nota kemerdekaan tanah melayu

23
NOTA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU 5.1 PENGENALAN Apabila kita sebut merdeka, apakah yang terbayang difikiran anda? Sudah pasti istilah ini bukan merupakan sesuatu yang asing atau pertama kali anda dengar. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan merdeka? Sebenarnya istilah ini mempunyai pengertian yang berbagai-bagai—bergantung kepada keadaan mana ia di rujuk. Bagi individu, apabila menyebut tentang merdeka, mungkin ia bermaksud kebebasan melakukan apa sahaja yang di sukai tanpa kongkongan atau bantahan orang lain. Bagaimana pula jika kita merujuk istilah merdeka dalam konteks sesebuah negara? Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermaksud negara berkenaan bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasa asing yang menekan, khususnya dikenali sebagai penjajah. Kebebasan bermakna rakyat negara tersebut berhak mengatur dan memilih corak kehidupan mereka, seperti mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa terikat dengan kuasa asing yang menjajah. Setiap negara yang pernah dijajah oleh kuasa asing mempunyai pengalaman dan sejarahnya yang tersendiri dan sudah tentu ia berbeza di antara sebuah negara dengan negara yang lain. Seperti yang telah dibincangkan di dalam Bab 4 mengenai semangat kebangsaan, sebenarnya perjuangan masyarakat tempatan menentang kemasukan kuasa asing telah bermula sejak pertengahan abad yang ke-16 lagi. Penjajahan kuasa asing bermula di Tanah Melayu dengan kejatuhan negeri Melaka ke tangan Portugis (1511), kemudian Belanda (1641), dan seterusnya Inggeris apabila mereka berjaya menguasai negeri Pulau Pinang (1786), Perak (1874), dan diikuti oleh negeri-negeri Melayu yang lain. Selain itu, Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh Jepun. Negeri-negeri Melayu di Utara pula pernah diperintah oleh kerajaan Siam. Kerajaan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah juga telah berjaya meluaskan wilayah kekuasaannya, sama ada dengan cara paksa atau membeli wilayah-wilayah berkenaan daripada pemerintah

Upload: lila-shakira

Post on 04-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kemerdekaan tanah melayu pada 31 Ogos 1957

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

NOTA KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

5.1               PENGENALAN

Apabila kita sebut merdeka, apakah yang terbayang difikiran anda? Sudah pasti istilah ini bukan merupakan sesuatu yang asing atau pertama kali anda dengar. Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan merdeka? Sebenarnya istilah ini mempunyai pengertian yang berbagai-bagai—bergantung kepada keadaan mana ia di rujuk. Bagi individu, apabila menyebut tentang merdeka, mungkin ia bermaksud kebebasan melakukan apa sahaja yang di sukai tanpa kongkongan atau bantahan orang lain.

Bagaimana pula jika kita merujuk istilah merdeka dalam konteks sesebuah negara? Kemerdekaan bagi sesebuah negara bermaksud negara berkenaan bebas daripada kongkongan dan cengkaman kuasa asing yang menekan, khususnya dikenali sebagai penjajah. Kebebasan bermakna rakyat negara tersebut berhak mengatur dan memilih corak kehidupan mereka, seperti mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaan sendiri tanpa terikat dengan kuasa asing yang menjajah. Setiap negara yang pernah dijajah oleh kuasa asing mempunyai pengalaman dan sejarahnya yang tersendiri dan sudah tentu ia berbeza di antara sebuah negara dengan negara yang lain.

Seperti yang telah dibincangkan di dalam Bab 4 mengenai semangat kebangsaan, sebenarnya perjuangan masyarakat tempatan menentang kemasukan kuasa asing telah bermula sejak pertengahan abad yang ke-16 lagi. Penjajahan kuasa asing bermula di Tanah Melayu dengan kejatuhan negeri Melaka ke tangan Portugis (1511), kemudian Belanda (1641), dan seterusnya Inggeris apabila mereka berjaya menguasai negeri Pulau Pinang (1786), Perak (1874), dan diikuti oleh negeri-negeri Melayu yang lain. Selain itu, Tanah Melayu juga pernah dijajah oleh Jepun. Negeri-negeri Melayu di Utara pula pernah diperintah oleh kerajaan Siam. Kerajaan Brooke di Sarawak dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara di Sabah juga telah berjaya meluaskan wilayah kekuasaannya, sama ada dengan cara paksa atau membeli wilayah-wilayah berkenaan daripada pemerintah tempatan. Sesungguhnya kehadiran penjajah telah mencetuskan tentangan yang hebat di kalangan masyarakat tempatan. Gerakan tentangan yang dipimpin oleh tokoh-tokoh pentadbir, agama, dan rakyat biasa akhirnya dapat dipatahkan oleh pihak penjajah akhirnya. Sungguhpun perjuangan di peringkat awal menentang penjajah ini gagal, namun ia tetap membuktikan bahawa masyarakat tempatan tidak menerima kedatangan dan penglibatan kuasa asing dalam negeri mereka.   5.2 PERKEMBANGAN POLITIK TAHUN 1945-1955

Page 2: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

Perkembangan politik di antara tahun 1945 sehingga tahun 1955 memperlihatkan bahawa pihak British mula menunjukkan sikap bertolak ansur. Seperti yang diketahui, pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama lebih kurang tiga setengah tahun (1942-1945) telah meninggalkan kesan yang mendalam sama ada dari segi ekonomi, sosial mahupun psikologi kepada masyarakat keseluruhannya. Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting untuk anda fahami ialah tempoh pemerintahan Jepun telah menyemarakkan lagi semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu dan menafikan anggapan selama ini bahawa kuasa Inggeris tidak dapat dikalahkan.1

Malayan Union yang diperkenalkan oleh Kerajaan British selepas pengunduran tentera Jepun di Tanah Melayu (1946), telah ditentang habis-habisan oleh semua lapisan masyarakat dan pertubuhan Melayu. Orang Melayu sedar akan kerugian dan bencana yang akan mereka terima sekiranya Malayan Union dilaksanakan. Kerajaan British yang sedar akan kebangkitan nasionalisme Melayu, akhirnya tiada pilihan kecuali menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948, British telah menyatakan bahawa langkah-langkah ke arah pemerintahan sendiri akan dibuat. Ini menunjukkan bahawa British semakin bersedia untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Sungguhpun demikian, anda harus ingat bahawa pada masa tersebut juga Kerajaan British turut memberikan tumpuan menghapuskan keganasan komunis. Peristiwa darurat yang berlaku (1948-1960) meninggalkan kesan yang mendalam kerana ia bukan sahaja menyebabkan banyak nyawa yang terkorban, tetapi beribu juta ringgit terpaksa dibelanjakan untuk menghapuskannya. Apabila keadaan menjadi semakin bertambah baik menjelang tahun 1955, Kerajaan British telah menyakinkan rakyat ke arah pemerintahan sendiri. Antaranya ialah mengambil beberapa langkah membimbing rakyat ke arah sistem dan pemerintahan berbentuk demokrasi seperti memperkenalkan sistem pengundian dan mengadakan pilihanraya. Sehubungan dengan itu, beberapa parti politik ditubuhkan seperti Malayan Chinese Association (MCA) dan lain-lain yang akan dibincangkan berikutnya.  5.2.1 Perpaduan Kaum

Sebagai satu langkah ke arah kemerdekaan, Kerajaan Inggeris telah menetapkan syarat bahawa semua kaum di Tanah Melayu mesti bersatu terlebih dahulu dalam politik sebelum kemerdekaan dapat diberikan.2 Ini bermakna soal perpaduan kaum adalah syarat yang diutamakan. Dengan adanya perpaduan dan kerjasama dalam politik, perkongsian kuasa boleh dilaksanakan. Keharmonian serta keamanan masyarakat dan negara akan terjamin melalui sokongan padu seluruh rakyat. 

Page 3: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

5.2.2 Usaha ke Arah Perpaduan

Berhubung dengan persoalan perpaduan kaum, sebenarnya usaha awal telahpun dilaksanakan oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau telah mencadangkan supaya rakyat Tanah Melayu membentuk sebuah pertubuhan yang boleh mewakili semua kaum supaya mereka dapat bekerjasama dan bertolak ansur di antara satu sama lain. Perbincangan telah diadakan dengan Tan Cheng Lock, E.E.C. Thuraisinggam, Malcom Mac Donald dan Roland Braddell. Hasilnya, satu jawatankuasa telah dibentuk yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (Communities Liaison Committee). Jawatankuasa ini yang berasaskan tolak ansur antara politik Melayu dan bukan Melayu telah dilaksanakan pada tahun 1949. Ia dianggotai oleh 15 orang yang terdiri daripada tokoh-tokoh penting daripada kaum Melayu, Cina dan India. Penubuhan Jawatankuasa ini sangat besar ertinya kerana ia dapat memupuk persefahaman di antara pemimpin-pemimpin kaum di Tanah Melayu. Persefahaman yang dipupuk melalui perundingan dan perbincangan yang diadakan oleh tokoh-tokoh kaum ini boleh menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul ketika itu.

Selain itu, parti-parti politik juga mengambil inisiatif ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Contohnya, kerjasama UMNO, MCA dan ini diikuti dengan MIC untuk bertanding dalam pilihanraya, dan seterusnya membentuk gabungan parti besar yang dinamakan Perikatan. Perbincangan mengenai pilihanraya akan dibincangkan kemudian. Sebelum itu, kita tinjau dahulu mengenai pertumbuhan parti-parti politik menjelang kemerdekaan.

5.3 PERTUMBUHAN PARTI-PARTI POLITIK

Selepas Perang Dunia Pertama, sudah ada usaha memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu melalui penubuhan beberapa parti politik. Penubuhan parti-parti politik ini menunjukkan bahawa perkembangan

Page 4: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

proses politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak lagi. Penubuhan parti-parti politik ini didorong oleh reaksi rakyat terhadap cadangan Malayan Union (1946) oleh Kerajaan British. Ternyata Malayan Union merupakan pemangkin utama penyatuan orang Melayu untuk bertindak menentang cadangan British tersebut.

Mari kita tinjau parti-parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu menjelang kemerdekaan.

5.3.1 United Malays National Organization (UMNO)

Dato’ Onn Jaafar yang menjadi pengerusi Pergerakan Melayu Johor3 telah mencadangkan supaya diadakan Kongres Melayu bagi menyatukan seluruh masyarakat Melayu untuk menentang Malayan Union. Oleh yang demikian, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kongres tersebut dihadiri oleh 41 buah persatuan Melayu.4 Perlembagaan baru dibuat dan UMNO dengan rasminya ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Matlamat awal penubuhan UMNO adalah untuk menentang gagasan Malayan Union dan menyatupadukan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pemimpin pertamanya ialah Dato’ Onn Jaafar. Cadangan Dato’ Onn untuk membuka keahlian parti kepada semua bangsa untuk memupuk perpaduan kaum tidak direstui oleh ahli-ahli UMNO. Penentangan dari ahli parti menyebabkan Dato’ Onn meletakkan jawatan pada tahun 1951. Kepimpinan UMNO kemudiannya diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman dan menukar konsep perjuangan UMNO dari ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Merdeka’.5 Di bawah kepimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau cuba menggerakkan segala usaha untuk mencapai kemerdekaan dengan menggabungkan parti-parti politik yang ada sehingga terbentuknya Parti PERIKATAN yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC pada tahun 1954. Sejak itu, UMNO menjadi teras utama pergerakan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu.6

  5.3.2 Malayan Indian Congress (MIC)

MIC ditubuhkan pada bulan Ogos tahun 1946. Yang Dipertua Kongres yang pertama ialah John A. Thivy. John Thivy pernah terlibat di dalam Persatuan Pusat India di Tanah Melayu dan juga gerakan kemerdekaan India. MIC bermula dengan penggabungan persatuan-persatuan India yang terdapat di Tanah Melayu. Hasil daripada penggabungan tersebut, maka lahirlah parti MIC. Pada peringkat awal perjuangannya, parti ini bertujuan menyokong perjuangan kemerdekaan di India. MIC juga kurang mendapat sambutan di kalangan orang India di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, selepas India mencapai kemerdekaan pada tahun 1947, MIC lebih memberikan tumpuan kepada kegiatan politik di Tanah Melayu. Selain itu, parti MIC juga bermatlamat mengenengahkan isu-isu kerakyatan yang merupakan satu

Page 5: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

daripada isu utama di Tanah Melayu. Dapatlah dikatakan bahawa matlamat utama penubuhannya ialah untuk menjaga kepentingan politik, ekonomi, dan sosial kaum India di Tanah Melayu dan juga menjadi saluran bekerjasama dengan kaum lain untuk memperjuangkan kemajuan politik. MIC pernah menyertai parti serpihan yang ditubuhkan oleh Dato’Onn setelah beliau keluar daripada UMNO. Walau bagaimanapun, MIC kurang bernasib baik kerana parti pimpinan Dato’ Onn tidak berapa berjaya dalam pilihanraya 1952. Apabila MIC bergabung dalam Parti Perikatan pada tahun 1955, barulah parti ini mendapat sambutan daripada orang India di seluruh Tanah Melayu.

5.3.3 Malayan Chinese Association (MCA)

MCA ditubuhkan dengan rasminya pada bulan Februari 1949 atas idea British bagi membolehkan sebahagian orang Cina menyokong British dalam menghadapi darurat. Sebenarnya, pada penghujung tahun 1930an, Parti Komunis Malaya (PKM) merupakan satu-satunya parti yang disertai oleh kebanyakan orang Cina. Presiden MCA yang pertama ialah Tan Cheng Lock. MCA ditubuhkan dengan matlamat untuk melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik, dan sosial kaum Cina di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, MCA berjanji akan bekerjasama dengan kerajaan untuk mematahkan kegiatan komunis. Penubuhan MCA juga membuktikan kepada kerajaan Inggeris akan kesetiaan kaum Cina terhadap Tanah Melayu. Adalah diharapkan dengan demikian kaum Cina akan bekerjasama dengan kaum-kaum lain untuk memperoleh kemerdekaan.

5.3.4 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

PKMM ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Ipoh, Perak, hasil rundingan dan persetujuan dua kumpulan pemuda, iaitu dari golongan Ahmad Boestamam dan golongan Mokhtaruddin Lasso.7 PKMM bermatlamat untuk melahirkan kesedaran politik dan menyatukan bangsa Melayu di Tanah Melayu dan di Indonesia. Berikutan dengan penubuhan UMNO pada tahun 1946, sedikit sebanyak menggugat PKMM. PKMM kemudian turut serta sebagai anggota UMNO buat seketika. Berikutan dengan percanggahan pendapat berkaitan ideologi, kepimpinan, dan soal bendera, PKMM kemudian keluar dari UMNO. PKMM menjadi semakin lemah setelah ahli-ahlinya ditangkap. Walau bagaimanapun, PKMM telah dibubarkan kemudiannya. Serpihan pimpinan PKMM menubuhkan pula Parti Rakyat Malaya pada tahun 1955.

5.3.5 Parti Islam Se-Malaya (PAS)

Page 6: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

PAS ditubuhkan ekoran daripada satu persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya yang diadakan di Kuala Lumpur pada 23 Ogos 1951. Parti ini jelasnya ditaja oleh Jabatan Agama UMNO.8 Persatuan Ulama turut dianggotai oleh bekas aktivis agama, dan bekas ahli HAMIM yang diharamkan oleh British. Parti ini telah ditubuhkan pada tahun 1955 dengan matlamat untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, serta mengetatkan peraturan kerakyatan.

5.3.6 Parti Kemerdekaan Malaya (IMP)

IMP merupakan parti pelbagai kaum yang pertama dan dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Dato’ Onn Jaafar telah keluar dari UMNO dengan semangat ‘perpaduan kaum’ untuk bercantum dengan MCA dan bekas ahli UMNO, serta MIC pada tahun 1951. IMP ditubuhkan setelah usaha Dato’ Onn Jaafar untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti berbilang kaum ditolak oleh orang Melayu. Sebenarnya, IMP pernah bekerjasama dengan MIC dari tahun 1951 sehingga tahun 1953. MCA di bawah pimpinan Tan Cheng Lock juga pernah menyertai Dato’ Onn. Namun Tan Cheng Lock yang melihat potensi UMNO semakin mendapat sokongan Melayu telah mengecewakan Dato’ Onn Jaafar. Pada tahun 1952, MCA telah bekerjasama dengan UMNO dalam Parti PERIKATAN. Kegagalan IMP menyebabkan Dato’ Onn berpatah balik memperjuangkan kepentingan Melayu melalui Parti Negara. Parti Negara ditubuhkan pada tahun 1955 oleh tokoh politik berbilang kaum. Tetapi kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu. IMP bermatlamat untuk menyatupadukan orang Melayu. Selain itu, IMP ditubuhkan juga untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya negeri dan persekutuan yang sedang dirancangkan ketika itu.9

5.3.7 Parti Buruh

Parti Buruh ditubuhkan di Pulau Pinang oleh pemimpin Kesatuan Sekerja atas nama Parti Buruh Pulau Pinang pada 15 Mei 1951. Parti yang sama ditubuhkan di Selangor, Negeri Sembilan, Perak, dan Melaka. Parti-parti ini bergabung membentuk Parti Buruh SeMalaya di bawah pimpinan Mohd. Sopiee Ibrahim. Parti ini merancang untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1964. Parti Buruh kurang mendapat sokongan dari orang ramai mungkin disebabkan terdapat unsur sosiolisme dan komunisme dalam perjuangan parti. Dalam pada itu, orang Melayu enggan memberikan sokongan disebabkan parti ini berfahaman sosiolis yang tidak mahu mengiktiraf hak keistimewaan orang Melayu. Selain itu, pengalaman politik akibat kezaliman komunis pada masa darurat juga membimbangkan rakyat untuk menerima Parti Buruh.10

Page 7: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

Sementara parti-parti lain yang ditubuhkan ialah Parti Progresif Perak (PPP). Ia ditubuhkan pada tahun 1953 dipimpin oleh SP dan DR Senivasagam. PPP menyertai Perikatan dan berjaya menguasai Majlis Perbandaran Ipoh atas nama Perikatan UMNO-MCA-PPP. Menjelang pilihanraya tahun 1955, PPP keluar dari Perikatan dan kemudiannya telah menukar nama Parti Progresif Rakyat. Parti lain ialah Parti Radikal pimpinan Dr. Lim Chong Eu, National Association of Perak (NAP) dipimpin oleh Dato Bukit Gantang Abdul Wahab dan Kesatuan Melayu Semenanjung pimpinan Haji Hashim Ghani.

  5.4 PERUBAHAN DASAR BRITISH KE ARAH BERKERAJAAN SENDIRI

Keadaan politik di Tanah Melayu menjadi semakin rancak ekoran daripada perkembangan penubuhan parti-parti politik ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat Kerajaan Inggeris untuk memberikan kemerdekaan dapat di lihat daripada beberapa peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1950-an seperti pengenalan Sistem Ahli, Pilihanraya Majlis Tempatan dan Pilihanraya Umum 1955.

5.4.1         Sistem Ahli

Pada tahun 1951, kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Ahli dalam Mesyuarat Kerja Persekutuan (Majlis Perundangan Persekutuan). Sistem ini merupakan satu lagi langkah penting ke arah mewujudkan perpaduan kaum. Mereka yang dilantik terdiri daripada beberapa warganegara Persekutuan Tanah Melayu untuk menjadi ahli Majlis serta diberi portfolio bertaraf menteri. Berikut adalah senarai menteri dan jawatan yang disediakan dalam Sistem Ahli.

MENTERI JAWATAN1.        Dato’ Onn bin Jaafar Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri2.        EEC Thuraisingham Ahli Pelajaran3.        Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan Perhutanan4.        Lee Tian Keng Ahli Kesihatan

Page 8: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

5.        Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah, Perlombongan dan Perhubungan

6.        J.D. Mead Ahli Kerja Raya dan Perumahan7.        J.D. Hodgkinson Ahli Perindustrian dan Perhubungan

Sosial8.        O.A. Spencer Hal Ehwal Ekonomi

Seorang ahli lagi bertanggungjawab mengetuai portfolio Keretapi dan Pos—menjadikan jumlah kesemuanya ialah sembilan orang ahli. Berdasarkan kepada senarai ahli di atas, di dapati tokoh-tokoh yang dipilih adalah terdiri daripada semua kaum. Ahli-ahli yang dilantik telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai beberapa jabatan kerajaan. Mereka merupakan pemimpin-pemimpin tempatan. Apa yang menariknya ialah sistem ini lebih kurang sama seperti Jemaah Menteri yang ada sekarang di Malaysia. Bezanya cuma pada bidang kuasa mereka yang agak terhad.

Seiring dengan perkembangan pesat parti-parti politik dan perubahan dasar British, satu pilihanraya umum dirasakan perlu ketika itu bagi penduduk Tanah Melayu untuk memilih pemimpin mereka sendiri yang bakal memerintah di Persekutuan Tanah Melayu di masa depan. Ini memandangkan pilihanraya berkenaan adalah bagi memilih anggota perwakilan di peringkat Penguasa Tempatan sebagai latihan kepada demokrasi berparlimen.

5.4.2 Pilihanraya Tahun 1951

Pilihanraya yang pertama telah diadakan pada 1 Disember 1951 bagi memilih perwakilan di peringkat majlis tempatan iaitu bagi Majlis Perbandaran Georgetown, Pulau Pinang. Pilihanraya ini penting kerana pada ketika ini UMNO dan MCA telah bergabung dalam sebuah Parti Perikatan. Perikatan UMNO-MCA yang menjadi sebuah pertubuhan politik yang berpengaruh telah memenangi kesemua sembilan kerusi yang dipertandingkan. Pada tahun 1953, seorang speaker telah dilantik untuk

Page 9: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

mempengerusikan Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan bagi menggantikan tempat Pesuruhjaya Tinggi British yang tidak lagi menganggotai majlis itu. Ternyata bahawa semua tindakan tersebut dilakukan bagi melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran negara sebagai langkah awal ke arah berkerajaan sendiri.

5.4.3 Pilihanraya Tahun 1952

Berikutnya, pada bulan Februari tahun 1952 telah diadakan pula Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur dengan 12 kerusi dipertandingkan. Pilihanraya ini disertai oleh Perikatan UMNO-MCA dan IMP dan calon Bebas. Keputusannya memperlihatkan Perikatan UMNO-MCA memenangi sembilan kerusi. Sementara IMP berjaya memenangi dua kerusi manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.

Selain itu, pilihanraya untuk Majlis Bandaran lain turut diadakan pada tahun 1952 seperti di Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan Seremban. Manakala pilihanraya pada peringkat negeri diadakan pada tahun 1954.

Wakil-wakil yang terpilih membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan awam di peringkat tempatan. Ini telah memberi pengalaman kepada mereka untuk mentadbir kerajaan dan mendapat pendedahan awal tentang proses pilihanraya. Pilihanraya ini menandakan pembinaan sebuah kerajaan sendiri berlandaskan demokrasi semakin menjadi kenyataan.

5.4.4 Pilihanraya Umum Tahun 1955

Pada tahun 1953, Perikatan UMNO-MCA telah mencadangkan kepada kerajaan British supaya diadakan pilihanraya bagi mewujudkan kumpulan majoriti yang terpilih dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Perikatan telah menuntut supaya 60 peratus daripada ahli dipilih melalui pilihanraya, sementara baki sebanyak 40 peratus lagi dilantik oleh British. Cadangan dibuat untuk menjamin kepentingan rakyat tempatan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh British. Bagi menyatakan rasa tidak puas hati mereka, Perikatan telah memulaukan semua Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat tempatan, negeri, dan persekutuan. Malah tindakan mereka turut mendapat sokongan rakyat. Sehubungan itu, British kemudiannya menerima dari segi prinsipnya bahawa keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan hendaklah ahli yang dipilih oleh rakyat lebih daripada ahli yang dilantik. Malangnya, Perikatan masih meneruskan pemulauan kerana tidak bersetuju dengan keputusan British.

Page 10: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

British akhirnya bertolak ansur dengan menetapkan keanggotaan Majlis Perundangan Persekutuan seramai 98 orang. Pecahannya adalah seperti berikut:

(i)                 Lima puluh dua orang dipilih oleh rakyat menerusi pilihanraya dengan seorang dilantik menjadi speaker.

(ii)               Tiga orang ahli dilantik kerana jawatan, iaitu Ketua Setiausaha, Peguam Negara dan Setiausaha Kewangan.

(iii)             Sebelas orang dipilih mewakili negeri.(iv)             Dua puluh dua orang dipilih untuk mewakili berbagai golongan dan

pertubuhan.(v)               Tiga dipilih mewakili kaum minoriti seperti Orang Asli, Serani dan Ceylon.(vi)             Tujuh ahli dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi, setelah berunding dengan

parti yang mempunyai majoriti.

Pada bulan Julai 1954, Perikatan telah menyatakan persetujuan mereka berhubung dengan cadangan British. Pilihanraya Persekutuan akhirnya ditetapkan pada 27 Julai 1955.

Sementara itu, parti Perikatan menjadi semakin kukuh lagi dengan penyertaan Parti MIC pada tahun yang sama. Tahun 1955 merupakan tahun yang paling penting dalam perkembangan politik tanah air kerana ia merupakan kali yang pertama diadakan Pilihanraya Persekutuan bagi seluruh Tanah Melayu. Tiga buah parti politik yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu telah bersetuju bergabung dan bertanding dalam pilihanraya tersebut bagi membentuk sebuah parti, iaitu Perikatan.

Parti Perikatan telah meletakkan calon-calon bagi kesemua 52 kerusi. Manakala Parti Negara di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar pula mempertandingkan 33 buah kerusi, PAS 11 kerusi dan 18 orang calon bebas juga turut bertanding (lihat Jadual 1). Jika ditinjau daripada jumlah pengundi dan pembahagian kerusi, 84.2 peratus adalah pengundi Melayu, 11.2 peratus adalah pengundi Cina 11.2 peratus dan 3.9 peratus adalah pengundi India, menunjukkan kelebihan yang besar bagi pengundi Melayu. Walaupun begitu, hasil daripada permuafakatan yang wujud, UMNO telah berkompromi dengan MCA dan MIC dengan membahagikan hanya 35 kerusi (69 peratus), MCA 15 kerusi (28 peratus) dan MIC dua kerusi (tiga peratus) (lihat Jadual 2). Jelaslah bahawa dalam pembahagian kerusi tersebut terdapat unsur tolak ansur bangsa Melayu khususnya UMNO dengan kaum lain.

Jadual 1Pilihanraya Tahun 1955: Barisan Calon Mengikut Parti

Parti Melayu Cina India JumlahPerikatan 35 15 2 52Parti Negara 29 1 - 30

Page 11: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

Parti Islam SeMalaya 11 - - 11Persatuan Kebangsaan Perak

8 1 - 9

Parti Buruh - 2 2 4Ikatan Melayu Perak 3 - - 3Parti Progresif Perak 1 - 1 2Bebas 16 1 1 18

Dari segi jumlah pengundi di Tanah Melayu ketika itu, sebenarnya peruntukan kerusi yang diberi kepada MCA dan MIC melebihi daripada jumlah yang sepatutnya diterima. Bilangan kerusi ini adalah tidak memadai berbanding dengan jumlah pengundi bangsa Melayu pada masa itu. Ini memandangkan 50 daripada 52 kawasan yang dipertandingkan adalah dikuasai oleh pengundi-pengundi Melayu. Barangkali UMNO mungkin boleh mencapai kemenangan dalam pilihanraya tersebut tanpa adanya sokongan daripada MCA dan MIC. Kenapa timbul kenyataan sedemikian?

Sebenarnya, 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi telah dimenangi oleh UMNO, manakala 20 peratus lagi dimenangi oleh parti-parti lain yang bertanding. Ini menunjukkan bahawa Perikatan yang diwakili oleh orang Melayu telah membuat pengorbanan yang besar demi perpaduan masa depan negara. Pengorbanan yang dimaksudkan ialah kesudian orang Melayu yang diwakili oleh UMNO membahagikan sejumlah kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihanraya ini kepada kaum Cina dan India yang mempunyai peratus pengundi kurang daripada 20 peratus.

Jadual 2

Kedudukan Calon Perikatan dalam Pilihanraya 1955

Parti Peruntukan Kerusi

Peratus Kerusi(%)

Peratus Pengundi(%)

UMNO 35 69 84.2MCA 15 28 11.2MIC 2 3 3.9

Pada keseluruhannya, Perikatan berjaya memperolehi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Daripada 51 kerusi yang dimenangi, UMNO memperolehi sejumlah 35 kerusi, MCA 15 kerusi dan MIC dua kerusi. Manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh Parti PAS di kawasan Kerian, Perak.11

  Pilihanraya 1955 menandakan bahawa proses mewujudkan demokrasi berparlimen telah menampakkan kejayaan berdasarkan kepada penyertaan parti-parti politik yang bertanding. Jika ditinjau mengenai faktor

Page 12: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

kemenangan Perikatan, jelas menunjukkan bahawa keistimewaannya terletak bukan sahaja kepada kepimpinan dan kerjasama antara pelbagai kaum, tetapi yang tidak kurang pentingnya ialah kerana Perikatan mempunyai manifesto yang menyeluruh kepada penduduk Tanah Melayu. Moto Perikatan ialah ‘Menuju Ke arah Kemerdekaan’. Di samping itu, beberapa janji yang lain ialah

(i)                 Pemerintahan berdasarkan demokrasi berparlimen.(ii)               Bahasa Melayu dan sebagai bahasa kebangsaan.(iii)             Agama Islam sebagai agama rasmi.(iv)             Melindungi dan mengekalkan institusi beraja Melayu.(v)               Mengubahsuai undang-undang kerakyatan.(vi)             Peningkatan taraf ekonomi Melayu.(vii)           Menjalinkan hubungan antarabangsa.(viii)         Hak asasi manusia.(ix)              Sistem pendidikan kebangsaan.(x)                Kemerdekaan diperoleh dalam tempoh empat tahun.

Di samping, itu Parti Perikatan juga berjanji untuk menamatkan darurat secepat mungkin, melalui penawaran pengampunan kepada pengganas komunis yang majoritinya terdiri daripada bangsa bukan Melayu, khususnya Cina. Ini terbukti dengan adanya proses rundingan pihak kerajaan dengan pemimpin komunis, iaitu Rundingan Baling sejurus selepas Pilihanraya 1955. Manifesto Perikatan ini merupakan hasil tolak ansur dan kerjasama bersepadu semua kaum dalam usaha mempercepatkan proses mencapai kemerdekaan.

  Jadual 3

Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri

Tunku Abdul Rahman

Menteri Pelajaran Dato’ Abdul Razak Hussein

Menteri Hasil Bumi Dr. Ismail A. RahmanMenteri Pengangkutan Kolonel H.S. LeeMenteri Tanam-Tanaman Abdul Aziz IshakMenteri Kesihatan Leong Yew KohMengeri Buruh V.T. SambanthanMenteri Kerja Raya Sardon JubirMenteri Kerajaan Tempatan & Perumahan

Sulaiman Abdul Rahman

Menteri Perhubungan, Pos dan Telekom Ong Yoke Ling

Page 13: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

Kemenangan Perikatan telah memberikan peluang untuk mempunyai bilangan wakil yang besar dalam Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan dan seterusnya membolehkan mereka menubuhkan sebuah kerajaan melalui keanggotaan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan. Kabinet yang pertama berjaya dibentuk seperti yang tertera di dalam Jadual 3. Sementara itu, portfolio yang lain seperti Kewangan, Hal Ehwal Luar, dan Pertahanan masih dipegang oleh pegawai British.

5.5              LANGKAH-LANGKAH MENUJU KEMERDEKAAN

 

Ekoran daripada kejayaan besar yang diperoleh melalui pilihanraya pada tahun 1955, telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan desakan bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Dengan kemenangan tersebut, Parti Perikatan semakin bertambah yakin untuk menuntut kemerdekaan lebih awal, walaupun dalam manifestonya telah menetapkan tempoh empat tahun. Namun, hasil daripada beberapa perbincangan yang dilakukan, sama ada di kalangan Raja-raja Melayu mahu pun Parti MCA dan MIC, membuktikan bahawa majoriti penduduk di Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa dalam usaha mewujudkan sebuah pemerintahan sendiri.

 

5.5.1 Rundingan ke Arah Kemerdekaan

Page 14: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

 

Berhubung dengan usaha untuk memperolehi kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat ini, sesungguhnya tidak semua pihak menunjukkan reaksi yang positif.12 Misalnya Tunku Abdul Rahman dalam ucapan pertamanya di dalam Majlis Perundangan Persekutuan telah menegaskan untuk berunding dengan pihak British bagi mencapai kemerdekaan dalam tempoh lebih kurang dua tahun sahaja.13 Kenyataan Tunku Abdul Rahman telah menimbulkan reaksi kontra daripada istana Johor. Pihak Sultan Johor merasakan kemerdekaan akan membawa kepada kemusnahan Tanah Melayu:

“Memanglah baik untuk melaung-laungkan tentang merdeka, tetapi dimanakah kapal-kapal perang kamu, kapal terbang kamu dan tentera kamu untuk menghadapi dan menangkis pencerobohan daripada luar? Kalau orang putih keluar, negeri ini akan susah 99 kali ganda daripada hari ini.”14

Reaksi ini telah menjadikan satu isu kontroversi di kalangan raja-raja, Tunku Abdul Rahman, dan pihak UMNO sendiri. Ia berlarutan sehingga menimbulkan masalah keanggotaan perwakilan ke majlis perundingan kemerdekaan. Konflik ini timbul kerana berlaku pertentangan dari segi kekuasaan dan kedaulatan, sama ada di pihak raja yang mewakili kepentingan pihak istana sahaja sedang di satu pihak lagi mendapati pihak mereka telah dipilih oleh rakyat dan selanjutnya harus menjadi wakil kepada rakyat. Sungguhpun begitu, Raja-raja Melayu dan UMNO akhirnya bersetuju dengan keputusan wakil yang dipilih iaitu empat wakil di kalangan raja-raja Melayu dan empat wakil dari Perikatan.

5.5.2 Misi Kemerdekaan ke London

Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui, berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Ia bertujuan untuk berunding dengan pegawai-pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Perundingan kemerdekaan berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu. Hasil daripada rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Sebelum bertolak, wakil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah berjaya mencapai persetujuan dalam soal kemerdekaan dan ini sudah tentu memudahkan rundingan berjalan dengan lebih lancar lagi. Pihak British diketuai oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British.

Page 15: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

Beberapa persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu

(i)                 Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957;(ii)               Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan

pemerintahan secara demokrasi;(iii)             Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British juga

mendapat hak menempatkan tenteranya di negara ini; dan(iv)             Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah

Melayu yang dinamakan Suruhanjaya Reid.

Sementara itu, jawatan-jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan digantikan dengan jawatan-jawatan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dan disandang oleh anak tempatan. Kerajaan British juga akan membayar ganti rugi kepada pegawai-pegawai dagangnya yang akan diberhentikan berikutan dengan kemerdekaan tersebut.

 

5.5.3 Suruhanjaya Reid dan Memo Perikatan

Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan pada tahun 1955 dan dipengerusikan oleh Lord Reid dan Ivor Jennings dari Britain. Manakala ahli-ahlinya yang lain terdiri daripada William McKell dari Australia, Hakim B. Malik dari India, dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan. Suruhanjaya Reid telah diminta mengesyorkan satu perlembagaan Persekutuan berdasarkan demokrasi berparlimen. Dalam persidangan pertama yang diadakan pada bulan Jun 1956, Suruhanjaya ini telah meminta pertubuhan-pertubuhan, orang-orang perseorangan yang berminat menghantar memorandum bertulis mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan:

(i)                 Pembentukan sebuah kerajaan demokrasi berparlimen;(ii)               Menjamin kedudukan Raja-raja;(iii)             Memilih seorang Ketua Negara dari kalangan Raja-raja Melayu, (iv)             Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu tanpa banyak

menjejaskan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain; dan(v)               Membentuk satu rupa bangsa bagi seluruh negara iaitu satu kerakyatan

yang sama.

Suruhanjaya ini telah menerima sebanyak 131 memorandum dari orang perseorangan, pertubuhan termasuklah dari Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu. Daripada 131 buah memorandum bertulis tersebut, dua daripadanya dianggap penting iaitu dari Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan. Walau bagaimanapun, memo Perikatan yang dihantar pada 27 Julai 1955 menjadi pertimbangan utama Suruhanjaya atas sifat tuntutan

Page 16: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

bersama kaum-kaum terbesar. Dapatlah dikatakan bahawa memo tersebut sebagai satu ‘pakatan murni’ iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan semua kaum di Tanah Melayu.

Terdapat lima perkara utama di dalam ‘pakatan murni’ iaitu unsur tolak ansur UMNO dari segi kewarganegaraan, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Melayu, agama Islam dan kedudukan Raja-raja Melayu. Berikut adalah antara kandungannya:

(i)                 Kewujudan Kerajaan Pusat dan Negeri (Federalisme)(ii)               Nama negara: UMNO (Malaysia) dan MCA (Malaya)(iii)             Mengujudkan institusi Yang Dipertuan Agung dan Timbalan Yang

Dipertuan Agung bagi menggantikan Pesuruhjaya Tinggi.(iv)             Penerusan Majlis Raja-raja.(v)               Parlimen mengandungi dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan

Rakyat.(vi)             Kewujudan tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa.(vii)           Kedudukan Islam sebagai agama negara.(viii)         Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.(ix)              Takrif Melayu.15

Dua perkara penting dalam ‘pakatan murni’, iaitu pengekalan empat unsur tradisi dalam perlembagaan iaitu Bahasa, Agama, kedudukan Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Manakala bagi orang bukan Melayu pula, mereka mendapat keistimewaan apabila pemimpin UMNO bersetuju memberikan kerakyatan secara jus soli iaitu kerakyatan mengikut tempat lahir.

Sungguhpun memorandum ini digubal bersama oleh UMNO, MCA, dan MIC, tetapi tidak bermakna ketiga-tiga pihak ini bersetuju dengan semua perkara yang dikemukakan. Misalnya, persetujuan tidak dicapai mengenai pemberian taraf kerakyatan kepada individu yang lahir pada atau selepas hari merdeka, yang ibu bapanya adalah warganegara asing dan soal penggunaan bahasa Kuo Yu dan bahasa Tamil dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka.16 Kesatuan Perdagangan Cina Persekutuan Tanah Melayu misalnya, tidak bersetuju dengan peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu dan kegagalan menjadikan bahasa Kuo Yu sebagai salah satu bahasa rasmi di negara ini.17 Bagi Persatuan Dewan Perniagaan Cina SeMalaya pula, mendakwa prinsip jus soli tidak berfaedah kepada mereka. Malah mereka merayu supaya dikurangkan tempoh kelayakan bermastautin dari sepuluh tahun kepada lima tahun. Bagi yang melalui proses permohonan, dicadangkan pemansuhan ujian bahasa. Selain itu, mereka juga menuntut kesamarataan antara bahasa Melayu, Inggeris, Cina, dan Tamil.

Page 17: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

Sementara Dewan Perniagaan Melayu menyarankan supaya undang-undang kewarganegaraan Persekutuan tidak harus dilonggarkan sehinggalah golongan bukan Melayu dapat membuktikan ketaatsetiaan mereka kepada Tanah Melayu. Persatuan Tamil Seluruh Malaya mendesak supaya seluruh keturunan Tamil yang dilahirkan di Tanah Melayu wajar diberikan kewarganegaraan secara automatik. Manakala bagi pejuang-pejuang UMNO yang menentang pula berpendapat UMNO terlalu banyak mengalah terutama dalam hal-hal kerakyatan. Ini kerana orang yang berkelayakan boleh menjadi rakyat dan menikmati hak-hak sebagai rakyat Tanah Melayu dengan begitu mudah dan seterusnya boleh menghasilkan kesan serta merta kepada bangsa Melayu. Sementara undang-undang mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam pekerjaan, pelajaran, dan peluang peniagaan tidak memberi hasil yang serta merta seperti hak kerakyatan, jika dibandingkan dengan apa yang didapati oleh orang Cina dan India dasar melalui jus soli. Ini kerana orang Melayu bimbang dengan dasar jus soli kerana akan mengurangkan kuasa politik secara beransur-ansur dan cengkaman politik bangsa Melayu dicabar oleh bangsa asing.

Pada keseluruhannya, Suruhanjaya Reid telah mengadakan sebanyak 118 persidangan dari bulan Jun sehingga bulan Oktober 1956. Setelah diumumkan, Parti Perikatan dan beberapa pihak lain telah menyatakan tentangan mereka berkenaan dengan pemberian dua kerakyatan kepada rakyat Komanwel. Misalnya seseorang itu pada masa yang sama boleh menjadi rakyat India dan juga rakyat Britain serta tanah jajahan yang lain, sungguhpun mereka menumpukan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negeri yang ia tinggal. Perikatan menuntut kerakyatan yang tunggal. Terdapat suara-suara yang mahukan supaya Melaka dan Pulau Pinang dikekalkan di bawah jajahan British, iaitu terasing dari Tanah Melayu yang merdeka. Ia datang daripada Persatuan British Cina Negeri-Negeri Selat. Isu lain yang ditentang ialah berkenaan dengan kedudukan istimewa orang Melayu juga tidak sepenuhnya kerana Suruhanjaya ini mencadangkan ia dikaji semula selepas 15 tahun dengan tujuan ia ditarik balik secara beransur-ansur. Cadangan ini ditentang hebat oleh UMNO.

Akhirnya rangka perlembagaan dikaji semula dan perlembagaan merdeka yang baru dibentuk hasil daripada rumusan dan pandangan sebuah jawatankuasa yang telah ditubuhkan. Pada 1 Mei 1957, jawatankuasa tersebut siap menyemak Laporan Reid serta membuat beberapa pindaan. Rundingan terakhir jawatankuasa kerja diadakan di London dan bersetuju dengan Rang Perlembagaan yang dibentuk sebagai Perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka. Pada 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British bersetuju menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu mulai 31 Ogos 1957. Dalam tahun itu juga Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan Ordinan Perlembagaan Persekutuan 1957.

Page 18: Nota Kemerdekaan Tanah Melayu

5.5.4 Pengisytiharan Kemerdekaan

Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulai tepat pada jam 12.00 tengah malam pada 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor. Upacara dimulakan dengan menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu. Penurunan bendera Union Jack ini menandakan kemerdekaan Tanah Melayu.

Pada pagi 31 Ogos 1957, Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Stadium Merdeka melalui pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan kepada beliau oleh wakil Ratu Elizabeth.

Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama dan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhamad pula ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama. Di samping itu, ahli Jemaah Menteri yang baru Persekutuan Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan. Tanah Melayu diterima menjadi ahli Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957.

5.5              KESIMPULAN

Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing. Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris. Orang Melayu pula telah menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri. Walau bagaimanapun, orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsep jus soli yang ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi. Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai satu hadiah atau pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan Melayu. Dalam tempoh setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabis-habisan hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.