamat perlawanan ketikaditemubual Astro Arena tapi perkara ini akan diteliti terlebih dulu, katanya ketika dihubungi

    Arena Metro semalam.

    Wan Jamak, 53, melahirkan rasa tidak puas hati selepas menyaksikan anak buahnya sekadarseri 1-1 menentang Perak dalam perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Malaysia di StadiumDarulaman sekali gus menyebabkan mereka gagal mara ke suku akhir.

    Beliau yang ditemui pemberita berkata: Kami sepatutnya dapat dua gol bersih tetapi dirompakpengadil yang membatalkan dua itu pada babak pertama. Pengadil membuat keputusan yangtidak masuk akal. Taufik berkata, mengikut peraturan baru Kod Tata Tertib FAM 2011, jikaWan Jamak disabitkan bersalah, beliau bakal berdepan hukuman penggantungan minimumenam bulan sehingga dua tahun serta denda wang tunai sekurang-kurangnya RM6,000.

    Semua ini bergantung kepada sejauh mana seriusnya kenyataan Wan Jamak itu kepada FAM,jika kami menganggap ia kenyataan berasas, makan kes itu akan digugurkan, katanya.

    Untuk rekod beberapa kes membabitkan penggantungan jurulatih kerana kelantangan bersuaraberlaku sebelum ini membabitkan bekas jurulatih B Sathianathan (Kelantan), Che Ku MarzukiChe Ku Mohd Noor (T-Team) dan Reduan Abdullah (Felda United).

    Sathianathan dijatuhkan hukuman penggantungan enam bulan dan denda RM2,000 olehJawatankuasa Tata Tertib dan Disiplin FAM, Oktober tahun lalu kerana mempertikaikanpemilihan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebagai gelanggangpertemuan Perlis dan Terengganu ketika Stadium Utama Negeri di Kangar tidak dapatdigunakan.

    Turut menerima nasib sama, Che Ku Marzuki yang menjalani penggantungan enam bulan dandenda RM2,000 bermula 21 Oktober tahun lalu.

    http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FAMsiasatWanJamak/Article/article_printhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FAMsiasatWanJamak/Article/article_printhttp://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/FAMsiasatWanJamak/Article/article_print
  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    19/22

    Reduan pula didakwa celupar apabila memperkatakan mengenai ujian yo-yo walaupun banyakpihak mengaku kebenaran kenyataan bekas pemain Selangor itu.

    Beliau digantung selama setahun dan denda RM4,000 namun selepas rayuan dibuat,Jawatankuasa Rayuan dipengerusikan C Gnanarajah mengurangkan tempoh penggantunganitu kepada tiga bulan tetapi dendanya ditambah RM2,000 kepada RM6,000.

    - See more at:http://www2.hmetro.com.my/articles/FAMsiasatWanJamak/Article/#sthash.KXCEHN1u.dpuf

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    20/22

    Lampiran 3:

    Rusuhan iringi penyingkiran SarawakOleh NOR AZIRAN [email protected]

    RUSUHAN para penyokong selepas aksi skuad Sarawak bertemu Perak pada perlawanan

    peringkat Kumpulan B kempen Piala Malaysia 2014 di Stadium Negeri, Kuching kelmarin

    menjadi klimaks kepada perjalanan skuad Bujang Senang itu dalam kempen piala berprestij itu

    musim ini.

    Walaupun mencatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan tersebut, Sarawak sudah boleh

    mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Malaysia 2014 kerana sekadar mengumpul

    empat mata daripada lima perlawanan peringkat Kumpulan B setakat ini.

    Tiga lagi pasukan, Perak, Terengganu dan Kedah masih berpeluang merebut dua slot ke suku

    akhir selepas masing-masing mengumpul sembilan, lapan dan tujuh mata dengan saingan

    masih berbaki satu perlawanan lagi untuk diharungi.

    Sejurus wisel penamat dibunyikan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abdul Wahab, suasana di

    dalam Stadium Negeri mula bertukar wajah apabila suar dinyalakan para penyokong Sarawak

    di setiap sudut stadium manakala letupan mercun pula mula menghiasi suasana.

    Suasana bertambah kecoh apabila kira-kira 100 penyokong Sarawak berjaya masuk ke dalam

    padang dan menendang papan iklan di tepi padang manakala penyokong-penyokong yang

    masih berada di tempat duduk melontarkan botol-botol minuman ke kawasan padang.

    Bagaimanapun, tindakan pantas anggota keselamatan yang terdiri daripada pasukan Polis

    Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Jabatan Sukarelawan

    Malaysia (RELA) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berjaya mengawal keadaan daripada

    bertambah buruk.

    Namun, kekecohan tidak berakhir di situ kerana kira-kira 2,000 penyokong Sarawak berkumpul

    di luar pintu pagar utama stadium bagi menunggu bas yang membawa para pemain dan

    pegawai pasukan Perak keluar daripada kawasan stadium.

    Tidak cukup dengan itu, para penyokong mula bertindak liar apabila melontarkan batu ke arah

    pihak berkuasa dan juga merosakkan lima buah kereta milik PDRM serta membakar sebuah

    kereta peronda polis jenis Perodua Kembara.

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    21/22

    Kira-kira pukul 12.30 malam kelmarin, pintu pagar utama stadium pula dirempuh ribuan

    penyokong Sarawak untuk memasuki semula ke kawasan stadium bagi mencari pemain-

    pemain dan pegawai pasukan Perak.

    Keadaan yang tidak terkawal itu memaksa pasukan FRU melepaskan 26 gas pemedih mata ke

    arah perusuh selepas amaran untuk bersurai tidak diendahkan.

    Keadaan hanya kembali terkawal kira-kira sejam kemudian selepas beberapa pasukan

    tambahan daripada pasukan PDRM, FRU dan Pasukan Gerakan Am (PGA) tiba dilokasi

    kejadian untuk mengarahkan mereka bersurai.

    Pada pukul 1.35 pagi, bas yang membawa pasukan Perak beredar daripada perkarangan

    Stadium Negeri menuju ke hotel penginapan mereka dengan diiringi beberapa buah kereta

    peronda polis.

    Difahamkan, kemarahan para penyokong Sarawak tersebut tercetus bukanlah disebabkan

    tersingkirnya pasukan kesayangan mereka itu dalam kempen Piala Malaysia kali ini tetapi,

    mereka ingin membalas dendam terhadap layanan buruk yang diterima ketika kunjungan para

    penyokong Bujang Senang ke Ipoh dalam aksi pusingan pertama Kumpulan B pada 20 Ogos

    lalu.

    Sebagai rekod, selepas tamat perlawanan di Ipoh itu, lima penyokong Sarawak yang terdiri

    daripada Kumpulan GB13 dipukul oleh penyokong Perak dan mereka juga dihambur dengan

    kata-kata berbaur perkauman.

    Kosmo! pada 24 Ogos lalu melaporkan, Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) tidak akan

    menjual tiket-tiket perlawanan kelmarin kepada penyokong Perak kerana FAS tidak berani

    menjamin keselamatan mereka jika bertandang ke Kuching.

    Presiden FAS, Datuk Sudarsono Osman juga sudah membuat laporan rasmi kepada PersatuanBola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berhubung insiden di

    Ipoh itu.

  • 7/27/2019 QKU 3033 Sosiologi Sukan Dan p.i.n.-tugasan 2

    22/22

    Video mengenai kejadian penyokong Sarawak dipukul itu menjadi viral di laman sosial

    Facebook, sekali gus menimbulkan kemarahan rakyat Sarawak dan mengugut akan membalas

    dendam terhadap para penyokong dan pemain pasukan Perak jika bertandang ke Kuching.

    Artikel

    Penuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Suk

    an&pg=su_02.htm#ixzz3GDlTElA9

    Hakcipta terpelihara

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3GDlTElA9http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3GDlTElA9http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3GDlTElA9http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3GDlTElA9http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3GDlTElA9http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0901&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3GDlTElA9