5 kemerdekaan tanah melayu

53
BAB 5 KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Upload: nur-az

Post on 18-Jun-2015

9.462 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5 kemerdekaan tanah melayu

BAB 5

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

Page 2: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.1 PENGENALAN • Istilah ini mempunyai pengertian yang berbagai-bagai

—bergantung kepada keadaan mana ia di rujuk. • Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermaksud negara

berkenaan bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasa asing yang menekan, khususnya dikenali sebagai penjajah.

• Kebebasan bermakna rakyat negara tersebut berhak mengatur dan memilih corak kehidupan mereka, seperti mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa terikat dengan kuasa asing yang menjajah.

Page 3: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Penentangan kemasukan kuasa asing oleh mesyarakat tempatan bermula pertengahan abad yang ke-16 dengan kejatuhan negeri Melaka ke tangan Portugis (1511), Belanda (1641), dan Inggeris apabila mereka berjaya menguasai negeri Pulau Pinang (1786), Perak (1874), dan diikuti oleh negeri-negeri Melayu yang lain.

• Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh Jepun. Negeri-negeri Melayu di Utara pula pernah diperintah oleh kerajaan Siam. Kerajaan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah juga telah berjaya meluaskan wilayah kekuasaannya, sama ada dengan cara paksa atau membeli wilayah-wilayah berkenaan daripada pemerintah tempatan.

• Gerakan tentangan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh pentadbir, agama, dan rakyat biasa akhirnya dapat dipatahkan oleh pihak penjajah akhirnya. Iamembuktikan bahawa masyarakat tempatan tidak menerima kedatangan dan penglibatan kuasa asing dalam negeri mereka.

Page 4: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.2 PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN 1945-1955 • British mula menunjukkan sikap bertolak ansur. • Pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama lebih kurang tiga

setengah tahun (1942-1945) meninggalkan kesan mendalam dari segi ekonomi, sosial dan psikologi kepada masyarakat keseluruhannya. – Menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu

dan menafikan anggapan selama ini bahawa kuasa Inggeris tidak dapat dikalahkan.

• British memperkenalkan Malayan Union selepas pengunduran Jepun di Tanah Melayu (1946) - telah ditentang habis-habisan oleh semua lapisan masyarakat dan pertubuhan Melayu. – Kerajaan British yang sedar akan kebangkitan nasionalisme Melayu,

akhirnya tiada pilihan kecuali menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Page 5: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948, langkah-langkah ke arah pemerintahan sendiri dibuat dan British semakin bersedia untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

• British juga turut memberikan tumpuan menghapuskan keganasan komunis. Peristiwa darurat (1948-1960) - banyak nyawa terkorban, beribu juta ringgit dibelanjakan.

• Apabila keadaan bertambah baik menjelang tahun 1955, British telah mengambil beberapa langkah membimbing rakyat ke arah sistem dan pemerintahan berbentuk demokrasi seperti memperkenalkan sistem pengundian dan mengadakan pilihanraya.

Page 6: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.2.1 Perpaduan Kaum • British telah menetapkan syarat bahawa semua kaum di Tanah

Melayu mesti bersatu terlebih dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan.

5.2.2 Usaha ke Arah Perpaduan

• Dato’ Onn Jaafar mencadangkan sebuah pertubuhan yang boleh mewakili semua kaum supaya mereka dapat bekerjasama dan bertolak ansur di antara satu sama lain.

• Hasil perbincangan dengan Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisinggam, Malcom Mac Donald dan Roland Braddell Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liaison Committee) telah dibentuk.

Page 7: 5 kemerdekaan tanah melayu

– Berasaskan tolak ansur antara politik Melayu dan bukan Melayu telah dilaksanakan pada tahun 1949.

– 15 orang anggota terdiri daripada tokoh-tokoh penting daripada kaum Melayu, Cina dan India.

– Memupuk persefahaman di antara pemimpin-pemimpin kaum di Tanah Melayu - menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul ketika itu.

• Parti-parti politik juga mengambil inisiatif ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Contohnya, kerjasama UMNO, MCA dan ini diikuti dengan MIC untuk bertanding dalam pilihanraya, dan seterusnya membentuk gabungan parti besar yang dinamakan Perikatan.

Page 8: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.3 PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK • Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha

memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik.

• Penubuhan parti-parti politik ini didorong oleh reaksi rakyat terhadap cadangan Malayan Union (1946) oleh Kerajaan British. – Malayan Union merupakan pemangkin utama

penyatuan orang Melayu.

Page 9: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.3.1 United Malays National Organization (UMNO)

• Dato’ Onn Jaafar selaku pengerusi Pergerakan Melayu Johor mencadangkan diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union.– Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946

di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. – Dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu.– Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya

ditubuhkan pada 11 Mei 1946 - menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.

Page 10: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Pemimpin pertama UMNO Dato’ Onn Jaafar meletak jawatan pada tahun 1951 – cadang buka keahlian parti kepada semua bangsa - tidak direstui oleh ahli-ahli UMNO.

• Kepimpinan UMNO diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman dan menukar konsep perjuangan UMNO dari ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’. – 1954, UMNO, MCA dan MIC bergabung dalam Parti

PERIKATAN.

Page 11: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.3.2 Malayan Indian Congress (MIC) • Ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946 dengan

penggabungan persatuan-persatuan India di Tanah Melayu.

• Yang Dipertua Kongres yang pertama ialah John A. Thivy.– Pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu

dan juga gerakan kemerdekaan India.

• Pada peringkat awal perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India.

• Kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu.

Page 12: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Selepas India mencapai kemerdekaan - 1947, – Memberi tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah

Melayu.– Bermatlamat mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang

merupakan satu daripada isu utama di Tanah Melayu.

• Matlamat utama penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah Melayu.

• Menyertai IMP pimpinan Dato’ Onn - tidak berapa berjaya dalam pilihanraya 1952.

• Bergabung dalam Parti Perikatan (1955) - dapat sambutan orang India di seluruh Tanah Melayu

Page 13: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.3.3 Malayan Chinese Association (MCA) • Ditubuhkan pada bulan Februari 1949 atas idea

British bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British dalam menghadapi darurat.

• Pada penghujung tahun 1930an, Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya parti yang disertai oleh kebanyakan orang Cina.

• Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock. • Matlamatnya untuk melindungi hak dan kepentingan

ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu.

Page 14: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis.

• Membuktikan kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu. Adalah diharapkan dengan demikian kaum Cina akan bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk memperoleh kemerdekaan.

Page 15: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.3.4 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) • Ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak,

hasil rundingan dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan Ahmad Boestamam dan golongan Mokhtaruddin Lasso.

• Matlamatnya untuk melahirkan kesedaran politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia.

• Penubuhan UMNO pada tahun 1946, – Sedikit sebanyak menggugat PKMM.

Page 16: 5 kemerdekaan tanah melayu

– PKMM turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika.

– Percanggahan ideologi, kepimpinan, dan soal bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO.

• PKMM menjadi semakin lemah setelah ahli-ahlinya ditangkap dan dibubarkan. Serpihan pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada tahun 1955.

Page 17: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.3.5 Parti Islam Se-Malaya (PAS) • Ditubuhkan pada tahun 1955 ekoran daripada satu

persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951.

• Parti ini ditaja oleh Jabatan Agama UMNO.• Persatuan Ulama dianggotai oleh bekas aktivis

agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British.

• Matlamat - untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan kerakyatan.

Page 18: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.3.6 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) • Merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin oleh

Dato’ Onn Jaafar. • Bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. • MCA di bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai

Dato’ Onn. • 1952 - MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti

PERIKATAN.• Kegagalan IMP menyebabkan Dato’ Onn berpatah balik

memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Parti Negara.– Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955 – Kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Melayu. – Untuk menyatupadukan orang Melayu. – Untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dan persekutuan yang

sedang dirancangkan ketika itu.

Page 19: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.3.7 Parti Buruh

• Ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan Sekerja atas nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951.

• Parti yang sama ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka - bergabung membentuk Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan Mohd. Sopiee Ibrahim. – Parti ini merancang untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1964. – Kurang mendapat sokongan dari orang ramai.– Terdapat unsur sosiolisme dan komunisme dalam perjuangan parti.– Berfahaman sosiolis yang tidak mahu mengiktiraf hak keistimewaan

orang Melayu. – Pengalaman kezaliman komunis semasa darurat membimbangkan

rakyat untuk menerima Parti Buruh.

Page 20: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Parti Progresif Perak PPP ditubuhkan pada tahun 1953 dipimpin oleh DR Senivasagam. – Menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis

Perbandaran Ipoh atas nama Perikatan UMNO-MCA-PPP.

– Pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari Perikatan dan menukar nama Parti Progresif Rakyat.

• Parti lain ialah Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong Eu, National Association of Perak (NAP) dipimpin oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab dan Kesatuan Melayu Semenanjung pimpinan Haji Hashim Ghani.

Page 21: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.4 PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI • Politik di Tanah Melayu semakin rancak ekoran perkembangan

penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri. • Hasrat Kerajaan Inggeris untuk memberikan kemerdekaan dapat di lihat

daripada beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an.– Sistem Ahli, – Pilihanraya Majlis Tempatan – Pilihanraya Umum 1955.

5.4.1 Sistem Ahli • 1951 - British memperkenalkan Sistem Ahli dalam Mesyuarat Kerja

Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan). – Langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan kaum. – Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah

Melayu untuk menjadi ahli Majlis serta diberi portfolio bertaraf menteri. – Senarai menteri dan jawatan yang disediakan dalam Sistem Ahli.

Page 22: 5 kemerdekaan tanah melayu

MENTERI DAN JAWATAN • 1. Dato’ Onn bin Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri • 2. EEC Thuraisingham Ahli Pelajaran • 3. Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan • 4. Lee Tian Keng Ahli Kesihatan • 5. Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan

dan Perhubungan • 6. J.D. Mead Ahli Kerja Raya dan Perumahan • 7. J.D. Hodgkinson Ahli Perindustrian dan

Perhubungan Sosial • 8. O.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi

Page 23: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Seorang ahli lagi bertanggungjawab mengetuai portfolio Keretapi dan Pos—menjadikan jumlah kesemuanya ialah sembilan orang ahli.

• Tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada semua kaum.

• Bertanggungjawab untuk mengetuai beberapa jabatan kerajaan.

• Mereka merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. • Satu pilihanraya bagi memilih anggota perwakilan di

peringkat Penguasa Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.

Page 24: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.4.2 Pilihanraya Tahun 1951

• Pilihanraya pertama diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih perwakilan di majlis tempatan - Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang.

• Pilihanraya ini penting kerana pada ketika ini UMNO dan MCA telah bergabung dalam sebuah Parti Perikatan dan memenangi kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan.

• 1953, seorang speaker sebagai pengerusi Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan - menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi menganggotai majlis itu.

Page 25: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.4.3 Pilihanraya Tahun 1952 • Februari 1952 - diadakan Pilihanraya Majlis Perbandaran

Kuala Lumpur dengan 12 kerusi dipertandingkan. • Pilihanraya ini disertai oleh Perikatan UMNO-MCA, IMP dan

calon Bebas.– UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi– IMP berjaya memenangi dua kerusi – Satu kerusi dimenangi oleh calon bebas.

• 1952 - pilihanraya Majlis Bandaran di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban turut diadakan.

• Manakala pilihanraya pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.

Page 26: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan - memberi pengalaman mentadbir kerajaan dan pendedahan awal tentang proses pilihanraya.

Page 27: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.4.4 Pilihanraya Umum Tahun 1955 • 1953, Perikatan UMNO-MCA mencadangkan kepada British supaya

diadakan pilihanraya bagi mewujudkan kumpulan majoriti yang terpilih dalam Majlis Perundangan Persekutuan.

• Menuntut supaya 60 peratus daripada ahli dipilih melalui pilihanraya, 40 peratus lagi dilantik oleh British - ditolak oleh British.

• Perikatan telah memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri, dan persekutuan - tindakan mendapat sokongan rakyat.

• British menerima dari segi prinsipnya bahawa keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan hendaklah ahli yang dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli yang dilantik.

• Malangnya, Perikatan masih meneruskan pemulauan kerana tidak bersetuju dengan keputusan British.

Page 28: 5 kemerdekaan tanah melayu

• British akhirnya bertolak ansur dengan menetapkan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan seramai 98 orang. – (i) Lima puluh dua orang dipilih oleh rakyat menerusi

pilihanraya dengan seorang dilantik menjadi speaker. – (ii) Tiga orang ahli dilantik kerana jawatan, iaitu Ketua

Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan. – (iii) Sebelas orang dipilih mewakili negeri. – (iv) Dua puluh dua orang dipilih untuk mewakili berbagai

golongan dan pertubuhan. – (v) Tiga dipilih mewakili kaum minoriti seperti Orang Asli, Serani

dan Ceylon. – (vi) Tujuh ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, setelah

berunding dengan parti yang mempunyai majoriti.

Page 29: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Julai 1954, Perikatan bersetuju dengan cadangan British. Pilihanraya Persekutuan akhirnya ditetapkan pada 27 Julai 1955.

• MIC menyertai Perikatan pada tahun yang sama.• Tahun 1955 merupakan tahun yang paling penting

dalam perkembangan politik tanah air kerana ia merupakan kali yang pertama diadakan Pilihanraya Persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu.– Tiga buah parti politik yang mewakili tiga kaum terbesar di

Tanah Melayu telah bersetuju bergabung dan bertanding dalam pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti, iaitu Perikatan.

Page 30: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Parti Perikatan telah meletakkan calon-calon bagi kesemua 52 kerusi.

• Parti Negara pimpinan Dato’ Onn mempertandingkan 33 buah kerusi, PAS 11 kerusi dan 18 orang calon bebas.

• 84.2 % pengundi Melayu, 11.2 % pengundi Cina dan 3.9 % pengundi India - kelebihan yang besar bagi pengundi Melayu.

• Hasil berkompromi UMNO 35 kerusi (69 peratus), MCA 15 kerusi (28 peratus) dan MIC dua kerusi (tiga peratus).

• Jelaslah bahawa dalam pembahagian kerusi tersebut terdapat unsur tolak ansur bangsa Melayu khususnya UMNO dengan kaum lain.

Page 31: 5 kemerdekaan tanah melayu

Jadual 1 Pilihanraya Tahun 1955: Barisan Calon Mengikut Parti

Parti Melayu Cina India Jumlah • Perikatan 35 15 2

52 • Parti Negara 29 1 - 30 • Parti Islam SeMalaya 11 - - 11 • Persatuan Kebangsaan Perak 8 1 - 9 • Parti Buruh - 2 2 4 • Ikatan Melayu Perak 3 - - 3 • Parti Progresif Perak 1 - 1 2 • Bebas 16 1 1 18

Page 32: 5 kemerdekaan tanah melayu

• 50 daripada 52 kawasan yang dipertandingkan adalah dikuasai oleh pengundi-pengundi Melayu.

• UMNO boleh mencapai kemenangan dalam pilihanraya tersebut tanpa sokongan daripada MCA dan MIC.

• 80 peratus jumlah keseluruhan pengundi dimenangi oleh UMNO, 20 peratus dimenangi oleh parti-parti lain.

• Ini menunjukkan bahawa Perikatan yang diwakili oleh orang Melayu telah membuat pengorbanan yang besar demi perpaduan masa depan negara. Pengorbanan yang dimaksudkan ialah kesudian orang Melayu yang diwakili oleh UMNO membahagikan sejumlah kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihanraya ini kepada kaum Cina dan India yang mempunyai peratus pengundi kurang daripada 20 peratus.

Page 33: 5 kemerdekaan tanah melayu

Kedudukan Calon Perikatan dalam Pilihanraya1955

Parti Peruntukan Kerusi Peratus Kerusi (%) Peratus Pengundi (%)

UMNO 34 69 84.2 MCA 15 28 11.2 MIC 2 3 3.9

Page 34: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Moto Perikatan ialah ‘Menuju Ke arah Kemerdekaan’. • Janji Perikatan kepada rakyat; – (i) Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen. – (ii) Bahasa Melayu dan sebagai bahasa kebangsaan. – (iii) Agama Islam sebagai agama rasmi. – (iv) Melindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu. – (v) Mengubahsuai undang-undang kerakyatan. – (vi) Peningkatan taraf ekonomi Melayu. – (vii) Menjalinkan hubungan antarabangsa. – (viii) Hak asasi manusia. – (ix) Sistem pendidikan kebangsaan. – (x) Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh empat tahun.

Page 35: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Parti Perikatan juga berjanji untuk menamatkan darurat secepat mungkin, melalui penawaran pengampunan kepada pengganas omunis yang majoritinya terdiri daripada bangsa bukan Melayu, khususnya Cina. – Rundingan Baling sejurus selepas Pilihanraya 1955.

• Manifesto Perikatan merupakan hasil tolak ansur dan kerjasama bersepadu semua kaum dalam usaha mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan.

Page 36: 5 kemerdekaan tanah melayu

Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri Tunku Abdul Rahman Menteri Pelajaran Dato’ Abdul Razak Hussein Menteri Hasil Bumi Dr. Ismail A. Rahman Menteri Pengangkutan Kolonel H.S. Lee Menteri Tanam-Tanaman Abdul Aziz Ishak Menteri Kesihatan Leong Yew Koh Mengeri Buruh V.T. Sambanthan Menteri Kerja Raya Sardon Jubir Menteri Kerajaan Tempatan & Perumahan Sulaiman Abdul Rahman Menteri Perhubungan, Pos dan Telekom Ong Yoke Ling

Page 37: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Perikatan telah mempunyai bilangan wakil yang besar dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan melalui keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan.

• Portfolio Kewangan, Hal Ehwal Luar, dan Pertahanan masih dipegang oleh pegawai British.

Page 38: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.5 LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN

• Kejayaan besar dalam pilihanraya 1955, mendorong Parti Perikatan terus mendesak mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Namun,

• Hasil beberapa perbincangan yang di kalangan Raja-raja Melayu mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

Page 39: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.5.1 Rundingan ke Arah Kemerdekaan • Tunku Abdul Rahman dalam ucapan pertamanya di dalam

Majlis Perundangan Persekutuan telah menegaskan untuk berunding dengan pihak British bagi mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja, namun tidak semua memberikan reaksi positif.

• Ucapan itu menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. Pihak Sultan Johor merasakan kemerdekaan akan membawa kepada kemusnahan Tanah Melayu: – “Memanglah baik untuk melaung-laungkan tentang merdeka, tetapi

dimanakah kapal-kapal perang kamu, kapal terbang kamu dan tentera kamu untuk menghadapi dan menangkis pencerobohan daripada luar? Kalau orang putih keluar, negeri ini akan susah 99 kali ganda daripada hari ini.”

Page 40: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Menjadikan isu kontroversi di kalangan raja-raja, Tunku Abdul Rahman dan UMNO sehingga menimbulkan masalah keanggotaan perwakilan ke majlis perundingan kemerdekaan.

• Berlaku pertentangan dari segi kekuasaan dan kedaulatan – Pihak raja yang mewakili kepentingan pihak istana sahaja? – Satu pihak lagi dipilih oleh rakyat dan menjadi wakil kepada

rakyat.

• Raja-raja Melayu dan UMNO akhirnya bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat wakil di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.

Page 41: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.2 Misi Kemerdekaan ke London

• Januari 1956, satu rombongan lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.

• Perundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956.

• British diketuai oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.

Page 42: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.5.2 Misi Kemerdekaan ke London • Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu

– (i) Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957;

– (ii) Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan secara demokrasi;

– (iii) Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British juga mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini;

– (iv) Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid.

• Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan digantikan dengan jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan disandang oleh anak tempatan.

• British membayar ganti rugi kepada pegawai-pegawai dagangnya yang akan diberhentikan berikutan dengan kemerdekaan tersebut.

Page 43: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.5.3 Suruhanjaya Reid dan Memo Perikatan

• Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada tahun 1955 dan dipengerusikan oleh Lord Reid dan Ivor Jennings dari Britain.

• Ahli-ahlinya terdiri daripada William McKell dari Australia, Hakim B. Malik dari India, dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan.

• Suruhanjaya Reid telah diminta mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen.

Page 44: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Dalam persidangan pertama pada Jun 1956, Suruhanjaya ini telah meminta pertubuhan-pertubuhan, orang-orang perseorangan yang berminat menghantar memorandum bertulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan: – (i) Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen; – (ii) Menjamin kedudukan Raja-raja; – (iii) Memilih seorang Ketua Negara dari kalangan Raja-raja

Melayu, – (iv) Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa

banyak menjejaskan kepentingan kepentingan sah kaum- kaum lain.

– (v) Membentuk satu rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu kerakyatan yang sama.

Page 45: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Suruhanjaya telah menerima 131 memorandum dari orang perseorangan, pertubuhan, Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu. – Hanya dua memo dianggap penting iaitu dari Raja-raja Melayu dan

Parti Perikatan.

• Memo Perikatan yang dihantar pada 27 Julai 1955 menjadi pertimbangan utama Suruhanjaya atas sifat tuntutan bersama kaum-kaum terbesar. Dapatlah dikatakan bahawa memo tersebut sebagai satu ‘pakatan murni’ iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan semua kaum di Tanah Melayu.

• Terdapat lima perkara utama di dalam ‘pakatan murni’ iaitu unsur tolak ansur UMNO dari segi kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu.

Page 46: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Berikut adalah antara kandungannya: (i) Kewujudan Kerajaan Pusat dan Negeri (Federalisme) (ii) Nama negara: UMNO (Malaysia) dan MCA (Malaya) (iii) Mengujudkan institusi Yang Dipertuan Agung danT imbalan

Yang Dipertuan Agung bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi. (iv) Penerusan Majlis Raja-raja. (v) Parlimen mengandungi dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. (vi) Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa. (vii) Kedudukan Islam sebagai agama negara. (viii) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. (ix) Takrif Melayu

Page 47: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Dua perkara penting dalam ‘pakatan murni’, – Pengekalan empat unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu Bahasa, Agama,

kedudukan Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.– Orang bukan Melayu mendapat keistimewaan apabila pemimpin UMNO

bersetuju memberikan kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan mengikut tempat lahir.

• Sungguhpun memorandum ini digubal bersama oleh UMNO, MCA, dan MIC, tetapi tidak bermakna ketiga-tiga pihak ini bersetuju dengan semua perkara yang dikemukakan.– Persetujuan tidak dicapai mengenai pemberian taraf kerakyatan kepada

individu yang lahir pada atau selepas hari merdeka, yang ibu bapanya adalah warganegara asing dan soal penggunaan bahasa Kuo Yu dan bahasa Tamil dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.

– Kesatuan Perdagangan Cina Persekutuan Tanah Melayu tidak bersetuju dengan peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu dan kegagalan menjadikan bahasa Kuo Yu sebagai salah satu bahasa rasmi di negara ini.

Page 48: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Bagi Persatuan Dewan Perniagaan Cina SeMalaya pula, mendakwa prinsip jus soli tidak berfaedah kepada mereka. Malah mereka merayu supaya dikurangkan tempoh kelayakan bermastautin dari sepuluh tahun kepada lima tahun. Bagi yang melalui proses permohonan, dicadangkan pemansuhan ujian bahasa. Selain itu, mereka juga menuntut kesamarataa antara bahasa Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil.

• Sementara Dewan Perniagaan Melayu menyarankan supaya undang-undang kewarganegaraan Persekutuan tidak harus dilonggarkan sehinggalah golongan bukan Melayu dapat membuktikan ketaatsetiaan mereka kepada Tanah Melayu. Persatuan Tamil Seluruh Malaya mendesak supaya seluruh keturunan Tamil yang dilahirkan di Tanah Melayu wajar diberikan kewarganegaraan secara automatik. Manakala bagi pejuang-pejuang UMNO yang menentang pula berpendapat UMNO terlalu banyak mengalah terutama dalam hal-hal kerakyatan. Ini kerana orang yang berkelayakan boleh menjadi rakyat dan menikmati hak-hak sebagai rakyat Tanah Melayu dengan begitu mudah dan seterusnya boleh menghasilkan kesan serta merta kepada bangsa Melayu. Sementara undang-undang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam pekerjaan, pelajaran, dan peluang peniagaan tidak memberi hasil yang serta merta seperti hak kerakyatan, jika dibandingkan dengan apa yang didapati oleh orang Cina dan India dasar melalui jus soli. Ini kerana orang Melayu bimbang dengan dasar jus soli kerana akan mengurangkan kuasa politik secara beransur-ansur dan cengkaman politik bangsa Melayu dicabar oleh bangsa asing.

Page 49: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Suruhanjaya Reid telah mengadakan sebanyak 118 persidangan dari bulan Jun sehingga bulan Oktober 1956.

• Parti Perikatan dan beberapa pihak lain telah menentang pemberian dua kerakyatan kepada rakyat Komanwel. Misalnya menjadi rakyat India dan juga rakyat Britain serta tanah jajahan yang lain, sungguhpun mereka menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negeri yang ia tinggal.

• Persatuan British Cina Negeri-Negeri Selat mahukan supaya Melaka dan Pulau Pinang dikekalkan di bawah jajahan British.

• Suruhanjaya ini mencadangkan ia dikaji semula selepas 15 tahun dengan tujuan ia ditarik balik secara beransur-ansur. Cadangan ini ditentang hebat oleh UMNO.

Page 50: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Pada 1 Mei 1957, jawatankuasa tersebut siap menyemak Laporan Reid serta membuat beberapa pindaan.

• Rundingan terakhir jawatankuasa kerja diadakan di London dan bersetuju dengan Rang Perlembagaan yang dibentuk sebagai Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka.

• Pada 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957.

• Dalam tahun itu juga Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Page 51: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.5.4 Pengisytiharan Kemerdekaan • Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulai

tepat jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor. • Dimulakan dengan menurunkan bendera Union Jack dan digantikan

dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.• Pada pagi 31 Ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman mengisytiharkan

kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka melalui pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan oleh wakil Ratu Elizabeth.

• Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhamad ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama.

• Jemaah Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan.

• Tanah Melayu diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957.

Page 52: 5 kemerdekaan tanah melayu

5.6 KESIMPULAN • Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos

1957 setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun.

• Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing.

• Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris.

• Orang Melayu pula telah menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri.

Page 53: 5 kemerdekaan tanah melayu

• Walau bagaimanapun, orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsep jus soli yang ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi.

• Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai satu hadiah atau pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan Melayu. Dalam tempoh setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabis-habisan hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.