bab 1 perkembangan islam di tanah melayu

Click here to load reader

Upload: lee-wong

Post on 27-Dec-2015

274 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

nota isu isu

TRANSCRIPT

BAB 1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN ISLAM DI MALAYSIABAB 1PENDAHULUANSebelum Tanah Melayu menerima Islam, ianya terlebih dahulu dicorakkan dengan pengaruh Hindu-Buddha.Akibat perkembangan pesat politik, sosial dan ekonomi di Nusantara pada abad ke-15, maka Tanah Melayu turut mengalami perubahannya.Melaka yang menjadi pusat perdagangan terpenting pada waktu tersebut telah menerima pedagang-pedagang Arab yang bukan sahaja datang berdagang tetapi juga turut berdakwah sehingga akhirnya Melaka berjaya di Islam kan.Begitu juga perkembangan pesat pendidikan Islam di Pantai Timur Semenanjung telah turut menyumbang kepada pengukuhan Islam di Tanah Melayu.KEDATANGAN ISLAM TAHAP PERTAMA: PERSINGGAHAN

Produksi rempah-rempah dunia (ton), 20032004, data dariFAOSTATIndia1.600.00086%China66.0004%Bangladesh48.0003%Pakistan45.3002%Turki33.0002%Nepal15.5001%Negara-negaralain60.9003%Total1.868.700100%TAHAP KEDUA: PERTAPAKANTAHAP KETIGA: PENYEBARAN SECARA BESAR-BESARANPertempuran Ain JalutSebahagian daripadaPencerobohan Mongol terhadap PalestinTarikh3 September 1260 MLokasiAin Jalut,Galilee[1]HasilKemenangan muktamadMamlukYang berperangKesultanan MamlukEmpayar MongolKerajaan GeorgiaArmenia CiliciaKomander dan pemimpinSaifuddin Muzaffar Al-QutuzBaibarsKitbuqaUnit yang terlibatPasukan berkudaringan danpemanah berkuda, pasukan berkuda berat,infantri, pasukanmeriamtanganTentera berkuda dan pemanah berkuda, 500 satria Armenia Cilicia dan para pengikut, infantriKekuatan20,000[2]20,000[2]termasukKerugianberatkemusnahan hampir seluruh tentera

PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYUISLAM DI KELANTANDaripada sumber China, India, Arab dan Jawa; Kelantan seolah-olah dari awalnya dipengaruhi olej kerajaan-kerajaan China, Funan, Langkasuka, Srivijaya Melayu dan Majapahit.Malah sehingga abad ke-15, Kelantan kelihatan dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha sahaja.Namun, proses pengislaman di Nusantara menjadikan Kelantan diandaikan antara negeri terawal menerima Islam di Pantai Timur Semenanjung.Bukti penapakan Islam di Kelantan diketahui melalui penemuan sekeping dinar emas pada tahun 1914 di Kota Kubang Labu (Wakaf Baru) yang tertulis al-Mutawakkil iaitu semacam gelaran kepada raja dan tulisan al-Julus Kelantan 577 yang bermaksud menaiki takhta pada tahun 577 Hijrah/1181 Masihi.SAMBUNGANKELANTANJelaslah, sejak abad ke-12 lagi dikatakan sudah wujud sebuah kerajaan Muslim di Kelantan.Jika dirujuk kepada sejarah Dinasti Raja China yang berjudul Ming Shih yang ditulis oleh Chang Ting-yu (1742), terdapat kenyataan yang mengatakan pada tahun 1411 raja negeri Kelantar iaitu Maharaja Kumar telah mengutus perwakilan ke China untuk membawa ufti. Pada 1412, Cheng Ho (Zheng He) diperintah oleh Maharaja China membawa surat diraja serta hadiah kain sutera kepada Raja Kelantan kerana kebaikan tingkah laku baginda. Tentang nama Kumar, riwayat Kelantan mengatakan ia merupakan kependekan daripada nama Engku Umar. Jelasnya, Kelantan diperintah oleh kerajaan Islam sebelum Laksama Cheng Ho melawat Kelantan pada 1412 .SAMBUNGANKELANTANPerkembangan pesat Islam di Kelantan dengan bercambahnya pusat pengajian pondok yang diasaskan ulama-ulama terkenal Kelantan telah membuatkan Kelantan dikenali sebagai Serambi Mekah.Raja Champa (Kemboja) iaitu Po Rome (1577-1637), sebelum menaiki takhta, pernah menuntut ilmu agama di Kelantan malah berkahwin dengan seorang puteri Raja Kelantan. Setelah menaiki takhta, baginda menukar nama sebagai Sultan Abdul Hamid Syah.Hubungan rapat Kelantan-Champa ini berterusan ketika itu sehingga terdapat tempat yang dinamakan Kampung Pengkalan Chepa yang dianggap berasal daripada nama Kampung Champa.ISLAM DI TERENGGANUTerengganu juga antara negeri terawal menerima kemasukan Islam.Seperti Kelantan, Terengganu sejak lama telah berhubung dengan Khmer dan Campa, yang sejak abad ke-11 sudah menerima Islam.Dalam kegiatan perdagangan, Fo-lo-an atau Luala Berang memainkan peranan penting sebagai pelabuhan antarabangsa, di mana termasuklah para pedagang Arab yang beragama Islam.SAMBUNGANTERENGGANUAntara bukti Islam bertapak di Terengganu ialah dengan penemuan artifak abad ke-13 iaitu sebuah tembaga purba yang bertulisan ayat al-Quran (surah al-Kahfi dan at-Taubah) bertarikh 652 Hijrah/1254 Masihi sebagai alat pertahanan diri.Islam berkembang pesat di Terengganu melalui pengajian pondok. Antara ulama tempatan yang mengasaskan tradisi pengajian pondok di Terengganu ialah mentua Sultan Zainal Abidin 1 iaitu Tuk Pulau Manis.Manakala ulama luar yang turut mengembangkan ajaran Islam di Terengganu termasuklah dari Patani seperti Haji Wan Mohammad Amin Wan Yaakob (Tok Syaikh Qadi) dan anak tunggalnya Haji Wan Abdullah (Tok Syaikh Duyung). SAMBUNGANTERENGGANUAntara ulama Arab yang turut mengembangkan ajaran Islam di Terengganu termasuklah Sayid Muhammad Zainal Abidin al-Idrus (1795-1878) yang terkenal dengan gelaran Tok Ku Tuan Besar dan anaknya sendiri Sayid Abdul Rahman (Tok Ku Paluh).Tok Ku Paluh dilantik sebagai Syaikh al-Ulama bagi Dewan Ulama semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918) disamping mengarang banyak kitab agama.Tok Ku Paluh juga terlibat dalam menggubal Perlembagaan Islam Terengganu pada 2 November 1911 yang dikenali sebagai Itqan al-Muluk bi Tadil al-Suluk. ISLAM DI KEDAHSesuai dengan kedudukan sebagai pusat perdagangan tradisi yang terawal di Semenanjung sejak abad pertama Masihi lagi, Kedah menerima Islam sejak kurun ke-9 lagi.Antara bukti kemasukan Islam ke Kedah ialah melalui catatan Arab yang menyatakan Kedah dikenali sebagai Qaddah atau Kheddah.Dalam kitab Akhar al-Sin wa al-Hind yang ditulis pada tahun 850 pula menyatakan nama Kedah sebagai Kalah atau Kalah-bar dan nama ini jugalah yang disebut oleh Ibn Khurdazbih (850), al-Masudi (1956), Abu Dulaf (940), Ibn al-Nadim (988), al-Biruni (973-1078) dan al-Idrisi (1156). SAMBUNGANKEDAHMenurut al-Muhallabi dalam kitabnya Kitab al-Masalik wa al-Mamalik yang ditulis pada tahun 980, Kalah (Kedah) merupakan bandar yang makmur yang ditempati oleh orang Islam, Parsi dan India.Penghijrahan ramai pelarian penduduk Arab dan Islam daripada Canton China akibat pemberontakan Hwang Chao telah menambahkan lagi komuniti Islam di Kedah seterusnya menyebarluaskan lagi pengaruh Islam di bumi Kedah.Daripada sumber tempatan pula, penemuan inksripsi papan batu di Gunung Jerai pada 1884 mengukuhkan lagi kehadiran Islam ke Kedah.SAMBUNGANKEDAHInskripsi papan batu itu hanya mengandungi tulisan Ibn Sardan 214 Hijrah yang bersamaan tarikh 829 Masihi begitu penting bagi membuktikan bahawa adanya orang Islam di Kedah yang bernama Ibn Sardan/Sirdan pada tahun 829, atau meninggal dunia pada tahun tersebut.Malah penemuan dua keping wang dirham Baghdad di Lembah Bujang yang bertarikh 234 Hijrah/848 Masihi, iaitu dari zaman Khalifah al-Mutawakkil (847-861) menguatkan lagi hujah yang Islam sudah bertapak di Kedah pada waktu tersebut. SAMBUNGANKEDAHTetapi bukti tempatan yang paling kuat ialah penemuan batu nisan di Tanjung Aris Langgar yang tercatat padanya nama Syaikh Abdul Qadir ibn Husin Syah Alam yang bertarikh 291H/903 M.Menurut sejarah, setelah beberapa abad agama Islam berkembang di kalangan rakyat, barulah pada abad ke-12 ia diterima oleh golongan pemerintah.Tokoh ulama yang dikatakan telah mengislamkan Maharaja Derbar Raja II pada tahun 531H/1137M ialah Syaikh Abdullah bin Syaikh Ahmad bin Syaikh Jafar Qaumiri dari Yaman. SAMBUNGANKEDAHSetelah memeluk agama islam, maka baginda Raja Kedah telah menukarkan namanya kepada Sultan Muzafar Syah 1 (1137-1179) dan negeri Kedah pula digelar Darul Aman.Syaikh Abdullah pula telah dilantik sebagai penasihat sultan sehinggalah beliau meninggal dunia dan dimakamkan di kawasan yang kini dikenali sebagai Padang Tok Syaikh yang terletak di puncak Gunung Jerai.Setelah itu, bermulalah era perkembangan Islam yang pesat di negeri Kedah.ISLAM DI PERAKZaman pengaruh Islam di Perak bermula setelah lenyapnya kerajaan Gangga Negara akibat serangan Rajendra Chola pada tahun 1025/26. Kejatuhan kerajaan Gangga Negara itu jugalah yang mendorong munculnya kerajaan Beruas dan Manjung di Perak yang dikatakan pendorong kewujudan pengaruh Islam di Perak.Pengaruh Islam di Perak dikatakan berasal daripada Aceh iaitu terdapat banyak sekali batu nisan jenis Aceh di Kampung Kota.Bermula tahun 1528, Perak secara rasminya mempunyai sultan yang menguasai seluruh negeri.

SAMBUNGANPERAKPertabalan Sultan yang menguasai seluruh negeri bermula apabila Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah mengadap Sultan Mahmud Syah di Bentan, dengan meminta seorang puteranya untuk dirajakan di Perak.Lalu Sultan Mahmud mengirimkan puteranya dan menjadi Raja Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah I (1528-1549), iaitu puteranya dengan isterinya yang bernama Puteri Onang Kening dari Kelantan.Walaupun tiada bukti terperinci tentang tokoh ulama yang mengembangkan Islam di Perak, namun penemuan batu nisan Muslim Aceh serta pemerintah yang memakai gelaran sultan menjadi bukti bahawa Perak telah menerima kemasukan Islam sejak awal abad ke 15 lagi.ISLAM DI MELAKAPelbagai kontroversi bagi menyatakan siapakah raja Melaka yang pertama sekali memeluk Islam dan bertanggungjawab tersebarnya Islam di Melaka.Ada yang mengatakan Parameswara adalah raja yang pertama memeluk Islam pada tahun 1414 seterusnya menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah.Ada yang mengatakan yang pertama memeluk Islam ialah Sultan Muhammad Syah. Pendapat lain pula mengatakan raja yang ketiga Melaka iaitu Raja Tengah yang pertama memeluk Islam hasil dakwah ulama Arab Maulana Sayid Abdul Aziz dan menukar namanya kepada Sultan Muhammad Syah (1424-1444)SAMBUNGANMELAKAWalau apapun perselisihan tentang siapakah raja Melaka yang pertama memeluk Islam, apa yang penting untuk diperkatakan di sini ialah Islam tersebar dengan pesatnya di Melaka setelah rajanya menerima dan memeluk Islam.Islam berkembang melalui peranan beberapa orang raja yang perihatin melalui kerjasama dengan ulama. Pada abad ke-15, perkembangan Islam semakin pesat di Melaka sehingga berjaya membentuk budaya baru.Pengaruh Islam bertambah ketara dengan penyusunan Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka.

SAMBUNGANMELAKADasar hukum Islam yang dipakai lebih cenderung kepada mazhab Syafii, sedangkan hukum adat berdasarkan adat Temenggung.Di samping itu, terdapat juga Undang-Undang Laut Melaka yang juga mengandungi unsur-unsur Islam di dalamnya.Antara tokoh-tokoh pendakwah yang bertanggungjawab menyebarkan agama Islam di Melaka termasuklah Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menua, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan dan Maulana Jalaluddin. Mereka juga bertindak sebagai penasihat sultan.SAMBUNGANMELAKASeiring dengan kehadiran para ulama tersebut ke Melaka, maka tersebarluaslah kitab-kitab agama di Melaka. Antara kitab-kitab tersebut ialah Durr al-Manzum oleh Abu Ishak al-Syirazi dan Insan al-Kamil oleh Abdul Karim al-Jili, di samping pengajaran kitab-kitab Minhaj al-Talibin karya al-Nawawi dan Ihya Ulumiddin oleh al-Ghazali.Malah karya-karya Islam juga turut diterjemahkan di Melaka seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.ISLAM DAN NEGERI-NEGERI LAIN DI TANAH MELAYUPerkembang pesat Islam di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung dan Melaka telah menjadi faktor pendorong kepada perkembangan ajaran Islam ke negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu.Pengaruh Melaka yang kuat dari segi politik yang mengembangkan jajahan takluknya telah turut sama membawa Islam bersamanya.Manakala negeri-negeri di sebelah Pantai Timur yang terlebih awal mempunyai pusat-pusat pengajian Islam berasaskan pondok telah menjadi tumpuan daripada negeri-negeri lain untuk pergi menuntut ilmu agama di sana.Ianya secara tidak langsung menjadi salah satu faktor dalam membantu perkembangan Islam di Tanah Melayu.

PERANAN PENDIDIKAN DALAM MENGEMBANGKAN ISLAM DI TANAH MELAYUSelepas kejatuhan Aceh sebagai pusat politik dan pengajian Islam terkemuka di Indonesia, maka muncullah pusat-pusat pengajian ditempat-tempat lain di Nusantara.Ini termasuklah di Jawa, Banjar, Palembang, Pulau Penyengat (Riau) dan Pattani.Perkembangan pengajian Islam di Pattani sungguh memberangsangkan dengan percambahan pusat-pusat pengajian berasaskan pondok dan dapat dilihat sehingga ke hari ini.Dari Pattani, pendidikan Islam berkembang ke Tanah Melayu termasuklah ke Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

1) PENDIDIKAN ISLAM DI TERENGGANUPerkembangan pendidikan Islam di Terengganu mungkin mendahului negeri-negeri lain di Tanah Melayu.Berdasarkan catatan, pada akhir abad ke-17, sudah terdapat institusi pondok di Pulau Manis yang diasaskan oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah atau lebih terkenal dengan Tok Pulau Manis.Akibat kejatuhan Pattani ke tangan Siam pada 1832, ramai ulama Pattani berhijrah ke Terengganu termasuklah Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani yang tinggal di Pulau Duyung, Syeikh Abdul Qadir di Bukit Bayas dan Haji Wan Abdullah Amin (Tok Syeikh Duyung) di Sungai Duyung.

SAMBUNGAN.TERENGGANUSelain itu, tokoh-tokoh keturunan Arab Sayyid al-Idrus juga mempunyai sumbangan besar kepada perkembangan Islam di Terengganu.Antaran mereka ialah Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin (Tokku Tuan Besar), dan anaknya Sayyid Abdul Rahman (Tokku Paloh).Selain itu, tokoh ulama Arab lain termasuklah Sayyid Musyafa (Tokku Tuan Dalam) dan Sayyid Ahmad bin Muhammad al-Idrus (Tokku Melaka).Dengan usaha ulama-ulama Pattani dan Arab, maka berkembanglah Islam di Terengganu menerusi pondok-pondok pengajian yang diasaskan mereka.

2) PENDIDIKAN ISLAM DI KELANTANJika terdapat bukti adanya terdapat pondok yang pertama di Terengganu, tetapi Kelantan lebih menonjol sebagai pusat pengajian Islam di Tanah Melayu.Antara tokoh ulama awal di Kelantan yang aktif dalam dakwah Islam ialah Syeikh Haji Abdul Halim yang menjadi anak angkat kepada Sultan Long Yunus (1762-1794) yang kemudiannya menjadi penasihat Sultan Muhammad 1 (1818-1837).Selain itu, tokoh lain yang aktif ialah Haji Abdul Samad bin Faqih Haji Abdullah (1792-1873) atau lebih terkenal dengan gelaran Tok Pulau Chondong. Beliau telah mengasaskan pendidikan sistem pondok pada 1820. SAMBUNGAN.KELANTANSelepas itu, muncullah tokoh-tokoh ulama yang istiqomah dalam mengembangkan dakwah Islam sama ada melalui pendidikan di pondok-pondok ataupun melalui karya-karya yang dihasilkan. Antara ulama-ulama terkenal Kelantan termasuklah Kelantan menjadi tumpuan para penuntut ilmu sehingga digelar sebagai serambi Mekah.3) PENDIDIKAN ISLAM DI KEDAHMeskipun Kelantan dan Terengganu dikatakan sebagai pusat awal perkembangan pendidikan pondok di Tanah Melayu, akan tetapi terdapat maklumat yang mengatakan terdapat ulama-ulama dan pondok-pondok yang wujud di Kedah sejak abad ke-18 dan ke-19.Antara ulama yang dinyatakan ialah Syeikh Abdul Jalil bin Abdul Wahab dari Palembang yang dilantik sebagai mufti negeri Kedah dan anaknya Syeikh Wan Abdul Qadir yang dilantik menggantikannya.Antara lain juga termasuklah ulama terkenal Kedah iaitu Syeikh Abdul Samad al-Falimbangi iaitu anak Syeikh Abdul Jalil dari isteri beliau yang lain.

SAMBUNGANKEDAHPerkembangan pendidikan Islam di Kedah tidak hanya dipelopori oleh ulama-ulama dari Palembang, bahkan Kedah juga menerima kehadiran ulama dari keturunan Banjarmasin.Antara ulama-ulama Kedah dari Banjarmasin termasuklah Haji Masud bin Abu Suud iaitu cucu Syeikh Muhammad Arshad bin Abdullah al-Banjari (1710-1812). Haji Masud di anggap sebagai perintis pembentukan sistem pengajian pondok di Kedah.Institusi pondok diperkemaskan oleh Muhammad Taib iaitu anak Haji Masud dengan membuka pondok di Titi Gajah sekitar 1870-an. Kesungguhan Muhammad Taib dalam berdakwah di samping mengarang kitab menyebabkan beliau dilantik sebagai mufti Kedah pada 1870.SAMBUNGANKEDAHNamun demikian, peranan ulama Pattani lebih menonjol dalam mengembangkan pengajian pondok di Kedah. Antara ulama Pattani yang paling awal di Kedah ialah Haji Wan Ishak yang mempunyai rangkaian pondok di Pulau Pinang.Antara ulama lain yang memainkan peranan besar dalam mengukuhkan Islam di Kedah ialah Tuan Hussain bin Nasir (1863-1935) dan Haji Wan Sulaiman bin Sidek (1874-1935) yang menjadi Syeikh al-islam Kedah selama 30 tahun.4) PENDIDIKAN ISLAM DI PERAKPerak juga mempunyai sejarah perkembangan pendidikan Islam yang tersendiri.Ada yang mengatakan pada abad ke-16, iaitu zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 1, terdapat guru agama dari Kampar Sumatera iaitu Syeikh Ibrahim Mahmud datang ke Perak lalu mendirikan sebuah surau di Bota Kanan dengan perkenan sultan.Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah XI (1636-1653), terdapat pondok pengajian Islam telah didirikan di Teluk Bakong oleh ulama Aceh, kemudiannya berkembang ke Teluk Sareh dan Tebing Pulai.SAMBUNGANPERAKPada awal abad ke-19, sebuah pondok didirikan oleh Syeikh Tuan Haji Junus dari Sematera di Malim Mawar.Pada awal abad ke-20, perkembangan pondok berkembang pesat di Perak. Pusat-pusat pengajian pondok di Perak bukan sahaja menerima kedatangan ulama Aceh, akan tetapi juga ulama-ulama dari Jawa dan Banjar.Antara pondok-pondok terkenal di Perak termasuklah Madrasah Saadiah Salihiyah di Temoh, pondok ar-Rahmaniyyah di Gunung Semanggol, Madrasah Idrisiyyah di Kuala Kangsar, pondok al-Ubudiyyah di Padang Rengas dan Madrasah al-Akhlak al-Islamiyah di Bagan Serai.5) PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI-NEGERI LAINPerkembangan pengajian ala pondok di negeri-negeri lain tidaklah sepesat negeri-negeri Pantai Timur atau Utara Semenanjung.Di Selangor, terdapat madrasah yang pertama didirikan di Sabak Bernam iaitu Madrasah Awwamiyah oleh Mohd. Awam bin Mohd. Rosli. Namun, selepas itu sepanjang 1930-1940 telah muncul madrasah-madrasah lain dengan pesat. Antara tokoh-tokoh ulama Selangor termasuklah Haji Mahmud dari Kampung Baharu Sabak Bernam, Kiyai Mansur dari Batu 38 dan Kiyai Nawawi serta Kiyai Karie dari Kampung Batu 36.SAMBUNGAN.Di Pahang, antara tokoh agama yang terkenal ialah Haji Uthman bin Senik (1838-1918) yang berketurunan Bugis. Beliau telah dilantik menjadi mufti Pahang dan berkhidmat di bawah tiga orang sultan.Selain itu, tokoh lain termasuklah Haji Mohd. Hasan bin Mohd. Senek yang menjadi mudir Madrasah al-Attas, Ketapang Pekan yang diasaskan oleh Habib Hassan al-Attas pada 1923.Pondok-pondok lain di Pahang yang terkenal termasuklah Pondok Bukit Keledang, Madrasah al-Huda Padang Luas Triang dan di Kuala Lipis. SAMBUNGANDi Negeri Sembilan, antara tokoh ulama terkenal ialah Haji Ahmad bin Muhammad Said ad-Dandarawi (1912-1964) yang pernah menjadi mufti Negeri Sembilan. Beliau mendirikan Madrasah as-Saidiyyah di Negeri Sembilan pada 1935.Di Melaka, walaupun pernah terkenal dengan perdagangan dan kemasukan Islam, namun dengan kebangkitan Aceh pada ketika itu, kemasyurannya sebagai pusat perkembangan islam mula merudum. Antara tokoh ulama terkenal Melaka termasuklah Haji Abdul Latif Haji Tambi (1880-1939) dan Haji Ahmad Haji Md. Kassim (1901-1943) yang mengasaskan Madrasah Nur ad-Diniyyah di Paya Rumput. SAMBUNGANDi Johor, perkembangan pendidikan Islam banyak bergantung kepada perkembangan Islam di Singapura.Golongan yang banyak memainkan peranan dalam perkembangan dakwah Islam di Johor ialah ulama Arab berketurunan Sayyid Alawiah.Antara madrasah yang didirikan di Johor dalam memartabatkan pendidikan Islam termasuklah Madrasah Haji Taib di Kampung Parit Jamil Muar yang pernah dibantu oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin.7.3.3.2 ISLAM MENURUT PERUNDANGAN DI MALAYSIADisebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

Islam ialah agama bagi Persekutuan: Tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya. (3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri itu. (4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini. (5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.Perkara 32(1): Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV.Perkara 32(3): Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti memegang jawatan apabila terhenti menjadi RajaPerkara 160: Tafsiran:-Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan:-(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikianPerkara 12 (2): Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.Bahkan Mahkamah Syariah juga mempunyai kedudukan tertentu yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan.Perkara 121(1A): Mahkamah yang disebut dalam Fasal (1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa mahkamah Syariah.KESIMPULANSebagai kesimpulan, perkembangan Islam di Tanah Melayu dilihat hasil kesungguhan para Sultan ketika itu dalam memartabatkan Islam sehingga perkenan memasukkan elemen-elemen Islam dan undang-undang seperti yang telah dibincangkan dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka. Para pemerintah juga teramat memuliakan para ulama dengan memberikan ruang yang seluas mungkin dalam berdakwah dan mendirikan pondok-pondok pengajian. Bahkan ada diantara mereka dilantik menjadi penasihat baginda Sultan. Kerjasama erat umarak dan ulama inilah yang menjadikan Islam kekal di anuti oleh masyarakat Melayu hingga ke hari ini. RUJUKAN:Abdul Rahman Haji Abdullah ( ),Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran, ___: Gema Insani PressAbdul Rahman Haji Abdullah (1989) Islam dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Seri Kembangan: Lohprint Sdn. Bhd.